Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

12
AMALI INTERAKSI 2 Penggunaan Teori Pemerolehan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tunjuk cara dan praktis strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Beheviorisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Banding beza antara Teori Huraian Bahasa dengan Teori Pemerolehan Bahasa.

description

perbandingan teori huraian bahasa dengan teori pemerolehan bahasa, penggunaan teori pemerolehan bahasa dalam P&P BM

Transcript of Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

Page 1: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

AMALI INTERAKSI 2

Penggunaan Teori Pemerolehan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Tunjuk cara dan praktis strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Beheviorisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah.

Banding beza antara Teori Huraian Bahasa dengan Teori Pemerolehan Bahasa.

Page 2: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

Tunjuk cara dan praktis strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Beheviorisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Page 3: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

APLIKASI TEORI BEHAVIORISME

• Aplikasi teori ini berlandaskan tingkah laku iaitu satu proses mekanis yang boleh dibentuk melalui pengulangan.

• Pengulangan secara latih tubi akan membawa kepada kebiasaan. Dalam pembelajaran bahasa pengulangan boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti oleh pelajar.

• Mengaplikasikan teori Behaviorisme dengan menggunakan ayat tunggal.

Page 4: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

RANGSANGAN(GURU)

TINDAK BALAS(PELAJAR) PENGUKUHAN

Memberikan contoh ayat

tunggal

melihat

mengulang sebutan

membentuk kebiasaan

mendengar

melatih tubi

guru memberi bimbingan

pelajar menulis

peneguhan positif

Pelajar mempersembahkan

hasil kerja

Cara Pelaksanaan teori behaviorisme dalam P &P

Page 5: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

1. Dalam pengajaran tatabahasa, guru memulakan pengajaran dengan memberi rangsangan kepada para pelajar dengan memperlihatkan contoh-contoh ayat tunggal dan menjelaskan serba sedikit tentang konsep ayat tunggal.

Contoh Ayat Tunggal: Dia bermain bola tampar.

Ayah Siti membaca akbar itu.

AYAT TUNGGALAyat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu unsur subjek dan predikat.

SUBJEK PREDIKAT

Page 6: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

2. Dalam proses guru memberi rangsangan, pelajar akan memberi tindak balas dengan mendengar dan melihat bentuk-bentuk ayat tunggal yang telah diberi oleh guru tadi.

3. Selepas memberi rangsangan kepada pelajar, guru memberi latih tubi kepada pelajar untuk membina ayat tunggal. Pengulangan secara latih tubi ini akan membawa kebiasaan kepada para pelajar.Contoh latih tubi yang boleh dilaksanakan ialah:

i. Membina ayat tunggal.ii. Mencari ayat tunggal dalam petikan.iii. Berdasarkan gambar, murid diminta membuat ayat

tunggal.

Page 7: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

4. Semasa proses latih tubi berjalan, guru memberi bimbingan kepada pelajar untuk membina ayat tunggal.

5. Setelah selesai pelajar membina dan menulis ayat tunggal, guru meminta pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka.

6. Ketika pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka, guru haruslah memberikan peneguhan positif seperti pujian kepada murid yang berjaya membina ayat tunggal yang betul

• Peneguhan positif amat penting kepada murid kerana dengan adanya peneguhan seperti pujian, murid-murid akan mengulangi perlakuan tersebut dan perlakuan itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka.

Page 8: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

Banding beza antara Teori Huraian Bahasa

dengan Teori Pemerolehan Bahasa

Page 9: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

BIL. TEORI HURAIAN BAHASA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

1 Dikenali sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa

Proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya dan proses ini berlaku di dalam otak kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya.

2 Menurut teori tradisional:

a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.

b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.

Menurut teori Behaviorisme:

a. Teori ini menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman lampau serta persekitaran

b. Bagi golongan behavioris, penguasaaan bahasa tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan.

Page 10: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

BIL TEORI HURAIAN BAHASA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

3 Menurut Teori Tradisional:

Kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh.

Menurut teori Behaviorisme:

Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahasa merupakan proses mekanis dan tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental.

4 Menurut teori Struktural:

Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi

Menurut Teori Mentalis:

Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

Page 11: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

BIL. TEORI HURAIAN BAHASA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

5. Menurut teori Struktural:

Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

Menurut Teori Mentalis:

Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa ( Language acquisition device/LAD) yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi menguasai bahasa.

6. Menurut Teori Tranformasi Generatif:

Kajian TG dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.

Menurut Teori Mentalis:

Golongan mentalis berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens( rumus yang ada dalam mental manusia) dan prestasi( aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia) bahasa.

Page 12: Banding beza teori huraian bahasa dgn teori pemerolehan bahasa

BIL. TEORI HURAIAN BAHASA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

7 Teori Fungsional berpendapat:

Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Teori Interaksionalis berpendapat:

Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan dengan ahli masyarakat dalam persekitarannya.

8 Teori Fungsional berpendapat:

Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis.

Menurut teori Interaksionalis:

Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif.