Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

16
1 TUGASAN 3 KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH GROUP EL N01

Transcript of Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

Page 1: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

1

TUGASAN 3

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH

GROUP EL –N01

Page 2: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

2

SOALAN A: BANDINGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA

PENDEKATAN PSIKOANALITIK DENGAN PENDEKATAN HUMANISTIK.

1.0 Pendahuluan .

Teori adalah perkara asas dalam pembentukkan bidang ilmu. Teori pembelajaran pula ialah

memberi fokus kepada pembelajaran. Ia adalah seperti bagaimana ia berlaku dan faktor yang

mempengaruhi pembelajaran itu sendiri. Pendekatan pembelajaran pula ialah cara bagaimana

pembelajaran itu diajar untuk mencapai objektif atau tujuan. Belajar ialah kegiatan yang

melibatkan jiwa dan raga. Proses belajar ialah proses usaha untuk individu dapat perubahan

tingkahlaku. Proses belajar adalah jiwa yang, mengubah tingkahlaku. Tujuan pendekatan

psikologi adalah untuk mengawal tingkahlaku yang yang tidak diingini dan pembentukkan

tingkahlaku yang baik. Di sinilah peranan guru diperlukan selaku perancang aktiviti yang dapat

membentuk tingkah laku yang diingini.

2.0 Perbezaan Pendekatan Psikoanalitik dan Pendekatan Humanistik.

a) Kedua –dua teori menekankan keperluan semulajadi yang diingini manusia, akan tetapi

jenis dan bentuk adalah berbeza. Dari konteks Teori Psikoanaalitik , ia lebih berbentuk keinginan

psikologi , manakala bagi Teori oleh Maslow pula asas keinginan manusia kepada fisiologi bagi

pertumbuhan tubuh badan. Dalam Pendekatan Psikoanalitik , keinginan psikologi seperti

mendapatkan kepuasan nafsu. Naluri inilah mendorong manusia untuk bertingkahlaku dan

menentukan arahnya. Menurut Maslow, asas keinginan pertumbuhan tubuh badan yang bersifat

biologikal seperti keperluan makan, minum, keperluan rehatdan seks .Ini adalah keperluan asas

yang penting kepada semua manusia. Keperluan kepada pakaian dan tempat tinggal juga

dimasukkan kepada keperluaan asas setiap orang manusia. Setiap manusia berusaha untuk

mencapai keperluan asas ini dan keinginan psikologi ini. Kekeliruan akan terjadi dan membentuk

individu bermasalah jika, keinginan ini dan keperluaan asas ini tidak dapat dipenuhi.

Page 3: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

3

Aplikasi dalam pendidikan.

Berdasarkan teori oleh Maslow di atas , guru perlu menentukan ‘kesediaan pelajar’ dipenuhi dulu

sebelum pengajaran dimulakan. Selain daripada itu , guru seharusnya memastikan keperluan asas

murid telah dapat dipenuhi sebelum murid belajar. Guru hendaklah memastikan murid mendapat

cukup makan, pakai dan tempat tinggal . Guru akan mengenalpasti murid yang kurang mampu

dan menolong mereka melalui skim seperti Skim Makanan Percuma , Skim Susu Percuma atau

bantuan duit. Selain daripada itu dalam pendekatan ini, guru mestilah memastikan keadaan kelas

adalah kondusif iaitu selesa, bersih supaya murid berasa tidak tertekan di dalamnya.

Memandangkan sekarang dengan kepadatan murid yang rata-rata empat puluh tiga orang sekelas,

guru terpaksa mengunakan kebijaksanaan menyusunatur kerusi dan meja supaya murid mudah

berinteraksi antara satu sama lain. Guru yang memahami teori Freud pula, boleh memberi

didikan agama dan moral kepada murid –murid supaya mengawal keinginan psikologi mereka.

Ini adalah supaya tindakan yang diambil adalah selaras dengan kehendak agama , moral dan

norma masyarakat.

b) Terdapat perbezaan besar daripada kedua –dua teori, menurut Sigmud Freud tindakbalas

manusia dipengaruhi oleh proses psikologi tidak sedar seperti konflik dalaman. Teori

Psikoanalitik menekankan kepada proses sedar dan proses tidak sedar. Terdapat kemahuan dan

motif yang kita sendiri tidak sedar. Tetapi di dalam teori oleh Maslow, tindakan individu

dipengaruhi oleh keinginan untuk memenuhi keperluan paling dominan dalam manusia.

Keperluan inilah yang mengarahkan tingkahlaku manusia . Individu mestilah bertanggungjawab

dan sedar akan tingkah lakunya. Walau pun begitu, tingkah laku untuk memenuhi keinginan

boleh dipelajari dan ini menyebabkan tingkah laku itu berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Aplikasi dalam pendidikan.

Dengan memahami teori psikoanalitik ini guru boleh menggunakan proses minda murid iaitu

murid sedar bahawa ada banyak rangsangan. murid boleh digalakkan memilih hanya satu

rangsangan sahaja dan membuang rangsangan yang lain. Murid –murid perlu diajar memfokus

kepada satu rangsangan sahaja. Menurut Islam , keluarga digalakkan melatih anak –anak agar

dapat dididik menurut bidang agama dan sosial. Dengan bimbingan yang baik, manusia akan

menjadi lebih baik. Manakala pendekatan oleh Maslow pula boleh digunakan guru kerana

Page 4: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

4

mengikut pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang

lain . Ia lebih kepada proses belajar daripada hasil belajar. Pelajar harus diberitahu tujuan belajar,

mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar untuk berfikiran kritis.

Pelajar boleh didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang

dinginkan serta bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Pendekatan jenis ini memberi

pelajar kesempatan belajar mengikut kebolehannya. Dengan ini pelajar yang terhasil diharapkan

menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain. Mengikut

pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain . Ia lebih

kepada proses belajar daripada hasil belajar. Pelajar harus diberitahu tujuan belajar,

mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar untuk berfikiran kritis.

Pelajar boleh didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang

dinginkan serta bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Pendekatan jenis ini memberi

pelajar kesempatan belajar mengikut kebolehanya. Dengan ini pelajar yang terhasil diharapkan

menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain dan mengatur

perbuatannya sendiri secara bertanggungjawab. Pendekatan Psikoanalitik lebih kepada

mencungkil bakat murid mereka melalui pengajaran lakon watak , drama atau pun tarian. Bakat

ini kadang- kadang tidak disedari oleh ibubapa mahupun pelajar sendiri. Ia kemudian

dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.

c) Teori oleh Frued menyatakan peristiwa yang dialami semasa kecil juga memberi kesan

apabila individu berada di alam dewasa. Zaman awal individu sangat penting kerana ia memberi

kesan sepanjang hayat kepada keadaan psikologi individu. Tetapi menurut Maslow pula,

walaupun beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk mengurus kehidupannya tidak ada

penekanan kepada pengalaman.

Aplikasi dalam pendidikan.

Menurut Pendekatan oleh Freud , pada peringkat pendaman iaitu umur 6 tahun hingga 12 tahun

murid –murid berada di sekolah rendah. Kepuasan diperolehi melalui aktiviti padanan jantina.

Pendekatan yang sesuai ialah belajar sambil bermain. Contohnya watak perempuan dimainkan

oleh murid perempuan manakala murid lelaki membawa watak ayah. Dengan ini mereka tidak

keliru dengan peranan yang sepadan dengan jantina. Kaedah ‘Main sosial’ ialah guru

menggalakan murid bermain di dalam kumpulan atau secara sendirian dengan berinteraksi

Page 5: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

5

dengan bahan di lingkungan kawasan permainan. Dengan ini murid – murid boleh boleh

mengekalkan perhatian dan rasa ingin tahu mereka. Di dalam pendekatan psikoanalitik, tugas

guru ialah memahami murid, memperkembangkan murid serta membantu murid untuk

menyempurnakan kehidupannya. Bimbingan guru perlu untuk murid faham diri mereka dan

membantu mereka memecah masalah supaya tindakan yang diambil tidak salah dari segi agama

dan moral. Selain daripada itu, guru boleh menggunakan pengalaman murid sebagai pengetahuan

sedia ada dalam pelajaran. Selepas itu boleh dikembangkan menjadi pengetahuan. Selain

daripada itu, guru boleh membenarkan murid menampal gambar mereka, keluarga mereka atau

gambar mereka pergi melancong di dinding kelas mereka. Dengan ini proses belajar

digabungkan dengan pengalaman murid. Keseluruhannya teori psikoanalitik ini banyak

mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam

kehidupan seharian. Guru dalam pendekatan ini mestilah mengenal pasti segala keistimewaan

dan kebolehan pelajar untuk dikembangkan secara optimum. Murid perlu diajar memahami dan

menerima diri sendiri tetapi boleh berusaha untuk memajukan diri. Tugas guru dalam pendekatan

inilah untuk memotivasikan mereka melalui bimbingan. Mereka juga harus digalakkan oleh guru

supaya terlibat dalam aktiviti sosial.

Manakala pendekatan humanistik pula lebih banyak memotivasikan pelajar untuk berjaya dalam

memenuhi keinginan mencapai kecemerlangan diri . Tugas guru sebagai fasilator yang menolong

pelajar mencari pelbagai cara untuk mencapai kejayaan. Guru boleh melatih murid mengikut

keperluaan tanpa mengira pengalaman .Ia akan dilatih kemudian dan dikembangkan. Contohnya

pemilihan murid berbahas , kemudian ia dilatih guru menjadi pembahas yang baik.

d) Di dalam teori Psikoanalitik terdapat naluri kehaiwanan dan desakan biologikal. Menurut

Freud terdapat dua naluri iaitu naluri hidup dan naluri mati. Naluri hidup bertujuan meneruskan

kelangsungan hidup dan berusaha memenuhi keperluan asas seperti makanan. Naluri kematian

pula ialah naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri kehidupan . Freud

berpendapat manusia ada keinginan tidak sedar untuk mati. Dorongan agresif seperti

menghancurkan atau membunuh adalah satu komponen naluri kematian . Tetapi menurut

Maslow , manusia adalah baik. Kejahatan bukanlah sebahagian daripada kehidupan tetapi

disebabkan persekitaran yang tidak sempurna.

Aplikasi dalam pendidikan.

Page 6: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

6

Berdasarkan Pendekatan Psikoanalitik guru harus faham tingkahlaku bermasalah dalam kalangan

remaja wujud. Terdapat peranan naluri dalaman yang berkaitrapat dengan pembentukan

tingkahlaku bermasalah. Ini ditambah lagi dengan peranan kewujudan aspek dalam mekaniksme

bela diri, guru dapat menyelami fikiran remaja yang bertindak secara bermasalah. Sebagai guru

aspek ‘tidak sedar’ perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkahlaku remaja. Mereka

tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan mereka selari dengan kehendak masyarakat

ataupun sekolah. Sekiranya dengan ‘unsur tidak sedar’ itu bertepatan dengan tuntutan moral ,

ianya perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibubapa, guru harus memperbetulkan agar

tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai hidupnya. Selain memahami peranan

ego,id dan superego murid-murid harus diajar menukarkan tingkahlaku negatif kepada tindakan

positif. Teori ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Guru harus

mengetahui perwatakan murid dan mengubah suai keadaan pembelajaran supaya ia dapat

mengambil kira sikap, persepsi dan tingkah laku pelajar secara keseluruhanya serta

mengimbanginya. Murid yang bermasalah mengalamai ‘ keliru’ dalam memotivasikan diri

mereka. Guru harus memotivasikan murid. Guru harus tahu potensi dan keupayaan murid. Ini

adalah penting untuk menentukan tugas atau latihan yang sesuai kepada mereka. Murid yang

lemah perlu diberi pemulihan manakala murid yang cerdik diberi pengayaan. Jika latihan yang

diberikan kepada mereka sesuai dengan mereka , kepuasan akan tercapai. Penerapan nilai agama

dan moral yang baik mempengaruhi sahsiah dan watak seseorang. Pendekatan psikoanalitik lebih

banyak membetulkan sikap pelajar kerana ada naluri kematian. Guru akan selalu cuba

membetulkan tindakan agresif pelajar supaya tidak melanggar peraturan sekolah atau melanggar

moral dan ugama. Manakala pendekatan humanistik pula lebih banyak memotivasikan pelajar

untuk berjaya dalam memenuhi keinginan mencapai kecemerlangan. Pelajar adalah

bertanggungjawab atas segala tindakannya bukan disebabkan adanya naluri kematian.

e) Menurut Freud, perkembangan personaliti manusia bergantung kepada peringkat

perkembangan psiokoseksual individu. Jika kepuasan tercapai, maka individu akan membentuk

sahsiah yang menepati norma masyarakat. Sebaliknya jika desakan tidak dipenuhi, ia akan

membentuk tingkah laku bermasalah apabila dewasa. Tetapi menurut Maslow , perkembangan

personaliti atau sahsiah individu bergantung kepada keperluan paling dominan pada dirinya.

Keperluan ini disusun mengikut urutan keperluan yang paling utama kepada keperluan peringkat

yang bawah. Keperluan peringkat yang bawah perlu diberi keutamaan dan dipenuhi dulu

Page 7: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

7

sebelum keperluan peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan . Tetapi segala keperluan

dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, oleh ketakutan dengan tidak

menyetujuinya. Sejak lahir lagi, keperluan diwarisi tetapi tingkahlaku untuk memenuhi

keinginan itu dipelajari . Oleh kerana itu terdapat perbezaan tingkahlaku daripda seorang

individu yang lain . Keperluan juga boleh berubah-ubah mengikut situasi. Hanya satu keperluan

akan mempengaruhi personaliti seseorang.

Aplikasi dalam pendidikan.

Guru yang memahami Teori Psikoanalitik, akan mengambil pendekatan pengajaran yang

menekankan kepada murid sedar peranan jantina. Contohnya dalam lakonan, murid perempuan

mengambil peranan ibu, dan lelaki mengambil peranan ayah. Guru yang memgikut teori oleh

Maslow pula akan cuba memenuhi keperluan asas murid . Guru perlu ambi berat mengenali

makan, pakai dan tempat tinggal pelajar. Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza

dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran hendaklah dirancang mengikut perkembangan, kebolehan dan kehendak emosi

pelajar itu. Setiap individu ada potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

Jadi guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka

dapat diperkembangkan ke tahap maksimum. Guru hendaklah memastikan kelas bersih dan

selesa supaya pelajar seronok dan tidak tertekan di dalamnya.

f) Menurut Maslow, keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat penting pada peringkat

kanak –kanak .Kanak –kanak perlu mendapat makan, pakai, rehat yang secukupnya. Keperluan

ini bersifat biologikal. Keperluan keselamatan perlu pada kanak –kanak kerana mereka

menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika

ketiadaan ibunya. Pada tahun perkembangan kanak –kanak memerlukan rutin, kestabilan dan

persekitaran yang aman. Tetapi menurut Freud pula, zaman kanak –kanak peringkat

perkembangan psikoseksual ( dari lahir hingga satu tahun) sangat penting . Kanak –kanak

seharusnya dibelai dan disusui oleh ibunya . Untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun

pula,kanak –kanak memperolehi kepuasan melalui alat jantinanya. Pada peringkat 6 hingga 12

tahun kepuasan diperolehi melalui aktiviti padanan jantina . Mereka perlu diajarkan permainan

yang sesuai dengan jantinanya.

Page 8: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

8

Aplikasi dalam pendidikan.

Guru yang memahami teori Freud , akan memahami bahawa tingkahlaku seperti kedekut ,

agresif adalah hasil kanak –kanak dimarah keterlaluan semasa kecil. Mereka mesti diajar cara

membuang air yang betul. Guru mesti menekankan jantina berbeza mempunyai peranan yang

berbeza. Guru yang memahami teori oleh Maslow pula , guru jangan menimbulkan ‘ ketakutan’

dalam diri kanak –kanak . Terdapat guru yang terlalu garang hinggakan kanak-kanak takut untuk

ke sekolah. Guru seharusnya bersifat penyayang dan keibuan , oleh itu murid akan hilang rasa

bimbang untuk datang ke sekolah.

3.0 Kesimpulan.

Pada pendapat saya, kedua-dua pendekatan ini berguna kepada guru. Guru boleh

menggabungkan kedua-dua pendekatan atau memilih mengikut keadaan dan keperluan murid. Di

sinilah perbezaan guru yang bijak , memilih dan mengatur strategi berkesan dalam menangani

masalah .Matlamat utama murid mesti dikembangkan dirinya untuk berjaya bukan sahaja dalam

pelajaran tetapi juga dalam kehidupan. Tugas guru mencuba berbagai cara untuk menolong

murid mengembangkan potensi diri mereka.

3.0 Persamaan Pendekatan Psikoanalitik dan Pendekatan Humanistik.

a) Kedua-dua teori menekankan setiap manusia perlukan sesuatu kerana ia sebahagian dari

fitrah. Namun dari konteks teori psikoanalitik, dinamakan sebagai ‘ sexulity’ di mana manusia

berhajat untuk mencapai apa sahaja yang mendatangkan keseronokan. Manakala dari segi teori

oleh Maslow , semua manusia akan cuba mendapatkan dan memenuhi keperluan asas yang

merangkumi makan, minum air, perlindungan , keperluan tidur , rehat ,seks dan pakaian.

Kedua- dua teori menekankan jika keperluan ini tidak dipenuhi akan terjadi gangguan dalam

bentuk emosi , manusia akan jagi gelisah,kecewa dan tidak tenteram.

Aplikasi dalam pendidikan.

Page 9: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

9

Kedua –dua pendekatan ini memastikan guru memahami murid iaitu faham bahawa murid mesti

memenuhi keinginan yang ada dalam diri masing –masing. Guru mestilah faham bahawa setiap

keinginan yang tidak dipenuhi akan menyebabkan gangguan kepada murid samaada dalam

bentuk ‘keliru’ atau tertekan menyebabkan ganguan emosi. Setelah memahami fakta ini, guru

mestilah mengambil usaha yang lebih menggunakan pelbagai cara untuk memenuhi keinginan

murid. Tetapi selagi keinginan itu tidak bertentangan dengan norma masyarakat, jika tidak guru

mestilah berusaha menerangkan kenapa keinginan itu tidak boleh dipenuhi murid. Di sekolah

keinginan murid untuk berjaya mestilah diberi bimbingan oleh guru. Kedua- dua pendekatan

menekankan pentingnya tugas guru mengembangkan keinginan untuk berjaya murid dari segi

potensi dan usaha. Murid yang lemah diberi pemulihan dan murid yang cerdik diberi pengayaan.

Guru perlu menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan dan diri murid. Konsep

memotivasikan murid ditekankan oleh kedua-dua pendekatan. Selain daripada itu, pengalaman

murid digunakan sebagai pengetahuan sedia ada. Walau bagaimana pun , pendekatan

psikoanalitik lebih banyak menggunakan faktor pengalaman murid ini. Kedua – dua pendekatan

setuju, guru harus menggunakan pelbagai cara supaya mempertingkatkan pembelajaran murid.

b) Kedua–dua Pendekatan Psikoanalitik dan Pendekatan Humanistik tidak menggunakan

hukuman kepada individu. Walau bagaimana pun, menurut Freud dari Pendekatam Psikoanalitik

mengunakan konsep bela diri tetapi bukan hukuman.

Aplikasi dalam pendidikan.

Guru akan bersifat penyayang kerana tidak menggunakan sebarang hukuman kepada murid.

Guru perlu berhati-hati supaya tidak disalah ertikan oleh murid-murid. Hubungan guru dan

murid adalah lebih mesra.

c) Di dalam kedua-dua Pendekatan Psikoanalitik dan Pendekatan Humanistik hasil pembelajaran

adalah tingkahlaku terbentuk. Hasil ini boleh dilihat dan dinilai.

Aplikasi dalam pendidikan

Guru yang menggunakan pendekatan ini akan mengenalpasti tingkahlaku yang terhasil . Guru

akan dapat memperberulkan tingkahlaku murid. Jika tingkahlaku itu negatif, maka guru perlu

Page 10: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

10

berusaha mengubah tingkahlaku itu kepada landasan mengikut nilai agama,moral dan norma

masyarakat. Ia boleh dilakukan dengan memberi motivasi, nasihat dan ganjaran.

d) Kedua-dua pendekatan menekankan kepada pembentukkan individu. Dalam pendekatan

psikoanalitik menekankan kepada pembentukkan insan yang mempunyai nilai murni yang

mematuhi norma masyarakat, ugama dan moral. Contohnya pada peringkat shahwat atau genital

disikan dengan pembentukkan keluarga dengan kasih sayang atau mendapat pekerjaan. Pada

pendekatan Maslow pula menekankan pentingnya pembentukkan insan yang cemerlang apabila

memenuhi kesempurnaan kendiri. Ciri- ciri insan yang telah mencapai tahap ini ialah memiliki

keyakinan kendiri yang tinggi, kepuasan dalam hidup , ketenangan dan kebahagiaan dalam

hidup.

Aplikasi dalam pendidikan

Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai motivasi dalam diri murid melalui bimbingan . Guru

juga perlulah bijak mengenalpasti kebolehan dan keistimewaan yang ada pada murid kemudian

dikembangkan secara optimum.

4.0 Kesimpulan.

Pada pendapat saya, kedua-dua pendekatan ini berguna kepada guru. Guru boleh

menggabungkan kedua-dua pendekatan atau memilih mengikut keadaan dan keperluan murid. Di

sinilah perbezaan guru yang bijak , memilih dan mengatur strategi berkesan dalam menangani

masalah .Matlamat utama murid mesti dikembangkan dirinya untuk berjaya bukan sahaja dalam

pelajaran tetapi juga dalam kehidupan. Tugas guru mencuba berbagai cara untuk menolong

murid mengembangkan potensi diri mereka.

3b ) Bandingkan persamaan dan perbezaan antara Pendekatan kognitif dengan

Pendekatan Pembelajaran.

1.0 Pendahuluan

Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia

yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip –

prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan

Page 11: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

11

potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami bidang ini untuk meningkatkan

mutu serta berkesanan pengajarannya. Guru perlu memahami dan mengenalpasti kebolehan,

pengalaman , perhubungan , pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid.

2.0 Perbezaan pendapat antara Pendekatan kognitif dengan Pendekatan Pembelajaran.

a) Terdapat perbezaan pendapat antara kedua-dua pendekatan mengenai tingkah laku. Mengikut

Teori Pelaziman, tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadap rangsangan

persekitaran. Menurut teori pelaziman operan pula beranggapan bahawa tingkah laku yang

ditunjukkan oleh seseorang bergantung kepada kesan yang diterimanya. Rangsangan yang

diulang menjadi kelaziman . Selepas menunjukkan tingkah laku tersebut. Peneguhan berlaku

apabila kesan yang didapati positif menyebabkan tingkah laku itu diulang. Manakala Teori

Pembelajaran Sosial pula, mengutarakan peniruan tingkah laku di sekeliling. Dua prinsip oleh

Pavlov ialah generasasi dimana rangsangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang

sama.

Diskriminasi ialah akan berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan

yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Manakala Thorndike pula

mengutarakan hukum kesediaan, hukum latihan dam hukum kesan. Hukum kesediaan ialah

tindakan akan dapat memberi kepuasan jika seseorang itu bersedia untuk melakukannya. Hukum

latihan pula ialah jika latihan yang diberikan berulang –ulang , hubungan rangsangan dan

gerakbalas akan bertambah kukuh. Hukum kesan pula ialah jika sesuatu tindakan diikuti oleh

sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan , kebarangkalian tindakan itu akan berlaku

akan meningkat. Teori Pilihan oleh Willian Glasser pula menekan bahawa kita memilih untuk

bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan. Apa yang kita pilih bergantung kepada

motivasi dalaman, pihihan kita sendiri, bermatlamat dan kreatif. Kesemua tingkah laku manusia

berdasarkan keinginan psikologi dan fisiologi individu . Tetapi setiap individu adalah

bertanggung jawab terhadap dengan apa yang mereka pilih dalam keputusan itu. Teori Terapi

Realiti pula adalah teori yang bagaimana kita dapat berubah diri dan orang lain . Tingkah laku

yang difokuskan adalah tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai

dengan kehendak murid. Ia juga mengatakan apabila tingkah laku murid berubah , sikap dan

perasaan akan turut berubah.

Page 12: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

12

Aplikasi dalam pendidikan.

Mengikut pendekatan Pembelajaran sosial , pembelajaran tidak akan berjalan dengan lancar

sekiranya tidak ada minat pelajar. Teori Pendekatan Pembelajaran pula menekankan bahawa

pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan dan tingkah laku pelajar.

Kaedah yang banyak digunakan ialah latih tubi atau drill , peneguhan dan hukuman. Pendekatan

pembelajaran ini sangat sesuai untuk ilmu yang melibatkan pratik dan pembiasaan iaitu latihan

drill atau ulangan seperti percakapan bahasa asing, menari, berenang dan olahraga. Oleh itu guru

mestilah banyak memberi rangsangan kepada pelajar untuk berjaya . Pendekatan Pembelajaran

adalah secara terus . Perpindahan ilmu pengetahuan daripada guru kepada murid . Di sini kita

dapati pelajar ada ilmu yang sama banyak dengan gurunya kerana tiada penambahan ilmu yang

berlaku. Guru tidak mengharapkan penambahan ilmu berlaku hanya apa yang ajarkan itulah

murid akan faham. Murid akan dianggap bijak jika memberi respons yang diharapkan guru.

Pengetahuan adalah tidak berubah hanya disusun . Untuk mendapatkan hasil yang berkesan ,

guru boleh mengadakan latihan yang berkesan yang diulang . Dengan memberi rangsangan yang

tepat dan membimbing murid apa yang harus dipelajari. Melalui teori pelaziman operan,

peneguhan positif , gerakbalas dan peniruan melibatkan proses mental. Jadi murid dapat

diterapkan dengan tingkahlaku yang baik. Hukuman positif dan hukuman negatif menjadi pilihan

terakhir bagi guru untuk menghasilkan prosedur untuk mengajar kemahiran. Kesimpulannya

Pendekatan Pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama

ada baik atau sebaliknya. Tingkah laku murid adalah boleh di perhatikan , dikawal dan diramal.

Pendekatan Kognitif melalui Teori Pilihan pula berpendapat murid mempunyai pilihan tersendiri

. Guru boleh membuat aktiviti yang murid bolah memberi pendapat sendiri. Contohnya melalui

berbahas pendapat diberikan, guru dapat menilai serta menasihati murid jika pandangan itu

menyalahi moral atau norma masyarakat. Pendekatan kognitif menerusi Teori Terapi Realiti

boleh digunakan dalam pembelajaran , contohnya guru adakan perbincangan pendapat di dalam

kumpulan masing –masing. Dengan ini murid yang dilahirkan akan lebih yakin dan komited

terhadap diri sendiri. Pendekatan Terapi Realiti banyak digunakan dalam bentuk perkhidmatan

kaunseling contohnya kaunseling kanak –kanak. Guru harus faham muridnya iaitu memberi

tumpuan kepada tingkah laku bukannya perasan dan sikap . Guru perlu fokus kepada minat ,

bakat dan potensi murid.

Page 13: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

13

b) Terdapat perbezaan pandangan mengenai rangsangan dalam pendekatan –pendekatan. Di

dalam teori pelaziman klasik mengatakan rangsangan di persekitaran mempengaruhi

tingkahlaku . Rangsangan ini boleh diulang –ulang. Ia adalah terlazim. Di dalam Teori pelaziman

operan pula rangsangan tidak penting , kesan tingkahlaku adalah penting. Teori Pembelajaran

sosial pula menekankan rangsangan didapati hasil daripada pemerhatian . Ia kemudian ditiru dan

gerakbalas terbentuk. Pendekatan kognitif dari Teori pilihan pula berpendapat rangsangan

adalah matlamat pilihan. Pilihan dibuat berdasarkan faktor rangsangan atau keinginan dalam diri

sendiri. Individu bebas memilih apa yang wajar untuk dirinya. Oleh itu individu cenderung

membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Manakala Teori Terapi

Realiti pula mengatakan apabila suasana mesra diwujudkan antara guru dan murid , ini

merupakan rangsangan yang membolehkan murid berminat untuk berkongsi cerita. Kehendak

individu merupakan rangsangan dalam menyelesaikan maslah murid. Manusia ada kebebasan,

boleh membuat pelajar bertanggungjawab terhadap pilihan mereka.

Aplikasi dalam pendidikan.

Pendekatan pembelajaran menyarankan guru banyak memberi rangsangan kepada murid .Ia akan

memberi kesan yang lebih terhadap pembelajaran nanti. Latihan boleh diulang –ulang . Guru

juga perlu menungkatkan kesediaan belajar murid . Guru juga harus menggunakan motivasi yang

sesuai sebagai rangsangan . Guru mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas

dengan memperbanyakkan latihan , ulangkaji , aplikasi serta pengkukuhan dalam keadaan yang

menyeronokan . Guru boleh memberi ganjaran atau peneguhan positif untuk respons atau

gerakbalas yang betul daripada pelajar. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar memiliki

kejayaan dalam pembelajaran. Manakala pendekatan kognitif pula, murid menjadi aktif sebab

murid menyelidiki ilmu. Ilmu yang didapati adalah berkembang. Guru tidak lagi sebagai sumber

ilmu tetapi fasilator atau pemudahcara dalam pencarian ilmu pengetahuan. Setiap individu

mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang guru ajarkan berdasarkan pengalaman

masing –masing. Guru boleh melibatkan murid dalam pengalaman pembelajaran kompleks dan

intraktif yang sebenar dan pelbagai. Pembelajaran akan lebih berkesan apabila masalah

diselesaikan secara realistik. Pendekatan Kognitif pula guru mengadakan hubungan yang mesra

dengan murid. Guru tidak memaksa murid dan menghargai murid

Page 14: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

14

c) Melalui pendekatan pembelajaran, tingkahlaku dibentuk dibantu oleh rangsangan dan

peneguhan. Tetapi melalui pendekatan kognitif pula perubahan tingkahlaku adalah

tanggungjawab individu itu sendiri.

Aplikasi dalam pendidikan.

Guru yang mengamalkan pendekatan pembelajaran percaya bahawa murid boleh dibentuk

mengikut kemahuan guru. Contohnya murid boleh dilatih menjadi pembahas yang baik melalui

keedah ‘drill’. Murid boleh dilatih berkawad dengan baik melalui latihan yang berulangkali.

Manakala guru yang percaya kepada pendekatan kognitif beranggapan bahawa guru hanya

menolong mengembangkan potensi murid. Murid itu sendiri bertanggungjawab membuat pilihan

untuk menjadi murid yang berjaya. Guru hanya menyatakan isi-isi penting,dan murid- murid

membuat penyelidikan yang lebih untuk mendapat ilmu yang lebih. Murid banyak berusaha

kerana guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja.

3.0 Persamaan pendapat antara Pendekatan kognitif dengan Pendekatan Pembelajaran.

a) Terdapat persamaan di kedua-dua pendekatan ini .Mengikut pendekatan pembelajaran ,teori

klasik ialah hasil yang didapati adalah dalam bentuk tingkah laku. Begitu juga pada pendapat

yang terdapat pada teori operan tingkah laku boleh terhasil , selepas peneguhan dijalankan. Di

dalam teori pilihan , selepas individu membuat pilihan, tingkah laku terhasil. Di dalam Teori

Terapi Realiti tingkah laku yang lebih positif terbentuk apabila selesai sesi terapi. Apabila

tingkahlaku berubah maka perasaan akan juga berubah.

Aplikasi dalam pendidikan

Guru yang berpengetahuan mengenai kedua –dua pendekatan ini akan dapat mengesan

perubahan tingkah laku murid apabila pembelajaran telah berlaku. Bila pembelajaran telah

berlaku, perubahan tingkah laku yang positif diharapkan akan berlaku. Dengan ini murid dapat

membina matlamat hidup yang realistik. Guru boleh menggalakkan menilai tingkah laku sendiri

sama ada positif atau negatif. Tingkah laku murid akan berubah setelah mengenal pasti tingkah

laku itu .Ini akan menyedarkan individu tentang punca kegagalan mereka pada masa kini.

Page 15: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

15

b) Kedua-dua pendekatan menghindari hukuman dalam pembentukkan tingkahlaku.Tidak ada

sebarang hukuman diberikan murid. Jadi guru dalam kedua-dua pendekatan ini adalah

menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid. Guru mendidik dengan kasih sayang dan

mengelakkan pengunaan kata-kata kasar yang akan menjejaskan hubungan mesra guru dan

murid.

c) Kedua-dua pendekatan beranggapan bahawa apabila tidak terjadi perubahan tingkahlaku

,maka proses belajar dianggap tidak berlaku. Ini adalah kerana kedua-dua pendekatan

digunakan untuk membentuk tingkahlaku.

Aplikasi dalam pendidikan

Apabila guru menyedari tidak terdapat perubahan tingkahlaku murid selepas pembelajaran, maka

guru mestilah meneliti balik kepada kekurangan pengajarannya. Dengan ini guru, boleh merubah

cara pengajarannya, teknik, strategi yang diguna supaya murid dapat belajar. Guru akan

berusaha menggunakan pelbagai cara supaya terdapat perubahan tingahlaku yang dingini.

4.0 Kesimpulan.

Ahli – ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep –

konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Pendekatan ini mempunyai

kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan dengan

pendekatan yang lain. Adalah penting masalah murid dikenalpasti awal supaya bantuan dan

bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan ibubapa adalah perlu dalam

membimbing murid –murid. Tugas utama guru dalam hal ini adalah mengkoordinasikan murid –

murid dalam mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah –

langkah perlu menggunakan pendekatan –pendekatan yang disarankan oleh ahli –ahli psikologi.

Page 16: Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pendekatan humanisti

16

RUJUKAN

http:// www.id.wikipedia.org/wik/Abraham _Maslow.html pada 10 Oktober 2011

http:// www .tuanmat .tripod.com/teorimaslow.html/ pada 10 Oktober 2011

http:// www .psychology.about.com/od/profilesal/p/Alfred-adler.html pada 13 Oktober 2011

http:// www.brainyquote.com/quotes/authors/a/alferd_adler.html pada 13 Oktober 2011

http:// www.choicetheory.com/ct.html pada 13 Oktober 2011

http:// www.associatedcontent.com.health& Wellness.Mental Health pada 13 Oktober 2011

http:// www .myauz.com/ianr/articles/lect5realitytherapyglasser.pdf. pada 10 Oktober 2011

Atan Long ( 1976) , Psikologi Pendidikan .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Sani Yahya ( 2005), Mengurus Disiplin Pelajar : Pahang : PTS Professional.

Ahmad Marzuki Ismail ( 2007), Jati Diri Seorang Pelajar : Shah Alam. Karisma Publication

http:// www. belajar psikologi.com/ teori_belajar_behavi / html pada 7 November 2011

http:// www/ jmat./pgmksm.edu.my/pdf/teori 2011.pdf pada 7 November 2011.

http:// www. alfaned.blpgspot.com/ pendahalu_ bab1_teori/ html pada 8 November 2011

http:// www.id.wikipedia.org/ teori perkembangan kognitif html pada 8 november 2011.

http:// www.eprints.utm.my/6258/1/2 pdf pada 9 november 2011

Amirul Amin . (2008). Kenali jiwa kanak-kanak. Petaling Jaya: Perpustakaan Negara Malaysia.

Jeni Wilson.(1997) . Berfikir sendiri :K.L. Perpustakaan Negara Malaysia.

Rahmatullah Khan.(2011) .Modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ,Modul PJJ UPSI: Tanjung

Malim