Batinku

64
DR. BAGINDO MUCHTAR Batinku Diterbitkan oleh: Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim Pulau Pinang, Malaysia 2003

description

oleh Bapak Baginda Muchtar

Transcript of Batinku

Page 1: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku

Diterbitkan oleh:Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

Pulau Pinang, Malaysia2003

Page 2: Batinku

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.; Batinku

Hakcipta © 2003Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimSemua hakcipta TerpeliharaISBN: 983 – 41447 – 1 - 7

Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulangcetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baikelektronik mahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apasahaja teknik simpanan dan cari semula maklumat, tanpa kebenaranbertulis daripada penerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaanhendaklah dikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul RahmanIbrahim.

Diedarkan oleh:• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat

Negeri Pulau Pinang• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat

Negeri Selangor Darul Ehsan

Diterbitkan oleh:Mejar (B) Haji Abdul Rahman IbrahimPulau Pinang, Malaysia2003

Page 3: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku

SEPATAH KATA DARIKU

Kupersembahkan karyaku (risalahku) ini bagi mereka peminat-peminat yang masih dalam mencari-cari akan keakuannya, danseterusnya mencari jalan untuk dapat mengenal akan diri sendiri,dan terutama kuhidangkan untuk anak-anak didikku, anak-anakkuyang telah mendapat dan menerima aliranku dan yang telahbergerak di bidang ilmu pengetahuanku dan yang telah dapatbanyak merasakan akan manfaatnya ilmu pengetahuanku denganmengamalkannya.

Mengingat akan pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah danpengertian yang belum begitu mendalam difahami oleh kebanyakananak didikku, maka kucubalah menyusun dan merangkaikankaryaku ini dengan tujuan untuk lebih lekas dapat difahami dandapat dimengerti lebih mendalam, kerana janganlah hendaknya ilmupengetahuan yang telah diperdapat atau diterima melalui badandiriku bertaklid padaku atau terlampau dipergantungi padaku yangdianggap sebagai Bapak atau guru, malahan tujuanku terutamasupaya dapat berdiri sendiri pada keakuan dan ilmu masing-masing.

Page 4: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku

Maka tak apalah rasanya bagi mereka yang sangat bergantungpadaku, pada keakuanku selama ini, adalah karyaku ini untuksebagai petunjuk dalam membimbing dari keakuanku kepadakeakuan sendiri masing-masing.

Harapanku semoga dengan berhasilnya mereka menemui ‘Aku’-nya sendiri dan dapat serta sanggup berdiri sendiri pada diri yangsebenarnya diri, tercapailah hendaknya tujuanku hendak‘melahirkan manusia baru sampai dapat tercipta dunia baru denganmasyarakat baru’ yang menjalankan kehidupan berlahir danberbatin.

Dan terhadap Tuhan, kututup ‘Sepatah Kata’ dariku ini denganmenyusun jari yang sepuluh, menghunjamkan lutut nan dua,menundukkan kepala yang satu, memohon ampun kepada-Nya.

Wabillahitaufiq walhidayah

Aku(BAGINDO MUCHTAR)

Page 5: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku1

BATINKU

Apakah sebenarnya kebatinan itu? Pada umumnya, orangmenganggap adalah apa yang dinamakan kebatinan itu, iaitu yangtak nampak atau sesuatu yang keadaannya tak nyata. Dan bagimereka yang telah banyak pengalaman dan berbuat terhadap dandengan kebatinan, maka orang dan dia sendiri menamakan dirinyaseorang ahli kebatinan.

Sedari kecil aku sangat tertarik kepada ilmu kebatinan. Pernahaku perdapat yang berupa kata-kata yang harus dihafal atau isim-isim yang akan dibacakan untuk digunakan pada saat-saatdiperlukan. Dan pernah pula aku dijadikan anak angkat olehseseorang yang kemasukan (trance) untuk mendapat benda atauuntuk keperluan sesuatu.

Kesemua itu aku terima bukan untuk begitu saja dipercayai dandiyakini, melainkan aku terima untuk ingin mengenal danmengetahui. Pelajaran yang kuterima pada umumnya, kata-katanyaseperti orang berpantun saja dan ada pula ayat-ayat Quran yang

Page 6: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 2

harus dibaca umpamanya untuk keperluan sesuatu.

Selalu bila ada waktu terluang, tak habis-habisnya aku berfikiratau memikirkan apa hubungannya itu kata-kata atau ayat-ayatdengan sesuatu yang dihadapi atau yang akan dihadapi biladiperlukan. Ditanyakan kepada orang yang memberinya (guru)mendapat jawapan tidak memuaskan, dan kesimpulannya kita harusmeyakini dan membawakannya saja, habis perkara. Akan tetapi,jiwaku tidak puas menerima saja cara begitu dan begitulahsegalanya itu selalu menjadi buah pemikiranku. Apa memangadakah hubungannya, kait-mengaitnya satu sama lain? Keakuankutak dapat begitu saja menerimanya secara kenyataan.

Walaupun dalam perjalanan kehidupanku (pengalaman) banyakterjadi dan tersua olehku yang aneh-aneh, akan tetapi kesemuanyaitu kuanggap sebagai satu kebetulan saja. Akan tetapi sungguhpunbegitu, segala sesuatunya itu tetap menjadi buah pemikiran bagikuuntuk memecahkannya. Dan di antara kata-kata yang berupapantun-pantun yang kuterima itu atau yang diturunkan orangpadaku itu, yang amat menarik bagiku ialah permulaannya selaludengan menyebut nama Allah iaitu ‘Bismillah al-Rahman al-Rahim dan pada penutupnya selalu dengan, “Berkat kalimah La-ilaha ill-Allah.”

Sebagai seorang yang beragama, tentu aku percaya akan adanyaTuhan dan Yang Ghaib. Akan tetapi bagaimanakah hubungannyaYang Ghaib dengan diri sendiri? Dan apa sebenarnya Yang Ghaibitu dan apa benar adakah Yang Ghaib itu?

Tuhan tentu tak dapat dikaji sedalam-dalamnya, bukan? Sebagaiseorang beragama wajib percaya akan ada-Nya. Akan tetapi YangGhaib, bagaimanakah keadaan-Nya? Berupakah atau tenagakahdia?

Pada umumnya, pengertian ghaib iaitu tidak nampak atau tidaknyata. Begitupun pula tenaga (daya) pun tidak nampak, akan tetapi

Page 7: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku3

sewaktu-waktu seseorang dapat merasakannya sehingga sampaiorang menamakannya ‘tenaga ghaib.’ Tenaga ghaib sudah pastiterbitnya dan timbulnya dari yang ghaib atau tenaga dari yangghaib (sesuatu yang tidak nyata).

* * *Apakah sebenarnya kebatinan itu? Dan sampai di manakah

tingkatan ilmu pengetahuan seorang ahli kebatinan? Mungkinberlain-lain pandangan seseorang mengenai kebatinan dan ilmukebatinan. Masing-masing akan mengatakan dia yang benar danlebih benar dari yang lain. Yang Maha Benar ialah Tuhan.

Terlepas dari kebenaran seseorang memahami kebatinan danilmu kebatinan, maka ini aku huraikan fahamku sendiri tentang soalkebatinan dan ilmu kebatinanku dengan jalan mengupas danmeneliti batinku sendiri sampai aku dapat mengenal diriku sendiri,serta memecahkan akan rahsia-Nya sehingga dapat akumengatakan, “Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku.”

Dalam-dangkalnya kebatinan seseorang bergantung pada dasardari ilmu kebatinannya sendiri dan kelebihan seseorang akankelihatan pada tindak-laku perbuatannya atau di waktu bertemusatu sama lain yang golongannya termasuk ahli kebatinan atau padawaktu mengamalkan ilmu pengetahuannya.

Pengalamanku yang bertahun-tahun dalam perjalananmengamalkan apa yang ada padaku, terutama di bidangpengubatan, membebaskan diri seseorang dari kesulitan-kesulitanyang dialami, tekanan-tekanan perasaan dan lain-lain, bahkansampai kepada menurunkan ilmu pengetahuanku pada mereka yangberminat hendak mengamalkan pula seperti apa yang kuamalkan,pengalaman-pengalaman yang aneh-aneh yang tadinya tak didugasebelumnya yang tak makan di akal akan bisa terjadi tetapi terjadi,menyebabkan aku tak habis-habisnya berfikir dan merenungkan apa

Page 8: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 4

yang telah ada pada diriku itu sehingga mendatangkan kemahuankuyang teguh untuk mengetahuinya lebih mendalam dan aku sangatingin memecahkannya secara ilmiah dan bukan secara mistik (yangharus menerima dan mempercayainya saja).

Aku yang tadinya belum tahu, dengan mengingat danmempelajari kembali apa yang telah terjadi pada waktu akumengamalkan apa yang ada padaku, dengan beransur dan teraturtelah menjadi tahu. Walaupun belum keseluruhannya aku tadinyabelum mengerti padanya, lambat-laun telah menjadi mengertiwalaupun belum keseluruhannya. Sampai akhirnya, aku dapatmengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsia yangterkandung padanya sehingga rahsia-Nya telah menjadi rahsiakupula, sehingga kedudukanku (bagaimana aku sebenarnya) akurahsiakan pula.

Siapa yang dapat memecahkan rahsiaku? Terserah pada yangtahu dan Yang Maha Tahu adalah Tuhan.

Bagaimana caranya aku dapat mengenal dan menemui dirisendiri? Pengalamanku yang bertahun-tahun melakukan sesuatuuntuk sesuatu, mencari sesuatu dengan sesuatu, menyimpulkanbagiku bahawa untuk tujuan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu,seseorang harus mengembara mengadakan dan melakukanperjalanan zahir dan batin kerana dalam perjalanan pengembaraanitu, bermacam-macam pengalaman yang akan diperdapat keranaakan bermacam-macam pula keadaan dan kejadian yang akanditemui dan dilalui, kerana lain padang lain belalang, lain lubuk lainpula ikannya dan akan bermacam-macam pula pelajaran akandiperdapat berkat dari pengalaman-pengalaman yang telah tersuaterhadap badan diri sendiri dan terhadap diri orang lain yangmenghubungi atau yang berhubung dengan diri kita.

Dan tak dapat dimungkiri, bahawa untuk mendapat danmengetahui sesuatu, seseorang harus mempunyai cara atau metode

Page 9: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku5

(method), analisa atau pemecahan, yang mana sebahagian besarorang menamakan tarekat. Tarekat bererti jalan. Sesuatu jalan yangdijadikan amalan untuk mendapatkan sesuatu.

Tarekat apa yang kupakai atau apa dan bagaimana jalanku? Akutak bertarekat seperti orang bertarekat, melainkan aku mempunyaijalan sendiri yang aku perdapat dan temui setelahnya aku banyakberbuat dan berlaku di waktu aku mengadakan perjalananpengembaraan. Dan setelahnya aku dapat mengenal danmengetahui akan jalan yang telah aku perdapat itu, dan denganpengalaman bertahun-tahun berjalan pada jalan tersebut, makadapatlah aku mengatakan bahawa adalah jalan yang ada padaku ituantara lain ialah jalan untuk mengenal diri sendiri, dan terhadaporang banyak aku dapat mengatakan bahawa adalah tarekatku,tarekat untuk mengenal diri sendiri.

Dan begitulah aku dapat mengisahkan, kisah hasil perjalanankusebagai seorang manusia awam mencari seorang hamba Allah yangmenamakan ‘Aku’ terhadap badan dirinya, yang bagi setiap orangtempatnya dan letaknya terahsia sebelum dapat menemuinya ditempatnya. Kisahku ialah begini:

Untuk Seseorang Yang Hendak MencariDan Menemui Aku

Engkau berjalan Aku pun berjalan. Engkau berjalan denganalam fikiranmu hendak mencari Aku, sedangkan Aku berjalan padajalanku pula. Kita berjalan pada jalan masing-masing. Di tengahperjalanan, engkau melihat Aku sedangkan Aku tak melihat engkaukerana tujuanku berjalan bukan hendak mencarimu. Engkau di kiri,Aku di kanan. Engkau di luar Aku di dalam. Engkau dari atas Akudari bawah. Dari atas Aku katakan kerana titik-tolakmu dari alam

Page 10: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 6

fikiran, sedangkan titik-tolakku dari dalam atau dari bawah keranatempatku di Alam Rasa atau Perasaan. Engkau berhenti berjalankerana hendak menemui Aku setelahnya engkau dapat melihat Akutengah berjalan. Di saat itu engkau tak dapat melihat Aku kerana diwaktu engkau berhenti berjalan Aku pun berhenti pula bagimu.Dan bila engkau berjalan lagi, engkau akan melihat Aku kembalikerana Aku pun berjalan pula bagi penglihatan dan perasaanmu.

Apa yang hendak engkau lakukan dan buat sekarang, sedangkantujuan engkau semula hendak mencari Aku? Kalau dapat bertemu,hendaknya di rumahku. Dan dalam perjalanan menuju rumahku,kita berjumpa di perjalanan seperti yang disebutkan di atas. Kalauengkau teruskan berjalan cara engkau berjalan, pasti engkau takdapat menemui Aku. Engkau dapat melihatku, inipun sedang dalamperjalanan. Seperti dikatakan di atas, ‘bila engkau berhentiberjalan, engkau tak akan melihat Aku kerana di saat itu Aku punberhenti pula berjalan bagimu.’ Nampaknya kita seiring, tetapibertukar jalan. Lain jalanmu dan lain pula jalanku. Dan kalauterjadi begitu bagi perjalanan seseorang, apa yang harus dilakukan?Jawabnya ialah, “Siapa yang berkepentingan dalam hal ini? Yangmencarikah atau yang dicari?” Sudah tentu yang mencari, bukan?

Apa yang dicari itu sesuatu atau merupakan benda yang adakahatau sesuatu yang belum tahu keadaannya. Pada umumnya kalauseseorang hendak mengenal, mengetahui, apalagi hendak menemuisesuatu atau seseorang, hendaklah lebih dahulu dicari jalan untukmenuju ke tempatnya. Dengan mengikut jalannya, berjalan padajalannya, seseorang akan dapat mengenalnya, mengetahuinya dandengan ketabahan dan keyakinan yang sungguh serta kemahuanyang teguh, pasti yang dicari akan dapat dikenal dan ditemui dandiketahui akan keadaannya.

Dengan huraian seperti tersebut di atas jelaslah sudah, iaituuntuk dapat menemuinya turutlah jalannya, jangan jalanmu, apalagikalau engkau paksakan dia menuruti jalanmu, pasti dia tidak akan

Page 11: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku7

mahu.

Dan dalam hal ini, teringat aku akan kisah perjalanan Nabi AllahKhidir dengan Nabi Musa dapat pertunjuk dari Tuhan supayamencari Nabi Khidir untuk belajar ilmu pengetahuan padanya(Surat al-Kahfi Ayat 60 – 82). Syaratnya, setelah dia dapatbertemu dengan Nabi Khidir ialah dia harus ikut berjalanbersertanya – sabar dalam segala hal terutama tentang apa yangdilakukan Nabi Khidir selama dalam perjalanan itu; tidak bolehberbicara atau bertanya kalau tidak Nabi Khidir sendiri yangmemulainya.

Dan begitulah sebahagian dari kisahku mencarinya. Padapermulaan aku menemui sesuatu yang kuanggap tadinya itulah dia,akan tetapi setelahnya aku banyak berpengalaman dengannya,kerana selalu aku ikut bersertanya dan adakalanya pula akumengatakan aku ikut sertakan dia, maka dengan beransur danteratur dapatlah aku memahami dan mengerti bahawa adalah diayang aku anggap dia itu bukanlah dia yang kucari atau dia yangsebenarnya. Melainkan pengalamanku dengannya menunjukkanpadaku bahawa di balik dia ada dia lagi dan di balik dia yang keduaada dia yang ketiga dan sehingga aku menamakan akan dia, diasemuanya dan adalah perjalananku waktu itu bersertanya adalahibarat menghasta kain sarung, ‘sampainya di situ ke di situ juga’dengan tidak ada kemajuannya.

Belakangan (kemudian), kenyataan padaku adalah dia itu bagikusebagai perantara saja antara aku dan dia, dan antara aku dansesuatu untuk pencapai tujuan dan sasaran. Dan dalam pada itu, diayang sebenarnya yang kucari belum kujumpai lagi. Dan bagiku,adalah dia itu orang dalam dan pada ilmu kebatinan adalah saat itukalau aku jadi dia adalah aku orang ‘medium’ (orang tengah),tetapi aktif dan positif kerana kalau tadinya dia negatif, setelah akudapat menemuinya maka dia telah menjadi positif.

Page 12: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 8

Telah menjadi kebiasaan bagiku, aku tidak puas dengan apayang telah ada; aku mahu lagi dan masih mahu lagi. Dan begitulahpada waktu terluang aku senantiasa berfikir dan berfikir lagi,bermenung dan merenungi, bertafakur, meneliti dan mempelajarikembali jalannya; apa yang telah aku perdapat dan amalanku yangtelah sudah-sudah dengan kembali mengenangkan pengalaman-pengalaman yang telah berlaku, sehingga aku dapat mengatakanbahawa aku ‘berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar,jadi murid dalam jadi guru, menerima dalam memberi’ dan gerak-geriku, tindak-laku perbuatanku kujadikan menjadi amalanku. Dankuketahui segala gerak-geriku dalam berlaku dan berbuat untuksesuatu kelihatannya aneh bagi orang luar. Itu tak salah keranamereka itu belum mengenal aku dan tak mengerti pada dan caraku.Dan anehnya pula, mereka yang telah pernah menghubungiku,apalagi telah pernah pula ibarat seorang musafir kehausan dipadang pasir mendapat seteguk air melalui tanganku untukmelepaskan dahaganya, selalu ingin hendak mendatangi danmenghubungiku.

Dan harus kuakui, secara kebetulan melalui seorang kawan,dianjurkannya mencari dan membaca buku ‘Alam Fikiran’karangan Bapak Dr. Pariyana Suryadipura. Dan melalui bukutersebut seolah-olah aku mendapat pertunjuk iaitu di antaranyadikatakan:

“Kalau hendak meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang,seharusnya orang tersebut beramal. Dan adalah amal ituterbahagi kepada dua. Pertama; amalan yang bersertakan hawanafsu. Dan kedua; amalan yang tidak bersertakan hawa nafsuiaitu apa yang dinamakan orang amal soleh.”

Aku kembalikan ingatanku kepada amal perbuatanku dan mahutak mahu harus kuakui bahawa kebanyakkan amalan yangkulakukan yang sudah-sudah ialah bersertakan hawa nafsu. Dengansedar, kumulailah merubah sikapku dan kududukkanlah segala

Page 13: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku9

amalanku sebagai merupakan amalan soleh. Dan benar juga,semenjak itu aku dapat merasakan perubahan dalam jalannyakehidupanku dan sekaligus pula perubahan pada pengertian ilmupengetahuan yang kuamalkan.

Bersama ini, aku sebagai seorang manusia, sebagai seoranghamba Allah menguatkan akan keyakinan orang-orang yang telahterdahulu iaitu segala macam keinginan dan perjalanan menujukepada Tuhan hendaklah dilakukan dengan tindak-laku perbuatanbebas dari hawa nafsu, sehingga segala amalan yang diperbuatdapat dinamakan merupakan amalan soleh.

Kalau tadinya jalan aku lalui tidak terang, kabur atau samar-samar, maka dengan peningkatan pengertianku itu padanya,dapatlah aku mengatakan sejak itu jalanku ialah jalan terang yangaku sendiri dapat merasakannya. Dengan berpegang kepada jalanyang terang itu dapat tahulah aku sudah bahawa rahsia dari badandiriku sendiri telah pecah. Yang satu telah menjadi dua; suatupemecahan yang menghasilkan pemisahan iaitu pemisahan antarayang satu dengan yang lain, antara lahirku dengan batinku atauantara jasmaniku dengan rohaniku. Ya. Aku tegaskan kembali iaitusuatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan.

Dengan telah dapatnya aku mengetahui dan merasakanpemisahan antara yang satu dengan yang lain itu, antara zahirkudengan batinku, antara badan kasarku dengan badan halusku, makaterbukalah pula jalan bagiku untuk mengetahui ada apa di dirikudan terdiri dari apa diri itu?

Dan begitulah dengan beransur, terutama menarik pelajaran daripengalaman-pengalaman yang begitu banyak, hasil dari renungandan menungan, hasil dari pemikiran dalam fikiran, percubaan-percubaan yang diadakan, hasil dari teori dalam berpraktik, hasildari belajar dalam mengajar, pertunjuk-pertunjuk melalui al-Qurandan buku-buku yang dibaca, terutama buku-buku mengenai

Page 14: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 10

tasawuf, tarekat dan metafizik, aku kenali dan temuilah diri sendiridengan dapat pula mengetahui akan rahsia yang terkandungpadanya.

Dan adalah di antara rahsianya yang telah kuketahui itu iaitu,‘memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam,mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang matidaripada yang hidup.’

Dan begitulah sebagai hasil dari renunganku akan perjalanankuyang telah berlalu dan yang sampai pada waktu ini, bahkan sampaiseterusnya, penemuanku akan jalan yang telah menjadipeganganku, terciptalah sebuah sajak yang aku beri nama:

MANA JALANKU( Aku dalam Sajak )

Aku melihat orang berjalanDalam pada itu, akupun berjalanJalan orang jalan nyataJalanku tidak nyata

Kulihat orang berjalan di jalanrayaAku pun ikut berjalan bersertanyaDia sampai di tujuannyaAkan tetapi aku, di situ ke di situ juga

Manakah yang benar?Jalan orangkah atau jalankuKedua-duanya benarKerana kedua-duanya perlu

Bagi orang jalanku gelapBahkan aku dianggap barang matiBagiku jalanku tak gelap

Page 15: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku11

Hanya orang yang tak mahu mengerti

Bagiku jalan orang jalan nyataJalanku jalan tidak nyataSatu sama lain berbezaJalanku dan jalannya

Orang berjalan di jalanrayaJalan bikinan tangan manusiaNaik mobil, kereta api, kapal laut dan udaraBagiku itu namanya menumpang di jalannya

Namun aku, walau di mana sajaDi lautan di daratanDan di udaraNamun jalanku tidak kulupakan

Telah kutemui itu sumber, pokok pangkal dari seluruh kegiatankehidupan di dalam, induk titik dari segala titik iaitu titik yangpertama di mana tiada titik di sebaliknya lagi.

Kalau Nabi Musa dengan pertunjuk Tuhan mencari Nabi Khidirtempatnya di pertemuan dua muka lautan, maka aku dapatmengatakannya, aku menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.

Aku telah dapat membebaskan diriku dari ikatan kebendaan,bahkan aku telah dapat berdiri sendiri dengan keakuan yang datangdaripada-Nya yang akan kembali ke Hadirat-Nya, lepas daripadayang dijadikan yang akan dihantar kembali ke asalnya iaitu ketanah. Membebaskan diri dari ikatan kebendaan, untuk diri sendiridapat merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain atauantara yang zahir dengan yang batin, antara rohani dengan jasmaniatau antara badan halus dengan badan kasar. Kalau orang mahumenanyakan bagaimana hubungan antara yang satu dengan yanglain, maka jawabnya ialah, “Jauh tak berantara, dekat tak

Page 16: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 12

berbatas.”

Aku telah menemui itu dua keadaan dan kejadian. Aku telahmengetahui itu diri yang sebenarnya diri, diri yang berdiri dengansendirinya yang tadinya negatif pada kenyataannya dan telahmenjadi positif padaku setelahnya aku dapat memisahkannya antarayang satu dengan yang lain. Positifnya bukan merupakan kenyataanseperti badan, melainkan nyatanya aku dapat merasakannya.

Dengan pemecahanku yang menghasilkan pemisahan antarayang satu dengan yang lain telah kuketahui dan temui pula batinkuatau badan halusku, sehingga aku dapat pula mempertahankantentang aku lahir dan aku batin; aku dengan badan halusku dan akudengan badan kasarku. Sebagai orang dalam, aku berpendirianpada badan halusku dan sebagai orang luar, aku berpegang danberpendirian pada badan kasarku.

Siapa dan yang manakah Aku yang sebenarnya? Sebagai orangluar, aku seorang materialis (kebendaan) kerana berpendirian padajasadku yang nyata, yang banyak punya keinginan dan kemahuan,sedangkan kemampuan mungkin tak ada. Akan tetapi, kalaukubawakan kehidupanku sebagai orang dalam, apalagi kalau telahmendalami segi kehidupan yang sebenarnya, maka akan tanggallahduniaku dan aku akan tenggelam dalam perasaan dengan tidakbegitu menghiraukan atau mempedulikan akan hidup kenyataan(kebendaan); hidup lahiriah.

Jadi kalau begitu, bagaimana mestinya membawakan kehidupanyang sebenarnya iaitu supaya tercapai ‘bahagia’ dunia dan akhirat?Menjalankan kehidupan sebaik-baiknya hendaklah menghasilkan‘dunia dapat, akhirat tak lepas.’ Ini hanya akan dapat dicapaidengan jalan amalan yang sejalan pula, iaitu dunia dan akhirat.

Untuk mencapai hidup bahagia bagi seseorang hendaklahmempunyai sesuatu pegangan yang hidup pula lagi benar danmengetahui akan diri sendiri. Siapa dia? Di mana dia sekarang

Page 17: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku13

berada? Hendak ke mana dia dan apa tujuan hidupnya? Atau untukdiri sendiri, harus bertanya; siapa aku, mahu apa aku, dan hendakke mana aku?

* * *Sudahkah seseorang mempunyai suatu pegangan untuk bekal

hidup, yang mana dengannya dapat mendatangkan kebahagiaanpada badan dirinya sendiri? Dan sudahkah diperolehnya bahagiayang telah diperdapatnya itu zahir dan batin? Betapa banyaknyakita melihat orang-orang yang kita anggap bahagia, akan tetapisebenarnya menderita kerana bahagia yang diperdapatnya barubahagia kulit atau bahagia zahir, sebab diperdapatnya denganmenurutkan hawa nafsunya. Dan dalam beramal, maka amalanseperti itu termasuk dalam golongan amalan yang bersertakanhawa nafsu, dan itu bahagia tidak kekal, akan hancur atau habiskerana merupakan benda atau material.

Dan bagi yang belum punya pegangan, carilah suatu peganganyang benar lagi betul sampai bisa dipertanggungjawabkan duniadan akhirat.

Dan bagi yang selalu dalam keragu-raguan, hilangkanlahkeragu-raguan itu dengan kembali, kerana di dalam diri sendiriitulah letaknya apa yang engkau cari.

Dan bagi semua insan yang menderita, yang kecewa, yangberasa ketinggalan, yang berasa kekurangan, aku anjurkanjanganlah lekas berputus asa. Jangan terus begitu saja menyerahpada takdir. Dengan tidak memandang umur tua atau muda,bersekolah atau tidak, terpelajar atau tidak, miskin atau kaya, cacatatau tidak, selagi kehidupan masih berjalan di dalam batangtubuhmu, masih ada jalan memperbaiki sesuatu keadaan. Masih adajalan untuk mencapai bahagia sejati. Masih ada jalan untuk dapatmerasakan nikmat hidup dan lain-lain sebagainya. Kesemuanya itu

Page 18: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 14

bisa terjadi kalau engkau kehendaki dan mahu mencari danmempelajarinya, kerana bukankah Allah tidak akan merubah nasibseseorang kalau tidak orang itu sendiri berusaha untukmerubahnya? Engkau berasa berdosa? Bukankah Tuhan itu MahaPengampun? Mohonlah keampunan pada-Nya. Bukankah DiaMaha Pemurah lagi Maha Pengasih?

Aku mengatakan, segala ketidaksenangan yang engkau alami,letak kesalahannya bukan pada orang lain (bukan pada di luar daribadan dirimu), malahan padamu sendiri lantaran kebodohanmu.Engkau belum mempunyai yang betul untuk pegangan hidup; suatupendirian hidup yang tidak berurat tunjang (berakar), yang manasewaktu-waktu bila angin besar datang, batangnya bisa goyang,dahan dan rantingnya bisa patah atau ibarat bahtera, hidupmu ditengah lautan, jangankan oleh gelombang besar, oleh alun kecil sajaperahumu sudah oleng atau mungkin tenggelam.

Engkau harus mempunyai suatu pegangan yang benar lagi betuldan itu adalah tempatnya di dalam dirimu sendiri, bukan dari luarbadan dirimu. Dari itu engkau harus dapat mengenal dirimu sendirilebih mendalam, sanggup memecahkan akan rahsia yangterkandung padanya, dan dengan telah terpecahkan akan rahsia itu,engkau akan dapat mengetahui apa yang dinamakan ‘hidup’,bahkan engkau akan dapat mengetahui itu selok-belok kehidupandi dalam dan di luar badan dirimu sendiri sehingga engkau akanpandai membawakan hidup dan kehidupan dalam erti yangsebenar-benarnya.

Aku dapat mengatakan bahawa jalan kehidupan yangsebenarnya itu adalah semenjak di dalam diri sendiri, keranabukankah kehidupan itu berjalan sejak dari dalam badan dirisendiri? Dari itu berusahalah memecahkan soal kehidupan sendiriyang berpokok pangkal dari dalam badan diri. Pecahkanlah akanrahsianya dan usahakanlah menemui itu jalan yang sebenarnyajalan, yang hanya dapat dirasakan bagi seseorang yang telah dapat

Page 19: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku15

menemuinya. Dan itulah dia hidup yang akan dipakai, mati yangakan di tumpang, yang siang akan dipertongkat dan malam akandipekalang hulu. Sebelum seseorang dapat menemuinya danmenjadikannya menjadi pegangan yang betul, maka perjalanan didalam tetap seperti kata pepatah, ‘Perjalanan seperti menghastakain sarung; sampai di situ ke di situ juga.’

Aku yang telah dapat menemui jalan yang dimaksudkan danyang telah berjalan pada jalannya dan telah berpengalamandengannya bertahun-tahun lamanya, dapat mengatakan bahawaadalah jalannya itu jalan lurus lagi benar, jalan yang berpetunjuk,jalan yang berisi yang tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Lagipula, banyak mengandung rahsia. Pengalaman juga yangmenunjukkan padaku semenjak aku menemuinya dan berjalanbersertanya, berjalan pada jalannya, selain banyak keanehan-keanehan yang kualami, juga penilaian dan pandangan orangpadaku yang kadang-kadang berlebih-lebihan atau adakeistimewaannya yang mana mendatangkan ingatan padaku akanmukjizat-mukjizat yang telah dianugerahkan Tuhan terhadapbeberapa orang-orang tertentu. Ingatlah akan sabda Tuhan, “Hanyaorang-orang yang dikehendaki-Nya yang akan sampai ke Sana atauke Hadirat-Nya atau kepada Cahaya-Nya itu.”

Terlepas dari pandangan mistik atau segi negatif, maka akusengaja memecahkan rahsia diri ini secara ilmiah sampai di tingkatmana aku dapat mengupasnya, semoga dapat difahami dandimengerti dan terutama dapat dirasakan, kerana memang di rasaitulah letak rahsianya. Suatu rasa yang terasa dengan bawaannyagerak yang bergerak dengan sendirinya menurut aliran-aliran yangdapat dirasakan pula, suatu gerak dan pergerakan, ilmiahnyadinamakan gerak di bidang metafizika atau ada juga yangdinamakan Ilmu Latifah.

Aku yang tadinya tak mengerti akan selok-beloknya kehidupandi dalam badan diriku sendiri, semenjak aku telah dapat mengenal

Page 20: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 16

dan menemuinya, maka banyaklah pelajaran-pelajaran yang akuperdapat daripadanya. Aku telah mengenal itu hidup yangsebenarnya, kehidupan yang sedang berjalan, menjalankan danmengisi kehidupan yang kenyataannya suatu perbuatanmenghidupkan dan al-hasil menghasilkan yang dihidupkan.

Dan begitulah aku dan besar kemungkinan banyak orang lainselama ini, sebelum dapat mengenalkannya, berpegang kapadayang dihidupkan. Dan adalah tiap-tiap yang dihidupkan tidak kekal,mesti mati. Dan sebagai seseorang yang dihidupkan, aku harusmenjalankan kehidupanku pula pada dunia kebendaan ini untukmemenuhi keperluan-keperluan apa yang ada padaku yangberkehendak pada makan dan minum, pembersihan, pakaian danlain-lain sebagainya, menjelang akhir dari kehidupanku sebagaiseorang manusia yang mana apa yang dinamakan kematian itu,tiap-tiap diri tak dapat tahuinya pada sebelumnya, tentangwaktunya, umpama harinya; siang atau malam, pagi atau sore(petang) dan jamnya. Bila dia datang pun tiap-tiap diri tak dapatmengelakkannya, walau ke mana bersembunyi dan telah menjadikenyataan pula bahawa tiap-tiap yang dihidupkan mesti mati atautiap-tiap yang bernyawa mesti mati.

Bagi seseorang yang telah dapat memahami erti hidup dankehidupan di dalam badan dirinya sendiri, sebenarnya tak perlutakut menghadapai kematian kerana bagi tiap-tiap diri, bagi tiap-tiap manusia, soal mati dan kematian adalah soal biasa. Dan bagikusendiri apa yang dinamakan mati bagi seseorang manusia, adalahsuatu perpindahan dari suatu alam ke alam yang lain, suatupemulangan kembali ke asalnya, kerana pendirianku adalah ‘Aku’;‘Aku’ yang akan kembali ke Hadirat-Nya dengan dijemput danbukan yang akan dihantar kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Matibagi manusia ialah suatu pelepasan dari ikatan-ikatan jasad, disusuldengan ibarat bagi lampu; lampu padam oleh kerana kehabisanminyak.

Page 21: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku17

* * *Biasanya, orang-orang yang begitu mencintai dunia begitu

terikat kepada kebendaan yang tindak-laku perbuatannya lebihbanyak mengemukakan hawa nafsu itulah yang payah menghadapikematian, kerana jalan pelepasan baginya sendiri begitu berbelitikatannya oleh kerana cintanya pada benda dan kebendaan sudahsangat begitu mendalam, sehingga seolah-olah berat berpisahdengannya. Suatu perjalanan kehidupan yang tadinya kebanyakanmenurut hawa nafsu dan tak pernah atau jarang sekali memikirkanbahawa dirinya sendiri akan mati, akan berpisah dengan duniakebendaan yang dicintainya dan jalan kembali pula sangat gelapbaginya, oleh kerana tak pernah memikirkan selama ini apa itumati, apa sebenarnya yang mati, apa adakah kehidupan lagi di balikkematian. Dan untuk menginsafkan diri, sering-seringlahmendatangi orang sakit, sering-seringlah melepas seseorang ataumenghadapi seseorang dalam sakaratulmaut (dalam menghadapikematian yang akan ditempuhnya), bagaimana cara perjalananperpisahan antara yang satu dengan yang lain, antara yang akanpergi dan yang akan tinggal. Hendaklah dihadapi sesampai-sampainya seluruh tubuh sudah kaku dan dingin. Dan cubalahrenungkan dan fikirkan dalam-dalam perisiwa-peristiwa yang telahdialami itu dan ambillah pelajaran daripadanya dan tanya dirisendiri, bagaimana pula aku nanti?

Tujuanku menerangkan soal mati dan menghadapi kematian inibukanlah untuk menganjurkan supaya seseorang akan memasukiatau membawakan hidup kerohanian dengan meninggalkan duniayang indah cantik lagi menarik ini. Bukan! Melainkan untukmengajak insan yang banyak yang telah salah jalan untuk merenungdan memikirkan lebih mendalam, bagaimana caranya (harusnya)membawakan hidup dan kehidupan supaya dapat tercapai danmerasakan kenikmatan kebahagiaan hidup di dunia dan mendapattempat yang sebaik-baiknya nanti di akhirat. Selagi hidup sebagai

Page 22: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 18

seorang manusia dapat hendaknya merasakan akan kasih sayangTuhan terhadap badan diri dan rasa syukur terhadap Tuhansedalam-dalamnya atas Kurnia-Nya yang tak menghendaki balasan,mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dituangkan ke diri masing-masing dengan tahu jalannya untuk digunakan buat diri sendiri,memberi manfaat bagi tiap-tiap manusia, masyarakat, bangsa danagama.

Cuba tanya diri sendiri; dengan apa engkau hidup, apa modalmuuntuk hidup, apa tujuan hidupmu, siapa engkau, hendak ke manaengkau dan mahu apa engkau?

Untuk dapat menjawab segala pertanyaan tersebut di atas,seseorang hendaklah harus dapat mengenal akan dirinya sendirisejak dari luar sampai ke dalam.

Mungkin berlainan tanggapan seseorang dengan yang lain, caramemahami diri dan mungkin berlainan pula cara seseorangmemecahkan rahsia diri sendiri untuk dapat mengenalnya, danberkemungkinan pula berlainan pendapat seseorang tentang dirisendiri. Dan begitu pula aku dan yang dapat kuhuraikan ialah caraaku sendiri pula mencari jalan untuk dapat mengenal dan menemuiakan diriku sendiri.

Setelah dapat mengenalnya, baru dapat aku mengatakan bahawasebenarnya dia telah lama berserta aku atau aku telah lamabersertanya. Aku yang bodoh selama ini kerana aku tak mengertipadanya. Aku menganggap dia jauh, padahal dia sangat dekatpadaku.

Aku memandang terlampau jauh ke luar menurut gambaranalam fikiranku, padahal dia bukan di situ tempatnya. Tempatnyayang sebenarnya ialah di Alam Perasaan. Rasa yang terpendamtadinya dengan tak kusedari telah keluar menjadi kenyataan.Kenyataannya padaku ialah setelahnya aku dapat merasakan betulsecara positif akan rasa yang terpendam itu, yang terbit dan

Page 23: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku19

timbulnya dari dalam badan diriku sendiri.

Aku mengembara dan berjalan tadinya sambil beramal dengantujuan mencari Yang Benar dan untuk membuktikan akankebenaranku pula. Suatu perjalanan pengembaraan yang mesti adapenyebabnya atau sebab kerananya.

* * *Suatu peristiwa yang kualami, yang sebab kerananya pula tak

makan di akal mungkin terjadi. Akan tetapi kenyataannya terjadi.Suatu sebab yang membawa akibat, penyebaban yang direncanakanuntuk tujuan tertentu dan hasilnya kerugian pada kedua belahpihak, sedangkan pihak ketiga yang menjalankan peranan tidakterbuka rahsianya, walaupun dicuba membukakannya akan tetapitak dapat diterima oleh golongan yang banyak. Pihak pertama ialahaku, sedangkan pihak kedua dan ketiga adalah sebenarnya satu.Dan dalam hal ini, pihak ketigalah yang pegang peranan; seorangyang sangat pandai berpura-pura, ‘pepat di luar rencung di dalam.’Akibatnya dia kehilangan, aku menderita lahir batin dan pihakketiga kesampaian maksudnya. Recana pada manusia, keputusanpada Tuhan. Dan aku dikalahkan dengan bilangan mereka yangbanyak jumlahnya. Memang begitulah adat dunia. Yang benarhanya satu, dan yang tidak benar banyak bilangannya. Segalaketerangan-keterangan yang kuberikan, mereka tak mahumenerimanya kerana secara kenyataan aku tak dapatmembuktikannya dan segala kualami adalah kenyataannya negatifyang bagi orang positif; tidak mudah begitu saja menerimanya ataumempercayainya, apalagi kalau keterangan-keterangan itu takmasuk di akal.

Hidupku waktu itu seolah-olah terpencil atau dipencilkankerana alam sekelilingku, terutama masyarakatnya telah lebihdahulu dikuasai dan dipengaruhinya. Aku kehilangan sebahagianbesar dari bahagiaku pada peristiwa itu iaitu dengan terkorbannya

Page 24: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 20

isteriku, ibu dari anak-anakku, yang banyak tahu dan mengertipadaku. Hatiku telah tercurah dan tertumpah padanya dan sampaisaat terakhirnya, aku telah bergaul dengannya sebagai suami-isterilebih kurang 17 tahun lamanya dengan suka dan duka kami laluibersama-sama.

Kejadian ini di perantauan, bukan di kampung halaman di manakami dilahirkan, melainkan di lain pulau, yang berlainan pulabahasa dan adat istiadatnya, akan tetapi termasuk salah satu diantara kepulauan Indonesia juga. Tidak seorang pun yang berpihakpadaku waktu itu, bahkan adik kandung sendiripun tidak. Akudihukum tanpa diadili, tak bersalah dinyatakan bersalah,kemerdekaanku dirampas dan harta bendaku yang tak seberapadikuasai pula.

Tubuhku waktu itu sangat letih dan lemah kerana padapengalaman peristiwa yang berlaku terhadap badan diri kami, akudan isteriku dan belakangan aku sendiri, aku berjaga-jaga siang danmalam, menangkis segala macam serangan yang mendatang. Dikala itu, aku berasa seolah-olah ada yang mendampingiku iaituyang ghaib, yang melindungiku yang menyebabkan aku bisabertahan dari tercapainya tujuan mereka itu yang tidak baikterhadap badan diriku. Dan di kala itu rasanya hubunganku denganTuhan sangat dekat, kerana di saat itu aku selalu ingat kepada-Nya. Dan akibat dari meninggalnya isteriku itu, maka satu perkarabesar terbentang di hadapanku antara aku dengan keluarga dariisteriku, antara aku dengan dukun serta keluarganya dan anak-anakmuridnya yang katanya mengubat akan tetapi kenyataannya padakutambah memperdalamkan penyakitnya, dan antara aku dengan adikkandung sendiri yang terpengaruh oleh sang dukun dan pihakkeluarga dari isteriku. Betul-betul waktu itu aku berasa seolah-olahsendiri hidup di dunia ini.

Aku menginginkan keadilan dan keadilan itu mungkin takkuperdapat dari masyarakat, pun juga aku tak akan mengadukan

Page 25: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku21

halku ini kepada pemerintah (yang berwajib) kerana tak ada buktiyang nyata. Aku ingin hendak mencari Tuhan. Aku hendakmenemui-Nya dengan tujuan akan mohon keadilan. Aku mintadiadili dalam perkara besar yang kuhadapi pada masa itu. Hanyaitulah tujuanku waktu itu; mencari-Nya, minta diadili, mohonkeadilan, lain tidak.

Dalam pada itu, dengan beransur dan teratur tenagaku mulaipulih kembali dan sewaktu aku membuka almari pakaianku,kenyataan surat-surat penting seperti surat rumah, barang-barangperhiasan dan pakaian lain-lain yang berharga sudah pindah tempat.Aku mulai bertindak, dengan perantaraan seseorang aku mintadisampaikan supaya semua harta-bendaku yang diambil dari dalamalmari pakaianku supaya dikembalikan dalam waktu yangsesingkat-singkatnya, kalau tidak aku membawa persoalan inikepada polis. Dan begitulah suasana tegang tadinya, sesudahnyapihak yang memindahkan barang-barang tersebut mendapat dariorang-orang tertentu, yang bahawa dalam hal ini saya benar, makakuterimalah kembali barang-barang tersebut, walaupun tidak cukupakan tetapi sebahagian besar ada, maka dengan maksud tidakmemanjangkan perkara ini, maka kuterimalah apa yang ada.

Jiwaku masih tetap resah gelisah untuk ingin mendapatkepastian dari seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yangmendalam tentang mencari kebenaran, mengenai peristiwa yangkualami; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah. Olehseseorang tetangga dekatku, aku dianjurkan menemui seseorangulamak besar di suatu tempat di Jawa Barat, yang semasahidupnya sangat banyak di datangi orang dan pembesar-pembesar,pun tak ketinggalan ulamak-ulamak lain dan konon khabarnyasatu-satu ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Danbegitulah dengan perantaraan orang sekampungku yang pernahmendatangi ulamak tersebut, aku temui orang tua itu untukmenanyakan peristiwa yang telah kualami, hendak mengetahui

Page 26: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 22

bagaimana pendapatnya atau penglihatannya dan siapa yangbersalah dalam hal ini. Secara ringkas kutuliskan di sini, di hadapanorang sekampungku itu aku mendapat jawapan bahawa dalamperkara itu, aku benar dan yang membuat dan mengerjakannyaialah katanya, “Ahlinya sendiri.” Dan ada pula hal yang lain yangkutanyakan, yang kuanggap tak perlu diturunkan di sini keranakebanyakan soalnya, mengenai diriku sendiri.

Semenjak itu mulailah ada ketenangan bagi diriku sendiri danrasa ingin hendak membuktikan akan kebenaranku tetap berkesanbagiku. Aku dengan anak-anakku kembali pulang ke kampunghalamanku, ke tempat di mana darah tertumpah, di mana akudilahirkan dan dibesarkan, yang memberi pengertian bagiku seolah-olah setelah berlarutan merantau, aku harus kembali ke pangkalaniaitu ke titik tolakku semula. Walaupun hati masih luka dan duka,namun aku tetap berfikir hendak memulai merantau lagi. Kesanperantauanku yang sudah lalu ialah suatu kesimpulan bahawa‘rencana pada kita manusia, keputusan tetap pada Tuhan.’

Rencanaku yang mencari jalan berhenti dari memburuh padasebuah perusahaan besar bangsa asing, dan rencana tertentu dariseseorang terhadap badan diriku dengan tujuan dapat menguasaiapa yang ada padaku, dengan perkiraannya sendiri aku banyakpunya simpanan berupa emas dan lain sebagainya, sedangkantujuanku minta berhenti bekerja ialah untuk merubah lapangankehidupanku, dari memburuh kepada berdagang, demi memikirkanmasa depanku untuk kehidupan rumahtanggaku di belakang haridan rencana orang tertentu terhadap isteriku, ibu dari anak-anakkuyang tidak menghendaki dia berdekatan dengan bapa kandungnyasendiri dan lain sebagainya.

Rupanya kesemuanya apa yang telah terjadi, apa yang telahkualami terjadinya di luar kemahuan dan kemampuanku, iaiturencana Tuhan Yang Maha Ghaib, yang berbuat dengan yangghaib-ghaib, yang berisikan Kudrat-Nya yang kunamakan

Page 27: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku23

Kudratullah. Perubahan memang terjadi terhadap badan diriku,akan tetapi bukanlah menurut yang kuingini dan menurut yangkurencanakan semula, melainkan perubahan menurut kehendak dankemahuan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Rupanya Tuhan telah merubah suratan hidupku, aku harusbergerak di bidang lain. Kehidupanku harus kulakukan bukanlahlagi sebagai seorang buruh dan tidak pula sebagai seorangsaudagar seperti yang aku rencanakan. Aku harus merantaukembali dengan sekali lagi bertitik-tolak dari kampung di manadarahku tertumpah, dari tempat di mana aku dilahirkan denganmodal apa yang ada padaku.

Kalau dulu pada perantauanku yang pertama aku tinggalkankampung halaman dengan tujuan supaya mendapat kehidupan yanglayak untuk menjadi orang dengan bermodalkan diploma yangkuperolehi dari sekolah, maka pada perantauan yang kedua inidengan bermodalkan pengalaman-pengalaman dan bertitik tolakdengan Dua kalimah Syahadah. Pada kenyataannya, akumengembara sambil berbuat dan berlaku, mencari pengalamandengan sesuatu yang ada padaku, yang aku sendiripun belumbanyak mengerti padanya. Setahuku, padaku ada sesuatu yangmelindungi dan mendampingiku iaitu yang ghaib dengankandungannya tenaga ghaib. Aku bergerak di bidang metafizikadengan menggunakan metaenergy atau tenaga ghaib yangdigunakan untuk menolong sesama manusia, mempelajari akankeadaannya yang sebenarnya, daya gunanya dan terutama untukdapat mengenalinya dalam erti yang sebenar-benarnya, dengantidak melupakan akan tujuan semula iaitu:

Pertama : Hendak menemui Tuhan untuk minta keadilan.

Kedua : Dengan perbuatan ingin membuktikan akan

kebenaranku pada peristiwa yang kualami.

Ketiga : Menyelidiki dan memahami akan apa sebenarnya

Page 28: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 24

yang telah ada padaku.Aku teruskan perjalanan pengembaraanku dengan mengambil

pelajaran pada pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah. Danbegitulah makanya aku dapat mengatakan; Aku berteori dalamberpraktik, menerima dalam memberi, belajar dalam mengajar, jadimurid dalam jadi guru, berjalan dalam duduk, menampungkedatangan yang lahir dan yang batin, menyelesaikan yang kusutdan menjernihkan yang keruh, mendudukkan sesuatu padatempatnya, suka membaca buku-buku mengenai kebatinan, tarekat,tasawuf, sejarah orang-orang besar terutama ahli tasawuf dan amattertarik akan riwayat nabi-nabi dengan mukjizat-mukjizat dan takkurang pula pada praktiknya dengan nama istilahku sendiri, akumenjadi orang dalam dan kadang-kadang menjadi orang luar. Danyang mana aku yang sebenarnya? Dan siapa aku?

Dalam perjalanan pengembaraanku, sambil beramal carakusendiri, kadang-kadang aku lupa dan lalai akan tujuanku semula.Caraku sendiri kukatakan kerana amalanku bukanlahmemperbanyak sembahyang malam, banyak zikir, melainkan selalumengamalkan tenaga yang ada padaku untuk keperluan sesuatudengan tidak mengenal waktu siang atau malam, pagi atau petang.Dan pintu rumahku terbuka bagi siapa saja yang hendakmendatangi dan menemui aku. Aku lupa akan tujuan semula danlalai terhadap-Nya, disebabkan pengalaman-pengalamanku dalamberamal kerana banyak yang tersua (bertemu padaku akankeanehan-keanehan dalam amalanku dengan sesuatu melakukansesuatu dan tak kurang pula banyaknya pelajaran yang akuperdapat sebagai buah dari pengalaman-pengalamanku itu.) Dantak luput pula aku terpedaya, tergoda oleh fakta-fakta yangkuhadapi sebagai seorang manusia biasa. Aku lupa akan keadaanyang sebenarnya. Beruntung Dia masih melindungiku dan denganselamat aku dapat kembali ke jalan semula dan aku mengembaradan mengembara terus, berjalan dan berjalan terus yang kadang-

Page 29: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku25

kadang berjalan lahir dan batin, dan tak kurang pula aku duduk ditempat kedudukanku, tetapi berjalan.

Setelah aku renungi dan fikirkan lebih mendalam akanperjalanan yang telah dan sedang kulakukan, maka dapatlah akumengatakan bahawa adalah tujuan perjalananku yang tiga pasaltersebut di atas, kenyataannya aku sejalankan iaitu mencari Tuhanuntuk minta keadilan, terhadap masyarakat untuk membuktikanakan kebenaranku melalui amalanku dan terhadap badan dirikumahu mengenal yang mana dan siapa aku sebenarnya.

* * *Berikut, penurunanku setelah aku dapat mengetahui akan

keadaan-Nya yang sebenarnya:

Dalam perjalananku menuju kepada-Nya, aku berasa, bertambahdekat aku kepada-Nya, aku bertambah tiada, bahkan di Hadirat-Nya aku sudah tidak ada lagi. Yang ada hanya Dia dalam keadaan-Nya pula. Dan terus terang aku katakan, bahawa mengenai Dia,aku tak dapat mengatakan apa-apa, kerana di Hadirat-Nya akusudah tak ada lagi. Tidak ada yang ada padaku; gerak tidak, geritidak, tidak ada daya dan upaya, dan yang ada hanya Dia.

Setelahnya aku kembali dari perjalananku iaitu kembali padakeadaanku semula, kesan-kesan yang aku perdapat dan pelajaranyang aku perdapat dalam perjalanan menuju kepada-Nya, antaralain sangat malu aku akan diriku sendiri, kerana itu perkara yangtadinya kuanggap besar dan sangat besar sehingga datangkeinginanku hendak mencari-Nya guna untuk mengadukan halkudan mohon keadilan, rupanya di sisi-Nya tak ada erti sedikit juga.Suatu perkara yang sangat besar rasanya bagiku, tetapi bagi-Nyasangat kecil dan tak bererti. Akhirnya, kuambil keputusan tidakakan kuadukan halku kepada-Nya, melainkan keinginanku timbulhendak mengetahui akan Rahsia-Nya.

Page 30: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 26

Dalam pengalamanku untuk mengetahui akan Rahsia-Nya, akuhanya dapat menggambarkan atau membayangkan denganperumpamaan seperti tersebut di bawah ini:

Jauh di sana, aku melihat suatu cahaya; cahaya dari sebuahlampu dari menara yang beradanya di satu pulau, yang mana lamputersebut kelihatannya dari jauh sebentar hidup sebentar mati.Gunanya sebagai petunjuk bagi jurumudi-jurumudi kapal yang lalulintas dan yang pulang pergi melalui pulau itu, supaya janganmelanggar karang.

Aku ingin hendak mendatangi cahaya itu dan denganperlengkapan yang ada padaku, kuarahkan bahteraku ke pulautersebut. Setelah dapat melalui alun dan gelombang, batu dankarang, badai dan taufan dan lain-lain sebagainya yang merupaihalangan dan rintangan, akhirnya pulau idamanku itu tercapai jugadan aku dapat mendarat dengan selamat. Anehnya, dalamperjalanan aku menuju pulau cita itu, semakin dekat akukepadanya, tambah nyata padaku akan keadaannya. Di antaranyalampu yang tadinya dari jauh kulihat sebentar hidup sebentar mati,di sana tidak pernah mati, bahkan hidup terus.

Sekarang aku telah berada di bawah Cahaya-Nya itu dan akuingin hendak mengetahui akan Rahsia-Nya. Perhatianku semulatertuju kepada menara di tempat di mana lampu itu beradanya.Lampu yang dimaksud letaknya di puncak menara tersebut, lebihtinggi dari pokok-pokok kelapa yang tumbuh sekelilingnya, supayadapat dilihat oleh jurumudi-jurumudi kapal yang lalu lintas di sana.Dan untuk dapat mengetahui akan rahsianya lampu tersebut, orangharus menaiki itu menara sampai ke puncaknya danmenyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Begitulah akusetelahnya menyaksikan sendiri akan keadaannya dapat tahulah akuakan rahsianya, yang mana pada kenyataannya dapat akumengatakan akan keadaannya yang sebenarnya dan sebab-sebabnya

Page 31: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku27

hidup dan mati kelihatan dari jauh.

Yang menjadikan pemikiran bagiku pada masa itu ialahdapatkah orang di daratan mempercayai aku, kalau akumengatakan bahawa lampu itu tidak mati seperti yang kelihatandari jauh, melainkan hidup terus? Sudah tentu mereka itu tak mahumembenarkan akan perkataanku itu, kerana berlainan dengankenyataan pandangan dari jauh. Sebaliknya akan berpalingkah akudari kenyataan kebenaran yang telah aku saksikan sendiri itu?Sudah tentu aku tidak akan mahu membohongi diriku sendiri danaku tetap pada pendirianku, kerana aku telah menyaksikannyasendiri dan aku akan mengatakan aku telah kembali dari Sana.

Aku teringat pula kembali akan peristiwa-peristiwa yangkualami, apa yang telah terjadi terhadap badan diri kami, aku danisteriku (almarhumah). Segala kata-kataku tentang peristiwa itumereka tak mahu menerimanya. Mereka hanya mahu melihatkepada akibat-akibatnya dan tak mahu menyelidiki akan sebabkerananya. Dan aku sendiri, dipercayai atau tidak, aku tetap padapendirianku kerana aku sendiri yang mengalami dengan tidak adasaksi yang lain yang melihat apa-apa sebenarnya yang telah terjaditerhadap badan diri kami, apalagi penyebabnya itu tak dapatdibuktikan dengan kenyataan. Dan memang kiranya tidak satuorangpun tidak akan percaya kalau tidak dialaminya sendiri sepertiperistiwa-peristiwa yang kualami. Dikalahkannya aku denganbilangannya yang banyak, sedangkan aku hanya sendiri yangbertahan dan yang mempertahankan akan segala sesuatunya.Memang benar, Yang Benar hanya Satu, yang tak benar banyak.

Bagi mereka yang ingin hendak mengetahui akan rahsianyalampu itu, aku silakan supaya mendatangi suatu pulau yang adamenaranya dan bermalamlah di sana kerana lampu yang ada di sanaitu dipasangnya (dihidupkan) pada malam hari. Dan yang inginmendengarnya dariku, carilah dan datangilah aku atau temuilahaku. Pasti aku ceritakan atau akan kuhuraikan, bagaimana

Page 32: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 28

keadaannya sebenarnya.

Mengenai cerita lampu, teringat aku akan firman Tuhan dalamal-Quran Surat An-Nur, Ayat 35 yang terjemahannya menuruttafsir Bapak Muhammad Yunus:

“Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya kepada orang yang beriman, seperti sebuah lubang didinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalamgelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayuyang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timurdan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengansendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingsesama cahaya. Allah menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapaperumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiapsesuatu.”

Apa yang telah kulakukan setelahnya aku dapat mengetahuiakan Rahsia-Nya itu? Di tempat ketinggian itu, aku memandang kekiri dan ke kanan dan yang aku lihat hanya lautan semata-mata,sekali lagi lautan. Maka teringatlah aku akan sebuah pantun yangdinyanyikan oleh seseorang yang sedang risau:

Cincin bernama Ganto SariSesuai saja di kelingkingHilang ke mana akan dicariLautan saja berkeliling

Dan bila kutukikkan pandanganku agak ke bawah, tidak jauhdari tempat berdirinya menara itu, aku melihat sebuah rumah yangdilingkungi dengan pagar berduri, yang bererti pula tidak sebarangorang boleh masuk ke dalamnya. Aku ingin hendak mendekatirumah itu, bahkan kalau boleh memasukinya sekali untuk bertemudengan penghuninya, kerana ada rumah tentu mesti adapenghuninya atau yang menunggunya. Dan begitulah aku turun ke

Page 33: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku29

bawah melalui anak tangga yang lupa aku menghitung berapabanyaknya dan terus menuju rumah yang aku lihat itu. Aku sampaidi pintu pagar, aku melihat ke kiri dan ke kanan, ke sekelilingpulau tersebut kalau-kalau ada nampak orang yang menunggunya,akan tetapi aku tak melihatnya. Anggapanku mungkin orangnyalagi berada dalam rumah itu. Aku tolakkan pintu pagar danselangkah demi selangkah aku melangkahkan kakiku menujutangga rumah itu untuk menaikinya. Dengan ucapan‘assalamualaikum’ aku naiki rumah itu, akan tetapi aku takmendapat sahutan. Ah! Mungkin orangnya lagi berada dalamkamar dan tak dapat mendengar suaraku. Perasaanku waktu ituseolah-olah ada tenaga ghaib padaku yang membawa kakikumelangkah lagi untuk memasuki bilik yang mula pertama akujumpai. Segala gerak langkah kakiku itu aku turutkan denganperasaan yang tenang serta fikiran hendak bertemu denganorangnya, penghuni dari rumah tersebut. Berulang-ulang akumengucapkan salam, akan tetapi aku tak pernah mendapatjawapan. Sambil menurutkan gerak langkah yang dilangkahkan, taklupa aku memandang ke sekeliling sambil memerhatikan apa yangada dan begitulah aku sampai memasuki bilik yang ke dua,seterusnya yang ke tiga, namun yang kucari iaitu orangnya tak jugaaku temui. Memerhatikan akan apa-apa yang kulihat dalammelangkah itu, cukup membuktikan dan menguatkan bahawa takboleh tidak, penghuni rumah itu mesti ada. Banyak tanda-tandayang aku perdapat akan keadaannya.

Ya. Tanda-tanda yang kulihat membuktikan ada keadaannya. Dimana dia berada? Aku turuni rumah yang kunaiki itu melaluitangga belakang sambil melihat sekelilingnya, ke dapur, ke kamarmandi, namun dia yang kucari tak juga nampak. Aku kelilingi pulauitu dengan ingatan kalau-kalau dia memancing, pun tak juga akutemui. Belakangan terfikir olehku, boleh jadi orangnya pergi kedaratan untuk membeli perbekalan yang kurang. Dan duduklah akudi tepi pulau melihat arah ke darat sambil menunggu orang yang

Page 34: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 30

kucari itu kembali.

Hari berembang petang juga. Matahari telah condong ke Baratyang menandakan pula siang akan berganti dengan malam. Akumenanti dan menanti, namun yang kunantikan tak juga kunjungtiba. Akhirnya aku tersentak dari lamunanku. Aku mendengarsesuatu, seolah-olah bisikan yang kudengar yang bunyinya kira-kirabegini, “Hai anakku, apa juga yang kau tunggu lagi? Ketahuilaholehmu bahawa yang engkau tunggu itu tak akan kunjung datang,kerana Dia tak berupa dan bertampan: Ada pada sebutan tak adapada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanya engkau dapatsampai ke mari. Kembalilah ke tempat tadi dan lakulah apa yangdapat engkau lakukan.”

Aku sebut berulang-ulang akan kata-kata bisikan yang kudengartadi, di antaranya: “Dia tak berupa dan bertampan: Ada padasebutan tak ada pada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanyaengkau sampai ke mari.”

Aku teringat akan keinginanku semula; aku hendak mencariTuhan. Dan dengan tenang aku turutkan saja gerak langkah kakikukembali menuju rumah yang kunaiki tadi, sambil memerhatikanakan keadaan sekelilingku. Tatkala memasuki kembali bilik yangtelah kumasuki tadinya, sangat kagum aku melihat atau lebih tepatmenyaksikan apa yang ada di sana. Semua apa yang kulihat itu takada di daratan. Dan dalam pada aku sedang asyiknya mengkagumiyang kulihat itu, terasa dan terdengar pula olehku suara bisikan,“Hai anakku, apa jugakah yang engkau fikirkan lagi? Cepatlahsedikit, ketahuilah olehmu bahawa sebentar lagi atau tak lama lagimatahari akan terbenam. Siang akan berganti dengan malam danengkau akan kembali pulang secepat mungkin, sebelum matahariterbenam. Kalau lewat dari itu engkau tak akan dapat kembali lagidan apa kata orang di daratan nanti tentang kehilanganmu?”

Rasanya bagiku, apa yang kutemui di Sana boleh saja aku

Page 35: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku31

mengambilnya kerana bukankah dengan Izin-Nya jua makanya akubisa sampai ke sana? Aku mahu semua, akan tetapi perahukuterlalu kecil untuk semua itu. Aku ingin hendak mempunyaisesuatu untuk kubuktikan pada orang di daratan, bahawa aku telahsampai ke Sana dan telah kembali dari Sana. Tanganku bergerakuntuk mengambil sesuatu dan rupanya apa yang telah berada ditanganku, sebuah ‘Anak Kunci’ yang kukira dan duga bisadigunakan untuk keperluan sesuatu bila dikehendaki untukmembuka yang terkunci dan untuk mengunci yang terbuka.Dengan telah adanya ‘Anak Kunci’ yang tak begitu berat bagikuuntuk membawa ke mana aku pergi, bererti pula masih bisa ataumasih dapat aku membawa yang lain cita-cita, tak akanmengkaramkan bidukku. Aku memandang sekeliling dan padaketinggian tepat di atas kepalaku, aku melihat segumpal tali yanghujungnya tersimpul sedikit ke bawah. Tanganku bergerak pulamenuju ke hujung tali itu dan sewaktu aku terpegang danberpegang padanya, dengan serta-merta tali tersebut menghulurdan menghulur dan dapat aku mengatakan, “Kalau tadinya denganperahuku yang kecil, bertahun-tahun lamanya aku berjalan danbelayar menuju pulau cita itu, dengan berpegang pada hujung taliitu sekejap sahaja aku telah kembali ke daratan.”

Rupanya itulah dia tali pergantunganku yang telah terputussemenjak aku keluar dari rahim dan setelahnya aku dilahirkansebagai seorang insan. Dan semenjak itu aku telah mempunyaipegangan iaitu tali pergantungan yang terahsia bagi seseorang yangbelum dapat mempunyainya dan ‘Anak Kunci’ di tangan yang bagibanyak orang masih terahsia pula sebelum dapat menemuinya.Suatu ‘Anak Kunci’ wasiat yang banyak mengandungi erti danbanyak mengandungi daya guna.

Dan semenjak itu aku selalu bersertanya, walaupun apa-apayang aku buat dan lakukan dan walau di manapun aku berada, pundalam perjalanan pengembaraan selalu dengan tali pegangan itu

Page 36: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 32

dan ‘Anak Kunci’ yang telah ada di tanganku.

* * *Aku berjalan dan berjalan terus, mengembara dan mengembara

terus, lahir dan batin, melakukan sesuatu untuk sesuatu dengansesuatu. Aku mengamalkan Dua Kalimah Syahadah. Perjalanankuberdasarkan Dua Kalimah Syahadah. Aku berjalan dengan DuaKalimah Syahadah dan jalanku jalan Dua Kalimah Syahadahdengan makna dan tujuan mengadakan pengakuan untuk mendapatpengakuan: Pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allahdan pengakuan akan Muhammad Rasulullah. Kerana bukankah diantara hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah itu‘Kesaksian, Pengakuan, Pangkat dan Martabat’? Suatu pangkatkerasulan bagi manusia Muhammad dan martabat yang tinggi disisi Tuhan terhadapnya. Bukankah manusia Muhammad yangmembawa dan menyatakan Dua Kalimah Syahadah ke dalam duniaini? Maka aku akan mengatakan, “Adakanlah pengakuan untukmendapat pengakuan.” Siapa yang mengadakan pengakuan,kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuandiperdapat?

Aku berjalan mengadakan pengakuan, berjalan pada jalan yangkutemui iaitu lahir dan batin (rohaniah dan jasmaniah), bertitik-tolak dari ada ke tidak ada, melalui tiada (antara ada dan tidak ada)atau dari alam nyata (kebendaan) menuju ke tidak ada yang adakecuali Dia, melalui alam spirituil (kerohanian) atau dari syariatmenuju ke makrifat melalui hakikat; suatu perjalanan yangkunamakan ‘perjalanan balik batang’ atau kembali pulang keHadirat-Nya. Dan di Sana, di Hadirat-Nya, di tempat yang tidakada, dan di saat itu aku sudah tidak ada pula dengan tidak bergesersedikit jua pun, aku sedarkan diriku sesedar-sedarnya (lahir danbatin dan kembali keadaanku sebagai seorang manusia biasa), akuadakanlah pengakuan dan kesaksian dengan melafazkan Dua

Page 37: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku33

Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali. Dan berjalan carabegini, kulakukan berulang kali pula sampai aku yakin seyakin-yakinnya, bahawa betul-betul aku berada di Hadirat-Nya.

Dengan huraianku ini, maka nyatalah bahawa yang mengadakanpengakuan adalah aku lahir-batin dan pengakuanku ialah terhadapTuhan tiada yang lain daripada-Nya melainkan Allah dan terhadapMuhammad Rasul Allah. Dan dari siapa pengakuan yang akankuperdapat? Keinginanku ialah pengakuan sebagai seorang hambaAllah dengan tugas yang kulakukan dan menjalankan kehidupansebagai umat Muhammad.

Aku tak akan mendakwakan diriku sebagai seorang nabi keranatidak ada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad dan aku tak akanmenantikan pula seolah-olah Tuhan akan menyuruh malaikat Jibrailmenyampaikan pengakuan itu padaku. Tidak! Melainkan yang akunantikan ialah tanda seperti pengakuan dari orang ramai, dari orangberilmu, dari cerdik pandai, pengakuan akan benarnya ilmu yangkuamalkan sehingga ada yang mendatangiku untuk mengambilmanfaat daripadanya, ada yang mendatangiku untuk menguji akankebenarannya dan tak kurang pula mendatangiku untuk menerimaaliran langsung dariku untuk diamalkannya pula.

Sebagai seorang hamba Allah, Aku akan melakukan tugasku dimana saja Aku berada dan sebagai umat Muhammad, Aku akanmenjalankan kehidupanku sebagai seorang Islam padakenyataannya. Dan Aku akan tetap bergerak di bidang Rahsia-Nya,dan terhadap orang di luar dari badan diriku sendiri, Aku akanmerahsiakan diriku pula. Biarlah mereka itu sendiri yang akanmemecahkan rahsia Aku nanti jika Tuhan mengizinkan.Kedudukanku terahsia dan orang-orang yang mahu mengenal Aku,harus menemuiku, di tempatku. Kalau tidak, pasti orang tak dapatmengenal Aku yang sebenarnya.

Pelajaran yang kuperdapat dari perjalanan pengembaraanku dari

Page 38: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 34

ada kepada tidak ada, ialah aku telah dapat membebaskan dirikudari ikatan-ikatan kebendaan (kenyataan). Aku telah dapatmembawakan diriku terlepas dari hawa nafsu. Dari segi lain dapatpula aku mengatakan bahawa perjalananku itu dari ada ke tidakada atau nyata kepada di balik kenyataan, bererti pula aku telahmemasuki alam tasawuf, alam kebatinan sehingga kudapat pulamengetahui dan menemui batinku sendiri, yang dapat akumerasakan perbezaannya dari zahirku sendiri. Aku telah dapatmerasakan pemisahan antara zahirku dengan batinku, antarakenyataanku dengan di balik kenyataanku, antara badan kasarkudengan badan halusku, antara jasmaniku dengan rohaniku. Denganpernyataanku ini, bererti pula bagiku rahsia diriku sendiri telahpecah, suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan sehinggaaku dapat pula mengatakan bahawa antara yang satu dengan yanglain, ‘jauh tak berantara dan dekat tak berbatas.’ Dan dengandemikian, terbuka pulalah bagiku jalan untuk menyelidiki sendiriakan keadaan batinku: Terdiri dari apa dia, dan bagaimana dia?

Aku telah menemui dan mengenal akan diriku sendiri denganrahsia yang terkandung padanya (telah mengetahui siapa dan yangmana aku yang sebenarnya) sehingga pendirianku ialah aku adalahorangnya yang akan kembali ke Hadirat Illahi, dan bukan yangakan dikembalikan ke asalnya iaitu ke tanah. Ya. Memang dariTuhan datangku dan kepada-Nya aku akan pulang kembali dengandijemput dan adalah peganganku yang hidup, bukan yang mati.Jalanku ialah jalan kehidupan, menghidupkan yang mati danmenghasilkan yang dihidupkan. Tiap-tiap yang dihidupkan mestimati dan aku tak akan mati-mati, melainkan berpindah (tukartempat atau kedudukan).

Di manakah letaknya rahsia hidup dan kehidupan bagiseseorang? Letaknya ialah di dalam diri sendiri masing-masing.Bukan di luar. Ketahuilah bahawa di dalam badan diri sendiriberada aliran kehidupan yang bertujuan menghidupkan badan diri.

Page 39: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku35

Suatu aliran yang berisi (mengisi jalannya kehidupan di dalam)yang perjalanannya di dalam ibarat ‘menghasta kain sarung’;sampai di situ ke di situ juga. Dan untuk dapat mengenal danmengetahui itu hakikat hidup yang sebenarnya, seseoranghendaklah dapat memecahkan itu rahsia hidup sehingga dapat diamenemui jalannya kehidupan tadi serta menurutkannya. Berjalanpada jalannya sambil untuk mempelajarinya.

Aku teringat akan kisah perjalanan Nabi Musa mencari NabiAllah Khidir, yang dengan pertunjuk Tuhan tempatnya dipertemuan permukaan dua laut (Surat al-Kahfi, Ayat 60 hingga82), untuk belajar padanya tentang ilmu pengetahuan yang belumdipunyainya. Maka aku dapat pula mengatakan bahawa aku telahdapat pula menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.

* * *Kalau engkau hendak mengenal Aku dan ingin pula hendak

menemui Aku di tempatku, hendaklah engkau mencari jalan untukdapat menemui Aku.

Ketahuilah olehmu bahawa [ketika] engkau berjalan, Aku punberjalan dan dalam perjalanan engkau melihat Aku. Engkauberjalan caramu dan Aku berjalan caraku pula atau Akumengatakan Aku berjalan pada jalanku dan engkau berjalan padajalanmu pula (cara orang kebanyakan berjalan). Bila engkauberhenti berjalan, engkau tak akan melihat Aku kerana keadaankubukanlah seperti keadaanmu. Aku adalah laksana seorang musafiryang senantiasa berjalan dengan tidak henti-hentinya, yang bagikunamanya menjalankan tugas terhadap sesuatu. Aku berjalan siangmalam dengan tidak berhenti sekejap juapun, kerana kalau berhentiberjalan akan membawa akibat bagi alam sekelilingku, danmungkin juga penyebab kematian bagi seseorang. Keadaankutidaklah seperti yang engkau khayalkan atau duga. Engkau takakan dapat menangkap dan memegang Aku kerana Aku bukan

Page 40: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 36

seperti engkau. Untuk mengetahui Aku, engkau hendaklah berjalandari luar ke dalam iaitu ke dirimu sendiri dan tempatku padamuialah di rasa. Ya. Memang di rasa itulah letaknya rahsiaku.

Engkau tenangkan dirimu. Renung dan fikirkan dalam-dalamsampai engkau dapat merasakan dengan pasti (positif) akan rasayang dimaksudkan sampai terasa betul olehmu (oleh anggotatertentu dari badan dirimu). Bila ini telah engkau temui dan telahdapat engkau merasakannya secara positif, berpeganglahkepadanya. Pelajarilah dia. Insya-Allah, lambat-laun denganberansur, engkau akan lebih mengenalinya lagi sampai mendalam.

Dan begitulah aku bayangkan (sebagai perumpamaan)perjalanan untuk mencarinya sampai dapat mengenal danmenemuinya hendaklah di tempatnya. Dalam perjalanan seperti akusebutkan di atas; bila engkau melihatnya, hendaklah engkau ertikanbila engkau telah dapat merasakannya. Di saat itu, berpeganglahkepadanya. Tinggalkanlah jalanmu dan ikutilah perjalanannyadengan berjalan pada jalannya. Pada taraf permulaan, engkau akanmerasakan sesuatu iaitu titik-titik atau denyutan yang dapat betulengkau merasakannya melalui hujung jari-jarimu. Apa itukah yangdia? Tidak. Bukan itu yang dia yang sebenarnya. Jikalau engkaumahu menelitinya, adalah di balik dia, ada dia lagi, dan masih adadia dan dia lagi dan begitu seterusnya. Ketahuilah bahawa yang ituadalah tanda-tanda menunjukkan keadaannya.

Bawaannya titik-titik ialah gerak dan kalau engkau mahumenurutkannya, gerak itu akan dapat pula engkau temui, yang bagibadan dirimu sendiri adalah gerak itu bergerak dengan sendirinya(datang dengan sendirinya). Maka adalah menjadi kewajipanmumenjaga dalam menurutkan gerak yang bergerak dengan sendirinyaitu (akan rasa yang terasa itu tak boleh hilang begitu) dan begitusehingga engkau dapat pula merasakan hendaknya bahawapenyebab dari gerak itu datangnya dari dalam badan dirimu sendiridan bukan luar dari badan dirimu. Bergerak dengan lupa kepada

Page 41: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku37

rasa yang terasa bererti lupa akan diri sendiri, dan kalau tak hati-hati, bisa saja terjadi yang tak diinginkan bagi badan diri sendiri.Berjalan bersertanya bererti mengikut jalannya atau sejalandengannya, yang mana apa yang dibuat dan yang dilakukannyaadalah di luar pengetahuan kita, dan hasilnya ialah di luar daridugaan kita pula. Kita harus belajar padanya dengan berjalanbersertanya dan dengan menurutkan jalannya. Dan yang amatpenting sekali, mengenalnya sedalam-dalamnya dengan rahsia yangterkandung padanya.

* * *Orang yang telah lama mengikut jalannya, berjalan pada

jalannya dan mahu mengadakan penelitian yang saksama tentangjalan itu, akan mendapat kesimpulan bahawa jalan itu adalah jalanlurus, jalan yang berpetunjuk lagi berisi; isinya nikmat, tidakdimurkai dan tidak pula sesat. Maka akan beruntunglah merekayang dapat menemui jalannya, berjalan bersertanya dan padajalannya yang banyak mengandung rahsia itu.

Orang yang telah banyak dapat mengerti padanya, mengetahuiakan keadaannya yang sebenarnya, pasti akan merubah pendirianhidupnya. Kalau tadinya dia berpendirian bahawa titik-tolakkehidupannya dimulai dari yang dihidupkan, setelah dapatmengenalnya pasti akan merubah pendiriannya kepada yang hiduplagi menghidupkan, yang titik-tolaknya dimulai dari dalam badandiri sendiri. Bukankah kehidupan itu terlebih dahulu berjalan didalam badan diri sendiri? Dapatkah seseorang berbuat kalaukehidupan di dalam badan dirinya tidak berjalan? Sudah tentu tidakdan pasti tidak. Dari itu, kenalilah dirimu sendiri lebih dahulu.“Mengenal diri, mengenal Tuhan,” kata para arifin (orang yangarif).

Orang yang berpegang kepada yang dihidupkan sama jugaberpegang pada yang mati, sebab tiap-tiap yang dihidupkan pasti

Page 42: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 38

mati. Berpeganglah kepada yang hidup yang tidak mati,berkedudukan; yang kedudukannya akan berpindah bila kematianmendatang pada yang dihidupkan. Dan setelah kematianmendatanginya, maka dia meninggalkan dunianya dan pulangkembali ke Rahmatullah.

Mati bagi badan ialah setelahnya duniaku kutinggalkan(meninggal) kerana ‘A’-ku pulang kembali ke Rahmatullah. Matibagi badan bererti kehidupanku sebagai seorang manusia sudahsampai di batasnya. Duniaku kutinggalkan bererti bagiku tugaskusudah selesai sebagai seorang hamba dan ‘A’-ku pulang kembali keRahmatullah kerana Yang Empunya datang menjemput.

* * *Seperti telah kuhuraikan pada huraian sebelum ini, perjalananku

ialah apa yang kunamakan ‘perjalanan balik batang’ atau perjalananbalik ke pangkalan dari titik-tolak semula. Perumpamaannya ialahseakan-akan berada di muara sebuah sungai; sebelumnyamengharungi lautan lepas, aku harus melihat dahulu ke belakang(memudiki sungai tersebut sampai ke hulunya) sampai aku dapatmenemui titik permulaan daripadanya yang tiada pangkal darisegala titik-titik yang mendatang kemudian. Suatu perjalanan darititik menuju kepada titik permulaan di mana tiada titik lagi dibaliknya atau sebelumnya. Kalau jalan yang ditempuh itu benar,maka adalah kenyataannya titik pertemuan antara mencari denganyang dicari, pada pertemuan kiri dan kanan, di mana di sana tiadagerak lagi untuk terus ke dalam, kecuali kalau hendak keluarkembali menuju kepada alam nyata. Dengan perkataan lain, untukdapat mengetahui keadaan sebenarnya, rekonstruksi perlu diadakandan kalau belum pasti, hendaklah dilakukan berulang kali.Begitulah perumpamaan-nya.

Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana denganperantaraan rasa yang terasa, kiranya Aku telah berada di muka

Page 43: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku39

pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dansampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titikyang lain daripadanya itu lagi) dan setelahnya aku mengadakanperjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalamdan dari dalam ke luar, maka dapatlah aku mengatakan bahawaperbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan, “Memasukkanmalam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkanyang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yanghidup.” (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.)

Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya.Alamku sendiri telah tembus dan Aku telah bebas, tetapi tak lepas(yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dindingyang membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiriselama ini telah tembus. Hubunganku yang selama ini terputussejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dandihadirkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatkudiputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku sendiri iaitujalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yangmembatasi Aku dengan alam akbar), Aku telah dapat keluardengan memancar.

Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengankebebasanku, Aku telah dapat langsung menghubungi-Nya kembalidan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendakmenemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telahmendapat tali peganganku dan ditambah dengan ‘Anak Kunci’wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku.Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; talipusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkankembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu ‘AnakKunci’ wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakanbentuk kalau digambarkan dalam huruf Alif-Lam-Miim yangbanyak mengandungi rahsia.

Page 44: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 40

Aku telah menemui diriku sendiri dan telah dapat pula mengenalakan diriku sendiri, dan telah dapat pula mengetahui yang manasebenarnya Aku.

Aku yang masih terahsia bagi orang banyak, yang belum dapatmengenal akan dirinya sendiri dan yang belum dapat pula mengenalaku dari dekat, apalagi bagi orang yang berpegang danberpendirian pada barang yang mati.

* * *Diplomaku dari luar negeri. Pengakuan kuperdapat dari jauh,

kebanyakan dari asal yang serumpun kerana di negeriku sendiri, dikampung halamanku, orang belum faham dan mengerti padaku.Ada satu-satu, akan tetapi aku hanya diperalat, didewa-dewakanuntuk mengambil keuntungan bagi dirinya sendiri denganmemperjual-belikan nama aku. Kejadian itu tak salah pula keranacahaya itu nampaknya dari kejauhan dari tempat yang gelap, danbagi orang-orang yang hidup di bawah dan dilingkungi cahaya itu,itu pelita tak akan menjadi perhatian mereka. Dia tidak akanmelihat kepada cahaya itu, kerana perhatiannya tidak tertuju kesana.

Apa aku harus memperkenalkan diriku, untuk supaya akudikenal dan sampai menjadi orang terkenal? Tidak! Aku tidak akanmenonjol-nonjolkan diriku. Sesuai dengan pendirianku dankedudukanku sebagai orang dalam dan terahsia, biarlah orangdapat berkenalan dengan aku melalui apa dan siapa sahaja. Dananggapanku ialah kalau seseorang dapat mengenal Aku dan dapatmenemuiku di tempatku, berkemungkinan ada bagiannya padaku.

* * *Sejak aku telah dapat menemui, mengetahui dan mengenal

diriku dengan rahsia yang terkandung padanya, maka aku

Page 45: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku41

sesuaikan segala-galanya menurut keadaannya dan keadaankuberlahir dan berbatin. Dudukku duduk menanti, menanti akankedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin, menampungnya danmendudukkannya pula pada tempatnya. Aku, yang tadinyaperjalananku terbatas di dalam alamku sendiri, semenjak aku telahmenemuinya, telah dapat bergerak lebih luas dan bebas di luar darialamku sendiri kerana dengan dapat menemuiku di tempatku,bererti dia telah menemui pintu untuk masuk rumahku dan dengansendirinya telah terbuka pula jalan bagiku untuk keluar. Pintu telahterbuka, dinding telah tembus, hijab telah terbuka.

Setelah rahsiaku dapat dipecahkannya, apalagi setelah dia dapatmengenal Aku yang sebenarnya, maka diketahuinyalah bahawadiriku adalah dirinya pula, badanku adalah badannya pula. Hanyatentang Aku ada berlainan pendirian dan tanggapan.

Keakuannya [dan] keakuanku tidak sama. Dia berdiri padakenyataannya, sedangkan Aku pada di balik kenyataanku.Pandangan hidupnya berlainan dengan pandangan hidupku. Titiktolak kehidupannya dari yang ada dengan tidak mengetahui akankeadaannya yang sebenarnya, sedangkan titik tolak kehidupankudari tidak ada menuju kepada yang ada dan mengisi keadaannyauntuk menjamin lancarnya jalan kehidupan di luar. Jadi adalah jalankehidupanku dimulai dari dalam. Jalanku hidup. Kerjakumenghidupkan dan menghasilkan. Dia yang dihidupkan. Diamempunyai banyak keinginan dan kemahuan, tetapi tak banyakpunya kemampuan dan kesanggupan.

Aku kekasih dari Yang Maha Pengasih, datang daripada-Nya,sedangkan dia anak dari ibu-bapanya yang asal kejadian daripadatanah dan akan dikembalikan ke tanah. Setelahnya dia dapatmengenal Aku yang sebenarnya dan setelahnya dapat diketahuinyabahawa adalah badan dirinya itu badan diriku pula, sekarang diasendiri yang akan menentukan kedudukannya.

Page 46: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 42

Aku akan berkata padanya, setelahnya dia dapat banyakmengetahui akan rahsiaku, “Apa engkau akan bersertaku, atau apaAku akan jadi engkau?”

Kalau engkau berserta Aku, maka adalah Aku ini ilmu bagimu.Dan untuk ini harus mengerti betul padaku dan belajar padaku.Oleh kerana Aku tidak nyata dan kenyataanku ada padamu, makaadalah ilmumu ini namanya Ilmu Ghaib. Engkau akan berbuat danberlaku dengan yang ghaib dan dengan tenaga ghaib. Untuk ini akuingatkan kembali akan kisah perjalanan Nabi Musa mancari NabiKhidir untuk belajar ilmu yang ada padanya dan caranya NabiKhidir mempraktikkan ilmunya itu. Dalam praktiknya, Nabi Khidiryang berbuat dan Nabi Musa hanya ikut berjalan bersertanya.Dengannya engkau akan menjadi seorang yang dalam dan tinggiilmunya, yang mana siapa saja tak dapat mengukurnya. Danusahakanlah supaya engkau selalu bersertanya.

Akan tetapi kalau Aku yang jadi engkau, yang Aku kehendakidarimu ialah suatu penyerahan (pasrah ) – Lillahi Rabbul-alamin –padaku iaitu serahkanlah apa yang ada padamu padaku sehinggakeakuanmu menjadi keakuanku; sehingga Aku dapat pulamengetahui dan mengenal akan keadaanmu sampai apa yang adapadamu itu menjadi kepunyaanku – penyerahan yang bulat darimupadaku. Dan perpaduan antara keakuanmu dengan keakuankumendatangkan pertunjuk padaku bahawa adalah engkau belahandari badan diriku sendiri. Yang kualiri dan isi selama ini rupanyabukanlah orang lain, melainkan belahan dari badan diriku sendiri.Hanya kita juga yang belum kenal-mengenal satu sama lain selamaini.

Engkau yang banyak punya keinginan, sekarang telah bersepadudengan Aku yang mempunyai daya kesanggupan. Engkau ituadalah Aku dan Aku adalah engkau. Dengan saling terjadinyasaling kenal-mengenal satu sama lain, dengan terjadinya persatu-paduan antara kita berdua, marilah kita mula memasuki kehidupan

Page 47: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku43

baru; ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, seiringsejalan, sakit dan senang sama-sama dirasai. Kelebihan kita satusama lain berbeza. Kelebihanmu pada kenyataan dan kelebihankupada perasaan. Apa yang tak ada padaku ada padamu dan apa yangtak ada padamu ada padaku.

Aku buta pada kenyataan dan engkau ada mata untuk melihat,akan tetapi padaku ada jalan untuk pencapai tujuan. Jadikanlahjalanku itu menjadi jalanmu dan jadi jalan kita bersama, engkau danAku. Dan dalam segala tindak-tanduk, Aku di muka ataukemukakan Aku. Engkau di luar Aku di dalam. Kenyataanku adapadamu dan padakulah letaknya rahsiamu. Akulah ilmumu; ilmuaku-mengakui sampai mendapat pengakuan.

Teringat aku akan cerita seorang tua yang aku jumpai dalamperjalanan pengembaraanku, iaitu tentang memecahkan kisahrahsia sebuah rumah yang tersebut dalam pepatah orang-orang tuadahulu, iaitu ‘Rumah nampak jalan tak tentu.’ Adakah pernahseseorang merenung dan memikirkan nikmat apa yang terkandungpada rumah itu? Kata yang empunya cerita:

Dahulukala ada seorang Maharaja Diraja mempunyai anaktunggal, betul lagi bertuah. Setelah anak tersebut meningkatdewasa, terfikirlah oleh raja tersebut, “Siapa kiranya akan temanhidupnya anak yang dikasihinya itu? Cinta kasih sayang tercurahdan tertumpah pada anak seorang itu dan dia tak mahu anaktersebut mendapat teman hidup sembarangan orang sahaja. Fikirpunya fikir, maka disuruh dirikanlah sebuah rumah yang rupa danbentuknya menurut ciptaannya sendiri. Setelah rumah itu siap,maka didudukkannyalah anaknya itu di dalam rumah yang sudahsiap itu, lengkap dengan peralatan dan perabut rumahtangga yangsederhana. Anak tersebut ditempatkan di bilik dalam lagi di dalamdengan kata-kata amanah padanya, iaitu, “Di sini engkaudidudukkan. Haus minum, lapar makan, mengantuk tidur. Untukitu semuanya telah disiapkan. Tugasmu ialah satu antara dua:

Page 48: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 44

Pertama; menunggu yang punya datang menjemput. Kedua;menantikan kedatangan seseorang yang sanggup memasukirumahmu dan dapat menemuimu di tempatmu. Itulah temanhidupmu yang sejati dan serahkanlah apa yang ada padamupadanya.”

Dan begitulah ibarat burung dalam sangkar; banyak dilihat dandiketahuinya burung-burung berterbangan sekelilingnya, akantetapi tidak seekorpun yang menuju kepadanya. Dicubanyamemanggil dengan bunyinya, walaupun didengarnya ada yangmenyahut atau membalas bunyinya itu, akan tetapi yangdinantikannya tak juga kunjung datang. Dan begitulah keadaannyaselalu; senantiasa menunggu dan menanti.

Kiranya akan beruntunglah seseorang bila dapat mengenal danmenemuinya, apalagi kalau telah diketahuinya betul akan rahsianya,diketahuinya pula bahawa dia adalah teman hidupnya yang sejatidan belahan diri pula daripadanya.

Dia akan sangat beruntung setelah dapat mengenal Aku danAku pun beruntung pula dapat mengetahui akan keadaannyasendiri. Kenal-mengenal satu sama lain membukakan tabir rahsiaantara Aku dan dia, dan ketahuilah sekarang bahawa seluruhkehidupannya bergantung padaku. Betapa tidak? Kalau Aku takada padanya, maka bukanlah dia manusia hidup namanya. Begitupula dia bagimu, kalau dia tidak ada bersertaku, maka tak adalahertinya dunia ini bagiku. Dan sekarang kami telah menjadi satu;Aku dan dia, lahir dan batin.

Tadinya kami memang satu juga, akan tetapi caranya lain, Akutinggal Aku dan dia tinggal dia, tidak ada kenal-mengenal satusama lain. Pengetahuannya tentang Aku hanya terbatas, iaitu padanama saja dan bagaimana hakikatnya Aku yang sebenarnya takpernah diketahuinya, apalagi ditemuinya.

Sekarang diketahuinya sudah bahawa adalah dia itu Aku dan

Page 49: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku45

Aku adalah dia. Di dalam kami berpisah, akan tetapi terhadapkepada yang di luar dari badan diri kami, kami satu dan kamipanggilkan diri kami untuk keseluruhannya aku.

Dari segi lain dapat pula Aku mengatakan, Aku telah lahir untukkedua kalinya. Kelahiran dan kehadiranku yang pertama kali didunia ini ialah keluarnya Aku dari rahim ibuku dan kelahiran (dankehadiranku) untuk kedua kalinya ialah dengan jalan memancar.Sebaiknya tiap-tiap diri, sebelum meninggal harus lahir untukkedua kalinya di dunia nyata ini.

Aku berani berkata begitu setelah dapat mengetahui danberpengalaman dalam hal ini, terutama di bidang lahir-melahirkankerana bagi mereka yang menerima aliranku, akulah doktornya;mendidiknya sampai bisa berjalan dan berdiri sendiri. Akumemasuki rumahnya melalui pintu tertentu. Aku bukakan pintubaginya untuk keluar. Aku bawa dia berjalan dan aku tunjukkannyajalan yang benar. Aku memasuki rumahnya dengan seizinnya,bukan dengan jalan paksaan.

Adalah diri tiap-tiap seseorang umpama terkurung dalam sebuahrumah; pintu untuk keluar baginya tertutup. Dicuba sendiri taksanggup menembusnya, sedangkan ‘Anak Kunci’ di tangan oranglain. Keadaan tak ubahnya seperti apa yang tercantum dalamserangkaian pantun dalam bahasa daerah:

Ikan takile’ jalo tiboKanai anak maco balah lidahBa’a dek kumbang ka malariknyoLah kambang bungo dalam sarugo‘Anak Kunci’ di tangan Baginda RasulullahBa’a dek awak ka maambiknyo

Suatu pantun yang mengandung erti yang dalam, yang tak dapatdiketahui orang yang mula pertamanya membawakan pantuntersebut atau penciptanya. Maka adalah sewajarnya bagi tiap-tiapdiri memikirkan bagaimana akan mendapat ‘Anak Kunci’ yang

Page 50: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 46

dimaksud.

* * *Saya akan bertanya dan berkata pada diri sendiri, “Kenapa

sewaktu berada di bumi yang sempit (dalam perut ibu) kita takberasa kekurangan, setelahnya berada di bumi yang luas, seseorangharus menderita, padahal lapangan bergeraknya sangat luas? Dimana letak sebenarnya akan rahsia hidup dan kehidupan ini? Sayaakan mengatakan, “Bagi setiap diri yang tadinya dikandung olehyang mengandung dengan segala macam penanggungan, setelahkeluar dari kandungan, maka baginya kebalikannya yang terjadi,ertinya sejak itu dia pula yang mengandung. Dan tiap-tiapkandungan harus dilahirkan, kalau tidak, tidak akan pecah rahsiakandungan selama ini. Dan begitulah, seseorang ibu yang telahmelahirkan akan pecahlah rahsia kandungannya dan diketahuilahapa yang dikandungnya selama ini.”

Kandung, mengandung dan menanggung. Sama-sama mengan-dung akan tetapi berlainan kandungan dan penanggungan. Sayaakan mengatakan, sewaktu dalam kandungan, tempatku di rahimibu, akan tetapi yang kukandung letaknya di dada. Dan untukdapat mengetahui isi dada itu, seseorang harus melahirkan, kalautidak, tidak akan pecah rahsia kandungan sendiri itu. Dari itu makadianjurkan; pecahkanlah rahsia kandungan itu denganmelahirkannya sehingga dapat mengenal dan mengetahui akanrahsianya dan sampai dapat merasakan dan membenarkan akankebenaran pendapatku di atas, iaitu engkau terlahir untuk keduakalinya dan engkau telah bebas tetapi tak lepas. Maksudku engkauakan merasakan itu kebebasan, tetapi tak lepas darikemanusiaanmu.

Bagiku dan bagi seseorang yang telah dapat memahami danmengerti akan kelahirannya untuk kedua kali itu, akan dapat pulamengerti bahawa dirinya membawakan pula dua kehidupan iaitu

Page 51: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku47

hidup kebatinan dan hidup kenyataan atau kebendaan.

Kalau seseorang telah dapat merasakan seperti apa yang telahkurasakan dan telah dapat pula mengetahui mana yang lahir danmana yang batin, akan membenarkan pendapatku bahawa jarakantara yang satu dengan yang lain ialah jauh tak berantara dandekat tak berbatas: Satu tidak, walaupun dari luar kelihatannyasatu.

Kehidupan yang mana yang saharusnya menjadi pegangan?Hidup kebendaan dengan tidak mengetahui hakikat kebatinan telahdibawakan selama ini dan tiap-tiap diri telah membawakan danmengalaminya. Pada umumnya, kebanyakan manusia tidak pernahberasa puas pada hasil dari pembawaan hidupnya dan banyak pulayang gagal dan kecewa. Kita telah melihat dan menyaksikansendiri, berapa banyaknya manusia sudah mempunyai harta yangbanyak, kedudukan yang terpandang, punya isteri dua tiga bahkanada juga yang punya simpanan (istilah sekarang), tetapi hidupnyaselalu resah-gelisah. Ketenangan tidak pernah diperdapatnya, untukmakan enak dicari keluar dan akan segala sesuatu mahu lagi, mahulagi dan mahu lagi dan ada juga sampai tak percaya akan dirisendiri (buktinya dia memakai orang sewaan untuk mengawalnya,hartanya dan lain-lain sebagainya) dan tak kurang pula pergi kedukun minta tangkal dan azimat dan ke kiai minta keselamatan,naik pangkat dan lain-lain sebagainya. Dan tak kurang pula yangbertuhankan pada batu dan keris.

Aku teringat akan kata-kata yang aku dapat tangkap dan dengarsewaktu di perantauan di seberang lautan sana, suatu keluhan yangterlompat keluar dari mulut seorang petualang sambil mengembarapula iaitu antara lain, “Bertanya kerbau kepada pedati, jauhkah lagiperhentian ?”

Kami tadinya seiring berjalan. Siapa dia sebenarnya aku taktahu. Perkenalan kami kalau boleh dikatakan suatu kebetulan saja.

Page 52: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 48

Di suatu tempat, kota kata orang Indonesia, bandar kata orangMalaysia, aku dalam pengembaraanku dan dia dalampetualangannya bertemu dalam sebuah rumah yang baginya,penghuni dalam rumah tersebut famili dan bagiku anak dalam aliranilmu pengetahuanku. Pada percakapan kami bertiga, aku mendapattahu bahawa dia kehilangan sesuatu. Aku berikan padanya sesuatupula untuk dapat digunakannya mencari yang hilang itu. Yang akuberikan bukan benda, melainkan sesuatu yang tak dapat dilihat,akan tetapi dapat dirasakannya. Rupanya dia sangat tertarik akanapa yang telah diterimanya dari aku itu sehingga ke mana dia pergitak ditinggalkannya. Dipelajarinya sendiri dan dicarinya sendiripengalaman dengan itu. Dia sangat tertarik pada apa yangditerimanya dari aku itu dan perhatiannya tertuju kepada badandiriku.

Sejak dia mendapat sesuatu dari aku itu, kami terus berpisahdan aku kembali ke tempat aku bermukim. Belakangan dapatkuketahui bahawa tempat bermukimnya sama kotanya dengantempat aku bermukim. Cuma kelainannya dia seorang petualang,sedangkan aku seorang musafir yang senantiasa dalampengembaraan. Pada suatu hari dia mendatangi rumahku hendakmenemui aku. Waktu itu aku tidak berada di rumah. Berkali-kalidia datang, tetapi tak bertemu dengan aku. Pada kenyataannyayang penghabisan, dia berpesan sama isteriku supayamenyampaikan salamnya. Dia sangat ingin hendak bertemu mukadengan aku tetapi pada tiap-tiap kedatangannya aku selalu tak adadi rumah. Dipesankannya bahawa dia akan mengadakan perjalananjauh ke seberang lautan (ke negara tetangga) dan mohon doa restu.

Dan begitu pada suatu ketika yang tak kuduga-dugasebelumnya, aku terima surat darinya dan berlampirkan suratundangan dari seseorang yang belum kukenal untuk minta datangke sana. Setelah kubaca isi surat itu kuketahui menurutpengakuannya; setelah dia kandas dalam kebiasaan yang

Page 53: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku49

dibawakannya pada petualangannya yang sudah-sudah, makadiamalkannya apa yang telah diterimanya dari aku dan hasilnyasangat mengkagumkan sehingga banyak petualang lain tertarikpadanya, sehingga akhirnya mereka itu ingin hendak bertemu mukasecara langsung dengan aku.

Dan itulah rupanya maka sampai dikirim surat undangantersebut yang belakangan dapat kuketahui, iaitu kegunaannyauntuk urusan mendapat pasport ke luar negeri. Dengan ringkas,setelahnya dia kembali dari petualangannya dan setelah berunding,maka aku yang tadinya menolak untuk pergi, belakangan seolah-olah aku mendapat dorongan untuk supaya pergi. Pada kelanjutanpertemuan kami, maka kukatakanlah kesediaan aku berangkat dankami uruslah segala keperluan untuk kelancaran keberangkatankami itu.

Kami seiring berjalan; dia dan aku. Bagaimana dia sebenarnyaaku belum mengenalnya dan kenalnya padaku dengan perantaraanapa yang telah kuberikan padanya, yang telah menjadi ilmupengetahuan padanya. Pengalaman dalam beberapa kali berjalanbersama-samanya menunjukkan padaku bahawa dia adalah seorangpetualang dan aku mengatakan aku seorang pengembara. Dansewaktu berjalan bersama aku, maka jadilah dia seorang petualangmerangkap seorang pengembara. Sampai sekarang belum dapataku mengatakan dia muridku dan aku ini gurunya, atau diapengikutku kerana lain caranya dan lain pula caraku, lainpembawaannya dan lain pula pembawaanku. Dan besar pulakemungkinan aku tak dianggapnya guru. Sungguhpun begitu biladia menjumpai aku, dia tetap menghormati aku dan aku senantiasamenerima kedatangannya sebagai mestinya. Dia memanggil kakak(abang) padaku dan aku menganggap dia adik.

Dan begitulah jauh dari kampung halaman, di perantauan, akudapat dengar itu kata-kata, keluhan hidup yang sangat meresappadaku seperti yang telah kusebutkan di atas dan kuulangi

Page 54: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 50

menyebutnya, “Bertanya kerbau pada pedati, ‘jauhkah lagiperhentian?’”

Seekor kerbau yang sedang menarik sebuah pedati yang sarat(penuh) muatannya, pada suatu tanjakan (atau pendakian) denganair ludah berbuih-buih di mulutnya, melihat ke kiri dan ke kananseolah-olah bertanya kepada yang ditariknya, “Jauhkah lagiperhentian?” Dia ingin istirahat kerana keletihan berhari-hariberjalan dengan membawa beban. Akan tetapi dia bertanya tidakpada tempatnya. Kenapa dia bertanya kepada pedati? Itu bendamati. Bukankah lantaran dia makanya pedati sampai ke sana?Seharusnya dia bertanya kepada orangnya (si tukang pedati) yangduduk seenaknya di tempatnya di belakang kerbau sambilmengendalikan perjalanan kerbau itu. Dan si kerbau tak tahu itukerana tak melihatnya. Begitulah secara kasarnya perumpamaanhidup dan kehidupan yang sedang berjalan. Tiga sejalan; kerbau -pedati - dan - si tukang pedati. Dan pada perhentian terakhir,kerbau balik ke kandang, pedati tergeletak (terbengkalai) ditempatnya dan si tukang pedati pulang ke rumahnya.

Suatu keluhan yang datang dari seorang pengembara ataupetualang yang tak tahu tempat bertanya yang sebenarnya. Dalamperumpamaan yang tiga disebutkan itu, yang mana harus menjadipegangan seseorang? Pedatikah dia, apa kerbaukah atau tukangpedati? Diri sendirilah yang akan menentukannya, bukan oranglain.

Bagiku sendiri perumpamaan itu terlalu kasar. Dan aku akanmengatakan, aku bukan pedati, bukan kerbau dan bukan pula situkang pedati. Kalau begitu siapa aku? Aku akan mengatakan akutetap aku dan padaku ada hamba dan saya. Jadi akukeseluruhannya terdiri dari:

1. Aku;2. Hamba; dan3. Saya.

Page 55: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku51

Aku, hamba dan saya, kalau dihalusi lagi dengan mengkaji asal-usul cara pemulangan atau pengembalian ke pokok asal, maka akansampailah seseorang pada pengkajian pengetahuan iaitu:

• Saya yang berjasad (Adam);• Hamba yang menjalankan tugas (wakil; perantara); dan• Aku datang daripada Tuhan.

* * *Pengajian asal-usul belum berhenti sampai di tiga pokok

tersebut kerana belum sampai kepada pokok yang sebenarnya.Pokok yang sebenarnya Esa iaitu Allah. Semuanya akan kembalikepada keadaannya semula iaitu kepada keadaan-Nya, Allah, danbegitulah adanya.

Dan pernah pula aku mendengar ucapan yang keluar dari mulutseseorang pengembara pula, yang kebetulan sedang bermukim puladi tempat kubermukim iaitu dia mengatakan, “Sebaik-baik manusiapadanya harus ada: Pertama; limpah daripada Raja, kedua; warisdaripada Nabi, dan ketiga; gerak daripada Allah.”

Melalui ini aku menyerukan dan bertanya, “Wahai insan,cubalah renung dan fikirkan adakah ketiga-tiga unsur tersebut didiri masing-masing?” Terserah padamu sendiri untuk menjawabnyasambil memikirkan perlu tidaknya itu diketahui.

Bagi diriku sendiri, aku berasa perlu mengetahuinya untuk lebihdapat aku mengenal siapa Aku sebenarnya dan yang mana Akuyang sebenarnya. Dan setelahnya aku dapat mengenalnya danmenemuinya jalannya, maka dialah peganganku dan berjalan padajalannya (jalan yang aku sendiri dapat merasakannya). Bawaanpada kenyataannya ialah gerak-gerak yang bergerak dengansendirinya (gerak automatik), gerak yang daya penggeraknyadatangnya bukan dari luar badan diri, melainkan yang terbit dantimbulnya dari dalam diri sendiri yang bagiku kunamakan akan dia

Page 56: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 52

Kudratullah dan geraknya kunamakan Gerak Allah. Daya tenagayang terkandung dalamnya ialah tenaga ghaib yang tak dapatdilihat akan tetapi dapat dirasakan.

Jalan-Nya telah kujadikan jalanku. Lain jalanku dan lain pulajalan orang. Aku, walaupun di mana Aku berada (di laut, di udaradi daratan), namun jalanku tak kulupakan. Sedang dudukpun Akuberjalan kerana bukankah telah kukatakan bahawa antara Akudengan dia (antara yang satu dengan yang lain), jauh tak berantaradan dekat tak berbatas?

* * *Dalam perjalanan pengembaraanku, banyak kudapati orang-

orang yang tertarik pada amalanku dan banyak pula sudah yangkubukakan pintu, kubawa berjalan keluar dan kutunjukkan jalandan telah banyak pula telah berjalan pada jalanku danmengamalkan amalanku. Dan amat sayang sekali, mereka itu belumkenal betul akan Aku yang sebenarnya. Aku pimpin mereka, Akubukakan pintu, Aku tunjukkan jalan dengan membawa dia berjalanpada jalanku. Aku didik dia untuk bisa berdiri sendiri dan akankulepaskan untuk bisa berjalan pada diri sendiri kerana untuk dapatmengetahui Aku sebenarnya dan siapa pula Aku dia sendiri, apalagiuntuk mengenal dirinya sendiri. Siapa dia, dia sendiri pula yangakan menentukan. Aku hanya menunjukkan jalan dan membawanyakepada jalan yang benar.

* * *Diriku yang kukenal bukan sahaja hanya terdiri dari insan yang

telah berkembang menjadi orang (manusia), melainkan juga sesuatuyang terahsia. Letaknya di balik insan. Rahsia ghaib dari YangMaha Ghaib yang mengandung daya dan tenaga ghaib.

Orang mengatakan, ‘hendak melihat diri, bercerminlah ke kaca.’

Page 57: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku53

Dengan bercermin ke kaca, seseorang dapat melihat rupa danbentuknya.

Aku akan mengatakan, hendak mengenal diri bercerminlah kekaca. Setelah seseorang bercermin ke kaca, apa yang telah dapatdikenalnya tentang dirinya? Kalau hanya rupa dan bentuk, cukupdengan cara melihat saja, akan tetapi samakah ertinya dengankeadaannya melihat dan mengenal? Dengan melihat saja belumbererti seseorang telah mengenalnya, akan tetapi denganmengenalnya mungkin dengan pengertian engkau telah melihatnyalebih dahulu, setelah itu baru engkau dapat mengenalnya. Dansekarang timbul pertanyaan apa yang telah engkau lihat itu? Suatupertanyaan yang harus seseorang dapat menjawabnya, iaitusamakah dasarnya engkau yang mengadap ke kaca dengan orangyang timbul dari kaca? Pertanyaan ini sudah tentu ditujukan kepadaseseorang yang mahu mengerti dan mahu mengetahui danmengenal akan dirinya sendiri? Bagi orang yang tak adaperhatiannya ke sana, kiranya pertanyaan ini tak perlu dijawabnya.

Kalau pertanyaan tersebut telah terjawab, maka akan menyusulpula pertanyaan yang lain, iaitu, “Ada apa di dirimu dan terdiri dariapa dirimu itu? Dan kalau engkau telah dapat mengenal danmengetahuinya, bagaimana pendirianmu? Apa engkau orangnyayang mengadap ke kacakah atau orang yang timbul dari kaca?”

Bagiku sendiri, oleh kerana aku mahu mengerti dan mahumengetahui dan mahu mengenal akan diri yang sebenarnya diri danyang akan menjadi pendirianku pula, maka aku akan mengatakanbahawa dasarnya yang sebenarnya, adalah tidak sama. Kalau dasardari yang berkaca, kuketahui tadinya air titisan dari ibu bapa dansebelumnya, tanah (ingat akan kejadian nenek-moyang kita,manusia yang pertama), maka dasarnya dari orang yang timbul darikaca itu hanya sebagai perumpamaan saja. Kasarnya disebut kaca.Bagi yang mahu mengerti akan tujuannya yang sebenarnya,halusnya iaitu cahaya dan kalau diperdalam lagi, maka aku

Page 58: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 54

mengatakan dasar yang sebenarnya ialah nur. Dan untukkeseluruhannya (iaitu yang meliputi badan diri kita) menjadikan apayang dinamakan orang ‘rohani’ iaitu perkembangan dari kata asal‘roh.’ Seumpama pelita dalam sebuah rumah yang pintunyatertutup rapat. Melalui sebuah lubang dari dinding rumah tersebutorang dapat melihat keadaan dalam rumah itu dengan berkatcahaya dari pelita tersebut. Cahayanya meliputi alam sekelilingnyadan berbataskan keseluruhannya pada dinding rumah itu. Dankalau seseorang mahu menggambarkan akan batas-batasnya cahayaitu keseluruhannya, orang akan melihat dan menemukan gambarankeseluruhannya seperti atau serupa gambaran dari rumah tersebutdi dalam. Dan dengan pengamatan dan penelitian lebih mendalam,orang akan mengenal isinya iaitu apa yang ada dalam rumah itu.Rumah tersebut akan tetap bercahaya selagi itu pelita masih hidupdalam rumah tersebut. Dengan membuka pintu atau membuka jalanuntuk keluar, maka akan memancarlah itu cahaya keluar, yangakan dapat dirasakan secara positif bagi yang telah terbuka jalanbaginya, terutama bagi mereka yang sedang mengadakanpengamatan dan penelitian.

Dan selanjutnya bagi si pengamat (kalau itu pancaran telahditemuinya dan telah dapat pula merasakannya secara positif),maka dengan pengamatan dan penelitian yang lebih mendalam,orang akan dapat pula mengetahui dan dapat menjawabpertanyaan, “Terdiri dari apa diri itu?”

Penyelidikan yang lebih mendalam (pengalaman-pengalaman,percubaan yang diadakan dengannya, pengetahuan yang mendalamtentang Tuhan dan ketuhanan, ilmu tauhid yang dapat dipelajaripada ahlinya, karangan-karangan ahli tasawuf, ahli tarekat, orang-orang besar serta pendapat-pendapatnya tentang Tuhan danketuhanan, ahli-ahli kebatinan lain-lain yang sifatnya mistik danilmiah) perlu diketahui untuk bandingan bagi diri sendiri yangsedang mengadakan pengamatan dan penelitian tentang sesuatu

Page 59: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku55

dengan sesuatu, apalagi dalam mencari akan hakikat yangsebenarnya. Dalam pada itu tak pula lupa pendirian sebagaiseorang yang bertuhankan kepada Allah, akan faham agama yangdiperlunya. Pancaran yang telah memancar dari dalam badan dirisendiri itu, yang berasal dari cahaya yang berada dalam rumahsendiri dan telah diketahui pula cahaya itu adalah cahaya dari pelitayang ada dalam rumah itu. Pelita itu ‘hidup’ dan mustahil mati,kerana kalau mati tentu tak ada cahayanya.

Dan itulah dia pancaran dari kehidupanku di dalam yangbersumberkan dari cahaya dan kuketahui cahaya datangnya daripelita yang menghidupkan yang mati dan mematikan yangdihidupkan. Kalau dia telah tidak ada lagi (kerana telah pulangkembali ke asalnya, iaitu ke Rahmatullah), maka pada yangditinggalkannya disebut orang, dia telah meninggal atau kasarnyatelah mati. Dia meninggal setelah ‘nya’ berpulang ke Rahmatullahatau setelah kembali ke Hadirat Illahi. Itu ‘hidup’ telahmeninggalkan badan diri.

Dengan berpegang kepada itu pancaran yang telah memancar,penelitian yang lebih mendalam terhadapnya dengan mengadakanpercubaan-percubaan untuk mempelajarinya, maka akan dapatlahdiketahui bahawa pancaran itu (kenyataannya keluar) adalah apayang dinamakan elektron dan oleh kerana asalnya, datangnya dansumbernya dari yang ‘hidup’ lagi menghidupkan, maka adalahelektron itu elektron hidup yang mengandungi proton-proton hidup(zat serba zat), yang daya kemampuannya dan tenaganya melebihidari elektron-elektron dan proton-proton benda. Ini dapatkukatakan setelahnya aku dapat menemui dan merasakannya. Olehkerana dia berasal dari ‘hidup’ yang dinamakan hayat atau ‘pelita’pada perumpamaannya, maka alirannya serta isinya mustahil mati(tentu mesti hidup). Dan begitulah pancarannya yang telah dapatmemancar keluar dan bagi yang telah dapat merasakannya adalahdia itu apa yang dinamakan orang elektron dengan pengertian

Page 60: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 56

bukan elektron benda, melainkan elektron hidup. Dan kelanjutanpemecahan dan penyelidikan, orang akan menemui itu proton-proton iaitu proton hidup atau zat hayat.

Maka dengan pemecahanku ini dan penemuanku akannya,terjawablah sudah akan pertanyaan terdiri dari apa diri itu. Akudapat menemuinya ialah melalui diriku sendiri. Setelah dapatmengenal diriku sendiri, maka aku akan mengatakan bahawaadalah aku orangnya yang timbul dari kaca dan kenyataannyakeadaanku ialah pada orang yang mengadap ke kaca.

* * *Dengan pernyataan pendirianku ini, maka adalah aku orang

kebatinan yang kenyataannya ada pada badan diriku sendiri (jasad)dan bukan orang halus yang tak dapat menyatakan dirinya keranatak berjasad.

Padaku ada yang ghaib yang senantiasa bergerak dengan tenagaghaib dan rahsia keghaibanku letaknya di balik kenyataanku.Padaku ada orang ghaib yang berada di balik kenyataanku. Rahsiakeghaiban yang kuperolehi dari diriku sendiri iaitu Rahsia YangMaha Ghaib yang berada di dalam diriku sendiri. Dialah yangmengembara kian ke mari, melakukan sesuatu untuk sesuatu.Kadang-kadang dia jalan sendiri, kadang-kadang bersertakenyataanku. Maka tak salahlah rasanya kalau Aku mengatakan,Aku ada di luar dan ada di dalam.

Kehidupanku berjalan dalam dua keadaan (luar dan dalam) iaitukehidupan lahir dan kehidupan batin. Selama ini, aku menjalankankehidupanku di luar tanpa mengetahui jalannya kehidupanku didalam. Dan sejak aku telah dapat mengenal batinku dan telahmenemui jalannya pula, maka titik tolak jalan kehidupanku berjalansejak dari dalam dan terus keluar (oleh kerana dinding yangmembatasi gerak-geriku ke luar telah tembus). Dari itu makanya

Page 61: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku57

Aku mengatakan Aku telah bebas tetapi tak lepas. Pintu telahterbuka, rahsia diriku telah pecah dan terbukalah jalan bagikuuntuk mempelajari akan keadaan yang sebenarnya. Dan semenjakitu untuk keluar, Aku berjalan pada jalan-Nya, Aku ikut berserta-Nya dan kadang-kadang berdiri di muka pintu seolah-olahmenantikan akan kedatangan sesuatu. Dan begitulah Aku sehari-hari dengan rahsia-Nya yang telah ada di tanganku, menjalankanhidup dan kehidupan, kehidupan lahir dan kehidupan batin. Allahjua yang Maha Mengetahui.

Apa aku orang luar atau orang dalam? Itu adalah rahsiakusendiri. Yang terang ialah Aku tetap Aku, sejak dulu sampaisekarang.

Rahsia hidupku sendiri telah kuketahui dan terhadap orang diluar dari badan diriku sendiri, Aku akan bawakan rahsia hidup yangtelah kuketahui itu sehingga hidup keluar terahsia pula bagi orangbanyak. Dan mereka tak akan dapat mengetahuinya sebelum diadapat pula memecahkan akan rahsia dari dirinya sendiri danmenemui sesuatu untuk menjadi pegangannya. Dan begitulah Akudengan rahsia yang terkandung dalam diriku sendiri sehinggapendirianku ialah, “Dasarku adalah dasar orang yang timbul darikaca dan Aku adalah orang yang timbul dari kaca dan bukan yangmengadap ke kaca. Demikianlah keadaanku di dalam. Dankenyataanku letaknya pada orang luar.”

Sejak aku ketahui pintu untuk keluar telah terbuka bagiku,semua hubunganku yang selama ini terputus dengan isi alam di luardari alamku, semenjak itu pula segala sesuatunya telah dapat Akumenghubunginya bila dikehendaki. Oleh kerana dengan telahtembusnya dinding penghalang itu, maka segala sesuatunya bagiku‘jauh tak berantara dan dekat tak berbatas,’ terutama hubungankudengan Tuhan-ku yang semenjak aku terlahir ke dunia ini telahputus. Semenjak pintu telah terbuka, alamku telah dapatmenghubungi alam akbar. Diriku telah dapat menghubungi Diri

Page 62: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 58

Yang Maha Besar dan Aku telah dapat menemui AKU iaitu YangMaha Esa, kerana Aku sebenarnya adalah sesuatu dari Satu.

Benar juga seperti apa yang dikatakan orang-orang yang telahsampai dan yang telah berpengalaman mempelajari danmerenungkan akan keadaan Tuhan, “Itu adalah suatu pekerjaanyang sia-sia, kerana Tuhan tak dapat diumpamakan dengan apa dansiapa sekalipun. Kalau hendak mengetahui dan mempelajari juga,pelajarilah ciptaan-Nya sebab di situlah letaknya ilmu-Nya, tanda-tanda keadaan-Nya.”

Ciptaan-Nya yang paling dekat pada kita ialah diri sendiri. Dariitu pelajarilah dirimu sendiri kerana bukankah orang arifmengatakan, “Mengenal diri, mengenal Tuhan.”

“Aku sangat dekat padamu,” kata-Nya, “Lebih dekat daripadaurat nadimu sendiri.”

* * *Setelah Aku dapat mengenal-Nya, maka kuketahuilah sudah

segala yang ada ini dan apa yang ada padaku ialah kepunyaan-Nya.Dan penyerahan yang sepenuh-penuhnya (keseluruhannya) apayang ada padaku pada-Nya sehingga betul-betul Aku ini menjadikepunyaan-Nya. Tiada daya dan upaya. Siapalah yang kuat dankuasa, melainkan Allahhu-ta’ala.

Gerakku adalah Gerak-Nya, kudrat-ku adalah Kudrat-Nya danrahsiaku ialah Rahsia-Nya dan begitulah aku sejak dapat mengenaldan menemui akan diriku sendiri.

• Syariatku ialah keadaan dan kenyataanku,• Tarekatku ialah jalan diri sendiri,• Hakikatku yang benar (Kebenaran) ialah Muhammad dan• Makrifatku, Makrifatullah, iaitu Allah

Ilmuku ialah Ilmu Tuhan berdasarkan kalimah tauhid iaitu Dua

Page 63: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku59

Kalimah Syahadah. Perjalananku ialah dengan mengamalkan DuaKalimah Syahadah bertujuan mengadakan pengakuan untukmendapat pengakuan; pengakuan akan tiada Tuhan yang lainmelainkan Allah; pengakuan akan Muhammad Rasulullah.Pengakuan dari Tuhan yang kuharapkan, iaitu pengakuan sebagaihamba-Nya dan pengakuan dari Muhammad s.a.w. iaitu pengakuansebagai umatnya.

Semua orang, kalau mahu boleh saja mengatakan akan dirinya,bahawa dia adalah seorang hamba Allah dan umat Muhammadsebagai seorang Islam.

Seorang hamba yang benar, padanya ada jalan yang akandijalaninya untuk melaksanakan tugasnya. Tugasnya terahsia bagiorang banyak kerana itu jalannya terahsia pula. Hanya dia sendiriyang tahu itu jalan; jalan yang telah ada padanya ibarat keretapi diatelah berdiri di atas rel (di jalan yang telah tersedia baginya).Penyelewengan baginya bererti tergelincir dari rel sendiri ataukeluar dari jalan yang telah disediakan baginya.

Seorang umat Muhammad harus mengetahui hukum, terutamahukum syariat. Padanya ada akal untuk mengetahui buruk-baiknya,boleh-tidaknya dia melakukan sesuatu, halal-haramnya sesuatu.Pelanggaran bererti hukum menantinya atau telah tersedia baginyaundang-undang bikinan manusia dan undang-undang Tuhan.

Allah jua yang menentukan segala-galanya kerana Dia MahaMengetahui lagi Maha Perkasa. Bagi seseorang yang inginmengetahui, melalui ini dapatlah aku mengatakan dengan membacakaryaku ini dapatlah kiranya diketahui bagaimana fahaman danpendirianku tentang kebatinan dan batinku sendiri, pemecahankuuntuk dapat mengenal dan menemui-Nya sehingga menghasilkansuatu pemisahan yang dapat dirasakan antara yang satu dan yanglain, antara rohani dan jasmani, antara yang hidup dan yang mati,antara yang terang dan yang gelap, sehingga telah kuketahui pula

Page 64: Batinku

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku 60

itu rahsia, “Dimasukkannya malam kepada siang dan siang kepadamalam dan didatangkannya yang hidup daripada yang mati danyang mati daripada yang hidup.”

Yang hidup itulah peganganku, bukan yang mati. Dan ilmu yangkufahami bukannya datangnya dari luar, melainkan dari dalam.

Aku(BAGINDO MUCHTAR)

Selesai di Jakarta, Indonesia28 Disember, 1973.