Bbm 3103 contoh analisis (2)

1
Contoh Analisis Penelitian terhadap sajak yang dikaji, mendapati bahawa penyimpangan sintaksis berkaitan dengan penyusunan kata dalam baris. Penyusunan yang dimaksudkan ialah meletakkkan kata demi kata yang mempunyai ruang jarak yang jelas. Cara demikian dapat dilihat dalam sajak Suhaimi Haji Muhammad, A. Ghafar Ibrahim dan penyair- penyair lain yang cenderung untuk melakukan eksperimen secara ekstrim. Dengan meneliti sajak A. Ghafar Ibrahim bertajuk “Lalu Kita Bertemu” ( DS; September 1972:16) penyimpangan binaan ayat jelas dapat dilihat dengan jelas pada pada r:1, b:7-15 sajak tersebut di bawah; menampi impi di ujung hari melayap embun merayap ketahap is nin isnin bening memangkumu bersama rerumput tak melutut bersama bebatu tak kaku langit memataimu bersama puitik hem bu san pagi tam paran mentari Penyusunan kata yang demikian ini, berlainan dan menyimpang daripada binaan ayat bahasa Melayu. Bagi Mohamad Mokhtar Hassan (1995:156), pembentukan ayat sedemikian ini dapat menimbulkan kesan visual yang bermakna di samping menghasilkan irama pengucapan yang berbeza sekiranya dideklamasikan. Walaupun begitu, cara penyusunan ayat tersebut tidaklah berlaku secara berleluasa, bahkan hanya dapat dilihat dalam beberapa sajak yang dihasilkan oleh penyair yang gemar melakukan eksperimen atau percubaan.

Transcript of Bbm 3103 contoh analisis (2)

Page 1: Bbm 3103   contoh analisis (2)

Contoh Analisis

Penelitian terhadap sajak yang dikaji, mendapati bahawa penyimpangan sintaksis

berkaitan dengan penyusunan kata dalam baris. Penyusunan yang dimaksudkan ialah

meletakkkan kata demi kata yang mempunyai ruang jarak yang jelas. Cara demikian

dapat dilihat dalam sajak Suhaimi Haji Muhammad, A. Ghafar Ibrahim dan penyair-

penyair lain yang cenderung untuk melakukan eksperimen secara ekstrim. Dengan

meneliti sajak A. Ghafar Ibrahim bertajuk “Lalu Kita Bertemu” (DS; September 1972:16)

penyimpangan binaan ayat jelas dapat dilihat dengan jelas pada pada r:1, b:7-15 sajak

tersebut di bawah;

…menampi impi di ujung harimelayap embun merayap ketahapis ninisnin bening memangkumu bersamarerumput tak melutut bersamabebatu tak kakulangit memataimu bersama puitikhem bu san pagitam paran mentari

Penyusunan kata yang demikian ini, berlainan dan menyimpang daripada binaan ayat

bahasa Melayu. Bagi Mohamad Mokhtar Hassan (1995:156), pembentukan ayat

sedemikian ini dapat menimbulkan kesan visual yang bermakna di samping

menghasilkan irama pengucapan yang berbeza sekiranya dideklamasikan. Walaupun

begitu, cara penyusunan ayat tersebut tidaklah berlaku secara berleluasa, bahkan hanya

dapat dilihat dalam beberapa sajak yang dihasilkan oleh penyair yang gemar melakukan

eksperimen atau percubaan.