BEBERAPA ISU-ISU POKOK DI DALAM AJARAN DAN … fileAJARAN DAN FALSAFAH PLURALISME AGAMA ......

61
117 PERCATURAN LICIK ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME Lebai Kacak 2015 BEBERAPA ISU-ISU POKOK DI DALAM AJARAN DAN FALSAFAH PLURALISME AGAMA Teks Al-Qur'ān Kesan daripada fahaman Liberalisme, segelintir orang Islām telah mengambil pendekatan orang Yahudi dan Kristian liberal memahami teks suci mereka berkaitan dengan cara memahami al-Qur'ān. Kaedah ini disebut sebagai Hermeneutik. Mereka terpengaruh dengan pendirian orang Yahudi dan Kristian liberal yang menganggap teks suci mereka telah hilang kesucian tersebut akibat campur tangan manusia. Maka berasaskan kepada sikap orang Yahudi dan Kristian tersebut, golongan Liberalis- Pluralis di kalangan Ummah Islām terpedaya dan turut mendakwa bahawa al-Qur'ān juga adalah produk budaya hasil campur tangan manusia. Oleh kerana ia adalah produk budaya, maka ia adalah tidak sakral atau tidak suci dan mulia lagi bahkan boleh dikritik. Justeru, ada segolongan Liberalis-Pluralis Indonesia menulis perkataan Allāh di atas secebis kertas lalu dicampakkan ke tanah dan diinjak-injak. Bagi seorang Muslim, secara ontologikal, epistemologikal dan aksiologikal, al-Qur'ān ialah Kalām Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā yang merupakan mu‘jizat yang diturunkan atau diWayukan kepada Nabiy Muammad ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam melalui perantaraan Sayyidina Jibrīl ‘alayhi ’s-salam dan yang ditulis di dalam Muṣḥaf; yang disampaikan kepada Ummah Islām melalui riwayat yang mutawātir; yang menjadi ‘ibādah dengan membacanya; dimulai dengan Sūrah al-Fātiḥah dan diakhiri dengan Sūrah al-Nās. Demikian keyakinan seorang Muslim kepada al-Qur'ān. Bagi seorang Muslim sejati dan murni, al-Qur'ān adalah sumber petunjuk atau hidāyah, dasar keta‘atan, punca Keselamatan dan sumber kekuatan. Pendeknya, al-Qur'ān

Transcript of BEBERAPA ISU-ISU POKOK DI DALAM AJARAN DAN … fileAJARAN DAN FALSAFAH PLURALISME AGAMA ......

117

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

BEBERAPA ISU-ISU POKOK DI DALAM

AJARAN DAN FALSAFAH PLURALISME

AGAMA

Teks Al-Qur'ān

Kesan daripada fahaman Liberalisme, segelintir orang

Islām telah mengambil pendekatan orang Yahudi dan Kristian

liberal memahami teks suci mereka berkaitan dengan cara

memahami al-Qur'ān. Kaedah ini disebut sebagai Hermeneutik.

Mereka terpengaruh dengan pendirian orang Yahudi dan Kristian

liberal yang menganggap teks suci mereka telah hilang kesucian

tersebut akibat campur tangan manusia. Maka berasaskan kepada

sikap orang Yahudi dan Kristian tersebut, golongan Liberalis-

Pluralis di kalangan Ummah Islām terpedaya dan turut mendakwa

bahawa al-Qur'ān juga adalah produk budaya hasil campur tangan

manusia. Oleh kerana ia adalah produk budaya, maka ia adalah

tidak sakral atau tidak suci dan mulia lagi bahkan boleh dikritik.

Justeru, ada segolongan Liberalis-Pluralis Indonesia menulis

perkataan Allāh di atas secebis kertas lalu dicampakkan ke tanah

dan diinjak-injak.

Bagi seorang Muslim, secara ontologikal, epistemologikal

dan aksiologikal, al-Qur'ān ialah Kalām Allāh Subḥānahu wa

Ta‘ālā yang merupakan mu‘jizat yang diturunkan atau

diWaḥyukan kepada Nabiy Muḥammad ṣollallāhu ‘alayhi wa

sallam melalui perantaraan Sayyidina Jibrīl ‘alayhi ’s-salam dan

yang ditulis di dalam Muṣḥaf; yang disampaikan kepada Ummah

Islām melalui riwayat yang mutawātir; yang menjadi ‘ibādah

dengan membacanya; dimulai dengan Sūrah al-Fātiḥah dan

diakhiri dengan Sūrah al-Nās. Demikian keyakinan seorang

Muslim kepada al-Qur'ān. Bagi seorang Muslim sejati dan murni,

al-Qur'ān adalah sumber petunjuk atau hidāyah, dasar keta‘atan,

punca Keselamatan dan sumber kekuatan. Pendeknya, al-Qur'ān

118

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

adalah dustūr hidup yang paling sempurna di dalam skema

melaksanakan segala aktiviti kehidupan baik yang berbentuk fardi

atau individu mahupun bersifat jama‘i atau kelompok atau

Negara.

Seperti yang termaklum, sifat dengki orang Yahudi dan

Kuffār terhadap al-Qur'ān sebagai Kalām Allāh yang terakhir di

dalam siri penurunan Kitab-Kitab Samāwi yang menolak

autentisiti kitab mereka, menyebabkan mereka berusaha untuk

memadamkan kebenaran Kitab Suci Terakhir ini. Sifat dengki

yang ada di dalam lubuk hati mereka, tidak tersembunyi lagi.

Bertolak daripada sifat ini, seawal al-Qur'ān itu diturunkan,

mereka sudah berusaha sekuat tenaga menolaknya dengan cara

yang pelbagai.

Musuh-musuh Islām sedar bahawa gerakan untuk

meruntuhkan ajaran Islām dan ummatnya tidak akan berjaya,

melainkan bermula dengan meruntuhkan persepsi dan konsepsi

Ummah dan sikap Ummah kepada al-Qur'ān47. Musuh-musuh

Islām juga sedar bahawa mereka tidak akan berjaya, jika mereka

terus sahaja menyerang dan menolak al-Qur'ān sebagai kitab Suci,

kerana ini terlalu sensitif kepada Ummah Islām. Jadi, mereka

mencari strategi yang kelihatan lembut yang tidak begitu terasa

oleh Ummah Islām iaitu atas nama pendekatan yang disebut

mereka sebagai ‘ilmiyyah, logik dan humanistik.

Atas nama pendekatan ‘ilmiyyah, logik dan humanistik

ini, golongan Illuminati dari kalangan Yahudi-Kristian dan

seluruh Kuffār berusaha mempengaruhi ahli akademik, aktivis

47 Perdana Menteri British, Gladstone pernah memegang al-Qur'ān dan

berhujah di dalam Parlimen British: jika Umat Islām tetap berpegang

kepada al-Qur'ān, mereka tidak akan dapat dikalahkan. Demikian juga

Presiden Perancis sekitar tahun-tahun lima puluhan dan ramai lagi

pemimpin Kuffār berpendirian demikian.

119

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

politik dan aktivis dakwah daripada kalangan Ummah Islām,

menggunakan pendekatan higher criticism atau biblical criticism

di dalam mengkaji al-Qur'ān. Tokoh kontemporari tersohor yang

menjadi agen dan dalang dibidang ini antaranya ialah Muhammad

Arkoun dari Algeria dan Naṣr Ḥamid Abū Zayd cendekiawan

Mesir. Arkoun terkilan kerana katanya, Ummah Islām tidak

mengikut jejak Yahudi-Kristian mengkaji al-Qur'ān dan menolak

pendekatan biblical criticism yang dakwanya kerana faktor politik

dan psikologi. Baginya, pendekatan ini, yakni pendekatan biblical

criticism, akan membongkar lapisan-lapisan konsep al-Qur'ān

yang sudah mengendap keras di dalam sikap teologis Muslim

orthodoks. Bagi Arkoun, al-Qur'ān yang ada di tangan kaum

Muslimin hari ini, adalah editions terrestres yakni edisi dunia,

bukan seperti yang di Lawh Maḥfuẓ.48 Tujuan mereka ialah untuk

menimbulkan keraguan Ummah Islām bahawa al-Qur'ān bukanlah

textus receptus kerana mereka mendakwa terdapat taḥrīf49 atau

perubahan padanya. Dengan ini, kata mereka, al-Qur'ān tidak akan

dipandang asli dan quddus lagi, kerana pada pandangan mereka

yang Liberalis dan Pluralis itu, di dalam al-Qur'ān terdapat banyak

percanggahan, perbezaan, tokok tambah, penghapusan dan

campur tangan manusia dan pihak berkuasa. Maka kesimpulan

yang mereka buat ialah Muṣḥaf al-Qur'ān yang ada pada tangan

Ummah Islām sekitar 1500 tahun ini, adalah palsu, tidak bersifat

Kalām Ilāhi yang Azaliy tetapi adalah produk budaya dan sosial

48 Lihat Adnin Armas, Metodologi Bible Dalam Studi Al-Qur'an, Gema

Insani, ms 63-68. 49 Dalam agama Syī‘ah terdapat doktrin taḥrīf yakni mereka menuduh al-Qur'ān

yang ada di tangan Muslimin dewasa ini yakni Muṣḥaf ‘Uthmāni, telah

dikurangi sehingga 2/3. Menurut mereka, al-Qur'ān asal yang diturunkan

kepada Nabiy ṣ‘aw adalah sebanyak 17,000 ayat. Bagi Syī‘ah, al-Qur'ān

yang lengkap dan benar ialah Muṣḥaf Fāțimah. Untuk keterangan lanjut

dalam perkara ini lihat Faṣl al-Khiṭāb oleh Nuri Ṭabarsiy, Waṣiyat

Khumayni dan al-Kāfi oleh Kulayniy. Al-Kāfi adalah kitab Ḥadīth Syī‘ah

terbesar lagi autentik.

120

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

masyarakat ‘Arab50 yang boleh dikritik isinya dan dinilai semula

teksnya.

Gagasan dekonstruksionisme al-Qur'ān dengan mekanisme

hermeneutik ini, disambut gemuruh oleh kelompok Liberalis-

Pluralis Indonesia seperti Ulil Absar, Dawam, Siti Musdah dll

dengan menerbitkan buku, mengadakan wacana dan woksyop

untuk menyebarluaskan gagasan mereka. Di Malaysia, walaupun

secara terang-terangan belum ternyata kenyataan sedemikian -

oleh kerana mereka masih belum ada kekuatan mental - tetapi

daripada tulisan-tulisan dan huraian mereka, yang secara implisit,

memberi indikasi dan makna ke arah penolakan al-Qur'ān dari

segi ontologi dan epistemologinya yang baku, kerana menolak

satu sahaja makna ayat yang qaṭ‘i, bermakna menolak seluruh isi

al-Qur'ān itu, seperti menolak status agama Islām sebagai satu-

satunya agama yang diterima oleh Allāh atau menolak kedudukan

atau meremehkan Jihad ma‘rakah seperti yang jelas di dalam al-

Qur'ān dan di dalam Syarī‘at Islām.

Terdapat dua dimensi utama di dalam memahami al-

Qur'ān al-Karīm ini. Pertama, memahami kedudukan dan

autentisiti teks; dan kedua, memahami tafsiran dan takwilan dari

teks tersebut.

Daripada kacamata kelompok Liberalis-Pluralis, al-Qur'ān

ialah teks yang bukan sakral atau quddus, kerana ia adalah produk

sosial dan perangkap Bangsa Quraisy51. Keyakinan bahawa al-

Qur'ān yang berada ditangan Muslimīn sekarang sebagai paling

autentik dan menepati seperti ia ada semasa Rasūl dan Ṣaḥābah,

50 Budi Handrianto; 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia dan Adian Husaini,

Membendung Arus Liberalisme Di Indonesia. 51 Ibid, ms 17. Golongan Kuffār pernah menuduh: (Nabi) Muḥammad telah

membuat al-Qur'ān; Hūd:13.

121

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kata Liberalis-Pluralis itu, adalah suatu al-khayal al-dīni52 yakni

angan-angan atau khayalan agama semata-mata yang dibuat

‘Ulamā’, campur tangan pemerintah dan penuh dengan intrik

politik serta inovasi. Maka daripada premis ini, seperti kata Ulil,

tokoh besar Liberalisme-Pluralisme Indonesia, Ummah Islām

perlu memilih mana yang merupakan nilai universal Islām dan

mana pula yang hanya merupakan pengaruh kebudayaan ‘Arab53.

Syaukani, seorang lagi Pluralis Indonesia, bahkan meragui yang

Sūrah al-Fātiḥaḥ bahagian dari al-Qur'ān54.

Sumanto al-Qurtubhy, graduan Institut Agama Islam

Negeri atau IAIN Semarang, Indonesia pula berkata: “Teks-teks

agama dalam tradisi Islam...harus didekonstruksi dengan

menggunakan pendekatan sosio-historis. Dengan pendekatan ini,

akan diketahui, sebetulnya, teks yang disucikan oleh umat itu,

sebetulnya profan [Inggeris: profane – P], temporal bukan

permanan. Ia disucikan dan dimitoskan. Tidak boleh mengkleim

yang teks tertentu (dalam konteks ini ialah al-Qur'ān –P) lebih

unggul dari yang lain ”55. Daripada premis dan pendirian

sebegini, al-Qur'ān terdedah kepada kritikan seperti yang dibuat

oleh Naṣr Ḥamid Abū Zayd56 dengan teori Hermeneutiknya.

52 Lutfhi Assyaukanie di dalam Ijtihad Islam Liberal 2005. Beliau adalah

salah seorang paling penting dalam JIL Indonesia. Lulusan Sarjana Muda

dari Fakulti Syarī‘ah, Universiti Jordan, MA dari ISTAC, KL dan Ph.D dari

Universiti Melbourne. 53 Reorientasi, ms 17. 54 Arthur Jeffery (m 1959), Orientalis Inggeris berbohong atas nama Imām

Fakhruddīn al-Rāzi rḥ dengan mendakwa bahawa beliau rḥ, mengeluarkan

al-Fātiḥah daripada al-Qur'ān, pada hal Imām al-Rāzi jelas berkata: annaha

awwal sūrah min al-Qur'ān yakni sesungguhnya ia [iaitu al-Fātiḥah] adalah

surah pertama daripada al-Qur'ān. Lihat Tafsīr al-Kabīr. 55 Ibid, ms 17-18. 56 Buku-buku beliau banyak diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia. MEGC

sebuah organisasi di lingkungan IKD, telah menerbitkan buku beliau

bertajuk: Suara Orang Buangan; 2009. Penerbitan buku ini dengan

kerjasama KAS, sebuah organisasi evangelis Kristian Jerman.

122

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Menyedari mereka disanggah keras, para pengusung fahaman

Liberalisme-Pluralisme ‘Alam Melayu, kini mereka mula

melunakkan sedikit kata-kata dan pendekatan mereka - bukan

pendirian - dalam memberi promosi kepada teori Hermeneutik

Naṣr Ḥamid Abu Zayd57 ini. Sekarang mereka beralih dan

memberi tumpuan lebih kepada menyerang subjek Tafsir, namun

masih terselit sikap menentang autentisiti al-Qur'ān yang ada di

tangan Muslimīn sekarang.

Sebelum mereka melunakkan kata-kata dan tindakan,

pernah berlaku pada Mei 2006, seorang pensyarah di IAIN,

Surabaya, memijak tulisan lafaz Allāh, yang ditulisnya pada

sekeping kertas. Katanya, sebagai hasil budaya manusia, al-Qur'ān

tidak beza dengan rumput, walhal di dalam ajaran Islām,

epistemologi al-Qur'ān adalah sakral: lafzan wa ma‘nan.

Terdahulu darinya, pada tahun 2003, di dalam jurnal ‘Justicia’,

terbitan Fakulti Syarī‘ah Semarang, Indonesia, dalam kata

pengantar redaksi berbunyi: hanya orang yang mensakralkan

Qur'ānlah yang berhasil terperangkap siasat bangsa Quraisy…

Dalam jurnal ini, termuat tulisan-tulisan seperti: Qur'ān

Perangkap Bangsa Quraisy; Pembukuan Qur'ān oleh Usman:

Sebuah Fakta Kecelakaan Sejarah dsb. Ini hanya secebis daripada

gerakan dekonstruksi dan desakralisasi al-Qur'ān oleh kampus

yang mengajar subjek-subjek keilmuan Islām, yang sepatutnya

memelihara kesakralan al-Qur'ān58.

Bagi kelompok Liberalis-Pluralis Agama dikalangan yang

masih mengaku Islam, mereka juga menerima kitab-kitab suci

agama selain Islām yang ada dewasa ini seperti kitab suci agama

Sikh, Guru Granth Sahib; kitab agama Hindu, Upanishad, Vedanta

57 Sila baca sepenuhnya, Adnin Armas, Metodologi Bibel Dalam Studi Al-

Qur'ān. Gema Insani, 2005. 58 Djohan Afandi misalnya mempertahankan bacaan dalam Ṣolat termasuk

membaca Fātiḥah di dalam Bahasa Indonesia. Lihat Ijtihad Islam Liberal.

123

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dll sebagai sumber Hidāyah dan Keselamatan. Al-Qur'ān bagi

mereka, cuma bersifat sebagai salah satu daripada sumber

hidāyah sahaja, pada hal al-Qur'ān berulangkali menegaskan

betapa al-Qur'ān hanya sanya satu-satunya sumber hidāyah59 dan

Keselamatan. Ini bermakna mereka, kaum Liberalis-Pluralis yang

masih mengaku beragama Islām itu, telah menghakis dan

mengurangkan epistemologi al-Qur'ān. Justeru, dengan ‘aqīdah

mereka semacam itu, maka ajaran berkaitan dengan jalan

Keselamatan seperti yang diajar di dalam al-Qur'ān, tidak ada apa-

apa makna lagi kerana sesiapa sahaja boleh memilih mana-mana

ajaran daripada mana-mana kitab suci daripada mana-mana agama

sebagai jalan petunjuk dan panduan beribadat.

Ini juga memberi implikasi, ‘Ulūm al-Qur'ān yang

berkaitan dengan qirā'ah, sabab nuzūl, tafsīr, ta’wīl, sejarah

manusia dan peradabannya, kisah naik dan turun sesuatu tamadun,

perihal manusia durhaka kepada Allāh dan yang berkaitan

dengannya, yang dengan terang-terang disebut di dalam al-Qur'ān,

sama nilainya dengan epik Ramayana, Mahabharatha, Baghavad

Gita, Upanishad, Bible dsb. Huraian dan penjelasan yang bersifat

tafsīr dan ta’wīl kepada teks al-Qur'ān yang diusahakan oleh

‘Ulamā’ sepanjang 1400 tahun lebih itu, adalah sia-sia belaka dan

tidak ada apa-apa faedah sama sekali. Ini bermakna, beberapa

ajaran al-Qur'ān telah dikurangi atau dibuang oleh kelompok ini

seperti doktrin berkaitan dengan Jihād, konsep perwarisan harta

pesaka dsb.

Seperti yang lalu disebut bahawa konsep al-Qur'ān yang

difahami oleh kelompok berfahaman Liberalisme dan Pluralisme

Agama ini ialah al-Qur'ān itu tidak bersifat sakral atau quddus. Ia

bersifat produk sosial justeru terdedah kepada kritikan. Ini

59 Sūrah al-Fātiḥah:6-7; al-Baqarah: 2. Selepas turunnya al-Qur'ān, ajaran

Syarī‘at daripada Kitab-Kitab Samāwi yang terdahulu telah termansukh,

maka tidak ada jalan Hidāyah di dalamnya.

124

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

bertentangan sama sekali dengan epistemologi Islām berkenaan

al-Qur'ān iaitu al-Qur'ān adalah Kalām Ilāhiy bersifat quddus yang

di dalamnya merangkumi doktrin, ajaran dan panduan untuk

mencapai Kesejahteraan, Keselamatan dan Kebahagiaan di dunia

ini membawa hingga ke Akhirat.

Adalah teramat sangat jelas bahawa Al-Qur'ān, adalah

Kitab yang menerangkan antara lain: Mengenai Dzāt Allāh; Ṣifāt-

Nya; Af‘āl-Nya; Mengenai Rasul-Rasul-Nya; Mengenai

Eskatologi atau ‘Alam Ākhirat, Syurga, Neraka, pahala, siksa;

Perihal kosmos atau ‘alam dan peraturannya; Menerangkan Jalan

Yang Benar dan jalan Keselamatan serta menerangkan cara

menujunya; keterangan berkaitan sifat-sifat yang baik dan terpuji

dan sifat-sifat keji dan hina dan cara menghindarnya; memuji

orang-orang yang melakukan Kebenaran, mengajak ke jalan

Kebenaran, berdakwah, amar makruf dan nahi munkar;

menerangkan perihal orang-orang yang berani mengerjakan

kekejian seperti orang Kāfir, Munāfiq, Fāsiq dsb dan hukuman

serta kesudahan hidup mereka; cara bertukar-tukar fikiran dengan

manusia terutamanya dengan orang Kāfir; menerangkan berkaitan

hukum-hakam yang melibatkan individu, masyarakat dan negara;

mengenai jihād, keutamaan mujāhidīn, hukum perang dan damai;

‘ibādah, tafakkur, tadabbur, keutamaan ‘aqal; kewajipan mengikut

Syarī‘at Rasūl; menuntut ‘ilmu dan segala yang berkaitan dengan

manusia dan hubungannya dengan Allāh.

Suatu hal penting yang perlu diambil perhatian ialah

bahawa segala yang diterangkan oleh Allāh dalam al-Qur'ān

hampir-hampir tidak dipedulikan lagi oleh sesetengah orang Islām

terutamanya mengenai perangai dan makar orang-orang Yahudi,

Munāfiq dan orang Kāfir-Musyrikūn.

Mereka menuduh, para Mufassirīn itu bias di dalam semua

aspek dan bersikap selektif dan subjektif. Paling parah, mereka

125

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

menuduh Mufassirīn itu, mengabaikan maksud teks (baca: al-

Qur'ān), bukan sahaja mereka mengkonstruksikan makna teks

tetapi bahkan mengkonstruksikan teks itu sendiri.60 Tuduhan jahat

dan fitnah besar ini, berpunca daripada serangan kaum Illuminati-

Kuffār terhadap autentisiti al-Qur'ān yang tidak pernah padam,

sejak awal pertama Ayat al-Qur'ān yang mulia itu ditanzilkan

daripada sisi Allāh, turun ke ‘Alam ini. Ia dimulakan oleh Kuffār

Quraysy; kemudian Yahudi Madīnah; diikuti kemudiannya oleh

Leo III (m: 741 M), seorang Qaisar Byzantium Kristian. Dalam

masyarakat Islām dewasa ini, Naṣr Ḥamīd yang kagum dengan

metodologi orang Kristian menilai Bible, telah

mengaplikasikannya di dalam menilai teks al-Qur'ān. Hakikatnya,

selepas teks al-Qur'ān dimuktamadkan dan dibakukan yang

dikenali sebagai Muṣḥaf ‘Uthmān, tidak sesiapa pun mempunyai

autoriti untuk menilainya semula. Ini adalah Ijmā‘ para Ṣaḥābat

dan sesiapa yang menolaknya adalah terkeluar daripada Agama

Islām.

Setelah meneliti dengan cermat tulisan dan percakapan

mereka, ternyata kelompok yang diresapi fahaman Illuminisme

dari kalangan Liberalis-Pluralis Agama, melihat al-Qur'ān

bukanlah segala-galanya. AI-Qur'ān bagi mereka sama sahaja dan

setaraf dengan buku-buku lain yang dikarang oleh tangan-tangan

manusia.

Ada pun pandangan dan pegangan Muslimīn yang rāsikh,

berĪmān murni, Muttaqīn sejati dan taḥqīq, al-Qur'ān adalah

segala-galanya. Ia adalah Cahaya atau Nūr Dzāt Allāh; Kalām

Allāh yang tidak ada suatu pun bahan bacaan yang serupa

dengannya dan menandinginya; menyelesaikan fitnah kegelapan

‘aqliyah dan rūḥāniyyah; berita benar dan bukan suatu gurauan;

sumber petunjuk yang lurus; tali Allāh yang kukuh; Cahaya yang

terang; pemberi peringatan yang bijak; tidak memecah belahkan

60 BM Rachman, Reorientasi, ms 490.

126

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

pandangan orang; jin pun tidak jemu mendengar dan amat kagum;

di dalamnya ada pengetahuan yang boleh dimiliki dan memiliki

keistimewaan; berhujah dengan menggunakannya pasti benar;

memutuskan hukum dengannya pasti ‘adil; pemberi manfa‘at;

pelindung; memberi keselamatan bagi yang mengikut ajarannya;

yang bengkok menjadi lurus; penegur bagi penyimpang; keajaiban

dalamnya tidak akan hilang; ia adalah hidangan dan sumber adab-

ma’dabah dari Allāh; sumber ‘amalan dan mengurus kehidupan;

mendapat kemuliaan berganda di Syurga; tidak akan sesat di dunia

dan tidak akan celaka di Akhirat; apabila membacanya manusia

takut berbuat dosa; akan gemar berbuat ta‘at; sentiasa ingat

kematian dan bersiap diri menemui-Nya; mengharapkan

keampunan; khawatir akan akhir hidup; menghidupkan hati dan

‘aqal dan anggota tubuh badan; bersikap wara’ dan taqwa dalam

kehidupan dan merasa senantiasa diawasi Allāh atas segala

perintah dan larangan.

Ummah Islām sangat-sangat disuruh dan diperintah

membaca al-Qur'ān berulang kali kerana akan diberi pahala dan

banyak faḍīlat. Rumah yang ada kebaikan ialah yang

mendendangkan bacaan al-Qur'ān. Pembaca al-Qur'ān seperti

buah utrujjah, [ al-Ḥadīth ] rasanya sedap dan baunya wangi.

Mereka akan bersama Malaikat dan cepat mendapat rahmat.

Pembacanya akan menangis, ketika orang tertawa, dan sedih

ketika orang bergembira; tawaḍḍu’ kepada orang faqir, dan tidak

mendatang kemudaratan kepada orang lain, dan yang dibuat,

semuanya kebaikan belaka.

Maka ikatlah diri dengan al-Qur’ān kerana al-Qur'ān itu

adalah Mu‘jizat paling agung: wa innaka latahdiyy ila ṣirāṭi ’m-

mustaqīm.

127

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Tafsīr Al-Qur'ān

Seperti termaklum, al-Qur'ān memiliki dua jenis ayat iaitu

ayat muḥkamāt dan ayat mutasyābihāt; ada yang bersifat qaṭ‘i dan

jelas dan ada yang dihuraikan secara terperinci seperti

berhubungan dengan hukum perkahwinan, hukum warisan dan

sebagainya dan ada pula yang bersifat umum dan garis besarnya

sahaja.Yang diterangkan secara umum dan garis besar ini ada

yang diperinci dan dijelaskan lagi oleh Ḥadīth-Ḥadīth dan ada

yang tidak dan diserahkan kepada qaum Muslimīn yang rāsikh

berijtihād mengenainya di dalam perkara-perkara yang tidak qaṭ‘i.

Dengan pembukaan pintu Ijtihād ini, ia telah diambil kesempatan

seluas-luasnya oleh kumpulan berkepentingan diabolik seperti

tafsīr oleh kelompok Syī‘ah dan Mu‘tazilah serta aliran kebatilan

yang lain termasuklah dewasa ini oleh kaum Liberalis dan Pluralis

Agama dikalangan yang masih mengaku Islām.

Penafsiran pada dua period yang berbeza iaitu period

Mutaqaddimīn dan Muta'ākhirīn tidak menjadi masalah bahkan

merupakan saling lengkap melengkapi dan cerah mencerahkan di

dalam upaya memelihara kequdusan teks dan ontologi serta

epistemologi al-Qur'ān dan merupakan sarana mengukuhkan

Ummah dan pegangan mereka, kepada al-Islām. Tetapi kemudian,

penafsiran dengan ‘aqal liberal dan sapere aude yang dipengaruhi

fahaman Illuminisme daripada kalangan Liberalis-Pluralis,

Modernis dan Pasca Modernis mula memberi impak destruktif

kepada ontologi dan epistemologi serta aksiologi al-Qur'ān.

Seperti termaklum, untuk memahami teks al-Qur'ān,

seseorang memerlukan kepada huraian dan penjelasan yang

disebut di dalam peristilahan atau epistemologi ‘ilmu al-Qur'ān

sebagai ‘ilmu Tafsīr dan ‘Ilmu Takwīl. Ada ayat al-Qur'ān yang

menerangkan ayat al-Qur'ān yang lain; ada Sunnah atau Ḥadīth-

Ḥadīth Nabawiyyah yang menerangkan ayat-ayat al-Qur'ān dan

128

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

ada para Ṣaḥābah dan golongan yang luas ‘ilmu iaitu golongan al-

rāsikhūna fi ’l-ilmi menjelaskannya lagi. Untuk memahami makna

isi teks al-Qur'ān, seseorang memerlukan kepada kaedah khusus

dengan ‘ilmu khusus pula iaitu qawā‘id al-tafsīr al-nuṣūṣ.

Sementara untuk memahami perkara berkaitan dengan takwīl,

memerlukan kefasihan berkaitan ‘ilmu tafsīr dahulu kemudian

barulah ia masuk ke wilayah takwīl. Takwīl hanya dapat

dilakukan oleh orang yang memiliki matahati, baṣīrah dan ahli

mukāsyafah daripada kalangan Ṣūfiyyah yang jernih hati dan

‘aqal atau Ahli Taḥqīq yang hakiki. Prinsip ini diterima pakai oleh

semua ahli ‘ilmu di dalam lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah

sejak awal Islām lagi.

Kelompok Liberalis-Pluralis yang fahaman Illuminisme

mendominasi mereka, tidak mementingkan qawā‘id tafsīr yang

baku yang diterima sebagai standard paling benar itu. Mereka

membina kaedah sendiri yang berpandukan kepada prinsip atau

metodologi hermeneutik-semiologik, liberal, tekstual, kontekstual

dan literal dengan ‘aqal mengatasi segala-galanya. Atau di dalam

bahasa Arkoun, dilihat daripada perspektif linguistik, antropologi

dan sejarah yang didasarkan kepada logiko-leksikografi yang bagi

beliau perlu melaksanakan dekonstruksi terhadap epistemologi

orthodoks dan dogmatik abad pertengahan. Di dalam bahasa

mudah, mereka berpandukan hawa nafsu syaiṭoniy dengan

falsafah sapere aude dan deontologi.

Kemudian oleh kelompok yang berfahaman Illuminisme di

kalangan Liberalis-Pluralis Melayu-Islām di ‘Alam Melayu yang

sama ada sebagai pekerja atau hamba atau agen atau mendapat

sponsor atau mendapat sokongan daripada Illuminati –

Freemasons – Yahudi - Kristian Antarabangsa, mengusung

pandangan Naṣr Ḥamid ini, yang dikatakan baru dan ‘ilmiyyah.

Bagi kelompok Liberalis dan Pluralis ini, oleh kerana sudah

diindoktrinasi oleh pelobi-pelobi Kuffār itu terutamanya puak

129

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Illuminati-Freemasons-Zionis, maka mereka pun sependirian

dengan Kuffār itu, bahawa untuk mencapai gagasan keamanan

sejagat, One Religion, One Village dan Demokrasi, di dalam

semua aspek, maka penafsiran al-Qur'ān mesti berdasarkan

kepada konteks dan keperluan semasa, yang standard rujukannya

ialah ajaran kaum Illuminati-Freemasons-Zionis-Yahudi-

Kristian61.

Epistemologi al-Qur'ān mengenai Yahudi [baca: Illuminati

dan Zionis] teramat terang dan teramat relevan sepanjang zaman.

Kelompok yang diresapi oleh fahaman Illuminisme daripada

kalangan Liberalis-Pluralis Melayu dan yang masih mengaku

beragama Islām, cuba memadam kisah jahat orang-orang Yahudi

yang luar biasa itu seperti yang terpahat dalam al-Qur'ān. Mereka

membuat tafsiran ayat-ayat Yahudi tersebut, berdasarkan

hegemoni dan ‘aqal Illuminati-Zionis-Yahudi, yang sememangnya

ditaja mereka, melalui slogan: kedamaian dan kembali kepada

Agama Ibrāhīm.62

61 Dengan mengingatkan ayat al-Qur'ān, surah al-Baqaroh: 120: Tidak reḍo

orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian sekarang) sehingga orang Islām

mengikut agama mereka. 62 Dawam yang menjadi tokoh utama Pluralisme Agama Indonesia sekarang,

selepas kematian Nurcholish, ketika menghuraikan Sūrah Ibrāhīm

menyimpulkan:..titik temu antara ketiga agama itu (Islām, Yahudi dan

Kristian - P) adalah pada agama Ibrāhīm yang meng-Esa-kan Tuhan…Bagi

ummah Islām…kalimatun sawā’ baynana wa baynakum (adalah)

kesepakatan bersama antara kita…sebagai suatu yang suci. Lihat Jurnal

Ulumul Qur’ān, no 4,vol. IV tahun 1993, ms 61. Dawam, Anwar, Osman

Bakar dan orang sepertinya keliru kerana seperti diterangkan al-Qur'ān

sendiri bahawa Yahudi dan Kristian tidak menTawḥīdkan Allāh, kerana

mereka mempercayai yang Allāh berkeluarga, kecuali sesiapa yang berĪmān

dengan Risālah Muḥammadiyyah. IIIT yang berpusat di Amerika Syarikat

dan Gulen Movement daripada kalangan Ummah Islām juga menaja secara

serius gagasan kembali kepada Abrahamic Faiths. IIIT menerbitkan buku:

Trialogue of the Abrahamic Faiths, yang diedit oleh Ismā‘il al-Faruqi.

Dawam dan Anwar Ibrahim adalah tonggak penting IIIT. Mereka juga gagal

memahami Ḥadīth berkaitan al-dīn al-samḥah.

130

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Sejarah bangsa Yahudi adalah sejarah pembunuhan

Anbiyā’; sejarah mensyirikkan Allāh dan sejarah pengkhianatan

kepada Nabiy Muḥammad ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam sehingga

hampir-hampir Baginda ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam itu dibunuh

mereka selain dari meracun Baginda ṣ.‘a.w. Kejahatan luar biasa

dengan pengkhianatan bahkan kepada kawan sendiri,

menyebabkan Allāh melarang Ummah Islāmiyyah menjadikan

mereka pemimpin bahkan kawan pun.63 Bagi Liberalis-Pluralis

Melayu Malaysia yang mengunyah dan menelan fahaman

Illuminisme, orang Yahudi dewasa ini adalah rakan untuk

kedamaian sejagat. Sebab itu mereka sanggup menjadi rakan

kongsi di dalam organisasi-organisasi tajaan Illuminati-Masonik-

Zionis-Yahudi seperti Anwar itu.

Kelompok Illuminatus, Liberalis dan Pluralis Melayu-

Indonesia juga secara intensif memberi definisi baru dan tafsir

semula kepada makna kāfir dan musyrik seperti yang telah baku

maknanya di dalam al-Qur'ān, Ḥadīth dan Ijmā‘. Bagi mereka,

yang kāfir ialah orang yang ingkar akan adanya Tuhan. Kata

Jalaluddin Rakhmat, seorang Pluralis yang juga penganut Syī‘ah

Indonesia: “Dalam al-Qur'ān, kata kafir, tidak pernah

didefinisikan sebagai kalangan non-Muslim…kata kafir dikaitkan

dengan persoalan etika, sikap terhadap tuhan. Jadi, kata kafir,

adalah sebuah label moral, bukan label akidah….orang Islam pun

biasa disebut kafir, kalau dia tidak bersyukur pada anugerah

Tuhan64. Definisi ini dikongsi bersama oleh seorang lagi tonggak

Illuminatus, Liberalis-Pluralis Indonesia iaitu Nurcholish Madjid.

Nurcholish tidak mengeluarkan Iblīs laknatullāh daripada senarai

63 Al-Māidah, ayat 51: Wahai orang berīmān jangan mengambil Yahudi dan

Nasrani sebagai pemimpin. Dan dalam Sūrah Ᾱli-‘Imrān: 118, Allāh

menerangkan, permusuhan orang bukan Islām terhadap orang Islām itu lebih

besar lagi di dalam dada mereka, berbanding tindakan luaran. 64 Ibid, ms 209, dengan penyesuaian. Jalaluddin ini juga berkata Nabi

Muḥammad Syī‘ah berbeza dari Nabi Muḥammad Ahli Sunnah.

131

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Mukmin kerana Iblīs, katanya, tetap berĪmān dan tidak ingkar

akan wujudnya Allāh.

Memang di dalam al-Qur'ān terdapat dua makna bagi

perkataan kāfir atau kufr. Satunya bermakna bukan Islām kerana

syirik mereka kepada Allāh dan mengingkari Risālah

Muḥammadiyyah; dan yang satu lagi bermakna tidak mensyukuri

nikmat Allāh. Untuk memberi makna kepada perkataan ini dalam

konteks ayat-ayat yang berkaitan, seseorang memerlukan ‘ilmu

berkaitan dengan ‘Ulūm al-Qur'ān yang mendalam dengan segala

cabang dan penditilannya. Kelompok Illuminatus-Liberalis-

Pluralis hanya memaknakan kāfir kepada erti dalam konotasi etika

moral sahaja, padahal ternyata jelas kāfir juga bermakna

mensyirikkan Allāh dan golongan yang bukan Islām Ahli al-

Sunnah seperti dalam Sūrah al-Tawbah, ayat 66: qad kafartum

ba‘da īmānikum terjemahan: sesungguhnya kamu kāfir selepas

berĪmān. Dan ayat lain dalam Sūrah Ghāfir, ayat 12: dzālikum

biannahu idzā du‘iya ’llāhu waḥdahu kafartum. Wa in yusyrak

bihī tu’minū, terjemahannya: yang demikian itu, sesungguhnya

kerana apabila hanya Allāh sahaja disembah, kamu kāfir (yakni

enggan menyembah). Dan kamu percaya (pula), apabila Allāh

dipersekutukan. Dan dalam Sūrah al-Baqarah, ayat 253,

terjemahannya berbunyi: Dan jikalau Allāh kehendaki, niscaya

tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah

Rasul-Rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam

keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara

mereka yang berĪmān dan ada (pula) di antara mereka yang kāfir.

Ketiga-tiga ayat ini (dan banyak lagi ayat al-Qur'ān yang

lain) jelas menerangkan bahawa kāfir di dalam konteks ayat ini

ialah kāfir ‘aqīdah bukan makna lain yakni bererti bukan

berAgama Islām. Adapun perkataan kāfir di dalam Sūrah Ibrāhīm,

ayat 7: walain kafartum inna ‘adzābi lasyadīd terjemahannya: dan

jika kamu kufur (yakni mengingkari nikmat-Ku), maka

132

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

sesungguhnya ‘adzab-Ku sangat keras, barulah bererti bukan kāfir

‘aqīdah tetapi kufur nikmat. Mufassirīn sepakat makna kufur di

dalam ayat ini adalah kufur atas nikmat Allāh.

Jadi kesimpulannya bahawa memang ada epistemologi

kāfir di dalam makna orang bukan Islām yang mensyirikkan

Allāh. Mereka ini akan masuk dan kekal di dalam Neraka: ulāika

aṣḥabu ’n-nār hum fīhā khālidūn. Demikian al-Qur'ān.

Kepimpinan

Satu lagi epistemologi penting yang disebut di dalam al-

Qur'ān, yang perlu Ummah Islām memberi perhatian serius ialah

perihal persoalan kepimpinan. Ummah Islām adalah pemimpin

dan epistemologi al-Qur'ān menyebut sebagai khalīfah65; dan ayat

lain pula menyebut: bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Nya

yang ṣōliḥ66. Maka ayat al-Qur'ān ini telah memberi suatu

65 Al-Baqarah: 30...Saya (Allāh) jadikan (manusia) di muka bumi (sebagai)

khalīfah; Sūrah Ṣōd, ayat 26: Wahai Dāwūd, sesungguhnya Kami jadikan

anda khalīfah di muka bumi… 66 Al-Anbiyā’: 105..sesungguhnya bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku

yang ṣōliḥ. Walaupun ayat yang mulia ini merujuk kepada Anbiyā’ tetapi

dunia ini wajar dipimpin oleh Muslimīn yang ṣōliḥ. Dalam Māzā Khasira

al-‘ālam; Mawlana al-Nadvi rḥ menegaskan:..Peristiwa beralih pimpinan

dunia dari Ummah Islām (kepada bukan Islām - P), adalah suatu peristiwa

aneh…ini tidak hanya menimpa bangsa-bangsa yang beragama Islām

sahaja…tetapi ia merupakan bencana yang menimpa manusia

seluruhnya...jika dunia sedar akan hakikat malapetaka ini, mengetahui

betapa besar kerugian dan kehancurannya, niscaya ia akan menjadikan hari

yang nahas itu, sebagai hari berkabung dan dukacita…antarabangsa….Di

akhir kata pendahuluan bukunya ini, beliau rḥ bertanya: bagaimana kalau

dunia Islām bangkit kembali dari jatuhnya dan bangun dari tidurnya serta

kembali memegang tampuk kekuasaan? Bandingkan dengan pendirian politik

Sekularis-Liberalis-Pluralis yang mana mereka amat memuji Amerika dan

sistem pemerintahannya. Bagi kelompok Liberal-Pluralis, Madīnah di bawah

Nabiy ṣ.‘a.w adalah negara sekular. Lihat BM Rachman, Reorientasi.

133

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

epistemologi yang memberangsangkan iaitu hak memimpin dunia,

hanyasanya di tangan kaum Muslimīn yang ṣōliḥ. Bagi kelompok

Liberalis-Pluralis seperti Anwar yang dihasut dan diresapi oleh

fahaman Illuminisme dan Sekularisme, persoalan kepimpinan

tidak menjadi isu. Siapa sahaja boleh memimpin asalkan ia

kompatibel dengan agenda kaum Illuminati adalah sudah

memadai.

Di dalam teori politik Islām, adalah menjadi kewajipan

atau keutamaan melantik orang yang mempunyai kualiti seperti

yang cirinya terdapat di dalam sifat-sifat pemimpin. Ini tidak ada

di dalam kamus dan agenda mereka, pada hal, inilah fenomena

terpenting dunia. Ketika Allāh melantik manusia ṣōliḥ menjadi

pemimpin, kadang-kadang di dalam satu waktu dan satu ummah,

terdapat Rasul dan Nabiy serentak dan ramai ahli hikmah di

sekitar mereka.

Epistemologi kepimpinan yang dihakis bahkan dibuang

oleh fahaman Illuminisme dan kaum Liberalis-Pluralis ini,

menjadi gejala buruk dan zaman gelap bagi tamaddun manusia

bukan sahaja kepada orang Islām bahkan juga kepada orang bukan

Islām, kerana memberi dan membiarkan kepimpinan kepada

kelompok yang membuat fasad, mungkar dan kerosakan di muka

bumi67 daripada kalangan Illuminati-Zionis-Yahudi-Kristian dan

talibarut mereka di kalangan orang Islām yang disebut oleh Nabiy

ṣ.‘a.w sebagai dajjal-dajjal pembohong.

Ternyata puak Liberalis dan Pluralis di kalangan yang

masih mengaku beragama Islām di Malaysia bermati-matian mahu

mendaulatkan kekuasaan dan hegemoni golongan yang

berfahaman Illuminisme-Zionisme justeru mereka sudi

bekerjasama dengan para Illuminatus-Zionis Amerika Syarikat

dan mahu menolak kepimpinan Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah.

67 Al-Baqarah:11…kata mereka (yang kāfir), kami membuat kebaikan.

134

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Anwar menjadi matarantai mereka seperti yang ternyata di dalam

buku terbitan mereka sendiri iaitu Building Moderate Muslim

Networks seperti yang telah disebut.

Kalimah Allāh

Kalimah Allāh sebagai lafẓu ’l-Jalālah menjadi isu besar

dewasa ini di Malaysia, akibat tuntutan orang bukan Islām

terutamanya Kristian untuk menggunakan perkataan dan nama

Allāh itu sebagai sinonim dengan god, sehingga ke peringkat

Mahkamah. Hakikatnya, penggunaaan perkataan Allāh itu, adalah

untuk merujuk kepada konsep ketuhanan Triniti Kristian, God The

Father, The Son dan The Holy Ghost.

Di Malaysia, perlu kita lihat isu kalimah Allāh ini,

daripada dua perspektif berbeza. Pertama, konsep Allāh menurut

Islām; dan kedua, penggunaan kalimah ini, dalam konteks tertentu

yang bukan mempunyai konotasi dan implikasi ‘Aqīdah dan

keagamaan seperti nyanyian murid sekolah, nyanyian Negaraku,

lagu rasmi negeri-negeri dll yang terkandung di dalamnya kalimat

atau perkataan Allāh.

Punca masalah ialah tekanan kumpulan evangelis Kristian

untuk menggunakan kalimah ini, sebagai terjemahan kepada God

The Father-Tuhan Bapa. Perlu disedari bahawa, Bible yang ditulis

di dalam pelbagai bahasa selain ‘Arab, tidak menggunakan

perkataan Allāh pun. Mereka menggunakan perkataan seperti El

atau Elohim dalam Bahasa Hebrew; Deus dalam Bahasa Latin;

Theo dalam Bahasa Grek; Gott Bahasa Jerman; Dieu Bahasa

Perancis, Tuhan di dalam Bahasa Indonesia dll. Dan yang menjadi

talibarut mereka itu adalah Liberalis-Pluralis yang mengaku

beragama Islām tetapi didominasi oleh fahaman Illuminisme akut.

135

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Mustahak diketahui bahawa, Konsep ketuhanan Gereja

Kristian Katolik mempercayai tuhan yang terdiri daripada tiga

person iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Kudus, yang

dikonsepkan dalam kerangka The Holy Trinity, dan inilah yang

mahu dinamakan Allāh. Berdasarkan dokumen Gereja Katolik

dalam Second Vatican Council, Dogmatic Constitution on the

Church, bab satu: the Mystery of the Church, perenggan kedua,

mengisytiharkan bahawa: The Eternal Father, by a free and

hidden plan of His own wisdom and goodness, created the whole

world. Jadi menurut Gereja Kristian Katolik, yang mencipta ‘alam

adalah Tuhan Bapa, bukan Allāh Yang Maha Esa. Dogma Gereja

Katolik ialah tidak mempercayai Allāh Yang Esa, Pencipta

Sekalian ‘Alam.

Pope Benedict XVI di akhir ucapannya yang dituju khas

kepada penganut Kristian ‘Arab, mengungkap di dalam Bahasa

‘Arab di Dataran St. Peters pada 10 Oktober 2012 dengan

lafaz:…li yubārik al-rabb jamī‘akum. Perhatikan dia tidak

menggunakan kalimah Allāh! Malah bukan sahaja dia tidak

menggunakan kalimah Allāh, bahkan dia melarang penggunaan

kalimah Allāh di dalam literatur bahasa-bahasa Eropah tetapi

membenarkan penggunaannya di dalam bahasa yang digunakan di

kalangan kaum Muslimīn dengan katanya untuk tujuan menarik

orang Islām ke dalam agama Kristian. Anwar benar-benar buta!

Dalam mana-mana literatur Islām, tidak pernah terdapat

tulisan yang membenarkan, mengiyakan, mengiktiraf,

mengesahkan atau mengatakan boleh Tuhan Bapa di dalam

teologi Kristian dinamakan sebagai Allāh melainkan golongan

Illuminatus-Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia. Ini bertentangan

dengan hukum ‘Aqīdah Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah. Anwar

pejuang tegar penggunaan kalimat Allāh bagi orang bukan Islām

boleh tela‘ah kitab-kitab Uṣuluddīn-Tawḥīd dan Tafsir jika ada

hal demikian.

136

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Di dalam al-Qur'ān, secara terang Allāh Subḥānahū wa

Ta‘ālā memperkenalkan Dzāt-Nya Yang Maha Sempurna itu

kepada manusia dan jin, melalui waḥyu paling awal iaitu Rabb-

Tuhan Yang Maha Mencipta; Maha Pemurah; Maha ‘Alīm;

Mengajar manusia dengan perantaraan kalām, apa yang mereka

tidak mengetahui; dan kepada Tuhanlah kembali sekalian

makhluk; bagi yang ta‘at akan bahagia dan bagi yang durhaka,

menyimpang serta menyekat Kebenaran, akan menderita. Di

Makkah sejak awal-awal lagi, Allāh menerangkan perihal Dzāt-

Nya Yang Maha Tinggi dan Agung itu, yang sekaligus menolak

konsepsi dan persepsi ketuhanan golongan Musyrikūn, Yahudi,

Nasrani dan Ṣōbi'in, melalui Sūrah al-Ikhlāṣ.

Allāh memberitahu, konsep Allāh yang dibawa oleh

Rasul-Nya, Muḥammad ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam itu, ialah

Tuhan yang Dzāt-Nya adalah Aḥadun Aḥad yang menolak konsep

ketuhanan Musyrikūn yang menyembah tuhan melalui

perantaraan: Kami tidak menyembah mereka (yakni berhala-

berhala) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu)

mendekatkan kami kepada Allāh dengan sedekat-dekatnya68, pada

hal, mereka menyembah al-Lāta, al-‘Uzzā dan al-Manāh69; dan

menolak doktrin kufur Nasrani: inna ’llāha thālithu thalāthah70;

dan menyanggah doktrin ketuhanan Yahudi dan Nasrani yang

mengatakan: ‘Uzayr ibnu ’llāh, al-Masīh ibnu ’llāh71 dan

Musyrikūn yang berkata, al-Manāh sebagai anak perempuan

Tuhan72 ditolak oleh doktrin lam yalid wa lam yūlad73; dan

menolak tuduhan yang mengatakan Allāh mempunyai kekurangan

68 Sūrah Al-Zumar: 3. 69 Sūrah Al-Najm: 19. 70 Sūrah Al-Māidah: 73. 71 Sūrah Al-Tawbah: 30. 72 Sūrah Al-Najm: 20. 73 Sūrah Al-Ikhlāṣ: 3.

137

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

seperti miskin; berehat pada hari Sabtu dll dengan firman: lahu ’l-

asmāu ’l-ḥusna74 dan laysa kamithlihī syaīun75.

Bagi kelompok berfahaman Illuminisme yang terdiri

daripada Liberalis-Pluralis Agama termasuk Melayu Malaysia

seperti Anwar, sesiapa sahaja dan agama apa pun boleh

menamakan Allāh dan boleh memberi sifat apa pun kepada-Nya.

Ini ternyata apabila mereka membenarkan sesiapa sahaja boleh

menggunakan nama lafẓu ’l-Jalālah itu dan menyamakan

sembahan orang bukan Islām sama dengan Dzāt sembahan orang

Islām. Ini bermakna mereka telah menghakis dan merubah sama

sekali doktrin dan konsep serta epistemologi Ketuhanan Islām

dengan menyamakannya dengan konsep ketuhanan Yahudi,

Kristian, Hindu dsb. Hakikatnya, mereka telah menurunkan taraf

Allāh Dzāt Yang Maha Tinggi Lagi Agung Lagi Maha Sempurna

itu, kepada status tuhan Yahudi, Kristian dan Musyrikūn yang

beranak pinak dan tuhan Hindu yang banyak itu, seperti Avatara,

Agni dsb.

Anwar Ibrahim, seorang Sekularis-Liberalis-Pluralis

Melayu Malaysia yang juga pemimpin sebuah parti politik

Sekular, di dalam salah satu ceramah politiknya berkata, tuhan

yang disembah oleh orang bukan Islām sama dengan yang

disembah oleh orang Islām dengan memetik kalimah sawā’ dalam

ayat: sawāim baynanā wa baynakum76. Seorang Liberalis-Pluralis

Indonesia pula, Nurcholish Madjid, menterjemahkan lā ilāha

illallāh sebagai: tiada tuhan (‘t’ huruf kecil) selain Tuhan (‘T’

74 Sūrah Al-Isrā’: 110; Ṭāḥā: 8. 75 Sūrah Al-Syūrā: 11. 76 Āli ‘Imrān: 64. نكم ن نا وب ي Ayat yang mulia ini sering dijadikan dalil oleh .سوآء ب ي

kelompok Liberalis-Pluralis untuk membenarkan pegangan mereka, pada hal

ayat yang mulia ini, seperti ditafsīrkan oleh ahli Tafsīr yang berautoriti

bermakna: mengajak orang Yahudi dan Nasrani menyembah Tuhan yang

disembah dan seperti yang diajar oleh Nabiy Muḥammad ṣ.‘a.w bukan tuhan

dalam pengertian dan konsepsi mereka.

138

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

huruf besar). [Di dalam terjemahan sebenar Ahli Sunnah Wa al-

Jamā‘ah ialah tiada tuhan melainkan Allāh]. Seorang Hindu yang

rajin beribadat di kuil menyembah tuhannya, akan dapat masuk

Syurga, kata seorang Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia, anak

murid kepada Trancendentalis-Pluralis Hossein Nasr di luar suatu

sesi dalam satu program Antarabangsa di Phuket beberapa tahun

lalu.

Konsep dan fahaman kelompok Illuminatus, Liberalis dan

Pluralis terhadap Allāh Tuhan Yang Maha Sempurna seperti itu,

akan menyebabkan hilanglah konsep, ontologi dan epistemologi

sebenar Tuhan yang sifatnya Rabb al-Jalīl. Ini dikeranakan, bagi

seseorang yang berfahaman animisme, walaupun dia percaya

kepada wujudnya tuhan, namun konsep ketuhanannya tidak sama

dengan konsep keTuhanan yang diajar oleh Islām. Bahkan di

kalangan orang yang mengaku Islām pun, ada yang berfahaman,

Allāh SwT itu berjisim, bertempat dan siaznya sebesar Jabal

Qubays di Makkah dsb. Kelompok Liberalis-Pluralis, percaya

bahawa penghakisan kepada epistemologi Islām ini, tidak

mencacatkan ‘aqīdah, bahkan dibenarkan, kerana sama-sama

mempercayai tuhan yang sama dan menyembah tuhan yang satu.

Pendirian semacam ini, bukan baharu dalam sejarah Islām.

Golongan Mu‘tazilah melampaui batas di dalam bertawḥīd

kerana menganut doktrin Mu‘aṭṭilah yakni menafikan Ṣifāt Allāh

dengan konsep al-ṣifāh ‘aynu ’l-dzāt (Ṣifāt dan Dzāt adalah satu),

padahal dalam doktrin Tawḥīd Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, al-

ṣifāt ghayru ’l-dzāt (Ṣifāt bukan Dzāt) dan lā hiya huwa wa lā

hiya ghayruhu (Ṣifāt bukanlah Dzāt dan bukan selain Dzāt);

sementara golongan Musyabbihah pula, mengurangkan

kesempurnaan Ṣifat Allāh sehingga menyifatkan Khāliq dengan

sifat-sifat jisim. Pendekatan ini adalah suatu konsep Tawḥīd yang

139

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

berasaskan kepada fahaman rasionalisasi77 agama yang kemudian

diikuti oleh fahaman liberalisasi agama yang oleh seorang

Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia, Anwar, menyebutnya

sebagai sapere aude dengan menciplak kata-kata Kant dan

Hossein Nasr yang juga Pluralis.

Pandangan tersebut telah ditolak keras oleh generasi

Ṣaḥābah, apabila Sayyidina ‘Umar al-Khaṭṭāb raḍiyallāhu ‘anhu,

mahu memenggal kepala seseorang yang banyak memperdebatkan

perihal qadar dengan berpandukan kepada ‘aqal semata-mata dan

seorang Khalīfah Bani Umayyah pula, membakar Ghilan al-

Dimasyqi, kerana menganut dan menyebarkan fahaman I‘tizal.

Aliran fahaman rasionalisasi dan liberalisasi agama ini telah

dicabar secara ‘ilmiyyah dan logik oleh antara lain tokoh seperti

Imam Abū al-Ḥasan al-Asy‘ariy dan Imam Abū Manṣūr al-

Māturīdiy melalui doktrin dan konsep Ṣifātiyyah dengan Naṣṣ dan

mantiq yang kukuh.

Pelbagai konsepsi dan huraian terhadap Allāh Yang Maha

Sempurna ini, yang menyimpang daripada ajaran sebenar Islām

seperti Mu‘tazilah; Mujassimah; Jabariyyah; Murji'ah; Syī‘ah dsb,

telah menyebabkan ‘Ulamā’ Uṣūluddīn-‘Aqīdah-Kalām, menulis

beribu-ribu kitab menghuraikan konsep Allāh yang sebenar dan

menulis lagi buku-buku menolak kebatilan pegangan ‘aqīdah yang

bercanggah dengan ‘Aqīdah Islām itu. Mereka itu antaranya Imam

Abū Ḥasan al-Ash‘ariy rḥ dan Abū Manṣūr rḥ dan sahabat-sahabat

mereka, telah berjaya menolak kebatilan ajaran sesat itu

berdasarkan tafsiran yang benar dan muktabar berdasarkan Naṣṣ

yang sama seperti yang diguna oleh kelompok sesat itu, akan

tetapi dengan hujah ‘aqal jernih yang dikawal Naṣṣ tersebut. Di

77 Dalam perbincangan ‘Aqīdah, ‘Ulamā’ telah memasukkan ‘aqal sebagai

sebahagian darinya. Dalam konteks pemahaman agama, ‘aqal wajib dipandu

dan dikawal oleh Naṣṣ. Ia tidak boleh bebas seperti yang dilakukan oleh

golongan Liberalis-Pluralis Agama.

140

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

dalam menentang ajaran sesat tersebut itu, mereka semua

mendalami pemikiran musuh secara lengkap seperti catatan Abū

Ḥasan al-Ash‘ariy rḥ di dalam Maqālāt-nya. Penerusnya seperti

Ibn Mujāhid, Ibn Furak, al-Isfarāyaini, Baqillāniy, Juwainīy, al-

Ghazzāliy dan kemudiannya ‘Iji, Taftazani, Bayḍāwi

kemudiannya al-Sanūsi, al-Baijūri dan di ‘Alam Melayu seperti,

al-Faṭōniy,Tuan Ḥusin Kedah dsb78.

Mengenai pengucapan atau zikir dengan menggunakan

nama Allāh di tempat ‘ibādat Yahudi dan Kristian yang di dakwa

oleh kaum Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia seperti Dr. Zulkifli

Ahmad, sebagai sesuatu yang wajar, adalah bertentangan dengan

huraian Mufassirīn Islām yang muktabar. Menurut Imam al-

Qurṭūbi rḥ, yuzkaru fi ha’s-mulLāhi kathira di dalam ayat 40,

Sūrah al-Ḥajj itu, merujuk kepada masjid sahaja bukan tempat

yang lain.Tafsiran ini menepati standard Nahu di dalam Bahasa

‘Arab. Pendapat kedua ialah jika sekiranya hendak disebut juga

yang nama Allāh itu di rujuk kepada zikir di dalam gereja dan

sinagog, maka ia dirujuk kepada waqt syarā‘ihim wa iqamatihim

al-ḥaqq iaitu ketika mana ‘ibādat zikir ini masih di Syarī‘atkan

kepada pengikut Nabi-Nabi terdahulu dan ketika mereka masih

mendirikan kebenaran Syarī‘at79 tersebut. Maka selepas Syarī‘at

mereka dimansukhkan, maka tidak boleh lagi mendakwa yang

zikir Asmā’ Allāh itu dibolehkan. Beliau tidak mengiktiraf yang

zikir Asmā’ Allāh boleh dizikirkan di dalam tempat yang tidak

diiktiraf sebagai tempat ‘ibādat yang sah menurut Islām. Menurut

Imam Māturidi rḥ pula, zikir nama Allāh, adalah amalan ahli

Masjid sahaja.

78 Dalam ajaran Tawḥīd Islām, makna Tawḥīd bukan sekadar percaya yang

Allāh itu Esa, tetapi juga bermakna esa di dalam semua kualiti yang

berkaitan dengan Allāh seperti yang dihuraikan oleh ‘Ulamā’ Tawḥīd Islām. 79 Tafsir al-Qurṭūbi.

141

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Ada Liberalis-Pluralis Melayu yang lain iaitu Khalid

Samad berkata, perbezaan di antara Islām dan orang bukan Islām

bukan terletak kepada penggunaan perkataan Allāh tetapi atas

kefahaman sifat-sifat Allāh. Apakah fahaman Sifat Allāh oleh

orang bukan Islām sama seperti yang terkandung di dalam ajaran

Tawḥīd Islām? Kata Imam al-Ghazzāliy rh, Allāh adalah nama

bagi Tuhan kita, yang mengandungi semua Sifat Ketuhanan.

Perhatikan!

Maka ontologi dan epistemologi mengenai Allāh Yang

Maha Sempurna itu yang mukhālafatuhū taālā li ’l-ḥawādith

terpelihara di dalam huraian ‘Ulamā’ Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah

terutamanya daripada aliran Asyā‘irah dan Māturidiyyah yang

rāsikh. Allāh wujud tanpa jisim, tanpa jirim dan tanpa tempat.

Īmān

Dalam ajaran ‘Aqīdah Islāmiyyah, Imān dibina di atas dua

Dasar Utama iaitu Syahādah Allāh dan Syahādah Rasul. Di

samping Dua Dasar Utama ini ada dasar lain yang terkandung di

dalam Rukun Īmān yang Enam itu. Perbuatan zahir anggota badan

atau pengucapan dengan lidah yang bercanggah dengan Dasar

atau Rukun-Rukun ini atau menolaknya di dalam hati, akan

menyebabkan terbatallah Īmān itu dan seseorang itu sudah dikira

bukan Islam lagi.

Dalam perspektif yang lebih luas, Imām al-Ghazzāliy rḥ

dan lain-lain ‘Ulamā’ ‘Aqīdah menerangkan, Īmān dibangunkan

atas atau berdasarkan kepada empat Rukun yang masing-masing

Rukun terdiri daripada beberapa Dasar pula:

I. Dzāt. Mengetahui Dzāt Allāh SwT. Ia mencakupi

beberapa Prinsip-Dasar antara lain ialah; Mengetahui tentang

142

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Wūjūd Allāh SwT dan Qadīm-Nya; Allāh bukanlah jauhar

(elemen), bukan jisim dan bukan pula ‘aradh (sifat yang ada pada

jisim); Dia-Allāh tidak dibatasi oleh arah; dan tidak menempati

tempat dan ruang tertentu dsb.

II. Ṣifāt. Menjelaskan tentang Ṣifāt-Ṣifāt-Nya yang terdiri

dari antara lain: Mengetahui bahawa Allāh adalah Maha Hidup-

Ḥayāh; Maha Mengetahui-‘Alīm; Maha Kuasa-Qudrah; Maha

Menghendaki-Irādah; Maha Mendengar-Sama‘; Maha Melihat-

Baṣar; Maha Berkata-kata-Kalām. Ia tersuci daripada segala

penjelmaan yang bersifat baharu atau ḥawādith80.

III. Af‘āl. Menjelaskan tentang Af‘āl Allāh, yang

mencakupi antara lain ialah: bahawa seluruh perbuatan hamba

adalah ciptaan Allāh SwT, akan tetapi perbuatan atau aktiviti itu

diusahakan oleh hamba, sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh

Allāh SwT. Ciptaan dan usaha yang dilakukan oleh hamba itu,

adalah sebagai pemberian-Nya. Dia-Allāh berhak membebani apa

yang di luar jangkauan hamba-Nya. Dia juga berhak mencela atau

menyalahkan orang yang tidak bersalah atas keadilan dan hikmah-

Nya. Dia tidak wajib memperhatikan terhadap apa yang terbaik

dan bahawa tidak ada beban kewajiban kecuali kerana adanya

aturan Syarī‘at. Adalah harus bagi-Nya mengutus Nabiy,

bukannya wajib. Kenabian Nabiy Muḥammad ṣallallāhu ‘alayhi

wa sallam adalah benar dan diperkukuhkan dengan mu‘jizat.

IV. Sam‘iyyāt. Menerima berita-berita yang disampaikan

oleh Rasūlullāh ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam seperti ḥasyr dan

nasyr iaitu dikumpulkan dan dihukum-Nya makhluk di Hari

80 Mazhab Ahli Sunnah wa Al-Jamā‘ah adalah mazhab Ṣifātiyah, baik dari

aliran Tafwiḍ atau Ta’wīl. Adapun mazhab Mu‘tazilah, disebut sebagai

aliran ta‘ṭīl, kerana menolak konsep Ṣifāt bagi Allāh. Huraian tentang Ṣifāt

Allāh yang lebih terperinci, sila lihat kitab-kitab ‘Aqīdah yang besar.

143

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Qiyāmat; pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, siksa kubur,

Mīzān, Ṣirāṭ,81 Syurga dan Neraka dan seterusnya.

Bagi kelompok Liberalis-Pluralis, Rukun-Rukun Īmān ini

tidak penting. Liberalis Melayu berkata Syahādatayn bukan syarat

dapat masuk ke Syurga. Anwar berkeyakinan orang di luar Agama

Islām juga dapat masuk ke dalam Syurga. Fahaman ini disebut

sebagai fahaman dekonstruksionisme kerana meruntuhkan

struktur ‘ilmu dan konsep serta ontologi dan epistemologi Īmān.

‘Ulamā’ Islām telah merumuskan konsep Īmān daripada al-Qur'ān

dan al-Sunnah dan menerangkan kayfiyat atau cara untuk

merealisasikan Īmān itu di dalam segala aktiviti hidup. Dengan

fahaman kelompok Liberalis-Pluralis, Īmān cuma hanya sekadar

percaya kepada kewujudan tuhan [‘t’ huruf kecil] sahaja tanpa

perlu bermujahadah berdasarkan kaedah di dalam Syarī‘at untuk

menegak dan memesrakannya di dalam kehidupan dan

bermujahadah pula untuk mencegah anasir-anasir perosak Īmān

daripada menyerap ke dalam diri.

Kelompok Liberalis-Pluralis, yang diwakili Dawam

Rahardjo, berkata, ‘aqīdah Islām telah di-dikotomi-kan dengan

Īmān dan Waḥyu bukan oleh ‘aqal, bahkan teologi (baca: ‘aqīdah

– P) merendahkan ‘aqal manusia. Kita memerlukan teologi

rasional dengan menggunakan ‘aqal untuk memahami Waḥyu dan

Īmān.82 Demikian i‘tiqod Dawam. Bagi Budhy pula, seorang lagi

Liberalis-Pluralis Indonesia, berkata, dengan mengambil

pengalaman pemeluk agama lain akan saling menyuburkan Īmān

dan akan menimbulkan dinamika. Sementara seorang Pluralis

81 Di Malaysia, ada penceramah agama menyatakan tidak ada Titian Ṣirāṭ.

Banyak Ḥadīth menyatakan adanya Ṣirāṭ dan semua ‘Ulamā’ ‘Aqīdah Ahli

Sunnah berIjmā‘ mengenai wujudnya. 82 Budhy Rachman; Reorientasi.

144

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Melayu Malaysia, Osman Bakar pula berkata: healthy competition

is among religions possible83.

Īmān di dalam ontologi dan epistemologi Islām seperti

yang telah diterangkan di awal, adalah berdasarkan Naṣṣ yang

difahami melalui ‘aqal tinggi yang dikawal oleh Naṣṣ itu sendiri

serta oleh kejernihan hati daripada segala kesyirikan seperti yang

diwacanakan oleh antara Imam al-Ghazzāliy, al-Qusyairiy bahkan

Ibn ‘Arabiy. Maka Īmān di dalam ontologi dan epistemologi

Islām, adalah sesuatu yang hanya terikat kepada Allāh Subḥānahū

wa Ta‘ālā dan Rukun-Rukunnya yang enam itu seperti yang

ternyata di dalam konsep keTuhanan Dīnu ’l-Islām, bukan

selainnya.

Islām

Kelompok yang dipengaruhi oleh fahaman Illuminisme,

Liberalisme dan Pluralisme Agama benar-benar merungkai

epistemologi Dīnu ’l-Islām yang sudah baku dalam konsepsi al-

Qur'ān dan al-Sunnah. Mereka memberi makna Islām berdasarkan

kepada segi etimologi atau bahasa semata-mata. Dari segi bahasa,

memang makna Islām itu, antaranya bererti serah, penyerahan dan

tunduk. Berdasarkan kepada erti bahasa inilah mereka membina

epistemologi tanpa memperdulikan Naṣṣ al-Qur'ān dan al-Ḥadīth

atau al-Sunnah secara ‘ilmiyyah dan berdisiplin.

Di dalam perspektif Dīnu ’l-Islām, perkataan al-Islām

adalah suatu ontologi dan epistemologi dan mempunyai entiti

khusus. Ia memiliki sistem ‘Aqīdah,‘Ibādah dan Nilai tersendiri

yang dibina atas Naṣṣ. Oleh kerana kelompok Liberalis-Pluralis

memahaminya dari segi makna bahasa semata-mata dan

83 Osman Bakar; Ethnic and Religious Pluralism; Januari 2009. Kertas

perbincangan, belum dicetak.

145

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

menjadikan makna sesuatu perkataan sebagai asas membina

epistemologi, maka bagi mereka, semua yang percaya kepada

tuhan [‘t’ huruf kecil] adalah Islām, tanpa menentukan kriteria

tuhan: dzāt yang bagaimana dan ṣifāt yang bagaimana; dan cara

penyerahan dan penyembahan yang bagaimana. Pluralis

Nurcholish Madjid, mendifinasikan Islām hanya sebagai sikap

berserah diri sahaja kepada Tuhan atau tuhan-tuhan, [di dalam

sesetengah agama, mereka percaya kepada adanya banyak tuhan]

kerana itu, agama yang diredhoi oleh Allāh adalah agama yang

berserah diri kepada Allāh tanpa perlu melaksanakan upacara-

upacara yang ditetapkan Islām kerana katanya, banyak jalan

menuju tuhan. Selain itu, kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha

Esa, tidak hanya diajarkan oleh agama-agama Timur Tengah

(bahkan) di dalam agama-agama primitif pun terdapat keyakinan

kepada Tuhan yang monoties, walaupun sering disekutukan

dengan tuhan-tuhan yang lain (syirik).84 Ini memberi implikasi,

semua orang yang percaya kepada tuhan atau tuhan-tuhan dan

beragama, adalah dinamakan Islām, kata mereka. Di dalam

epistemologi al-Qur'ān, Islām adalah nama khas bagi entiti satu

agama yang diawali dengan artikel al dihadapan perkataan Islām

atau disebut sebagai alīf lām ma‘rifah. Ia merujuk kepada Agama

Islām yang dibawa oleh Nabiy Muḥammad ṣ.‘a.w.

Hashim Kamali dari Institute of Advance Islamic Studies

atau IAIS berkata:…if Islam is taken to mean submission in the

Qur'ān rather than an institutionalised creed, it would pave the

way for a very eloquent understanding of religious

pluralism…(Terjemahan) Kalaulah Islām diterima sebagai

bermaksud kepatuhan (kepada Tuhan) seperti dalam al-Qur'ān

dan bukan sangat satu ‘aqīdah yang diinstitusikan, maka itu akan

membuka jalan untuk satu cara pemahaman yang amat fasih

84 Budhy Rachman; Reorientasi, bahagian Pengantar, ms lv-lvi. Lihat juga

Handrianto; 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia.

146

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

tentang pluralisme agama….Bagi Hashim, Islām ialah bermakna

kepatuhan.

Satu lagi definisi Islām telah diberi oleh Prof. Osman

Bakar, yang juga pernah bertugas di IAIS sebagai timbalan

Hashim, selepas beliau memetik Sūrah 5 ayat 4985; dengan

berkata: Islam is both one and many: Islam is one in so far as it

refers to the religion of submission to God (3: [beliau tertinggal

nombor ayat al-Qur'ān ini]); it is the religion of all the prophets.

But in its formal manifestations it is many: the Islam of Moses is

different from that of Prophet Muḥammad.86 Sayang, beliau tidak

pula menghuraikan dengan lebih panjang. Di dalam perbincangan

semasa yakni selepas Kerasulan Nabiy Muḥammad ṣollallāhu

‘alayhi wa sallam, Islām cuma satu sahaja seperti yang akan

dihuraikan seterusnya.

Menurut ‘Ulamā’ ‘Aqīdah Islām, makna atau epistemologi

Islām, terbahagi kepada dua zaman atau fasa. Pertama ialah zaman

atau fasa sebelum keRasulan Nabiy Muḥammad ṣollallāhu ‘alayhi

wa sallam; dan kedua ialah Islām zaman keRasulannya hinggalah

akhir hayat dunia. Syarī‘at Islām yang dibawa Rasul-Rasul

‘alayhimu ’ṣ-ṣolātu wa ’s- salām sebelum Nabiy Muḥammad

ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam termansukh dengan konsep Islām

bawaan Baginda ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam itu.

Prof. Osman memberi suatu justifikasi kurang jelas dengan

berkata…healthy competition is possible among religions; selepas

beliau menurunkan petikan daripada Sūrah al-An‘ām: 159:

Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan

85 Dalam tulisan Prof. Osman tersebut, terjemahan berbunyi: To each among

you…sampai...in which you dispute, dinyatakan sebagai ayat 49. Kami rasa

di situ terjadi kesilapan taip. Mungkin dimaksudkan ialah ayat 48 kerana

terjemahan itu menepati ayat 48. Allāhu a‘lam. 86 Osman Bakar; Ethnic and Religious Pluralism.

147

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

mereka menjadi (terpecah) dalam golongan-golongan, sedikit pun

bukan tanggungjawab mu (Muḥammad) atas mereka.

Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allāh. Kemudian

Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka

perbuat.

Kata Imām Qurṭūbi rḥ, makna: yang memecah belahkan

agamanya ialah ahli bid‘ah dan syubhat serta orang-orang yang

sesat yang ada di dalam Ummah itu seperti puak Liberalis dan

Pluralis zaman sekarang. Ini menunjukkan juga yang berpecah itu

ialah orang yang tidak menurut ajaran seseorang Rasul pada

zaman Risālah Rasul berkenaan. Orang yang tidak menurut ajaran

Nabiy ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam, maka Baginda ṣollallāhu

‘alayhi wa sallam tidak bertanggungjawab atau berlepas tangan

terhadap mereka. Ini jelas sebagai peringatan kepada Yahudi dan

Nasrani yang mereka wajib mengikut ajaran Nabiy Muḥammad

ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam.

Sementara Sayyidina ‘Aliy r‘a berkata, makna memecah

belah agamanya ialah mereka itu bukan memisahkan diri daripada

agamanya, tetapi mereka memecah belah agama mereka dari

dalam, seperti perbuatan kelompok Khawarij, Mu‘tazilah, Syī‘ah

dan pada zaman sekarang seperti ajaran dan kelompok Aḥmadiah,

Transendentalis-Perennialis, Liberalis, Pluralis, Wahhabiyyah dll.

Dalam konteks fahaman Pluralisme Agama, kelompok

Illuminatus-Liberalis-Pluralis inilah yang memecah belahkan

agama Islām, kerana mereka memberi definisi janggal, mungkar

lagi batil kepada ontologi dan epistemologi Islām yang telah

diIjmā‘kan. Perhatikan perkataan Prof. Osman:…the Islām of

Moses is different from that of Prophet Muḥammad…tanpa

menyatakan - sepatutnya beliau menyatakan - bahawa ajaran

Nabiy Mūsā ‘alayhi ’s-salam, sebenarnya telah termansuh dengan

148

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kedatangan Risālah Muḥammadiyyah87. Beliau hanya menyebut

dan merujuk agama yang dibawa oleh Nabiy ṣ.‘a.w itu sebagai

agama baru sahaja, tanpa huraian lanjut. Bahkan beliau

berkata:The idea of the People of The Book (ahl al-kitāb): an

important concept in Islāmic philosophy of religious pluralism.

Dari keterangan Imām Qurṭūbi rḥ terdahulu, ternyata

Yahudi dan Nasrani tidak penting langsung dan tidak ada apa-apa

kedudukan pun di dalam agama yang di bawa oleh Nabiy

ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam itu, kecuali mereka menganut agama

baru itu dengan sepenuh hati88. Maka Yahudi dan Nasrani yang

hidup di zaman Nabiy ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam tetapi tidak

berĪmān dengan Risālahnya itu, tidak boleh dinamakan Islām

kerana Allāh menamakan Islām hanya kepada sesiapa atau di

dalam istilah al-Qur'ān disebut man yakni sesiapa yang berĪmān

kepada Allāh, bahkan bukan sahaja kepada Allāh, tetapi juga

berĪmān kepada Rasul-Nya Muḥammad ṣollallāhu ‘alayhi wa

sallam, pesuruh-Nya, yang diutus ditengah-tengah mereka itu.

Definisi Islām yang baku lagi benar adalah berdasarkan

Naṣṣ al-Qur'ān dan al-Ḥadīth. Islām adalah ṣolat farḍu lima kali

sehari semalam; zakat (HR Imām yang enam kecuali Tirmizi);

87 Dalam sebuah Ḥadīth berbunyi: Jika (Nabiy) Mūsā masih hidup, maka

tidaklah dia akan meneruskan (Syarī‘atnya), melainkan dia akan mengikuti

saya. ‘Abdul Qāhir al-Baghdādiy; Uṣūl al-Dīn, ms 325. Nabiy ‘Īsa yang

akan kembali ke Dunia ini akan memerintah dengan Syarī‘at Nabiy kita

bukan dengan Syarī‘atnya - ‘Isawiyyah. Lihat juga Dāwūd al-Faṭōniy, al-

Durr al-Thamīn; Aḥmad al-Faṭōniyy, Farīdah al-Farāid dll. Prof. Osman

Bakar meyakini yang Syarī‘at Nabiy kita Muḥammad ṣ.‘a.w tidak

memansukhkan Syarī‘at Rasul-Rasul terdahulu dengan katanya dalam isu ini

ialah.....weak and even problematic. Lihat tulisannya Exclusive and

Inclusive Islam in The Qur'an; JISMOR 5. 88 ‘…di antara Ahli Kitab, ada yang beriman kepada Allāh dan kepada apa

yang diturunkan kepada anda (Muḥammad)…dan mereka tidak menukarkan

ayat-ayat Allāh dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala dari

sisi Tuhan mereka’. Āli ‘Imrān: 199.

149

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

serah diri kepada Allāh dan mencampakkan dari selain-Nya;

mendirikan ṣolat; mengeluarkan zakat; orang Musyrik tidak

diterima amalan mereka (Nasāi). Dan Islām adalah berSyahādah

bahawa tidak ada tuhan selain Allāh dan Muḥammad ṣollallāhu

‘alayhi wa sallam adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan

ṣolat; memberi Zakat; Puasa pada bulan Ramaḍan dan

menunaikan Haji jika mampu. (Perawi yang Lima kecuali

Bukhāriy). Dari Naṣṣ-Ḥadīth ini, bermakna, sesiapa yang menolak

kewajipan salah satu89 sahaja dari hal ini disifatkan sebagai bukan

Islām.

Selain daripada itu, mereka juga menolak semua

epistemologi asas dalam Islām dan memberi takrifan baru seperti

konsep Īmān dan Kufur; benar dan salah; ḥaqq dan baṭil; makruf

dan munkar; mā yanfa‘ wa mā yaḍurr ertinya: apa yang berfaedah

dan apa yang bahaya; muṣliḥ wa ’l mufsid; al-huda wa ’d-ḍolal;

nūr wa zulumāt; ṭā‘ah wa ‘iṣyān; taqwa dan fasiq; al-falāḥ wa ’l-

khusrān; jalan yang lurus dan jalan yang menyimpang;

keselamatan dan kebinasaan dan pelbagai lagi. Dalam hal

epistemologi ‘ibādah misalnya, seorang Pluralis Melayu Malaysia

yang mendapat didikan Pluralis Hossen Nasr di dalam satu

program di Phuket,Thailand, berkata, orang Hindu yang pergi

beribadat di kuil juga akan masuk Syurga.90 Seorang Pluralis

Barat daripada kumpulan Ṭarīqah Maryamiyyah Schouniyyah

berkata, dia mendapat ketenangan bersemadi di dalam kuil Hindu.

Seorang Pluralis Melayu lain pula berkata: sami Buddha yang

berbuat baik, akan masuk ke Syurga juga.

Bagi kelompok Liberalis-Pluralis yang dirasuki fahaman

Illuminisme, makna Islām hanyalah memadai sekadar percaya

89 Sebab itu Khalīfah Abū Bakar r‘a memerangi orang yang enggan membayar

zakat walaupun mereka ṣolāt. 90 Hossein Nasr berkata: ...adalah bercanggah dengan sifat ‘adil dan hikmah

Allāh membiarkan agama-agama lain dalam kesesatan…Ideals.

150

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

kepada tuhan sahaja, kemudian menyerah kepada kefahaman dan

tafsiran mereka tanpa mempedulikan ontologi Dzāt dan Ṣifāt

Tuhan yang bagaimana. Asal ia percaya kepada tuhan dan

mengikut ajaran agama tuhan yang berkaitan, sudah menjadi

Islām. Penyerahan seperti ini adalah semacam menyerah tengkok

kepada penghirup darah!

Siyāsah Syar‘iyyah dan Maqōsid Syarī‘ah

Serangan terhadap epistemologi Islām di Malaysia dewasa

ini oleh golongan Liberalis-Pluralis Melayu yang diresapi

fahaman Illuminisme, adalah bertujuan untuk meruntuh ontologi

dan merubah makna kulliyāt yang lima di dalam Maqōsid Syarī‘ah

seperti yang diajar di dalam epistemologi Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah arus perdana. Di dalam ajaran Islām murni Ahli Sunnah

wa al-Jamā‘ah, Maqōsid Syarī‘ah ialah satu kaedah untuk

memelihara kesucian Dīn al-Islām yang di dalamnya terangkum

hukum-hakam Syarī‘ah serta aksiologinya sekali. Ia ada kaitan

rapat dengan Uṣūl Fiqh. Pembinaan Uṣūl Fiqh pula didasarkan

kepada al-Qur'ān, al-Sunnah dan Ijmā‘ Ṣaḥābah, yang didasari

oleh ‘Aqīdah yang ṣoḥīḥ dan yang kemudiannya dipadukan

dengan mantiq Islāmiyy seperti yang dibuat oleh Imam al-

Ghazzāliy rḥ dll.

Disiplin Uṣūl Fiqh Klasik ini, tidak disenangi oleh

kelompok Liberalis seperti Ḥasan Turabi, ‘Abdul Ḥamīd Abū

Sulayman, bekas Rektor UIA Malaysia dll. Mereka cuba membuat

kaedah Uṣūl Fiqh baru yang telah gagal itu. Dan yang paling

lancang diantara mereka ialah Muḥammad Shahrur dengan teori

naẓariyyah al-ḥudūd-nya. Sependirian dengan beliau ialah Nasr

Ḥamid Abū Zayd, Muḥammad Arkoun dll. Arkoun telah

membedah Uṣūl Fiqh Islām dengan pisau Pasca-Modernisme dan

mengkritik Imam al-Syāfi‘ī rḥ yang katanya telah membakukan

151

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

sumber hukum Islām91 dan Sunnah sedemikian rupa sehingga

sesuatu pun tidak boleh difikirkan lagi. Hakikatnya, semua

mereka ini, mahu membongkar dan meruntuhkan Uṣūl Fiqh

Klasik walaupun hingga sekarang, mereka tidak dapat

mengemukakan satu kitab Uṣūl Fiqh baru sebagai alternatif yang

dapat dipegang dan dijadikan panduan. Oleh kerana itu, mereka

terpaksa tumpang nama besar ‘Ulamā’ Uṣūl Fiqh klasik seperti

Imām Syāṭibi rḥ, yang dikatakan mereka sebagai memberi

dimensi baru di dalam bidang ini, melalui al-Muwāfaqātnya.

Malangnya, kelompok Illuminatus-Liberalis-Pluralis,

mengabaikan peringatan Syāṭibi rḥ sendiri dan Uṣūliyyīn yang

lain seperti Imam Abū Ḥanīfah, Imam Syāfi‘ī, Imam Mālik,

Baqillāni, Juwayni, al-Ghazzāliy, Fakh al-Rāzi bahkan Qaḍi

‘Abdul Jabār al-Mu‘taziliyy, bahawa syarat yang paling

fundamental ialah kesahihan ‘Aqīdah. Kelompok Liberalis-

Pluralis ini, tidak berhak menggunakan kalimat Uṣūl Fiqh dan

Maqōsid Syarī‘ah, kerana mereka dari awal-awal lagi sudah

menolak92 Dīnu ’l-Islām sebagai satu agama yang memiliki

sistem, struktur dan doktrin ‘Aqīdah dan Syarī‘at Allāh yang

eksklusif bahkan mengatakan semua agama sama sahaja. Maka

‘ijtihād’ mereka itu - sebenarnya khayalan yang dibuai Iblis - tiada

kena mengena dengan Agama Islām, walaupun mereka

melaungkan perkataan Uṣūl Fiqh Islām dan Maqōsid Syarī‘ah.

Inilah yang dikatakan oleh Dr. Sa‘id Ramaḍān al-Būṭi rḥ sebagai

wasilah jadīdah atau jalan baru golongan Ṣalībiyyah atau kaum

evangelis yakni Kuffar menyerang Islām93 untuk tujuan

pemurtadan.

91 Kata Anwar Ibrahim pula: Fiqh never cast in stone. 92 Anwar Ibrahim sering berkata dia tidak akan melaksanakan Syarī‘at jika dia

berkuasa. Parti beliau, PKR, tidak menyokong pelaksanaan hukum Ḥudūd di

Malaysia. 93 Dr. Muḥammad Sa‘id Ramaḍān al-Būṭi; Ḍawābiṭ, bahagian Muqaddimah;

Muassasah al-Risālah.

152

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Jika dicermati, wacana mutaakhir Maqōsid Syarī‘ah

Malaysia, sebenarnya telah meletakkan Maqōsid Syarī‘ah ini di

dalam penjara kesesatan dimuqraṭiyyah gharbiyyah atau

demokrasi Barat dan penjara Sepilis, (singkatan daripada

Sekuralisme-Liberalisme-Pluralisme), meminjam kata-kata

pemikir Islām Indonesia. Seperti mana yang diketahui, antara

dasar Maqōsid Syarī‘ah dari Uṣūl Khamsah atau sesetengahnya

membahagikan kepada Sittah (enam) ialah untuk memelihara

agama, hifẓu al dīn - yang puncaknya ialah ‘Aqīdah - dan

memelihara murūah atau maruah. Wacana mereka itu,

sebenarnya bukan mahu memelihara agama Islām dalam rupa ma

ana ‘alayhi wa aṣḥābi, akan tetapi hakikatnya mereka mahu

menjaga dan menguatkan lagi agama Kuffār dan Musyrikūn yang

ditaja puak Illuminati-Zionis-Kristian itu.

Kaum Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia sepatutnya

mewacanakan Maqōsid Syarī‘ah kepada orang bukan Islām,

menerangkan batas-batas hak mereka, di samping memahamkan

orang Islām hak mereka pula. Jika kena gayanya, Maqōsid

Syarī‘ah dapat berfungsi sebagai serampang banyak mata.

Dikatakan mereka yang Illuminatus, Liberalis dan Pluralis

itu tidak berminat memelihara Agama Islām dalam bentuknya

yang asli dan seperti yang sudah diIjamā‘ atas beberapa

kenyataan. Pertama; mereka berpegang bahawa semua agama

adalah sama benar dan menolak superioriti Islām94 dan sebagai

satu-satunya agama yang benar di sisi Allāh. Kedua; Anwar

Ibrahim, seorang pemimpin Liberalis-Pluralis Melayu di dalam

perjumpaan dengan ketua-ketua pelbagai agama bukan Islām

Malaysia suatu ketika dahulu, menyatakan memelihara agama

94 Anwar Ibrahim berkata: ...it is morally unacceptable to say to people of other

faiths...what you believe in is wrong. Lihat ucapannya di LSE pada 18 Mac

2010.

153

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

bermaksud memelihara semua agama dengan memetik Shāṭibi rḥ

secara salah. Kerja memantapkan pegangan agama bagi penganut

bukan Islām, bukanlah kerja orang Islām pengikut Nabiy

ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam, melainkan kerja Iblis, seperti yang

diungkap Syahrastani rḥ, malah ajaran Islām melarangnya. Kerja

itu adalah urusan mereka sendiri. Perkara ini adalah sesuatu yang

tidak pernah berlaku di dalam sejarah peradaban Islām, yang

mana Maqōsid Syarī‘ah digunakan untuk memelihara sesuatu

‘aqīdah di luar ‘Aqīdah Agama Islām. Seperti yang disebut,

Maqōsid Syarī‘ah sewajibnya memelihara Dīnu ’l-Islām bukan

memelihara Dīnu ’l-kufr. Ketiga; mereka konsisten menolak

perlaksanaan peraturan dan hukum Islām bukan sahaja pada

peringkat Negara bahkan pada peringkat peribadi dengan

mengatakan agama adalah soal peribadi dan tidak sesiapa boleh

mengganggu. Sebab itu di Malaysia mereka mencadangkan

supaya ada mekanisme membenarkan orang Islām untuk murtad

dan meminta supaya puak Syī‘ah diberikan kebebasan

menyebarkan ajaran mereka. Di Indonesia pula mereka bermati-

mati membela ajaran sesat Aḥmadiyah dan kelompok sesat lain.

Demikian juga dalam hal memelihara murūah atau

maruah. Wacana Maqōsid Syarī‘ah yang dibuat oleh puak yang

berfahaman Illuminisme, Liberalisme dan Pluralisme ini, tidak

bertujuan untuk mengawal dan menjaga murūah Agama dan

maruah Ummah Islām. Ini terbukti apabila mereka meletakkan

Islām bergandingan dengan demokrasi dan mewacanakan yang

Islām adalah demokrasi. Mereka meletakkan Dīnu ’l-Islām di

dalam kandang pemikiran demokrasi-sekular-liberal dan dibicara

oleh hakim-hakim Illuminatus-Demokrat-Liberalis-Pluralis.

Di dalam ontologi, epistemologi dan aksiologi murūah,

murūah adalah berdasarkan kepada wa li ’llāhi ‘izzatu wa li

rasūlihi wa li ’l-mukminīn [ al-Qur'ān, Surah al-Munāfiqūn : 8 ]

yang memberi erti, muruah Mukminin, berkait rapat dan

154

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

bergantung erat kepada Allāh di dalam makna: ia mulia, kerana

berpegang kepada Agama Allāh. Sebab itu kami katakan,

kelompok Illuminatus, Liberalis dan Pluralis Melayu ini, tidak

memelihara murūah Agama Allāh, kerana mereka menjatuhkan

murūah Agama Allāh yang suci murni (Agama Allāh pasti tidak

akan jatuh!) dengan mengambil ideologi manusia berpasangan

dengan ajaran Islām, sebagai biṭōnah atau andād atau gandingan

atau bersyarikat, sejajar dengan ajaran Agama Allāh itu. Dari sisi

lain, sebenarnya, mereka menjatuhkan maruah diri mereka sendiri

dari martabat aḥsanu taqwīm kepada martabat binatang, al-an‘ām

atau political animal, kerana sanggup menjadi hamba dan

penyembah dimuqraṭi95, pada hal kemuliaan dan maruah itu hanya

ada pada Agama Allāh iaitu Dīnu’l Islām.

Tema-tema dan isi perbincangan Maqōsid Syarī‘ah mereka

yang Illuminatus-Liberalis-Pluralis itu, bukan untuk memelihara

murūah melalui peningkatan dan pemantapan akhlāq dengan

mengingatkan, Nabiy ṣollallāhu ‘alayhi wa sallam diutus untuk

membina akhlāq yang mulia dan sebuah ungkapan dari kata-kata

hikmat berbunyi: jika pergi (rosak) akhlāq, hilanglah agama.

Mereka bukan mahu memperkasakan Syarī‘at dan mengukuhkan

kefahaman Islām sebagai al-dīn yang syumul tetapi lebih kepada

isu toleransi agama, [padahal orang Kāfir tidak demikian, tidak

toleren] sehingga tidak berani menegur apa lagi menentang

aktiviti Kristianisasi dan pemurtadan. Mereka sibuk bercakap bagi

pihak Kuffār untuk mewajarkan mereka menggunakan Kalimah

Allāh; memberi promosi fahaman Liberalisme dan Pluralisme;

menjunjung demokrasi (bukan sahaja dalam politik tetapi

termasuk dalam urusan agama Islām) dsb. Ini semua adalah hasil

95 Lihat Dr.Tawfīq al-Ṣowi; Fiqh al-Syūrā, Dar al-Wafā’. Qāhirah. Amat

menarik dibaca. Mereka sering mewacanakan Islām dan Demokrasi pada hal

Barat melalui puak Illuminati-Masons-Zionis mentertawakan demokrasi.

Sila baca buku-buku berkaitan dengan Bilderderg Group, Illuminati dan

sepertinya.

155

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

daripada pendirian ‘aqīdah Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme Agama.

Melalui pendekatan fahaman dan falsafah Illuminisme,

Liberalisme dan Pluralisme Agama, masyarakat Islām mahupun

yang bukan Islām, sampai bila-bila pun tidak akan dapat

memahami Islām sebagai agama yang sempurna dengan memiliki

segala kualiti dan sistem untuk kebaikan dan kesejahteraan

sejagad. Dan bahkan dengan fahaman dan pendirian sedemikian,

akan menghilangkan kepercayaan sesetengah orang Islām dan

bukan Islām juga, kepada kemampuan Islām mengurus dunia -

umūru ’d-dunya dan manusia dalam misi raḥmatan li ’l-‘ālamīn di

dalam konsepnya yang sebenar. Perbuatan kelompok Illuminatus,

Liberalis dan Pluralis Melayu ini telah merosakkan epistemologi

Islām. Epistemologi Islām ialah: al-Islām ya‘lū wa lā yu‘lā

‘alayh96 terjemahan: Islām tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi

darinya dan ‘izzah Mu’minīn.

Pemikir Illuminatus, Liberalis dan Pluralis Melayu

menggunakan Maqōsid Syarī‘ah untuk mewajarkan mereka

berijtihād sesuai dengan prinsip sapere aude. Mereka

menggunakan Uṣūl Fiqh dan Maqōsid Syarī‘ah sewenang-

wenangnya, semata-mata sebagai bahan untuk memberi justifikasi

kehendak mereka yang diabolik itu. Mereka meletakkan hegemoni

worldview Illuminisme dan Zionisme ke atas segala-galanya hatta

ke atas teks al-Qur'ān dan Sunnah. Realiti sosial menjadi neraca

hukum kebenaran mereka, oleh itu, jika al-Qur'ān dan Sunnah

pada pandangan mereka, tidak sesuai dengan realiti dan kehendak

mereka, maka mereka akan mengubah makna Naṣṣ tersebut. Ini

mereka telah lakukan apabila menghurai semula makna dan kisah

liwat di dalam al-Qur'ān dengan mewajarkan perlakuan tersebut.

Dan untuk tujuan tersebut puak Liberalis dan Pluralis Indonesia

96 HR Aḥmad. Dalam riwayat Daruquṭniy, Ḍiyā’ dan Bayhaqiy, tiada terdapat

perkataan: ‘alayh.

156

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

yang didominasi pemikiran Illuminisme, telah menerbitkan buku

bertajuk Indahnya Kawin Se Jenis. Di Malaysia, Illuminatus-

Pluralis Melayu telah membenarkan kahwin berbeza agama97.

Atau di dalam bahasa globalisasi, atas nama Maqōsid

Syarī‘ah, kelompok berfahaman Illuminisme, Liberalisme dan

Pluralisme Melayu berhempas pulas memastikan bahawa hukum

Islām tidak akan dapat dilaksanakan, jika ia bercanggah dengan

deklarasi dan piagam HAM. Mereka mengkritik Ummah Islām

kerana terikat dengan konsep Maqōsid Syarī‘ah Islām zaman

Klasik, pada hal mereka lebih parah lagi kerana terikat kepada

‘Uṣūl Fiqh’ dan ‘Maqōsid Syarī‘ah’ puak Illuminati-Zionis.

Mereka berpegang kepada kaedah yang popular: taghayyur al-

aḥkām bi taghayyur al-azminah wa al-amkinah98 terjemahan:

hukum berubah dengan perubahan masa dan tempat dengan

wajah huraian hawa nafsu keIblisan. Kata ‘Ulamā’, antaranya, Ibn

‘Ābidīn al-Syāmi rḥ: ‘urf yang bertentangan dengan Naṣṣ tidak

boleh dijadikan pertimbangan.

Satu perkara penting yang wajib diberi perhatian kita di

Malaysia ialah mengenai slogan demokrasi yang dicanangkan

dengan kuat dewasa ini oleh puak Illuminatus, Liberalis dan

Pluralis. Perlu difahami bahawa bagi kelompok Illuminatus,

Liberalis dan Pluralis ini, demokrasi yang dilaungkan itu cuma

kamoflasy semata-mata sebagai agenda politik. Hakikatnya

sepertimana kawan-kawan mereka di Indonesia, demokrasi

bermakna tiada siapa pun boleh campurtangan di dalam urusan

agama hatta di dalam perkara untuk murtad dan aktiviti

mendiskredit Islām. Ini terbukti apabila Illuminatus, Liberalis-

Pluralis Indonesia yang di ketuai Dawam, memprotes tindakan

yang diambil kepada kelompok Aḥmadiyyah, atas nama

97 Islam and Interfaith Marriage; MEGC (IKD); 2006. Penerbitan buku ini

dibiayai oleh KAF, sebuah badan evangelis Kristian dari Jerman. ر الحكام بت غير الزمنة والمكنة 98 ت غي ر

157

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

demokrasi dan kebebasan. Di Malaysia juga demikian. Dalam kes

Lina Joy, ada sebahagian aktivis politik beragama Islām,

antaranya Anwar Ibrahim, mempertikaikan kewajaran pihak

berkuasa bertindak kepadanya dan menyarankan supaya ada

mekanisme untuk membenarkan Lina Joy murtad. Secara terbuka,

Nurul Izzah, anak kepada Anwar, yang juga seorang pemimpin

parti politik, mewajarkan orang Melayu Islām boleh murtad atas

nama demokrasi juga! Demokrasi dalam berpolitik adalah suatu

hal, tetapi jika ia melibatkan agama, maka tindakan yang wajar

ialah melalui kaedah Islām iaitu bertindak memelihara agama

dengan cara mencegah perkara-perkara yang memudaratkan itu

yang disebut sebagai sad al-zarā‘i dan nahiy munkar.

Yang menjadi masalah ialah apabila ada orang Islām yang

mengaku beragama Islām akan tetapi pemikiran dan tindak

tanduknya bercanggah dengan ajaran Islām yang paling

fundamental seperti mengaku menjadi nabiy atau ṣolat dengan

niat atau nikah batin atau zakat perlu dibayar kepada ketua

kumpulan dst. Menurut fahaman kelompok Liberalis-Pluralis,

perlakuan mungkar mereka itu tidak boleh dicegah bahkan

dibiarkan begitu sahaja. Maka bagaimana mereka mahu memberi

justifikasi yang Sayyidina Abū Bakar r‘a memerangi nabiy palsu

dan orang-orang yang enggan membayar zakat; tindakan

Sayyidina ‘Umar r‘a menaikkan kadar sebat kepada peminum

arak kepada 80 rotan; tindakan seorang Khalīfah Bani Umayyah

menghukum bunuh Ghilan al-Dimasyqi seorang Qadariyah dsb.

Mereka itu semua bertindak di dalam kerangka memelihara al-dīn

seperti dalam Maqōsid Syarī‘ah, berbeza dengan kelompok

Liberalis-Pluralis Melayu Malaysia yang mahu menjahanamkan

dan meruntuhkan Dīnu ’l-Islām dan memelihara dīnu ’l-Kufr

melalui wacana Maqōsid Syara‘ yang palsu itu!

Dari perspektif lain, kelompok Illuminatus, Liberalis dan

Pluralis ini bermati-matian mempromosi demokrasi yang bagi

158

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

mereka sinonim dengan Islām sebagai sesuatu yang bersifat

raḥmatan li ’l-‘ālamīn tetapi gagal memaparkannya daripada

spektrum sejarah yang sebenar. Memang mereka sering

mengungkapkan Islām itu raḥmatan li ’l-‘ālamīn akan tetapi

konsep raḥmatan bagi mereka ialah dengan menyedut doktrin

Yunani Purba di dalam ideologi dan manifesto politik yang diberi

kata pengantar Islām. Berhala-berhala Yunani itu, yakni fahaman,

falsafah dan doktrin demokrasi, dipakaikan kalongan bunga malai

dan disembah beramai-ramai sebagai wangian untuk dinikmati

seluruh ‘alam sebagai suatu raḥmat.

Seperti kata pemikir Islām semasa antaranya al-Nadvi,

‘Abdul Rāzak al-Sanhuri, Sa‘id Ḥawwa, Sa‘id Nursi dll, sistem

Demokrasi atau Komunis yang semuanya bertunjangkan kepada

fahaman Illuminisme itu hakikatnya terbukti gagal memberi apa

yang sedang diperjuangkan oleh kelompok Liberal atas nama

mahu memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada manusia

dan kemanusiaan. Mereka semua adalah diktator proletariat anti-

Tuhan. Betapa tidak, Demokrat Barat dan Komunis Timurlah

yang mencetuskan penindasan tiada tara di dalam sejarah manusia

seperti di dalam kes Palestin, Turkistan Timur, Kashmir, Afrika,

Rantau Caucasia dll dan atas nama demokrasi juga mereka

memiliki kuasa veto, kuasa minoriti memaksa ke atas suara

majoriti!99. Demokrasi bagi mereka ialah apa yang

menguntungkan diri dan kelompok mereka bukan untuk orang

lain, justeru Senat Amerika Syarikat menjadi institusi paling

korup. Dan yang paling penting sekali ialah mereka yakni kaum

Illuminatus itu - sesuai dengan fahaman dan doktrin Illuminisme -

tidak mahu membenarkan kebebasan beramal dengan ajaran Islām

justeru mereka membuat konspirasi dan kerja-kerja hitam supaya

tidak akan tertegak kerajaan-kerajaan yang mahu menjalankan

pemerintahan secara Islām.

99 Sila rujuk dan baca buku-buku berkaitan Bilderberg Group.

159

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Konsep Keselamatan

Konsep Keselamatan di dalam doktrin ‘Aqīdah Islām,

dibina atas Naṣṣ al-Qur'ān, al-Sunnah dan al-Ijmā‘ yang

ditunjangi oleh kesohihan ‘Aqīdah dan pelaksanaan hukum-

hakam yang bersifat qaṭ‘i dan juga yang telah di Ijmā‘kan, dalam

sistem kehidupan yang menyangkut tuntutan bersifat individu.

Seseorang yang menolak salah satu daripada Rukun Islām

atau/dan Rukun Īmān, misalnya menolak wajibnya berzakat,

bermakna ia telah menjadi murtad dalam erti kata dia tidak

selamat daripada bakaran api Neraka, walaupun dia percaya

kepada kewujudan Allāh dan bersolat serta melaksanakan rukun-

rukun yang lain. Daripada perspektif Islām, kumpulan yang

berjaya hanyalah daripada kumpulan Ahli Sunnah wa al-

Jamā‘ah.100 Prof. Osman Bakar seorang lagi Pluralis Melayu,

menolak hal ini dengan katanya: possibility of salvation outside

Islāmic faith dengan salah memahami ayat 62 Surah al - Baqarah.

Pandangan ini sama seperti pendirian gurunya Hossein Nasr dan

ramai lagi Pluralis Melayu Malaysia yang lain. Al-Baghdādiy rḥ

memetik riwayat dari Khulafā’ al-Rāsyidīn r‘aa bahawa firqah

yang berjaya hanya satu sahaja (iaitu Ahli Sunnah), yang lainnya

sesat di dunia dan kekal di dalam Neraka di Akhirat101.

Manusia akan selamat hanyasanya apabila mereka semata-

mata berada di atas ṣīraṭ al-mustaqīm yakni perjalanan hidup yang

berpandukan kepada kehidupan orang yang mendapat nikmat

100 Lihat antara lain, al-Shahrastani dalam al-Milal-nya menyebut Ḥadīth: Akan

berpecah Ummah saya menjadi tujuh puluh tiga firqah, yang selamat

daripadanya satu (al-nājiyatu minha wāḥidah) dan selebihnya binasa

(halaka). Kata mereka (yakni Ṣaḥābah), siapa yang selamat? Kata Nabiy

ṣ‘aw: Ahlu ’s-Sunnati wa ’l-Jamā‘ati. Kata mereka (Ṣaḥābah), apa al-

Sunnatu wa ’l-Jamā‘atu? Kata Nabiy ṣ‘aw: ma ana ‘alayhi al-yawma wa

aṣḥābiyy. HR Abū Dāwūd, Ibn Mājah dan Aḥmad. Dan ada beberapa

Ḥadīth lain lagi yang semakna. 101 Al-Baghdādiy rḥ; al-Farqu bayna al-Firaq, ms 7.

160

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

daripada Allāh iaitu para Nabiy, Ṣiddiqīn, Syuhadā’ dan

Ṣōlihīn102, bukan perjalanan orang yang dimurkai Allāh iaitu

orang Yahudi-Musyrik serta pengikut ahli bid‘ah dan mungkar;

dan bukan jalan orang-orang yang sesat iaitu orang Nasrani-

Munāfiq dan golongan yang meninggalkan Sunnah dan bukan

juga Syī‘ah, Qadariyyah, Mu‘tazilah, Wahhabiyyah-Mujassimah,

Aḥmadiyah, Subud, Perennialis dan Pluralis.

Maka di dalam epistemologi al-Qur'ān, konsep Salvation

atau Keselamatan ialah apabila ‘Aqīdah, Syarī‘at, Ibādat serta

budaya hidup tidak ada unsur-unsur syirik kepada Allāh;

menerima dan berĪmān dengan Kerasulan dan Risālah

Muḥammadiyyah; golongan tāibūn iaitu yang sentiasa bertawbat;

al-ḥāmidūn iaitu yang senantiasa bersyukur kepada nikmat Allāh;

al-sāiḥūn yang mengembara melihat af‘āl Allāh dan mengambil

i‘tibar dari bangsa dan tamaddun yang dihukum oleh Allāh kerana

mendurhakai-Nya; al-rāki‘ūn dan al-sājidūn iaitu yang tekun

ber‘ibadat terutama ‘ibadat farḍu seperti ṣolat dan ‘ibadat yang

lain seperti yang diIjmā‘kan dan memelihara hubungan dengan

Allāh; al-āmiruna bi ’l-ma‘rūf wa ’n-nahyūna ‘ani ’l-munkar dan

golongan yang al-ḥāfizūna liḥudūdillah iaitu golongan yang

menjaga batas-batas hukum Allāh103. Gandingannya, di dalam

ayat yang lain, Allāh menerangkan golongan yang Selamat yakni

yang berjaya atau golongan mufliḥūn ialah golongan yang khusyu‘

di dalam ṣolat; yang menjauhi diri dari perbuatan dan percakapan

yang lagho atau sia-sia; mengeluarkan zakat; yang menjaga

kehormatan diri dengan tidak berzina, liwat orang; memelihara

dan menunaikan amanat dan janji; dan orang yang memelihara

ṣolat104.

102 Lihat Sūrah An-Nisā’: 69. 103 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Tawbah: 112. 104 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al- Mu’minūn: 1-11.

161

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Selain daripada itu, termasuk golongan yang berjaya juga

ialah orang yang membersihkan dirinya zahir dan batin105; yang

sobar di dalam mempertahan watannya106; berjihad dijalan

Allāh107; zikir mengingati Allāh dengan banyak108; patuh dan ta‘at

di dalam mengikuti hukum Allāh, takut dan taqwa kepada

Allāh109; dan menghendaki Wajah Allāh110. Maka kebalikan dari

golongan yang berjaya ialah golongan yang tidak berjaya yang

antara lainnya ialah golongan yang menzalimi diri mereka dengan

membohongi Allāh dan ayat-ayat Allāh111 baik dalam konteks al-

Qur'ān mahu pun Kitab-Kitab Samāwi yang terdahulu; golongan

Mujrimūn112; dan Kāfirūn113; terpelihara daripada kekikiran114;

melanggar apa yang dilarang oleh Rasul115.

Kelompok Liberalis-Pluralis-Transendentalis menolak

perkara ini dengan menyatakan bahawa sesiapa sahaja akan

Selamat dan akan masuk ke Syurga, jika sekiranya hanya

mempercayai116 wujudnya tuhan (‘t’ huruf kecil), tanpa kira apa

jenis dan kualitinya.

Kesimpulannya bahawa Keselamatan hanya dapat dicapai

melalui proses menerima, menghayati serta melaksanakan ajaran

yang terkandung dalam al-Qur'ān dan al-Sunnah bersekali dengan

al-Ijmā‘ sahaja. Ini bermakna tidak ada dan tidak akan ada

105 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-A‘lā: 13; Sūrah al-Syamsy: 9. 106 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah Āli ‘Imrān: 200. 107 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Māidah: 35. 108 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Anfāl: 45. 109 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Nūr: 51-52. 110 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Rūm: 38. 111 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-al-An‘ām: 21. 112 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah Yūnus: 17. 113 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Mu’minūn: 117. 114 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Hasyr: 9 dan Sūrah al-Taghābun: 16. 115 Lengkapnya lihat al-Qur'ān, Sūrah al-Hasyr: 7. 116 Nasr, Ideals; Nurcholish dalam 50 Tokoh dan lain-lain sumber; dan Anwar,

ceramah di LSE, Mac 2010.

162

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Keselamatan di luar ajaran Islām Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah. Hal

ini telah jelaskan dan dijamin oleh Allāh seperti di dalam firman-

Nya yang mulia: Katakan (wahai Muḥammad kepada manusia),

jika anda (benar-benar) mencintai Allāh, ikutlah saya, nescaya

Allāh mengasihi dan mengampunkan dosa-dosa anda. Allāh

Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai

Muḥammad), ta‘atilah Allāh dan Rasul-Nya, (dan) jika anda

berpaling (tidak mengikutinya), maka sesungguhnya Allāh tidak

menyukai orang-orang Kāfir117. Dan firman-Nya lagi di dalam

Sūrah al-Nisā’ ayat 115 pula, terjemahan: Dan sesiapa yang

menentang Rasul (yakni Muḥammmad) sesudah jelas Kebenaran

baginya dan mengikut jalan yang bukan jalan orang-orang

Mukminīn, Kami (Allāh) biarkan ia berleluasa (bergelimang)

terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami (Allāh)

masukkan ia ke dalam Neraka Jahannam.

Jelas sekali bahawa tidak ada Keselamatan di Akhirat

nanti sekiranya tidak mengikut Agama yang diajar oleh Nabiy

Muḥammad ṣ.‘a.w

Jihād

Jihād adalah diantara doktrin Islām yang amat jelas di dalam al-

Qur'ān dan al-Ḥadīth. Di zaman hegemoni puak Illuminati-Zionis-

Barat terhadap Islām seperti sekarang dan tambahan pula dengan

konsep One Village serta isu terrorisme, doktrin Jihād dalam

bentuk al-qital atau bersenjata mahu dihapuskan bukan sahaja

oleh orang Kuffār dan Musyrikūn itu tetapi juga oleh kelompok

Liberalis-Pluralis Melayu yang masih mengaku beragama Islām.

Bagi kelompok Liberalis-Pluralis Melayu ini, mereka menolak

adanya doktrin Jihād bersenjata – walau pun jika cukup syarat-

syaratnya - kerana disebabkan fahaman mereka yang semua

117 Sūrah Āli ‘Imrān: 31-32.

163

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

agama adalah sama benar disisi Allāh dan semuanya adalah warga

Allāh belaka.

Kelompok Liberalis-Pluralis Melayu yang dipengaruhi

fahaman dan doktrin Illuminisme mahu memahami Islām secara

etimologi sahaja dan bukannya secara ontologi dan epistemologi.

Justeru bagi mereka, perkataan ‘jihād’ harus dirujuk semata-mata

kepada kata kerjanya sahaja iaitu ‘jahada’ yang bererti bekerja

dengan sungguh-sungguh. Memang tidak dinafikan terdapat erti

jihād dalam pelbagai bentuk makna berdasarkan kepada etimologi

dan konteks, akan tetapi tidaklah sampai menafikan ada maknanya

yang bersifat istilahi iaitu sebagai perang suci yang menggunakan

senjata, yang memang terdapat di dalam Syarī‘at Islām dan Sīrah

serta perjalanan Khulafā’al-Rāsyidīn.

Bagi kelompok yang dipengaruhi oleh fahaman

Illuminisme, puak-puak Liberalis dan Pluralis yang masih

mengaku berAgama Islām, makna dan konsep Jihād hanyalah

mahu dibatasi kepada makna mempertahankan diri sahaja118 pada

hal Allāh SwT sendiri menyuruh Ummah Islām bersiap sedia119

memerangi orang yang memerangi mereka sehingga tidak ada lagi

fitnah120 yakni tidak ada lagi gangguan terhadap Ummah dan

ajaran Islām, bahkan mereka [yakni para Ṣaḥābah] menangis

lantaran tiada apa-apa sumbangan untuk diberi dalam

melaksanakan Jihad121. Oleh kerana Ummah Islām menafikan

keperluan mempersiapkan diri dengan kelengkapan perang seperti

pendirian orang Islām yang berfahaman Illuminisme, Liberalisme

dan Pluralisme Agama atau IBLIS itu, maka apa yang berlaku

kepada Palestin, Kashmir, Asia Kecil, Caucasia, rantau Balkan,

118 BM Rachman, Reorientasi; ms 683. 119 Sūrah al-Anfāl: 60...Dan bersiap sedialah untuk menghadapi mereka (yakni

musuh Islām) dengan kekuatan apa sahaja yang anda sanggup… 120 Sūrah Al-Anfāl: 39. 121 Sūrah Al-Tawbah: 92.

164

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Afrika, Xinjiang dan bahagian Asia yang lain menjadi ‘putih

mata’, sedangkan puak Illuminstus dan Zionis serta Kuffār yang

lain bersiap sedia dengan kelengkapan dan kekuatan militer

raksasa seperti NATO, Armada Beijing dsb. Malah negeri kecil

seperti regim haram Israel pun memiliki paling kurang lima biji

bom nuklear dan Singapura pun memiliki persenjataan canggih.

Apakah Ummah Islām boleh meninggalkan doktrin dan ajaran

Jihād dewasa ini sedangkan ia ada di dalam al-Qur'ān, al-Sunnah

dan athar Khulafā’ serta sejarah Islām ?

Selain daripada Naṣṣ al-Qur'ān menyuruh Ummah

mempersiapkan diri, terdapat Naṣṣ daripada Ḥadīth yang

menyuruh Ummah Islām supaya pandai berenang dan pandai

memanah.122 Bahkan Allāh sendiri menghantar 3000-5000

Malaikat ke medan Jihād di dalam peperangan Badar123.

Adalah melucukan, untuk mengambil hati puak Illuminati

dan Zionis, kelompok Liberalis-Pluralis yang masih mengaku

berAgama Islām mengatakan bahawa perang Khalīfah Abū Bakar

r‘a terhadap golongan murtad, golongan yang enggan membayar

zakat124 dan nabiy palsu, bukan disebabkan faktor agama tetapi

sebagai faktor politik yang menggugat kestabilan negara, bahkan

mereka (yang murtad dan diperangi itu) tidak pun mengingkari

kenabian Sayyiduna Muḥammad bin ‘Abdullāh ṣollallāhu ‘alayhi

wa sallam125. Adalah amat menarik, para Fuqahā’ Islām telah

122 Memanahlah wahai Bani Ismāil, sesungguhnya bapak anda sekalian adalah

pemanah. HR Bukhāriy. Lihat juga Ḥadīth Muslim dan Abū Dāwūd yang

sama makna. 123 Sūrah Āli ‘Imrān: 124-125. Ada dua pandangan mengenai penyertaan

Malaikat di dalam peperangan Jihād. Ada mengatakan Malaikat tidak ikut

serta lagi di dalam peperangan dewasa ini sementara pandangan kedua

mengatakan masih, jika cukup syaratnya. 124 Lihat Abū Ḥasan ‘Aliy an-Nadvi, Riddah Tanpa Abū Bakar (terjemahan). 125 AM Ghazali, Ijtihad Islam Liberal; ms 34.

165

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

memberi fatwa, jika sesebuah negeri melarang azan dan khitan126,

maka mereka wajar diperangi sehingga mereka kembali

mengerjakannya127. Seperti yang sama-sama kita ketahui,

tercetusnya perang terhadap Yahudi Bani Qaynuqā’ hanya

semata-mata kerana seorang Ṣaḥābiyah telah diganggu

kehormatannya oleh seorang Yahudi yang cuba membuka hijab

atau tutup muka beliau128.

Kenaifan kelompok Illuminatus, Liberalis dan Pluralis

Melayu membaca sejarah amat keterlaluan kerana penulis-penulis

Barat yang Kāfir itu pun mengakui bahawa ekspedisi menyerang

golongan di sekitar Madīnah itu bukan faktor politik dan

kestabilan negara melainkan faktor Agama. Bahkan serangan

Khalīfah ‘Aliy r‘a pasca Perang Ṣiffīn terhadap kelompok

Khawārij129 dilihat oleh mereka yang Liberalis-Pluralis itu sebagai

faktor politik, pada hal, dalam ajaran ‘Aqīdah Islām, penentangan

kepada kerajaan yang sah adalah bughāt dan pemerintah wajib

mentertibkan mereka sementelah pula konsep ‘aqīdah Khawārij

bertentangan dengan ajaran Islām. Maka sesiapa yang mati di

dalam pertempuran menentang mereka itu semua adalah syahid!

Dan di dalam Sīrah, pertempuran yang berlaku itu bukan kerana

faktor politik dan teritori tetapi faktor agama.130 Perang Badar

126 Sebuah negeri di Amerika Syarikat baru-baru ini (2011 M) telah melarang

penganut Islām dan Yahudi berkhitan. 127 Sa‘id Ḥawwa rḥ, al-Islām; Bab ke-4, mengenai keperluan ketenteraan. 128 Ini adalah pergaduhan pertama berlaku setelah termeterai perjanjian mereka

dengan Rasūlullah ṣ‘aw. Ia terjadi pada pertengahan Syawwal tahun 2

Hijrah. Pergaduhan ini membawa kepada Peperangan. Nabiy ṣ.‘a.w

menghukum mereka dengan menghalau daripada Madīnah. Lihat Ibn

Hishām, Sīrah; Ṭabariy, Tārikh. Banyak negeri-negeri di dunia hari ini

melarang wanita Islām yang bekerja dengan kerajaan menutup muka

termasuk negara yang mengaku Islām. UIA Malaysia pun demikian! 129 Sa‘id Ḥawwa rḥ, al-Islām; Bab ke-4. 130 Banyak Naṣṣ tentang hal ini; antaranya: Perangilah orang-orang yang tidak

berīmān kepada Allāh…dan tidak beragama dengan agama yang

benar…sehingga mereka membayar jizyah….at-Tawbah: 29.

166

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

misalnya bukan kerana faktor ekonomi atau hegemoni Madīnah

seperti didakwa kelompok Liberalis-Pluralis yang beragama

Islām, tetapi sebagai pemerataan Risālah Muḥammadiyyah yang

bersifat al-dīn lagi raḥmah itu.

Idea menolak Jihād oleh puak Illuminatus, Liberalis dan

Pluralis yang mengaku Islām ternyata mereka merujuk kepada

analisis dan cara pandang Kuffār antara lainnya Louis Gardet.

Kelompok Liberalis-Pluralis secara menghinakan diri mereka

sendiri, mengatakan bahawa Nabiy ṣ.‘a.w senantiasa

mengingatkan Ṣaḥābatnya supaya bersabar bila mana datangnya

ancaman musuh.131 Tafsiran mengenai epistemologi ṣabar dalam

konteks ayat Jihād ini, bermakna bersabar dalam makna kukuh

pendirian dengan semangat yang tinggi dan tidak takut ketika

sedang dalam berperang di medan pertempuran, bukan makna

sabar tidak bertindak, padahal Allāh menyuruh bunuh mereka itu

semua, jika mereka membunuh132 orang Mukminīn, dan lagi pula,

jika tidak, maka tidak akan terjadi dua kali Perang Badar, Badar

Kecil dan Badar Besar yang berturut-turut. Kelompok Illuminatus,

Liberalis dan Pluralis berpendirian bahawa tidak ada ayat al-

Qur'ān pun membenarkan memerangi pihak lain atas dasar

keimanan133 padahal amat terkenal surat-surat Nabiy ṣ.‘a.w

mengajak pembesar sekitar Jazīrah memeluk Islām dan jika

enggan, mereka perlu menunaikan beberapa tuntutan Islām dan

jika masih enggan dan membuat onar, mereka akan diperangi 134.

131 BM Rachman, Reorientasi; ms 683. 132 Sūrah Al-Baqarah: 191. Walaupun sabab nuzul ayat ini ialah kepada situasi

konflik Musyrikūn-Mukminūn Makkah, tetapi secara am, Allāh SwT

mengunci ayat ini dengan menyatakan, itu adalah balasan kepada orang

Kāfir. 133 BM Rachman, Reorientasi, ms 687. 134 Terjemahan: Perangilah orang-orang Kāfir yang ada di sekitar anda itu dan

hendaklah mereka menemui kekerasan dari anda…At-Tawbah: 123. Dan

Ayat-Ayat yang lain.

167

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Puak Illuminatus, Liberalis dan Pluralis mengabui mata

orang Islām dengan menolak adanya ‘perang sabil’ atau jihād fī

sabīli ’llāh kerana mereka bimbang, jika Jihād menjadi doktrin di

dalam ajaran Islām, maka ini membahayakan mereka. Ini adalah

kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri di

dalam al-Qur'ān, bagaimana doktrin dan semangat Jihād telah

membangkitkan orang yang kurus kering kerana kekurangan

makanan, bangun berdiri tegak-kukuh bagaikan sebuah gunung

batu, gagah-perkasa berjalan kaki, gigih-tegar bertempur dengan

kumpulan yang perut penuh dengan kekenyangan dari Rom dan

Farsi.

Demikian juga di Zaman Pertengahan, Mujāhidīn Islām

berjaya menguasai seluruh Semenanjung Iberia merentasi

Pyreness membawa kepada hampir-hampir menawan seluruh

Kota Paris dan sudah mendekati kota Vienna, Austria. Di

Kepulauan Melayu, walaupun mereka yakni Kuffār berjaya

mengalahkan Mujāhidīn dan kaum Muslimīn tempatan, tetapi

mereka terpaksa membayar harga yang amat mahal, bahkan

mereka tidak ‘tidur nyenyak’ sepanjang penjajahan dan

penjarahan mereka itu.

Dengan bertindak menghakiskan doktrin dan epistemologi

Jihād ma‘rakah atau peperangan bersenjata oleh puak Liberalis-

Pluralis itu, diharapkan masyarakat Islām tidak perlu berlumba-

lumba untuk mati syahīd135 yang dengannya terus masuk ke

syurga. Kelompok Illuminatus, Liberalis dan Pluralis yang masih

mengaku Islām ini lebih rela menjadi hamba Zionis-Kuffār dan

Musyrikūn daripada masuk ke Syurga bi ghayri ḥisāb. Fahaman

sebegini juga adalah menghakiskan epistemologi al-Qur'ān yang

penting kerana orang yang syahīd di medan perang menentang

Kuffār, Musyrikūn dan Munāfiqūn, akan masuk Syurga tanpa

135 Ṣaḥābah menangis kerana tidak dapat infāq untuk berperang. Al-Tawbah:

92.

168

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

hisab dan mendapat nikmat daripada sisi Tuhan mereka. Mereka

juga dapat memberi syafa‘at kepada manusia lain.

Barang diingat, sungguh pun Jihād bersenjata mempunyai

kedudukan istimewa di dalam Syarī‘at Islām, ia mempunyai

syarat-syarat tersendiri yang ketat untuk dilaksanakan sepertimana

juga Ṣolāt, mempunyai syarat yang tersendiri. Kelompok

Illuminatus, Liberalis dan Pluralis, mahu meletakkan Islām di

dalam kandang salah yang di adili oleh hakim-hakim Illuminati,

Zionis, Kristian dan Musyrikūn, kerana di dalam doktrin agama

mereka, tidak ada ajaran mengenai Jihād dan mati syahid.

Kelompok Illuminatus, Liberalis dan Pluralis yang masih

mengaku berAgama Islām ini juga mengaku yang di dalam Islām

tidak ada perang suci136 pada hal Nabiy ṣollallāhu ‘alayhi wa

sallam menekankan peri pentingnya Jihād kepada seorang Muslim

sehingga orang yang meninggal dunia tanpa ada niat untuk

berjihād, matinya di dalam cabang nifāq137.

Hubaya! Hendaklah difahami bahawa Jihād bersenjata

atau Perang Sabil bukan sebagai suatu konflik kerana konflik

terjadi kerana hawa nafsu duniawi. Ada pun Jihād jenis ini, terjadi

daripada cetusan dan perintah Ilāhiy. Hukum perang ini diimbangi

dengan hukum damai dan risalah maḥabbah atau kasih sayang;

‘adālah atau keadilan; ijtimā‘iyyah atau kemasyarakatan, ḥurumāt

dsb. Keseimbangan antara keduanya menjadikan dunia ini akan

aman sejahtera di dalam naungan raḥmatan li ’l-‘ālamīn kerana

Jihād itu sendiri sebagai ḥakim menghapuskan fitnah yakni

penindasan manusia terhadap manusia atau exploitation de

136 AM Ghozali, Ijtihad Islam Liberal; ms 35. 137 Dari Abū Hurayrah r‘a, ia berkata: Nabiy ṣ‘aw bersabda: Barang siapa mati

padahal belum berperang dan tidak bercita-cita (pula berbuat) demikian di

dalam hatinya (bererti) ia mati atas satu cabang nifāq. HR Muslim. Dari

Anas r‘a, Nabiy ṣ‘aw bersabda: Hendaklah anda berjihād terhadap

Musyrikūn dengan harta anda dan diri anda dan lidah anda. HR Aḥmad

dan Nasā’i.

169

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

l'homme par l'homme dan exploitation de nation par nation dan

tertegaknya hak-hak Allāh.

Konsep Fiqh

Secara ringkas seperti mana yang kita maklum, Fiqh dalam

Islām dibina daripada al-Qur'ān, al-Sunnah, al-Ijmā‘, al-Qiyās, al-

Istiḥsān, al-Maṣlaḥaḥ, sad az-zara‘i, amalan Ahli Madīnah, al-

‘Urf, Ijtihād dan beberapa prinsip yang lain. Ia memiliki kaedah

yang sedikit berbeza dikalangan para Mujtahidīn daripada

pelbagai-bagai aliran yang utama. Kelompok Liberalis-Pluralis

yang mengaku beragama Islām yang ditunggangi fahaman

Illuminisme, telah mengeksploit dan memanipulasi istilah ahli

ra’yi di dalam epistemologi Fiqh dengan menyandarkan fahaman

mereka yang diabolik itu kepada Imām-Imām Mujtahidīn tersebut.

Kata mereka bahawa Imām al-Syāfi‘ī rḥ adalah seorang yang

liberal kerana menjadikan al-Qiyās sebagai salah satu daripada

sumber hukumnya dan Imām Abū Ḥanīfah rḥ seorang yang

mengutamakan ‘aqal di dalam membina epistemologi Fiqhnya.

Maka mereka pun gunakan kebebasan berfikir semau-maunya

tanpa menggunakan mana-mana kaedah dan modus berfikir secara

Islām.

Kaedah mereka amat mudah iaitu bersifat kontekstual,

literal dan sapere aude. Ini ternyata di dalam buku mereka seperti

Ijtihad Islam Liberal138 yang diterbitkan di Indonesia dan buku-

buku terbitan IKD-MEGC di Malaysia. Justeru, mereka menolak

hukum dan prinsip-prinsip Fiqh yang baku seperti haram orang

138 Kata Ulil Abshar-Abdalla dalam kata pengantar buku ini, antara lain ialah;

garansi (garenti), waḥyu dapat dipahami dengan tepat adalah integritas ‘akal

manusia….; berfikir bebas. Adalah salah besar suatu anggapan popular

yang mengatakan bahawa tugas pokok manusia adalah ‘menyembah’

Tuhan.

170

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Islām berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islām;

hukum warithan; larangan Jihād ma‘rakah; mahu mengubah

waktu menunaikan Ḥajj139 dsb. Pokoknya, seperti kata Liberalis

Ulil Absar, konsep haram-halal perlu diteliti ulang dan diberi

tafsiran baru.

Kelompok Illuminatus-Liberalis-Pluralis ini mahu

membina Fiqh baru berdasarkan paradigma baru berasaskan

Trilogi Pembaharuan gagasan mereka iaitu Sekularisme,

Liberalisme dan Pluralisme melalui proses ontologi (yakni tentang

keadaannya), epistemologi (yakni cara memahaminya) dan

aksiologi (yakni tentang hasil, tujuan dan nilai gunanya)140 yang

dibina oleh mereka sendiri. Mereka berkata, dengan agama

Samāwi, manusia telah menjadi penguasa yang otoriter141, justeru

memerlukan demokratisasi dan enlightenment untuk memahami

masyarakat modern kerana ijtihād yang ‘ditutup pintunya’ itulah

yang membelenggu cara berfikir. Demikian kata Dawam, orang

paling penting sekarang selepas kematian Nurcholish. Sementara

Pluralis Melayu, Anwar pula berkata:…Syari‘ah was never cast in

stone142 .

Sehubungan dengan Fiqh ini, mereka secara sewenang-

wenang membuka pintu ijtihād kepada sesiapa sahaja. Mereka

mendasarkan kepada dua Ḥadīth dan memahaminya secara salah

iaitu Ḥadīth ketika Ṣaḥābi al-Jalīl, Sayyidina Mu‘āẓ bin Jabal r‘a

139 Abd Moqsith Ghazali, Ijtihad Islam Liberal; JIL, 2005; di bawah tajuk:

Waktu Pelaksanaan Haji Perlu Ditinjau Ulang. 140 Budhy Rachman; Reorientasi. 141 Budhy Rachman; Reorientasi, ms xxvi. 142 Ceramah beliau di LSE pada Mac 2010. Percakapan ini adalah bid‘ah lagi

mungkar, kerana ia menjurus kepada menghina Fiqh Islām dan Fuqahā’. Ia

dilontarkan di hadapan audiens bukan Islām yang jahil mengenai proses

kristalisasi Fiqh Islāmiy dan tidak ada pembelaan atau dialog dengan ahli

yang memahami Islām daripada kalangan orang Islām. Perbincangan

mengenai kristalisasi hukum Fiqh telah banyak ditulis.

171

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

akan dihantar sebagai Gabernor Yaman dan sebuah Ḥadīth

berbunyi: antum a‘lamu biumūri dunyā kum143. Kelompok

Illuminatus-Liberalis-Pluralis mencemoh, bahawa orang yang

takut berijtihād adalah watak-watak tidak kreatif bahkan tidak

realistik dan tidak sesuai dengan semangat zaman. Ia perlu dibuat

untuk menembusi hegemoni dan monopoli bahkan diskriminasi

daripada golongan yang ingin mempertahankan status quo.

Bagi mereka, kesempurnaan Syarī‘at tidak terletak di

dalam tubuhnya sendiri, melainkan mesti disangga oleh manusia

kerana al-nāsu ‘aqil atau manusia berakal, sementara al-naṣṣ

ghayru ‘āqil atau naṣṣ yakni dalil atau sandaran hujah bukan

berakal. Pendirian Liberalis-Pluralis yang masih mengaku Islām

ini bukan baharu kerana dalam sejarah Ummah Islām sudah

terdapat pendirian yang berpegang bahawa anna al-Syarī‘ata al-

Muḥammadiyyah naqīṣatun, yang membawa maksud,

kesempurnaan Syarī‘at selalu di dalam proses menjadi, yang terus

menerus, tidak berhenti pada satu titik yang beku seperti fahaman

golongan Ikhwān al-Ṣofā’ dari kelompok Syī‘ah Ismā‘iliyah.

Di dalam Islām, seperti yang disebut terdahulu, ia

memiliki hierarki di dalam susunan strata sosialnya apatah lagi di

dalam kaitan dengan hukum ḥalāl-ḥarām, ṣaḥ-baṭal dan Syurga-

Neraka. Ijtihād bukan kerja semua orang seperti yang dikliem oleh

puak Illuminatus, Liberalis dan Pluralis dengan konsep

egalitarianismenya, tetapi kerja sebahagian daripada kalangan

Ummah yang mempunyai suatu kualiti luar biasa bukan sahaja di

dalam bidang keilmuan tetapi juga perihal rūḥāniyy dan ‘Aqīdah.

Sebagai contoh, fatwa seorang Syī‘ah yang mengharuskan

berkahwin mut‘ah atau konsep Imām Ghayb tidak dipakai di

dalam epistemologi Islām. Maka di dalam epistemologi Islām,

143 Ḥadīth yang mulia ini, tidak kena-mengena dengan ijtihād dalam

menentukan hukum Fiqh tetapi Ḥadīth ini adalah berkaitan dengan urusan

pendebungaan pokok tamar!

172

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

hukum-hukum Fiqh hanya diterima daripada ijtihād para

Mujtahidīn dikalangan ahlinya yang pelbagai peringkat itu dengan

syarat dan kualiti yang sudah diIjmā‘kan yang sudah pasti akan

kesohihan ‘Aqīdahnya.

Jika diperhatikan secara teliti, tidak ada apa-apa yang

ditawarkan oleh kelompok yang berfahaman Illuminisme,

Liberalisme dan Pluralisme ini. Tema yang secara umum disebut

sebagai HAM yang merangkumi hak wanita, gender, perwarithan,

perang dan damai, bahkan perhambaan, hak bukan Islām dan

kaum minoriti telah pun diselesaikan oleh Fuqahā’ Klasik yang

digelar konservatif itu. Bahkan isu jualan melalui internet,

insurans dan beberapa isu Fiqah kontemporari telah lama selesai.

Para mujtahid gadongan ini daripada kalangan Liberalis dan

Pluralis diabolik ini, sebenarnya bukanlah berijtihād tetapi

semata-mata mengikut arahan tuan mereka yang beragama Yahudi

dan Nasrani144 daripada kalangan puak Illuminati-Zionis, untuk

berijtihād sedikit demi sedikit ke arah permurtadan total Ummah

Islām. Na‘ūzubillāh.

Konsep Kebenaran

Kebenaran bagi golongan Illuminatus, Liberalis dan

Pluralis adalah bersifat relatif atau nisbi. Ia dinamai sebagai

fahaman Relativisme. Fahaman ini di lihat dalam dua sudut.

Pertama melihat keluar kepada semua agama yang ada. Kedua

melihat ke dalam masing-masing agama sendiri. Fahaman

144 Buddhy Munawar Rachman, yang menulis buku Reorientasi, adalah staf di

The Asia Foundation, Jakarta, sebagai Pegawai Program, Islam and

Development. TAF banyak mensponsor penerbitan buku-buku Liberalisme-

Pluralisme di Indonesia. Anwar Ibrahim pula pernah menjadi Pengerusi The

Foundation For The Future yang bertujuan untuk ‘meliberal dan

mendemokrasikan’ Dunia ‘Arab dan Islām.

173

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Relativisme kebenaran bermakna benar kepada seseorang belum

tentu benar bagi orang lain atau pun kesemuanya benar belaka.

Maka dengan fahaman ini, tidak dapat dibezakan lagi mana Īmān

dan mana pula kufur, mana Tawḥīd dan mana syirik, mana yang

haq dan mana yang baṭil dsb kerana semuanya benar belaka.

Fahaman ini menjadi masalah besar dikalangan yang

mengaku beragama Islām. Menurut fahaman Relativisme ini,

kesemua aliran dan kumpulan yang mengaku beragama Islām

seperti ajaran atau kumpulan Khawārij, Mu‘tazilah, Ismā‘iliyyah,

Syī‘ah, Mujassimah dsb adalah dianggap benar belaka, pada hal

Nabiy ṣ.‘a.w hanya mengiktiraf cuma golongan Ahli Sunnah wa

al-Jamā‘ah sahaja yang benar seperti Ḥadīth yang telah disebut

dahulu. Fahaman Relativisme Kebenaran ini akan menjurus

menjadi fahaman Dekonstruksionisme Agama. Justeru

menyebabkan runtuhnya ontologi dan epistemologi serta aksiologi

Islām yang akan menyebabkan runtuhlah seluruh struktur, sistem

dan bangunan Islām semuanya.

Di dalam Islām, konsep dan epistemologi Kebenaran telah

diajar oleh Allāh sendiri melalui al-Qur'ān: inna anzalnā ‘alayka

’l-kitāba li ’n-nāsi bi ’l-ḥaqqi - terjemahan: sesungguhnya Kami

menurunkan al-Kitāb (al-Qur'ān) untuk manusia dengan

(membawa) Kebenaran (al-Zumar: 41) dengan jelas: bayyināt (al-

Māidah: 32). Kebenaran hanya datang dari-Nya: al-ḥaqq min

rabbik (al-Baqarah: 147) dan apabila datang Kebenaran [yakni

Islām], maka musnahlah dan terhapuslah kebatilan: jā al-ḥaq wa

zahaqa ’l-bāṭil inna ’l bāṭila kāna zahūqa (al-Isrā’: 81).

Kebenaran al-Qur'ān digandingi oleh Sunnah Nabawiyyah:

fattabi‘ūniyy (Āli ‘Imrān: 31) dan aṭī‘ullāha wa ’r-rasūl (Āli

‘Imrān: 32). Ini adalah kerana apa yang dibawa oleh Rasūl

semuanya benar dan apa yang dilarang Rasul adalah palsu dan

bāṭil: wama nahākum ‘anhu fantahū (al-Ḥasyr: 7). Maka dari sini

174

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

bermakna Kebenaran juga datangnnya daripada Rasūl ṣollallāhu

‘alayhi wa sallam.

Maka dari keterangan al-Qur'ān ini, amat sangat jelas

bahawa apa-apa doktrin, sistem, fahaman dan falsafah berkaitan

dengan epistemologi kebenaran keagamaan yang diajar di luar

Islām, tidak ada Kebenaran sedikit pun kerana ia tidak menepati

konsep dan epistemologi Kebenaran menurut Naṣṣ-Naṣṣ ini. Oleh

itu, apa-apa yang selain daripada Agama Islām, adalah bāṭil,

bahkan yang di luar lingkungan Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah

juga. Oleh sebab itu, didapati di dalam literatur Islām sepanjang

sejarahnya, kelompok diluar Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah

disebut sebagai kelompok ḍolāl atau sesat bahkan ada yang kāfir.

Maka, Kebenaran keAgamaan hanya terkandung di dalam

al-Qur'ān dan Sunnah Nabiy-Nya sahaja. Kebenaran ini

kemudiannya disalin dan diwarithi secara tepat dan mantap oleh

orang-orang yang mengikuti Nabiy ṣ.‘a.w dari dekat dan yang

bergaul rapat dengan Baginda ṣ.‘a.w itu daripada kalangan para

Ṣaḥābatnya yang mereka itu disebutnya sebagai ka ’n-nujūm, bak

bintang-bintang yang bersifat memberi petunjuk dan menerangi.

Dan kemudiannya orang–orang yang mengikuti mereka, yang

disebut Nabiy: thuma ’l-ladzina yalūnahum daripada kalangan

Tābi‘in, kemudian generasi yang mengikut mereka dan seterusnya

bermata rantai sehingga Qiyamat. Orang ramai disuruh oleh al-

Qur'ān supaya mengikuti ajaran mereka: fas-alū ahla ’z-zikra

inkuntum lā ta‘lamūn (al-Nakhli: 43), daripada dikalangan

golongan rāsikhūna fi ’l-‘ilmi (al-Nisā’: 162) dan disuruh

mengikat diri kepada para Ṣoliḥīn: wa alhiqni bi ’ṣ-ṣōliḥīn (al-

Syu‘arā’: 83). Puak Liberalis dan Pluralis yang meminum racun

fahaman dan falsafah Illuminisme tidak tergolong ke dalam

golongan rāsikhūna fi ’l-‘ilmi itu kerana ‘aqal mereka telah mati!.

175

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Kebenaran ini dapat dilihat dalam dua dimensi iaitu pada

dimensi ‘ilmu dan pada dimensi ‘amalan. Daripada dimensi ‘ilmu,

golongan Mujtahidīn dan segala hierarki autoriti dan Amīrul

Mukminīn di dalam semua subjek keilmuan menjadi pegangan

dalam memahami weltanschauung atau world view Kebenaran

dan ontologi serta epistemologi. Sementara di dalam dimensi

‘amalan pula, baik yang berkaitan dengan amalan Ᾱkhirat

mahupun dunia - umūr al-dunya, maka para Ṣoliḥīn adalah

qudwah dan uswah.

Daripada kaedah ini, maka segala ajaran, pemikiran,

falsafah, sistem, doktrin dan konsep berkaitan dengan Kebenaran

keAgamaan yang bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh

mereka yang rāsikh dan ahl zikr itu adalah tertolak sama sekali.

Ada pun bagi kelompok Illuminati, Liberalis dan Pluralis

yang masih mengaku berAgama Islām tidak meminati perkara

seperti ini. Bagi mereka, Kebenaran adalah bersifat subjektif dan

amat individualistik yang berteraskan kepada pemikiran sapere

aude dengan pelbagai rencam secara formalisme luaran. Bagi

kelompok yang meminati hal-hal yang berkaitan dengan

keruhaniyyan pula, maka mereka melihat Kebenaran daripada

perspektif atau di dalam dimensi transcendental yang dihurai

secara pure metaphysic dalam versi mereka tanpa menghiraukan

perkara yang berkaitan dengan Syarī‘at zahiriyyah. Bagi

kelompok Transcendentalis terutamanya aliran Schuon-Hossein

Nasr, Kebenaran bagi mereka adalah pada paras transendental

tanpa menghiraukan bentuk ritual Syarī‘at dan membenarkan ia

mengekalkan entiti dan identiti masing-masing. Sementara

dimensi formalisme luaran agama pula, mereka tidak

mempedulikan konsep ‘Aqīdah dan Syarī‘at batin, asalkan ia

berbentuk dengan memiliki sistem ritualnya sendiri dan diiktiraf

di dalam lingkungan agama dan kumpulan mereka masing-

176

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

masing. Bagi mereka: There is no Religion higher than Truth

dalam makna kebenaran transendental.

Pun begitu, bagi mereka, Kebenaran itu adalah amat

subjektif dan bersifat relatif yang membawa kepada fahaman yang

semua ajaran dari mana-mana agama adalah sama benar dan tidak

sesiapa boleh menuduh yang agama lain salah. Dawam seorang

Pluralis Indonesia yang juga aktivis IIIT beriktiqad bahawa

Kebenaran tidaklah bersifat mutlak, sekali pun Kebenaran di

dalam Agama Islām dengan keyakinan bahawa pluralisme

mengenai Kebenaran tidak bertentangan dengan agama. Maka

fahaman ini sebenarnya merupakan infrastuktur budaya sebagai

upaya meleburkan Kebenaran (baca: Islām) atas nama agama.

Para Liberalis-Hermaneut diabolik mengkritik ‘Ulamā’

Islām kerana membakukan epistemologi Kebenaran yang hanya

ada pada Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah sahaja dan menjadikannya

tertutup rapat. Mereka juga mengkritik para ‘Ulamā Islām dahulu

sebagai terikat dengan ideologi pemerintah - yang mana ini adalah

tidak benar. Tetapi peliknya pula, yang secara terang-terang,

mereka mengaku terpesona dan terpengaruh dengan pemikiran

dan falsafah kaum Illuminati, Zionis dan Barat serta Orientalis

yang kufur di dalam membina epistemologi dan kefahaman Islām.

Dalam berhujah, mereka senantiasa memetik ungkapan daripada

tulisan golongan Kuffār ini untuk menghujah kaum Muslimīn.

Memang benar seperti kata Shahrastani rḥ, Iblīs mempengaruhi

mereka melalui golongan Kuffār! Malah bertepatan dengan al-

Qur'ān, Sūrah Maryam ayat 83, yang terjemahannya: “ Tidakkah

kamu lihat, Kami telah mengirim Syaitan-Syaitan kepada orang-

orang Kāfir untuk menghasut mereka berbuat ma‘siyat dengan

sungguh-sungguh”, kemudian si Kāfir ini pula berkata kepada

orang-orang berĪmān, terjemahan “ Dan berkatalah orang-orang

Kāfir kepada orang-orang berĪmān, ikutlah jalan kami dan nanti

kami akan memikul dosa-dosa kamu...”.Sūrah al-‘Ankabūt:12.

177

PERCATURAN LICIK

ILLUMINISME, LIBERALISME DAN PLURALISME

Lebai Kacak 2015

Dalam wacana keilmuan Islām, Kebenaran ada pada para

‘Ulamā’ sejati atau golongan rāsikhūn, kerana mereka adalah

warith kenabian: al-‘ulamā-u warathatu ’l-anbiyā’145. Mereka

yang memiliki segala kualiti yang disebut dalam al-Qur’ān dan

Sunnah adalah diperakui benar dan diiktiraf sehingga tinta mereka

disamakan dengan darah Syuhadā’; ‘ibādah berfikir mereka lebih

baik dari ‘ibādat ṣolat sunat; mereka adalah amanah (orang

kepercayaan) Allāh di atas makhluk-Nya146 dan amanah

Ummah147 yakni kepercayaan Ummah dan ijtihād mereka yang

salah, tidak dikira berdosa malah mendapat pahala dsb. Maka

kualiti semacam inilah yang menghasilkan Kebenaran dan

menjadi benteng Kebenaran dan wajar menjadi ikutan kaum

Muslimīn berbanding dengan ijtihād kelompok Illuminati,

Liberalis dan Pluralis148 yang baṭil itu.

Kesimpulannya, dari perspektif ajaran Agama Islām, tidak

ada fahaman Relativisme Kebenaran seperti yang diimani oleh

puak Liberalis dan Pluralis Agama itu.

145 HR Aḥmad dan Imām Empat. terjemahan: al-‘Ulamā’ adalah amanah Allāh di atas - العلماء أمناء اهلل على خلقه 146

makhluk-Nya. Kata al-‘Ᾱmiriy ḥadīth Ḥasan. Lihat ‘Ajulūniy. ت 147 .terjemahan: al-‘Ulamā’ adalah amanah ummah saya - العلماء أمناء أم

HR Daylamiy. Lihat ‘Ajulūniy. 148 Untuk memahami apa yang mereka sebut sebagai ijtihād, antara buku

kelompok ini ialah Ijtihad Islam Liberal, suntingan Abd Moqsith Ghazali.