Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa...

18
Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah Ghafarullahhuddin Din Mohd. Radzi Othman Abstrak Para orientalis banyak memberi sumbangan dalam bentuk pelbagai tulisan dan penyelidihan mengenai agama dan dunia Islam secara menyeluruh. Memandangkan sumbangan majoriti daripada mereka tidak dapat dipisahkan dengan misi agama dan motif penjajahan, sumbangan mereka perlulah ditangani dengan teliti. Kajian ini memberi tumpuan kepada perspektif sebahagian orientalis terhadap konsep harta sadaqah umumnya dan konsep zakat khususnya. Kajian mendapati^perspektif orientalis mengenai konsep ini tidak selari dengan tafsiran dunia keilmuan umat Islam. Lantaran itu, umat Islam perlu teliti dalam melihat perspektif orientalis berkaitan dengan tafsiran mereka berhubung dengan konsep ini seperti mana juga ketelitian perlu diberi dalam berinteraksi dengan pelbagai perspektif orientalis berhubung dengan perkara-perkara lain mengenai agama dan umat Islam. Muqaddimah Istilah 'Orientalis' dalam Kamus Dewan (1992: 879) dijelaskan sebagai "orang yang belajar bahasa, kebudayaan dan Iain-lain mengenai bangsa Timur". Istilah ini biasanya dirujuk kepada setiap orang Barat yang pakar dalam pengkajian ilmu-ilmu Timur sama ada kepakaran mereka sudah sampai ke kemuncak atau pertengahan, ataupun yang amat rendah sekali dalam bidang-bidang bahasa, sastera, tamadun dan agama (Zakaria, 1990: 1). Penguasaan mereka terhadap perkara-perkara yang melibatkan agama dan umat Islam meliputi bidang yang luas.

Transcript of Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa...

Page 1: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan TerhadapPerspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

Ghafarullahhuddin DinMohd. Radzi Othman

Abstrak

Para orientalis banyak memberi sumbangan dalam bentuk pelbagaitulisan dan penyelidihan mengenai agama dan dunia Islam secaramenyeluruh. Memandangkan sumbangan majoriti daripada merekatidak dapat dipisahkan dengan misi agama dan motif penjajahan,sumbangan mereka perlulah ditangani dengan teliti. Kajian inimemberi tumpuan kepada perspektif sebahagian orientalis terhadapkonsep harta sadaqah umumnya dan konsep zakat khususnya.Kajian mendapati^perspektif orientalis mengenai konsep ini tidakselari dengan tafsiran dunia keilmuan umat Islam. Lantaran itu,umat Islam perlu teliti dalam melihat perspektif orientalis berkaitandengan tafsiran mereka berhubung dengan konsep ini seperti manajuga ketelitian perlu diberi dalam berinteraksi dengan pelbagaiperspektif orientalis berhubung dengan perkara-perkara lainmengenai agama dan umat Islam.

Muqaddimah

Istilah 'Orientalis' dalam Kamus Dewan (1992: 879) dijelaskansebagai "orang yang belajar bahasa, kebudayaan dan Iain-lainmengenai bangsa Timur". Istilah ini biasanya dirujuk kepada setiaporang Barat yang pakar dalam pengkajian ilmu-ilmu Timur samaada kepakaran mereka sudah sampai ke kemuncak atau pertengahan,ataupun yang amat rendah sekali dalam bidang-bidang bahasa,sastera, tamadun dan agama (Zakaria, 1990: 1). Penguasaan merekaterhadap perkara-perkara yang melibatkan agama dan umat Islammeliputi bidang yang luas.

Page 2: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Karya-karya Orientalis

Secara sepintas lalu, bidang-bidang yang diterokai oleh golonganorientalis ini adalah seperti berikut; Berkaitan dengan pelbagai aspekumum dalam agama Islam, lahir karya-karya seperti Die RenaissanceDes Islams (The Renaissance of Islam) oleh Adam Mez (1869-1917), Muhammedanische Studien (Muslim Studies) oleh IgnazGoldziher (1850-1921), Culturgeschichte Des Orients (The OrientUnder the Caliphs) oleh Alfred Von Kremer (1828-1889), L'Islam:Croyances et Institutions (Islam: Beliefs and Institutions) oleh HenriLammens (1862-1937) dan sebagainya. Kajian-kajian bidang yangkhusus seperti kajian terhadap al-Qur'an diusahakan antaranya olehGeorge Sale (1734), E. W. Lane (1843), J. M. Rodwell (1909) danIain-lain. Dalam bidang ilmu hadith, timbul karya-karya Goldziher(1889-1890), Schacht (1950), Juynboll (1969, 1983 dan 1996) danIain-lain. Dalam bidang perundangan Islam, terdapat beberapa karyayang dihasilkan antaranya oleh Goldziher (1910), Schacht (1964),Coulson (1964) dan Iain-lain. Projek besar para orientalis terserlahdengan selesainya Ensaiklopedia Islam edisi pertama (1913-1936),serta Ensaiklopedia Islam edisi baru yang jilid pertamanya diterbitkanpada tahun 1960 dan sehingga kini mencecah 11 jilid tebal.Penerbitan Ensaiklopedia edisi baru ini jelas mempamerkankegigihan usaha para orientalis mengkaji dan mendalami hal-halyang berkaitan dengan dunia dan agama Islam kerana usaha yangsudah menjangkau 40 tahun itu dengan bersilih ganti perananorientalis di seluruh dunia telah berjaya menerbitkan setakat ini 11jilid tebal dengan jumlah halaman mencecah 15,000 halaman.

Sanggahan Terhadap Pelbagai Perspektif OrientalisMengenai Hal-Ehwal Agama Islam

Meskipun karya dan kajian orientalis dalam beberapa bidang bolehjadi di antaranya secara kebetulan memberi sumbangan kepadaperkembangan pelbagai ilmu mengenai agama Islam dan umatnya(Maryam Jameelah [1981: 29] dan Abu al-Hasan 'All al-Nadwi[1983: 71]), namun tafsiran mereka terhadap banyak aspek dalamperkara berkaitan dengan agama dan umat Islam adalah tidak selarasdan bertentangan dengan tafsiran sarjana muslim. Sebagai contoh,

Page 3: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

mengenai al-Qur'an, Sale (1882, Jil. I: 107) menulis, "...bahawaMuhammad [sallalldhu 'alayhi wa sallam] sebagai pengarang danpereka utama al-Qur'an adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal".Lammens (1929: 38) turut mencatat, "al-Qur'an, sebagaimana yangsampai kepada kita, mestilah dikira sebagai hasil kerja Muhammad[sallalldhu 'alayhi wa sallam] yang sejati dan personal". Mengenaihadlth pula, Guillaume (1924: 19) menulis, "...hadith mestidianggap sebagai suatu yang diciptakan". Pandangan sebegini turutdidukung oleh banyak orientalis termasuklah Goldziher (1890),Schacht (1950 dan 1964) dan Juynboll (1969).

Pelbagai aspek pandangan orientalis yang jelas bertentangandengan kemurnian ajaran Islam ditangani oleh banyak sarjana Islam.Pandangan serong orientalis terhadap kesucian agama Islammemang tidak terlepas pandang sarjana Islam, yang dapat dilihatantaranya, dalam perbahasan sarjana-sarjana seperti al-Siba'i (1961),al-Khatib (1963), al-A'zami (1968 dan 1985), Muslehuddin (1979),Maryam Jameelah (1981), al-Nadwi (1983), Khalifa (19830), Ahmad(1986), al-Sya'rawi (1988), Mahmud (1989), Jamal (1991), el-Muhammady (1994), Ghorab (1996), al-Samura'I (1996), al-Qadli(t.t.) dan Iain-lain.

Mengenai perpektif negatif orientalis terhadap pelbagai aspekhal ehwal Islam, al-Qaradawi (1998: 64-65) menulis;

"Para orientalis dalam setiap segi dari segi-segi Islam, bahkandalam setiap cabang dari cabang pengetahuan Islam,senantiasa mempunyai tuduhan-tuduhan yang bersifatmenentang. Hal ini didorong oleh salah satu dari dua faktorberikut atau kedua-duanya sekali;

i. Kedangkalan pemahaman mereka terhadap agama Islamdan bahasanya yakni bahasa yang dipergunakan al-Qur'an sejak diturunkannya, bahasa yang dipakai olehhadith-hadith Nabi sallalldhu 'alayhi wa sallam danbahasa pengantar bagi 'ulamd' dalam menulis ilmu-ilmutentang bidang Islam. Para orientalis lantaran keajamandan keasingan mereka terhadap bahasa tersebut, tidakdapat menjiwainya serta tidak dapat menjangkau rahsia-rahsia pengungkapan dan pelbagai petunjuknya.

ii. Niat dan tujuan mereka yang jahat dalam mencari ruanguntuk mencela dan menggunakan titik-titik kelemahanuntuk mendukung i 'tiqdd mereka dalam mendakwa al-

Page 4: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Qur'an sebagai hasil karya manusia dan menolakkebenaran Nubuwwah Muhammad sallalldhu 'alayhi wasallam. Mereka membaca dan mempelajari pusaka kitadengan jiwa fanatik mencari celah-celah tempatpenikaman serta bukan mempelajarinya dengan jiwamencari kebenaran".

Pandangan al-Qaradawi di atas, diakui oleh orientalis yangbernama Annemarie Schimmel (1992: 1), yang menulis bahawa "diantara semua agama yang terpaksa Kristianiti berdepan danberurusan dengannya, Islam adalah yang paling disalah fahami dandiserang".

Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis MengenaiSadaqah

Berkaitan istilah sadaqah, orientalis turut memberi pandangan yangsangat mengelirukan bahkan cuba memutarbelitkan fakta sebenardan perlu diberi penjelasan semula menurut perspektif Islam.Perspektif orientalis mengenai istilah ini, antara lain, boleh dilihatdalam tulisan Schacht (1927) yang terkenal dengan sikapnya yangamat memusuhi Islam, Roberts (1925), Jeffery (1938), Shemesh(1969), Simonsen (1988) dan Weir (1995). Roberts (1925: 76)misalnya menulis, "dalam kaitan dengan zakat, adalah jelas bahawaMuhammad telah mengetahui mengenainya melalui ajaran dalamTalmud. Katsh (1954: xxvi) turut menegaskan "doktrin ini (yaknisadaqah) adalah berasal dari agama Yahudi". Jeffery (1938: 194-195) jelas menyebut bahawa istilah sadaqah ini bukan sahajadiambil daripada istilah yang sama dalam agama Yahudi malahmungkin juga boleh dibuktikan istilah ini dipengaruhi oleh ajaranagama Kristian (lihat juga Shemesh, 1969: 251). Malah, Adam Sabra(2000: 3) yang membuat kajian khusus mengenai aspek ini dalamkarya berjudul Poverty and Charity in Medieval Islam secara tegasmenulis; "...konsep sadaqah adalah merupakan konsep Kristiandan tidak ada satu pun konsep yang menyamainya dalam pemikiranMuslim". Weir (1995: 709) menulis bahawa "sadaqah (sadaka)menyamai istilah sedaka dalam bahasa Ibrani yang bermaksudamalan mulia yang melahirkan sifat membantu orang miskin melaluiderma". Orientalis bukan sahaja mengatakan istilah sadaqah berasal

Page 5: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

dari agama Yahudi malah istilah zakat juga diambil dari agama yangsama (lihat Weir [1995: 709], Shemesh [1969: 25 dan 30] danSimonsen [1988: 27]). The Oxford Dictionary of World Religions,yang diedit oleh John Bowker (1997: 1064) berhubung dengan istilahzakat menjelaskan;

"...Perkataan ini telah dipinjamkan daripada bahasa Ibranizakut....Institusi zakat telah diperkenalkan di Madman,apabila masyarakat memerlukan dana untuk membantuanggotanya yang miskin...".

Schacht (1927: 1202) yang merupakan tokoh orientalis ternamadengan buah pemikiran orientalisnya itu menjadi pedoman buatorientalis selepasnya, menulis dalam artikel Zakat yang dimuatkandalam First Encyclopedia of Islam 1913-1936 Jil. VIII bahawa NabiMuhammad [sallalldhu 'alayhi wa sallam] menggunakan istilah zakatitu untuk memberi erti yang lebih luas daripada penggunaankebahasaan, setelah mengambilnya dari bahasa Ibrani. Dalambahasa Ibrani terdapat istilah zakut dan Schacht menulis bahawaNabi Muhammad [sallalldhu 'alayhi wa sallam] ketika di Mekahsering menggunakan kata zakat dan pecahan-pecahan kata zakayang bererti bersih serta dihubungkan dengan zakat itu sesuaidengan jiwa bahasa bangsa Arab. Schacht dengan lantangmenyatakan pecahan-pecahan kata itu sendiri tidak terdapat dalamal-Qur'an. Kalimat itu tidak terdapat di dalam bahasa Arab asli tetapidipungut dari bahasa Yahudi yang bererti taqwa.

Pandangan orientalis telah menimbulkan sikap tidak senang dikalangan sarjana Islam dan ramai yang tampil memberi komentaratau penjelasan semula terhadap tafsiran salah orientalis terhadapistilah sadaqah mahupun zakat. Antaranya, al-Qaradawi (1988: 36)dalam menyanggah pandangan orientalis terutamanya yangbernama Schacht, menjelaskan;

i. Al-Qur'an telah menggunakan kata zakat dengan pengertianyang dikenali oleh kaum muslimin sekarang sejak awal zamanMekah, seperti yang dapat dilihat dalam al-Qur'an, misalnyadalam surah al-A'raf [7] ayat 156, surah Maryam [19] ayat 31,surah al-Anbiya' [21] ayat 73 dan Iain-lain. Al-Qaradawi turutmenegaskan bahawa Nabi Muhammad sallalldhu 'alayhi wasallam tidak pernah mengenali bahasa Ibrani atau bahasa apapunselain bahasa Arab dan hanya berhubung dengan orang-orang

Page 6: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Yahudi setelah berhijrah ke Madinah. Oleh hal yang demikian,tidak mungkin beliau memungut sesuatu dari orang-orang ataubahasa Yahudi seperti yang dituduh oleh Schacht dan orientalissepertinya.

ii. Pandangan Schacht yang merumuskan bahawa satu perkataanitu memungut daripada perkataan lain apabila terdapat duaperkataan yang sama ertinya dalam kedua-dua bahasa tersebutadalah pandangan yang tidak sesuai dengan pemikiran seorangilmuan dan metodologi ilmiah kerana persamaan itu tidaksemestinya bererti salah satu memungut dari bahasa yang satulagi.

Terdapat juga orientalis yang melihat pensyari'atan zakat yangberupa sadaqah wajib sebagai suatu mekanisme ekonomi yangdicetuskan oleh Nabi Muhammad sallalldhu 'alayhi wa sallamkerana desakan dan keperluan dana ekonomi semasa. Mengenaihal ini, Hurgronje (1995: 58) di samping mempunyai pandanganyang sama dengan orientalis lain berkaitan dengan asal-usulterminologi zakat, turut menyebut;

"Muhammad [sallalldhu 'alayhi wa sallam] terpaksamentadbir amalan menderma dan memastikan kutipan cukai(zakat) minimum setelah terdesak dengan keperluan danaawam diiringi pula dengan kekurangan minat umat Islammenderma ketika jumlah mereka semakin ramai".

Terdapat juga orientalis yang melihat kesan pensyari'atan zakatsebagai memberi implikasi yang negatif kepada umat Islam.Geoffrey Parrinder (1977: 15), seorang lagi tokoh orientalis Baratdengan hasil karya yang banyak dalam bidang Perbandingan Agama,menyebut dalam tulisannya Asian Religions; "...zakatberkecenderungan untuk melahirkan penggemis profesional" sertamenegaskan bahawa "...kedudukan ini adalah suatu yang tidakdapat dielakkan bagi negara-negara yang mempunyai kekuranganperkhidmatan-perkhidmatan sosial".

Pandangan seperti di atas, ternyata bertentangan dengan tujuanpembinaan hukum-hakam dalam Islam. Al-Qur'an, misalnyamenyebut;

Page 7: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

yang maksudnya,

"Ambillah sadaqah (zakat) dari sebahagian harta (amwal)mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan danmensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka.Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwabagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi MahaMengetahui"

(surah al-Tawbah [9]: ayat 103).

Merujuk kepada al-Sunnah pula, Rasulullah sallalldhu 'alayhiwa sallam ketika mengirim Mu'adh radiyalldhu 'anh ke Yaman telahbersabda kepadanya;

^ 3 Jj ili% h\ aj'j ^ of i>\+s, J\ ^^ ^ ^ > ^ « alu of ^ U P

^ n > ^ S i f > o i y aii> ^ i p > > » ain of ^ut(i

ift

yang maksudnya,

"Ajaklah mereka supaya mengakui bahawa tidak ada Tuhanselain Allah, dan sesungguhnya aku Pesuruh Allah. Jikamereka telah mematuhi yang demikian, terangkanlah kepadamereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka salah limakali sehari semalam. Kalau mereka telah mentaatinya,ajarkanlah bahawa Allah memerintahkan kepada merekasupaya membayar zakat harta mereka dan diberikan kepadaorang-orang miskin. Jika itu dipatuhi mereka, jagalah supayakamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga.Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnyaantara dia dengan Allah tidak ada hijab" (hadith riwayatImam Muslim daripada Ibn 'Abbas radiyallahu 'anhuma,Sahih Muslim Ml. I (Terj.), Kitab al-Iman, bab [7] al-du'a'ila al-syahadataini wa syara'i' al-Islam, hadith no. 27).

Kedua-dua nas di atas jelas memberi gambaran hakikat tujuanpensyari Wan zakat, yang antara lain ialah untuk menyuci manusia

Page 8: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

dengan mengeluarkan harta tertentu dan diberikan kepada golonganyang memerlukan. Kedudukan ini tidak ada kaitan langsung denganpersoalan kepentingan dana awam yang dihimpit keperluanmendesak kerana peningkatan penduduk apatah lagi tuduhan meluluyang mengatakan pensyari'atan zakat turut berkaitan dengansemangat menderma yang semakin merosot di kalangan paraSahabah radiyalldhu 'anhum ajma'in. Kenyataan mengenaikekurangan minat umat Islam terutamanya para Sahabah radiyalldhu'anhum ajma 'in dalam mengeluarkan harta di jalan Allah Subhdnahuwa Ta'dld adalah kenyataan yang jelas kepalsuannya mengenaiperibadi mulia para Sahabah radiyalldhu 'anhum ajma 'in. Tuduhanini tidak dapat dipertahankan bila disuluh dengan perjalanankehidupan mereka.

Tuduhan yang mengatakan pensyari'atan zakat berkecenderunganuntuk melahirkan pengemis profesional amat bertentangan dengansemangat positif terhadap anjuran bekerja dan bersadaqah samaada wajib mahupun sunat seperti yang dituntut dalam agama Islam.Mengenai hal ini, Rasulullah sallalldhu 'alayhi wa sallam bersabda;

di JA jiSf dzt\ oi» oi coJi i«i j \ Sittf ^-3 j L ; M

yang maksudnya,

"Sesungguhnya bila seseorang di antara kamu itu pergi pagi-pagi kemudian ia mengumpulkan kayu api (dan dipikuldibelakangnya) lantas ia bersadaqah daripadanya dan tidakmemerlukan (bantuan) orang lain kerana pekerjaannya. Ituadalah lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepadaseseorang sama ada orang itu memberi ataupun tidak.Sesungguhnya tangan yang di atas itu adalah lebih baikdaripada tangan yang di bawah dan mulailah dengan orangyang berada di bawah tanggunganmu" (hadith riwayat al-Tirmidhl daripada Abu Hurayrah radiyallahu 'anh, Sunanal-Tirmidhi Jil. I (Terj.), Abwab al-Zakah, bab maja'a fT al-nahyl 'ani al-mas'alah, hadith no. 675).

Page 9: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

Begitu juga amalan mengemis yang dinyatakan orientalis amatbertentangan dengan anjuran mempertahankan maruah diri dalamagama Islam. Rasulullah sallalldhu 'alayhi wa sallam telah bersabda;

s, ,, ,yang maksudnya,

"Tidak henti-henti seseorang meminta kepada orang lain,sampailah dia datang pada hari kiamat dalam keadaan tidakada sepotong dagingpun di wajahnya" (hadlth riwayatMuslim daripada Hamzah bin 'Abd Allah bin 'Umarradiyallahu 'anh, Sahih Muslim Jil. II (Terj.), Kitab al-Zakah,hadith no. 2265).

Rasulullah sallalldhu 'alayhi wa sallam turut bersabda;

yang maksudnya,

"Sesungguhnya meminta-minta itu tidak diperbolehkan bagiorang kaya dan juga tidak (halal) bagi orang yangmempunyai kekuatan yang sempurna kecuali bagi orangyang sangat miskin atau ditimpa kerugian yang sangat besar.Barangsiapa yang meminta-minta kepada sesama manusiauntuk memperbanyakkan hartanya maka nanti pada harikiamat mukanya akan penuh luka dan cedera yangdiakibatkan dari api neraka (Jahannam)..." (hadith riwayatal-Tirmidhl daripada HubsyT bin Junadah al-Saluliradiyallahu 'anh, Sunan al-Tirmidhi Jil. I (Terj.), Abwab al-Zakah, bab maja'a man la tahillulahu al-sadaqah, hadith no.648).

Insiden sejarah yang berlaku pada zaman 'Umar bin 'Abd al-'Aziz radiyallahu 'anh berkaitan dengan tidak ada seorang punyang hendak menerima harta zakat seperti mana yang dilaporkanoleh Ibn 'Abd al-Hakam (m. 257 H/871 M) dalam Sirah 'Umar ibn'Abd al-'Aziz radiyallahu 'anh membuktikan dengan jelas betapa

Page 10: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

tuduhan orientalis itu ternyata tidak berasas dan tidak dapatdipertahankan (al-QaradawI, 1988: 591; Syalabi, 1991: 79). Kisahyang sama turut diriwayatkan oleh al-Suyuti (2001: 279)rahimahulldh dalam Tdrikh al-Khulafd'.

Pandangan para orientalis berhubung dengan asal usul istilahsadaqah dan zakat pula jika diperhatikan melalui sumber rujukanutama dalam metodologi ilmu dalam Islam yakni al-Qur'an, jelasdapat disanggah kerana al-Qur'an pada banyak tempat seperti dalamsurah Yusuf [12] ayat 2, surah al-Zukhruf [43] ayat 3, surah Fussilat[41] ayat 3 dan ayat 44, surah al-Zumar [39] ayat 28, surah al-Syura [42] ayat 7, surah al-Nahl [16] ayat 103, surah Taha [20] ayat113 dan surah al-Syu'ara' [26] ayat 194-195, menyebut denganjelas bahawa al-Qur'an diwahyukan dalam bahasa Arab (Ushama,1998: 37-44). Misalnya, dalam surah Yusuf [12] ayat 2, al-Qur'anmenyatakan;

.0

yang maksudnya,

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Qur'andengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya".

Dalam surah al-Zukhruf [43] ayat 3, al-Qur'an menjelaskan;

yang maksudnya,

"Sesungguhnya Kami menjadikan al-Qur'an dalam bahasaArab supaya kamu memahami (nya)".

Dalam surah Fussilat [41] ayat 3, al-Qur'an menyatakan;

yang maksudnya,

"Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalambahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui".

Al-Suyuti rahimahulldh dalam al-Itqdn fi 'Ulurn al-Qur 'anketika membicara persoalan pandangan tentang kewujudan serapan

10

Page 11: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

bahasa bukan Arab dalam al-Qur'an menyebut jumhur 'ulama'seperti al-Syafi'i, Ibn Jarir al-Tabari, Abu 'Ubayd al-Qasimi ibnSallam dan Iain-lain menolak pandangan seumpama ini sambilmenyebut bahawa al-Syafi'i sangat membenci orang yangberpendapat sedemikian (al-Husni, 1999: 87). Pandangan al-Syafi'iini jelas dapat dilihat dalam karyanya al-Risdlah (1988: 47-71).

Al-Sabuni (1996: 300-302) dalam al-Tibydn fi Vlum al-Qur'dnketika membicara hal yang sama menyebut bahawa para 'ulama'telah sepakat bahawa al-Qur'an itu berbahasa Arab dan beliaumenegaskan; "adalah suatu hal yang pasti bahawa al-Qur'anditurunkan dengan bahasa Arab".

Perbincangan pada bahagian ini menunjukkan bahawaperbahasan orientalis terhadap aspek sadaqah mestilah dilihatdengan berhati-hati kerana perbahasan mengenainya menurutkacamata orientalis masih juga terikat dengan cara merekamempersembahkan aspek-aspek lain mengenai agama Islam, yangmenurut Ahmad Zidan (1994: 64), "...bukan untuk melaporkantetapi untuk memutarbelitkan". Inilah sebenarnya hakikat perananorientalis, seperti yang dijelaskan oleh Edward W. Said (1979: 3),dalam karyanya Orientalism bahawa orientalisme secara ringkasnyaialah "cara Barat untuk menguasai, menyusun semula dan memilikikekuasaan ke atas Timur". Kajian yang dibuat oleh al-Siba'i (1997:82), al-Samura'i (1996: 67-70) dan Zaqzuq (1989: 9) menunjukkanbahawa kebanyakan para orientalis adalah terdiri daripada golongangereja, tokoh penjajah ataupun terlibat dengan organisasi Yahudi.Al-Siba'i (1997: 82) dan Zaqzuq (1989: 120) turut menjelaskanbahawa secara umum, kajian ketimuran lahir dari inisiatif pihakgereja sedangkan di negara-negara penjajah, kajian tersebutdiselenggarakan bersama dengan kementerian luar negeri.

Di samping tujuan yang bermotifkan agama serta penjajahan,terutamanya setelah penjajah gagal menguasai secara fizikal, tidakdinafikan, memang terdapat orientalis yang mengkaji hal-halmengenai Islam berdasarkan motif akademik yang tinggi dengantidak memusuhi Islam. Kalangan inilah biasanya berakhir denganmemeluk agama Islam, yang sekadar menyebut beberapa tokoh,adalah seperti; Leopold Weis (Muhammad Asad), MarmadukePickthall (Muhammad Marmaduke Pickthall), Margaret Marcus(Maryam Jamilah) dan Iain-lain.

Perbincangan ini membongkarkan serangan orientalis yang cubamemesongkan ajaran suci murni agama Islam dalam pelbagai aspek

11

Page 12: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

dengan memberi tumpuan khusus kepada pelbagai perspektif silapmereka terhadap sadaqah. Perisai utama untuk menangkis seranganseumpama ini ialah dengan mengembalikan segala hal kepadapetunjuk al-Qur'an dan panduan al-Sunnah. Perbincangan padabahagian ini sekali gus menarik perhatian umat Islam untukberwaspada apabila berinteraksi dengan karya-karya orientalis.

Wallahu a'lam

Bibliografi

al-Qur'an. al-Qur'dn dan Terjemahannya - Keluaran DepartemenAgama Republik Indonesia. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Cetakan kedua, 1979.

A'zami, Muhammad Mustafa (1968). Studies in Early HadithLiterature - with a Critical Edition of Some Early Texts.Indianapolis: American Trust Publications. Edisi Kedua 1978.

(1985). On Schacht's Origins of MuhammadanJurisprudence. Oxford: The Oxford Centre for Islamic Studiesand The Islamic Texts Society. Cetakan 1996.

Ahmad, Ibrahim Khalil (1986). Al-Mustasyriqun wa al-Mubasysyirun fi al-'Alam al-'Arabi wa al-Isldm (edisiterjemahan oleh Zeyd Aly Amar dengan judul Siasat Kristendan Orientalis). Jakarta: Gema Insani Press.

Al-Bukhari (194 H/810 M - 256 H/870 M), Abu 'Abd AllahMuhammad ibn Isma'il (1992). Sahih al-Bukhdri (edisiterjemahan oleh Achmad Sunarto et al. dengan judul TarjamahShahih Bukhari Ml. I - IX). Semarang: CV. Asy-Syifa'.

Al-Husnl, Muhammad bin 'Alawi al-Maliki (1999). Zubdah al-Itqdnfi 'Ulum al-Qur 'an (edisi terjemahan oleh Rosihan Anwar denganjudul Mutiara Ilmu-Ilmu al-Qur'dn). Bandung: CV. PustakaSetia.

Al-Khatib, Muhammad 'Ijaj (1999). Al-Sunnah Qabl al-Tadwin (edisiterjemahan oleh Akrom Fahmi dengan judul Hadith NabiSebelum Dibukukan). Jakarta: Gema Insani Press.

12

Page 13: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

Al-Nadwl (1333 H/1914 M - 1420 H/1999 M), Abu al-Hasan 'All(1983). Islamic Studies, Orientalists and Muslim Scholars.Lucknow: Academy of Islamic Research and Publications.

Al-Qadli, 'Abd al-Fattah 'Abd al-Ghani (t.t). Al-Qird'dt fiNazharal-Mustasyriqin wa al-Mulhidin (edisi terjemahan oleh S. AgilHusin al-Munawar dan Abd. Rahman Umar dengan judulOrientalis Menggugat Qiraat al-Qur 'an). Semarang: PenerbitDina Utama Semarang (Toha Putra Group).

Al-Qaradawi, Yusuf (1988). Fiqh al-Zakdh (edisi terjemahan olehSalman Harun et al. dengan judul Hukum Zakat). Singapura:Pustaka Nasional Pte Ltd.

(1998b). al-'Ibddah fi al-Isldm (edisi terjemahan olehUmar Fanani dengan judul Ibadah dalam Islam). Surabaya: Pt.Bina Ilmu.

(1999). Kayfa Nata'dmal Ma'a al-Qur'an al-'Azim(edisi terjemahan oleh Abdul Hayyie al-Kattani dengan judulBerinteraksi dengan al-Qur'an). Jakarta: Gema Insani Press.

Al-Sabuni, Muhammad 'All (1996). Al-Tibydn fi 'Ulum al-Qur'an(edisi terjemahan oleh M. Junaid al-Hashimi dengan judulSejarah dan Dasar Pengajian Ilmu al-Qur 'an. Kuala Lumpur:al-Hidayah Publisher.

Al-Siba'i, Mustafa Husni (1961). Al-Sunnah wa Makdnatuha fi al-TasyrV al-Isldmmi (edisi terjemahan oleh Dja'far Abd. Muchithdengan judul al-Hadith Sebagai Sumber Hukum). Bandung: CV.Diponegoro.

(1997). Al-Istisyraq wa al-Mustasyriqun (edisiterjemahan oleh Ibnu Burdah dengan judul MembongkarKepalsuan Orientalisme). Jogjakarta: Mitra Pustaka.

Al-Suyutl (849 H/1445 M - 911 H/1505 M), Jalal al-DIn 'Abd al-Rahman bin Kamal Abi Bakr (2001), Tdrikh al-Khulafd' (edisiterjemahan oleh Samson Rahman dengan judul TarikhKhulafa'). Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar.

13

Page 14: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Al-Sya'rawi, Muhammad Mutawalli (1988). Syubhah wa AbathilKhusum al-Isldm wa al-Ridda 'Alayha (edisi terjemahan olehAbu Abdillah al-Mansur dengan judul Menjawab KeraguanMusuh-Musuh Islam). Jakarta: Gema Insani Press.

Al-Syafi'i (150 H/767 M - 204 H/820 M), Abu 'Abd AllahMuhammad b. Idris (1988). Al-Risdlah (edisi terjemahan olehAhmadie Thoha dengan judul al-Risalah). Kuala Lumpur:Penerbitan Pustaka Antara.

al-Tirmidhi (209 H/824 M - 279 H/892 M), Muhammad bin 'Isabin Saurah bin Musa bin al-Dahhak (1993). Sunan al-Tirmidhi(edisi terjemahan oleh Mohd. Zuhri et al. dengan judul TarjamahSunan al-Tirmidhi Jil. I - V). Kuala Lumpur: Victory Agency.

Azimabadi, Badr (1995). Islam - The Final Choice. Delhi: AdamPublishers and Distributors.

Bowker, John ed. (1997). The Oxford Dictionary of World Religions.Oxford: Oxford University Press.

Coulson, N. J. (1964). A History of Islamic Law. Edinburgh:Edinburgh University Press.

El-Muhammady, Abdul Halim (1994). Sumber Undang-UndangIslam dan Pandangan Orientalis. Petaling jaya: Budaya IlmuSdn. Bhd.

Ghorab, Ahmad (1996). Subverting Islam - The Role of OrientalistCentres. Kuala Lumpur: The Open Press.

Goldziher, Ignaz (1889). Muhammedanische Studien (edisiterjemahan oleh C. R. Barber dan S. M. Stern dengan judulMuslim Studies Vol. I). London: George Allen and Unwin Ltd.,cetakan 1967.

(1890). Muhammedanische Studien (edisi terjemahanoleh C. R. Barber dan S. M. Stern dengan judul Muslim StudiesVol. IT). Albany: State University of New York Press, cetakan1971.

14

Page 15: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

(1910). Vorlesungen Uber den Islam (edisiterjemahan oleh Andras dan Ruth Hamori dengan judulIntroduction to Islamic Theology and Law. New Jersey: PrincetonUniversity Press, cetakan 1981.

Guillaume, A. (1924). The Traditions of Islam: an Introduction tothe Study of Hadith Literature. Oxford: The Claredon Press.

Hurgronje, C. Snouck (1995). Islam - Origin Religious and PoliticalGrowth and its Present State. New Delhi: Mittal Publications.

Jamal, Ahmad Muhammad (1991). Muftarayat 'aid al-Isldm (edisiterjemahan oleh As'ad Yasin dengan judul Membuka TabirUpaya Orientalis dalam Memalsukan Islam). Bandung: CV.Diponegoro.

Jameelah, Maryam (1981). Islam and Orientalism. Lahore:Mohammad Yusuf Khan and Sons, cetakan kedua 1990.

Jeffery, A. (1938). The Foreign Vocabulary of the Quran. Baroda:Oriental Institute.

Juynboll, G. H. A. (1969). The Authenticity of the Tradition Literature- Discussions in Modern Egypt. Leiden: E. J. Brill.

(1983). Muslim Tradition - Studies in Chronology,Provenance and Authorship of Early Hadith. Cambridge:Cambridge University Press.

(1996). Studies on the Origins and Uses of IslamicHadith. Hampshire: Variorum Ashgate Publishing Limited.

Katsh, Abraham I. (1954). Judaism in Islam - Biblical and TalmudicBackgrounds of the Koran and its Commentaries. New York:Sepher-Hermon Press, edisi ketiga 1980.

Khalifah, Muhammad (1983). The Sublime Qur'dn and Orientalism.London: Longman Group U.K. Limited.

15

Page 16: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Kremer, Alfred Von (1920). Culturgeschichte des Orients Unter denChalifen (edisi terjemahan oleh S. Khuda Bukhsh dengan judulThe Orient Under the Caliphs). Philadelphia: Porcupine Press,cetakan 1977.

Lammens, H. (1968). L 'Islam: Croyances et Institutions (edisiterjemahan oleh E. Denison Ross dengan judul Islam - Beliefsand Institutions. London: Frank Cass and Co. Ltd.

Mahmud, 'AH 'Abd al-Halim (1989). Al-Ghazw al-Fikr wa Atharuhfi al-Mujtama' al-Isldmi al-Mu'dsir (edisi terjemahan olehMohsir M. R. dengan judul Invasi Pemikiran dan PengaruhnyaTerhadap Masyarakat Islam Masa Kini). Singapura: PustakaNasional Pte. Ltd.

Mez, Adam (1937). Die Renaissance des Islams (edisi terjemahanoleh Salahuddin Khuda Bukhsh dan D. S. Margoliouth denganjudul The Renaissance of Islam). London: Luzac and Co.

Muslehuddin, Muhammad (1979). Philosophy of Islamic Law andthe Orientalists. Lahore: Islamic Publication (Pvt) Ltd., cetakanketiga 1994.

Muslim (204 H/820 M - 261 H/875), Abu al-Husayn Muslim ibnal-Hajjaj al-Qusyayri al-NTsaburi (1994). Sahih Muslim (edisiterjemahan oleh Adib Bisri Musthofa dengan judul TarjamahShahih Muslim Jil. I - IV). Kuala Lumpur: Victory Agencie;No. hadith berdasarkan edisi terjemahan bahasa Inggeris olehAbdul Hamid Siddiqi dengan judul Sahih Muslim Vol. I-IV -with Explanatory Notes and Brief Biographical Sketches ofMajor Narrators. New Delhi: Kitab Bhavan. Cetakan 1986.

Parrinder, Geoffrey (1977). Asian Religions. London: Sheldon Press.

Roberts, Robert (1925). The Social Laws of the Qoran - Consideredand Compared with Those of the Hebrew and Other AncientCodes. London: Curzon Press, cetakan keempat 1977.

Rodwell, J. M. (1909). The Koran. London: Dent.

16

Page 17: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubungdengan Konsep Harta Sadaqah

Sabra, Adam (2000). Poverty and Charity in Medieval Islam.Cambridge: Cambridge University Press.

Said, Edward W. (1979). Orientalism. New York: Vintage Books.

Sale, George dan Wherry, E.M. (1982). A ComprehensiveCommentary on the Qur 'an: Comprising Sale s Translation andPreliminary Discourse, with Additional Notes and EmendationsVol. I. W. Germany: Otto Zeller Verlag, Osnabruck, cetakan1973.

Samura'I, Qasim (1996). Al-Istisyrdq Bayna al-Mawdu'iyyah waal-Ifti'dliyyah (edisi terjemahan oleh Syuhudi Ismail et al. denganjudul Bukti-Bukti Kebohongan Orientalis). Jakarta: Gema InsaniPress.

Schacht, Joseph (1927). Artikel Zakat dalam First Encyclopeadiaof Islam 1913-1936 Jil. VIII. Leiden: E.J. Brill, hal. 1202-1205,cetakan 1987.

(1950). The Origins of Muhammadan Jurisprudence.Oxford: Oxford University Press, cetakan semula 1979.

(1964). An Introduction to Islamic Law. Oxford:Oxford University Press, cetakan semula 1991.

Schimmel, Annemarie (1992). Islam - an Introduction. Albany: StateUniversity of New York Press.

Shemesh, A. Ben (1969). Taxation in Islam Vol. Ill - Abu Yusuf'sKitdb al-Kharaj, Translated and Provided with an Introductionand Notes. Leiden: E. J. Brill.

Simonsen, Jorgen Baek (1988). Studies in the Genesis and EarlyDevelopment of the Caliphal Taxation System - with SpecialReferences to Circumstances in the Arab Peninsula, Egypt andPalestine. Copenhagen: Akademisk Forlag.

Syalabi, Ahmad (1991). Al-Tarikh al-Isldmi wa al-Haddrah al-Isldmiyyah (edisi terjemahan oleh Muchtar Jahya dan M. Sanusi

17

Page 18: Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung … · 2017. 10. 13. · Beberapa Sanggahan Terhadap Perspektif Orientalis Berhubung dengan Konsep Harta Sadaqah mengenai

Jurnal CITU

Latiff dengan judul Sejarah dan Kebudayaan Islam Jil. II).Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Ushama, Thameem (1998). Sciences of the Qur'dn: an AnalyticalStudy. Gombak: International Islamic University MalaysiaCooperative Limited.

Weir, T. H. (1995). Artikel Sadaka dalam The Encyclopaedia of Islam(New Edition) Jil. VIII, hal. 708-716. Leiden: E. J. Brill.

Zakaria Stapa (1990). Penglibatan Orientalis dalam Pembicaraantentang Asal Usul Ilmu Tasawwuf: Satu Tinjauan Ringkas, kertasTambahan, Seminar Akidah dan Kerohanian II, anjuran JabatanUsuluddin dan Falsafah, UKM pada 8 hb. September 1990.

Zaqzuq, Mahmud Hamdi (1989). Al-Istisyraq wa al-Khalflyyah lial-Sira' al-Hadari (edisi terjemahan oleh Che Yusuf Che Matdan Mudasir Rosder dengan judul Orientalisme - KesanPemikirannya Terhadap Tamadun Islam). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zidan, Ahmad (1994). World Arrogance. Kuala Lumpur: A.S.Noordeen.

DR. GHAFARULLAHHUDDIN DIN, Pensyarah Pusat Pemikirandan Kefahaman Islam, UiTM, Shah Alam serta Koordinator JurnalUPENA, UiTM, Shah Alam

PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, PensyarahBahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USMPulau Pinang

18