Karya Orientalis Dalam Sirah

31
Karya Orientalis Dalam Sirah • Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee • Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir • Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin • Arabic History oleh Phillip Hitti Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas: Bi l Nama Tajuk Buku Catatan 1. A.J Arberry Islam Hari Ini (Islam Today) Pendahuluan Sejarah Tasawuf At-Tasawuf Terjemahan Quran (1948- 1950) Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam 2. A. Geom Buku: Al-Islam Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA.

Transcript of Karya Orientalis Dalam Sirah

Page 1: Karya Orientalis Dalam Sirah

Karya Orientalis Dalam Sirah• Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee 

• Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir 

• Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin

• Arabic History oleh Phillip Hitti

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya merekaBerikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam

Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:

Bil Nama Tajuk Buku Catatan

1. A.J Arberry Islam Hari Ini (Islam Today)

Pendahuluan Sejarah Tasawuf

At-Tasawuf

Terjemahan Quran (1948-1950)

Warga British, sangat

memusuhi Islam.

Professor di Universiti

Cambridge.

Ramai pelajar Mesir

belajar dengannya

dalam Pengajian

Islam

 

2. A. Geom Buku: Al-Islam

 

Warga British, sangat

memusuhi Islam.

Pensyarah di

Universiti di Britain &

USA. Jelas dalam

karyanya agenda

missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir

Page 2: Karya Orientalis Dalam Sirah

3. Baron Garra de Vaux

 

  Salah seorang

pengarang Islamic

Encyclopedia ·

Berbangsa  Perancis

dan sangat musuhi

Islam

 

4. H.A.R Gibb

 

Pengarang utama Islamic

Encyclopedia

Cara Islam (Inggeris & Arab)

Pendekatan Baru Dalam Islam

(Inggeris&Arab)

Mazhab Muhammadi

(Mohammedanism)

Islam & Masyarakat Barat

Whither Islam 1947

Warga British,

Orientalis terbesar.

Ahli dalam kesatuan

Bahasa di Mesir.

Profesor  di Universiti

Hartford, USA· Karya-

karyanya sangat

bahaya kepada Islam

 

5. Goldziher Pengarang utama Islamic

Encyclopedia

Sejarah Mazhab Tafsir Islam

(Inggeris & Arab)

Pengenalan aqidah & Syariah

Dalam Islam (Introduction to

Islamic Theology & Law)

Halangan Muhammad

Pengasas gerakan

meragukan

kesahihan hadith.

Dianggap pakar

dalam bidang hadith

oleh rakan-rakan

Orientalisnya.

Mendakwa Quran

diubah selepas

Baginda SAW wafat.

Tokoh utama

oreintalis , terlalu

benci kepada Islam

 

Page 3: Karya Orientalis Dalam Sirah

6. John Maynard Majalah Persatuan Pengajian

Timur (1924) 

7. S.M. Zweimer

 

Dunia Islam (pengasas majalah

ini)

b. Islam Mencabar

c. Demi ‘Aqidah

d. Al-Islam (1908-1911)

Berasal dari Amerika

Syarikat ,  Missionari,

sangat terkenal

dengan

permusuhannya

dengan Islam

8. Aziz ‘Atiyyah Suryal

  Menulis beberapa

buah  kitab tentang

Perang Salib .

Rakyat Mesir

beragama  Kristian.

Belajar di Universiti

Amerika, sangat

benci kepada Islam.·

Terlalu banyak

menyelewengkan

ajaran Islam.

 

9. G.Von Grunbaum

 

Islam di zaman pertengahan

b. Perayaan Muhammad

c. Usaha Menerangkan Islam

yang Moden

d. Pengajian Sejarah Keilmuan

Islam

e. Al-Islam

f. Kesatuan & Kepelbagaian

dalam Tamadun Islam

Rakyat Jerman

berbangsa  Yahudi

tetapi menetap di

Amerika Syarikat.

Profesor  di Universiti

Chicago. Terlampau

banyak menyerang

Islam.

 

Page 4: Karya Orientalis Dalam Sirah

10. Phillip Hitti a. Ensaiklopedia Islam, Bab

Sastera Arab

b. Sejarah Arab (History of

Arabs) yang mengandungi

tuduhan bahawa Nabi tidak

siuman

c. Al-Islam

d. Sejarah Syria

e. Asal usul Agama Duruz ·

 

Rakyat Lubnan

beragama Kristian.

Professor  Pengajian

Timur Universiti

Brenston, Amerika

Sayrikat. Penyelia

tidak rasmi kepada

Kementerian Luar

Amerika . Sangat

benci kepada Islam

dan enggan

menisbahkan Islam

dengan sebarang

kebaikan atau

keutamaan

 

11. Carl Brocklemann

The History (Jerman, Inggeris)  

12. A.J Weinsink :   Aqidah Islam (1932). Mendakwa Nabi SAW

mereka Al-Quran

hasil dari ringkasan

kitab-kitab agama

dan falsafah

sebelumnya. Tetapi

sesetengah karya

Weinsink boleh

dibaca (lihat selepas

ini)

 

Page 5: Karya Orientalis Dalam Sirah

13. Kenneth Gragg a. Ketua Editor Majalah The

Muslim World

b. Dakwah al-Makzanah (956) ·

 

Berasal dari Amerika.

Sangat benci dan

menentang Islam.

Mengajar di Universiti

Amerika di Qaherah

beberapa ketika.

Missionari Kristian.

Ketua Jabatan

Kristian di Universiti

Hartford

 

14. L. Massignon

 

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di

Alam Islam

b. Salah seorang penting dalam

karya Ensaiklopedia Islam.

 

Berbangsa Perancis,

Orientalis terbesar

keluaran Perancis.

Penasihat Menteri

Jajahan Perancis

dalam hal ehwal

Timur Afrika.

Pengawas

Kerohanian Kesatuan

Missionari Perancis di

Mesir. Pernah

menjadi askar

Perancis selama 5

tahun dalam Perang

Dunia Pertama. Ahli

Majlis Bahasa di

Mesir dan Kesatuan

Ilmu ‘Arab di Dimasq,

Syria. Mendalami

bidang Falsafah dan

Tasauf Islam.

Page 6: Karya Orientalis Dalam Sirah

 

15. D.B. Macdonald  a. Perkembangan Ilmu Kalam,

Fiqh dan  Teori Perlembagaan

Dalam Islam

 b. Pendirian Agama & Hidup

Dalam Islam (1903-1908)

Berasal dari Amerika,

dan di antara

orientalis yang paling

memusuhi Islam

 

16. M.Green   Setiausaha Majalah

Middle East

17. Majid Qadrawi Bukunya bertajuk "Perang &

Damai Dalam Islam" (1955)

Penganut  Kristian

dari Iraq, · Ketua

Jabatan Pengajian

Timur Tengah

Universiti John

Hopkins, USA· Ketua

Ma'ahad Timur

Tengah untuk

Penyelidikan &

Pendidikan di

Washington·

 Terlalu membenci

Islam

 

18. D.S Margoliouth a.  Perkembangan Baru Dalam

Islam

b. Muhammad & Kelahiran

Islam

c. Universiti Islam

Berbangsa Inggeris

 

Page 7: Karya Orientalis Dalam Sirah

 

19. R.A Nicholson a.  Antara pengarang

Ensaiklopedia Islam

b.  Para ahli Sufi Islam

c.  Sejarah Sastera Arab..

(1910-1930) ·

 

Berbangsa Inggeris.

Sangat bencikan

Islam· Menafikan

Islam agama wahyu·

Mendalami bidang

Tasawuf Islam.

 

20. Henry Lammens a.  Antara pengarang

Ensaiklopedia Islam

b.  Al-Islam

c.  At-Toif

d.  Majalah Kesatuan Pengajian

Timur USA (1925) ·

 

Berbangsa Perancis.

Tersangat

merbahaya.

Mendakwa Nabi tidak

menyukai

perpaduan .· Telah

banyak mengubah

fakta sejarah Islam

seperti mengubah

tarikh lahir Nabi SAW

serta membuat

gambaran jahat

terhadap Fatimah az-

Zahra .

 

21. Joseph Schacht a.  Antara pengarang

Ensaiklopedia Islam

b. Usul Fiqh Islam

c.. Sumber Fiqh Islam (The

Origins of Mohammadans

Jurisprudence) ·

Berbangsa Jerman.

Menghasilkan

banyak karya tentang

fiqh dan Usul Fiqh.

Mendakwa asas

syariat Islam adalah

cedokan undang-

Page 8: Karya Orientalis Dalam Sirah

  undang Rom

 

22. Rudi Paret a. The Quran

b. Der Koran ·

 

Menuduh Nabi SAW

mereka sendiri

Quran, dan

mengambil

pengalaman hidup

dan ilmu tentang Isa

dan  Maryam sebagai

asas rekaan Al-Quran

 

23. Karl Heinrich Becker

  Pengasas Majalah

Islam

24. Jetson Phiit Majd al-Islam (Kemuliaan

Islam)

Menghentam Islam

melalui bukunya

 

25. Richard Bell "Al-Quran & Hubungan Nasrani

dengan Nabi SAW (Arab &

Inggeris)

 

Profesor Bahasa

Arab di Universiti

Edinburgh

26. Lord   Mendakwa Nabi

terpengaruh dengan

ajaran Yahudi dan

mereka permulaan

beberapa surah

dengan huruf-huruf.

Seperti  ‘Alif Lam

Page 9: Karya Orientalis Dalam Sirah

Mim' dan lain-lain.

 

27. Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis)

  Berbangsa Arab

28. W.C. Smith "Islam in Modern History  

29. MontgomeryWatt a. Sirah Nabi di Mekah ,

b. Sirah Nabi di

Mekah(Mohammad In Mecca &

Medina)

c. Mohammad, Prophet &

Statesman

 

 

30. Dr C.G Pfander: ‘Neraca Kebenaran (Mizan al-

Haqq)' 

Mencabar Ulama

Islam berdebat

dengannya, disahut

dan dilakukan pada

1854 M. Hasil debat

ini akhirnya Pfander

mengakui terdapat 8

tempat

penyelewengan

dalam Injil.  Debat

dibuat dalam

beberapa hari,

pengikut Kristian

yang semakin ramai

Page 10: Karya Orientalis Dalam Sirah

membanjiri majlis,

kecewa dengan

Pfander.· Kelemahan

hujjah Pfander ketara

hingga beliau tidak

datang pada hari ke 3

debat. Syiarnya

selepas itu, "Kiranya

Syeikh (ulama yang

berdebat dengannya)

ada di satu tempat,

saya beredar dari

tempat itu." (Lihat

Abu Hasan Ali An-

Nadawi)

 

31. George Sale Terjemahan al-Quran ke

Bahasa Inggeris 

32. Hamilton Jobb ‘Asas Bina Pemikiran Agama

dalam Islam'

Banyak melakukan

penyelewengan

maklumat dan

menyelewengkan

pendapat ulama

dalam bukunya.

 

33. William Muir   Cuba meragukan

Bahasa al- Quran dan

menuduh ianya tidak

terjamin dari

Page 11: Karya Orientalis Dalam Sirah

kesalahan

34. Louis Gardeih ‘Falsafah Pemikiran Agama

antara Islam dan Kristian'

Mendakwa Saidina

Uthman yang

menyusun surah dan

ayat quran

35. Z.P Bodly   Menuduh kotor isteri-

isteri Nabi. Dakwaan

bohong yang

mengatakan Nabi

mempunyai

hubungan dengan

Rahib Kristian dan

juga dakwaan bohong

Nabi dipengaruhi

Paderi Waqas B.

Sa'adah dan

Waraqah Nawfal.

(Lihat Anwar al-Jundi)

 

36. Cofan, Renan, Jano

   

 

   

BERIKUT PULA ADALAH BEBERAPA NAMA BUKU BAHAYA HASIL KARYA PARA OREINTALIS DAN YANG TERPENGARUH DENGANNYA.

1. The Encyclopedia Of Islam - Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3

bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba

diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para

penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah

Page 12: Karya Orientalis Dalam Sirah

membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru

tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam

kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit

campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam

bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. The Encyclopedia Of Britanicca _ amat banyak meneyeleang dalam pelabagi

bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal

Hasan Abbas.

3. Majalah ‘The Muslim World'

4. Shorter Encyclopedia Of Islam

5. Encyclopedia Of Religion and Ethics

6. Encyclopedia Of Social Sciences

7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee

8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir

9. Al-Islam oleh Alfred Geom

10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson

11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin

12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens

13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer

14. Islam Today oleh A.J Arberry

15. Translation of Quran oleh A.J Arberry

16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa

Jerman & Arab oleh Goldziher

17. Arabic History oleh Phillip Hitti

18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia

19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh

20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa

dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya

kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis

tidak sempat menyemak hal ini)

20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang

terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

ANTARA KARYA ORIENTALIS YANG BOLEH DIBACA

Page 13: Karya Orientalis Dalam Sirah

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai

mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan

benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold -  The Preaching of Islam 

2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi) 

3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain 

4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan'

Al- Hafiz Ibnu Hajar 

5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon 

6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu

Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab

Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan  kata pengantarnya oleh  Syeikh Mohd

Rashid Ridha 

7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate

ANTARA KARYA BEKAS ORIENTALIS YANG TELAH MEMELUK   ISLAM .1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 

2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 

3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret

Marcus) 

4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret

Marcus)

BEBERAPA INDIVIDU ISLAM YANG TERPENGARUH DENGAN ORIENTALISAl-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain

orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah

berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta

membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga

adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng

akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara

yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

1. Prof. Ahmad AminPernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie)

Page 14: Karya Orientalis Dalam Sirah

Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam' · Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang

Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah

dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh

Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan

terhadap Imam Bukhari.· 

2. Abu Rayyah Adwa':  Tulisan bertajuk ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah

3. Ismail Adham.

Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-

kitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah:

Buku bertajuk :  Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan

apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini

dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh

Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq   Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh

tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara

ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar

Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian

menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid :Bukunya bertajuk  ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)' dan ‘Ad-Demoqratia

Abadan' · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna

Na'lam' (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu

menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor  Undang-undang )

‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab

tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf,

manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- Al-

Qaradhawi) · Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran

kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti

Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

Page 15: Karya Orientalis Dalam Sirah

9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar

12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia).Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini.

Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki

dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah

yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat.

13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah

mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik

berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya.

14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara

total.  Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.

Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui

beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin

dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Aspek Serangan Orientalis Dalam karya Sirah1)Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.

Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama. Mereka

menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka tidak

teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka

menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka

merendah-rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang

objektif. Mereka memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi

Muhammad SAW. Voltire umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam

tahun 1718 untuk menyerang Nabi Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan

kerjayanya itu kepada Pope Benwa Keempat belas. Semangat seperti ini juga

mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.

2)Melakukan serangan secara tidak langsung terhadap Sirah.

Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di

bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat

memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia

menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah

Page 16: Karya Orientalis Dalam Sirah

himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui

pendengaran . Ia merupakan contoh umum dalam bidang ini ".

3) Menghuraikan Dengan Sesuatu Yang Karut Dan Tiada Kaitan Dengan Nabi

Perkara yang karut dan bersumberkan pada andaian sendiri ini sering dilakukan oleh

para orientalis di dalam kajian mereka termasuk terhadap Sirah Nabi Muhammad.

Hal ini disebutkan oleh Dr. al-Dib dalam satu komentarnya: “Orientalis sering

menyebutkan sesuatu yang karut dan tidak mempunyai kaitan dengan situasi

semasa dalam kehidupan manusia kini, pada sesuatu peristiwa bersejarah yang

berlaku hanya berdasarkan andaian mereka. Malahan mereka pasti akan

menghuraikannya berlandaskan hipotesis atau kepakaran mereka secara khusus

dalam situasi yang berlaku dengan kehidupan mereka dan masyarakat mereka

sehari-hari.” Misalnya, mereka menyesuaikan pemilihan para pemerintah

sebagaimana situasi kehidupan masyarakat Barat yang menunjukkan pertikaian

mereka dalam pemilihan sesebuah parti pemerintah dan calon pemimpin

berdasarkan faktor masa kini. Mereka menjadikan situasi ini seperti sesebuah

pilihanraya dan wujudnya pemilihan calon pemimpin untuk disokong dan ditentang.

Ini hanya pada teori sahaja, sedangkan pada praktikalnya yang berlaku amat

berlainan sekali bagi golongan yang memiliki wang dan harta di negara Barat.

Mereka ini mampu membeli undi para pengundi agar memilih mereka dengan

kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki. Hal ini memaparkan betapa teruknya

keadaan yang berlaku sehingga diterbitkan sebuah buku yang pernah menjadi buku

‘terlaris’ di pasaran dunia Barat yang berjudul “Membeli Pemimpin” dan buku yang

lain bertajuk “Mencipta Pemimpin”. Lalu mereka menggarapkan cerita sebegini di

dalam kisah sejarah berkaitan dengan bai’ah pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai

pengganti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan gambaran yang samar.

4) Mewujudkan Keraguan Dalam Aspek Sejarah Dan Sunnah Nabi

Begitu banyak fakta dan info berkaitan dengan Sirah Hidup Nabi Muhammad dan

juga Sejarah Dunia Islam yang diberikan fakta songsang dan amat menyeleweng

dengan hakikat peristiwa sebenar yang terjadi. Sesetengah fakta itu diputar belitkan

dengan baik agar sukar untuk dikenali antara baik dan buruk sesebuah peristiwa

tersebut. Mereka sering menulis cerita berkaitan sejarah dengan diselitkan cerita

yang bukan dari realiti sebenar, ataupun diselewengkan faktanya atau memutar

Page 17: Karya Orientalis Dalam Sirah

belitkan dengan kisah-kisah khayalan yang sukar difahami.

Perkara ini merupakan salah satu teknik mereka yang paling berjaya dalam

membuatkan masyarakat Islam sendiri merasa ragu-ragu terhadap kebenaran kisah

sejarah umat Islam sendiri. Apabila diperhatikan kisah-kisah sebegini, ia

memaparkan kisah pelik di kalangan umat Islam sendiri. Keadaan ini menjadi

‘gangguan’ bagi para pemuda Islam memahami serta menerima fakta sejarah agung

umat Islam terdahulu.

Dr. Muhammad Fathi ‘Utsman di dalam bukunya ada menyebutkan: “Mereka ini

(orientalis) begitu melampau dalam mengisi fakta pada setiap penulisan karya

mereka, terutamanya di dalam lapangan Sirah Nabi Muhammad. Mereka

menggunakan segala daya usaha yang ada untuk mewujudkan keraguan di

dalamnya. Mereka menciptakan keraguan ini bermula daripada nama Nabi

Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan seterusnya. Seandainya mereka mampu

untuk mewujudkan keraguan di benak kaum muslimin, pasti mereka akan

menjadikan umat Islam ragu-ragu hingga pada kerasulannya…” 

5) Menimbulkan Penyelewengan Dan Pemalsuan Sirah

Sebahagian orientalis berusaha untuk mewujudkan penyelewengan terhadap

kepelbagaian fakta ketamadunan umat Islam. Segala realiti ini wujud dan menjadi

ciri keunikan ajaran Islam dan para penganutnya sejak sekian lama. Namun ia

dinafikan dengan segenap daya kemampuan yang dimiliki oleh mereka agar tidak

tersebar di kalangan bangsa lain yang berada di luar lingkungan ajaran Islam.

Para orientalis ini menafikan sekeras-kerasnya sejarah penyebaran Islam dilakukan

dengan cara paling lunak dan amat diplomasi. Mereka turut menolak kesejagatan

risalah Islam yang sesuai untuk semua budaya dan etnik. Sebaliknya mereka

menyebarkan dakyah bahawa ajaran Islam ini disebar luaskan dengan ‘mata

pedang’ dan kekerasan.

Tidak hairanlah mereka mengengkari fakta kesejagatan Islam yang secara

khususnya berkait dengan risalah dan surat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam

yang diutuskan kepada parab pemerintah dan pembesar wilayah di luar

Semenanjung Tanah Arab ketika itu. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam

Page 18: Karya Orientalis Dalam Sirah

telah menghantar surat kepada Maharaja Rom iaitu Hercules, pembesar Mesir iaitu

al-Muqauqis, pembesar Ethopia atau Habsyah iaitu al-Najasyi (Negus) dan juga

pemerintah di wilayah Parsi.

Orientalis seperti Gustav Lobon dalam bukunya berjudul “Sejarah Arab” yang

memaparkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang telah mengetahui di kalangan

Yahudi dan Kristian terdapat seorang nabi yang diutus khusus kepada bangsa

tersebut. Lalu Muhammad yang dilahirkan di kalangan bangsa Arab dan mengetahui

keadaan itu telah mendakwa bahawa dirinyalah nabi yang diutuskan tuhan kepada

mereka. Lanta beliau menyaring dan meniru sesetengah hukum yang terdapat di

dalam kitab panduan Yahudi dan Kristian untuk dijadikan kitabnya yang diturunkan

serta sebagai seorang yang boleh diyakini sebagai seorang nabi.

6) Menggunakan Sumber Yang Tidak Boleh Dipercayai Dari Kalangan Umat Islam

Antara satu kecacatan yang menjadi perkara paling ‘memualkan’ dalam pengajian

para orientalis terhadap Islam dan umatnya adalah dengan mengambil sumber yang

tidak boleh dipercayai di kalangan umat Islam. Bahkan, mereka akan menjadikan

sumber ini sebagai satu sumber asas yang menjadi keutamaan dalam setiap kajian

dan penyelidikan mereka. Oleh itu, mereka seringkali merujuk kepada kitab-kitab

yang kurang dipercayai seperti kitab karya al-Asfahani berjudul “al-Aghani” sebagai

asas rujukan mereka di dalam kajian sejarah Islam dan masyarakatnya.

Begitu juga dengan beberapa lagi sumber rujukan yang sememangnya telah ditolak

dan dipinggirkan oleh sebahagian besar ulama dan sarjana Islam. Antara buku yang

telah diberikan ‘amaran’ kepada kaum Muslimin daripada membaca dan

mengambilnya sebagai rujukan seperti buku-buku sejarah yang telah dihasilkan oleh

umat Islam sendiri, antaranya “Sirah Ibn Ishaq”, “Sejarah al-Waqidi”, “Sejarah Abu

al-Mikhnaf”, “Pengembaraan Ibn Battuta” dan sebagainya.

Para ulama Islam menolak dari mengambil fakta buku-buku ini kerana berlakunya

penyelewengan di dalamnya oleh para penulis tersebut, seperti Ibn Ishaq, al-Waqidi

dan Abu al-Mikhnaf yang lebih cenderung kepada Syiah dan terdapat banyak fakta

yang mengelirukan di dalamnya serta berat sebelah. Manakala, hasil kerja Ibn

Battuta itu pula disebabkan cerita itu mengandungi fakta yang mengelirukan dan

penulisan itu ditulis semua oleh penulisnya selepas lebih 20 tahun pengembaraan itu

dimulakan. Sedangkan kisah-kisah inilah yang dijadikan sumber utama bagi kajian

Page 19: Karya Orientalis Dalam Sirah

penyelidikan mereka.

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ORIENTALIS

1. SOCIETE ASIATIQUE

Iaitu pertubuhan Asia Perancis yang diasaskan di Paris yang memainkan peranan

dalam menulis dan menyebarkan kitab dalam pengajian bahasa Arab, menterjemah

kitab, mengkaji tentang geografi sejarah dan undang-undang Islam. Mereka juga

mengkaji tentang peradaban orang Asia dan mengumpul maklumat tentang

kependudukan di Asia.

2. ROYAL ASIATIC SOCIETY

Pertubuhan Asia Diraja (Britain) ditubuhkan di London. Matlamat dan peranannya

adalah sebagaimana pertubuhan Societe Asiatique. Selain itu terdapat juga badan

penyelarasan dan kajian yang berhubung dengan kesenian, kebudayaan dan tradisi

masyarakat Timur.

3. THE AMERICAN ORIENTAL SOCIETY

Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1842. Matlamat utama yang di ambil daripada

permuafakatan mereka yang pertama ialah menuntut kepada pengajian timur

(orient) untuk melakukan penjajahan sebagaimana yang dilakukan oleh negara-

negara Eropah terhadap dunia Timur. 

4. THE MIDDLE EAST INSTITUTE

Kerajaan Amerika menubuhkan Institusi pengajian pada tahun 1947 ini sebagai

salah satu daripada usaha dalam mencapai matlamat Orientalisme.

5. THE MIDDLE EAST STUDIES ASSOCIATION

Ianya adalah di antara beberapa pertubuhan yang bergiat aktif dalam bidang

pengajian dan pendidikan bagi mencapai matlamat sebagaimana pertubuhan-

pertubuhan di atas.

Kesan Gerakan Orientalisme

Page 20: Karya Orientalis Dalam Sirah

1. Kerancuan Akidah

Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagai telatah kebaratan yang

amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh

mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan

kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam

berhadapan dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan

dengan Salman Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara

kita umat dikejutkan oleh golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain

yang menjadi mangsa gerakan jahat ini.

2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran.

Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan,

wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori,

pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.

3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan.

Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal

adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis

untuk tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas

politik.Perjuangan politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara

umat Islam.

4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan.

Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya

meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-

undang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah

Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam

jika diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka

seperti ini adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya

adalah sesat.

5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme.

Budaya hiburan bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam, khasnya

yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham

Page 21: Karya Orientalis Dalam Sirah

kebendaan,korporatism, semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang

ada begitu mempengaruhi hati budi umat. Media massa saban hari memperagakan

cara gaya hidup mewah melalui iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin

kecil menunggu kesempatan untuk menjual kuasa pengundian kepada para

pemimpin yang lebih besar dengan harga yang paling lumayan. Rakyat sendiri

disunglap dan disuap dengan habuan kebendaan dalam membuat pemilihan

pemimpin masyarakat atau negara.

6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis.

Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh

penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka

adalah golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang

ditatang oleh agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal

tentu akan lebih memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula

menangani nasib negara yang baru merdeka.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN OREANTALIS 

1) Mengenalpasti ancaman Orientalis dan Pentadbirannya 

Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti

ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir,

dalam apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam

perlu bukan sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di

kalangan umat Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.

2) Perlunya ulamak Islam yang pakar untuk menjawab kembali tuduhan Orientalis .

Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam supaya

dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan

orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di

dalam perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang

khusus menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan

segera bagi menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di

kalangan golongan orieantalis. 

Page 22: Karya Orientalis Dalam Sirah

3)Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin.

Ulamak dan umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin

dalam menerangkan konsep Islam yang sebenarnya dan membetulkan kembali

sebarang kefahaman mereka yang silap berkenaan dengan agama Islam serta

berdakwah kepada mereka.

4) Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin. 

Bagi negara yang boleh menggunakan kekutan undang-undang haruslah

menguatkuasakan akta dan hukuman terhadap sebarang usaha yang meragukan

Islam dan tidakan tegas hendaklah dikenakan kepada gerakan orientalis.