belajar pertanian

31
PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/1 PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN OBJEKTIF OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja pengurusan dan penuaian tanaman. OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat; Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman. Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis pemangkasan tanaman. Menerangkan cara-cara memangkas tanaman. Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman. Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit. Aztric Pertanian www.tanahkita.blogspot.com UNIT 15

description

belajar fertanain asas

Transcript of belajar pertanian

Page 1: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/1

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja

pengurusan dan penuaian tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan dapat;

Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam pengurusan tanaman.

Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman

Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis pemangkasan tanaman.

Menerangkan cara-cara memangkas tanaman.

Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit tanaman.

Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

UNIT 15

Page 2: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/2

15.0 PENGENALAN

Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan

dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana

kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat

dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat

cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di

samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari

serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan

sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita

fahamnya untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang

di tanam itu perlu di jaga.

Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan

selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman

ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang

memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang

perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu

kerja-kerja memancang. Dalam unit ini hanya akan diterangkan kerja-kerja

penjagaan umum yang penting untuk hampir semua jenis tanaman. Kerja-kerja

tersebut ialah membaja, memangkas, mengawal penyakit, mengawal perosak dan

menyiram serta akan disentuh sedikit berkenaan dengan penuaian tanaman.

CUBA ANDA PASTI DAPAT!!!!!!!!!...... TAHNIAH ATAS SEMANGAT ANDA.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

INPUT

Page 3: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/3

SELAMAT MENCUBA

15.1 PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah.

Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

UNSUR PEMAKANA

N UTAMA

UNSUR PEMAKANA

N UTAMA

UN

SU

R

PE

MA

KA

NA

N

PE

RIN

GK

AT

K

E 2

UN

SU

R

PE

MA

KA

NA

N

PE

RIN

GK

AT

K

E 2

UNSUR PEMAKANA

N MIKRO

UNSUR PEMAKANA

N MIKRO

NITROGENPOSFORAN

KALIAM

NITROGENPOSFORAN

KALIAM

KALSIAMMAGNESIAM

SALFAN

KALSIAMMAGNESIAM

SALFAN

Fe, Mn, Cu, Co, Zn,

B, Cl, Mo.

Fe, Mn, Cu, Co, Zn,

B, Cl, Mo.

Page 4: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/4

Terdapat dua jenis baja iaitu:

a) Baja Organik - Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia - Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

a) Cara taburan

Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)

Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

CARA-CARA MEMBAJA

Page 5: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/5

Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)

Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)

Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)

Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuperum, zingkam, feram, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 6: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/6

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA….!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 5 pelajar. Anda dikehendaki dapatkan maklumat dengan menyenaraikan contoh-contoh baja, bentuknya dan kandungan nutrien bagi baja tersebut pada senarai yang di sediakan di bawah: Lihat contoh yang di berikan. Maklumat kandungan nutrien baja biasanya tertulis pada bekas-bekas baja.

NAMA BAJA

KANDUNGAN NUTRIEN BENTUKBAJA%N %P %K % Mg

CONTOH:Nitrophoska Hijau 15 15 15 0 Butiran

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

AKTIVITI 15 a

Page 7: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/7

Bentuk baja samada Butiran, cecair, debu, pellet atau hablur.

2. Lengkapkan jadual di bawah. Anda di beri masa 1 minggu untuk melengkapkanya. Sila laksanakan aktiviti ini dalam kumpulan 5 pelajar.

Nama tanaman Nama baja Masa membaja Kadar dan kekarapan

Rambutan

Terung

Sawi

Kacang panjang

Ubi kayu

Pisang

Cempedak

Tebu

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 8: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/8

NAMA BAJA

KANDUNGAN NUTRIEN BENTUKBAJA%N %P %K % Mg

CONTOH:Nitrophoska Hijau 15 15 15 0 Butiran

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

MAKLUMBALAS 15a

SOALAN 1SOALAN 1

Page 9: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/9

Nama tanaman Nama baja Masa membaja Kadar dan kekarapan

Rambutan

Terung

Sawi

Kacang panjang

Ubi kayu

Pisang

Cempedak

Tebu

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

SOALAN 2SOALAN 2

Page 10: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/10

15.2 PEMANGKASAN

Pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara yang teratur berasaskan pengetahuan mengenai pertumbuhan tanaman supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki.

Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:

Mengawal saiz tumbuhan

Mengurangkan transpirasi.

Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.

Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.

Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang bahagian yang

rosak, mati dan berpenyakit.

Meninggikan nilai estetik.

Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang diingini.

Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :

a. Pemangkasan membentuk

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

INPUT

Page 11: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/11

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang

tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas

utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan

tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.

Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit

atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan

kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul Merak atau

Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan

tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia

akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan

Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau

batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan baru

tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan

pokok tersebut.

Cara pemangkasan ialah seperti berikut:

Dahan yang tua - Potongan dibuat hampir sama dengan tunas dan

menyerong supaya air tidak bertakung.

Dahan yang besar - Menggunakan kaedah 3 kali keratan.

Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari

pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 12: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/12

dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh

lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan.

Masa pemangkasan, sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan

aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau buah.

Rawatan luka setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka perlu

disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lain

untuk mengelakkan serangan kulat.

Langkah-langkah kerja memangkas:

1. Sediakan peralatan pemangkasan seperti di senaraikan. Gunakan

peralatan yang tajam.

2. Kenal pasti dahan yang akan dibuang.

3. Pangkas di bahagian atas tunas baru dan condong ke bawah

berlawanan arah tunas. Pangkas dengan licin dan bersih untuk

mengelakkan air bertakung.

4. Sapu cat atau Santa A pada tempat yang dipangkas.

5. Buat takuk kecil di bawah tunas teratas, di atas tunas kedua dan

ketiga untuk mendapatkan dua atau tiga tunas seragam selepas

pemangkasan.

6. Pangkas pucuk dan dahan untuk menghadkan pertumbuhan serta

mengekalkan saiz dan bentuk yang dikehendaki.

7. Beberapa contoh pemangkasan adalah seperti yang ditunjukkan.

Dahan-dahan yang perlu di pangkas ialah dahan yang berpenyakit, dahan

yang bersilang antara satu sama lain, dahan yang tumbuh menghala ke

dalam, dahan yang tumbuh menghala ke bawah, sulur atau tunas air dan

tangkai bunga serta buah.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 13: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/13

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA….!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Berdasarkan rajah yang di sertakan tandakan tempat-tempat potongan bagi memangkas dahan pokok yang besar.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

AKTIVITI 15 b

Page 14: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/14

2. Senaraikan berbagai alatan yang sesuai di gunakan untuk memangkas bahagian-bahagian pokok dan nyatakan saiz dahan yang sesuai di potong.

NAMA ALAT SAIZ DAHAN YANG SESUAI DI POTONG

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

MAKLUMBALAS 15a

Soalan 1Soalan 1

Soalan 3Soalan 3

Page 15: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/15

NAMA ALAT SAIZ DAHAN YANG SESUAI DI POTONG

1. Gunting Pangkas Kecil dan lembut2. Skatuers Sebesar batang pensil3. Gergaji Pangkas Sebesar lengan4. Chain saw Batng pokok

15.3 KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Kesuburan tanaman sering diancam oleh berbagai jenis perosak. Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis menghisap

Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :- Daun berlubang –lubang atau koyak.

- Najis serangga bertaburan.

- Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.

- Akar terpotong atau menjadi pendek.

- Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

INPUT

Page 16: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/16

- Getah atau cecair kelihatan meleleh.

Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :- Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.

- Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.

- Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau

batang.

Tanda-tanda serangan virus :- Pertumbuhan pokok terbantut.

- Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.

- Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan

daun.

Tanda-tanda serangan kulat :- Karat di daun.

- Layu di seluruh pokok.

- Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.

- Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.

- Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

Tanda-tanda serangan bakteria :- Keseluruhan pokok layu.

- Bahagian daun berbintik-bintik.

- Pokok kelihatan buruk dan reput.

Cara-cara mengawal perosak tanaman secara umumnya terdapat LIMA cara iaitu:

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 17: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/17

Kawalan Fizik iaitu kaedah perosak di kawal secara fizik seperti menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan dan menggunakan pancaran radioaktif.

Kawalan Kultura iaitu kaedah mengawal perosak dengan menggunakan amalan menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna.

Kawalan biologi iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod.

Kawalan kimia iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun hamama Ortus. Penyemburan sesuai dilakukan dua minggu sekali.

Kawalan secara undang-undang iaitu mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarintina, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.

Penyakit-penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu, Reput dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Cara-cara mengawal penyakit ialah sekiranya berpunca dari serangan kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat seperti Captan atau Benlate. Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang baik seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang, cabut dan bakar yang diserang dan lain-lain.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 18: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/18

Perosak seperti siput babi dan lintah bulan boleh dikawal dengan menggunakan umpan beracun seperti Metadex dan Siputox. Racun ditabur di tempat yang diserang. Bakteria dan virus boleh dikawal dengan cara sanitasi terutamanya kebersihan kawasan.

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA….!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Nyatakan perbezaan antara Virus, Bakteria, Kulat, Nematod, Serangga dan rumpai.

2. Apakah yang anda faham dengan istilah perosak tanaman.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

AKTIVITI 15 c

Page 19: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/19

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

MAKLUMBALAS 15c

SOALAN 1SOALAN 1

Virus ialah sejenis hidupan yang paling kecil dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop.Bakteria ialah terdiri dari sel tunggal dan membiak secara pembahagian sel.Kulat ialah sejenis tumbuhan yang tidak mengandungi klorofil oleh itu ia bergantung kepada tumbuhan hijau atau sisa tumbuhan dan haiwan untuk mendapatkan sumber makanan.Nematod ialah sejenis cacing yang mempunyai badan yang bulat, panjang dan tidak bersegmen.Serangga ialah kumpulan haiwan yang terbesar di dunia. Badanya bersegmen iaitu Kepala, Toraks dan abdomen.

Page 20: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/20

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

1. Nyatakan tujuan membaja?.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

ARAHAN:

Jawab SEMUA soalan yang diberikan dalam ruang yang telah disediakan. Markah lulus anda ialah 60 %.

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 2Soalan 2

Perosak ialah Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan. Perosak

juga termasuk organisma yang menyebabkan penyakit.

Perosak ialah Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan. Perosak

juga termasuk organisma yang menyebabkan penyakit.

Page 21: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/21

2. Terangkan DUA kaedah pembajaan yang popular untuk tanaman buahan.

3. Senaraikan LIMA contoh baja berserta dengan komposisi kandungan Nutrienya.

Nama Baja Komposisi nutrienN P K Mg

Nitroposka Hijau

Nitoposka Biru

Urea

4. Terangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis Pemangkasan bagi tanaman buahan.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Tujuan MemangkasTujuan Memangkas Jenis-jenis PemangkasanJenis-jenis

Pemangkasan

Page 22: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/22

5. Senaraikan tanda-tanda pokok di serang oleh penyakit kulat.

6. Terangkan mana-mana DUA kaedah mengawal penyakit dan perosak tanaman yang popular diamalkan oleh petani-petani di Malaysia.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 23: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/23

1. Nyatakan tujuan membaja?.

Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya.

2. Terangkan DUA kaedah pembajaan yang popular untuk tanaman buahan.

a) Cara taburan

Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Page 24: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/24

ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)

Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)

Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

3. Senaraikan LIMA contoh baja berserta dengan komposisi kandungan Nutrienya.

Nama Baja Komposisi nutrienN P K Mg

Nitroposka Hijau 15 15 15

Nitoposka Biru 12 12 7 5

Urea 40

4. Terangkan tujuan memangkas dan jenis-jenis Pemangkasan bagi tanaman buahan.

Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 25: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/25

Mengawal saiz tumbuhan

Mengurangkan transpirasi.

Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.

Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.

Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang bahagian yang

rosak, mati dan berpenyakit.

Meninggikan nilai estetik.

Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang diingini.

Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :

a. Pemangkasan membentuk

Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang

tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas

utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan dibiarkan

tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.

Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah berpenyakit

atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan

kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul Merak atau

Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun, pastikan

tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak dipangkas, ia

akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan

Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau

batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan baru

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 26: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/26

tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan

pokok tersebut.

5. Senaraikan tanda-tanda pokok di serang oleh penyakit kulat.

Tanda-tanda serangan kulat :- Karat di daun.

- Layu di seluruh pokok.

- Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.

- Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.

- Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

6. Terangkan mana-mana DUA kaedah mengawal penyakit dan perosak tanaman yang popular diamalkan oleh petani-petani di Malaysia.

Cara-cara mengawal perosak tanaman secara umumnya terdapat LIMA cara iaitu:

Kawalan Fizik iaitu kaedah perosak di kawal secara fizik seperti menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan dan menggunakan pancaran radioaktif.

Kawalan Kultura iaitu kaedah mengawal perosak dengan menggunakan amalan menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna.

Aztric Pertanianwww.tanahkita.blogspot.com

Page 27: belajar pertanian

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN J1301/ UNIT 15/27