BENGKEL KPM.xlsx
-
Upload
roziah-md-amin -
Category
Documents
-
view
13 -
download
2
description
Transcript of BENGKEL KPM.xlsx
PROMOSI PENGHANTARAN ARTIKEL UNTUK PENERBITAN JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 17 2016:
Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan
Pendidikan Jilid 17 untuk tahun 2016. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
i) Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini
dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz abstrak
adalah 10 dan italic.
ii) Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar
negara
iii) Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
iv) Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times
New Roman bersaiz 12.
v) Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz
alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)
vi) Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA
(American Psychological Association) edisi terkini.
vii) Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel,
nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
viii) Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan
salinan lembut (soft copy)
ix) Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel
[email protected]) Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada:
Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)
xi) Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2016
Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2016, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda melalui talian 03 88846593 atau Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567.