Berfikiran Positif

2
e 3 Mar 2015 Bila berfikiran negatif adalah baik… Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi [12] Comments 3.73kShare 7Share Share Share Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti… Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan. Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemikiran

description

motivasi

Transcript of Berfikiran Positif

e 3 Mar 2015

Bila berfikiran negatif adalah baikPosted by Irfan Khairi underTip Motivasi[12] Comments

3.73kShare 7Share Share ShareWalaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti

Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya

Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita

Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.

Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku.Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemikiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).

Sama juga keadaan di mana menyertai sebarang skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan. Pastinya terasa was-was dan mempunyai perasaan negatif terhadap peluang-peluang sebegini. Perasaan negatif tersebut semestinya adalah benar.

Sememangnya sebagai usahawan, kita perlu mengambil risiko. Namun, bukan risiko sebarangan ataupun melakukan sesuatu membuta sahaja dengan alasan berfikir positif. Risiko yang perlu diambil adalah calculated risk risiko yang telah diselidik sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan.