bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

19
“BERTEKAD CEMERLANG” SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM [AJ30303] NAMA PENSYARAH : EN.MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI TAJUK TUGASAN : ISLAM DI ASIA TENGGARA: KEDATANGAN, KESAN DAN SIGNIFIKAN TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI ASIA TENGGARA. NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK 1. FATIMAH BINTI ABDULLAH BA12110092 2. NUR FATIHAH BINTI ABD HALIM BA12110353 3. NUR SYAMIMI BINTI RASHID BA12110371 4. NURUL AFIQAH BINTI HAMIDI BA12110385 5. RAJA NURUL MUNIRAH BINTI RAJA HARIS BA12160615 6. ZAIDA BINTI RAJIEE BA12110525

Transcript of bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

Page 1: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

“BERTEKAD CEMERLANG”

SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM

[AJ30303]

NAMA PENSYARAH : EN.MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI

TAJUK TUGASAN : ISLAM DI ASIA TENGGARA: KEDATANGAN,

KESAN DAN SIGNIFIKAN TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI ASIA TENGGARA.

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

1. FATIMAH BINTI ABDULLAH BA12110092

2. NUR FATIHAH BINTI ABD HALIM BA12110353

3. NUR SYAMIMI BINTI RASHID BA12110371

4. NURUL AFIQAH BINTI HAMIDI BA12110385

5. RAJA NURUL MUNIRAH BINTI RAJA HARIS BA12160615

6. ZAIDA BINTI RAJIEE BA12110525

Page 2: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN 2-3

2. FAKTOR KEBANGKITAN AGAMA ISLAM DI ASIA TENGGARA 3 2.1. Pedagangan 3 2.2. Peranan Ulama dan kegiatan Pendakwahan 4-5 2.3. Ciri agama Islam sendiri 5-6

2.4. Perkahwinan 6-7

3. SIGNIFIKAN TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM 7 3.1. Faktor dalaman masyarakat Islam 8

3.2. Pengaruh Asia Barat 9 3.3. Ekonomi 10 3.4. Pendidikan 11

4. KESAN 12 4.1. Kesan di Tanah Melayu 12 4.2. Kesan di Indonesia 13

4.3. Kesan di Filipina 13 4.4. Kesan di Thailand 13-14 4.5. Kesan di Burma 14

4.6. Rumusan 14-15

5. ANALISIS 15-16

6. KESIMPULAN 16-17

BIBLIOGRAFI 17-18

Page 3: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

2

1. PENGENALAN

Pada umumya, terdapat tiga teori besar tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Terdapat teori dari Tanah Arab, teori dari India dan juga teori dari China. Teori dari Tanah

Arab menyatakan bahawa Islam datang terus dari Tanah Arab yang disandar kepada catatan

bahawa orang Arab telah melakukan urusan perdagangan dengan negara-negara sebelah

Timur terutamanya negara China sejak zaman sebelum Islam lagi. Teori ini juga bersandarkan

kepada penemuan batu-batu nisan, batu-batu bersurat, dan catatan orang Cina dan Arab

sebagaimana dalam catatan I-Tsing iaitu seorang pengembara Cina yang menyebut bahawa

beliau belayar ke Sumatera pada tahun 671 Masihi dengan menumpang sebuah kapal

kepunyaan saudagar Arab. Selain itu, teori kedatangan Islam dari Tanah Arab juga boleh

didasarkan kepada kajian S.M. Naquib Al-Attas yang telah menyebut riwayat di dalam Hikayat

Acheh ada mengatakan bahawa Islam telah masuk ke Sumatera Utara sekitar tahun 505

Hijrah (1112 M) dengan kedatangan seorang mubaligh Islam yang bernama Syeikh Abdullah

Arif.

Manakala, terdapat teori dari India yang diperkenalkan oleh C. Snouck Hurgronje dan

disokong oleh Dr.Gonda, R.A Kern, C.A.O Von Ronkel dan banyak lagi. Teori ini muncul

berdasarkan kepada faktor perdagangan antara India dan Kepulauan Melayu. Sebagaimana

para pedagang Arab, orang India telah sampai ke Asia Tenggara sebelum kelahiran Islam di

kawasan Asia Tenggara lagi. Seawal abad pertama Masihi, orang Yunani merupakan golongan

yang terawal sampai ke daerah ini dan diikuti oleh orang Arab-Parsi, India dan China. Teori

kedatangan Islam dari India juga boleh dirujuk melalui kaedah perjalanan golongan para

pedagang ke rantau ini, terutamanya melalui kaedah jalan laut.

Teori kedatangan Islam dari China pula dikemukakan oleh Emanuel Godinho Eredia

dan disokong oleh Fatimi dalam kajiannya pada tahun 1963 berdasarkan kepada pelbagai

penemuan monumen di sepanjang bahagian pantai Timur Laut China iaitu Phang-Rang

(separuh pertama abad ke-11), di Leran, Jawa Timur (separuh kedua abad ke-11) dan di

Terengganu pada awal abad ke-14. Malahan, pandangan beliau lagi berlandaskan kepada

perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876

Masihi. Walaubagaimanapun, kebanyakan sumber China tetap mencatatkan dan mengakui

bahawa Islam telah sampai ke negara tersebut sejak abad ke-7 Masihi iaitu bersamaan 1

Hijrah. Ketiga-tiga teori ini disokong oleh para sejarawan disebabkan faktor geografi, politik

dan sosioekonomi seperti pelayaran, perdagangan dan seterusnya penempatan awal

masyarakat Islam di sesebuah kawasan di Asia Tenggara. Oleh itu, perbincangan ini akan

Page 4: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

3

membincangkan cara penyebaran agama Islam, kesan dan signifikan kedatangan Islam

terhadap kebangkitan Islam yang berlaku di Asia Tenggara.

2. FAKTOR KEBANGKITAN AGAMA ISLAM DI ASIA TENGGARA

Kedatangan awal Islam di Asia Tenggara masih merupakan isu yang masih hangat

diperdebatkan. Hal ini kerana masih belum terdapat tarikh atau masa yang tepat kedatangan

Islam di Asia Tenggara. Terdapat beberapa cara atau faktor yang menyumbang kepada

kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Perbincangan akan melihat sejauhmana faktor tersebut

memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkembangkan agama Islam di Asia

Tenggara.

2.1 Perdagangan

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dikaitkan melalui aktiviti perdagangan terutamanya di

Kepulauan Melayu. Perairan di Asia Tenggara telah menghubungkan negeri China, India dan

negeri-negeri Arab di Timur Tengah yang berlanjutan ke benua Eropah.1 Kedatangan

pedagang Arab ke Asia Tenggara bukan semata-mata untuk menjalankan aktiviti perdagangan

malah turut bertujuan untuk menyebarkan agama Islam. Terdapat beberapa pendapat

menyatakan bahawa, pada abad ke-13 agama Islam mula tersebar luas di Asia Tenggara

terutamanya di Nusantara berdasarkan Kerajaan Samudera Pasai yang merupakan kerajaan

Islam pertama. Sikap yang ditunjukkan oleh pedagang Arab telah menjadikan hubungan

mereka dengan masyarakat tempatan sangat baik. Hal ini sekaligus telah memudahkan lagi

proses penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Hal demikian dapat dilihat melalui

pengaruh Islam terhadap pemerintah yang menyakini kebenaran agama Islam itu sendiri.2

Semasa pemeritahan Kerajaan Melaka pula, kegiatan pengislaman telah berlaku secara

meluas dimana ianya dimulakan dari kalangan istana dan pembesar serta diikuti oleh rakyat

jelata.3 Pengislaman secara meluas di Kerajaan Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat

penyebaran agama Islam di Alam Melayu khasnya. Dalam masa yang sama juga, Melaka telah

diiktiraf sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Sebagai sebuah pusat perdagangan Islam,

sudah pasti ianya turut memberi pengaruh terhadap kehadiran pedagang yang lain. Sebagai

1 Adrian b.lapian. Peta Pelayaraan Nusantara dari Masa ke Masa. Jati (2). 1996. 2 Dr. Haji Abdullah Ishak. Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1992. hlm 97. 3 Mashitah Sulaiman. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian Eksploratori.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 4-5 June. 2013. Penang. Malaysia.

Page 5: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

4

contoh, kehadiran pedagang Jawa ke Melaka telah menyebabkan mereka turut memeluk

Islam. Apabila mereka kembali ke tempat asal mereka, mereka turut menyebarkan agama

Islam di kawasan masing-masing.4

Penyebaran Islam secara meluas di Asia Tenggara dikaitkan dengan kedatangan

pedagang Arab kerana telah berlaku proses pengislaman semasa kedatangan mereka di Asia

tenggara. Setiap pelabuhan yang mereka singgahi bukan hanya untuk menjalinkan hubungan

perdagangan malah turut memperkenalkan agama Islam serta telah memperlihatkan amalan-

amalan murni sehingga masyarakat tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka.

Hubungan baik antara pedagang Islam dengan pedagang lain juga telah membawa kepada

proses penyebaran Islam sehingga berlaku perkembangan di merata-rata Asia Tenggara

termasuklah Brunie, Kalimantan Utara dan juga Pulau Mindanou di Filipina serta pelabuhan

Tuban dan Gerisik di Jawa.5

2.2 Peranan Ulama dan kegiatan Pendakwahan

Peranan Ulama yang juga merupakan pedagang Arab turut memberi pengaruh kepada

perkembangan agama Islam di Asia Tenggara. Kehadiran para ulama yang menunjukkan sikap

serta perilaku yang baik memudahkan lagi masyarakat untuk menerima usaha mereka. Melalui

penampilan yang menarik seperti berakhlak baik serta berkarisma telah menyakinkan rakyat

setempat dengan ajaran yang mereka sampaikan sekaligus aktiviti pendakwahan yang mereka

jalankan menjadi mudah.6 Para ulama juga telah bertindak untuk mengajar ilmu-ilmu agama

bermula di istana-istana.

Antara bukti yang dapat dilihat menunjukkan berlakunya pengajian di istana melalui

Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab

teologi yang mana merupakan penulisan gurunya kepada Sultan Mansur Syah (1459-1477) di

Istana Melaka.7 Selain daripada itu, istana juga berfungsi sebagai tempat muzakarah,

4 Dr. Haji Abdullah Ishak. Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1992. hlm 97. 5 Ibid. 6 Arba’iyah Mohd Noor. 2011. Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu ( Development of Islamic

Historiography in Malay Archipelago). Jurnal Al-Tamadun. 6: 29-50. 7 Arba’iyah Mohd Noor. 2011. Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu ( Development of Islamic

Historiography in Malay Archipelago). Jurnal Al-Tamadun. 6: 29-50.

Page 6: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

5

perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab.8 Antara golongan ulama

yang terkenal di Melaka ialah Mulana Yusuf, Maulana Abu Bakar, Shiekh Ismail dan Sidi Arab.9

Pengajaran Islam bukan hanya dilaksanakan di istana, malah para ulama turut menjalankan

kegiatan pendakwahan di masjid, surau dan rumah sekaligu ianya berperanan sebagai pusat

yang penting untuk kegiatan pembelajaran. Golongan ulama ini juga berperanan penting

untuk mengajar ilmu pembacaan, penulisan serta pengajian Al-Quran serta ilmu

yangberkaitan dengan ilmu Fiqah, Tauhid, Tasawuf dan Sejarah Islam kepada masyarakat

setempat.10 Di Acheh, kegiatan pendakwahan dijalan oleh pendakwah-pendakwah dari timur

Tengah dan India.11

Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh para ulama merupakan pengerak utama dalam

kegiatan perkembangan Islam di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana pendekatan yang

mereka gunakan adalah bersifat harmoni yang membuatkan masyarakat tanpa ragu-ragu

untuk menerima setiap apa yang mereka ajarkan.

2.3 Ciri agama Islam sendiri

Perkembangan agama Islam di Asia Tenggara berlaku secara mudah kerana sifat serta ajaran

dalam Islam mudah diterimaa oleh setiap masyarakat. Islam telah mengentengahkan unsur-

unsur yang rasional dan logik dimana penganutnya diajar untuk mempercayai kewujudan

Tuhan. Selain daripada itu, Ikonsep Tauhid yang diketengahkan dalam ajaran Islam telah

mengubah persepsi dan kehidupan masyarakat yang sebelum ini mengamalkan ajaran Hindu-

Buddha. Tambahan pula, konsep Tauhid yang diketengahkan turut membawa perubahan

dalam bidang sosial, politik, perundangan, pendidikan, kesusateraan dan sebagainya.12

Ciri Islam yang menekankan persamaan taraf turut memudahkan agama Islam

berkembang dengan mudah. Melaui konsep ini juga, masyarakat setempat mudah untuk

8 Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia : Suatu Kajian Eksploratori.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 4-5 June. Penang, Malaysia. 9 Dr. Haji Abdullah Ishak. Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. 1992. hlm 97. 10 Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia : Suatu Kajian Eksploratori.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 4-5 June. Penang, Malaysia. 11 Ibid. 12 Mashitah Sulaiman, Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian Eksploratori.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 4-5 June. Penang, 2013.

Page 7: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

6

menerima ajaran Islam yang dianggap tidak memandang status seseorang. Dalam ajaran

Hindu-Buddha, masyarakatnya dilayan berdasarkan kedudukan kasta. Mereka yang berada

dalam kedudukan kasta yang rendah, akan ditindas serta mendapat layanan yang buruk

manakala ianya berbeza pula dalam ajaran Islam. Dalam Islam, kedudukan serta taraf

seseorang itu dinilai berdasarkan iman dan taqwanya. Ajaran dalam Islam adalah berdasarkan

Al-quran dan As-Sunnah. Tambahan pula, konsep persamaan taraf dalam ajaran Islam telah

membentuk perpaduan dalam kehidupan masyarakat. Islam juga telah mengajak umatnya

agar bersifat Mahmudah yang membawa maksud terpuji dan mengelakan sifat-sifat

Mazmumah seperti hasad dengki, sombong, zalim dan menindaskan yang lain.13

Islam juga memberi jaminan dan keadilan sosial kepada semua penganutnya tanpa

membeza-bezakan berdasarkan kedudukan sosial yang bersifat feudal. Hal demikian telah

menjadikan penganut Islam merasakan harga diri mereka terpelihara dan tidak lagi

dibelenggu dengan fahaman kasta dalam ajaran Hindu-Buddha.14 Ajaran-ajaran yang terdapat

dalam agama Islam telah menarik perhatian masyarakat Asia Tenggara untuk menerima dan

menganut Islam.

2.4 Perkahwinan

Perkahwinan turut menjadi pendorong kepada perkembangan Islam di Asia Tenggara. Berlaku

perkahwinan diantara pedagang Islam dengan masyarakat tempatan. Hal ini berlaku ekoran

daripada penungguan pertukaran angin monsun yang mengambil masa beberapa bulan.15

Sementera menunggu pertukaran angin mohsun, terdapat pedagang Islam yang berkahwin

dengan masyarakat tempatan terutamanya dari kalangan kerabat diRaja dan pembesar-

pembesar negeri.16 Perkahwianan tersebut turut mempengaruhi seluruh ahli keluarga

memeluk Islam.

Perkembangan Islam bukan sahaja melalui perkahwinan antara pedagang Islam malah

terdapat juga perkahwianan antara pembesar. Sebagai contoh, perkahwinan antara Megat

Iskandar Syah dengan Puteri Pasai telah mendorong seluruh kerabat diRaja, pembesar-

14Fairuzah Hj. Basri et.al. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm., 120. 15 Ibid, hlm., 104. 16 Dr. Haji Abdullah Ishak, Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1992, hlm., 113.

Page 8: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

7

pembesar dan rakyat memeluk Islam.17 Perkahwinan antara golongan pembesar juga telah

menyebabkan berlakunya perkembangan antara dua buah kerajaan. Perkahwinan

sememangnya memberi pengaruh yang besar dalam kebangkitan Islam di Asia Tenggara.

3. SIGNIFIKAN TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM

Penjajahan kuasa Barat berlaku di seluruh Asia Tenggara sama ada dari segi politik, sosial

dan ekonomi. 18Sebelum penjajahan, Islam di Asia Tenggara telah bertapak kira-kira abad ke-

14. Hal ini telah menjadikan agama Islam itu telah sebati dengan kehidupan masyarakat di

Asia Tenggara ketika itu dimana agama Islam sebagai cara hidup yang merangkumi aspek

sosial, politik dan ekonomi yang hampir lengkap dan sebati dengan masyarakat Asia Tenggara

atau lebih dikenali sebagai Islamisasi. Penjajahan telah menimbulkan reaksi yang kurang

senang terhadap masyarakat Islam kerana disebabkan factor fizikal seperti politik, sosial dan

ekonomi yang diamalkan oleh penjajah bertentangan dengan ajaran Islam yang telah menjadi

panduan masyarakat Islam pada ketika itu.

Selain itu, penjajahan barat dari segi factor fizikal iaitu aspek politik dimana telah

berlaku ramapasan dan penindasan hak politik melalui penaklukan wilayah di Asia Tenggara

seperti peperangan. Contohya perang Jawa, Perang Moro di Filipina dan sebagainya.

Eksploitasi hak politik turut berlaku contohnya di Tanah Melayu iaitu Sultan tidak berkuasa

dalam pentadbiran kecuali berkaitan hal adat dan agama Islam sahaja bertentangan dengan

Islam iaitu konsep khalifah. Dari segi ekonomi dimana berlaku pengenalan sistem ekonomi

kapiltalis yang bertentangan dengan Islam seperti mengeksploitasi sumber bahan mentah.

Dari aspek sosial pula penjajah memperkenalkan budaya Barat contoh polisi secular dalam

pendidika, hiburan dan lain-lain.

3.1. Faktor dalaman masyarakat Islam

Sememangnya faktor dalaman itu sendiri yang membawa kepada kebangkitan Islam di Asia

Tenggara.19 Hal ini kerana, unsur-unsur Islam pada waktu itu telah dicemari dengan pelbagai

17 Fairuzah Hj, Basri et.al, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:Perkembangan dan Isu Kontemporari. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm., 104. 18 Ali Mohammad, Sumbangan Tamadun Islam dalam Kehidupan Masyarakat Di Alam Melayu Hingga Abad ke-17,

Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm., 82. 19 Ahmad Faisal Mohd Fiah, Role of Al-Imam in Malay Transfomation until 1941, International Conferences on

Page 9: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

8

unsur-unsur jahiliyah, khurafat, bidaah serta nilai-nilai barat yang hanya mementingkan

keduniaan semata-mata ternyata bertentangan dengan sifat-sifat Islam. Kejumudan

pemikirann telah menguasai pemikiran segolongan besar masyarakat Islam pada waktu itu

menyebabkan mereka tergolong dalam golongan umat Islam yang tidak progresif dan anti

pembaharuan. Golongan tradisional begitu ekstrem dalam mengekalkan tradisi dan tidak

mahukan perubahan. Hal ini menyebabkan masyarakat Islam menjadi mundur dan jauh

ketinggalan dengan barat. Di sini, munculnya golongan yang progresif iaitu dikenali sebagai

Kaum Muda. Kaum Muda telah bertindak memperbetukan Kaum Tua yang begitu

mementingkan tradisionalannya yang sekaligus tidak membenarkan serta meneruskan

perkara-perkara bidaah dan khurafat yang sememangnya diharamkan dalam Islam.

Antara tokoh yang memainkan peranan yang cukup penting dalam kebangkitan Islam

di Asia Tenggara seperti pemimpin Kaum Muda atau Al- Imam di Tanah Melayu. Pergerakan

Kaum Muda atau Al- Imam ini dikatakan telah bertindak sebagai salah satu pencetus dalam

kebangkitan semangat nasionalisme dan kebangkitan terutamanya masyarakat Islam di Tanah

Melayu. Pergerakan ini telah diketuai oleh tokoh-tokoh yang hebat iaitu Syeikh Muhammad

Tahir Jalaluddin yang merupakan penaung bagi pergerakan Kaum Muda serta disertai oleh

pemimpin keagamaan lain yang beribawa seperti Syed Syeikh Al-Hadi yang meneruskan

perjuangan Kaum Muda dalam penulisan beliau dalam penerbitan majalah Al-Ikhwan di Tanah

Melayu khasnya.

3.2. Pengaruh Asia Barat

Sebelum kedatangan koloni-koloni barat di Asia Tenggara, ramai penduduk di Asia Tenggara

berhijrah ke Asia Barat atau Timur Tengah untuk menunaikan haji serta menuntut ilmu.

Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan refomasi yang berlangsung di Asia Barat

khususnya semasa zaman Jamaludin Al-Afghani dan Muhamad Abduh. 20Gerakan refomis

yang telah mereka laksanakan secara tidak langsung telah mempengaruhi golongan intelek

Asia Tenggara dan seterusnya bertindak membawa pulang ideologi tersebut ke Asia Tenggara.

Antara golongan intelek yang terpengaruh dengan refomis Asia Barat adalah seperti Sheikh

Tahir Jalaluddin.

Social Science and Humanity IPEDR Vol. 5, 2011, hlm., 409.

20 Hussain Ahmad Amin, 11 Tokoh dalam Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd, hlm., 54.

Page 10: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

9

Tambahan lagi, melalui medium-medium seperti media, pedagang luar serta

pendidikan membolehkan idea refomis ini tersebar dengan begitu cepat yang akhirnya

tercetusnya kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Idea yang tersohor adalah konsep Pan-

islamisme. Pengenalan konsep ini menekankan kepada perpaduan dan kerjasama umat Islam

sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam.

Ideologi berkenaan Pan-Islamisme itu telah berkembang luas ke Asia Tenggara dan telah

diterima oleh masyarakat Muslim di Asia Tenggara. Buktinya jelas dapat dilihat di Indonesia

apabila Sarekat Islam telah ditubuhkan pada 1912 dan mengadaptasi ideologi Pan-Islamisme

yang telah diperkenalkan oleh Sultan Abdul Hamid II dan Jamal Al-Din Al-Afghani.

Selain itu, 21kemunculan Jamal Al-Din Al-Afghani turut membantu dalam menyebarkan

idea Pan-Islamisme ke seluruh dunia. Pelbagai cara telah dilakukan oleh beliau termasuk

dengan cara penulisan dan buktinya jelas dapat dilihat melalui karya penulisannya yang

berjudul “Al-Wahda Al-Islamiyyah” (perpaduan Islam). Melalui karya tersebut, beliau telah

menjelaskan mengenai perlunya umat Islam bersatu dan bekerjasama sesama sendiri untuk

kebaikan masa depan dan membebaskan diri dari cengkaman kuasa Barat.

3.3. Ekonomi

Sistem ekonomi di Asia Tenggara telah mengalami banyak perubahan dalam pelbagai aspek

melibatkan perkembangannya daripada peringkat awal yang bersifat sara diri sehinggalah

bersifat komersial yang mula wujud sebelum dan selepas kedatangan penjajah ke Tanah

Melayu. 22 Namun, kedatangan pihak penjajah melibatkan pihak British telah banyak

mengubah sistem ekonomi di Tanah Melayu sehingga wujud eksploitasi golongan kapitalis

Barat itu sendiri dalam aspek ini serta ditambah lagi oleh golongan pedagang Asia

terutamanya masyarakat China. Perkara ini ditambah dengan kesan daripada kemelesetan

ekonomi dunia pada 1930-an telah banyak memberi pelbagai bentuk masalah dan memberi

kesan yang dihadapi sendiri oleh setiap masyarakat terutamanya di Asia Tenggara. Perkara

21 Mohd Roslan Mohd Nor, Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6, 2011, hlm.,

117.

22 Mohamad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press, 2006, hlm., 184.

Page 11: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

10

ini banyak dikaitkan dengan negara Amerika Syarikat apabila kejatuhan ekonomi ini telah

bermula pada 1929 disebabkan kejatuhan saham yang teruk dan menyebabkan nilainya

seakan-akan tidak bernilai.

Perkara tersebut telah banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya

masyarakat Islam yang merupakan antara masyarakat majoriti di Asia Tenggara. Masyarakat

Islam telah bangkit dalam mendapatkan kembali hak mereka yang telah dirampas oleh

golongan penjajah melibatkan aspek seperti tanah dan pekerjaan yang telah membawa

kepada kemunduran masyarakat Islam itu sendiri. Sebagai contohnya di Indonesia,

pengenalan sistem ekonomi bebas di bawah Dasar Liberal menyebabkan rakyat tempatan

tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan dan mereka

hanya bertindak sebagai buruh bergaji di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis

Belanda. Perkara ini telah menyebabkan dasar ini bukan sahaja ditentang oleh masyarakat

Islam di Jawa malah masyarakat Belanda itu sendiri di mana memastikan segala keuntungan

di Hindia Timur dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Hindia Timur dan golongan ini juga

mendakwa Belanda bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat yang menetap di

Hindia Timur amnya.

3.4. Pendidikan

Ilmu merupakan satu wadah yang amat penting dalam menentukan dan membentuk ummah

yang seimbang dari segi fizikal dan juga rohani.23 Pengaruh Islam bermula daripada kejayaan

Islam yang berjaya menyebarkan ajarannya disamping memnyebarkan pendidikannya.

Buktinya pada zaman kerajaan Melaka, perkembangan ilmu pengetahuan bukan sahaja

berlaku di rumah-rumah dan masjid namun ia turut dijalankan di istana-istana yang

merupakan tempat pertemuan orang-orang kenamaan. Tambahan lagi, fungsi istana selain

daripada tempat-tempat belajar dan muzakarah ia juga berperanan sebagai perpustakaan,

tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku. Pendidikan yang berteraskan Islam adalah

23 Mahayuddin Yahaya, Tamadun Islam, Shah Alam : Fajar Bakti, 2000, hlm. 313

Page 12: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

11

hasil daripada kedatangan agama suci tersebut ke rantau Asia yang kemudiannya merebak

ke seluruh Asia Tenggara.

Menurut sejarah, 24pendidikan Islam pada awalnya diajar di rumah-rumah guru,

kemudian berpindah ke masjid, surau, madrasah dan lama-kelamaannyanberpusat

sepenuhnya di sekolah pondok. Institusi pengajian pondok merupakan institusi pendidikan

yang tertua di Tanah Melayu. Namun, tidak ada sebarang bukti atau catatan yang jelas yang

menyatakan tarikh sebenar kewujudan institusi ini. Kemunculan dan pembentukan sekolah

pondok sememangnya muncul tanpa dirancang dan berkembang ekoran sambutan

masyarakat itu sendiri yang dahagakan ilmu yang datang ke satu-satu tempat untuk belajar

dengan Tok Guru mereka. Ekoran kewujudan golongan ilmuan yang dilahirkan dalam institusi

pendidikan pondok ini, telah muncul perasaan inginkan perubahan dan kebebasan daripada

pihak penjajah agar tidak dibelenggu dengan penjajahan yang bertapak kian lama di Asia

Tenggara. Selain daripada itu, pendidikan juga dikatakan sebagai salah satu faktor bentuk

penampan dalam digunakan sebagai menangkis sebarang bentuk tohmahan yang diberikan

oleh pihak penjajah yang banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat pada masa tersebut

dan bertindak sebagai usaha penyatuan dalam menentang penjajah itu sendiri.

4. KESAN

Tidak dapat dinafikan bahawa kebangkitan Islam di Asia Tenggara adalah disebabkan mereka

didorong oleh perasaan mencari punca-punca kejatuhan Islam dan kehinaan yang menimpa

mereka di tanah air sendiri. Lantaran itu, mereka berusaha gigih demi memulihkan kembali

semngat iman, pemikiran, dan jihad agar umat Islam di Asia Tenggara kembali kepada ajaran

Islam yang sebenar. Sehubungan itu, kebangkitan Islam yang dilakukan di Asia Tenggara

mengandungi ciri-ciri yang merangkumi akidah dan akhlak agar mencapai matlamat utama

kebangkitan Islam tersebut. Aspek akidah dan akhlak ini mampu mempertahankan kebenaran

dan keadilan serta kebangkitan di Asia Tenggara juga adalah bertujuan untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam pada ketika itu. Kebangkitan Islam

ini merupakan satu gerakan yang mencakupi seluruh aspek iaitu politik, sosial dan ekonomi.

Kebangkitan ini sekali gus telah meninggalkan kesan ke atas masyarakat di Asia Tenggara

tidak kira sama ada daripada kesan positif mahupun negatif.

24 Mohd Roslan Mohd Nor, Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6, 2011, hlm.,

117.

Page 13: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

12

4.1. Kesan di Tanah Melayu

Di Tanah Melayu, gerakan kebangkitan Islam pada awalnya bermula secara ideologi yang

dikenali sebagai Gerakan Kaum Muda. Gerakan Kaum Muda telah menubuhan beberapa buah

madrasah yang bertujuan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam. Sistem Pendidikan Islam yang diajar meliputi semua aspek dunia dan

akhirat seperti ilmu fardu ain, dan fardi kifayah serta Bahasa Inggeris. Malahan, pembinaan

madrasah ini juga memberi peluang kepada para wanita di Tanah Melayu untuk menuntut

ilmu. Selain itu, pada tahun 1938, Kaum Muda juga telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda

(KMM) yang berjuang untuk menentang penjajah British di Tanah Melayu. Gerakan Kaum

Muda ini mejoritinya adalah pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir yang

telah terpengaruh dengan Gerakan Pemulihan Islam di sana dan membawa idea tersebut

pulang ke tanah air. Oleh itu, bukti yang dapat dilihatt kesan daripada idea tersebut ialah

melalui majalah Al-imam yang bertujuan untuk menyebarkan konsep dan idea Pan-Islamisme

dalam kalangan masyarakat Melayu.

4.2. Kesan di Indonesia

Manakala, di Indonesia pula adanya penubuhan Muhammadiyah yang diwakilkan oleh Kaum

Muda di sana. Mereka mendapat tentangan hebat daripada golongan konservatif akibat

Muhammadiyah menolak secara terang-terang adat istiadat perkahwinan, pengembumiandan

adat-adat lain yan disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini sekali gus

menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat yang akhirnya membawa kepada pepecahan

dan ketegangan pendapat dalam kalangan masyarakat kaum Batak dengan ahli-ahli

Muhammadiyah. Ekoran itu, bagi menyekat pergerakan Muhammadiyah, mereka tidak

dibenarkan menggunakan Masjid Besar Medan pada tahun 1932 dan juga beberapa buah

masjid yang kekuasaannya milik Kaum Tua. Kesanya. Mengakibatkan masyarakat Indonesia

berpecah akibat perbezaan pendapat yang sangat ketara.

Page 14: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

13

4.3. Kesan di Filipina

Di Filipina pula, ekoran daripada kebangkitan masyarakat Islam di Moro, satu pemberontakan

telah berlaku terhadap kerajaan bukan Islam. Hal ini kerana, mayarakat Islam Moro ingin

menuntut hak-hak mereka dengan memohon agar diberikan kemerdekaan dan membentuk

sebuah Negara Islam yang bebas daripada Kerajaan Filipina. Terdapat juga dalam kalangan

mereka yang inginkan kuasa autonomi dalam bidang-bidang pekerjaan yang tertentu.

Sehingga ke hari ini dapat dilihat bahawa masyarakat Moro masih mencuba untuk

membebaskan wilayah mereka daripada cengkaman pemerintahan Manila yang menindas

mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial.

4.4. Kesan di Thailand

Manakala, di Thailand akibat daripada kebangkitan Islam di Patani telah melahirkan ramai

tokoh-tokoh Islam. Antaranya, Syeikh Daud Al-Fathani merupakan tokoh pembebasan yang

terkenal dan perjuangan beliau mendapat sokongan daripada seluruh masyarakat Patani.

Selain itu, kemunculan Tuan Guru Haji Sulung25 juga telah mencorakkan satu dimensi dalam

perjuangan pembebasan Patani. Gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Selatan

Thailand ini dikenali sebagai Gerakan Pemisah.26 Hal ini kerana, dasar diskriminasi yang

dilakukan oleh Kerajaan Thailand telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan

Masyarakat Islam Patani dan menyebabkan mereka bangkit berjuang demi mempertahakan

hak mereka. Berlakunya pertempuran di antara masyarakat Islam dengan tentera Thailand,

berhampiran dengan Masjid Krisek, kebangkitan dan perjuangan yang dilakukan oleh

masyarakat Islam Patani ini adalah sebagai tanda protes mereka terhadap dasar

pemerintahan Kerajaan Thailand. Oleh itu, peristiwa pertempuran di Masjid Krisek adalah

merupakan kesan dan kemuncak kepada kebangkitan Islam dalam kalangan masyarakat Islam

Patani demi menuntut kemerdekaan.

25 Abdullah Zakaria Ghazalie dan Zulkarnain Abdul Rahman, op. cit., hlmn., 356-422. 26 Farid Mat Zain et. al, Minoriti Muslim Di Thailand, Bangi: Lminda, 2002, hlmn., 10.

Page 15: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

14

4.5. Kesan di Burma

Di Burma, terdapat beberapa pertubuhan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Rohingya

bagi memperjuangkan hak mereka antaranya Pertubuhan Barisan Islam Rohingya Arakan,

Barisan Patriotik Rohingya, Tentera Pembebasan Rohingya, Parti Kebebasan Rakyat Arakan

dan Harkate Jihadul Islam. Tujuan utama penubuhan ini adalah kerana majority masyarakat

Rohingya mahukan autonomi dan mereka diiktiraf sebagai sebahagian rakyat Burma.

Tambahan lagi, kebangkitan mereka juga adalah disebabkan layanan buruk yang diterima

oleh mereka dan kerajaan Burma cuba untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, mereka

bangkit demi mempertahankan hak mereka dengan harapan jaminan dan perlindungan

sepenuhnya diberikan kepada mereka tidak kira dari aspek politk, sosial mahupun ekonomi.

4.6. Rumusan

Dapat kami simpulkan bahawa, kebangkitan Islam di Asia Tenggara sememangnya memberi

impak yang sangat mendalam kepada masyarakat Islam Asia Tenggara. Hal ini kerana,

kebangkitan tersebut dapat dilihat telah mengubah norma-norma kehidupan masyarakat di

mana corak kehidupan Islam yang lebih syumul dapat dibentuk. Slogan Islam sebagai The

Way of Life27 sangat bersesuai digunakan oleh seluruh masyarakat Islam seluruh dunia.

Didapati amalan khurafat dan bidaah serta ajaran sesat di Asia Tenggara semakin terhapus.

Tambahan lagi, kesan yang dapat dilihat ialah kebangkitan Islam di Asia Tenggara bukan

sahaja telah mengubah struktur sosial masyarakat malah turut mengubah struktur politik dan

ekonomi yang dapat dilihat kekal sehingga ke hari ini.

5. ANALISIS

Sepertimana yang kita tahu, kedatangan awal Islam di Asia Tenggara merupakan isu hebat

yang masih hangat diperdebatkan. Hal ini adalah kerana ketepatan tarikh atau masa mengenai

kedatangannya ke Asia Tenggara belum dapat dikenalpasti. Terdapat beberapa cara dan

faktor yang telah menyumbang kepada kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Cara dan faktor

kedatangannya banyak mengubah corak hidup masyarakat di Asia Tenggara dari pelbagai

aspek iaitu aspek ekonomi, sosial dan politik. Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah

27 http://www.scribd.com/doc/12911069/Nasionalisme-Di-Asia-Tenggara#force_seo, diakses pada 14 Disember 2014.

Page 16: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

15

memberi impak yang ketara dalam kehidupan masyarakat. Islam telah memberi pengaruh

yang besar kepada masyarakat dan sekaligus tamadun melayu. Proses penyerapan Islam ini

berlaku secara berperingkat-peringkat dalam kalangan masyarakat melayu yang bermula

daripada golongan istana, pembesar sehingga kepada rakyat biasa. Ajaran Islam yang telah

membawa konsep tauhid, Al-Quran, konsep kesamarataan dan persaudaraan ke dalam Alam

Melayu yang juga dikenali sebagai Asia Tenggara untuk semua orang Muslim.

Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat melayu akhirnya dapat menerima ajaran

Islam dengan baik. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tradisi Islam, kemakmuran

negara dan perkembangan perdagangan juga dianggap sebagai akibat daripada proses

Islamisasi. Menurut Ahmad Jelani Halimi, pada kurun ke-15 bermula zaman Melaka, yang

lazimnya dikenali sebagai ‘Zaman Emas’ dalam tamadun Melayu Islam. Melaka mewakili suatu

peringkat yang baru dalam perkembangan masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Islam telah

memajukan aktiviti perdagangan antarabangsa dan perniagaan tempatan. Melaka dan

pelabuhan tempatan yang lain menjadi terkenal di sepanjang jalan perdagangan pada kurun

ke-13 hingga ke-16. Pada masa itu ramai saudagar asing yang singgah ke pelabuhan tersebut,

terutamanya saudagar Islam yang datang dari pelbagai negara seperti Arab dan Parsi.

Hal ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.

Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah

membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalan-amalan yang

berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-ansur oleh masyarakat

Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada

masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Misalnya, galakan daripada golongan

pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dahulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.

Kesan daripada pusat pembudayaan ini telah melahirkan tokoh-tokoh Islam yang berwibawa

pada ketika itu dan lahirnya karya-karya yang bersifat Islamiah dan penulisan tersebut telah

memberi satu pencapaian dalam bidang penulisan sehingga dapat mewarnai keintelektualan

rantau Asia Tenggara sehingga hari ini.

6. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sejarah kemasukan Islam di Asia Tenggara sehingga kini merupakan

sebuah polemik panjang yang telah menimbulkan pro dan kontra di antara para sejarawan,

Page 17: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

16

agamawan, arkeologi, dan juga golongan intelektual.28 Namun demikian, masyarakat umum

hanya melihat bahawasanya kemasukan Islam di Asia Tenggara adalah hanya melalui

kegiatan perdagangan antarabangsa yang pernah berlaku melalui para pedagang Muslim Arab

dan parsi.29 Namun, pada hakikatna Islam bukanlah hanya agama pedagang semata-mata

namun merupakan agama yang mulai dipeluk oleh masyarakat umum di Asia Tenggara danj

juga serata dunia. Secara signifikannya, Islam telah menjadi pegangan hidup baru bagi

penduduk di Asia Tenggara iaitu “The Way of Life”.30

Kebangkitan masyarakat Islam di Asia tenggara akibat daripada faktor-faktor yang

dikatakan begitu relevan dan terkesan telah memberi kesan yang begitu signifikan terhadap

masyarakat Islam di Asia Tenggara. Jelas, gerakan pemulihan Islam di Timur Tengah turut

mempengaruhi masyarakat Islam di Asia tenggara untuk bangkit menentang penindasan dan

juga daripada kemunduran Islam terutamanya di Tanah Melayu, Indonesia dan juga Selatan

Thailand. Gerakan yang telah dipelopori oleh Syed jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh

Muhammad Abduh iaitu penyatuan umat di seluruh dunia, membebaskan islam daripada

kekarutan dan perkara tahyul serta mencapai kemajuan dalam ekonomi dan sosial yang

berpandukan al-Quran dan al-Hadis telah berjaya mempengaruhi semangat kebangkitan Islam

kepada masyarakat Islam di Asia Tenggara.

Isu dan perbincangan mengenai kebangkitan Islam di Asia Tenggara mengenai

kebangkitan Islam di Asia Tenggara bukanlah suatu oisu dan perkara yang baru malahan

sudah lama diperkatakan oleh parra sarjana tempatan mahupun barat. Perubahan peradaban

umat Islam terhadap aspek aqidah, ibadah, akhlak, adat dan norma mua’malat, pendidikan

serta politik telah mambangkitkan semangat masyarakat Islam untuk keluar daripada zaman

kemunduran dan penindasan. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas bahawa kedatangan

Islam telah membawa sebuah zaman baru.31 Perubahan zaman yang telah membawa kepada

perubahan pemikiran kuno yang bergantung kepada kepercayaan nenek moyang telah

berpegang kepada akidah Islam yang sebenar.

28 http://www.academia.edu/3596161/Asia_Tenggara_dan_Konsentrasi_Kebangkitan_Islam_yang_Sedang_Berges er, diakses pada 14 Disember 2014. 29 http://www.scribd.com/doc/12911069/Nasionalisme-Di-Asia-Tenggara#force_seo, diakses pada 14 Disember 2014. 30 Ibid. 31 http://www.academia.edu/3596161/Asia_Tenggara_dan_Konsentrasi_Kebangkitan_Islam_yang_Sedang_Ber geser, diakses pada 16 Disember 2014.

Page 18: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

17

BIBLIOGRAFI

Buku:

Abdul Malik Karim Amrullah. 1985. Keadilan Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka

Antara.

Abdullah Zakaria Ghazalie dan Zulkarnain Abdul Rahman, op. cit. Adrian B. Lapian. 1996. Peta Pelayaraan Nusantara dari Masa ke Masa. Jati (2).

Farid Mat Zain et. al, 2002. Minoriti Muslim Di Thailand, Bangi: Lminda.

Haji Abdullah Ishak. 1192. Islam di India, Nusantara dan China. Nurin Enterprise, Kuala

Lumpur.

Mahayuddin Yahaya. 2000. Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti.

Mahayuddin Yahya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ridin Sofwan. 2000. Islamisasi di Jawa. Yohyakarta: Pustaka Pelajar Offset.

Taufik Abdullah. 1986. Islam and Society in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Internet:

http://www.academia.edu/3596161/Asia_Tenggara_dan_Konsentrasi_Kebangkitan_Islam_ya ng_Sedang_Bergeser

http://www.scribd.com/doc/12911069/Nasionalisme-Di-Asia-Tenggara#force_seo

Jurnal:

Mashitah Sulaiman. 2013. Islam dan Transformasi Sosial Masyarakat Melayu Malaysia: Suatu Kajian Eksploratori. Proceeding of the International Conference on Social Science Research. 4-5 June. Penang.

Arba’iyah Mohd Noor. 2011. Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Development

of Islamic Historiography in Malay Archipelago. Jurnal Al-Tamadun. 6.

Page 19: bergabung_esei berkumpulan_6_orang.pdf

18

Fairuzah Hj. Basri et.al. 2008. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Ali Mohammad. Sumbangan Tamadun Islam dalam Kehidupan Masyarakat Di Alam Melayu Hingga Abad ke-17. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ahmad Faisal Mohd Fiah. 2011. Role of Al-Imam in Malay Transfomation until 1941.

International Conferences on Social Science and Humanity IPEDR Vol. 5.

Mohd Roslan Mohd Nor. 2011. Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden, Jurnal Al- Tamaddun Bil. 6.