Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

8
Berikan justifikasi tentang penggunaan teori, kemahiran asas dan intervensi kaunseling kanak-kanak dapat meningkatkan tahap keberkesanan proses bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Tajuk tugasan yang telah diberikan kepada saya ialah untuk melaksanakan sesi bimbingan dengan seorang murid yang terpilih. Saya sedang menjalani praktikum fasa ketiga di sekolah Jenis kebangsaan Tamil Permas Jaya bagi tempoh tiga bulan. Hal ini telah membantu saya dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan pada saya. Saya mengajar subjek Bahasa tamil bagi kelas 3 Vetri dan Reka bentuk dan teknologi bagi kelas 4 Sathanai . Bagi menjalankan tugasan yang diberikan kepada saya ini, disamping mengajar murid di dalam kelas saya juga memberi perhatian dan memerhati setiap kelakuan murid secara terperinci. Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dan tingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih terperinci melalui konsep afektif, pemikiran kognitif, wawasan diri dan tingkahlaku.Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahaman dalaman tentang diri sendiri. Proses kefahaman seperti ini memerlukan penghayatan menyeluruh melibatkan akalnya. Seorang insan itu sudah tentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan diri seiringan dengan emosinya. Walau bagaimanapun sebenarnya teori sangat penting kepada kajian- kajian atau pemerhatian kaunselor untuk membantu kliennya.,teori sangat penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan sebagai hala tuju kepada kaunselor dalam usaha membantu kliennya yang mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan.Dalam usaha kaunselor membantu kliennya dia perlu tahu apa yang akan dilakukan dan yakin dia boleh membantu kliennya,di sini teori-teori menjadi kompas kepada kaunselor untuk

description

tq

Transcript of Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

Page 1: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

Berikan justifikasi tentang penggunaan teori, kemahiran asas dan intervensi kaunseling

kanak-kanak dapat meningkatkan tahap keberkesanan proses bimbingan dan kaunseling

di sekolah rendah.

Tajuk tugasan yang telah diberikan kepada saya ialah untuk melaksanakan sesi

bimbingan dengan seorang murid yang terpilih. Saya sedang menjalani praktikum fasa ketiga di

sekolah Jenis kebangsaan Tamil Permas Jaya bagi tempoh tiga bulan. Hal ini telah membantu

saya dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan pada saya. Saya mengajar subjek

Bahasa tamil bagi kelas 3 Vetri dan Reka bentuk dan teknologi bagi kelas 4 Sathanai . Bagi

menjalankan tugasan yang diberikan kepada saya ini, disamping mengajar murid di dalam kelas

saya juga memberi perhatian dan memerhati setiap kelakuan murid secara terperinci. Dalam

proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dan tingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih

terperinci melalui konsep afektif, pemikiran kognitif, wawasan diri dan tingkahlaku.Konsep

wawasan diri melibatkan proses kefahaman dalaman tentang diri sendiri. 

Proses kefahaman seperti ini memerlukan penghayatan menyeluruh melibatkan akalnya. 

Seorang insan itu sudah tentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan

diri seiringan dengan emosinya.  

Walau bagaimanapun sebenarnya teori sangat penting kepada kajian-kajian atau

pemerhatian kaunselor  untuk membantu kliennya.,teori sangat penting kerana ia memberi erti,

keyakinan dan sebagai hala tuju kepada kaunselor dalam usaha membantu kliennya yang

mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan.Dalam usaha kaunselor membantu kliennya dia

perlu tahu apa yang akan dilakukan dan yakin dia boleh membantu kliennya,di sini teori-teori

menjadi kompas kepada kaunselor untuk membawa klien meneroka alternatif-alternatif yang

telah disenaraikan kearah usaha membantu menyelesaikan masalah.

Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-

kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan lebih berkualiti.

Pada masa yang sama, masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan

masalah tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada

kalanya ia tidak. Maka, proses pembelajaran di dalam bilik darjah tidak berjalan dengan lancar.

Setiap murid mempunyai sifat, pemikiran dan pembuatan yang berbeza. Ia dinamakan sebagai

perbezaan individu. Maka, perbezaan individu ini menyebabkan setiap indivu bertingkah laku

berbeza.

Page 2: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

Saya telah memilih seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam kelas dan

keluarga. Daripada pemantauan yang telah saya lakukakn dalam kelas 3 Vetri ini boleh

dikatakan segelintir murid mengalami masalah dari segi keluarga. Saya telah memilih murid

yang mempunyai masalah tidak membuat kerja rumah dan asyik memikirkan sahaja jika kita

memberikan kerja kepada pelajar tersebut. Pelajar itu, kurang memberi perhatian semasa kita

mengajar dan memberikan kerja. Apabila saya menemu ramah dengan pelajar tersebut

mengetahui bahawa pelajar tersebut sentiasa mefikirkan hal keluar dia dan sentiasa nangis

apabila mefikirkan keadaan ibu bapa dan dirinya sendiri. Ibu bapanya bercerai dari kecil lagi.

Pelajar itu sentiasa menginginkan kesayangan ayahny. Ibu yang tinggal di singapura sentiasa

balik 1 bulan 2 kali sahaja. Kerana itu, pelajar tersebut kekurangan kasih sayang.

Pelajar itu tinggal di rumah saudaranya yang tidak memberikan kasih sayang yang

penuh kepada pelajar tersebut. Dalam umur yang kecil dia menjalani pelbagai dugaan dan

deritaan.

Teori yang dipilih

 Teori tingkah laku adalah teori perkembangan perilaku, yang dapat diukur, diamati dan

dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan.Mengikut pendekatan  teori tingkah laku,

setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran  yang  berlaku  akibat kaitan

dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan

yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. me adalah suatu

pandangan ilmiah tentang tingkah laku manusia. Dalil dasarnya adalah bahwa tingkah laku itu

tertib dan bahwa eksperimen yang dikendalikan dengan cermat akan menyingkapkan hukum-

hukum yang mengendalikan tingkah laku. Manusia pada dasarnya dibentuk dan ditentukan oleh

lingkungan sosial budayanya. Pendekatan behavioristik tidak menguraikan asumsi-asumsi

filosofis tertentu tentang manusia secara langsung. Setiap orang dipandang memiliki

kecenderungan-kecenderungan positif dan negatif yang sama. Manusia sering kali didistorsi

oleh penguraian yang terlampau menyederhanakan tentang individu sebagai bidak nasib yang

tidak berdaya yang semata-mata ditentukan oleh pengaruh-pengaruh lingkungan dan keturunan

dan dikerdilkan menjadi sekedar organisme pemberi respons.

Page 3: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

Saya berpendapat bahawa teori behavioris adalah teori yang paling tepat dan sesuai digunakan

pada klien saya iaitu Dineesh Kumar. Saya mendapati secara amnya klien saya (Dineesh)

merupakan pelajar yang baik dan tidak nakal. Dia juga akan melibatkan diri dalam kelas dan

jikalau guru Tanya soalan dia akan cuba menjawab walaupun soalan itu agak susah bagi

dirinya. Saya rasa teori ini amat sesuai bagi klien saya ini.

Terapi Yang dipilih

Saya telah memilih terapi muzik untuk digunakan pada klien saya.

Kemahiran Asas yang digunakan

Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling ialah cara-cara seseorang kaunselor menangani

atau berhadapan dengan kliennya melalui teknik atau kemahiran tertentu. Kemahiran asas

bimbingan dan kaunseling merupakan nadi perhubungan menolong di antara kaunselor dan

klien. Sekiranya tiada kemahiran asas dalam bimbingan kaunseling, sesuatu proses kaunseling

sukar berjalan dengan lancar. Bagi mencapai perkhidmatan kaunseling yang cemerlang,

seseorang kaunselor itu harus memahirkan dirinya dengan menguasai pelbagai kemahiran-

kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran ini amat penting ketika menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor yang bijak dapat mengawal situasi sekiranya klien

itu berada di bawah tekanan emosi dan psikologi.

Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini mengutamakan komunikasi yang berlaku di

antara klien dan kaunselor. Komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi interpersonal.

Komunikasi ini melibatkan kebolehan seseorang individu berinteraksi secara bersemuka secara

terus dengan individu atau kumpulan atau persekitaran yang spesifik tanpa melibatkan

sebarang perantaraan. Kemahiran ini penting bagi seseorang kaunselor itu kerana ia

Page 4: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

berperanan mendengar masalah dari klien dan mendapatkan maklumat melalui percakapan di

antara klien. Oleh itu, hasilnya melalui komunikasi interpersonal ini sesuatu konflik yang

dihadapi klien dapat diselesaikan. Komunikasi interpersonal berbeza dengan komunikasi verbal

iaitu lisan dan secara bertulis manakala bukan verbal ialah ekspresi muka, pergerakan badan

dalam kawalan, warna dan bunyi. Selain itu, komunikasi interpersonal juga melibatkan eye

contact, pergerakan badan dan tangan. Kemampuan kaunselor mengendalikan sesuatu

masalah klien tidak terhad kepada sesuatu situasi malah situasi yang berlainan menjadikan

klien ini berasa lebih tenang dan selesa. Saya telah menggunakan kemahiran ini dengan Klien

saya (Dineesh). Saya dan klien saya menjalankan sesi bimbingan ini tanpa sebarang masalah

dan gangguan. Proses komunikasi diantara kami berjalan dengan lancar. Semasa klien saya

menceritakan masalah yang dihadapinya maka saya cuba memberikan peneguhan dan

membawa perbualan kami secra positif. Saya memberi peluang kepada klien saya (Dineesh)

unutk bercakap dan meluahkan isi hatinya.

Kemahiran kedua ialah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini penting kerana

kaunselor dapat memastikan klien sentiasa berterusan memberi kerjasama dengan lebih yakin

dan proses kaunseling lebih lancar. Kemahiran ini dapat mendorong klien agar berasa lebih

tenang dan memberi persepsi yang positif untuk pertama kali. Kaunselor perlu bijak

mewujudkan suasana yang lebih selesa dengan memastikan kesesuaian peralatan yang

digunakan seperti kerusi dan meja. Suasana terapeutik diwujudkan iaitu suasana aman dan

tenang, menyediakan jarak ruang komunikasi yang sesuai mengikut peringkat umur, jantina,

budaya, latar belakang, agama dan lain-lain. Saya telah membina hubungan yang baik dengan

klien saya. Saya telah memberikan kerusi dan meja yang sesuai digunakan kepada klien saya.

Saya tidak memberikan jarak yang begitu ketara daripada kilen saya dan duduk berdekatan

dengan klien saya.

Kemahiran memberikan perhatian juga perlu dikuasai oleh kaunselor untuk menyemai

kebolehan dan merasai masalah yang timbul melalui perspektif klien. Kaunselor memberikan

perhatian kepada klien melalui sifat peramah yang dipamerkan dan senyuman yang dilontarkan.

Sifat ini akan mewujudkan suasana mesra dan tumpuan perhatian serta menunjukkan perasaan

autentik untuk kebaikan orang lain. Sikap peramah kaunselor dapat membantu mencapai

Page 5: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

komunikasi dengan semua respon klien secara empati, mewujudkan kesesuaian untuk

berkongsi pengalaman dan perasaan klien, dan dapat membuat penilaian pendapat dan

perasaan orang lain. Selain itu seseorang kaunselor itu perlu memberi perhatian secara jelas

dan spesifik dan mengambil masa untuk membuat refleksi mengenai masalah klien. Saya telah

memberikan sepenuh perhatian saya kepada klien saya semasa sesi bimbingan dijalankan.

Pada awal klien saya sampai ke bilik tersebut , saya menjemputnya dengan senyuman dan

bertanyakan khabarnya dulu. Selepas itu, saya menunjukkan aksi angguh kepala untuk

menunjukkan bahawa saya sedang mengikuti dan mendengar masalah yang sedang

diceritakan oleh Klien (Dineesh) saya.

Penggunaan bahasa yang sesuai adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh

seseorang kaunselor. Kaunselor perlu memastikan setiap bahasa yang digunakan difahami

oleh ibu bapa terutamanya dalam menyampaikan maklumat berkaiatan dengan pencapaian

akademik, prestasi dan perancangan masa depan murid-murid. Bahasa yang disampaikan oleh

kaunselor perlu konsisten atau kongruen dengan segala tindakan. Saya telah menggunakan

Bahasa tamil sebagai Bahasa perbualan kami. Disebabkan klien saya adalah india maka saya

menggunakan Bahasa tamil sebagai Bahasa perbualan kami. Dineesh lebih selesa semasa

kami menjalankan perbualan dalam Bahasa Tamil dann dia juga dapat menjawab kesemua

soalan yang ditanya dengan sempurna dan cepat.

Kemahiran memahami pergerakan badan, apabila seseorang klien boleh memahami

pergerakan atau isyarat badan klien. Contohnya ekspresi muka dan postur tubuh. Hal ini boleh

diperhatikan semasa sesi soal jawab antara kaunselor dan klien melalui cara pandangan,

pandangan keliru, anggukan kepala, kesilapan dan penegasan suara. Selain itu, cara-cara

komunikasi yang dipamerkan oleh klien juga melalui eye contact, ekspresi muka, orientasi,

sentuhan jarak antara klien. Kaunselor perlu mempamerkan sikap yang tenang dan lebih kerap

menggunakan eye contact dengan klien. Saya memandang mata klien saya iaitu Dineesh

semasa dia menceritakan kisahnya. Dia lebih selesa kerana ada yang memerhatikan dan sudi

mendengar kisah hidupnya. Saya menunjukkan eksperesi muka seperti minat dan lebih suka

untuk endengar kisah hidupnya. Saya juga menunjukkan senyuman sinis kepada klien saya ini.

Kemahiran memberikan maklum balas yang sesuai. Maklum balas ini diibaratkan sebagai

cermin dalam proses komunikasi kerana pesanan oleh penghantar telah disampaikan kepada

penerima. Selain itu ia juga merupakan satu keadaan penerima menghantar balik pesanan

kepada penghantar melalui tanggapan yang dibuat. Maklum balas ini melibatkan komunikasi

Page 6: Berikan Justifikasi Tentang Penggunaan Teori

dua hala dan berlaku dengan pelbagai cara. Saya memberikan maklumbalas kepada klien saya

apabila dia menceritakan masalahnya kepada saya.

Kemahiran merumus diaplikasikan oleh guru bimbingan dengan cara membuat ulangan

semula dan menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh klien. Rumusan ini boleh dilakukan

sama ada pada awal sesi atau akhir sesi rundingan. Rumusan meliputi rumusan kecil iaitu

dilakukan beberapa kali bagi tujuan memberi ingatan kepada klien mengenai perbincangan,

semakan persepsi, fokus perkara dan lain-lain. Bahasa yang disampaikan perlu dalam bahasa

yang mudah difahami klien. Selepas klien saya Dinnesh menceritakan masalah dan kisah

hidupnya saya merumuskan dan menceritakan balik apa yang diceritakan oleh klien saya. Hal

ini untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan maklumat daripada klien saya.