Berikut antara Sunnah Nabi ketika berpuasa dan di Bulan ... · Web view- Daripada Anas bin...

3
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI Persiaran Perdana, Kepong, Kuala Lumpur Disediakan :- PANITIA AGAMA ISLAM Alhamdulillah, syukur kita ke hadhrat Ilahi kerana telah memberi kesempatan dan peluang untuk kita bertemu lagi pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Maka seharusnyalah kita merebut segala peluang dan keistimewaan yang terdapat di dalamnya. Berikut adalah antara Sunnah Nabi S.A.W ketika berpuasa dan di Bulan Ramadhan. Sama-samalah kita cuba untuk mengikuti jejak langkah Banginda ini. Antaranya ialah :- 1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar: - Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”. -Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097) - Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. -Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095) - Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”. -Direkodkan oleh Abu Daud (3/142) 2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa: - Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”. -Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151) 3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al- Quran sepanjang bulan Ramadhan: - Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup. -Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308) 4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air: - Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air” -Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348) 5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa: - Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun". -Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu BINGKISAN RAMADHAN 1423 H / 2011 M

Transcript of Berikut antara Sunnah Nabi ketika berpuasa dan di Bulan ... · Web view- Daripada Anas bin...

Page 1: Berikut antara Sunnah Nabi ketika berpuasa dan di Bulan ... · Web view- Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka,

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURIPersiaran Perdana, Kepong, Kuala Lumpur

Disediakan :-PANITIA AGAMA ISLAM

Alhamdulillah, syukur kita ke hadhrat Ilahi kerana telah memberi kesempatan dan peluang untuk kita bertemu lagi pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Maka seharusnyalah kita merebut segala peluang dan keistimewaan yang terdapat di dalamnya.

Berikut adalah antara Sunnah Nabi S.A.W ketika berpuasa dan di Bulan Ramadhan. Sama-

samalah kita cuba untuk mengikuti jejak langkah Banginda ini. Antaranya ialah :- 1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:

- Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)

- Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)

- Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.-Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)

2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:

- Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)

3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:

- Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)

4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:

- Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”-Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)

5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

- Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-Kubra” (no. 3330-3331)

6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

- Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)

7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:

- Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)

8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:

- Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab: Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-

BINGKISAN RAMADHAN

1423 H / 2011 M

Page 2: Berikut antara Sunnah Nabi ketika berpuasa dan di Bulan ... · Web view- Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka,

bulan lain lebih dari 11 rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)

9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut serta:

- Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)

10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan:

- Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)

11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:

- Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku”.-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)

12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:

- Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda

memerintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1503)

Selain itu banyak juga kelebihan yang diberikan kepada orang yang berpuasa, antaranya ialah :-

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allahb) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Rujukan:1) Sahih Bukhari dan Muslim2) Sunan Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasai3) Musnad Imam Ahmad4) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin lil Imam Nawawi: Dr Mustapha Bugha dan lain-lain5) Al-Muntaqa lil Hadis fi Ramadhan: Ibrahim bin Muhammad Al-Huqail6) Hadyun Nabi fi Ramadhan: Sami bin Muhammad bin Jadullah7) Taisir Al-Fiqh (Fiqh Siyam): Dr Yusuf Al-Qardhawi