berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan...

32
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 2 / 2011 • APRIL-JUN EDARAN PERCUMA www.KESEDAR.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 24 www.KE S E berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5

Transcript of berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan...

Page 1: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BIL. 2 / 2011 • APRIL-JUNEDARAN PERCUMA

w w w. K E S E DA R . g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 24

w w w. K E S E

berita selanjutnyadi mukasurat 4 & 5

Page 2: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Penaung

HAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

Penasihat

HAJI RAMLI MAT ZAIN

Ketua Editor

MD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu

NORLIDASAIDI AWANG TEH

KAMARUZAMAN AHMAD

KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

MASKHARIAH SAMSUDIN

ABD. AZIZ AHMAD

MOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH

FAUDZI AB RAHMAN

HAJI OTHMAN SETAPA

NIK JOHAN NIK ABDULLAH

Pembaca Pruf

MASKHARIAH SAMSUDIN

KAMARUZAMAN AHMAD

Pereka Grafik

ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

Jurufoto

MUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIM

Pengedaran

MOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

ILYANI ISKANDAR

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

(KESEDAR)Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, KELANTAN

Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211www.KESEDAR.gov.my

Kearah Organisasi “Zero-Complaint”

Assalamualaikumwarahmatullah... salam sejahtera dan selamat berjumpa lagi.

Pada kesempatan kali ini saya membawa persoalan bagaimana KESEDAR harus menjadi atau muncul sebuah organisasi ‘zero- complaint’ atau tiada rungutan samada daripada stakeholder atau pelanggan. Perkataan ‘complaint’ walau disebut rungutan atau aduan adalah membawa pengertian yang sama kerana ia lahir daripada ketidakcekapan dan tiada keberkesanan didalam sistem penyampaian samada dengan cara memberi nilai tambah kepada kualiti dan proses kerja bagi menjamin rakyat atau orang awam sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik, efisien dan cekap. Walaubagaimanapun sesetengah orang menyifatkan aduan atau rungutan sebagai suatu hadiah. Ia medium terbaik untuk diketahui keberkesanan sistem yang ada kerana tanpa aduan kita gagal untuk memperbaiki tahap perkhidmatan ke aras yang lebih cemerlang.

Saya ingin menyaran beberapa perkara bagi menentukan kita berada di tingkat yang dikehendaki untuk mencapai tahap tersebut:

• Memberikan perkhidmatan yang kualitinya melebihi kebiasaan• Terus kekalkan atau pertingkatkan kecemerlangan• Menggunakan teknologi moden seperti ICT untuk pemantapan perkhidmatan• Membudayakan ‘precision dan punctuality’• Mengamalkan pemantauan secara ‘walkabout’ atau turun padang• Mindset untuk berubah (transform) kepada yang terbaik

Sebagaimana coretan saya di dalam ruangan ini pada keluaran terdahulu, kewujudan kita di KESEDAR adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, maka seharusnya kita memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan dan rakyat. Kita jadikan perkara ini sebagai prestasi petunjuk utama (KPI) untuk menuju kearah organisasi “zero-complaint”. Mampukah kita?

Sekian terima kasih, wassalam.

HAJI MOHD ARSHAD BIN ISMAILPengurus Besar KESEDAR

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berjumpa lagi para pembaca sekalian. Apa khabar semua? Saya berdoa semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan ketenangan hidup. Pada kesempatan kali ini saya ingin mengutarakan persoalan mengenai kepentingan menjaga kesihatan kerana tanpanya satu apa pun urusan tidak mampu kita laksana atau bereskan.

Berapa banyak wang yang kita ada semuanya tidak berguna kerana hakikat kesihatan dan ketenangan jiwa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit!. Kita mungkin boleh membeli insuran kesihatan tetapi bukan kesihatan yang hakiki.

Sudah menjadi fitrah, semakin meningkat usia semakin banyak isu-isu kesihatan yang dihadapi. Dengan amalan cara hidup sihat serta mengekalkannya kita berupaya untuk terus sihat. Perubahan kepada gaya hidup yang kurang aktif boleh mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah dan sebagainya. Jauhkan diri daripada sebarang tekanan sehingga memudaratkan kesihatan. Hanya setelah diserang penyakit baharulah kita insaf ‘mahalnya’ kesihatan yang sebenar. Buatlah perancangan sendiri untuk kesihatan bagi memastikan terus sihat dan tenang.

Sekian, selamat membaca.

editorial

Perutusan Pengurus Besar KESEDAR

Tinta Editor

Page 3: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Peserta Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) KESEDAR Sejahtera di Chin Teck sesungguhnya amat bertuah kerana pada tanggal 23 Jun 2011 telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek.

Dalam kunjungan singkat yang penuh keakraban dan kemesraan, YB Timbalan Menteri singgah untuk duduk bersimpuh di rumah salah seorang peserta bagi menikmati minum petang bersama-sama peserta. Dalam majlis ramah mesra ini, YB Timbalan Menteri turut bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita dengan para peserta dan menasihati mereka untuk mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya. Beliau juga sempat mengunjungi seorang peserta yang uzur.

Tarikh berkenaan menjadi titik sejarah buat peserta PPMS Chin Teck kerana kunjungan pemimpin seperti itu membakar semangat mereka untuk berusaha lebih gigih memajukan diri dan keluarga bagi menjamin hari depan yang lebih gemilang.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah YBhg. Dato’ Ramzi Abd. Rahman, Pengerusi KESEDAR, Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Yusoff Dohab, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Aziz Yusoff, ADUN Galas, Tuan Haji Mohd Arshad Ismail, Pengurus Besar KESEDAR serta kedua-dua Timbalan Pengurus Besar.

oleh: MD. ASRI JUSOH

Timbalan Menteri Berkunjung Ke PPMS Chin Teck

3

BULETIN

KESEDA

R

Page 4: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

JELI, Jumaat, 3 Jun 2011 sekali lagi dua orang Menteri Pusat dan rombongan telah melakukan lawatan kerja sehari di Jeli, YB Dato’ Mustapha bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) merangkap Ahli Parlimen Jeli dan Dato’ Seri Haji Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah disambut oleh YBhg Dato’ Ramzi bin Abd. Rahman Pengerusi KESEDAR, YBrs Tn. Hj. Mohd. Arshad bin Ismail, Pengurus Besar, pegawai-pegawai kanan serta warga KESEDAR Wilayah Jeli.

Kedua-dua YB Menteri telah melakukan lawatan ke Pondok Moden Jeli dan turut sama peserta pondok berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua pemimpin kesayangan rakyat ini melapangkan masa melihat secara langsung masyarakat Kampung Batu 11 Jeli.

Lawatan Kerja Sehari YB Dato’ Pa & YB Dato’ Seri Hj Shafie Hj Apdal oleh: AHMAD ABDULLAH

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 5: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Dalam ucapan ringkas alu-aluan YB Dato’ Mustapha bin Mohamed di atas kehadiran Dato’ Seri Haji Shafie bin Hj Apdal yang dianggap “adinda” beliau, memaklumkan betapa gembiranya masyarakat Kampung Batu 11 Jeli yang sekian lama mengharap untuk bertemu secara dekat dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam majlis yang serba ringkas dan meriah itu, selaku menteri yang bertanggung kepada pembangunan luar bandar, Dato’ Seri Haji Shafie bin Hj Apdal sudi berdialog dengan mayarakat kampung serta bersetuju untuk meluluskan peruntukan menukarkan permaidani masjid serta membina Dataran Kejat di kawasan masjid KESEDAR.

Menambahkan lagi kemeriahan lawatan bersejarah kedua-dua Menteri Pusat, masyarakat Kampung Batu 11 Jeli telah menjemput YB Dato’ Mustapha bin Mohamed, Dato’ Seri Haji Shafie bin Hj Apdal dan rombongan menyertai 800 orang penduduk tempatan dalam ‘Kenduri Kampung’ dengan menu istimewa gulai kawah.

BULETIN

KESEDA

R

5

Page 6: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Pada 28 Jun 2011, Y.Bhg. Dato’ Ramzi b. Ab. Rahman, Pengerusi Lembaga KESEDAR telah melakukan lawatan kali kedua dalam tahun ini ke RKT KESEDAR Lebir. Lawatan kali ini adalah bertujuan untuk Majlis Pengundian dan Pembahagian Lot Tapak Rumah pindahan banjir bagi generasi kedua bertempat di Pusat Aktiviti Masyarakat Lebir. Majlis ini diadakan bagi menggantikan tapak rumah yang ditenggalami oleh banjir memandangkan RKT KESEDAR Lebir yang kerapkali ditenggalami banjir setiap kali musim tengkujuh. Seramai 19 orang generasi kedua telah terpilih untuk peringkat pertama daripada 86 orang generasi kedua.

Dalam ucapan Y.Bhg. Dato’ Pengerusi menyentuh berkenaan dengan kebajikan yang telah banyak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu penduduk Kelantan Selatan terutama masyarakat peneroka dalam kawasan KESEDAR. Y.Bhg. Dato’ juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak KESEDAR kerana berjaya mengadakan Majlis Pengundian dan Pembahagian Tapak Rumah Gantian Kawasan terlibat banjir di RKT KESEDAR Lebir.

Turut hadir di Majlis tersebut ADUN Paloh YB Dato’ Paduka Nozula bin Haji Mat Diah, Tuan Haji Ramli Mat Zain, selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Tuan Haji Othman bin Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Pegawai-Pegawai Kanan KESEDAR, Pengurus Pejabat-Pejabat Operasi KESEDAR, kakitangan pejabat RKT KESEDAR Lebir dan Penduduk RKT KESEDAR Lebir.

Majlis Pembahagian Lot Tapak Rumah Gantian RKT Lebir

oleh: AHMAD ABDULLAH

oleh: MOHD FADHLI MAT HUSSIN

Page 7: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Perhimpunan Bulanan

Tanggal 22 Mei 2011, berlangsung Perhimpunan Bulanan kali ke-2 Tahun 2011. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 250 orang pegawai dan kakitangan ibu pejabat KESEDAR dan pejabat KESEDAR Wilayah Gua Musang.

Pengurus Besar (PB) telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan mandat bagi terus menyedarkan dan merangsangkan setiap lapisan warga kerja KESEDAR untuk terus bekerja kuat bagi menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Sepanjang ucapan selama dua jam PB telah menggariskan beberapa aspek penting:

i. Bekerja dengan gigih dan berdisiplin supaya ‘stake holder’ terus menaruh kepercayaan. Dengan kerja kuat ia menjadi faktor kewujudan KESEDAR terus relevan dan diperlukan.

ii. Banyak isu tercetus daripada mereka yang oportunis, namun tugas pegawai dan kakitangan diharap terus melaksanakan amanah dengan cara terbaik, bertindak secara positif.

Selain daripada itu, pihak pengurusan KESEDAR telah membuat rombakan terhadap penempatan pegawai-pegawai kanannya. Penamatan tempoh pinjaman Encik Jihaduddin bin Isa (Timbalan Pengurus Besar, Pengurusan KESEDAR) telah diganti dengan ‘orang dalam’ apabila Tuan Haji Ramli bin Mat Zain diberi peluang menggantikan beliau. Begitu juga dengan perubahan-perubahan lain yang pada pandangan pihak pengurusan adalah amat perlu bagi memberi ‘angin baru’ dan perubahan kerja pegawai-pegawai yang sesetengah daripadanya terlalu lama di satu-satu bahagian.

Kekosongan jawatan-jawatan penting akan diisi segera dengan pelantikan baru dalam tempoh terdekat. Mereka akan diberikan latihan pendedahan secara attachment dilapangan supaya faham kedudukan mengenai isu dan masalah serta mempunyai idea untuk menanganinya.

oleh: MD. ASRI JUSOH

BULETIN

KESEDA

R

7

Page 8: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

PertukaranPengurus-Pengurus Bahagian

oleh: ABD AZIZ AHMAD

Pada 20 Jun 2011, bertempat di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, telah diadakan majlis jamuan sempena pertukaran pengurus-pengurus bahagian. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Ab. Ghani bin Mahmud, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan serta kakitangan Bahagian Pentadbiran. Pengurusan KESEDAR telah membuat beberapa pertukaran Pengurus-pengurus bahagian bagi mengisi kekosongan pegawai yang dipindahkan kembali ke KKLW dan juga yang bersara demi memantapkan pelaksanaan visi serta misi KESEDAR yang memerlukan suntikan tenaga untuk terus berbakti kepada masyarakat Kelantan.

Pertukaran ini melibatkan Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Pengurus Bahagian Kewangan, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, Pengurus Bahagian Perancang dan Pengurus Bahagian Pembangunan Tanah serta melibatkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

BULE

TIN

KES

EDA

R

8

Page 9: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

AHLI PARLIMENGUA MUSANG

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang telah turun padang menemui peserta Projek Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) KESEDAR Sejahtera, Gua Musang pada 24 Mei 2011.

Dalam ucapan yang penuh mesra YBM Tengku Razaleigh telah memberi ingatan kepada peserta tentang nilai harta yang dimiliki hasil anugerah pihak kerajaan kepada mereka iaitu sebuah rumah yang mungkin bernilai RM100,000.00 dalam pasaran terbuka di Gua Musang sekarang. Justeru, peserta diminta menjaga dan memelihara harta tersebut supaya tidak berpindah tangan.

Menekankan mengenai perkara yang sama nilai hartanah di Gua Musang sedang naik secara mendadak tanpa terfikir oleh mana-mana pihak. Para peserta mesti menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan dalam menyediakan kelengkapan dan meneruskan pembangunan dengan terus menyokong dasar-dasar kerajaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Encik Abd. Aziz Yusof, ADUN Galas dan Pengurus KESEDAR Wilayah Gua Musang.

TURUN PADANGoleh: MD. ASRI JUSOH

BULETIN

KESEDA

R

9

Page 10: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Biodata: Tuan Haji Ramli bin Mat Zain dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan dari keluarga petani. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Jenis Keb. Inggeris Tanah Merah (1962-1967), kemudian ke Sek. Men. Dato Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah (1968-1970) berbekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education(LCE), beliau telah ditawar melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah (1971-1974) hingga menamatkan peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) dan Higher School Education(HSC). Beliau melangkah ke menara gading menyambung pembelajaran di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur (1975-1979) dengan berjaya memperolehi Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Kerjaya beliau bermula pada 1Ogos 1979 dengan menjadi pengajar sementara di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, dan langkahan berikut ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2 Januari 1980 sebagai Pegawai Tadbir Awam (PTA). Tinta sejarah bermula pada 2 Mei 1983 apabila memulakan perkhidmatan di KESEDAR sebagai Penolong Pengurus di Bahagian Pentadbiran, Ibu

Pejabat KESEDAR Kota Bharu. Pada tahun 1993 beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) selama dua tahun yang kemudian mengetuai KESEDAR Wilayah Jeli sebagai Pengurus Wilayah pada 1 Januari 1997 sehingga 2010.

Pada awal 2011 beliau ditukarkan sebagai Pengurus Bahagian Perancangan dan tanggal 1 April 2011 dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Tuan Haji Ramli bin Mat Zain yang telah bertemu jodoh dengan Puan Hasmilah binti Omar seorang Guru Siswazah. Perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniai Allah seramai lapan orang anak.

Ikuti temubual saya dengan beliau pada 30 Jun 2011.

Buletin KESEDAR: Assalamualaikum Tuan Haji; Apakah persepsi pertama Tuan Haji Ramli, TPB(P), daripada seorang Pegawai Tadbir biasa semasa mula menjejak kaki di KESEDAR pada tahun 1983 dulu?

Haji Ramli: Waalaikumusalam. Alhamdulillah, Pertamanya saya bersyukur dan terima kasih kerana diadakan sesi

Citra Seorang Ketuaoleh: ABD AZIZ AHMAD

temubual ini, Saya masih ingat, sebenarnya saya ini anak seorang petani biasa, anak orang kampung tradisional di Tanah Merah. Menjawat jawatan sebagai pegawai di KESEDAR dan dapat bertugas di negeri Kelantan merupakan satu nikmat bahkan satu fenomena yang sukar untuk diperkatakan kerana sudah sekian lama sejak belajar dulu lagi (lebih sepuluh tahun) meninggalkan Kelantan. Pada waktu itu peluang pekerjaan amat kurang di Kelantan.

Saya menyedari bahawa KESEDAR merupakan sebuah agensi Pembangunan Luar Bandar dan berlandaskan peranan itulah saya berpendapat dan menanam iltizam untuk menyumbangkan khidmat bakti tenaga saya selepas saya berjaya menerima segulung ijazah dari UM. Masih teringat semasa bersekolah di Tanah Merah dan Jitra, terima kasih kepada pihak kerajaan yang banyak menyumbang pembiayaan saya belajar dulu. Menyedari hakikat itulah saya rasa bertangunggangjawab membantu masyarakat kampung serta keluarga sedaya mungkin mengeluarkan mereka dari segala kepayahan. Inilah masa untuk saya mencurahkan tenaga secara langsung membantu masyarakat kampung yang rata-rata masih daif dan jauh ketinggalan dalam erti pembangunan

Banyak perancangan dan dasar kerajaan yang dibuat melalui pelbagai agensi/jabatan untuk memajukan rakyat. Pembangunan tanah dan peneroka, kemudahan infra struktur seperti jalan raya, bekalan air , bekalan elektrik, telefon, masjid, balairaya, persekolahan, kubur, pusat pertumbuhan baru dan sebagainya lagi. Hakikat itu, KESEDAR sebagai sebuah agensi yang diamanahkan untuk membangun kawasan luar bandar di negeri Kelantan yang merangkumi dua pertiga negeri meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli (dan sebenarnya Machang sepatutnya berada dalam kawasan kerana ada RPT Air Belaga dan Labok) dengan keluasan 1.234 juta hektar.

Page 11: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

BULETIN

KESEDA

R

11

Buletin KESEDAR: Kefahaman terhadap peranan KESEDAR memajukan rakyat dan pembangunan negeri di kawasan Kelantan Selatan pada kaca mata masyarakat masih kabur, apa pandangan dan komen Tuan Haji.

Haji Ramli: Pada saya peranan KESEDAR dan warga kerjanya bersama dengan lain-lain kementerian atau agensi yang berkaitan secara langsung sememangnya ada tugasan masing-masing dalam pembangunan dan kemajuan Kelantan Selatan. Cuba renungi dan ingati semula bagaimana Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, dan Manik Urai, Dabong, Kuala Balah, Bukit Bunga serta pusat-pusat pertumbuhan lain dimajukan 30 tahun lalu.

Perlu kita sedari bahawa peranan utama KESEDAR dengan visi : Peneraju Utama Kemajuan Kelantan Selatan Menjadi Wilayah Luar Bandar Termaju di Malaysia serta objektif KESEDAR untuk Membasmi Kemiskinan, Menyusun Semula Masyarakat, Menyedia dan Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Fizikal dan Sosial, Melahirkan Masyarakat Yang Sejahtera, Dinamik dan Produktif.

Daripada sini telah menjadi tugasan dan amalan seluruh penjawat KESEDAR untuk mendampingi, masyarakat luar bandar dalam kawasan operasinya sehingga dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra. Peranan Pejabat - pejabat Wilayah dan Pejabat-pejabat Operasi yang sentiasa berdampingan sebagai jentera yang tahu kehendak kumpulan sasar merealisasikan potensi KESEDAR kini sebagai sebuah agensi KKLW menjadi tunjang membawa Kelantan Selatan sebagai kawasan yang maju. Hasil daripada hubungan yang baik dan sentiasa bekerjasama dalam pelbagai gerak-kerja menjayakan aktiviti bersama pihak lain telah meningkatkan imej KESEDAR semakin dihormati. Walaupun demikian saya masih terus mendorong dan meminta semua penjawat KESEDAR supaya mempertingkatkan prestasi kerja masing-masing agar KESEDAR terus berjaya membawa Kelantan Selatan ketaraf dan tahap lebih maju dari hari ini. Lihatlah sendiri tempat-tempat yang saya sebutkan tadi… jawablah sendiri secara ikhlas.

Buletin KESEDAR: Tahniah kepada Tuan Haji kerana merayakan jubli perak bersama KESEDAR dan kini telah berjaya melalui titian menuju kejayaan dan menduduki lapisan kedua kepimpinan Pengurusan KESEDAR. Apakah perancangan dan fokus yang akan diteruskan dalam melayari KESEDAR dimasa hadapan?

Haji Ramli: Terima kasih, saya sendiri pun tak teringat sudah 25 tahun saya bertugas dengan KESEDAR. Alhamdullillah bersyukurnya saya dapat berkhidmat sehingga kini. Bagi menjawab soalan tersebut saya mohon Allah SWT agar terus memberi kekuatan fizikal , iltizam dan daya kecerdasan minda untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dan menepati kehendak stakeholder demi merealisasikan Kelantan Selatan sebagai kawasan luarbandar yang termaju di Malaysia dan rakyat sebagai kumpulan sasar menikmati kesejahteraan.

KESEDAR akan terus memainkan peranan selari iltizam penubuhan dulu lagi dengan misi Memacu dan Menjana Pembangunan Wilayah Kelantan Selatan, Merancang dan Melaksanakan Program Pembangunan Fizikal Yang Berkualiti, Melaksanakan Program Pembangunan Sosioekonomi Dengan Mengeksploitasikan Sumber-sumber Tempatan, Mewujudkan Kawasan Kelantan

Selatan Yang Maju, Menarik dan Menguntungkan Dengan Masyarakat Yang Sejahtera dan Berkualiti, Membangunkan Modal Insan Yang Boleh Membantu Mencapai Pembangunan Kelantan Selatan.

Orang ramai diminta berfikir sejenak tentang peranan KESEDAR sebelum ini, bukan sedikit usaha dan kewangan yang telah dibelanjakan dalam berbagai aktiviti dan pembangunan. Dari kerja pertanian ladang di tanah-tanah rancangan, kemudahan tempat tinggal peneroka di rumah panjang, perkampungan yang dulunya hanya dapat dihubungi dengan laluan sungai atau jalan balak atau laluan pejalan kaki; kampung tradisional yang tiada bekalan air dan kemudahan elektrik atau telefon. Kini perubahan sungguh ketara, masyarakat dan kumpulan sasar khususnya rakyat hendaklah mensyukuri nikmat Allah dengan harga komoditi utama getah dan kelapa sawit

berada ditahap yang sangat baik. Berjimat cermatlah dan laburkan dalam perkara yang menguntungkan untuk masa hadapan. Kebergantungan secara subsidi dan bantuan dari kerajaan perlulah dikurangankan atau bahkan dihentikan dengan harapan semoga rakyat/kumpulan sasar akan mula berdikari secara lebih agresif dan berlumba-lumba berusaha mencari bidang-bidang baru yang mempunyai peluang pendapatan yang lebih tinggi.

KESEDAR sendiri pun perlu membuat dimensi baru dengan meneroka bidang ekonomi yang berpendapat tinggi. Perancangan KESEDAR kearah menjana pendapatan sendiri dan transformasi melalui anak syarikatnya supaya berperanan dengan lebih efisien kearah halatuju baru; selain terus mengekalkan bidang-bidang sediaada yang menguntungkan. Kemahiran dan kegiatan biotek serta bidang yang lain perlulah diterokai secara lebih intensif. Harapan yang sangat besar adalah kepada semua penjawat KESEDAR untuk memainkan peranan sebaik mungkin dan lebih berkesan. Insyaallah kita akan berjaya.

Page 12: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Jasamu Dikenang...oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

Pada 28 April 2011, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan hari terakhir perkhidmatan Tuan Haji Ahmad Jihaduddin bin Isa, di KESEDAR. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Merak, KESEDAR Inn. Majis itu dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan pegawai-pegawai kanan serta penjawat KESEDAR. Beliau telah ditukarkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkuatkuasa pada 2 Mei 2011.

Pengurus Besar yang mewakili semua kakitangan KESEDAR mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tenaga, usaha, dan idea yang telah di sumbangkan oleh Tuan Haji Ahmad Jihaduddin selama berkhidmat di sini.

Tuan Haji Ahmad Jihaduddin dalam ucapan balasnya telah menyampaikan amanat, serta mengharapkan pegawai-pegawai dan semua warga KESEDAR agar terus menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memartabatkan lagi agensi KESEDAR sebagai pencetus kemajuan di Kelantan Selatan ini.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang berterusan memberi kerjasama kepadanya sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengurus Besar di KESEDAR ini. Beliau amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk pembangunan di kawasan Kelantan Selatan.

Selamat menjalankan tugas di tempat baru dan terima kasih di atas khidmat bakti dan jasa-jasa yang dicurahkan sepanjang tempoh lima tahun sebagai Timbalan Pengurus Besar KESEDAR.

SELAMAT MAJU JAYA!

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 13: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

KESEDAR telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bagi menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan tahun 2011. Lawatan pemeriksaan audit telah bermula pada 6 hingga 16 Jun 2011 yang diketuai oleh Puan Noor Rita binti Kassim dan dibantu oleh Cik Siti Noor Faezah binti Mohd. Hairi, Puan Nor Azmawati binti M. Yaacob, En. Mohd. Hairie bin Sulaiman dan Cik Masliza binti Tumin.

Pada 7 Jun 2011, telah diadakan “Initial Conference” di antara pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara dengan pegawai-pegawai KESEDAR yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bertujuan bagi membantu dan memudahkan kerja-kerja pengauditan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara.

Pemeriksaan AUDITSkop pengauditan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara meliputi perkara-perkara berkenaan ;-

i. Kawalan pengurusan;ii. Kawalan bajet;iii. Kawalan terimaan;iv. Kawalan perbelanjaan;v. Pengurusan Akaun Amanah & Kumpulan Wang

Amanah;vi. Pengurusan aset & inventori;vii. Pengurusan pelaburan & pengurusan pinjaman;viii. Analisis Penyata Kewangan.

Bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengauditan yang telah dijalankan ialah Bahagian Kewangan, Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia dan Unit Audit Dalam selaku penyelaras kerja-kerja pengauditan. Pengauditan juga telah diadakan di Pejabat-pejabat Operasi KESEDAR yang telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara.

Lawatan Pemeriksaan Audit Oleh Pegawai-pegawai Dari Jabatan Audit Negara

oleh: HJ. AFFENDI HJ. ABD. GHANI

BULETIN

KESEDA

R

13

Page 14: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

BULE

TIN

KES

EDA

R

14

Bajet

KESEDAR2012

Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Mengurus KESEDAR tahun 2012 oleh agensi Pusat telah diadakan pada 29 Mei 2011 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Rombongan agensi pusat yang terdiri daripada tiga orang pegawai Bahagian Belanjawan Perbendaharaan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Wilayah Unit Perancang Ekonomi serta lima orang pegawai daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Wakil-wakil bagi pihak KESEDAR pula adalah terdiri daripada Pengurus Besar, kedua-dua Timbalan Pengurus Besar, Pengurus Bahagian Perancangan, Pembangunan Masyarakat, Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia, Pertanian, Bahagian Ekonomi, Bahagian Kewangan dan tiga orang urusetia daripada Unit Perhubungan Awam dan Bahagian Perancangan.

Bajet Mengurus tahun 2012 yang dipohon adalah berjumlah RM 35,409,900 iaitu terdiri daripada Dasar Sedia Ada (DSA) sebanyak RM 31,210,000. Dasar Baru (DB) sebanyak RM 304,400 dan One Off sebanyak RM 3,895,500. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 32,710,000 pada dasarnya telah dipersetujui untuk diperakukan bagi keseluruhan belanja mengurus KESEDAR untuk tahun 2012.

oleh: MOHD SAZANUDDIN MAHMUD

Page 15: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Pemeriksaan KESIHATAN KPTM oleh: MD. ASRI JUSOH

Sempena majlis perasmian kampus KPTM-KESEDARcawangan pertama di Gua Musang pada 23 Jun 2011, seramai 40 orang pelatih kejururawatan Kolej Polytech MARA Kota Bharu telah mengadakan program khidmat sosial di Kampung Batu Papan, Gua Musang pada 22 Jun 2011. Mereka telah melawat lima pesakit kronik yang terdampar dengan memberikan perkhidmatan kejururawatan secara ‘agak istimewa’ mengendalikan pesakit di kampung tersebut.

Selain daripada itu, sebahagian lagi pelatih telah mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat KESEDAR dan peserta projek Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Tanah Puteh di sini. Khidmat bakti seperti ini amat berguna dan dihargai kerana di samping mempraktikkan pelajaran di bilik darjah, pelatih telah mengamalkan ilmu yang diperolehi secara ‘hands on’ kepada masyarakat terbanyak. Program ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat di Batu Papan, PPMS Tanah Puteh malahan kepada pegawai dan kakitangan ibu pejabat KESEDAR.

15

BULETIN

KESEDA

R

Page 16: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Majlis MoU dan Peras moleh: MD. ASRI JUSOH

KESEDAR dengan kerjasama MARA melalui KolejPolytech MARA (KPTM) telah mengorak langkah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menubuhkan Kolej Polytech MARA Cawangan Gua Musang. Majlis penuh bersejarah ini yang membuka lembaran baru telah berlangsung pada 23 Jun 2011. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dan Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA telah menandatangani MoU berkenaan yang disaksikan oleh Datuk Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang turut menyempurnakan perasmian Kampus KPTM-KESEDAR.

Kampus KPTM-KESEDAR yang terletak di Taman Etnobotani KESEDAR dibina dengan kos sebanyak RM6.7 juta itu menjadi cawangan ke sembilan KPTM di seluruh Malaysia dan yang kedua di Negeri Kelantan. Ia merupakan kampus pertama dibangunkan secara kerjasama oleh KPTM dan agensi kerajaan di mana KESEDAR menyediakan infrastruktur dan premis manakala KPTM membekalkan kemahiran dari aspek pengurusan, modal insan dan sebagainya.

Peluang Belajar Peringkat Tinggi Di Gua Musang

BULE

TIN

KES

EDA

R

16

Page 17: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

s mian -KESEDARBuat permulaan kursus pengenalan di KPTM untuk kemasukan Disember 2011 menawarkan Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Enterprenuer. Kursus-kursus jangka pendek untuk kemahiran individu akan terus dilaksanakan. Dengan wujudnya Pusat Pengajian ini menjadi satu mercu tanda baru dan amat signifikan kerana ia memberi peluang kepada penduduk luarbandar untuk meningkatkan peluang belajar tanpa perlu bergerak ke kota besar.

Hadir sama di majlis tersebut adalah Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR, Dato’ Suhaimi Sahadan, Pengerusi KPTM, Datuk Yusoff Harun, Presiden KPTM, Ahli Lembaga KESEDAR, Ahli Lembaga KPTM serta Pegawai MARA, KESEDAR dan wakil-wakil jabatan / agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 1500 orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat.

BULETIN

KESEDA

R

17

Page 18: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Pada 30 Jun 2011 bertempat di Dewan Hikmah, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang telah berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) kali XXII. Seramai 419 orang ahli koperasi telah menghadiri mesyuarat agung tersebut yang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mat Said bin Mamat, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Daerah Gua Musang.

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar yang menggambarkan kematangan ahli-ahli menunaikan tanggungjawab mereka dalam meniti usia KPKB yang ke 22 tahun. Tahniah diucapkan kepada dua orang muka baru yang telah dipilih sebagai Ahli Lembaga KPKB iaitu Tuan Haji Wan Johan bin Wan Hassan dan Encik Mohamad Nasir bin Mustapha.

Mesyuarat Agung Tahunan KPKB XXII

oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

Dengan aktiviti utama perniagaan stesen minyak, kedai runcit di stesen minyak, skim jimat cermat, kedai pengguna dan sewaan (bengkel servis, kantin ibu pejabat, tandas, rumah kedai dll) pada tahun 2010 KPKB telah memperolehi untung bersih sebanyak RM 310,000.00. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, KPKB sekali lagi membayar dividen sebanyak 10 % kepada semua ahli.

Kepimpinan KPKB 2011/2012 yang telah dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat lembaga kali pertama sebaik selesai mesyuarat agung mengekalkan Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh (Pengerusi), Puan Norlidasaidi bt Awang Teh (Timbalan Pengerusi), Encik Mat Nor bin Pak’ Adek (Setiausaha) dan Encik Ahmad Kamal bin Ab. Kadir sebagai Bendahari baru.

BULE

TIN

KES

EDA

R

18

Page 19: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Selangkah keUiTM

31 April 2011, bertempat di Pusat Sivik Gua Musang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan dengan kerjasama KESEDAR, sekali lagi menganjurkan Ekspo Pendidikan Selangkah ke UiTM untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), khususnya di Gua Musang dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Kempen ini merupakan kesinambungan kepada Ekspo yang di adakan di UiTM Machang pada 26 dan 27 Mac 2011 yang dalam siri program Destini Anak Bangsa.

UiTM yang diketuai Puan Rozita binti Shamsuddin bersama 15 orang petugas telah turun padang ke Gua Musang untuk menjayakan program Destini Anak Bangsa. Lebih daripada 100 orang pelajar yang ditemani oleh ibu bapa masing-masing telah mengunjungi gerai pameran tersebut.

Ekspo ini merupakan suatu platform terbaik kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM. Mereka berpeluang mendapatkan panduan tentang program yang ditawarkan oleh UiTM.

Disamping itu, program ini adalah untuk mencari keluarga yang berpendapatan di bawah RM2,000 bagi melayakkan anak mereka menyertai program tersebut. Program ini telah menerima 73 permohonan dari Gua Musang dan lima dari Jeli. Sambutan yang baik ini diharap mampu mengubah masa depan para pelajar

oleh: AHMAD ABDULLAH

BULETIN

KESEDA

R

19

Page 20: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

KENYIRFIESTA 20115 pt

KENYIRFIESTA 2011

KESEDAR telah mengambil bahagian bersama-sama 50 buah agensi lain semasa berlangsung Kenyir Fiesta 2011 anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada 6 hingga 8 Mei 2011. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan KETENGAH dan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bakal muncul sebagai Pulau Bebas Cukai pada 2012. Ia telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KETENGAH.

Banyak aktiviti dan acara menarik yang disusun bagi menarik kehadiran pengunjung sama ada dalam bentuk jualan, ekonomi dan persembahan kesenian serta kebudayaan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamed Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga KETENGAH.

oleh: AHMAD ABDULLAH

BULE

TIN

KES

EDA

R

20

Page 21: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Ketua Jajahan Di Gerai KESEDARSempena program DO masuk kampung yang telah diadakan di Felda Chiku 2, Gua Musang yang turut disertai KESEDAR sebagai agensi pempamer pameran, YBrs Ketua Jajahan telah meluangkan masa melawat gerai KESEDAR.Objektif program ini adalah untuk memberikan maklumat sebanyak mungkin tentang peranan agensi-agensi di jajahan Gua Musang terutamanya agensi yang berkaitan dengan pembangunan kepada masyarakat setempat. KESEDAR telah membuat pameran dari segi pencapaian program yang lalu serta menunjukkan kepada orang ramai perancangan serta visi, misi yang dijana oleh agensi pembangunan terbesar khususnya di kawasan Kelantan Selatan dan amnya di Negeri Kelantan.

Pengunjung yang ditemui memberi reaksi positif kerana mendapat maklumat tentang projek-projek yang dibangunkan. KESEDAR amat berbangga menjadi agensi terunggul di kawasan ini yang menjadi rujukan masyarakat.

oleh: MD ASRI JUSOH

BULETIN

KESEDA

R

21

Page 22: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Sebuah perjalanan yang terpilihDi Kota Bandung dan Jakarta

Melakar secalit catatanBangsa serumpun pemisah lautan

Kota Bandung dan JakartaDisini mimpiku rebah

Gelodah rasa membungkam resahSesekali airmata ku tumpah

Terpacul anak-anak pinggiran menadahIbu tua melilau menongkah

Mengendong celoreng raut wajahMenghulur simpati

‘’Tolong pak, kami miskin, perut kami belum terisi”Malam didada kotamu

Kususuri lorong-lorong hanyirMenyelongkar sangkar kehidupan

Kupu-kupu dan kelkatu sinis bertebaranMelambai dan membelai

Bukan dipinta... hayat terleraiKerana esok belum pastiSemuanya penuh sangsi

Kota Bandung dan JakartaMelewati kebingitan jalananSimpang siur tanpa batasan

Panas dan rimasBersama deru, berterbangan debu

Ciliwung mengalir lesu

Merenung seketika di kamar sepiInsaf, bertuahnya Tanah Airku

Kerana disini....Kita bisa mengatur waktu

Mengatur nafas kehidupanBukan di Kota Bandung dan Jakarta

Penghuninya penuh pasrah!!!!

Oleh: Agropolitan Rantau Manis

23-26 Jun 2011

KEMBARA BANDUNG DAN JAKARTA

BULE

TIN

KES

EDA

R

22

Page 23: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

23

BULETIN

KESEDA

R

oleh: CHE ZAIDAH JAAFAR

Pasukan Penilaian Outcome KKLW yang terdiri daripada empat orang diketuai oleh Encik Muhammad Haizul Azreen Yusol Ghafli, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, telah melakukan lawatan ke KESEDAR pada 26 Mei 2011, Khamis untuk mengadakan sesi perbincangan Kajian Outcome KESEDAR untuk tahun 2011.

Lawatan ini merupakan lawatan rutin pasukan tersebut ke setiap agensi KKLW bagi memastikan kajian outcome tahun semasa dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah disediakan dan jadual pelaksanaannya yang telah dirancang dan Bahagian Perancangan dan Penilaian menjadi urusetia kepada lawatan tersebut. Sesi perbincangan Kajian Outcome KESEDAR 2011 yang bertajuk: Program Latihan Kemahiran dan Kemajuan Kerjaya (PLKK) Sepanjang RMKe9 dapat dijalankan dengan jayanya. Lawatan ke tapak gerai R&R di Jelawang turut diadakan sebagai penilaian ke atas Kajian Outcome KESEDAR untuk tahun 2010.

Sesi lawatan selesai jam 1.00 petang.

Lawatan Pasukan Penilaian Outcome KKLW 2011

Page 24: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Isnin, 4 April 2011 di Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang, seramai 52 orang peserta Program Pengajian Berkembar, Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Higate, Kuala Lumpur telah melakukan lawatan ke KESEDAR. Rombongan yang disertai oleh peserta berpangkat Leftenan Kolonel daripada pelbagai Negara yang diketuai oleh Kolonel Udara, Mohd Adka bin Haji Solahuddin telah diberikan taklimat mengenai pembangunan KESEDAR.

Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan KESEDAR untuk melengkapkan kajian mereka mengenai Malaysian’s Management in Sustaining Trans-border Peace and Development: Issues and Challenges.

Semasa sesi soal jawab, peserta diperincikan lagi mengenai Skim Program Kesejahteraan Rakyat, Bantuan Kecemerlangan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Kunjungan MAFSC

Program seperti ini sebenarnya pernah dilaksanakan pada tahun 90-an. Ia menjadi agenda tahunan kepada Maktab Turus Angkatan Tentera dalam mengendalikan program tersebut.

oleh: AHMAD ABDULLAH

24

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 25: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

BULETIN

KESEDA

R

25

Tujuan lawatan sambil belajar tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai maklumat KESEDAR bagi membantu menyiapkan kerja kursus sejarah dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang institusi pentadbiran tempatan dan Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah di Malaysia. Antara pengisian aspek kajian sepanjang lawatan tersebut adalah mengenai institut pentadbiran tempatan, latar belakang KESEDAR, peranan, perkembangan dan bahan-bahan bercetak mengenai KESEDAR. Pelajar turut diberikan bahan-bahan bercetak mengenai KESEDAR termasuklah Buletin KESEDAR, buku laporan tahunan, brosur dan video 30 tahun tentang sejarah KESEDAR.

Lawatan SekolahLawatan SekolahLawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Ke KESEDAR

BIL. NAMA SEKOLAH TARIKH BILANGAN

1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai (Kelas A) 11 April 2011 36 orang

2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai (Kelas B) 13 April 2011 41 orang

3 Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang 21 April 2011 120 orang

4 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1 Gua Musang 05 Mei 2011 33 orang

5 Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta Kota Bharu 25 Mei 2011 42 orang

oleh: ILYANI ISKANDAR

Page 26: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

BANTUAN PendidikanKESEDAR

Saban tahun KESEDAR mengeluarkan bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah di kawasan Kelantan Selatan. Bantuan ini adalah bantuan perkapita khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pelajaran Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebanyak 150 buah sekolah di kawasan Kelantan Selatan beroleh menafaat ini termasuk sekolah-sekolah menengah agama, sejumlah RM196,300 telah disampaikan di majlis-majlis yang diadakan disetiap pejabat wilayah KESEDAR yang dihadiri oleh pentadbiran sekolah terlibat berserta PIBG masing-masing.

Majlis berkenaan telah diadakan di KESEDAR Inn bagi Wilayah Gua Musang yang melibatkan sebanyak RM52,300 dan 39 buah sekolah rendah dan menengah. Ia disempurnakan oleh YB Datuk Paduka Nozula bin Mat Diah, YB ADUN Paloh dan YB Encik Abd. Aziz Yusof, ADUN Galas. Program yang sama turut diadakan di Wilayah Jeli yang melibatkan bantuan sebanyak RM67,900 dan 54 buah sekolah. Ia telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sementara di Wilayah Kuala Krai, sekolah yang terlibat ialah 57 buah dengan bantuan berjumlah RM76,030. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Ramzi Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR.

Peranan semurni ni akan diteruskan di masa-masa hadapan sekiranya pihak kerajaan terus menyalurkan peruntukan sedemikian rupa. Hal ini penting kerana melaui pendidikan, pelajaran atau kemahiran sajalah dapat mengubah taraf hidup dan sosio ekonomi masyarakat.

BANTUAN Pendidikan KESEDAR

Gua Musang, 29 Jun 2011 - Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertempat di KESEDAR Inn Sdn Bhd. Bengkel KIK ini telah disertai oleh seramai 33 orang kakitangan KESEDAR termasuk pegawai kanan dan kumpulan sokongan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Kuala Lumpur iaitu Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Abd Rahim dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Tujuan bengkel KIK ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan KESEDAR dalam usaha menghasilkan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan nilai tambah dan pengurangan kos dalam urusan pentadbiran. Ini akan menjadikan sesebuah organisasi itu terus berdaya saing melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Penganjuran bengkel ini merupakan satu platform terbaik bagi kakitangan untuk memahami kaedah bagaimana menghasilkan projek-projek inovatif dan kreatif mereka bagi mencapai matlamat organisasi.

Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) KESEDAR 2011

oleh: AMRAN ABDULLAH

oleh: FAUDZI AB. RAHMAN

26

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 27: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Kursus INDUKSI

Kursus Induksi (Khusus) kepada 61 orang pegawai dan kakitangan dalam percubaan telah diadakan pada 8 hingga 12 Mei 2011 di Pusat Latihan KESEDAR, Gua Musang. Ianya telah dirasmikan oleh Puan Sharifah Ratina binti Syed Abdul Rahman dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kursus ini bertujuan memenuhi syarat bagi membolehkan pegawai dan kakitangan berkenaan disahkan ke dalam jawatan. Disamping itu ianya juga wadah menyampaikan maklumat mengenai organisasi, tugas, fungsi, dan tanggung jawab Bahagian/unit-unit yang ada di KESEDAR sebagai memperlengkapkan lagi pengetahuan mereka kepada organisasi.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR pada 12 Mei 2011.

oleh: ABD AZIZ AHMAD

BULETIN

KESEDA

R

27

Page 28: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

oleh: ABD. AZIZ AHMAD

Pada 20 dan 21 Jun 2011 bertempat di KESEDAR Inn Gua Musang telah diadakan satu Kursus Pra Persaraan kepada 45 orang kakitangan KESEDAR yang akan menamatkan perkhidmatan disepanjang tahun ini. Di antara pengisian program adalah berkaitan persiapan sebelum persaraan dari segi psikologi dan fizikal termasuk urusan mengatur kewangan selepas persaraan. Tiga aspek ini penting bagi penjawat awam meneruskan kelangsungan kehidupan dengan baik selepas bersara.

Haji Wan Johan bin Wan Hassan, Pengurus Kewangan mewakili Pengurus Besar KESEDAR telah melakukan perasmian penutup. Di dalam ucapannya, beliau menasihati bakal pesara agar membuat persiapan rapi menjelang persaraan. Beliau turut berharap dan mendoakan bakal pesara menjalani kehidupan yang sempurna dan lebih membahagiakan menghadapi hari-hari mendatang.

KursusPra

Persaraan

28

BULE

TIN

KES

EDA

R

Page 29: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Bermula pada 19 hingga 28 Jun 2011, satu program “Attachment Pegawai-pegawai Baru KESEDAR” telah diadakan bertujuan untuk mendedahkan penjawat-penjawat baru KESEDAR kepada dunia sebenar pekerjaan, disamping memperkenalkan mereka dengan lebih dekat kepada kumpulan sasar.

Program yang disertai 22 pegawai dan kakitangan baru memulakan aktiviti pertama di RKT Renok Baru, Gua Musang. Mereka bermalam di Homestay Renok Baru.Penjelajahan di Gua Musang di teruskan ke Chalil, Lebir, Sungai Asap Jeram Tekoh, Paloh 1, 2 dan 3. Di RKT mereka didedahkan berkaitan aktiviti membina teres dan jalan, membaja, menanam kelapa sawit, ceramah Israk dan Mikraj.

Setelah tamat di RKT Gua Musang, pegawai dan kakitangan terlibat dibawa ke Wilayah Kuala Krai dengan aktiviti kebudayaan, kerja-kerja gotong royong, dan mendekati masyarakat.

Destinasi terakhir adalah ke Wilayah Jeli. Peserta dibawa tinggal bersama keluarga angkat dibawah Homestay Kampung Bukit Jering, Jeli, selain diisi dengan aktiviti bersukan dan beramah mesra dengan masyarakat, peserta dibawa ke kampung terpilih di Jajahan Tanah Merah yang juga sebahagian daripada pentadbiran Wilayah Jeli.

oleh: ABD AZIZ AHMAD

ORIENTASI STAF BARU

29

BULETIN

KESEDA

R

Penjelajahan selama sembilan hari ini telah membuktikan bahawa ia telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia juga diharap mampu melahirkan penjawat awam yang bersatu padu mempunyai daya tahan diri yang tinggi, serta mampu menghadapi apa jua cabaran yang bakal mereka tempuhi.

Sementara itu, majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan) yang mewakili Pengurus Besar pada 23 Jun 2011 di KESEDAR Inn. Dalam ucapannya, selepas pembentangan hasil penemuan oleh peserta sepanjang kursus orientasi berharap penjawat baharu bekerja dengan penuh dedikasi dan tidak menjadi liabiliti kepada KESEDAR.

Page 30: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

Pertukaran

Bil Nama Gred Tempat Penempatan Baru Tarikh

1. Haji Ramli b. Mat Zain N54 Bhg. P TPB (Pengurusan) 01/05/2011

2. Iskandar Zurkarnain b. Ibrahim N52 Bhg. W Bhg. E 01/05/2011

3. Haji Othman b. Ismail N52 Bhg. K Bhg. T 01/05/2011

4. Haji Mohamad Suhaimi b. Othman G52 Bhg. T Bhg. P 01/05/2011

5. Haji Zahari b. Jusoh G48 Bhg. E KDSB 01/05/2011

6. Haji Wan Johan b. Wan Hassan N48 Bhg. E Bhg. W 01/05/2011

7. Che Zulkifli b. Ab. Rahman N48 KDSB W.K.Krai 01/05/2011

8. Fariza bt. Che Ibrahim N44 Bhg. T Bhg. E 01/05/2011

9. Mohd. Ramadhan b. Sulaiman N41 Bhg. W Bhg. E 01/05/2011

10. Mohd Sazanuddin b. Mahmud N36 Bhg. W Bhg. P 01/05/2011

11. Aminuddin b. Mohd Daud G27 PO Chalil Bhg. T 05/06/2011

12. Hashimah bt. Abdullah N22 Bhg. W Bhg. P 01/05/2011

13. Zulkipli b. Yacob N22 PO Chalil PO Paloh 3 05/06/2011

14. Siti Nur Quratul Aida bt. Abu Bakar N17 Bhg. E Bhg. T 15/05/2011

15. Wan Azizah bt. Abdullah N17 Pej. PB Pej. TPB (Pengurusan) 15/05/2011

16. Nik Yam bt. Harun N17 PO Paloh 3 Paloh 1 05/06/2011

17. Roni b. Yusoff G22 PO Sg. Asap PO Chalil 05/06/2011

18. Mohd Nor b. Abdul Rahman G22 PO Meranto PO Chalil 05/06/2011

19. Azmi b. Mat Salleh G22 PO Renok Baru PO Chalil 05/06/2011

20. Mohd Faizal b. Ab. Lah G17 PO Jeram Tekoh PO Chalil 05/06/2011

21. Mohamad Syakirin b. Ab. Khlil G17 PO Chalil PO Jeram Tekoh 05/06/2011

22. Mohd Nazri b. Ab. Wahab G17 PO Jeram Tekoh PO Chalil 05/06/2011

23. Hashbull Al-Afiz b. Hashim G17 PO Chalil PO Meranto 05/06/2011

Bersara Wajib Bersara Pilihan

Bil Nama Penempatan Tarikh Bil Nama Penempatan Tarikh

1. Mat Zali b. Ab. Lah PO Renok Baru 23/04/2011 1 Hj. Mohd Bashir b. Hamzah Bhg. Perancang 02/04/2011

2. Mohamed Abd. Kadir Bhg. Hartanah 14/05/2011 2 Haji Johari b. Md. Yusoff Wilayah K. Krai 01/05/2011

3 Che Mat Razali b. Che Malik KDSB 01/06/2011

4 Che Kar B. Muda Bhg. Perancang 02/06/2011

Perkahwinan

Bil Nama Penempatan Nama Pasangan Tarikh

1. Rafizi b. Mohamed Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia Siti Khadijah bt. Mustapha 04/06/2011

Menimang Cahaya Mata

Bil Nama Ibu Penempatan Tarikh Melahirkan Jantina Anak

1. Suzianti bt. Shuhaimi Wilayah Kuala Krai 17/04/2011 Perempuan

2. Nur Ikhmawati bt. Mohd Ikhfar Wilayah Gua Musang 02/04/2011 Lelaki

3. Nur Shazura bt. Shafaee PO Renok Baru 24/05/2011 Perempuan

BULE

TIN

KES

EDA

R

30

Page 31: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

BULETIN

KESEDA

R

31

Penempatan Pegawai (Kakitangan) BaruPegawai Tadbir Gred N41

Bil. Nama Penempatan1. Abdul Azim b. Ab. Razak Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

2. Mohd Husnifaisal b. Ramli Bahagian Kewangan

3. Mohd Hafizam b. Hasan Bahagian Perancangan dan Penilaian

4. E-Samudin b. Basri Bahagian Pembangunan Pertanian

5. Mohamad Hafeez b. Mohamad Nasir Bahagian Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan

6. Nurhayati bt. Mat Rusok Unit Perhubungan Awam

7. Rushwahanis bt. Ramli Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

Penolong Pegawai Tanah Gred NT27

Bil. Nama Penempatan1. Ahmad Faris b. Ab. Kadir Bahagian Hartanah

2. Wan Mohd Nizam b. Wan Mohd Najib Bahagian Hartanah

3. Nur Atikah bt. Azmi Bahagian Hartanah

4. Amira bt. Kori Bahagian Hartanah

Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa Gred J17

Bil. Nama Penempatan1. Mohd. Syazwan b. Mohd. Halim Bahagian Perancangan dan Penilaian

Juruteknik Ukur Gred J17

Bil. Nama Penempatan1. Siti Nor Zaliyana bt. Che Ali Bahagian Hartanah

2. Muhamad Asraf b. Othman Bahagian Hartanah

Juruteknik J17

Bil. Nama Penempatan1. Nashazwan b. Yunus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

2. Mohd Hafiz b. Mohd Zu Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

Juruteknik Komputer Gred FT17

Bil. Nama Penempatan1. Muhammad b. Abdul Ghani Bahagian Teknologi Maklumat

2. Muhammad Hafiy b. Dusuki Bahagian Teknologi Maklumat

3. Ahmad Muthni b. Awang Bahagian Teknologi Maklumat

Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Bil. Nama Penempatan1. Ab. Basek b. Ramdi Bahagian Hartanah

2. Lili Rosnani bt. Ramli Bahagian Hartanah

3. Mohamad Rusli b. Hassan Bahagian Hartanah

4. Wan Mohd Nazri b. Wan Mustapa Bahagian Hartanah

Page 32: berita selanjutnya di mukasurat 4 & 5 … BADRUL HISHAM MOHAMED MASKHARIAH SAMSUDIN ... Bandar dan Wilayah, YB Datuk Haji Hassan bin Malek. ... Biodata: Tuan Haji Ramli bin ...

MAKSPEN

2O11MAKSPEN

2O11

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di bawah Majlis Kebajikandan Sukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(MAKSPEN) telah menganjurkan Sukan MAKSPEN kali ke 11,Tahun 2011. Kejohanan sukan dwi-tahunan ini telah diadakanpada 18 hingga 22 Jun 2009 dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Pertandingan akan berlangsung di ‘venue’ sekitar Negeri Perlisdimana penginapan kontinjen adalah di Politeknik Tuanku SyedSirajuddin Arau. Antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong,Karom, Congkak, Batu Seremban, Dart, Tenis, Golf, Bowling danMerentas Desa Kejohanan sukan ini telah disertai oleh 18 agensidi bawah KKLW. KESEDAR telah menghantar kontinjen seramai161 orang yang mana merangkumi atlet dan pengurus pasukan.

Majlis Perasmian kejohanan telah dirasmikan oleh YB Datuk SeriHj Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diStadium Utama Negeri Perlis. Majlis gilang gemilang ini telahberlangsung dalam suasana ceria dan penuh bersemangat oleh kontinjen yang bertanding. Dalam ucapan perasmiannya, YBDatuk Seri telah menekankan kepada semua kontinjen yangbertanding supaya bertanding dalam semangat kekeluargaan. Beliau juga berharap agar kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru yang dapat diketengahkan diperingkat antarabangsa.

Sukan MAKSPEN Kali Ke 11

Kontinjen KESEDAR telah Berjaya membawa pulang 2 pingat Emas,1 Perak dan 2 Gangsa. Senarai pingat adalah seperti berikut :-

SUKAN PINGAT

Tenis Emas

Futsal (Veteran) Emas

Bola Sepak Perak

Merentas Desa (Wanita) Gangsa

Golf Gangsa

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

BULE

TIN

KES

EDA

R

32