BERKENAN KEKAL EXCO 4 - · PDF fileMoreh Masjid dan Surau serta Ban- ... segi prasarana...

download BERKENAN KEKAL EXCO 4 -   · PDF fileMoreh Masjid dan Surau serta Ban- ... segi prasarana sahaja tetapi kita mahu ia di- ... lesa dan kemudahan keselamatan lebih baik

If you can't read please download the document

Transcript of BERKENAN KEKAL EXCO 4 - · PDF fileMoreh Masjid dan Surau serta Ban- ... segi prasarana...

  • Bahaya produk kosmetik

    Media_SelangorMediaSelangor

    selangortv.my

    www.selangorkini.my

    #SmartSelangorPERCUMA 2 - 9 Jun 2017, 7 - 14 Ramadan 1438

    10

    RM juta transaksi dicatat SIE 6

    8

    Uptown Shah Alam konsep Bugis moden

    4

    SULTANBERKENANKEKALEXCO

    BERITA PENUH MUKA

    Nazir dan pengerusi surau terima durian runtuh

    DYMM Sultan Selangoryakin bahawa kepercayaan yang diperolehi DatoSeriMohamed Azmin Aliketika dilantik sebagaiDato Menteri Besarpada September masih kekal

    BERITA PENUH MUKA

  • Utama2 SelangorKini 2 - 9 Jun 2017

    Sembuh luka sengketa

    Raikan keberkatan RamadanOLEH ERMIZI MOHAMAD

    SHAH ALAM - Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menye-ru seluruh masyarakat Islam negara ini mengambil keberkatan Ramadan un-tuk terus bersatu dengan mengenepi-kan sebarang persengketaan.

    Beliau berkata, keberkatan Rama-dan mampu memperkukuhkan pe-nyatuan institusi ummah melalui ika-tan ukhwah yang dilaksanakan melalui pembangunan institusi rumah ibadat Islam seluruh negara.

    Tatkala umat Islam berdepan pel-bagai cabaran menggeser perpaduan, pelbagai program dan kegiatan yang dilaksanakan secara berjemaah amat penting untuk memperkukuh ukhwah dan kesatuan ummah.

    Justeru itu, institusi masjid dan surau memainkan peranan penting untuk menggembeleng perpaduan umat serta menampilkan imej Islam

    sebagai Rahmatan Lil Alamin.Menjadi harapan kita supaya iba-

    dah di bulan yang mulia ini dapat me-nyembuhkan luka perpecahan dan persengketaan dalam kalangan umat Islam dan manusia keseluruhannya, katanya dalam kenyataan.

    Pada masa sama, beliau yakin umat Islam khususnya masyarakat Selangor akan terus berlumba mengimarah-kan rumah ibadat selaras tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

    Alhamdulillah, kita sekali lagi di-pertemukan dengan bulan Ramadan, madrasah ruhiyyah buat umat Islam menyuntik kekuatan kerohanian, men-tarbiyyah akhlak dan menyucikan diri bagi mencapai sifat mahmudah.

    Saya yakin, masjid dan surau di se-luruh Selangor, bahkan di seluruh Ma-laysia membuat pelbagai persiapan untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan kegiatan Ihya Ramadan, katanya.

    Lebih RM juta semarak RamadanSHAH ALAM - Sejumlah RM1.83 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi sumbangan moreh masjid dan surau, di seluruh Selangor.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS), Dato Haris Kasim berka-ta, ia akan diagihkan mengikut daerah oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTA) dengan kerjasama Ahli Dewan Negeri kawasan berkenaan.

    Katanya, RM421,400 turut diperun-tuk bagi membiayai program Semarak Ramadan peringkat negeri dan dae-rah yang diselia sepenuhnya Bahagian Dakwah JAIS.

    Antara program dilaksanakan ter-masuk Program Semarak Ramadan If-tar dan Tazkirah Santai Kemerdekaan Shah Alam, Diskusi Khas Muslimat, Qiamullail dan Sahur Perdana serta Selangor Quran Hour, katanya.

    Beliau berkata demikian pada Pro-gram Menyemarak Ramadan dan Penyampaian Sumbangan Bantuan Moreh Masjid dan Surau serta Ban-tuan Insentif 2017, di Masjid Negeri, pada 24 Mei lalu.

    Haris berkata, peruntukan khas tu-rut disediakan bagi membiayai Majlis Berbuka Puasa pasangan diraja Sela-ngor bersama rakyat sepanjang Ra-madan.

    DYMM Sultan Selangor juga berke-nan mencemar duli berangkat hadir bersama Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor ke Pro-gram Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada fakir miskin serta saudara kita di 17 masjid di semua daerah dengan perbelanjaan RM1.44 juta, katanya.

    RM, untuk nazir, pengerusi surauSHAH ALAM - Buat julung kalinya, ham-pir 2,000 nazir masjid dan pengerusi surau di seluruh Selangor menerima sumbangan Kerajaan Negeri dengan jumlah keseluruhan RM810,000.

    Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, insentif sempena kehadiran Ramadan itu bagi menghargai peranan mereka dalam mengimarah rumah Allah, di negeri itu.

    Katanya, setiap nazir masjid menerima sum-bangan RM500, sementara pengerusi surau di-berikan RM300.

    Kerajaan Negeri maklum peranan mereka semakin mencabar kerana ia tidak semudah 10 atau 20 tahun lalu.

    Sebelum ini tumpuan diberikan kepada jawatankuasa dan pengurusan masjid, kali ini kita hargai peranan penting nazir masjid dan

    pengerusi surau, katanya.Terdahulu, beliau menyempurnakan Pro-

    gram Menyemarak Ramadan dan Penyam-paian Sumbangan Bantuan Moreh Masjid dan Surau serta Bantuan Insentif 2017 di Masjid Negeri, pada 24 Mei lalu.

    Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga bersedia berbincang dan meneliti me-kanisme sesuai bagi menghargai peranan na-zir masjid dan pengerusi surau.

    Pembangunan Islam sememangnnya di-beri perhatian besar bukan hanya daripada segi prasarana sahaja tetapi kita mahu ia di-lakukan secara lebih menyeluruh.

    Ia termasuk melengkapkan warga pendi-dik seperti guru KAFA dengan ilmu dan kema-hiran supaya memberi manfaat kepada anak Selangor, pada masa akan datang, katanya.

    Peluang pekerjaan di bawah pentadbiran MOHAMED AZMINl Buka 305,300 peluang kerja baru

    l Meningkat dari 2,912,300 (2014) kepada 3,217,600 (2016)

    l Mewakili 48.3% daripada keseluruhan peningkatan peluang kerja di Malaysia

    l 55% pekerjaan baru didominasi wanita Selangor

    l Tenaga kerja wanita meningkat dari 40.3% (2014) kepada 41.7% (2016)

    l Peluang kerja berkemahiran tinggi meningkat lebih 16%

    l 40% dari 3.2 juta tenaga kerja di Selangor adalah berkemahiran tinggi

  • Utama3SelangorKini 2 - 9 Jun 2017

    Kenyataan Khas DYMM Sultan SelangorADALAH saya dengan hormatnya men-junjung titah DYMM Sultan Selangor bersama-sama ini menyampaikan Ke-nyataan Khas DYMM Sultan Selangor untuk disiarkan di semua media massa dan media elektronik bagi pengetahuan umum.

    YAB Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap dan menyembah maklum kepada DYMM Sultan Sela ngor tentang kedudukan semasa barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kera-jaan Negeri (MMKN), berikutan dengan keputusan parti PAS Pusat memutuskan kerjasama politik mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Berikutan dengan itu DYMM Sultan

    Selangor juga telah menerima meng-hadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabak bersama tiga Ahli EXCO Kera-jaan Negeri Selangor dari parti PAS un-tuk mengetahui tentang pendirian dan kedudukan mereka di dalam Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    DYMM Sultan Selangor yakin bahawa kepercayaan yang diperolehi oleh YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali ke-tika dilantik sebagai Dato' Menteri Besar pada September 2014 masih kekal.

    Setelah menimbang dan meneliti se gala aspek terutama dari sudut kesta-bilan pentadbiran Kerajaan Negeri Sela ngor demi memelihara kepentingan

    rakyat secara keseluruhannya, maka setelah berbincang dengan YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Baginda berke-nan dengan hasrat Dato' Menteri Besar untuk mengekalkan ketiga-tiga EXCO dari PAS di dalam Majlis Mesyuarat Kera-jaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang. DYMM Sultan Selangor berkenan agar kedudukan Ahli-ahli EXCO sedia ada dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan Negeri Selangor terus dilaksanakan. Baginda juga telah mengambil kira mandat yang telah di-berikan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk terus men-tadbir bagi menjamin keharmonian dan

    pembangunan agar kemakmuran rakyat di Negeri Selangor ini tercapai.

    DYMM Sultan Selangor menyeru ke-pada semua pihak agar tidak menimbul-kan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan Kerajaan Negeri Selangor.

    Baginda juga berharap menjelang bulan Ramadan Al Mubarak ini, rakyat khasnya yang beragama Islam di Negeri Selangor menumpukan persiapan diri mereka untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam beribadat serta mengelakkan terlibat dari sebarang fit-nah dan tohmahan. Baginda seterusnya mengambil kesempatan ini untuk me-ngucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

    Fahami denyut nadi rakyatSHAH ALAM - Dato Menteri Be-sar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali gembira dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sela-ngor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan dengan hasrat be-liau mengekalkan tiga Exco PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Katanya, titah khas berkenaan membuktikan Sultan Sharafud-din memahami denyut nadi rak-yat supaya mandat diberikan itu dilaksanakan dengan memberi-kan fokus kepada pembangunan negeri.

    Saya amat gembira kerana ti-tah khas tuanku ini menzahirkan bagaimana baginda dapat menye- lami hasrat dan aspirasi rakyat yang mahukan kestabilan serta pembangunan.

    Justeru itu, tumpuan perlu di-berikan untuk menyempurnakan mandat yang diberikan dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat, katanya.

    Ketika ditanya bila beliau menghadap baginda untuk mem-bincangkan kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Selangor, beliau berkata, pertemuan setiap Selasa

    Sambut baik demi kestabilan SHAH ALAM - Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan, Dato Teng Chang Khim menyambut baik titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mengekal-kan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sedia ada se-hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Chang Khim dalam kenyata-annya berkata, kestabilan politik dalam Selangor masa ini penting untuk Kerajaan Negeri menerus-kan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

    Negeri ini memerlukan kesta-bilan politik untuk mengekalkan kedudukannya sebagai negeri yang paling maju dan menarik kepada pelabur asing.

    Oleh itu, keharmonian di negeri ini perlu dipelihara demi menjamin penyampaian kepada rakyat yang dijanjikan ketika PRU dapat disempurnakan Kerajaan Negeri, katanya,

    Katanya, hasrat dan mand