Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan...

13
Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah Mariani Md Nor, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Pengenalan Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak- kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Transcript of Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan...

Page 1: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

Mariani Md Nor, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Pengenalan

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan

apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana

ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu

pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran

atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah

merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila

sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan

kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang

paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan,

main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada

kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr,

main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun

yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti

penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk

perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat

membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Main Dalam Kurikulum

Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum

yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif

kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi

main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii.

Page 2: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu

dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara

penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya

dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa

perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada

bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan

kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang

menyatakan

“Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions”

. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:

i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan

mencuba

iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina

keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama

yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar,

bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main

bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan

jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Trend Ikutan Abad ke 21

Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi

topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah

menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa

maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend

sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik

darjah prasekolah, khususnya dalam konteks di Malaysia. Kurikulum Kebangsaan

Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan unuk

Page 3: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara penggunaannya di

prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini lah yang menjadi

isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang

dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun wujud

perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak

mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.

Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan program tidak

formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan

murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal

sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai

pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu dan

bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah

kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan.

Jelas sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain

digunakan oleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak

membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak. Kepentingan bermain dalam

dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di prasekolah memerlukan orang dewasa

sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah

satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan

merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita

menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk melaksanakan

tanggungjawab kita dengan lebih baik. Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap

maklumat sejak dia dilahirkan (Maria Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian

besarnya diperolehi daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab

sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak mereka, dan peranan mereka

sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak

boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak ( Singer,

1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, Norimah, Sharifah,

Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal

Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan bahawa penglibatan

positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak-

Page 4: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah

membuktikan pendapat yang sama.

Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak:

Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap

pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.

Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang

boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon

dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main.

Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina

konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka

pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin

(2000).

“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers”

Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan

ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan

pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman

(Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak

menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai

drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif,

input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan

Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu

yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak

memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta

berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping

memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti

bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak

berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan

dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998)

Page 5: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

“In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience.”

Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak

tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost,

Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan

“…play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life”

. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan

menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan

perkembangan yang tertentu.

Perkembangan fizikal:

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan

perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif

menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini

membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka

berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana

kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam

segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002;

Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Perkembangan sosial dan emosi:

Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan

perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak

dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan

masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)

menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-

Page 6: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan

pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman

yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan

keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh

berkongsi kuasa.

Perkembangan Kognitif:

Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran

kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti

kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes,

2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ;

Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns &

Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan

bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori

pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam

aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam

perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat

bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan

yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh

menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main:

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-

pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta

persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-

kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai

langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih

berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :

Page 7: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan

kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.

• Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk

melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap

hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada

perubahan.

• Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung

dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-

kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak

kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.

Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala

mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan

interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap

pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

• Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali

guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat

terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model

pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan

berkurangan.

Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak:

Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam

perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah

dan tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan

khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang

dapat dan boleh menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun

apa yang berlaku ialah walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri

mengalakkan permainan, kadang-kadang terdapat tadika yang kurang memberi

perhatian terhadap main. Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia

Page 8: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

membebankan kanak-kanak dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai

ganjaran untuk kanak-kanak selepas penat membuat aktiviti akademik lain di bilik

darjah? Atau adakah main digunakan sebaik mungkin di bilik darjah kerana mereka

yang mengajar seharusnya peka kepada maksud kaedah main sambil belajar? Adakah

main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang memang sepatutnya digunapakai?

Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya untuk kesinambungan generasi

celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.

Rujukan:

Berk.L.E.& Winster, A. Eds (1995); Scaffolding Children’s Learning, Vygotskyand Early

Washington George S. Morrison,(2001): Early Childhood Education Today 8th

., new Jersey, Merill Prentice Hall. McCaslin, N (2000). Creative Drama in the

classroom and Beyond. New York, Longman.

“Garis Panduan KurikulumPendidikan Prasekolah Malaysia (1993)” Kementerian

Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Isenberg, J.P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early children

(3rd ed.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I.C. (1988). I.C. Child Development. St. Paul, MN:

West Publishing Company.

Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn &

Bacon.

Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. New York,

NY: HarperCollins College.

Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Page 9: Bermain.docx · Web viewPermainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran

National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for Appropriate

Curriculum Content and Assessment in Programmes Serving Children," Young

Children, March, 1991: 21-37.

Swadener, E.B. & Jonson, J.E. (1989). Play in diverse social contexts:Parent and

teacher roles. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds). Ecological contexts of children’s play.

New Cork.

Ablex Wilhelm, J., & Edminston, B. (1998). Imagining to learn: Inquiry, ethics, and

integration through drama. Portsmouth, NH: Heinemann.

Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and

development of learning awareness and achievement in mathematics in elementary

schools. Psychological Reports, 82, 587-591.

Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring with clay. Olney, MD: Association for

Childhood Education International.

Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creativity. New

York: Academic Press.

Shore, R. (1997) Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary

from Conference: Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research,

Policy and Practice. Families and Work Institute, New York

Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving of

children 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), PlayÑIts role in

development and evolution. New York: Basic Books

Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fein & M.

Rivkin (Eds.), The young child at play: Reviews of research (Vol. 4, pp. 113-125).

Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.