BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

32
1 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dengan melihat sejauh mana kemampuan kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti menggunting melibatkan 7 jenis bentuk serta garisan yang perlu digunting. Pengkaji juga akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada soal selidik kepada guru dan juga kanak-kanak atau responden yang terlibat. Selain itu pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas responden dalam menyelesaikan ujian- ujian yang diberikan, pemerhatian yang dijalankan adalah

description

Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Transcript of BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

Page 1: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

1

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa

ujian kemahiran menggunting dengan melihat sejauh mana kemampuan kanak-kanak

dalam menjalankan aktiviti menggunting melibatkan 7 jenis bentuk serta garisan

yang perlu digunting. Pengkaji juga akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada

soal selidik kepada guru dan juga kanak-kanak atau responden yang terlibat. Selain

itu pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas responden dalam menyelesaikan

ujian-ujian yang diberikan, pemerhatian yang dijalankan adalah untuk melihat

sejauhmana kemampuan kanak-kanak untuk memegang gunting dengan betul, posisi

badan mereka semasa menggunting dan juga faktor-faktor lain yang memunkinkan

kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas. Kajian yang dijalankan ini

melibatkan 4 orang kanak-kanak, iaitu Responden A dan Responden B, 5 tahun

manakala Responden C dan Responden D, 6 tahun. Carta palang berganda akan

digunakan untuk menjelaskan dapatan daripada ujian-ujian menggunting yang

Page 2: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

2

dijalankan disamping untuk menunjukkan perbandingan keputusan ujian untuk

setiap responden yang berbeza-beza.

4.2 Konsep dan Asas Memegang Gunting yang Betul dalam Kalangan Kanak-

kanak

Pertama Kedua Ketiga0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden CResponden D

Pemerhatian

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.1: Carta pemerhatian kanak-kanak memegang gunting

Menerusi carta bar yang dilakarkan, dapat dilihat bahawa Responden A masih

berada di tahap lemah dalam aspek memegang gunting berbanding dengan

responden yang lain termasuk responden yang seusia dengannya. Manakala

responden yang berumur 6 tahun menunjukkan bahawa mereka berada ditahap yang

amat baik dalam memegang gunting.

Rajah 4.2: Cara Responden berumur 6 tahun memegang gunting dengan betul

Page 3: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

3

Pada pemerhatian kedua, setelah dibimbing responden yang pada awalnya

berada di tahap yang lemah mampu untuk mencapai tahap yang lebih baik melalui

pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Ini menjelaskan bahawa di dalam

tempoh sebulan yang dilalui penyellidik bersama responden ini iaitu Responden B,

berlaku peningkatan pada tahap penguasaan responden dalam kemahiran

menggunting.

Rajah 4.3: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting dalam pemerhatian

pertama

Rajah 4.4: Cara Responden B (5 tahun) memegang gunting setelah dibimbing

Namun begitu terdapat juga responden yang masing tidak dapat memegang

gunting dengan betul, walaupun sudah sebulan bersama pengkaji dalam usaha

memperbaiki kemahiran mereka mengendalikan gunting.

Page 4: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

4

Rajah 4.5: Cara Responden A (5 tahun) memegang gunting

4.3 Kemahiran Kanak-Kanak dalam Menggunting

Ujian dijalankan sebanyak 3 kali dan ianya dijalankan semasa atau sebagai sebhagian

daripada proses pengajran dan pembelajran dalam kelas. Ujian ini telah dijalankan

setiap hari jumaat dengan mengambil waktu pelajaran seni dan kraf dan ianya

melibatkan hanya 4 orang kanak-kanak iaitu 2 orang 5 tahun dan 2 orang lagi 6 tahun.

Bagi ujian yang pertama, pengkaji mengulang ujian ini sebanyak tiga kali bagi

mendapatkan data yang lebih tepat dalam mementukan tahap atau keupayaan kanak-

kanak dalam kemahiran menggunting. Semsa ujian menggunting garisan ini

dijalankan pengkaji mengambil peluang untuk merekod cara kanak-kanak memegang

gunting,sama ada betul atau tidak, serta merekod cara kanak-kanak dalam mengawal

pergerakan tangan serta tubuh badan mereka semasa menggunting. Semasa inilah

dapat diketahui faktor-faktor yang membataskan perkembangan kemahiran

menggunting kanak-kanak tersebut.

Page 5: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

5

Lurus Zig-zag Bengkang Bengkok0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden DResponden C

Ujian Menggunting Garisan

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.6: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat

dirumuskan seperti dalam rajah 4.6. Berdasarkan rajah tersebut, responden A

merupakan sample kajian yang paling tidak mempunyai kemahiran menggunting yang

memberangsangkan. Responden A mampu untuk menggunting garisan lurus namun

dalam tahap yang tidak begitu memuaskan dan bagi garisan zig-zag dan bengkang-

bengkok, responden tersebut tidak mampu langsung untuk menggunting mengikut

garisan yang diberikan.

Bagi responden B pula, ia berada di tahap sederhana dimana sekiranya

diberikan latihan yang kerap responden tersebut mampu untuk menguasai kemahiran

mengunting agar lebih baik. Ini kerana hasil guntingan yang digunting oleh responden

B dari satu ujian ke satu ujian semakin memuaskan dan meningkat kebolehannya

untuk memegang dan mengawal gunting bagi menggunting garisan yang diberi.

Manakala bagi responden C dan D yang sememangnya dilihat tidak

mengalami masalah dalam memegang gunting, mereka tidak mengalami sebarang

masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan namun, hasilnya masih

boleh diperbaiki agar lebih baik dan hasil guntingan tidak senget dan bergerigi.

Page 6: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

6

Bagi ujian kedua dan ketiga dijalankan pada hari dan masa permerhatian yang

berbeza di dalam suasana pembelajran dan pengajaran seni dan kraf. Ujian kedua

adalah di mana pengkaji menguji kemampuan responden untuk mengunting bentuk-

bentuk mudah, iaitu bentuk-bentuk geometri seperti bulat, segi tiga, dan segi empat.

Manakala ujian yang terakhir pula lebih berbentuk bagi mengguji kemampuan

responden dalam menggunting bentuk bebas dan yang lebih kompleks iaitu lukisan

tapak tangan masing-masing.

Bulat Segi Tiga Segi Empat Bentuk Lebih Kompleks

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

Responden AResponden BResponden CResponden D

Ujian Menggunting Bentuk

Taha

p Ke

mah

iran

Men

ggun

ting

Rajah 4.7: Perbezaan skor responden dalam ujian menggunting bentuk

Dalam ujian yang dijalankan, data atau hasil pemerhatian dan ujian dapat

dirumuskan seperti dalam rajah 4.7. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan,

kemahiran menggunting responden A adalah yang baling lemah kerana dia tidak dapat

menggunting untuk membentuk sebarang bentuk geometri mahupun bentuk tangan.

Responden B pula, dia tidak mengalami sebarang masalah kecuali ketika

memotong bentuk bulatan dan juga bentuk tangan. Ini bermakna responden ini mampu

untuk menggunting garisan yang lurus dengan kemas namun untuk garisan yang

bengkok seperti bentuk bulatan responden ini tidak dapat mengawal pergerakan

tangan dan tubuh badanya semasa menggunting dengan baik untuk mendapatkan hasil

guntingan yang baik dan kemas.

Page 7: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

7

Namun bagi responden C dan D, mereka sekali lagi tidak mengalami sebarang

masalah untuk menggunting mengikut garisan yang ditetapkan bagi membentuk

bentuk yang diminta oleh guru.

4.4 Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan

Kanak-Kanak

Selepas menjalankan pemerhatian semasa ujian dijalankan dan mengadakan sesi soal

selidik ke atas responden, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang

menyebabkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas iaitu cara murid

memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, kordinasi mata dan

tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan, pendedahan guru dan ibu bapa

dengan aktiviti menggunting serta persepsi guru terhadap aktiviti menggunting.

Pengkaji mendapati faktor utama kepada keterbatasan kemahiran menggunting

murid adalah cara mereka untuk mengawal pergerakan tangan mereka semasa

menggunting. Pengkaji memerhatikan bahawa kebanyakan kanak-kanak

menggunakan cara yang salah dalam menegndalikan gunting sehingga menyebabkan

kesakitan pada sendi mereka. Disebabkan kesakitan yang mereka rasakan mereka

merasa cepat putus asa dan mengalah dalam melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.8: Kesukaran responden dalam mengawal pergerakan tangan semasa

menggunting

Page 8: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

8

Perkara ini bukanlah andaian pengkaji semata-mata, bahkan bagi menguatkan

dan memdapakan kepastian, penyelidik turut menggunakan data daripada soal selidik

yang dijalankan kepada kanak-kanak semasa aktiviti menggunting dijalankan.

Kesemua responden yang mengalami kesukaran dalam memegang dan mengawal

pergerakan tangan mereka dalam aktiviti menggunting menyatakan mereka berasakan

kesakitan pada tanagn mereka semasa melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.9: Responden tidak dapat mengggunting dengan baik akibat postur tubuh

badan yang salah.

Selain itu berdasarkan pemerhatian guru, postur tubuh badan murid juga

menjadi salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berada

di tahap yang baik ketika menggunting. Cara menggunting yang betul adalah untuk

kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang

memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal

pergerakan gunting mereka. Berdasarkan pemerhatian responden tidak dapat untuk

menggunting dengan baik mengikut garisan atau membentuk bentuk-bentuk yang

telah ditetapkan akibat masalah ini.

Page 9: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

9

Rajah 4.10: Tangan dominan dan tangan bukan dominan digunakan dengan betul.

Sambil memotong, kanak-kanak akan turut belajar bagaimana untuk

menggunakan tangan bukan dominan untuk memegang kertas. Pada mulanya tangan

bukan dominan hanya akan perlu untuk memegang kertas sementara tangan dominan

menggerakkan gunting ke hadapan dalam garis lurus. Namun lama kelamaan, tangan

bukan dominan akan perlu untuk bergerak dan mengerakkan kertas sementara tangan

dominan membuka dan menutup bilah menggunting.

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang dianggap tidak penting

turut dapat dijadikan sebagai salah satu faktor keterbatasan kemampuan kanak-kanak

untuk menggunting dengan baik iaitu kesesuaian saiz gunting dan juga koordinasi

mata dan tangan kanak-kanak. Ini kerana semasa mengunting, disebabkan kesakitan

yang mereka rasakan semasa menggunting responden meminta untuk menggunakan

gunting yang lain, sama ada lebih besar atau pun lebih besar. Bagi responden A dan

responden B mereka lebih suka untuk menggunakan gunting yang kecil

memandangkan saiz tangan mereka yang kecil.

Terdapat juga responden yang langsung tidak dapat mengunting dan

menyelesaikan semua ujian yang berikan. Ini adalah berikutan kelemahan koordinasi

mata dan tangan kanak-kanak untuk menggunting pada garisan yang telah diberikan.

Responden tersebut hanya menggunting bahagian tepi-tepi kertas dan bukannya pada

garisan yang ada pada kertas. Hal ini berulang dalam setiap ujian yang diberi walupun

telah dibimbing oleh pengkaji.

Bil Faktor-Faktor RESPONDEN

Page 10: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

10

A B C D

1 Kesesuaian saiz gunting √ √ X X

2 Cara murid memegang gunting √ √ X X

3 Postur tubuh badan semasa menggunting √ √ X X

4 Koordinasi mata dan tangan √ X X X

Jadual 4.1: Faktor-faktor yang membataskan kemahiran menggunting murid

Bagi mencari faktor yang lebih memberikan kesan, penyelidik turut

mengumpulkan dan menggunakan data yang dikumpul daripada soal selidik yang

dijalankan kepada guru tadika serta murid tadika yang terlibat dalam kajian ini sendiri.

Bagi menyelidik pengaruh pendedahan penggunaan gunting di tadika, pengkaji

telah menjalankan soal selidik terhadap kanak-kanak. Jadual 4.2 menunjukkan

kekerapan pendedahan yang diperolehi responden di tadika dalam kemahiran

menggunting yang betul.

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah guru pernah mengajar anda cara memegang gunting di tadika? 1 3

Adakah guru membenarkan anda untuk menjalankan aktivti

menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika?0 4

Jumlah 1 7

Peratus (%) 12.5 87.5

Jadual 4.2: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian A

Page 11: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

11

Data menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang diajukan persolan

sama ada mereka pernah diajar menggunakan gunting dengan betul atau tidak di

tadika, menjawab tidak. Hanya seorang daripada empat kanak-kanak yang menjawab

pernah. Apabila diselidik kanak-kanak tersebut merupakan murid baru dan menurut

kanak-kanak tersebut di tadika nya yang sebelumnya, guru-guru di sana mengajarnya

untuk menggunakan gunting serta membenarkan kanak-kanak untuk menjalankan

aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan guru yang minima di tadika. Ini bermakna

hanya 12.5 % kekerapan pendedahan penggunaan gunting dengan betul yang kanak-

kanak perolehi di tadika.

Selain mengambil faktor rangsangan dan galakan di sekolah, pengkaji turut

mengajukan soalan berkaitan galakan ibu bapa atau keluarga di rumah tentang aktiviti

menggunakan gunting. Bagi responden yang mempunyai kemahiran menggunting

yang baik dapat dilihat bahawa di rumah mereka turut dijalankkan untuk

menggunakan gunting namun dengan pantauan dan juga bantuan yang minimum

daripada orang yang lebih dewasa. Manakala bagi responden yang lemah kemahiran

menggunting, hasil daripada dapatan soal selidik, ibu bapa atau keluarga mereka tidak

membenarkan mereka sama sekali untuk menggunakan gunting dengan sendiri. Ini

berlaku kerana bimbang akan berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah ibu bapa anda pernah mengajar anda cara

memegang gunting di rumah?

2 2

Adakah ibu bapa anda membenarkan anda untuk

menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di

rumah?

2 2

Jumlah 4 4

Peratus (%) 50 50

Jadual 4.3: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian B

Page 12: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

12

50-50 itulah hasil dapatan daripasa soalan soal selidik mengenai pendedahan

yang responden terima di rumah dalam kemahiran menggunakan gunting dengan

betul. 50% responden yang menjawab ya adalah responden yang berumur 6 tahun

manakala yang menjawab tidak adalah responden berumur 5 tahun.

Soal selidik yang dijalankan bukan sahaja melibatkan responden sahaja, ianya

juga turut melibatkan sesi soal selidik dengan guru dengan menanyakan soalan yang

sama seperti yang ditanya kepada responden. Ini bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya percanggahan data.

Kekerapan

Ya Tidak

Adakah anda pernah mengajar murid-murid cara memegang

gunting di tadika?

0 3

Adakah anda membenarkan murid-murid untuk

menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan di

tadika?

3 0

Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan

gunting kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor

halus mereka?

3 0

Jumlah 6 3

Peratus (%) 67 34

Jadual 4.4: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Guru

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru yang diajukan persoalan

sama ada mereka pernah mengajar murid-murid mereka menggunakan gunting dengan

betul atau tidak, menjawab tidak. Namun para guru membenarkan murid-murid untuk

menjalankan aktiviti menggunting sendiri dengan bantuan yang minima di tadika.

Peratusan soal selidik yang dilakukan lebih ke arah jawapan yang negative iaitu 34%

menjawab tidak.

Page 13: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

13

Namun apabila diajukan soalan berkenaan persepsi guru terhadap kemahiran

menggunting yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak,

kesemua guru bersetuju seratus peratus. Apabiila dipertikaikan jawapan yang

diberikan kesemua guru memberi alasan bimbang akan keselamatan kanak-kanak dan

juga bilangan gunting atau kemudahan untuk menggunting yang terhad dan tidak

mencukupi untuk digunakan untuk semua kanak-kanak dalam satu-satu masa.

4.5 Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang dapatan atau hasil

hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan instrument kajian

yang dijalankan iaitu menerusi pemerhatian, soal selidik terhadap responden dan

guru serta ujian bagi menguji tahap kebolehan mengunting kanak-kanak. Selain itu

aspek factor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting kanak-kanak juga

turut disentuh dalam bahagian ini, faktor-faktor yang diutarakan adalah seratus

peratus berdasarkan pemerhatian pengkaji dan juga jawapan-jawapan yang

diperolehi daripada sesi soal selidik bersama responden serta guru. Hasil yang

diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dan factor yang

mempengaruhinya ini akan digunakan oleh pengakaji dalam merumuskan dan

seterusnya mencadangkan beberapa aktiviti yang setrusnya dapat memperbaiki tahap

kemahiran menggunting kanak-kanak di peringkat tadika.

Page 14: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

14

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat

rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument

kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan

kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji

sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik

darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi

kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah

baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga

dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

Page 15: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

15

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian

tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul

telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas

memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanak-

kanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik,

ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang

lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika

mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam

dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan

dan juga bentuk.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor

halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling

mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur

mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka

menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting

sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan

serta tubuh badan mereka ketika menggunting.

Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya

dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan

tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk

memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang

melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal

dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran

motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah

pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan

sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut

Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri

seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini

kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

Page 16: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

16

dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan

yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran

menggunting dengan lebih cepat.

Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami

perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan.

Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A

yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia

umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan,

Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan

mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas.

Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja.

Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang

menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti

disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanak-

kanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental,

minat dan juga bakat.

Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam

mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia

tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan

masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis

pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling

berkaitan.

Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang

mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan

keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak,

menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di

rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada

ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

Page 17: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

17

5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada

dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam

tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun.

Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anak-

anak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak

betul.

Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi

memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis

mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada

tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangan-

cadangannya adalah seperti berikut :

a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik

minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.

Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990).

b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks.Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak –kanak. Aktiviti pengulangan akan meransangdaya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat.

c) Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi

mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti.

Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak

bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

Page 18: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

18

kurang prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang

berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanak-

kanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan

melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat

aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif

dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan

mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka.

d) Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak –kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti

dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama

dengan ibu bapa bagi memastikan kanak –kanak mendapat intervensi

awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah

yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti

susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil

daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua

pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin

Ahmad : 2003 ).

Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia

dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat

dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji

cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul.

Antaranya adalah:

a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang

dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk

memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk

menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanak-

kanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak

mana yang dia mahu.

b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari

telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

Page 19: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

19

kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting.

Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau

akan.

c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa

mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan

dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu

sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau

dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti

"Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas

dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu."

Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka

selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh

kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk

menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah

gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini

pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya

guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat.

Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul,

mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda

mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan

tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah

lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia

untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada

anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah

logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan

beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di

dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan

jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda

memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda

menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan

bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

Page 20: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

20

Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti

menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar

kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh

sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat

daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang

gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej

atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat

kacang, gula-gula dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting

dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni

untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah

dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja

untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi

boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu

mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas

yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua

kali untuk memotong jalur kertas kersebut.

Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting

dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong

pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum

dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan

sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan

yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan

memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka.

Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam

mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang

kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan

kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanak-

kanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa

kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan.

Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi

empat.

Page 21: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

21

Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu

untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan

mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan

bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian

yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang

kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh

dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran

menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang

lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian

yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat

perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar.

Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya

memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting

kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh

dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan

penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini

bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya

dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis.

5.4 KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran

menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu

usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap

penguasaan kemahiran menggunting ini.

Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan

kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam

kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

Page 22: BAB4 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

22

boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran

kanak-kanak.

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk

mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting

dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran

menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan

beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.