Beza kbsr & kssr dlm pj

9
ASPEK KBSR KSSR Organisasi kandungan Ada tiga tunjang iaitu; a. Kecergasan b. Kemahiran c. Kesukanan Kesukanan diajar secara berasingan daripada modul kecergasan dan kemahiran Ada dua modul iaitu; a. Kemahiran b. Kecergasan Kesukanan diajar secara serentak di bawah modul kecergasan dan kemahiran. Kemahiran; Aspek 1 - Kemahiran pergerakan. Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan. Aspek 5 - Kesukanan. Kecergasan; Aspek 3 - Kecergasan meningkatkan kesihatan. Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan. Aspek 5 - Kesukanan.

description

 

Transcript of Beza kbsr & kssr dlm pj

Page 1: Beza kbsr & kssr dlm pj

ASPEK KBSR KSSR

Organisasikandungan

Ada tiga tunjang iaitu;a. Kecergasanb. Kemahiranc. Kesukanan

Kesukanan diajar secaraberasingan daripada modul kecergasan dan kemahiran

Ada dua modul iaitu;a. Kemahiranb. Kecergasan

Kesukanan diajar secara serentak dibawah modul kecergasan dankemahiran.

Kemahiran;Aspek 1 - Kemahiran pergerakan.Aspek 2 - Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan.Aspek 5 - Kesukanan.

Kecergasan;Aspek 3 - Kecergasan meningkatkan kesihatan.Aspek 4 - Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan.Aspek 5 - Kesukanan.

Organisasi Kurikulum

Tahap 1 dan 2, mata pelajaran;

► Teras ► Wajib ► Tambahan.

Pendidikan Jasmani termasuk dalam mata pelajaran tambahan

Tahap 1 ;

► Modul Teras Asas► Modul Teras Tema► Modul Elektif

Tahap 2 ;► Mata pelajaran Teras dan Elektif.

Pendidikan Jasmani di bawah Modul Teras Asas.

Page 2: Beza kbsr & kssr dlm pj

Matlamat Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Bertujuan membina individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkanNilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Reka bentukkurikulum

Berasaskan tiga bidang ;► Komunikasi► Manusia dan alam sekeliling► Perkembangan diri individu

Berasaskan enam tunjang ;► Komunikasi► Kerohanian,sikap dan nilai.► Kemanusiaan► Keterampilan diri► Perkembangan fizikal dan Estetika. ► Sains dan teknologi

Masa Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam satu hari

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit dalam dua hari . Contoh ;Isnin – 30 minitSelasa – 30 minit

Fokus Tidak menyatakan fokus dalam Pendidikan Jasmani.

Terdapat tiga fokus;i) Membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor.ii) Memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan.iii)Memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri dan sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.

Pedagogi ● Kemahiran berfikir dalam p&p● Aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p.● Penggunaan TMK.● Pengajaran berasaskan kajian masa depan.● Pembelajaran secara konstruktivisme.

● Kemahiran berfikir dalam p&p.● Aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p &p.● Penggunaan TMK.● Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan.● Pembelajaran secara konstruktivisme.

Page 3: Beza kbsr & kssr dlm pj

● Pembelajaran Masteri● Belajar cara belajar

● Pembelajaran secara kontesktual.● Pembelajaran akses kendiri.

Kaedah Pentaksiran ► Berorientasikan peperiksaan► Lebih kepada penilaian Sumatif ;

- Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS)

- Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

► Dijalankan berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid .► Penilaian Formatif► Penilaian Sumatif

Bahan ► Sukatan Pelajaran► Huraian Sukatan Pelajaran → Kandungan → Huraian Sukatan Pelajaran► Buku Teks

► Dokumen Kurikulum → Standard Kandungan → Standard Pembelajaran► Buku Teks

Organisasi Kurikulum:

Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar. Pendidikan Jasmani termasuk dalam modul teras.

Rekabentuk Kurikulum:

Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diri individu. Berbeza dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Tunjang Fizikal dan Estetika merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.

Page 4: Beza kbsr & kssr dlm pj

Peruntukan Masa:

Berlaku perubahan masa dalam KBSR, masa bagi pengajaran Pendidikan Jasmani berjalan selama 60 minit berterusan, manakala dalam KSSR, masa pengajarannya juga 60 minit tetapi dijalankan dua kali seminggu ( 30 minit setiap pembelajran ). Semasa KBSR, Pendidikan Kesihatan digabungkan dengan Pendidikan Jasmani, tetapi dalam KSSR, Pendidikan Kesihatan telah dipisahkan.

Kaedah pentaksiran:

Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan samaada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mata pelajaran yang diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains tidak termasuk Pendidikan Jasmani .

Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian..

Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentikdan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiranpsikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Penilaian diuji kepada semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atauverbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Page 5: Beza kbsr & kssr dlm pj

Bahan:

Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Penggunaan buku teks masih diteruskan dengan kandungan yang baru.

Perbezaan Pelaporan Pencapaian:

Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran termasuk Pendidikan Jasmani tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) seperti dalam KBSR sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, aplikasi kecerdasan pelbagai, penggunaan TMK ,pengajaran berasaskan kajian masa depan,dan pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Kesimpulan

Perubahan dalam globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan menjadi pelapis generasi akan datang dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dan mewujudkan KSSR dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif

Page 6: Beza kbsr & kssr dlm pj

dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum

Pelaksanaan KSSR sangat bertepatan dan sesuai pada masa -perubahan yang berlaku atas rasional dan alasan yang kukuh berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabara semasa. KBSR dan KSSR mempunyai ciri-ciri kekuatan masing-masing. Kedua-dua kurikulum ini berlandaskan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.