bfgnhgmnhjmjh

7
1. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan “Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan”. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen penting yang menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita. Hadirin yang saya kasihi, Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah bahasa yang digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi komponen penting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang budiman, Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telah sepakat perlu adanya satu bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim akan terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa atas nama perpaduan bak kata pepatah ” Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.

description

fgnhngccgf

Transcript of bfgnhgmnhjmjh

Page 1: bfgnhgmnhjmjh

1.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan “Bahasa Kebangsaan

Nadi Perpaduan”. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis, kombinasi hakim yang

arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya muliakan, salam

mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan secara

keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemen penting yang menjadi

tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita. Hadirin yang saya kasihi, Faktor

utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari ini ialah bahasa yang

digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa

bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjak zaman kesultanan Melayu

Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh itu,

nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi komponen penting perpaduan yang

membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang budiman, Perkara 152 Perlembagaan

Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Ini

membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telah sepakat perlu adanya satu

bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat. Hubungan yang intim akan

terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan satu

bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahan kita sanggup berkongsi bahasa

atas nama perpaduan bak kata pepatah ” Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.

Hadirin sekalian,

Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa dan

agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang. Cuba fikir

sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmuran tanpa bahasa?

Tentunya tidak, hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa perpaduan

negara akan menemui kehancuran. Justeru, perpaduan antara kaum amat penting

untuk menjamin kemajuan dan kestabilan serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu, bahasa

bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita, malahan

Page 2: bfgnhgmnhjmjh

merupakan aset penting untuk menjana kemajuan dan kestabilan yang berterusan.

Sidang hadirin, Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita

tunggu? Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasa demi keutuhan negara tercinta.

Sekian, terima kasih. 

2.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bismillah, Alhamdulillah. 

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,

seterusnya hadirin hadirat sekalian,

"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya

melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya

satu persatu.

Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.

"Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan sebagai

menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu manusia 

dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.

Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi mampu melahirkan

manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan.

Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan

Page 3: bfgnhgmnhjmjh

seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha

ini dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah dan diserahkannya kepadaNya untuk

dinilai. 

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah ayat 5,

Maksudnya: "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah

dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya".

Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan

maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang

ramai.

Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman. Kisah

mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka

terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk

sampai ke sekolah. Niat mereka adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya

cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup

dilakukan.

Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan

pelajaran dengan baik kepada murid-murid. 

Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari

"Majmu' Zawaid yang bermaksud;

"Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk

dalam kegelapan di darat dan di laut.

Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para

murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu adalah ibarat bintang yang

menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah

Page 4: bfgnhgmnhjmjh

arah.

Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka

setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh

negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan

pelajaran di peringkat universiti.

Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini bererti

bijaksana. 

Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud

"Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan

yang baik".

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan cara

dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang

berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.

Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan

teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi

adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa di sekolah

merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak

mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi

S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la yang bermaksud;

"Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan

hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi

pekerti.

Page 5: bfgnhgmnhjmjh

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak

buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.

Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru

terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru

terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan

contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan

akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri ke arah melahirkan

insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.