BH PILIH L9 17 emel KEGIATAN DBP DI SANA SINI Perayaan ... · BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006...

1
BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 Halaman Sembilan KEGIATAN DBP DI SANA SINI S empena sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelbagai ke- giatan telah dianjurkan oleh DBP pering- kat Cawangan dan Wilayah. DBP Cawangan Sarawak dari 23 hingga 30 Jun 2006 lalu telah mengadakan pelbagai kegiatan yang menda- pat liputan meluas menerusi RTM Kuching berkat kerjasama dengan Jabatan Penyiaran Sarawak. Acara kemuncak Majlis Bermukun iaitu, tandak Melayu Sarawak berlang- sung pada 24 Jun 2006, pukul 10.30 malam bertempat di Laman Seni, DBP Cawangan Sarawak ini mendapat liputan langsung radio RTM Kuching menerusi rangkaian Sarawak FM. Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Muda Pelancongan merangkap Menteri Muda Hal-Ehwal Belia Sarawak, Y.B. Tuan Haji Hamden Ahmad. Bagi menggalakkan penciptaan lagu puisi, Pertandingan Lagu Puisi Jemputan diadakan pada 27 Jun 2006. Pertandingan ini disertai oleh sepuluh buah sekolah terpilih hasil penyertaan Bengkel Lagu Puisi untuk pelajar sekolah menengah bagi Bahagian Kuching yang berlang- sung pada 26 Jun 2006. Maktab Rendah Sains Mara Kuching dengan lagu puisi- nya yang berjudul Kedamaian muncul sebagai juara Pertandingan Lagu Puisi Jemputan dan turut memenangi Hadiah Lagu Terbaik dan Vokal Terbaik. Sementara itu, Persembahan Terbaik dimenangi oleh SMK St. Joseph. Pada 27 Jun 2006 pula, berlangsung Majlis Diskusi Buku. Pembicara terdiri daripada Jais Sahok, penulis Sarawak yang membicarakan kumpulan cerpen Fajar Merah di Lembah Ringat karya Buang Haji Umar terbitan DBP Cawangan Sarawak. Sementara itu, Awang Azman, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membincangkan novel Bunga-Bunga Cinta karya Dahiri Saini yang diterbitkan oleh Tintarona. Jaafar Hamdan, pegawai di Unit Pengembangan Sastera DBP Cawangan Sarawak pula membincangkan buku Perangkap Rama- Rama dan Kelawar. Melalui Rancangan Jiran Sekampung, yang berlangsung pada 30 Jun 2006 berjaya menghangatkan acara kemuncak Sambutan Jubli Emas DBP Cawangan Sarawak. Rancangan tersebut memberikan tumpuan tentang peranan bahasa Melayu di Sarawak dan usaha DBP memartabatkannya selama 50 tahun. Sementara itu, DBP Cawangan Sabah mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila menganjurkan Puisi Ria, iaitu acara baca puisi tanpa henti paling lama di Malaysia selama 50 jam. Acara dimulakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat yang mendeklamasikan puisi “Bersamamu” karya Nazifah Halmi pada 12 Jun 2006 tepat pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari pada 14 Jun 2006. Penyair yang menyertai acara ini berpeluang memilih sajak dari antologi Resam setebal 656 halaman yang meng- himpunkan 433 sajak baharu karya 152 penulis lama dan baharu di Sabah. Acara yang menghimpunkan lebih 1200 peserta terdiri daripada penyair, penulis, penggiat sastera, penjawat awam, pensya- rah, pendidik, pelajar sekolah dan orang kenamaan. Haziq Wahidi Ahmad Basir dari Sekolah Kebangsaan Putatan yang berusia tujuh tahun merupakan penyair termuda, manakala sasterawan mapan yang tidak asing lagi di Sabah, Hajah Dayang Salmah Salam yang berumur 77 tahun merupakan penyair paling veteran menyertai acara ini. Acara ini turut disertai oleh penyair ketu- runan India dan Cina. Sijil pengikti- rafan disampaikan sendiri oleh wakil Malaysia Book of Records, Faridah Hanem Ab. Rashid kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas yang disaksikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Y.B. Hajah Jainab Datuk Panglima Ahmad. Antara kegiatan lain yang diadakan ialah pementasan teater muzikal yang berjudul “Selendang Tanjung Sampang Mengayau” yang dipentaskan oleh Kumpulan Teater TEMASA, Bicara Karya, Bengkel Deklamasi Puisi, Bengkel Tari dan Muzik Tradisi, Dialog Tokoh dan Pertandingan Mewarna. Penyertaan ribuan penduduk Sabah melalui Karnival Seni yang berlangsung pada 12 hing- ga 18 Jun 2006 itu adalah hasil kerjasama Persatuan Penulis Sabah. Sementara itu Pertemuan Penulis Johor- Pahang ke-2, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan, Persatuan Penulis Johor dan Dewan Persuratan Melayu Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pahang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2006 di Kuantan, Pahang. Perasmian disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang, Y.B. Dato’ Maznah Mazlan. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar kegiatan bersifat intelektual yang menghimpunkan para penulis dan penggiat sastera dari pelbagai kawasan, daerah dan negeri sentiasa diadakan agar men- jadi ikutan persatuan atau badan penulis lain. Tambah beliau lagi, tokoh dalam bidang lain seperti poli- tik, pendidikan dan ekonomi perlu dilibatkan. Beliau menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk menjadi tuan rumah Hari Sastera Nasional pada tahun 2007 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara menjadi projek rintis membentuk kerjasama yang lebih akrab dalam hal-hal berkaitan dengan persuratan Melayu, dan seterusnya sebuah cawangan DBP dapat ditubuhkan di negeri Pahang pada masa hadapan. DBP Wilayah Utara pula, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah menjayakan Pesta Pantun Negeri Perlis 2006 sempena perayaan Jubli Emas DBP. Pesta Pantun yang berlangsung di Auditorium Taman Budaya Negeri Perlis ini mempertemukan dua buah sekolah terbaik yang berjaya menunjukkan kemahiran dan kepakaran berjual beli pantun secara spon- tan. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera yang menjuarai Pesta Pantun kali ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 dan sebuah piala iringan. Manakala peman- tun terbaik dimenangi oleh Syed Mukhtar Syed Mansor yang merupakan satu-satunya peserta lelaki dalam pertandingan tersebut. Johan pertandingan akan mewakili negeri Perlis ke Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis perasmian penutupan diras- mikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Encik Khairi Hassan. Perayaan Jubli Emas DBP Peringkat Cawangan dan Wilayah BH PILIH L9 17 emel DBP SETENGAH ABAD Peserta akhir Pesta Pantun Peringkat Negeri Perlis 2006 bersama tetamu kehormat. Johan Pertandingan Lagu Puisi Jemputan, MRSM Kuching. Datuk Chong Kah Kiat (kanan) mendeklamasikan puisi 'Bersamamu' sebagai pembuka tirai Puisi Ria. Antara pembentang kertas kerja Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Pertemuan Penulis Johor-Pahang ke-2. Pameran sempena Jubli Emas DBP Cawangan Sarawak. Kumpulan Gendang dari Kota Samarahan sedang bermukun. Sebahagian daripada peserta Puisi Ria. (Dari kiri) Awang Azman, Hazami Jahari , Jais Sahok dan Jaafar Hamdan. Zubaidi Abas menerima sijil pengiktirafan daripada wakil Malaysia Book Of Records. Oleh Abdul Nassir Said, Abang Haliman Abang Julai, Jaafar Haji Hamdan, Rusdi Abd. Rahman dan Zuraini Abu Bakar

Transcript of BH PILIH L9 17 emel KEGIATAN DBP DI SANA SINI Perayaan ... · BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006...

BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006 Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Sempena sambutan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelbagai ke-giatan telah dianjurkan oleh DBP pering-

kat Cawangan dan Wilayah. DBP Cawangan Sarawak dari 23 hingga 30 Jun 2006 lalu telah mengadakan pelbagai kegiatan yang menda-pat liputan meluas menerusi RTM Kuching berkat kerjasama dengan Jabatan Penyiaran Sarawak. Acara kemuncak Majlis Bermukun iaitu, tandak

Melayu Sarawak berlang-sung pada 24 Jun 2006, pukul 10.30 malam bertempat di Laman Seni, DBP Cawangan Sarawak ini mendapat liputan langsung radio RTM Kuching menerusi rangkaian Sarawak FM. Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Muda Pelancongan merangkap Menteri Muda Hal-Ehwal Belia Sarawak, Y.B. Tuan Haji Hamden Ahmad. Bagi menggalakkan penciptaan

lagu puisi, Pertandingan Lagu Puisi Jemputan diadakan pada 27 Jun 2006. Pertandingan ini disertai oleh sepuluh buah sekolah terpilih hasil penyertaan Bengkel Lagu Puisi untuk pelajar sekolah menengah bagi Bahagian Kuching yang berlang-sung pada 26 Jun 2006. Maktab Rendah Sains Mara Kuching dengan lagu puisi-nya yang berjudul Kedamaian muncul sebagai juara Pertandingan Lagu Puisi Jemputan dan turut memenangi Hadiah Lagu Terbaik dan Vokal Terbaik. Sementara itu, Persembahan Terbaik dimenangi oleh SMK St. Joseph. Pada 27 Jun 2006 pula, berlangsung Majlis Diskusi Buku. Pembicara terdiri

daripada Jais Sahok, penulis Sarawak yang membicarakan kumpulan cerpen Fajar Merah di Lembah Ringat karya Buang Haji Umar terbitan DBP Cawangan Sarawak. Sementara itu, Awang Azman, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membincangkan novel Bunga-Bunga Cinta karya Dahiri Saini yang diterbitkan oleh Tintarona. Jaafar Hamdan, pegawai di Unit Pengembangan Sastera DBP Cawangan Sarawak pula membincangkan buku Perangkap Rama-Rama dan Kelawar. Melalui Rancangan Jiran Sekampung, yang berlangsung pada 30 Jun 2006 berjaya menghangatkan acara

kemuncak Sambutan Jubli Emas DBP Cawangan Sarawak. Rancangan tersebut memberikan tumpuan tentang peranan bahasa Melayu di Sarawak dan usaha DBP memartabatkannya selama 50 tahun.

Sementara itu, DBP Cawangan Sabah mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila menganjurkan Puisi Ria, iaitu acara baca puisi tanpa henti paling lama di Malaysia selama 50 jam. Acara dimulakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat yang mendeklamasikan puisi “Bersamamu” karya Nazifah Halmi pada 12 Jun 2006 tepat pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00

tengah hari pada 14 Jun 2006. Penyair yang menyertai acara ini berpeluang memilih sajak dari antologi Resam setebal 656 halaman yang meng-himpunkan 433 sajak baharu karya 152 penulis lama dan baharu di Sabah. Acara yang menghimpunkan lebih 1200 peserta terdiri daripada penyair, penulis, penggiat sastera, penjawat awam, pensya-rah, pendidik, pelajar sekolah dan orang kenamaan. Haziq Wahidi Ahmad Basir dari Sekolah Kebangsaan Putatan yang berusia tujuh tahun merupakan penyair termuda, manakala sasterawan mapan yang tidak asing lagi di Sabah, Hajah Dayang Salmah Salam yang berumur 77 tahun merupakan penyair paling veteran menyertai acara ini. Acara ini turut disertai oleh penyair ketu-runan India dan Cina. Sijil pengikti-rafan disampaikan sendiri oleh wakil Malaysia Book of Records, Faridah Hanem Ab. Rashid kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas yang disaksikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Y.B. Hajah Jainab Datuk Panglima Ahmad. Antara kegiatan lain yang diadakan ialah pementasan teater muzikal yang berjudul “Selendang Tanjung Sampang Mengayau” yang dipentaskan oleh Kumpulan Teater TEMASA, Bicara Karya, Bengkel Deklamasi Puisi, Bengkel Tari dan Muzik Tradisi, Dialog Tokoh dan Pertandingan Mewarna. Penyertaan ribuan penduduk Sabah melalui Karnival Seni yang berlangsung pada 12 hing-ga 18 Jun 2006 itu adalah hasil kerjasama Persatuan Penulis Sabah.

Sementara itu Pertemuan Penulis Johor-Pahang ke-2, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan, Persatuan Penulis Johor dan Dewan Persuratan Melayu Pahang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pahang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Jun 2006 di Kuantan, Pahang. Perasmian

disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang, Y.B. Dato’ Maznah Mazlan. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar kegiatan bersifat intelektual yang menghimpunkan para penulis dan penggiat sastera dari pelbagai kawasan, daerah dan negeri sentiasa diadakan agar men-jadi ikutan persatuan atau badan penulis lain. Tambah beliau lagi, tokoh dalam bidang lain seperti poli-tik, pendidikan dan ekonomi perlu dilibatkan.

Beliau menyatakan hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk menjadi tuan rumah Hari Sastera

Nasional pada tahun 2007 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara menjadi projek rintis membentuk kerjasama yang lebih akrab dalam hal-hal berkaitan dengan persuratan Melayu, dan seterusnya sebuah cawangan DBP dapat ditubuhkan di negeri Pahang pada masa hadapan.

DBP Wilayah Utara pula, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah menjayakan Pesta Pantun Negeri Perlis 2006 sempena perayaan Jubli Emas DBP.

Pesta Pantun yang berlangsung di Auditorium Taman Budaya Negeri Perlis ini mempertemukan dua buah sekolah terbaik yang berjaya menunjukkan kemahiran dan kepakaran berjual beli pantun secara spon-tan. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera yang menjuarai Pesta Pantun kali ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 dan sebuah piala iringan. Manakala peman-tun terbaik dimenangi oleh Syed Mukhtar Syed Mansor yang merupakan satu-satunya peserta lelaki dalam pertandingan tersebut. Johan pertandingan akan mewakili negeri Perlis ke Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis perasmian penutupan diras-mikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Encik Khairi Hassan.

Perayaan Jubli Emas DBP Peringkat Cawangan dan Wilayah

BH PILIH L9 17 emel

DBP SETENGAH ABAD

Peserta akhir Pesta Pantun Peringkat Negeri Perlis 2006

bersama tetamu kehormat.

Johan Pertandingan Lagu Puisi Jemputan,

MRSM Kuching.

Datuk Chong Kah Kiat (kanan) mendeklamasikan puisi 'Bersamamu' sebagai pembuka tirai Puisi Ria.

Antara pembentang kertas kerja Pemerkasaan Bahasa

Melayu dalam Pertemuan Penulis Johor-Pahang ke-2.

Pameran sempena Jubli Emas DBPCawangan Sarawak.

Kumpulan Gendang dari Kota Samarahan

sedang bermukun. Sebahagian daripada peserta Puisi Ria.

(Dari kiri) Awang Azman, Hazami Jahari , Jais Sahok

dan Jaafar Hamdan.

Zubaidi Abas menerima sijil pengiktirafan daripada wakil Malaysia Book Of Records.

Oleh Abdul Nassir Said, Abang Haliman Abang Julai, Jaafar Haji Hamdan, Rusdi Abd. Rahman dan Zuraini Abu Bakar