Bicara Berirama SM

5
Bicara Berirama SM & SR :Skrip Bahasa Penyatu Bangsa SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia) SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan. 2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring 3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa 4. (SRP) Ha, tengok ni! 5. (SRP) I Phone. 6. (SRL) I… I apa? 7. (SRP) I Phone lah pakcik 8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke? 9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo) 10 . 11 . (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x) (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik) 12 . (SRP) Hebatkan! 13 . (SRL) Nak tengok ,boleh? 14 . (SRP) Boleh. 15 . (SRL) Nak pinjam? 16 . (SRP) Tak boleh! 17 . (SOLO) Emm…, itulah bahasa! 18 . (SRP) Bila dengar , banyak makna! 19 . (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata- kata (SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata

description

BB

Transcript of Bicara Berirama SM

Page 1: Bicara Berirama SM

Bicara Berirama SM & SR :Skrip Bahasa Penyatu Bangsa

SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia)

SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan.

2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa4. (SRP) Ha, tengok ni! 5. (SRP) I Phone.6. (SRL) I… I apa?7. (SRP) I Phone lah pakcik8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke?9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan

lagu ikut tempo)10.11.

(SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x)(SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik)

12. (SRP) Hebatkan!13. (SRL) Nak tengok ,boleh?14. (SRP) Boleh. 15. (SRL) Nak pinjam?16. (SRP) Tak boleh!17. (SOLO) Emm…, itulah bahasa!18. (SRP) Bila dengar , banyak makna! 19. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata

(SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya!SEGMEN 2 20. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

(SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia. 20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman

nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. .21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu)22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung.

Ramai pedagang menggunakanya.23 (SOLO)Hebat! 24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu

diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota

25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu

26. (SRP) Tapi, pada masa tu…bahasa pasar diutamakan

Page 2: Bicara Berirama SM

27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa?28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam…29. (SOLO P) Haiya… apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada

orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )30. (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok

laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu)31. (SOLO L) Ayo..yo…yo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek

tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu) (SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar

32. (SRL) Sekarang… Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia 33. (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa

Melayu. 34. (SRL)Malangnya… timbul pula bahasa cacamarba35. (SR)Cuba dengar ni…36. (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go… Boringlah duduk sorang-sorang.37. (SR) Inilah bahasa rojak … macam buat sambal belacan.38. (SR)Masuk lada…, Masuk bawang… masuk belacan Blennnd… (bunyi mesin

kisar). 39. (SRP) Lepas tu makan. Rasa… Huh…huh…huh. 40. (SRP) Pedasnya41. (SRL) Ha…Siapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir)42. (SRP) Tapi…Sambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu… Nak

lagi…Nak lagi…Nak lagi…macam tu juga bahasa rojak. 43. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia.

SEGMEN 3 44. (SOLO)Nah ! Tu, dia…, Bahasa Identiti Bangsa 45. (SR) Macam dulu-dulu… Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa46. (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal47. (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria48. (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup

rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana. 49. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang50.51.

52.

(SRP) Kat timur pula, ada ore… Kelate.(SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa.

SEGMEN 4 53. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai . 54. (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan

bahasa tanpa rasa curiga55. (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala…56. (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan

dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun)57. (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar

bangsa.

Page 3: Bicara Berirama SM

58. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi.

59. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!60. (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas)61. (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik

back up drum roll)62. (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar) 63. (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji64. (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia ,

(SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang65. Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat.

(Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 )

66. (SOLO) 1Bahasa67. (SOLO) 1Bangsa68. (SOLO) 1Malaysia69. (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse

ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )

Catatan Petunjuk :   SOLO – Suara Solo ( 9 orang)   SR – Suara Ramai  SRL – Suara Ramai Lelaki   SRP – Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh : Abd Razak b. Abd. Malek