Bidang Tugas Unit Peperiksaan

4
BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN Written by Nuwairah Wednesday, 28 March 2012 14:47 BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN A. Setiausaha Peperiksaan Dalaman 1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 2. Menyediakan jadual pembina soalan. 3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat penyimpanan kertas soalan. 4. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan berada di dalam keadaan selamat. 5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 6. Memastikan skema jawapan dan JSU/JSI disediakan oleh Ahli Jawatankuasa panel penggubalan soalan. 7. Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 8. Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU / JSI disimpan untuk rujukan. 9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar. B. Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM 1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan. 2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan. 3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan. 4. Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan. 5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR / SPM. 6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN, Lembaga Peperiksaan dan Sekolah. 7. Makluman kepada Penolong Kanan jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya. 8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM:

description

su peperiksaan

Transcript of Bidang Tugas Unit Peperiksaan

Page 1: Bidang Tugas Unit Peperiksaan

BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN

Written by Nuwairah   

Wednesday, 28 March 2012 14:47

BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN

A.          Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.

2. Menyediakan jadual pembina soalan.

3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat penyimpanan kertas soalan.

4. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan berada di dalam keadaan selamat.

5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan

sebelum peperiksaan dijalankan.

6. Memastikan skema jawapan dan JSU/JSI disediakan oleh Ahli Jawatankuasa panel

penggubalan soalan.

7. Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang

ditetapkan.

8. Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU / JSI disimpan untuk rujukan.

9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan

kemajuan pelajar.

B.         Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM

1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan

kepada guru tingkatan.

2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang

Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.

3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh

JPN dan Lembaga Peperiksaan.

4. Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara)

dengan kerjasama guru tingkatan.

5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR / SPM.

6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN,

Lembaga Peperiksaan dan Sekolah.

7. Makluman kepada Penolong Kanan jika ada pelajar yang tidak mampu membayar

dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan

selanjutnya.

8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM:

v     Analisis keputusan peperiksaan

v     Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan

v     Borang-borang yang berkaitan

Page 2: Bidang Tugas Unit Peperiksaan

1. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan

bertulis dan peperiksaan lisan.

2. Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan dalam 4 salinan.

3. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.

4. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan :Almari / Jam dinding /

Cop sekolah / lakri / Kapur / Pemadam / Lain-lain

5. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.

6. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang

diperlukan untuk calon persendirian jika ada.

7. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam

menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan pendidikan seni.

8. Penyelaras peperiksaan PMR dan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir

peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang

dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.

9. Mendapat 2 set soalan PMR dan SPM untuk rujukan sekolah.

 

 

C.         Guru Penyedia Soalan

1.          Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak

dibenarkan diulang

semula pada tahun-tahun berikutnya.

2.          Soalan ujian/peperiksaan hendaklah ditaip sepenuhnya atau menggunakan

kaedah ’copy and

paste’. Kaedah ’cut and paste’ atau fotostat terus dari buku tidak dibenarkan sama

sekali.

3.          Jenis ’font’ soalan yang ditetapkan ialah Arial 11.

4.          Kertas soalan bersama JSU dan Skema Jawapan hendaklah sampai kepada

pentadbir

seminggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan.

5.          Semua guru penyedia kertas soalan ujian/peperiksaan DIINGATKAN supaya :

i.    Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menaip soalan

ujian / peperiksaan.

ii.   Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu

dalam menyusun, mengkokot

dan membungkus kertas soalan.

iii.  Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu

dalam menyemak dan menanda

Page 3: Bidang Tugas Unit Peperiksaan

kertas soalan yang telah dijawab.

Pelaksanaan Ujian/Peperiksaan

 

1.          Ujian dan peperiksaan yang diadakan sebanyak dua kali setahun adalah untuk

memastikan

kesinambungan proses P&P. Pelaksanaan ujian dan peperiksaan hendaklah berasaskan

sukatan pelajaran serta format terkini yang telah ditetapkan.

2.          Sebarang penangguhan ujian / peperiksaan adalah tidak

dibenarkan kecuali bagi pelajar

yang mewakili sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD / JPN / KPM atau

mengikut

budi bicara tuan pengetua. Guru pengiring / guru penasihat / guru penyelaras adalah

bertanggungjawab untuk memastikan pelajar tersebut menjawab soalan ujian /

peperiksaan

mengikut masa yang diperuntukkan di bawah pengawasan guru pengiring / penyelaras

itu

sendiri.

3.          Pelajar yang tidak menduduki ujian/peperiksaan atas kebenaran pihak

pentadbir sekolah

atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di luar jadual

peperiksaan. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan sama

sekali

menduduki ujian / peperiksaan tersebut.

4.          Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu memastikan guru mata pelajaran

menyemak,

menanda kertas soalan dan memasukkan markah ujian/peperiksaan pelajar

berkenaan.

5.          Analisis item hendaklah disediakan bagi kertas soalan berbentuk objektif

dan subjektif

untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan

Percubaan

PMR dan SPM.

5.          Post Mortem 1, 2 dan 3 hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran

(PM1),

Page 4: Bidang Tugas Unit Peperiksaan

Ketua Panitia (PM2) dan Guru Kanan (PM3) bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun,

Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan PMR / SPM.

6.          Keputusan ujian dan peperiksaan semua pelajar akan dipamerkan supaya

masing-masing

sentiasa berusaha dan bersaing untuk mempamerkan yang terbaik untuk tatapan umum

dan

akan berasa malu jika keputusan yang tidak baik dipamerkan serta menjejaskan maruah

diri.