BIG Fasa 3

download BIG Fasa 3

of 10

description

BIG Fasa 3

Transcript of BIG Fasa 3

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JANUARI 2014TajukKandunganJam

1. Ceramah / bengkel

Etiket Sosial dan protokol

Anda dikehendaki merancang, mengendali dan menghadiri bengkel berkaitan tajuk-tajuk berikut dan menyediakan satu catatan refleksi mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan. Pengucapan awam Kesantunan berbahasa

Kemahiran mendengar secara efektif

Tertib di meja makan

Pengendalian majlis rasmi (susun atur kedudukan, pengacaraan, sambutan tetamu)

Etika berpakaian

2

2. Aktiviti

Pengendalian Satu

Majlis Rasmi di IPGK

Anda (dalam kumpulan) dikehendaki merancang dan mengendalikan satu majlis rasmi di IPGK dan menyediakan satu catatan refleksi mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Pengucapan awam

Kesantunan berbahasa

Kemahiran mendengar secara efektif

Tertib di meja makan

Pengendalian majlis rasmi (susun atur kedudukan, pengacaraan, sambutan tetamu)

Etika berpakaian8

3. Penyediaan catatan Refleksi

Jumlah10

LAPORAN & CATATAN REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 PISMP AMBILAN JANUARI 2014

Nama

: WONG WEN JING

Opsyen

: PISMP BM AMB JAN 2014

No. Kad Pengenalan : 940406-12-5816No. Matrik

: IPGKG/PISMP/BM(SJKC)/2014/01/020Tarikh BIG

: 25, 26, 28 Februari 2015Tempat

: Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insane guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara. Pembinaan insane guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan penekanan dalam proses pembentukan insane guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam dirimereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian- pengisian positif, penerapan nilai- nilai murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi

RASIONAL KURSUSPelaksanaan kursus ini bertujuan memantapkan pembinaan ciri-ciri peribadi, sosial dan profesional insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti alamiah dan dalam konteks sebenar bagi menerapkan kemahiran insaniah.Sehubungan dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang dinamik seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:-

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.STRATEGI PERLAKSANAAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Tanggungjawab membina insan guru adalah tanggungjawab bersama seluruh warga institut.

Pelaksanaan program BIG fasa 3 dicadangkan mengikut ketetapan berikut:Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota KinabaluKompleks Sukan Penampang, Kota Kinabalu Tarikh : 25, 26, 28 Februari 2015Peserta : Pelajar PISMP Ambilan Januari 2014 Dalam melaksanakan program ini, para guru pelatih dicadangkan akan mengadakan aktiviti seperti berikut :

i. Menghadiri ceramah etika sosial dan pengurusan majlis rasmiii. Melatih etika- etika sosial dalam ceramahiii. Mengendalikan aktiviti atau majlis rasmi peringkat institutiv. Mempraktikan cara- cara pengurusan majlis rasmi REFLEKSI INDIVIDU Pada 25 Februari 2015 bersamaan hari Rabu, pelajar PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari 2014 mengadakan ceramah Etika Sosial dan Pengurusan Majlis Rasmi. Ceramah ini disampaikan oleh En. Ladius Emor. Ceramah ini merupakan sambungan kepada program Bina Insan Guru (BIG) siri yang ketiga. Ceramah ini berlangsung selama tiga jam iaitu dari jam 1 hingga 4 petang di kelas D32.

Sepanjang ceramah tersebut, beliau telah memfokuskan beberapa perkara iaitu penampilan diri, etika sosial, pengurusan majlis, format kad jemputan dan sebagainya. Beliau turut menjelaskan sebab-sebab protokol diperlukan terutamanya dalam majlis-majlis formal. Hal ini membantu kami sedikit sebanyak dalam menyiapkan diri dan memahami mengapa perkara ini dilakukan. Hal ini adalah penting bagi menunjukkan imej seorang guru yang boleh dijadikan contoh kepada generasi akan datang.

Ceramah ini juga telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam etika sosial dan protokol yang merangkumi banyak aspek, contohnya pengurusan majlis rasmi. Melalui ceramah ini juga, saya dapat memahami dan mengaplikasi elemen protokol dalam majlis rasmi serta ia turut menambahkan keyakinan diri saya dan merapatkan hubungan sesama manusia. Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara mengendalikan majlis rasmi, cara menyimpan bendera- bendera, cara membuat kad jemputan rasmi, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Contohnya, kita harus susun tempat duduk VIP mengikut pangkatnya dan bilangan agar tidak menyinggung mana- mana pihak. Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etika sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol. Misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Lagipun, guru juga selalu dikehendaki untuk mengendalikan majlis rasmi sekolah untuk menjemput tetamu- tetamu kehormat, jadi saya lebih yakin dan berpengetahuan dalam pengurusan majlis selepas menghadiri ceramah ini. Misalnya, saya lebih peka terhadap menyusun tempat duduk tetamu kehormat dalam apa- apa situasi.

Terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi guru yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran, kesantunan bahasa dalam menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Seorang guru akan pastinya akan sentiasa berdiri di khalayak ramai, hadapan para guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat mengaplikasikan kelak serta menggunakan laras bahasa yang tepat.

Tambahan pula, guru juga hendaklah mempunyai kemahiran pengurusan dan perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang positif dan rasional.

Ekoran itu, ceramah tersebut juga memberi kesedaran pada diri saya bahawa profesion keguruan merupakan satu nama yang mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Tanggungjawab tersebut bukan hanya terletak pada nama tetapi pada peranan yang dimainkan oleh seorang guru bukan sahaja dalam mendidik dan mengasuh murid sejak mula mereka mengenali dunia luar sehinggalah mereka mampu membezakan antara yang baik dan buruk, malah juga dalam membantu merancang dan melaksanakan sesuatu majlis yang rasmi. Sebagai seorang guru, saya perlu lebih berusaha untuk mencapai matlamat menjadi seorang tenaga pendidik yang berkebolehan, berketrampilan serta bijaksana dalam membantu pihak sekolah menguruskan sesuatu aktiviti.

Lagipun. saya juga berpeluang untuk memerhati Majlis Perasmian Dan Penutupan Temasya Sukan IPG Kampus Gaya. Sememangnya, saya dapat mempelajari banyak perkara melalui pemerhatian ini. Antaranya kita haruslah senantiasa menjaga kebajikan tetamu kehormat majlis tersebut agar beliau tidak berasa diabaikan. Selain itu, cara menjemput ketibaan tetamu ketibaan juga satu ilmu yang luas dan dalam. Pengacara majlis perlu peka terhadap perkara ini dan memastikan peserta mengetahui kedatangan tetamu kehormat itu. Segala etika ini dapat kita aplikasikan semasa di sekolah nanti. Dengan itu, kita sebagai guru telah menunjukkan contoh yang baik yang mana menghormati majlis dan protokol, jadi murid dapat menjadikan guru sebagai contoh.

Di samping itu, saya dapati bahawa pihak penganjur juga haruslah menyediakan ucapan perasmian dalam bahasa yang betul dan memberikan kepada tetamu kehormat lebih awal. Hal ini demikian kerana tetamu tersebut dapat menghafal dan membaca skrip tersebut. Kesemua perkara yang kecil ini tidak haruslah dipandang enteng kerana ia merupakan penentu kesempurnaan dan kelancaran majlis tersebut. Jadi, Majlis Perasmian Dan Penutupan Temasya Sukan IPG Kampus Gaya yang dianjurkan oleh senior- senior semester 5 boleh dikatakan amat berjaya dan mematuhi protokol serta etika sosial.

Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tindak balas yang rasional. Lebih-lebih lagi, mereka telah menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan ikhlas.

LAMPIRAN

PENUTUPSecara keseluruhannya, program Bina Insan Guru (BIG) ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.Disediakan oleh

Disemak oleh( )

(

)WONG WEN JINGPISMP Ambilan Januari 2014Encik Ladius sedang memberikan ceramah tentang etika sosial dan protokol

Saya dan rakan lain sedang mendemostrasikan cara mengiringi tetamu kehormat

Setiap murid menumpukan perhatian semasa ceramah dan mencatat nota- nota yang penting

Encik Ladius sedang menanyakan soalan dan berinteraksi dengan para pelajar.

Timbalan Pengarah IPGKG, Puan Lee Yoke Yee memberi ucapan perasmian sukan di padang.

Majlis perasmian diikuti dengan upacara menaikkan bendera sukan dengan penuh protokolnya

2