BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

6
REFLEKSI KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu ceramah Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan telah diadakan pada 21 Jun 2013, bertempatkan di Auditorium TAZA. Program ini telah disertai 12 kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 iaitu, PISMP (BC1, BC2, BC3, BI, BM, KS, MT1, MT2, PA(AQ), PEM(BM), PK(BM) dan SN). Program ini akan dinilai oleh tutor kumpulan masing-masing. Sepanjang ceramah ini dijalankan pelbagai maklumat telah saya perolehi sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ceramah yang diberikan bertajuk Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan- peraturan Perkhidmatan telah menarik perhatian saya kerana penceramah menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan isi ceramahnya. Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Surat pekeliling ikhtisas diwartakan bertujuan untuk memberikan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan, langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu perturan dan perlindungan. Dalam pada itu, surat pekeliling ikhtisas menyasarkan sasaran kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara), ibu bapa, dan agensi luar (NGO & GO). Oleh yang

description

Refleksi Kendiri dan Penilaian Kendiri

Transcript of BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

Page 1: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

REFLEKSI KENDIRI

Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu ceramah “Surat Pekeliling Ikhtisas dan

Peraturan-peraturan Perkhidmatan” telah diadakan pada 21 Jun 2013, bertempatkan

di Auditorium TAZA. Program ini telah disertai 12 kumpulan PISMP Ambilan Januari

2011 iaitu, PISMP (BC1, BC2, BC3, BI, BM, KS, MT1, MT2, PA(AQ), PEM(BM),

PK(BM) dan SN). Program ini akan dinilai oleh tutor kumpulan masing-masing.

Sepanjang ceramah ini dijalankan pelbagai maklumat telah saya perolehi

sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ceramah yang

diberikan bertajuk “Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan”

telah menarik perhatian saya kerana penceramah menggunakan pendekatan yang

berbeza untuk menyampaikan isi ceramahnya.

Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Dalam

pada itu, Ia juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan

suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, merupakan satu punca kuasa yang

perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Surat pekeliling ikhtisas diwartakan bertujuan untuk memberikan satu

peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan, langkah kawalan dan

pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna, merupakan satu arahan dan

garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai

satu perturan dan perlindungan. Dalam pada itu, surat pekeliling ikhtisas

menyasarkan sasaran kepada pelajar, guru, pentadbir (sekolah, Pejabat Pendidikan

Daerah, Jabatan Pendidikan Negara), ibu bapa, dan agensi luar (NGO & GO). Oleh

Page 2: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

yang demikian pegawai pendidikan (guru) terikat dengan undang-undang awam dan

undang-undang pendidikan.

Undang-undang berkaitan dengan guru terbahagi kepada dua iaitu, undang-

undang tidak bertulis dan undang-undang bertulis. Undang-undang tidak bertulis

terbahagi kepada undang-undang tort dan undang-undang keadilan asasi.

Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort

sebagai sebahagian undang-undang yang melindungi seseorang individi daripada

kesalahan sivil, persendirian atau kecederaan. Undang-undang tort melibatkan

aspek kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuai sebagai kegagalan

mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang

dikehendaki oleh undang-undang.

Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep

tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan

kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan

kemalangan atau kecederaan yang menimpa murid dan mengakibatkan kerugian

yang terpaksa ditanggung oleh murid, seperti mata buta, patah tangan ataupun

melibatkan kematian. Dalam pada itu, undang-undang tort adalah satu kecuaian

sepeti kecuaian pendidikan, kecuaian guru di bawah dokrin in loco perantis dan

prinsip kejiranan dan lain-lain. Manakala, undang-undang keadilan asasi ialah audi

alteram parterm (hak untuk membela diri) dan nemo Judex incausa sua (undang-

undang menentang tindakan berat sebelah).

Bagi undang-undang bertulis yang berkaitan dengan guru melibatkan

Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan

1996. Undang-undang bertulis Perlembagaan Persekutuan melibatkan 4 lapisan,

Page 3: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

iaitu lapisan 1 Akta Pendidikan 1996, lapisan 2 Peraturan-peraturan Pendidikan dan

Peraturan-peraturan Pegawai Awam, lapisan 3 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) serta

lapisan 4 Peraturan-peraturan Sekolah. Manakala, undang-undang bertulis Ordinan

Pelajaran 1957 serta Akta Pendidikan 1996 melibatkan School (general) Regulation

1951, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1957, Peraturan Pelajaran

(Pelancongan) 1959, Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

Peraturan Pelajaran (Majalah Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah)1998.

Oleh hal demikian, pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang telah

dikeluarkan penting bagi semua anggotan kerajaan. Pekeliling ini bertujuan

menyediakan garis panduan mengenai sesuatu perkara di agensi-agensi kerajaan

serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberikan perhatian dan diambil tindakan

oleh agensi-agensi kerajaan.

Justeru itu, ceramah ini membolehkan guru pelatih dapat mengenali dan

menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah

dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru pelatih

juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut

semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang

dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung

dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang.

Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan di sekolah mempunyai

hubung kait yang kuat dengan pihak kerajaan. Ini kerana sebagai penjawat awam,

kerajaan memberikan satu keistimewaan agar guru-guru dapat memberikan yang

Page 4: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

terbaik dalam bidang pendidikan itu khasnya. Guru-guru juga terlibat dengan

perundangan mereka sendiri, termasuklah, nilai, etika, profesion, dan tatatertib.

Kekuatan ceramah ialah isi yang disampaikan oleh Puan Noor Azura bt Mohd

Makhtar ini sesuai dengan tajuk ceramah yang disampaikan. Beliau menggunakan

teknik penyampaian yang baik dan berserta contoh-contoh yang sesuai untuk

memudahkan para guru pelatih memahami. Manakala Isi ceramah yang

disampaikan jelas dan menjurus kepada tajuk yang ingin disampaikan. Dalam pada

itu, beliau menegaskan dengan memahami apa itu suart pekeliling ikhtisas dan

peraturan-peraturab perkhidmatan dapat membantu para guru pelatih kelak.

Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah

kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi

sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai

seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

Page 5: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

PENILAIAN KENDIRI

Setelah mengikut sesi ceramah yang disampaikan oleh Puan Noor Azura bt

Mohd Makhtar yang bertajuk “Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-peraturan

Perkhidmatan” pelbagai maklumat yang berguna telah saya perolehi. Dalam pada

itu, sesi ceramah yang disampaikan menyedarkan saya tentang betapa pentingnya

mengetahui pekeliling ikhtiss apabila menjadi seorang guru kelak. Di samping

mengamalkan peraturan-peraturan perkhidmatan.

Guru-guru hendaklah merujuk kepada dokumen-dokumen penting seperti

Surat Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Perkhidmatan agar apa sahaja yang guru-

guru lakukan tidak menyalahi undang-undang keguruan itu sendiri. Selain itu,

pekeliling-pekeliling yang dihantar kepada pihak sekolah adalah sebagai salah satu

cara daripada pihak kerajaan untuk menyampaikan perkara-perkara yang baru, juga

sebagai garis panduan atau pemudahcara untuk melakukan sesuatu aktiviti ataupun

menyelesaikan sesuatu perkara.

Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep

akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai

seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.  

Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu

mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang

ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar

tidak memberikan kesat buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa

mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai

seorang guru.

Page 6: BIG Sem 6: Ceramah Pekeliling Ikhtisas

Kesimpulannya, guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan

rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri.

Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas

semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya

mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.