Big

5
PENILAIAN KENDIRI Saya Nivetha a/p Kanappan telah menghadiri program Bina Insan Guru yang telah berlaku di Wat B di Jitra Kedah. Kami telah bertolak pada pukul 8 pagi pada hari selasa dan sampai di kampus pada hari khamis. Saya telah belajar banyak pengetahuan baru dan pengalaman yang bernilai sebelum, semasa dan selepas program bina insan guru ini. Seperti orang tua kita katakan setiap satunya mempunyai kekuatan dan kelemahanya tersendiri. Dalam program inipun saya telah mendapat tahu banyak kekuatan dan sedikit kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Sebelum program ini dilaksanakan saya dapat bekerjasama dengan pelajar kelas Sejarah yang lain dalam merancang aktiviti- aktiviti dan persediaan brangan untuk program Bina Insan Guru. Dengan itu saya dapat meningkatkan nilai kerjasama antara rakan- rakan saya yang terdiri daripada pelajar berbeza kaum. Seterusnya dengan program ini ia dapat mengajar saya cara merancang sesuatu aktiviti sebelum melaksanakan sesuatu program dan mengorganisasi sesuatu program dengan teratur. Ia merupakan satu kekuatan program tersebut. Sebelum program tersebut dilaksanakan saya juga dapat belajar tentang pengurusan wang dalam pelaksanaan sesuatu program iaitu tentang perjumpaan pihak atasan, pengurusan perbelanjaan dan sebagainya. Hal yang demikian juga merupakan satu kekuatan program ini dalam mengajar dan memberi pengalaman kepada pelajar guru dalam berdikari dan menguruskan sesuatu program dengan teratur. Maka dalam proses persediaan untuk

description

fasa 2

Transcript of Big

PENILAIAN KENDIRISaya Nivetha a/p Kanappan telah menghadiri program Bina Insan Guru yang telah berlaku di Wat B di Jitra Kedah. Kami telah bertolak pada pukul 8 pagi pada hari selasa dan sampai di kampus pada hari khamis. Saya telah belajar banyak pengetahuan baru dan pengalaman yang bernilai sebelum, semasa dan selepas program bina insan guru ini. Seperti orang tua kita katakan setiap satunya mempunyai kekuatan dan kelemahanya tersendiri. Dalam program inipun saya telah mendapat tahu banyak kekuatan dan sedikit kelemahan yang tidak dapat dielakkan.Sebelum program ini dilaksanakan saya dapat bekerjasama dengan pelajar kelas Sejarah yang lain dalam merancang aktiviti-aktiviti dan persediaan brangan untuk program Bina Insan Guru. Dengan itu saya dapat meningkatkan nilai kerjasama antara rakan-rakan saya yang terdiri daripada pelajar berbeza kaum. Seterusnya dengan program ini ia dapat mengajar saya cara merancang sesuatu aktiviti sebelum melaksanakan sesuatu program dan mengorganisasi sesuatu program dengan teratur. Ia merupakan satu kekuatan program tersebut. Sebelum program tersebut dilaksanakan saya juga dapat belajar tentang pengurusan wang dalam pelaksanaan sesuatu program iaitu tentang perjumpaan pihak atasan, pengurusan perbelanjaan dan sebagainya. Hal yang demikian juga merupakan satu kekuatan program ini dalam mengajar dan memberi pengalaman kepada pelajar guru dalam berdikari dan menguruskan sesuatu program dengan teratur. Maka dalam proses persediaan untuk melanjutkan program Bina Insan Guru ini saya dapat belajar menjadi seorang guru yang efektif dalam menyediakan sesuatu program atau lawatan ke luar kawasan sekolah apabila sesuatu tanggungjawab diberi oleh pihak sekolah pada masa akan dating. Saya juga dapat meningkatkan pemikiran kreatif dan kritis apabila diarahkan untuk menjalankan acara sukan semasa program BIG dan dapat menyediakan barang-barang untuk program tersebut sebelum program dilaksanakan. Jadi sebagai seorang guru yang bertanggungjawab saya dapat belajar menguruskan sesuatu program dengan lancar dan baik.Seterusnya semasa program BIG dilaksanakan, sebagai langkah pertama saya bersama rakan yang lain berkumpul di gelenggara pada pukul 8.00 pagi sepertimana diarahakan oleh guru bertugas. Pada masa itu saya dapat menepati masa dan dengan itu saya dapat membangunkan nilai menghargai masa sebagai seorang guru pada masa akan datang. Selain itu, sewaktu kami semua makan di sebuah kedai berdekatan dengan wat yang kami perlu pergi, saya tidak begitu menghargai kepentingan makanan. Tetapi selepas tinggal di situ dua malam tiga hari saya dapat rasa kepentingan makanan dan saya dapat belajar bahawa kita perlu menghargai makanan dan tidak membazirkanya. Selepas sampai di wat Bonyam saya dapat menguruskan diri saya untuk berkerjasama dengan rakan lain dan membersihkan wat tersebut dengan sebaik mungkin. Dengan itu saya dapat belajar kegembiraan dapat dipenuhi dengan menolong orang lain. Saya mendapat kepuasan semasa menolong membersihkan tempat suci tersebut. Pada masa akan datang sebagai seorang guru saya dapat menolong orang lain dan akan menjadi pedoman kepada anak murid saya.Seterusnya saya juga dapat bertemu dengan keluarga angkat saya dimana nama ibu angkat saya adalah puan Ratna yang merupakan kaum siam. Saya telah mempelajari banyak perkara daripada beliau. Salah satunya adalah, kehidupan merupakan satu peluang yang datang satu kali sahaja dan kita perlu gunakanya sebaik mungkin. Dalam perjalanan dengan beliau saya dapat mengenali cara perniagaan kedai runcit dan supermarket. Saya dapat belajar bahawa orang bertutur baik dan berbudi bahasa apabila dia memerlukan kelancaran perniagaan. Apabila orang tersebut sudah ada keuntungan yang baik, dia lupa budi bahasa. Dengan itu saya dapat belajar bahawa sebagai seorang guru saya harus berbudi bahasa dan bertutur dengan baik dengan para pelajar dan pihak guru yang lain tanpa mengharapkan balasan.Seterusnya saya dapat bertanggungjawab untuk pelancaran acara sukan untuk muris-muris pendudukan kampong tersebut. Dengan itu saya dapat belajar bahawa sesuatu pelaksanaan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sekumpulan dan menjadikanya pedoman dalam kehidupan saya. Saya dapat meningkatkan sifat tanggungjawab saya melalui aktiviti tersebut.Saya juga dapat menghargai alam sekitar melalui program tersebut dimana saya bersama rakan-rakan saya telah mengeksploitasi sawah padi dan kebun tebu yang terdapat dalam perjalanan dengan emak angkat. Saya amat kagum dengan ciptaan tuhan dimana pada masa itu cuacanya amat baik dan menyentuh hati saya. Saya juga dapat belajar cara menanam cendawan di rumah cendawan daripada program LDK. Dengan itu saya dapat belajar cara para penduduk siam di Jitra menyara kehidupan dan interaksi mereka dengan alam. Saya dapat berasa bersyukur dan lebih menghargai kehidupan yang telah diberikan oleh tuhan dan kemudahan yang didapati melalui akiviti tersebut. Pada masa akan datang saya telah berjanji pada diri saya sendiri bahawa akan membimbing anak murid untuk mencintai dan menghargai alam dan penciptaan tuhan.Seterusnya pada akhir program ini kami telah bergotong royong bersama sebagai aur dengan tebing di sekitar wat dan tokong di wat. Saya rasa berpahala dan gembira unuk membersihkan tempat yang suci tersebut. Saya dapat belajar bahawa kita akan rasa gembira menolong orang ataupun membersihkan sesuatu tokong walapun tokong tersebut bukan berasaskan agama kita sendiri dimana dengan ini saya belajar bahawa kalau pertongan tidak kira kita menolong orang beragama lain kita perlu rela melakukanya. Akhirnya saya dapat peluang mendapatkan restu tok sami dimana saya dapat belajar bahawa setiap satu kebaikan yang kita ada balasanya daripada tuhan yang maha mulia.Selepas program BIG saya dapat laksanakan penulisan refleksi dan penyediaan fail dengan baik. Dengan ini saya dapat belajar bahawa setiap satu program perlu pengimbas kembalian untuk mengingat kembali pengalaman dan manfaat yang telah kita perolehi supaya ia berguna pada masa akan datang. Intihanya, program ini amat bermanfaat kepada saya dalam aspek pengajaran kehidupan dan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan social saya. Sayang berasa bersyukur kerana saya dengan jayanya mengambil bahagian dalam program ini dan menjayakanya dengan baik.