Big

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) KE S.K. CONVENT (1) BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR TARIKH : 25 MAC 2015 TARIKH HANTAR: 30.3.2015 KUMPULAN / UNIT: 5F PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (AMBILAN JAN 2013) TAJUK KURSUS: PROGRAM BINA INSAN GURU V NAMA: TAYE ZHI HUI TAJUK PROGRAM: PISMP NO K/P: 930619-01-5144

description

cover

Transcript of Big

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPURPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) KE S.K. CONVENT (1) BUKIT NANAS, KUALA LUMPURTARIKH : 25 MAC 2015TAJUK KURSUS: PROGRAM BINA INSAN GURU V

TAJUK PROGRAM: PISMPNO K/P: 930619-01-5144NAMA: TAYE ZHI HUIKUMPULAN / UNIT: 5F PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (AMBILAN JAN 2013)

TARIKH HANTAR: 30.3.2015

NO ANGKA GILIRAN: 2013191340041PENSYARAH: PUAN SABARIAH BINTI YAAKUB

Senarai Kandungan

Bil.TajukMuka Surat

1.0Biodata Individu

2.0Maklumat Sekolah

3.0Laporan Pelaksanaan Program BIG Fasa 5 ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur

4.0Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 Ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur

5.0Refleksi

1.0 Biodata Individu

Nama:Taye Zhi HuiNo. Kad Pengenalan:930619-01-5144Major:Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SJK(C) Elektif 1:Bahasa MelayuElektif 2:Pendidikan Seni VisualAmbilan:Januari 2013Tempat Asal:Segamat, Johor

2.0 Maklumat Sekolah2.1 Sejarah sekolahSK Convent (1) Bukit Nanas ditubuhkan pada 1 Mac 1899 dan ditubuhkan oleh tiga mubaligh dari Singapura iaitu Mother St. Andre, Sister Sabine dan Sister Madeline. Tujuan asal penubuhan adalah sebagai sekolah dan rumah anak yatim dengan mendirikan sebuah pondok kecil di tapak Hotel Eastern Berhad, di seberang Jalan Ampang kini. Bilangan gurunya pada masa itu ialah seramai empat orang dan muridnya dua belas orang. Pada tahun 1901, sekolah ini dipindahkan ke sebuah bangunan di Jalan Brickfields dan mempunyai seramai 114 orang murid. Reverand Mother Augustine telah dilantik menjadi guru besarnya yang pertama iaitu dari tahun 1907 hingga 1911. Pada tahun 1911, sekolah ini sekali lagi telah berpindah tempat. Kali ini di Jalan Bukit Nanas iaitu di tempat ianya berdiri sekarang. Bilangan muridnya ialah seramai 308 orang. Reverand Mother Taracissins menjadi guru besarnya hingga 1923. Tahun 1958, sekolah ini diansingkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Oleh kerana bilangan murid di sekolah rendah telah mencecah 1000 orang, ianya telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang berasingan. Sekolah Rendah Convent Satu mempunyai 500 orang murid manakala Sekolah Rendah Convent Dua mempunyai 549 orang murid. Sekolah ini mula didaftarkan dengan nama SRK Convent Bukit Nanas Satu pada tahun 1958. Bilangan kelas dari darjah satu hingga darjah enam ialah sebanyak dua belas buah kelas. Guru besar pertamanya ialah Cik Monica Rozario dan beliau telah berkhidmat sehingga tahun 1961. Bilangan guru pada masa itu ialah seramai 13 orang. Selepas itu, guru besar berkhidmat silih berganti sehinggalah sekarang. Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada dua blok. Blok utama mempunyai 3 tingkat manakala blok kedua mempunyai hanya 2 tingkat. Kedua-dua blok ini disambungkan oleh dewan di tingkat bawah dan chapel di tingkat atas. Bangunan ini dibina secara berperingkat iaitu pada tahun 1911, 1914 dan 1920. Pada waktu itu, pembinaannya telah ditanggung oleh pihak mubaligh. Luas kawasan sekolah ialah empat ekar termasuk kawasan sekolah menengah dan Convent Dua. Dalam pelaksanaan Skim Aziz pada tahun 1970, pihak Kementerian Pendidikan telah memainkan peranan yang lebih penting dalam pentadbirtan sekolah. Sejak itu, bilangan murid dan kelas tidak bertambah kerana kekurangan bilik darjah dan juga padang permainan. Sekarang, sekolah ini merupakan sebuah sekolah kawalan di mana penempatan murid adalah ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Guru Besar yang terkini ialah Puan N. Vimala yang telah mula berkhidmat pada tahun 2004. Bilangan guru terkini ialah seramai 38 orang.2.2 VisiPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

2.3 MisiMelestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

2.4 Infrastruktur kurikulumSK Convent (1) Bukit Nanas ini memiliki keluasan tapak sebanyak 151 589 kaki persegi yang memuatkan secara keseluruhannya 15 buah bilik darjah, 2 buah makmal, 1 makmal komputer, 1 bilik mesyuarat sekaligus studio tarian, 1 pusat sumber, serta kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti kantin, bilik guru dan sebagainya.

2.5 Budaya sekolah1. Hubungan rapat dengan komuniti dan PIBG2. Berasaskan kemenjadian murid3. Semangat kepimpinan4. Semangat berdaya saing5. Semangat sepasukan (kekitaan) dalam kalangan murid, guru dan staf sokongan6. Berasaskan sukan, koakademik dan kokurikulum7. Berasaskan akademik

2.6 Etos8. Gimrama9. Bahasa Inggeris

3.0 Laporan Pelaksanaan Program BIG Fasa 5 ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala LumpurLaporan Pelaksanaan Program BIG Fasa 5 ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur Sebelum BIGMesyuarat pertama diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa untuk melincinkan pelaksaan tugasan sepanjang program BIG. Perbincangan telah dilaksanakan dengan guru pelatih PISMP 5G untuk pemilihan sekolah, penghasilan kertas kerja dan penempahan pengangkutan dan peralatan yang diperlukan. Saudara Muhammad Adib Afifi Bin Mohd Foad selaku setiausaha dari PISMP 5G telah menghantar surat ke beberapa sekolah untuk mendapat persetujuan bagi lawatan ini. SK Convent (1) Bukit Nanas Kuala Lumpur, iaitu salah sebuah sekolah cemerlang menerima jemputan kami. Setiausaha juga mendapat kebenaran untuk lawatan daripada Encik Mustafa Kamal bin Mohammed Zahid selaku Penyelaras Kokurikulum institut, Puan Nurulhana binti Hussain selaku Ketua Unit Kokurikulum institut dan juga Pengetua Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, iaitu Puan N. Vimala.Semasa BIGProgram ini berlangsung pada hari Rabu, 25 Mac 2015. Semua guru pelatih berkumpul di depan bangunan IPGKBM dan bertolak pada pukul 8 pagi. AJK Pengangkutan menghubungi pemandu bas supaya kami bertolak pada masa yang telah ditetapkan. Apabila sampai di SK Convent Bukit Nanas (1), kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Convent Bukit Nanas (1). Seterusnya, kami dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Puan. N. Vimalala. Beliau telah menerangkan sejarah sekolah, kemudahan, dan pencapaian sekolah dalam bidang akademik mahupun sukan. Sekolah ini telah mendapat pelbagai anugerah terutamanya dalam bidang gimrama dan cheerleading di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian kokurikulum gimarama telah mencapai ke peringkat Asia dan murid sekolah tersebut telah menjadi wakil Negara kita. Hal ini telah menunjukkan daya usaha para guru dalam mengharumkan nama sekolah. Selepas menjamu hidangan yang disediakan oleh sekolah tersebut, program diteruskan dengan taklimat daripada ketua panitia Pendidikan Agama Islam, Sejarah dan Pemulihan khas. Taklimat daripada guru-guru ini telah memanfaatkan kami yang terdiri daripada kalangan yang major Sejarah dan Pendidikan Khas. Kami telah lebih mengenal keadaan yang ditempuhi ketika dalam alam pengajaran. Selepas itu, AJK Hadiah menyediakan hadiah untuk disampaikan kepada pihak sekolah SK Convent Bukit Nanas. Wakil pensyarah daripada IPGKBM iaitu Encik Mahdi dan Puan Sabariah telah memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada guru besar dan guru-guru sekalian sebagai tanda penghargaan dari pihak IPG untuk lawatan ini. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami telah balik ke institut kami. Sepanjang program ini, AJK Dokumentasi telah mengambil gambar-gambar untuk membuat laporan.Selepas BIG Selepas program ini tamat, semua ahli jawatankuasa telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ahli jawatankuasa dokumentasi telah menjalankan tugasnya dengan mengumpulkan segala maklumat yang telah didapati daripada S.K. Convent Bukit Nanas termasuklah gambar, maklumat sekolah, carta organisasi dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini telah dikumpulkan dan perbincangan diadakan untuk pembahagian kerja bagi penulisan laporan. Ahli jawatankuasa telah menyediakan satu laporan keseluruhan dan bahagikan kepada semua orang. Selain itu, ahli jawatankuasa sijil juga memainkan peranannya untuk menyediakan sijil bagi semua peserta dalam lawatan ini. Di samping itu, laporan BIG dan juga refleksi secara individu berdasarkan pengalaman lawatan yang telah dijalankan dalam program ini perlu kami sediakan. Semua laporan, kertas kerja dan buku program yang dikumpulkan perlu dikemas dan dihantar kepada pensyarah untuk disemak.

4.0 Laporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 Ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala LumpurLaporan Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5Ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas, Kuala LumpurPada 25 Mac 2015, satu lawatan penanda aras (bench-marking) ke S.K. Convent (1) Bukit Nanas (SK CBN), Kuala Lumpur telah dijalankan oleh guru pelatih kumpulan Semester 5 bagi memenuhi tuntutan kursus WAJ 3143: Bina Insan Guru Fasa 5. Antara rasional pemilihan SK CBN kerana sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di kawasan Kuala Lumpur. Seramai 14 orang guru pelatih dari kumpulan 5F bersama mentor, Puan Sabariah binti Yaakub, telah mengikuti lawatan ini. Ketibaan kami disambut mesra oleh Guru Besar SK CBN, Pn. N. Vimala, bersama tiga guru penolong kanan. Kami dibimbing ke bilik gerakan untuk diberi taklimat tentang kejayaan sekolah tersebut.Slot taklimat yang pertama dikendalikan oleh Guru Besar. Taklimat beliau dimulakan dengan sesi berkenalan antara satu sama lain. Seterusnya beliau meminta guru pelatih mengajukan soalan-soalan bagi mendapatkan skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5. Antara soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah, infrastruktur kurikulum di sekolah, ciri-ciri kemimpinan yang diamalkan dan budaya sekolah ini. Slot taklimat kedua diberi oleh Cik Petrina Low Lai Hun (GPK Kokurikulum). Beliau menyenaraikan kejayaan yang dicapai di peringkat sekolah ,daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga menjelaskan sebab SK CBN boleh dianugerah sebagai sekolah berprestasi tinggi. Selepas dua sesi taklimat, kami dibawa untuk menikmati hidangan sarapan pagi sebelum sesi taklimat yang seterusnya bermula. Slot taklimat seterusnya disampaikan oleh tiga guru iaitu Puan Rosnita binti Ismail (Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam), Cik Ruhana binti Zianis (Ketua Panitia Sejarah) dan Cik Aziam binti Sulaiman (JK Pemulihan). Slot ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang cara menyampaikan pengajaran subjek-subjek ini. Guru-guru juga menyatakan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan caranya untuk mengatasi masalah tersebut. Sebelum bersurai, Guru Besar menyampaikan ucapannya serta majlis penyampaian cenderamata dijalankan.Taklimat yang diberi oleh Pn. N. Vimala dan Cik Petrina Low Lai Hun.Suasana murid semasa menduduki kedudukan.

Makmal komputer.Piala pertandingan yang dimenangi oleh SK CBN.

Perpustakaan SK CBN.Sesi fotografi sebelum bertolak balik ke IPG Kampus Bahasa Melayu.

5.0 RefleksiPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan rol model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki menjalankan lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah. Tugasan ini yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Kami telah menubuhkan organisasi supaya dapat melicinkan pergerakan lawatan ini. Saya dilantik sebagai JK Dokumentasi PISMP 5F dalam lawatan ini.Setelah berlangsung mesyuarat antara dua kumpulan guru pelatih, kami telah memilih untuk membuat lawatan penanda aras di Sekolah Convent (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 38 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih opsyen Pendidikan Khas dan PISMP opsyen Sejarah Ambilan Januari 2013. Lawatan ini juga telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Puan Sabariah binti Yaakub dan Encik Mahdi.Kerjasama antara setiap ahli jawatankuasa (AJK) adalah signifikan untuk menjayakan sesuatu program. Dalam program ini, setiap AJK telah memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab bukan sahaja dari segi pemilihan sekolah manakala penyediaan cenderamata, pengangkutan, sijil dan sebagainya.Setelah diberi taklimat oleh guru besar, guru cemerlang dan ketua panitia, saya fahami sesuatu yang bermanfaat kepada saya sebagai seorang guru. Pengurusan dan pentadbiran adalah amat penting untuk memajukan sesebuah sekolah di mana seorang guru besar yang berkaliber haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama sekolah seperti yang dilakukan oleh Puan N. Vimala. Beliau telah berjaya memperoleh anugerah Pencapaian terbaik UPSR mengikut gred purata secara 5 tahun berterusan di Zon Keramat. Selain itu, pelbagai aktiviti yang berfaedah perlu diadakan sepanjang tahun supaya murid-murid berpeluang menimba ilmu yang lain daripada sukatan pelajaran. Aktiviti kokurikulum haruslah dititikberat supaya murid-murid dapat berkembang dengan lebih seimbang dari segi JERIS seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Di sekolah tersebut, Gimnastic adalah begitu dititikberatkan sehingga murid-muridnya berpeluang menyertai diri dalam pertandingan di peringkat antarabangsa seperti World Cup Series di Italy dan Uzbeskistan.Dalam lawatan ini, saya mendapati bahawa pengurusan sekolah adalah sangat baik dari segi penggunaan ruang yang terhad. Demi melengkapkan infrastruktur di sekolah, guru besar telah menggunakan koridor sebagai bilik guru, bilik rawatan dan bilik pemulihan. Hal ini adalah menarik kerana saya tidak berjumpa dengan situasi ini sebelum ini. Dengan ini, saya mendapat idea supaya seorang guru bukan sahaja baik dalam pengajaran malah perlulah bijak dalam bidang pengurusan.. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Kesimpulannya, objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai dan saya berharap bahawa program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.