Big

16
SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON 71760 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN SABTU 9 FEBRUARI 2013 MASA 8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI TEMPAT DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON PENCERAMAH JEMPUTAN EN. SHAHRIN BIN KAMARUDIN (JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN) PROGRAM MOTIVASI IBU/BAPA PELAJAR TAHUN ENAM

description

lp

Transcript of Big

SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON71760 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PROGRAM MOTIVASI IBU/BAPA PELAJAR TAHUN ENAM

SABTU9 FEBRUARI 2013

MASA8.00 PAGI HINGGA 11.30 PAGI

TEMPATDEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHNSON

PENCERAMAH JEMPUTANEN. SHAHRIN BIN KAMARUDIN(JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN)ANJURAN

RASIONAL Sudah semestinya menjadi impian semua pihak inginkan setiap pelajar berjaya dengan cemerlang. Ibu bapa sebagai sebahagian stakeholder tidak lari daripada memainkan peranan memandu pelajar ke arah kecemerlangan di samping peranan guru-guru yang telah membimbing dan mengajar dalam kurikulum dan kokurikulum. Malahan ibu bapa sewajarnya diberi motivasi dan kesedaran bahawa tanggungjawab mencanai kecermelangan pelajar bukan sekadar bergantung kepada didikan guru-guru semata-mata bahkan peranan mereka adalah sangan penting kerana anak-anak lebih banyak masa di rumah berbanding sekolah.Program motivasi seperti ini memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar. Ibu bapa serta guru betapa pentingnya pemupukan kerjasama dalam menjayakan sesuatu program amnya dan pencapaian kejayaan pelajar khasnya.

MATLAMAT:Antara matlamat program ini adalah seperti berikut: Membina keyakinan diri pelajar apabila menghadapi situasi yang mencabar dalam menduduki peperiksaan Memberi input kepada ibu bapa dan pelajar tahun 6 bagi menanam kesedaran tentang peri pentingnya kejayaan dalam pelajaran. Memberi alternatif dan percambahan minda agar pelajar sentiasa dalam landasan yang betul bagi menghadapi peperiksaan. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peri pentingnya pembelajaran yang sistematik di rumah.

OBJEKTIF:Pada akhir program ini guru,pelajar dan ibu bapa dapat: Menggerakkan kerjasama ibu bapa dan guru-guru berkaitan visi dan misi yang hendak dicapai. Mempertingkatkan kesedaran ibu bapa membantu dan membimbing anak-anak belajar dengan waktu yang sepatutnya di rumah. Membangkitkan kesedaran pelajat Tahun 6 agar fokos terhadap peperisaan UPSR tahun ini. Memberi pendedahan kepada guru membimbing,memimpin,memandu,mengurus dan segainya Guru dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dan dipertanggungjawab dengan amanah untuk menjayakan program

JAWATANKUASA PENGELOLAPROGRAM MOTIVASI IBU/BAPA PELAJAR TAHUN ENAM 2013SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON

PENASIHAT : Tn. Haji Ishak bin Manap (Guru besar )PENGERUSI : Pn. Nor Aida binti Dapun (GPK Kokurikulum)NAIB PENGERUSI 1 : En Selva Kumar a/l KaruppiahNAIB PENGERUSI 2 : Pn Siti Hawa bt. AbdullahPENYELARAS : En. Zakaria bin OmarSETIAUSAHA : En. Sulaiman b AdnanBENDAHARI : Pn. Fazilah binti BakiAJK : Semua guru tahun enam

AJK PELAKSANA PROGRAM MOTIVASI IBI/BAPA PELAJAR TAHUN ENAM

BILJAWATANKUASABIDANG TUGASGURU

1Persiapan tempat-Menyediakan tempat untuk sesi ceramah-Memastikan tempat telah disusun atur dengan sebaiknya.En.HamizonEn.Mohd AzamPn. Delvander Pn. Wong SweeLing

2PeralatanMenyediakan alatan yang diperlukan untuk ProgramPn.NorhayatiEn.Zakaria

3Sistem Audio dan VisualMemastikan perlatan dalam keadaan baik dan boleh dikendalikan dengan baik sewaktu sesi ceramahEn.RohaimiEn.Hafis

4Pengacara MajlisMenyediakan teks dan mengendalikan majlis dengan sebaiknyaEn.Sulaiman

5Pendaftaran-Mengurus borang pendaftaran-Menghebahkan segala maklumat terkini-Mengendalikan sesi pendaftaranPn.NuraisahPn. Sharifah

6Jamuan-Merancang dan menentukan makanan peserta-Menyediakan perbelanjaan makanan yang mencukupiPn RobiahPn Kartini

7Fotografi-mengambil gambar sewaktu sesi ceramah Pn Siti ZalehaEn Azizi

ANGGARAN PERBELANJAANPerkaraJumlah

Peralatan/Bahan= makan dan minum peserta 220 orang x Rm 4.00

= Rm : 880.00

Bayaran Penceramah= Rm : 240.00

Jumlah= Rm : 1120.00

Sumber:= Program Tahun 6= Bimbingan dan Kaunseling= Pentadbiran

TENTATIF PROGRAMSABTU ( 9 FEBRUARI 2013)

BILMASAAKTIVITITINDAKAN

18 a.mPendaftaranPn. Nur AisahPn Sharifah Fitri

2

3.

4.

5.8.30 a.m

Ucapan alu-aluan

Bacaan doa

Ucapan Guru Besar

Ikrar Pelajar

En. SulaimanEn. Zakaria

En. Zailani

Hj. Ishak b Manap

Haikal(murid)

6.9.30 a.mCeramah MotivasiEn.Shahrin b Kamarudin

7.11.30 a.mJamuan dan bersurai

Penutup: Semoga Program Motivasi ini dapat mencapai objektif yang dirancang dan seterusnya dapat memberi impak yang posistif khususnya kepada pelajar tahun enam yang menghadapi peperiksaan UPSR dan secara langsung memberi sumber inspirasi kepada ibu bapa pelajar serta guru dalam mencerna idea untuk memotivasikan murid mencapai kecemerlangan dalam bidang keilmuan.

Di sediakan Oleh

..( Mokhtar bin Nordin )

Di semak Oleh;

(Pn. Siti Hawa Bt Abdullah)GPK Ko- KurikulumSK L.B Johnson

Disahkan Oleh:

.(Tn Hj Ishak Bin Manap)Guru BesarS.K L.B Johnson

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI IBU/BAPA PELAJAR TAHUN ENAMSEKOLAH KEBANGSAAN L.B JOHSON

1.0 Pendahuluan

Pada 9 Februari 2013 yang lalu, Pihak Kaunseling Sekolah Kebangsaan L.B Johnson ,Seremban Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Motivasi Ibu/Bapa Pelajar tahun Enam yang melibatkan mutid tahun enam. Seramai 103 orang murid tahun enam telah menyertai Program ini. Manakala guru-guru yang terlibat dalam Program Motivasi ini terdiri daripada guru-guru tahun enam. Ibu bapa Pelajar tahun Enam juga telah dijemput hadir menyertai Program ini. Penglibatan ibu bapa adalah bertujuan memberi pendedahan tentang aspek pembelajaran dan peri pentingnya anak-anak mereka dalam menghadapi UPSR.

2.0 Tujuan

Program yang dianjurkan ini adalah merupakan salah satu Program yang di bawah perancangan pihak Sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian UPSR . Tujuan utama Program ini diaunjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan belajar yang betul serta memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya cara belajar yang sistematik bagi peningkatan prestasi akademik anak-anak mereka. Ianya juga bertujuan memberi motivasi kepada pelajar dengan mengenepikan sifat sifat negatif terhadap pembelajaran khususnya bagi mata pelajaran yang sukar. Ibu bapa juga mendapat input-input yang dapat membantu mereka dalam mengendalikan pembelajaran di rumah.

3.0 Objektif

Antara objektif Program ini diadakan adalah sebagai memenuhi perancangan peningkatan UPSR yang telah dirangka oleh Pihak Sekolah daripada awal tahun. Inya merupakan salah satu Program yang dirancang pada setiap tahun bagi meningkatkan pencapaian UPSR. Selaian itu,Program ini dapat membina keyakinan diri pelajar apabila berdepan dengan situasi yang mencabar. Disamping itu Program ini dapat memupuk permuafakatan antara guru, ibu/bapa dan pelajar tahun enam demi meningkatkan prestasi akademik pelajar dan Sekolah khasnya.

4.0 Aktiviti

8.00 Pagi (Pendafaran)Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi di Dewan Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan L.B Johnson. Pendaftaran adalah di bawah seliaan Cikgu Pn Nur Aisah dan Pn. Sharifah Fitri. Setelah selesai Pendaftaran Ibu/Bapa dijemput masuk ke Dewan bagi sesi Ceramah.

8.30 Pagi (ucapan alu-aluan)Ucapan aluan oleh Cikgu Sulaiman selaku guru Kaunseling dengan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dalam Program Motivasi. Seterusnya Ucapan alu-aluan oleh guru Penyelaras tahun enam yang mana beliau mengucapkan penghargaan di atas kehairan ibu bapa yang prihatin dengan Program ini.

9.00 Pagi (Bacaan Doa)Sebelum sesi Ceramah bermula bacaan doa dibacakan oleh Ustaz zailani Mohd Nor.

9.10 Pagi (Ucapan Guru Besar)Majlis diteruskan dengan Ucapan Guru Besar Sekolah kebangsaan L.B Johnson Tuan Hj. Ishak Manap. Belaiu megalu-alukan kehadiran ibu bapa ke Program tersebut. Dalam ucapannya , beliau berharap Ibu bapa sentiasa memberikan kerjasama dalam setiap program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah demi pencapaian akademik anak-anak mereka. Beliau juga berharap, Ibu bapa sentiasa prihatin dengan pembelajaran anak-anak mereka khususnya kehadiran ke kelas Tambahan. 9.30 Pagi ( Ceramah Motivasi)Sesi ceramah bermula yang disampaikan oleh En. Shahrin bin kamarudin dari Jabatan Pelajaran negeri Sembilan. Antara isi ceramah beliau, beliau mengingatkan Ibu bapa betapa pentingnya amanah mendidik anak-anak dalam era teknologi maklumat. Antara intipati ucapan beliau juga mengingatkan iIbu Bapa betapa pentingnya pendidikan dalam Zaman yang kian mencabar. Titipan beliau juga kepada murid betapa pentingnya pembelajaran sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Laporan di sediakan oleh

(MOKHTAR B NORDIN)

REFLEKSI

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya saya dan rakan dapat mengelolakan Ceramah Motivasi. Bina Insan Guru (BIG) perlu dilaksanakan oleh guru-guru dibawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). Jesteru itu,salah satu program yang wajib dilaksanakan dalam semester tiga ini adalah Ceramah.Saya telah melaksanakan program ini , bersama-sama dengan guru-guru PPG yang lain dari Kampus raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan. Iaitu guru PPG dari Unit Matematik. Apa yang saya perolehi daripada program ini ialah saya telah mendapat impak yang posistif dalam mengendalikan sesuatu program dan mendapat input-input bagaimana perancangan yang perlu dilakukan sebelum penganjuran sesuatu program.Program BIG ini juga telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya yang mana mungkin saya tidak akan memperolehi pengalaman ini jika BIG ini tidak dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah memberi kesan kepada saya ialah dalam slot ceramah, yang mana saya memperoleh ilmu bagaimana asas-asas mendidik pelajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.Melalui Program ini, saya dapat mengetahui betapa pentingnya perancangan yang sistematik dalam merancang sesuatu program. Pengalaman ini amat berharga bagi saya sebagai seorang pendidik. Melaui program ini, dapat meningkatkan ilmu saya dalam penganjuran sesuatu program seperti ini. Kerjasama dengan rakan PPG amatlah bermakna , kerana permasalahan dapat diatasi. Akhir sekali, jutaan maaf dipohon di atas ebarang kekurangan yang berlaku di dalam pemurnian tugasan yang diamanahkan ini. Sekian Terima Kasih.Disediakan Oleh:.(UNIT PIM1 SEMESTER 3/AMBILAN FEBRUARI 2012)

LAMPIRAN