Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi...

9
Bil 4/2011 Edisi APRIL

Transcript of Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi...

Page 1: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Bil 4/2011 Edisi APRIL

Page 2: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan antara agensi yang pertama di bawah

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diiktiraf sebagai mematuhi piawaian MS ISO 9001:2008 dan telah dianugerahkan Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Bertaraf MS ISO 9001:2008 (MY-AR3082) mulai 25 Februari 2011.

Pada peringkat awal pihak pengurusan LPP telah bersetuju untuk melaksanakan persijilan bagi 3 (tiga) Bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan mengikut aktiviti yang telah dipersetujui oleh Bahagian-Bahagian berkenaan. Namun setelah perbincangan

dengan pihak EQ Management Associates (Jururunding untuk MS ISO), telah mencadangkan 1 (satu) persijilan LPP bebanding dengan 3 (tiga) persijilan untuk 3 (tiga) Bahagian sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak pengurusan sebelum ini.

Oleh itu, Cawangan Permodenan Orgranisasi dan Inovasi di bawah Bahagian Hal Ehwal Korporat dibantu Cawangan Audit Dalam telah merangka Kertas Kerja Cadangan Pelaksanaan Persijilan MS ISO 9001:2008 Lembaga Pertubuhan Peladang. Ianya telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan LPP Bil.9/2010 bertarikh 15 Mac 2010 untuk mendapat maklumbalas dan persetujuan pihak Pengurusan LPP. Hasil daripada pembentangan tersebut, mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut dan melantik Bahagian Hal Ehwal Korporat sebagai urusetia bagi mengambil tindakan susulan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Berikut merupakan cadangan proses/aktiviti Bahagian yang dicadangkan untuk melaksanakan Persijilan

PERSIJILAN MS ISO 9001:2008Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)Oleh: Encik Wahyudi bin Baharudin

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 Lembaga Pertubuhan Peladang:

Skop Pendaftaran dalam Persijilan MS ISO 9001:2008 LPP

Penyediaan Dan Penyampaian Perkhidmatan Urusan Pendaftar, Pembangunan dan Pengurusan Pertubuhan Peladang.

• BahagianPembangunanUsahawan Peladang - Pengurusan permohonan dan kelulusan pinjaman pembangunan usahawan peladang.

• BahagianPenyeliaan - Pengurusan Permohoan dan kelulusan Pendaftaran bagi had kuasa pinjaman luar dan melabur.

• BahagianKhidmatPengurusan - Pengisian jawatan lantikan mengikut waran perjawatan.

• BahagianPerniagaantani - Pengurusan permohonan dan kelulusan pembiayaan

Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P).

• BahagianKejuruteraan - Pengurusan permohonan dan kelulusan Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF).

• Bahagian Perancangan danPenilaian - Pengurusan perancangan dan belanjawaan pembangunan.

• Bahagian Pembangunan ModalInsan - Pengurusan latihan kepada anggota Lembaga Pertubuhan Peladang.

• BahagianKewangan - Pengurusan perolehan dan anggaran belanjawan mengurus.

• BahagianPengurusanMaklumat - Penyelenggaraan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi dalaman.

• Bahagian Hal Ehwal Korporat - Pengurusan komunikasi

korporat (aduan, kajian kepuasan dan penghargaan pelanggan).

• Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan - Pengurusan perkhidmatan audit berkanun ke atas Pertubuhan Peladang.

• CawanganUndang-Undang - Ulasan dan khidmat nasihat perundangan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang.

• CawanganAuditDalam - Pengurusan audit kewangan ke atas hasil dan belanja Lembaga Pertubuhan Peladang.

Semua aktiviti di atas dilaksanakan di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang kecuali aktiviti pengurusan perkhidmatan audit berkanun ke atas Pertubuhan Peladang yang dilaksanakan di Ibu Pejabat dan LPP Negeri.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Page 3: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Kesan Terhadap Perlaksanaan Dan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Ms Iso 9001:2008

Kesan dari Segi Yuran Persijilan

Dengan 3 (tiga) persijilan yang berbeza bermakna LPP perlu menyediakan yuran persijilan untuk 3 (tiga) Bahagian. Anggaran yuran persijilan untuk 1 (satu) Bahagian adalah RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia ; Sepuluh Ribu) dan 3 (tiga) Bahagian adalah sebanyak RM 30,000.00 (Ringgit Malaysia ; Tiga Puluh Ribu).

Kesan dari Segi Perlaksanaan

Audit Badan Persijilan akan diadakan secara berasingan. Bagaimanapun, dalam keperluan Standard MS ISO 9001:2008 terdapat proses/aktiviti yang bertindak sebagai sokongan atau interface kepada proses/aktiviti utama. Contoh proses/aktiviti ini adalah Perolehan, Latihan dan Penyelenggaraan Infrastruktur. Proses/aktiviti ini akan diaudit setiap kali audit dijalankan ke atas 3 (tiga) Bahagian tersebut. Oleh itu, proses/aktiviti akan diaudit 3 (tiga) kali setahun.

Audit Dalaman juga akan mengadakan sekurang-kurangya 2 (dua) kali setahun (bagi organisasi baru melaksanakan MS ISO 9001:2008). Jika Persijilan dibuat secara berasingan, 1 (satu) Bahagian ini perlu diaudit 2 (dua) kali setahun dan 6 (enam) kali setahun untuk 3 (tiga) Bahagian.

Kesan Kepada Pengurusan Atasan

Pengurusan Atasan bertanggungjawab untuk mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) sekurang-kurangnya 2 (dua) kali setahun. Sama seperti perlaksanaan Audit Dalaman, Pengurusan Atasan perlu mengadakan 6 (enam) kali MKSP untuk 3 (tiga) Bahagian.

Kesukaran kepada Pengurusan Atasan untuk memantau prestasi Sistem Pengurusan Kualiti 3 (tiga) Bahagian ini

disebabkan oleh pensijilan yang mungkin berlainan tarikh. Mesyuarat untuk melaporkan prestasi perlu diadakan untuk 3 (tiga) Bahagian.

Kesan Kepada Badan Persijilan

Lazimnya, Badan Persijilan akan merancang tarikh audit mengikut kesesuaian/kekosongan Juruaudit. Oleh itu, Badan Persijilan perlu merancang tarikh audit untuk 3 (tiga) Bahagian. Ini akan menimbulkan kesulitan kepada Badan Persijilan dan boleh menyebabkan tarikh audit terpaksa ditangguhkan.

Badan Persijilan sukar untuk menyediakan Juruaudit yang sama untuk 3 (tiga) Bahagian yang mungkin mempunyai tarikh audit yang berbeza. Lazimnya, Juruaudit mempunyai pendekatan dan anggapan yang berbeza dan ini boleh memberi kesan/keputusan audit yang berbeza untuk 3 (tiga) Bahagian.

Walaupun beberapa kesan di atas boleh diatasi jika LPP berhasrat untuk meneruskan dengan 3 (tiga) Persijilan, namun LPP atau 3 (tiga) Bahagian tersebut akan menghadapi kesulitan dari segi kos dan pemantauan dalam jangkamasa panjang. Kesan ini akan lebih dirasai sekiranya LPP berhasrat untuk melaksanakan persijilan ke atas Bahagian-Bahagian yang lain.

Justeru dengan penganugerahan Persijilan MS ISO 9001:2008 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang ini diharap dapat menjadikan sistem penyampaian urusan pendaftar, pembangunan dan pengurusan Pertubuhan Peladang menjadi lebih dinamik dan berdaya saing dalam memacu transfomasi pertanian kearah yang lebih tersusun, fleksiblesertamemenuhikehendakkumpulansasar iaitupetani, peladang dan penternak.

Dengan penganugerahan persijilan ini mendorong Lembaga Pertubuhan Peladang untuk lebih komited dalam memainkan peranan dan memastikan perancangan masa depan yang dibuat kerajaan kini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok ditubuhkan pada 17 Januari 1977 dengan

keluasan 236 km persegi meliputi dua buah daerah iaitu Daerah Kuala Muda (Mukim Merbok, Semeling dan Bujang) dan Daerah Yan (Mukim Singkir dan Mukim Yan Luar MADA). Keahlian PPK seramai 3,190 orang daripada 27 buah Unit Peladang termasuk 6 buah unit ahli dengan jumlah saham sebanyak RM 786,897.

Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK Merbok adalah Projek Mini Estet Padi (MEP), jualan pertanian, perkhidmatan pengangkutan dan kejenteraan, pemasaran padi, kedai barangan pengguna, pengedaran baja kerajaan persekutuan dan insentif pengeluaran beras, khidmat sosial, khidmat nasihat secara tenikal, projek usahawan peladang, kredit dan simpanan serta perkhidmatan insuran.

Projek Mini Estet Padi merupakan projek sosial ekonomi PPK Merbok yang melibatkan gabungan ahli-ahli unit yang ramai dan keluasan agak luas dimana peserta menyerah buku daftar pesawah mereka dan didaftar dalam projek MEP atas nama Pengurus Besar PPK. Keluasan projek MEP PPK Merbok sedia ada ialah 386.5 hektar melibatkan 400 orang peserta. Projek ini diusahakan oleh peserta projek diatas tanah yang sewa atau hak milik mereka sendiri dan hasilnya milik petani-petani.

Projek Mini Estet Padi PPK Merbok

Oleh : Ahmad Farhan bin Kamaradin (PPK Merbok)[email protected]

Sistem Aplikasi Berkomputer

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Page 4: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

BIL UNIT MINI ESTET PADI KELUASAN (H) JUMLAH PESERTA TAHUN LAKSANA

1 Singkir Darat 120 104 1993

2 Singkir Laut 49 72 1995

3 Singkir Badong 25 13 1993

4 Segantang Garam 63 40 1995

5 Simpang Tiga Pasir 32 58 1998

6 Padang Tok Sora 64.5 64 1998

7 Semeling 10 16 2000

8 Lubok Boi, Yan 15 23 2002

9 Bendang Dalam 8 10 1998

Jumlah 386.5 400

Melalui projek MEP ini, PPK bertindak memberi perkhidmatan bekalan input pertanian, kejenteraan ladang, pengangkutan, barangan pengguna, khidmat nasihat, pemasaran dan menyediakan akaun bagi setiap peserta MEP.

Menyedari bahawa penggunaan teknologi dalam bidang pertanian menjadi keperluan penting kepada perubahan tranformasi pertanian PPK Merbok kini telah melaksanakan satu sistem berkomputer bertujuan mempercepatkan penyediaan penyata akaun peserta MEP.

Sebelum terlaksananya sistem ini, banyak kesulitan timbul dalam penyediaan akaun projek MEP. Seringkali terdapat kelewatan semasa penyediaan penyata akaun

Bagi membolehkan peserta MEP mendapat penyata akaun terperinci dan dalam kadar yang cepat, PPK Merbok telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan satu sistem berkomputer bagi memudahkan penyediaan akaun ini. Sistem yang diberi nama SISPARA.NET atau Sistem Skim Projek Separa Perladangan diperkenalkan. Ini merupakan satu sistem pengurusan yang merangkumi segala aspek dalam pengurusan Projek Separa Perladangan (PSP).

Teknologi yang dibangunkan ini akan mengawal sistem PSP, mampu mengeluarkan laporan mengenai maklumat peserta, keluasan tanah yang diusahakan dan semua pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, bekalan pengguna dan input peserta MEP. Data pembayaran dan pembekalan input, maklumat komisyen PSP mengikut unit, maklumat jualan hasil padi dan subsidi, data pembahagian keuntungan PSP dan unjuran hasil PSP juga dapat diperolehi.

Sistem ini merangkumi aspek-aspek keperluan perakaunan dan pengurusan projek bermula dari kemasukan maklumat asas PSP hingga kepada keperluan pengeluaran laporan yang dikehendaki oleh PPK dan Ibu Pejabat LPP. Sistem ini juga dapat membantu PPK membuat keputusan terutamanya terhadap pengurusan kewangan projek MEP, pendapatan dan perbelanjaan termasuk bekalan atau pinjaman peserta, maklumat pendaftaran projek peserta, keluasan tanah dan lot-lot yang diusahakan.

SISPARA.NET dapat ditingkat keupayaan dalam persekitaran PPK dan boleh diselarikan dengan rangkaian peladang. Sekiranya perlu, capaian data juga boleh dilakukan melalui internet online kepada Ibu Pejabat LPP. Oleh yang demikian, sistem ini ternyata dapat membantu melicinkan kerja, cepat dan cekap demi kepuasan hati pelanggan.

Hasil daripada perlaksanaan sistem ini, banyak faedah-faedah yang diperolehi seperti berikut:

• Penyediaanpenyatayang teperincidapatdikeluarkan bila-bila masa.

• Bayaran lebihan kepada petani dapat dilakukan pada hari yang sama.

• Tempohmasapenyediaanpenyatadapatdipendekkan daripada 3 hari kepada 1 jam.

• Proses semasa potongan meja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.

• Setiapbahagianbolehmendapat data yang tepat dan terperinci bagi setiap aktiviti yang dijalankan

• Arahanpindahankeakaunpesertamelaluibankdapat diuruskan dengan lancar dan selamat.

tersebut. Antara faktor penyebab yang dikenalpasti adalah:

• Banyakdokumendigunakansecaraberasingandarisetiap bahagian dan diberi kepada peserta MEP.

• Melibatkanramaikakitangandaribanyakbahagianbagi mendapatkan maklumat dan seterusnya bagi menyediakan penyata masing-masing.

• Peserta MEP menunggu sehingga 3 hari sebelum penyata penutup dapat dikeluarkan.

• Kakitangan terpaksa merekod di dalam lajer secara manual dan ini mengambil masa yang panjang. Kaedah kiraan secara manual turut dilaksanakan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Page 5: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Bagi penggemar roti samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak, nama seperti Otto Frederick Rohwedder pastinya tidak asing lagi dalam industri ini. Sepertimana dalam catatan sejarah, Rohwedder adalah

pencipta mesin pemotong roti yang terawal sekitar tahun 1912. Menjelang tahun 1928, perkembangan industri roti di Eropah begitu pesat dan menyebabkan nama Rohwedder dijulang dan diangkat kerana pencetus kepada evolusi industri ini. Beliau digelar sebagai bapa roti potong apabila berjaya mencipta mesin pemotong dan pembungkus roti di Eropah dimana mendapat permintaan yang laris ke atas keluaran roti.

JUNUS BIN ABDULLAH:• LPP Negeri boleh mendapatkan maklumat terkini dengan segera

• Pengeluaranpadisetiaphektardapatdikenalpasti.

• Kospembajakandanjentuai.

• Senaraipembekaljentera

• Pejabat zakat boleh menguna pakai penyata atau maklumat bagi menilai zakat padi peserta MEP

• Pesertadapatmengetahuipenyatauntungrugiprojek masing-masing pada setiap musim

Projek ini telah memberikan sumbangan besar kepada organisasi di mana telah meningkatkan imej PPK. Sistem yang dibangunkan telah meningkatkan lagi kepercayaan peladang terhadap perkhidmatan PPK dalam mempercepatkan proses pengeluaran penyata akaun peserta. Disamping itu sistem ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menjimatkan masa serta mengurangkan kos pentadbiran. Hasilnya, peserta projek MEP telah menunjukkan respon positif dan berpuashati dengan apa yang dilakukan oleh PPK.

Respon positif ini membuktikan bahawa PPK mampu dan telah berjaya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan selari dengan misi PPK agar menjadi badan pengurusan dan perniagaan yang unggul dan cemerlang serta perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti kepada peladang dan masyarakat.

Usahawan Roti, PPK Padang Siding Perlis

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Selain itu, kejayaan pelaksanaan sistem ini telah mendapat pengiktirafan daripada LPP Negeri Kedah. PPK Merbok memenangi tempat pertama pada pembentangan projek ini melalui Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) 2010 Peringkat Negeri Kedah. Seterusnya, PPK Merbok telah dipilih mewakili LPP Negeri Kedah dalam Konvensyen KIK 2010 Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Page 6: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Perkembangan industri perusahaan roti ini bukan sahaja popular di sekitar Eropah, malahan turut berkembang ke beberapa negara di benua Asia dan tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia, walaupun memakan roti bukanlah sebagai makanan rutin, tetapi ianya popular untuk dijadikan makanan bersarapan pagi kebanyakkan rakyat Malaysia.

Antara pengusaha roti yang berada di seluruh negara, salah seorangnya adalah Encik Junus bin Abdullah, seorang usahawan bumiputera di bawah bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding, Perlis. Bagi usahawan ini, perusahaan roti sudah sebati dengan rutin hariannya. Beliau mula terlibat dalam industri roti ini apabila bekerja dengan sebuah syarikat perusahaan roti. Setelah 2 tahun menimba pengalaman di sana, beliau mula yakin untuk menjalankan perusahaan ini secara sendiri di rumah. Memulakan perniagaan dalam bidang ini pada tahun 2000 secara kecil-kecilan dan seterusnya berkembang sedikit demi sedikit sehinggalah ke hari ini apabila menerima tempahan hampir ke seluruh Negeri Perlis dan Kedah. Memandangkan kapasiti sediada tidak mampu untuk menampung permintaan di pasaran, beliau terpaksa memberi tumpuan untuk permintaan dalam Negeri Perlis sahaja dan terpaksa menolak permintaan daripada utara Perak yang berminat untuk membeli produk keluaran beliau.

Encik Junus menjadi ahli PPK Padang Siding pada tahun 1997 dengan nombor keahlian 1724 apabila merasakan bahawa kewujudan PPK merupakan satu platform untuk membantu ,masyarakat tani setempat dan memberi manfaatnya kepada ahli dalam aspek ekonomi melalui aktiviti-aktiviti pertanian yang menjadi tunjang selama ini. Memandangkan usahawan ini seorang yang gigih dalam perusahaannya yang dijadikan sebagai punca pencarian rezeki sekeluarga, semangat untuk memastikan perniagaannya terus berjaya. Jatuh bangun dalam industri ini sudah lali dengan hidupnya.

Selaras dengan peranan PPK selaku penyedia perkhidmatan, saluran bantuan di bawah program 1 UP 1 PKS telah diberi kepadanya dalam bentuk barangan bagi memastikan perusahaannya terus berkembang. Selain itu beliau turut mendapat latihan dan bimbingan dari pegawai-pegawai PPK dan LPP.

Bantuan pertama diluluskan kepada pengusaha ini adalah pada tahun 2007, iaitu bernilai RM 20,000.00 untuk pembelian sebuah oven pembakar roti dan mesin pengisar roti di bengkel perusahaan beliau. Melalui bantuan ini, dapatlah meringankan bebanan usahawan bimbingan PPK Padang Siding ini untuk mengembangkan perniagaannya.

Hubungan baik yang terjalin antara PPK dengan ahli-ahlinya telah mengukuhkan lagi urusan harian yang berjalan. Demikian juga kepada usahawan roti ini, lawatan yang berkala di peringkat PPK dan LPP Negeri ke tempat perusahaan beliau telah memudahkan lagi urusan mengenai khidmat nasihat dan pemantauan tahap kemajuan fizikalprojek diadakan. Melalui pendekatan ini juga secara tidak langsung ianya akan mewujudkan suasana harmoni dan proses pertukaran pendapat berlaku dengan sempurna antara pegawai dan ahli. Disamping itu, aspek pengurusan PKS turut didedahkan

kepada usahawan selain menghantar usahawan berkenaan mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan, perniagaan dan sebagainya.

Berdasarkan prestasi kemajuan projek yang direkodkan, usahawan berkenaan menunjukkan kemajuan dalam perusahaan beliau. Tambah mengukuhkan lagi, apabila usahawan ini selangkah ke hadapan apabila berjaya menyediakan rekod jualan mengikut harian, mingguan dan bulanan dimana rekod ini disimpan oleh beliau sendiri. Selain itu, bangunan tempat perusahaan beliau kini berwajah baharu apabila dinaiktaraf bangunan ini adalah hasil daripada modal sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan. Sekaligus, jelas menunjukkan bahawa Encik Junus bin Abdullah telah mempamerkan ciri keusahawanan yang tinggi.

Pada masa ini, usahawan ini mengeluarkan produk seperti roti bun,

roti sardin dan biskut planta bakar. Kapasiti pengeluaran di bengkel perusahaan beliau sebanyak 30,000 paket/bulan. Menyedari yang beliau bermula dari bawah, Encik Junus lebih selesa untuk turun padang bersama-sama dengan pekerja-pekerjanya melakukan aktiviti pengeluaran roti di bengkelnya tanpa meletakkan pangkat dan kedudukan beliau selaku pengurus sebagai halangan. Beliau mempunyai seramai 5 orang pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat, telah membantu menambah peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk selain menjana ekonomi.

Menelusuri sejarah awal pembabitan, beliau memulakan penghantaran roti keluarannya yang tidak berjenama ketika itu dengan hanya menaiki kereta yang dipinjam daripada abangnya. Beliau tidak mampu untuk melantik pekerja. Selangkah demi selangkah, beliau mengembangkan perniagaan, mula melakukan penghantaran dengan sebuah van yang dibelinya

untuk memudahkan urusan supaya penghantaran produk dijalankan dengan sempurna. Berkecimpung dalam industri perusahaan roti ini bermula pada tahun 1986 lagi, beliau bekerja dengan sebuah kilang roti di sebuah pekan kecil di Jitra, Kedah sebelum mengambil keputusan untuk menjalankan sendiri perniagaan. Tugasan ini sentiasa mendapat sokongan padu daripada isteri tercinta, dan ini telah menyuntik semangat yang membara terutama bagi menyara keluarga dan seterusnya membina masa depan yang mampan. Kini, produk keluaran beliau telah dijenamakan dengan menggunakan nama ”Syafi” sempena nama anakkesayangannya.

Kini, Encik Junus bin Abdullah boleh tersenyum lebar dan berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil titik peluhnya sendiri untuk membangunkan perusahaan roti yang sememangnya diminati sejak sekian lama. Impian untuk mempunyai perniagaan sendiri dalam industri ini menjadi kenyataan hasil daripada

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu bersenang-senang kemudian. Berbekalkan pepatah melayu lama

itulah, menjadikan usahawan bimbingan PPK Padang Siding ini semakin matang dan meneruskan

niat murni untuk melihat kejayaannya suatu

masa nanti.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Page 7: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Program Transformasi

segala usaha yang dibuat untuk mengejar cita-citanya telah tercapai. Disebalik kejayaan beliau, jasa PPK dan LPP tidak pernah dilupakan. Sebagai tanda terima kasih beliau kepada pertubuhan ini, pada plastik pembungkusan produknya, dilabelkan ”usahawan bimbingan peladang” sebagai tanda penghargaannya kepada agensi dan pertubuhan keramat ini. Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah melupai jasa pertubuhan peladang dalam membela nasib peladang-peladang yang bernaung di bawahnya. Pendapatan kasar bulanan kini mencecah RM 15,000 membolehkannya dikategorikan sebagai usahawan bumiputera berjaya di Perlis.

Jika sesuatu perkara itu disertai dengan minat yang mendalam dan disulam kesungguhan serta istiqamah, sesuatu perkara yang diceburi itu akan membuahkan hasil yang baik pada akhirnya. Samalah halnya dengan anak jati Perlis ini apabila perlu menempuhi segala ranjau berduri dalam perusahaan roti yang diminatinya ini sebelum dapat mengecapi kejayaan seperti hari ini. Sesuai dengan peribahasa “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Berbekalkan pepatah melayu lama itulah, menjadikan usahawan bimbingan PPK Padang Siding ini semakin matang dan meneruskan niat murni untuk melihat kejayaannya suatu masa nanti.

Beliau turut menyimpan cita-cita untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran di tempat perusahaannya sekaligus mampu menampung permintaan di luar Perlis. Walaubagaimanapun, hasrat berkenaan masih belum menjadi kenyataan apabila ianya melibatkan kos yang tinggi terutama untuk meningkatkan kapasiti mesin dan peralatan di tempat perusahaannya. Oleh kerana, beliau terlibat secara “hands-on” di bahagian pengeluaran, memudahkannya untuk mengenalpasti

masalah pekerja, tempat kerja dan juga keperluan yang diperlukan pekerjanya untuk menjalankan kerja. Secara tidak langsung, masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Melalui kaedah yang diambil, hubungan antara majikan dengan pekerja adalah sangat baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah disiplin.

Dalam aspek pemasaran, beliau sendiri yang menguruskan penghantaran ke kedai-kedai yang berdekatan, maka maklumbalas dan penerimaan pelanggan ke atas produk keluarannya akan dapat diketahui secara terus dan melalui garapan ini beliau dapat memikirkan kaedah terbaik bagi meningkatkan kepuasan pelanggan ke atas produk yang dipasarkan.

Bagi LPP dan PPK yang bertindak sebagai pembimbing dan penyelia kepada projek-projek usahawan, setiap kejayaan ahli ataupun usahawan yang berjaya dibangunkan adalah harta yang tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Kepuasan untuk melihat kejayaan mereka sudah memadai untuk berbangga serta menarik nafas lega melihat keadaan berkenaan. Bagi kedua-dua badan yang bertanggungjawab selaku pelaksana, ucapan terima kasih daripada penerima bantuan sudah mencukupi dan sangat bermakna. Adalah diharapkan agar lebih ramai lagi usahawan-usahawan yang dibangunkan mempunyai nilai-nilai murni serta kegigihan seperti pengusaha roti ini untuk memastikan kejayaan terus tercipta dan kelangsungan membangunkan bidang PKS ini akan terus semarak serta meniup semangat keusahawanan yang tinggi dikalangan pengusah-pengusaha yang lain untuk terus berjaya!

Disediakan oleh;

Mohd Hafizatul Akmal bin IshakPPK PadangSiding, PerlisEmail : [email protected]. tel : 012-5425877

e-Aduan

e-Aduan merupakan satu kemudahan perkhidmatan dalam talian atau online services dan web interaktif kepada LPP untuk mendapat maklumbalas, komen atau aduan daripada orang awam atau sebagainya dengan mudah.

Oleh yang demikian, sebarang aduan, maklumbalas atau komen mengenai sistem penyampaian perkhidmatan oleh LPP dan Pertubuhan Peladang boleh dikemukakan melalui http://www.lpp.gov.my/

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

Usaha Memantapkan Amalan Senyum Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam

Penyampaian Perkhidmatan Awam yang menjangkaui pengharapan rakyat dan pelanggan merupakan komitmen Kerajaan kepada rakyat selaras dengan gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”.

Perkhidmatan Awam yang berkesan bukan sahaja memerlukan Kerajaan menyediakan sistem penyampaian yang berteraskan kepantasan, inovatif, berintegriti dan nilai untuk wang (value for money), malah turut menuntut penjawat awam mengamalkan nilai-nilai murni serta memberi perkhidmatan yang berbudi bahasa termasuklah memberi senyuman semasa berurusan dengan orang ramai.

ACARA TRANSFORMASI

15 Mac 2011

Pelancaran Program Nadi Kasih Peringkat KebangsaanTempat: Kg. Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor

Program ini telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. YB Datuk Seri Noh bin Omar turut hadir dalam majlis tersebut. LPP dan PPK Tanjung Karang telah menyertai pameran dan jualan hasil keluaran ahli Pertubuhan Peladang.

Pertubuhan Peladang

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Page 8: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

17 Mac 2011

Mesyuarat “Asian Farmers’ Group for Cooperation” ke 11 Tahun 2011 Tempat: Prince Hotel, Jalan Conley, Kuala Lumpur

Program ini dianjurkan bersama oleh NAFAS dan JA ZENCHU, Jepun. Negara-negara peserta yang menyertai mesyuarat ini terdiri daripada wakil peladang Malaysia, Jepun, Korea Selatan, India, Sri Langka, Vietnam, Filipina, Thailand dan Indoesia.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Zainal bin Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

19 dan 20 Mac 2011

Karnival Usahawan Tani 2011Tempat: Kontena Nasional Berhad, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Mempromosikan kemudahan-kemudahan logistik yang disediakan oleh Kontena Nasional terutamanya perkhidmatan logistik Halal.

Mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan-usawahan asas tani dan juga pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS)

Platform yang baik bagi usahawan-usahawan memperkembangkan perniagaan serta memahami dengan lebih dekat lagi perkhidmatan logistik yang diperlukan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengerusi dan Ketua Pengarah LPP hadir sama di majlis tersebut. Kemuncak majlis adalah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kontena Malaysia dan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuklah LPP.

22 hingga 24 Mac 2011

Retreat Pelan Korporat LPPTempat: Kajang, Selangor

Penyediaan Pelan Korporat LPP ke 5 bagi tempoh 2011 hingga 2015 untuk menetapkan halatuju LPP dan Pertubuhan Peladang dalam jangkamasa 5 tahun. Ianya selaras dengan dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke 10.

Program Turun Padang Ketua Pengarah LPP 11 Januari 2011Majlis Penyerahan Jentera LPP kepada Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan (Bahagian Jentera) di Bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan

23 Januari 2011Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan TEKUN

14 Februari 2011 Majlis Pelancaran Kor Tani Peladang LPP

19 Februari 2011Majlis lawatan kerja YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi program perataan sawah padi dan bumi hijau DUN Merlimau, Melaka.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Page 9: Bil 4/2011 Edisi APRIL - lpp.gov.my · PDF fileLahir Peladang Progresif Berita 2 Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian 3 L embaga Pertubuhan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”