Bil

16
VISI i MEJADI SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERNAL SEKOLAH KLUSTER CEMERLANG MENJELANG 2009

description

k

Transcript of Bil

Page 1: Bil

VISI

MISI

i

MEJADI SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERNAL SEKOLAH KLUSTER CEMERLANG MENJELANG 2009

MENTRAMPILKAN GENERASI BERILMU, BERAMAL, DENGAN SEMANGAT PATRIOTISME SERTA PEKA

DENGAN ARUS GLOBALISASI BERDASAEKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 2: Bil

OBJEKTIF SEKOLAH

Mendidik murid-murid untuk memperolehi kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulumMelatih murid-murid supaya berdisiplin dan yakin diri serta menghayati nilai-nilai murni dan estetikaMelatih warga SKBJ yang cintakan agama, bangsa dan NegaraMenghayati dan mempraktiskan kefahaman ilmu di kalangan warga SKBJ selaras dengan perkembangan ilmu teknologi maklumatMenjalin hubungan akrab di kalangan warga SKBJ dengan masyarakat luar sekolah.

MOTTO SEKOLAH

“Hidup Berilmu Diaplikasikan Dalam Kehidupan Seharian”

BUDAYA SEKOLAH

S Sistematik Berfikir dan bertindak secara teratur dan bermatlamatK Kreatif Mencipta dan memperkembangkan sesuatu benda, perkara dan ideaB Berilmu Mempunyai pengetahuan yang tinggi dan terkini dalam melaksanakan semua tugasan. Budaya membaca dijadikan amalanJ Juara Menjadi juara dan terkehadapan dalam semua bidang

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

• NAMA DAN ALAMAT : SK BAGAN JERMAL, 12300 BUTTERWORTH , SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG. • KOD SEKOLAH : PBA 2003

• GRED SEKOLAH : GRED A

ii

Page 3: Bil

• NAMA GURU BESAR : SALHA BINTI AHMAD•• BILANGAN GURU : LELAKI - 15 ORANG

PEREMPUAN - 26 ORANG JUMLAH - 41 0RANG

• BILANGAN STAFF SOKONGAN :

LELAKI - TIADA PEREMPUAN - 4 ORANG JUMLAH - 4 ORANG

• BILANGAN MURID :

LELAKI - 275 ORANG PEREMPUAN - 275 ORANG JUMLAH - 550 ORANG

• BILANGAN KAUM :

MELAYU - 509 ORANG ( 92.5 % ) INDIA - 32 ORANG ( 5.8 % )

CHINA - 8 ORANG ( 1.5 % ) LAIN-LAIN - 1 ORANG ( 0.2% )

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal telah ditubuhkan pada tahun 1890. Bangunan pertama sekolah ini telah didirikan oleh kerajaan British. Murid-murid terdiri daripada murid-murid lelaki sahaja. Pada masa itu bangunan sekolah hanya dilengkapi dengan papan hitam dan bangku panjang sahaja.

Pada tahun 1992, sebuah bangunan untuk murid-murid perempuan telah dibina. Setelah bilangan murid bertambah , satu bangunan baru empat bilik darjah didirikan.

Pada masa peperangan dunia kedua, pengajaran dan pembelajaran sekolah ini terhenti buat sementara waktu. Perubahan tidak berlaku di sekolah ini sehinggalah tahun 1974. Pada tahun itu sebuah bangunan baru telah dibina bersebelahan dengan bangunan yang sedia ada.

iii

Page 4: Bil

Pada tahun 2002, semua bangunan baru empat tingkat telah siap dibina. Bangunan ini dibekalkan dengan perabut-perabut yang lengkap sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Bermula dari situ, SKBJ telah berkembang menjadi diantara sekolah yang mencapai prestasi akademik yang tinggi dan membanggakan serta mempunyai kelengkapan fizikal yang kondusif bersesuaian dengan tuntutan peredaran masa.

KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH

Kemudahan Asas

A. Kemudahan Bangunan 1. Bilik Pejabat Am2. Bilik Guru Besar3. Bilik Penolong Kanan4. Bilik Darjah5. Bilik Darjah Pendidikan Khas6. Bilik Darjah Pra Sekolah7. Bilik Khas Makmal Sains8. Bilik Khas Makmal Komputer9. Pusat sumber (Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Alatan P&P)10.Surau11.Bilik Kemahiran Hidup12.Bilik Kelas Pemulihan Khas13.Bilik Muzik14.Bilik Bimbingan dan Kaunseling15.Bilik Guru16.Bilik Mesyuarat17.Bilik SPBT18.Bilik Khas Unit Peperiksaan19.Bilik Rawatan20.Stor Sukan21.Stor SPBT22.Stor Pejabat23.Kantin24.Tandas Guru25.Tandas Murid

B. Kemudahan Padang 1. Padang untuk Pendidikan Jasmani

iv

Page 5: Bil

2. Gelanggang Takraw

C. Lain-lain Kemudahan 1. Taman Rekreasi2. Pondok-pondok Bacaan/Info3. Taman Refleksologi4. Taman Herba

LATAR BELAKANG MURID

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal terdiri daripada 509 orang murid berbangsa Melayu , 32 orang murid berbangsa India , 8 orang berbangsa China dan seorang berketurunan Iban

Kebanyakkannya tinggal di perkampungan Melayu sekitar kawasan sekolah.Seramai 44% murid tinggal di kawasan perkampungan kastam sementara yang lainnya di taman –taman perumahan yang terletak berdekatan dengan sekolah.

Murid-murid SKBJ kebanyakkannya berlatarbelakang ekonomi keluarga yang sederhana dan rendah.Pekerjaan waris murid-murid SKBJ terdiri dari pekerja kilang , peniaga kecil-kecilan , buruh pembinaan , pemandu lori , dan juga nelayan. Seramai 70 orang daripada murid-murid ini menerima bantuan KWAPM dan 60 orang murid menerima bantuan RMT.Terdapat juga murid yang menerima bantuan dari Pusat zakat , Jabatan kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

PENGENALAN LENCANA SEKOLAH

v

Page 6: Bil

PERISAI : Jati Diri

PELITA MENYALA : Ilmu menerangi kehidupan

OBJEK GEOMETRI : Kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan

JARING : Menapis unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian

WARNA BIRU : Perpaduan / Integrasi kaum

WARNA PUTIH : Kesucian hati , pemikiran dan persekitaran.

WARNA KUNING : Berpaksikan perlembagaan negara.

LAGU SEKOLAH

Sekolah Bagan Jermal,Sekolah yang kami cinta,Di sini bermula segala,Menulis membaca mengira.

Ekonomi sukan permainan,Berganding bahu kami jayakan,Semangat disiplin diutamakan,Itulah kunci kejayaan.

Terima kasih, guru-guruku,Jasamu, kami kenang selalu,Mendidik kami, sepanjang masa,Insan mulia itulah cita.

Kami berikrar, kami berjanji,Untuk tingkatkan pencapaian,Demi agama, bangsa dan negara,

vi

Page 7: Bil

Majulah, majulah, sekolah kita.

KEKUATAN SEKOLAH

1.Mempunyai Prasarana yang Lengkap

Kemudahan asas yang lengkap dan kondusif untuk P & P

Terdapat kemudahan asas yang sempurna untuk kelas Pendidikan Khas dan Pra Sekolah

Terdapat suasana yang ceria dan memberangsangkan untuk pembelajaran.

2.Mempunyai Iklim/Budaya Sekolah yang Menggalakkan Proses P&P Suasana sekolah dan P & P yang kondusif dan selamat.

Disiplin semua warga sekolah berada pada tahap yang memuaskan.

Mempunyai amalan yang sihat dan selamat dalam kawasan sekolah.

3.Cemerlang dalam Kurikulum dan Kokurikulum

4.Sokongan Padu dari PIBG dan Masyarakat Setempat Melalui Dana, Sumbangan Alat P&P dan Gotong Royong 5.Mempunyai Semangat Kekitaan yang Tinggi di Kalangan Warga Sekolah

HALA TUJU KEPIMPINAN

Visi dan Misi digubal secara bersama oleh pihak pengurusan sekolah dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan organisasi untuk merealisasikan

budaya cemerlang. Kefahaman seluruh warga SK Bagan Jermal terhadap visi dan misi telah banyak membantu kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.

VISI,MISI SEKOLAH

vii

KEPIMPINAN

Page 8: Bil

Kepimpinan menjurus kepada “smart interpersonal relationship networking” telah membuka rang kepada semua warga SK Bagan Jermal untuk lebih kreatif dan

berinovasi di samping meningkatkan esteem kendiri dan menyerlah rasa sepunya. Pelbagai kaedah digunakan bagi memupuk budaya sepunya dan

meningkatkan kualiti.

Struktur organisasi disebarkan dan dipamirkan untuk penghayatan seluruh warga SK Bagan Jermal.

Perancangan strategik 5 tahun dibuat. Perancangan strategik tahun semasa juga dibuat bagi memudahkan kesepaduan kerja dan pelaksanaan secara

sistematik.

Semua staf diberi kebebasan tanpa mengenepikan garispanduan dan pekeliling yang sedia ada. Disiplin kerja dipupuk di samping motivasi selalu diberikan.

Waris selalu dilibatkan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Pengurusan sumber meliputi aspek perkhidmatan, kewangan pejabat, bangunan dan alatan dan bahan diurus dengan baik dan mengikut spespekasi

yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

viii

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

PERANCANGAN

IKLIM

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER

PENGURUSAN MAKLUMAT

Page 9: Bil

Semua maklumat yang diperolehi daripada kementerian, jabatan akan disebarkan dengan sempurna kepada warga SK Bagan Jermal untuk difahami

dan hayati. Maklumat tersebut akan dipastikan diikuti dan dokumennya difailkan.

Program Kurikulum / Hem/ Kokurikulum dirancang dengan teliti secara

bermesyuarat. Takwim aktiviti dibuat dan pelaksanaan ikut tarikh. Sediakan laporan setelah aktivti dijalankan.

Dibuat secara adil menerusi ujian dan peperiksaan yang mana keputusan

direkodkan. Sahsiah pelajar dinilai dengan baik dan lebihproaktif.

Kurikulum :Pencapaian prestasi UPSR yang memberangsangkan walaupun masih terdapat

ruang-ruang untuk penambahbaikan. ( Keputusan UPSR 2003-2006 dilampirkan).

Ko-Kurikulum :Melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan anjuran sekolah, PPD, JPN dan agensi luar ( Kejayaan yang dicapai bagi tahun

2003 – 2006 dilampirkan).

HEM :

ix

PENGURUSAN PROGRAM KURIKULUM / HEM /KOKURIKULUM

Penilaian pencapaian murid

Kemenjadian murid

Page 10: Bil

Program-program membina sahsiah yang dijalankan telah berjaya mewujudkan budaya sekolah yang berdisiplin dan harmoni.

Warga SK Bagan Jermal semakin mantap dengan budaya kerja yang mengaplikasikan smart kreatif sistematik dan dinamik. Halatuju yang jelas telah

menyepadukan pelbagai usaha daripada pelbagai sumber untuk menjana kecemerlangan SK Bagan Jermal. Plan Tindakan SK Bagan Jermal untuk labih dinamik dan bakal merealisasikan SK Bagan Jermal sebagai sekolah ternama

dalam Negara Malaysia.

TATACARA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

1. Tanggungjawab Terhadap Diri1.1Berpakaian kemas dan bersih bersesuaian dengan keadaan ketika bertugas dan menjalani sesuatu aktiviti sekolah.1.2Lembut berbicara dan berbudi pekerti mulia dengan lebih tua dan rakan sejawat.1.3Menepati masa-tiba, pulang, rehat serta masuk/keluar kelas.1.4Sanggup menjalankan kerja lebih masa dengan penuh ikhlas pada ketika- Ketika tertentu.1.5Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.1.6Menerima serta menghayati konsep kerja dalam satu pasukan (team work).1.7Memiliki sosial keguruan yang sihat-menjadi contoh kepada masyarakat. sabar dan tekun menjalankan tugas yang agak rumit serta sentiasa tenang ketika berhadapan dengan masalah-masalah sama ada dari dalam mahupun dari luar.1.8Menghayati budaya hormat-menghormati yang berterusan-sesama rakan Sejawat, ketua serta masyarakat.1.9Peramah serta mudah menyapa terutama kepada tetamu yang dating ke Sekolah.1.10Sentiasa merujuk masalah-masalah diri, murid-murid, ibu bapa dan mana- mana.1.11Memahami matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1.12Memahami matlamat sebenar.1.13Tahu, faham serta sentiasa peka terhadap piagam serta falsafah sekolah.

x

rumusan

Page 11: Bil

1.14Sentiasa dedikasi menjalankan tugas harian.1.15Mempunyai minat yang tinggi terhadap profesion.1.16Dikehendaki menghantar rekod mengajar pada hari jumaat setiap minggu.1.17Jadual kedatangan murid dihantar ke pejabat sekolah selewat-lewatnya pada akhir waktu kedua (8.45 pagi).1.18Mencatat waktu hadir dan pulang di Rekod Kedatangan Guru setiap hari.1.19Keluar dari kawasan sekolah pada waktu bertugas MESTI mendapat Kebenaran Guru Besar dan mencatatnya dalam buku catatan.1.20Kehadiran ke perjumpaan perkembangan staf setiap kali diadakan adalah wajib.1.21Segala tugas yang dijalankan hendaklah dengan penuh ikhlas dan rasa Bertanggungjawab.1.22Bangga berada dalam alam perguruan.

2. Tanggungjawab Terhadap Murid2.1Lebih mengutamakan kebajikan murid serta keselamatan daripada hal-hal lain.2.2Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, social keturunan atau agama.2.3Merahsiakan maklumat sulit tentang murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.2.4Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para murid.2.5Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

3.Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa 3.1Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak. 3.2Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.3.3Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak boleh dibocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.3.4Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.3.5Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

4.Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 4.1Mengelak diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan RUKUNEGARA.

xi

Page 12: Bil

4.2Memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat dan setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 4.3Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4.4Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, Institusi dengan masyarakat.

4.5Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecerdikiawan masyarakat.4.6Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

5.Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 5.1Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah seorang guru. 5.2Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5.3Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 5.4Menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

xii