Bilangan Jurnal

3
Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh : 21 Jun 2015 25 Jun 2015 Tajuk Jurnal : Pengenalan Tentang Sekolah 1.0 Masalah / Peristiwa Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses praktikum seperti yang telah ditetapkan. Ini merupakan praktikum fasa pertama.Frasa pertama ini ialah selama 1 bulan.Di sekolah ,saya dan dua orang lagi rakan dikehendaki untuk mengajar mata pelajaran pendidikan pemulihan sebanyak 6 masa. Pada praktikum kali ini ,saya diamananahkan untuk mengajar pendidikan pemulihan bagi tahun 2 Tabah. Pada hari pertama di SK Kampong Pasir ini, saya bersama rakan-rakan praktikum melapor diri kepada Pn. Rafidah BT. Mohd Yussup,Guru Besar SK Kampong Pasir. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan diri kepada beliau.Selepas itu, kami diperkenalkan kepada beberapa orang staf di pejabat. Selepas itu, kami telah menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu, sesi ini telah memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah pilihan ini. Perhimpunan pagi yang dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid- murid yang belajar di sekolah ini. Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami turut berjumpa dengan GPK 1 SK Kampong Pasir iaitu Pn. Hjh Maryani BT Omar ,kami telah bersedia menerima taklimat daripada Pn. Hjh Maryani BT Omar dan guru pembimbing saya iaitu Pn. Hjh Diwi Melati bt Hj Hamzah mengenai takwin sekolah dan maklumat- maklumat yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh guru pembimbing ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah

description

kmn

Transcript of Bilangan Jurnal

Page 1: Bilangan Jurnal

Bilangan Jurnal : Pertama

Minggu Praktikum : Minggu Pertama

Tarikh : 21 Jun 2015 – 25 Jun 2015

Tajuk Jurnal : Pengenalan Tentang Sekolah

1.0 Masalah / Peristiwa

Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Kebangsaan

Kampong Pasir sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses praktikum seperti

yang telah ditetapkan. Ini merupakan praktikum fasa pertama.Frasa pertama ini

ialah selama 1 bulan.Di sekolah ,saya dan dua orang lagi rakan dikehendaki

untuk mengajar mata pelajaran pendidikan pemulihan sebanyak 6 masa. Pada

praktikum kali ini ,saya diamananahkan untuk mengajar pendidikan pemulihan

bagi tahun 2 Tabah.

Pada hari pertama di SK Kampong Pasir ini, saya bersama rakan-rakan

praktikum melapor diri kepada Pn. Rafidah BT. Mohd Yussup,Guru Besar SK

Kampong Pasir. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan

diri kepada beliau.Selepas itu, kami diperkenalkan kepada beberapa orang staf

di pejabat. Selepas itu, kami telah menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang

dilaksanakan pada setiap minggu, sesi ini telah memberikan peluang dan ruang

kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah pilihan ini.

Perhimpunan pagi yang dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada

kami untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid-murid yang belajar di

sekolah ini.

Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami turut

berjumpa dengan GPK 1 SK Kampong Pasir iaitu Pn. Hjh Maryani BT

Omar ,kami telah bersedia menerima taklimat daripada Pn. Hjh Maryani BT

Omar dan guru pembimbing saya iaitu Pn. Hjh Diwi Melati bt Hj Hamzah

mengenai takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh

kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh guru

Page 2: Bilangan Jurnal

pembimbing ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah

diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa kini. saya dan

pasangan saya iaitu Lee Sook Teng dan Tai Thien Wee telah menerima

tanggungjawab untuk mengajar tahun 2 tabah dan 3 tabah, dan guru

pembimbing yang telah diberikan kepada kami adalah Pn. Hjh Diwi Melati bt Hj

Hamzah. Selain itu, kami juga berbincang dengan GPK 1 dan guru pembimbing

tentang jadual waktu mengajar.

Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas

untuk memantau kehadiran murid-murid ke sekolah. Kedua, saya mendapati

bahawa sekolah ini mengamalkan budaya memberi salam dengan baik. Murid-

murid sentiasa memberikan salam kepada guru tanpa mengira situasi, budaya ini

merupakan sesuatu yang sangat untuk diamalkan di semua sekolah. Budaya

yang diamalkan ini mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga

sekolah. Budaya memberikan salam yang telah diterapkan memberikan

gambaran positif kepada tetamu yang mengadakan lawatan ataupun mempunyai

urusan di sekolah ini.

Saya juga berpengalaman menjadi salah seorang guru ganti di dalam

kelas 2 Rajin tetapi pihak sekolah telah mengadakan program Tongue Twister

dan berkumpul di dewan SK Kampong Pasir . Berdasarkan pemerhatian yang

saya laksanakan, dapat disimpulkan bahawa murid-murid gemar untuk berada

dalam kelompok masing-masing. Murid-murid di dalam dewan ini juga didapati

bermasalah dalam menerima arahan yang diberikan oleh guru, dan mereka tidak

mampu untuk menerima arahan daripada guru. Sebagai contohnya, arahan

‘tolong jangan bising’, arahan ini amatlah mudah namun untuk diaplikasikan di

dalam dewan seperti ini ia mendatangkan cabaran yang besar kepada saya.

Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah pembuangan sampah

sarap di merata-rata lantai. Masalah ini mendatangkan kekangan kepada guru

dan pihak sekolah.

Page 3: Bilangan Jurnal

Penglibatan saya di dalam unit beruniform juga memberikan sedikit

pendedahan mengenai permasalahan dan perancangan yang akan dilaksanakan

untuk memudahkan saya di masa hadapan. Saya telah memilih unit

beruniformpengakap kanak-kanak.Pada hari selasa, guru pembimbing saya iaitu

Pn. Hjh Diwi Melati bt Hj Hamzahjuga sebagai guru penasihat pengakap.Beliau

meminta saya menyediakan bahan untuk hari esok iaitu mengenai tanda sulit

pengakap. Selepas saya mencari bahan dan maklumat tentang tanda sulit

pengakap ,saya pun berbincang dengan guru pembimbing saya bahawa bahan

tersebut sesuai atau tidak.Selepas itu,guru pembimbing pun mencetakkan bahan

tersebut untuk murid-murid supaya murid dapat menampal di buku log

pengakap.

Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh

saya memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan.

Pendedahan awal ini juga memberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang

cuba dibayangkan oleh saya selama ini tidak sama dengan dunia realiti yang

berlaku di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :