Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

47
BIMBINGAN PEDAGOGI DALAM BILIK DARJAH SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+) PEMBELAJARAN ABAD KE - 21 Disediakan Oleh: NOR AISAH BT JAMIL Pegawai SISC+ Matematik PPD Seremban.

Transcript of Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Page 1: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

BIMBINGAN PEDAGOGI DALAM BILIK DARJAH

SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+)

PEMBELAJARAN ABAD KE - 21

Disediakan Oleh:

NOR AISAH BT JAMIL

Pegawai SISC+ Matematik

PPD Seremban.

Page 2: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KOMPONEN DALAM PdP

SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+)

Page 3: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

|

5 KOMPONEN PENTING DALAM PdP

PERANCANGAN

PENYAMPAIAN

PENILAIAN

SEMAKAN

REFLEKSI

Bahan Bantu Mengajar

Pengetahuan Kandungan

Objektif Pembelajaran

Rancangan Pengajaran

Pangajaran Berasaskan Aktiviti

Komunikasi

Tumpuan & Perhatian Murid

Pengurusan Bilik Darjah

Penilaian Secara Lisan

Penilaian Secara Bertulis

Kesimpulan Pelajaran

Refleksi

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Page 4: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PERANCANGAN PdP (rujuk RPT)

SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+)

3 ASPEK:

1. Objektif Pembelajaran

2. Rancangan Pengajaran

3. Pengajaran Berasaskan Aktiviti

Page 5: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Objektif Pembelajaran

• Tahap 1: Guru menyatakan satu topik umum bagi

pengajaran atau menulis satu topik umum di atas papan

hitam tanpa membincangkannya (cth: Klasifikasi binatang)

• Tahap 2: Guru mengenal pasti dan membincangkan

objektif pengajaran dengan jelas dan spesifik (cth: hari ini

kita akan belajar tentang perbezaan antara mamalia

dengan reptilia)

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan objektif

pengajaran dibincangkan bersama-sama murid serta

dirujuki di sepanjang pengajaran dilaksanakan.

Page 6: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

OBJEKTIF PELAJARAN

S.K : (7.1) Menggunakan unit relatif untuk timbangan

S.P : (ii) Membanding dua objek

TAJUK : TIMBANGAN BERAT TAHUN 1

Diakhir PdP, murid boleh:

1. Menentukan objek “ringan” atau “berat”

2. Menimbang objek yang berlainan saiz dan sama saiz

3. Menyenaraikan objek-objek yang “ringan”dan “berat” daripada objek

tertentu.

4. Membanding dan menulis perbandingan dua objek “lebih ringan” atau

“lebih berat”.

Page 7: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 1MINGGU TAJUK STANDARD KANDUNGAAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN

Page 8: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Rancangan Pengajaran

• Tahap 1: Pelajaran diasaskan sebahagiannya pada

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dikaitkan

dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan

mematuhi struktur dan isi penting RPH secara

keseluruhannya.

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan

mematuhi semua isi penting RPH secara tekal .

Page 9: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

1. Induksi: Nyanyian lagu “The Elephant Mass” dari youtube.

2. Aktiviti 1: menentukan “ringan” atau “berat” 2 objek yang berlainan saiz dan sama saiz.

• Murid diminta mengangkat “beg sekolah” dan “meja” masing-masing.

• Murid menyenaraikan objek-objek “ringan” dan “berat” dalam peta bulatan daripada

gambarajah objek-objek yang ditayangkan di papan layar PPT.

• Murid membandingkan “ringan” atau “berat” pemadam dengan kotak pensel warna, kotak

kosong dengan buku yang sama saiz, dan pen dengan pembaris.

• Murid menimbang 3 pasangan objek-objek tadi.

3. Aktiviti 2: menentukan 2 objek “lebih ringan daripada”, “lebih berat daripada” dan “sama

berat”.

• Murid menyenaraikan objek-objek yang “lebih ringan”, “lebih berat” dan “sama berat” daripada

sebotol minuman yang berisi air yang penuh dalam peta buih berganda daripada objek-objek

yang ada dalam bilik darjah.

• Murid melengkapkan ayat 2 objek “lebih ringan daripada” atau “lebih berat daripada” atau

“sama berat dengan”.

4. Latihan pengukuhan dan perbincangan hasil jawapan murid.

5. Kesimpulan pelajaran (penutup)

RANCANGAN PENGAJARAN - 4K 1P

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Komunikasi, Kolaboratif, Kooperatif, Konstruktif dan Penyelesaian Masalah

Page 10: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Pengajaran Berasaskan

Aktiviti• Tahap 1: Pelajaran mengandungi aktiviti bersifat arahan

yang dilakukan oleh murid serta dikaitkan dengan

pembelajaran murid

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan

aktiviti yang melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala,

aplikasi praktikal atau penggunaan kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) yang lain

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan

sekurang-kurangnya 2 aktiviti yang berbeza dan melibatkan

kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal , atau

penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain

Page 11: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENGAJARAN BERASASKAN AKTIVITI

DARIPADA RANCANGAN AKTIVITI PdP:

1. Set Induksi: Aktiviti murid menyanyi “minta murid memberi pandangan”.

2. Aktiviti (1) Murid memberi justifikasi “murid menimba pengalaman mengangkat objek ringan dan

berat”

3. Murid diberi tugasan. Murid diminta melengkapkan peta iThink (peta bulatan) Murid membina

konsep objek ringan dan berat.

4. Murid memberi pandangan/idea dan menimbang:

“berat objek yang sama saiz tetapi berbeza berat” minta murid untuk mencadangkan cara

menentukan ringan atau berat suatu objek dengan tepat.

5. Aktiviti (2) Murid menyenaraikan objek-objek yang ada dalam bilik darjah “lebih ringan”, “lebih

berat” dan “sama berat” daripada botol minuman dalam peta buih berganda (membuat banding

beza).

6. Latihan pengukuhan (murid menulis) : melengkapkan ayat perbandingan 2 objek “lebih ringan

daripada” dan “lebih berat daripada”.

KREATIVITI, PERBINCANGAN DUA HALA, APLIKASI PRAKTIKAL, KBAT

Page 12: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENYAMPAIAN PdP

SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+)

5 ASPEK:

1. Komunikasi

2. Tumpuan dan perhatian murid

3. Pengurusan bilik darjah

4. Bahan bantu mengajar

5. Pengetahuan kandungan

Page 13: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KOMUNIKASI

• TAHAP 1: Guru bercakap dengan jelas dan dapat

didengari serta menggunakan bahasa yang mudah

difahami oleh murid

• TAHAP 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan

tidak hanya membaca secara terus daripada buku

teks

• TAHAP 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan

menggunakan pelbagai variasi tekanan, nada dan

ketinggian suara yang berkesan untuk menarik

tumpuan murid.

Page 14: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KOMUNIKASI DALAM PERLAKSANAAN PdP:

Page 15: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KOMUNIKASI VERBAL DALAM PERLAKSANAAN PdP:

Page 16: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KOMUNIKASI NON VERBAL DALAM PERLAKSANAAN PdP:

Page 17: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Tumpuan dan Perhatian

Murid

• Tahap 1: Murid kebanyakannya memberikan

perhatian walaupun pasif.

• Tahap 2: Semua murid memberi perhatian dan

maklum balas kepada soalan apabila ditanya

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2

dan murid secara proaktif bertanyakan soalan

serta berbincang lanjut dengan guru dan

sesama mereka.

Page 18: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

TUMPUAN DAN PERHATIAN MURID DALAM PERLAKSANAAN

PdP:

Tumpuan &

Perhatian murid

Langsung

Tidak Langsung

Page 19: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

TUMPUAN DAN PERHATIAN MURID DALAM PERLAKSANAAN

PdP:Perhatian secara langsung

Murid sudah tahu tujuan dan kegunaan mata pelajaran

yang diperolehinya.

perhatian secara tidak langsung Dirangsang menerusi kaedah pengajaran yang menarik,

ransangan untuk berfikir serta menghubungkan

pengetahuan yang telah dimiliki.

Apabila pelajar mempunyai tumpuan dan perhatian di dalam kelas, maka

dengan mudah pelajaran yang diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah

sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkan antara suatu pengetahuan

dengan pengetahuan yang lain.

Page 20: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Tumpuan yang singkat menyebabkan murid sukar

untuk mendapat pembelajaran secara maksimum dan objektif pengajaran tidak tercapai

dengan sepenuhnya.

Menarik dan meningkatkan tumpuan bukanlah tugas

yang mudah malah merupakan cabaran tugas sebagai seorang guru. Ianya memerlukan

guru yang sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan.

TUMPUAN DAN PERHATIAN MURID DALAM PERLAKSANAAN PdP:

Page 21: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Pengurusan Bilik Darjah

• Tahap 1: Guru menangani murid yang berkelakuan buruk

tetapi pada masa yang sama terpaksa menggangu

pelajaran.

• Tahap 2: Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru

berupaya menangani murid yang berkelakuan buruk

dengan hanya sedikit gangguan (cth: menyuruh

murid keluar kelas)

• Tahap 3: Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru

menangani murid yang berkelakuan buruk tanpa gangguan

(cth: dengan mengangkat tangan untuk senyap)

Page 22: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENGURUSAN BILIK DARJAH DALAM PERLAKSANAAN PdP

Page 23: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 24: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 25: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Timbangan berat

Page 26: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 27: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 28: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 29: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 30: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 31: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 32: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 33: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 34: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 35: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 36: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt
Page 37: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENGURUSAN BILIK DARJAH DALAM PERLAKSANAAN PdP

Page 38: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Bahan Bantu Mengajar

• Tahap 1: Guru menggunakan papan putih dan /atau

projektor untuk menjelaskan konsep atau idea yang

relevan dan perkataan /lukisan yang digunakan adalah

jelas.

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan

menggunakan bahan bantu mengajar tambahan yang

relevan, jelas serta menarik perhatian

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan

sekurang-kurangnya satu BBM melibatkan interaksi murid

(cth: menulis di atas kertas, membuat eksperimen)

Page 39: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Terdapat 10 kepentingan yang utama bahan bantu mengajar seperti berikut:

• Bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya

secara berkesan.

• Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak

interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.

• Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas

• Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci.

• Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.

• Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang

singkat.

• Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.

• Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan

pelajar.

• Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh

digunakan oleh semua pelajar.

• Bahan itu dapaat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun

pelajar.

Page 40: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Pengetahuan kandungan

• Tahap 1: Guru menepati topik secara umumnya, tetapi

membuat kesilapan isi kandungan atau memperlihatkan

keraguan yang jelas dalam isi kandungan.

• Tahap 2: Guru menepati topik pengajaran; tidak membuat

kesilapan kandungan; dan mempunyai semua pengetahuan

kandungan yang diperlukan oleh sukatan pelajaran untuk

mengajar dengan berkesan

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan

menggunakan pengetahuan kandungannya melangkaui

sukatan pelajaran yang membantu murid mencapai objektif

pengajaran.

Page 41: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENGETAHUAN KANDUNGAN GURU

Lee (1993) menegaskan bahawa pengetahuan dan kepakaran seseorang guru adalah satu bentuk harta peribadi yang boleh dikembangkan melalui interaksi dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman di bilik darjah.

Brown et. al. (1989) telah menekankan bagaimana pengetahuan adalah sebahagian daripada hasil kepada sesuatu aktiviti, kontek,

Page 42: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Penilaian Secara Lisan

• Tahap 1: Guru menyoal murid dengan soalan yang relevan

selari dengan keperluan objektif pembelajaran serta

berupaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah.

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru

menggunakan soalan terbuka; berupaya memberi

penjelasan kepada jawapan salah; dan memberi

pengukuhan positif untuk jawapan yang betul

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru

menyeimbangkan soalan dengan tahap keupayaan murid

yang pelbagai

Page 43: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENILAIAN SECARA LISAN

DARIPADA RANCANGAN AKTIVITI PdP:

1. Set Induksi: Pendapat Murid “mengapa gajah susah ditolak dan diangkat?”.

2. Aktiviti (1) Murid memberi justifikasi “mengapa berat” dan “mengapa ringan”.

3. Murid diberi tugasan. Apakah objek-objek yang berat dan ringan? Senaraikan.

4. Murid memberi pandangan :

• Adakah berat sebiji pemadam dan sebuah kotak pensel warna sama berat? Mengapa?

• Apakah cara yang boleh digunakan untuk menentukan “ringan” atau “berat” sesuatu objek

dengan tepat?

5. Aktiviti (2) Murid membuat perbandingan:

• Apakah objek-objek yang ada dalam bilik darjah “lebih ringan”, “lebih berat” dan “sama berat”

daripada botol minuman ini? Senaraikan dalam peta biuh berganda.

6. Murid diberi tugasan melengkapkan ayat perbandingan 2 objek “lebih ringan daripada” dan “lebih berat

daripada”.

SOALAN TERBUKA

Page 44: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Penilaian Secara Bertulis

• Tahap 1: Guru menetapkan kerja kelas atau kerja rumah

secara bertulis untuk menguji pencapaian objektif

pembelajaran dan berjaya mengenal pasti jawapan yang

betul dan salah oleh kebanyakan murid

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru

berupaya memberi penyelesaian kepada jawapan salah;

dan memberi pengukuhan positif kepada jawapan betul

dalam kebanyakan tugasan murid.

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan

mengkhususkan tugasan dengan keupayaan murid yang

pelbagai

Page 45: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

PENGGUNAAN iTHINK - (peta buih berganda) DALAM PdP

Lebih

Ringan

Lebih

Berat

Apakah objek yang lebih ringan

daripada botol minumanApakah objek yang lebih berat

daripada botol minuman

Apakah objek yang sama berat

daripada botol minuman

Page 46: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Kesimpulan Pelajaran

• Tahap 1: Guru mengakhiri pengajaran tetapi tidak

mencapai Tahap 2

• Tahap 2: Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan

berupaya memberikan kesimpulan termasuk hasil

pembelajaran dan menjelaskan 3-5 isi utama yang

telah dipelajari.

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan

guru menerangkan sebab pelajaran yang berkenaan

penting serta hubung kaitnya dengan

pelajaran yang lain

Page 47: Bimbingan pedagogi dalam bilik darjah ppt

Refleksi Pelajaran

• Tahap 1: Guru dapat membuat pemerhatian

secara umum mengenai pengajaran tetapi tidak

mencapai Tahap 2

• Tahap 2: Guru mengenal pasti sekurang-

kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan

penambahbaikan.

• Tahap 3: Pengajaran guru mencapai Tahap 2

dan guru berupaya untuk mencadangkan

tindakan penambahbaikan.