Bincangkan Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara Di Sabah Dan Keluarga Brooke Di Sarawak Pada...
-
Upload
wong-siew-ing -
Category
Documents
-
view
89 -
download
5
Transcript of Bincangkan Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara Di Sabah Dan Keluarga Brooke Di Sarawak Pada...
1
Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
Syarikat Berpiagam Borneo Utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah. Sabah menjadi negeri naungan British mulai tahun 1888. Dalam pentadbiran SBUB di Sabah, SBUB telah mengekalkan golongan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka lebih memahami adat dan budaya tempatan. Di Sarawak, Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak selama 105 tahun iaitu dari tahun 1841 hingga 1946. Sepanjang tempoh pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak, Brooke telah memperkenalkan beberapa perubahan yang dianggap sesuai untuk memastikan setiap pembesar yang berkuasa di wilayah masing-masing memberi kesetiaan kepadanya.
Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang ______________ yang bertanggungjawab kepada ________________________________. Majlis Penasihat ditubuhkan untuk ____________________________________. Majlis Penasihat dianggotai oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, ______________________ dan ________________________________. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB, Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4. Setiap residensi di Sabah dibahagikan kepada daerah yang diketuai oleh _______________________ Pegawai daerah merupakan ______________________ di peringkat daerah dan dibantu oleh ______________________________.
SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan sistem pentadbiran penduduk tempatan dengan sistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Ketua Anak Negeri bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik untuk membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan. Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi ___________________________________ yang mengendalikan kes peribumi berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat.
Di peringkat kampung, ketua kampung atau digelar _________________- dilantik. Pentadbiran kampung dikenali sebagai Majlis Orang Tua-Tua. Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampung. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.
Dalam bidang perundangan SBUB telah menubuhkan Majlis Undangan untuk mendapatkan pandangan pelbagai kaum dalam penggubalan undang-undang dan menggunakan dua jenis undang-undang iaitu ___________________________________________________. Selain itu, SBUB juga mewujudkan mahkamah majistret yang menggunakan ________________________ untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah. Mahkamah tradisional masyarakat tempatan dikekalkan iaitu _________________________ yang bertanggungjawab atas kes yang berkaitan dengan ___________________ dan diadili oleh ________________________________.
Pentadbiran Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak, sistem
Sejarah Penggal 3
2
pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat peribumi Sarawak.
Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah _____________________. Tugas utama Majlis Tertinggi ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. Majlis Negeri juga dibentuk untuk memberi peluang kepada ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
Bagi memudahkan pentadbiran , keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada lima bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh ______________________. Antara tugas Majlis Bahagian ialah menasihati Residen, memelihara keamanan, memungut cukai dan memimpin operasi ketenteraan. Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adpt resam masyarakat pribumi.
Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan ________________________ kepada Sarawak. Mengikut Perlembagaan Baharu 1941, Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui __________________________. Namun, Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana _______________________________________. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British.
Kedua-dua pihak iaitu kerajaan SBUB di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Bagi Sarawak, pemerintahan Brooke diperintah mengikut budi bicara pentadbirannya dan telaj mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat tempatan.
Bincangkan kesan kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1921 hingga 1932 terhadap perusahaan getah di Tanah Melayu.
Pokok getah yang ditanam di Tanah Melayu adalah daripada jenis Hevea Brasiliensis. Antara tahun 1910–1912, harga getah melambung tinggi di pasaran dunia kesan perkembangan pesat perusahaan membuat kereta. Namun, menjelang
Sejarah Penggal 3
3
tahun 1920–1922, harga getah mula tidak stabil. Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi kesan terhadap pengeluaran dan harga getah dunia.Ekoran daripada kejatuhan harga getah yang turun naik sehingga mencecah harga terendah, ________________________________ di Tanah Melayu mendesak British merangka satu _______ ________________kepada semua pengeluar kerana ___________________________________________ ___________________________. Akibat kemelesetan, pengusaha ladang Eropah di Tanah Melayu mengurangkan ____________________________. Peladang Cina juga menghadapi masalah kewangan. Beribu-ribu orang buruh dihantar pulang ke _____________________.
Pada tahun 1922, Skim Sekatan Getah Stevenson diperkenalkan untuk _____________________________________________ tetapi gagal kerana negara pengeluar lain seperti Indonesia enggan bekerjasama sebaliknya menambahkan pengeluaran getah. Pengeluaran getah di Indonesia yang bertambah telah merugikan perusahaan perladangan getah di Tanah Melayu. Akiat kegagalan itu, Skim Sekatan Getah Stevenson dibatalkan pada tahun 1928. Keadaan bertambah buruk apabila Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk mengehadkan pengeluaran kereta menjadikan permintaan terhadap getah merosot dengan banyak.
Kejatuhan harga yang semakin teruk telah memaksa negara-negara pengeluar supaya berunding bagi memulihkan harga getah. Hasilnya, Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa diperkenalkan pada bulan Mei 1934 untuk _______________________________________________. Perjanjian ini melibatkan hamper semua negara pengeluar getah termasuk ____________________________________, Siam, Burma, Indonesia, Indochina, Ceylon dan India yang menghasilkan hampir 98% jumlah pengeluaran getah di dunia. Antara langkah yang diambil di bawah perjanjian ini ialah memperkenalkan ____________________________ bagi setiap negara anggota dan menghalang setiap negara anggota daripada ____________________________________ yang sedia ada untuk tanaman getah. Hasilnya permintaan terhadap getah telah bertambah setelah kemelesetan ekonomi dunia berakhir pada tahun 1930 an.
Namun, harap untuk memulihkan harga getah musnah lagi semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Amerika Syarikat telah memperkenalkan _____________________ untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannya di pasaran antarabangsa. Getah tiruan telah menjadi
Sejarah Penggal 3
4
_______________________ kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada negara pengeluar yang menjadi negara pengeluar getah asli yang terbesar di dunia.
Kemelesetan ekonomi dunia antara tahun 1920-an hingga 1930-an menimbulkan kesedaran bahawa Tanah Melayu terlalu bergantung kepada getah sebagai hasil pendapatan yang utama. Kesannya kerajaan British di Tanah Melayu mula mempelbagaikan kegiatan ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian wujud usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan tanaman baharu seperti teh, kelapa sawit dan koko.
Sejarah Penggal 3
5
Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu?
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya tersendiri dan
hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung untuk tujuan
ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. Di
Tanah Melayu, masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada dasar penjajah yang memajukan ekonomi
komersial yang membawa kepada penghijrahan masuk beramai-ramai kaum Cina dan India.
Perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah.dan getah telah membawa kepada kewujudan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Perkembangan pesat bijih timah memerlukan
____________________ dan British berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu
hanya tertumpu pada kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah seperti Lembah Kinta ,Lukut,
Klang, Sg Ujong. Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa
perkara dengan _____________________________________________________, memberi jaminan
keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing
di bawah kawalan ketua masing-masing. Pembukaan ladang-ladang getah juga menyebabkan British
_________________________________. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di
ladang getah mereka disebabkan buruh India ___________________________________ dan mudah
dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui duacara iaitu
___________________________. Masyarakat India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke
Tanah Melayu.
Selain itu, kedatangan buruh beramai-ramai berdasarkan perkembangan ekonomi di Tanah
Melayu juga telah menyebabkan wujudnya fungsi ekonomi yang berbeza dan petempatan yang berbeza
antara kaum. Orang Melayu meneruskan _________________________________ dengan bekerja
sebagai petani dan nelayan. Mereka ditempatkan di ___________________________________.
Manakala orang Cina pula diperlukan dalam memajukan industry ________________________ dan
tinggal di kawasan lombong dan bandar seperti Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur. Orang India diperlukan
untuk sektor perladangan getah dan tinggal di ___________________________ dan terpencil daripada
orang Cina dan orang Melayu. Nyata, fungsi ekonomi memisahkan petempatan ketiga-tiga kaum serta
mewujudkan masyarakat majmuk
Sejarah Penggal 3
6
Dasar pecah dan perintah yang diamalkan dalam pentadbiran British adalah untuk memudahkan
oemerintahan British di Tanah Melayu. Dasar British yang mahu mengekalkan _____________________
sebagai petani, tidak mahu orang Melayu terdedah kepada ________________________ kerana bimbang
pengaruh luar akan membuka minda masyarakat tentang penjajahan British dan seterusnya membawa
kepada penentangan terhadap penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, British
menggalakkan pelabur luar dan membawa masuk _________________________________ dalam
meningkatkan sektor perlombongan dan perladangan di Tanah Melayu. Dasar ini juga memperlihatkan
bahawa British mengelakkan segala usaha ______________________________ dan mewujudkan
_____________________________________ di Tanah Melayu.
Amalan budaya yang berbeza juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu. Hal ini dapat dilihat kerana ketiga-tiga kaum ini hidup terpisah dan mempunyai
____________________________________ daripada pelbagai aspek. Antaranya setiap kaum akan
mengamalkan ______________________________________. Orang Melayu menganut
_____________________, orang Cina mengamalkan agama Buddha dan Confucianisme, manakala orang
India beragama Hindu. Setiap kaum juga menggunakan
________________________________________. Orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu, orang
Cina menggunakan dialek masing-masing seperti Hokkien, Hakka, Kantonis dan Mandarin. Orang India
pula bertutur dalam dialek Tami, Telegu dan Malayalam. Oleh yang demikian, masing-masing
mengamalkan budaya yang berbeza dan mengekalkan sosio budaya masing-masing demi
________________________________________________.
Pengenalan sistem pendidikan di Tanah Melayu juga membawa kepada pembentukan masyarakat
majmuk. Sistem pendidikan yang diamalkan adalah berbeza mengikut kaum. Pendidikan Melayu
berasaskan kepada ______________________ dengan bahan pengajaran dan pembelajaran dan sukatan
pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa Melayu, Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa
lahirnya sekolah Melayu dan sekolah pondok. Masyarakat Cina telah mendirikan
______________________ dengan menggunakan bahasa Cina, guru, sukatan pelajaran serta buku
rujukan dari negara China. Masyarakat India pula menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran
dan buku dari India. Perbezaan sistem pendidikan ini telah menyebabkan jurang antara kaum semakin
ketara di Tanah Melayu.
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas
struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum
berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.
Sejarah Penggal 3