Bm Kertas 2 2013

5
02/2 SULIT SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Okt 2013 1 jam PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN DUA BAHASA MELAYU Kertas 2 Satu jam JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada lima soalan. Anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja daripada bahagian tersebut. 3. Bahagian B jawab semua soalan. 4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 5. Bahagian D tidak mempunyai pilihan. 02/2 Lihat Sebelah SULIT

Transcript of Bm Kertas 2 2013

BAHAGIAN A (i)

02/2 SULIT

PAGE SULIT 02/2

SULIT

02/2

Bahasa

Melayu

Kertas 2

Okt 20131 jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN DUA

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Satu jam

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian.

2. Bahagian A terdiri daripada lima soalan. Anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja daripada bahagian tersebut.3. Bahagian B jawab semua soalan.

4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5. Bahagian D tidak mempunyai pilihan.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak

BAHAGIAN A

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1Anda sedang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Anda telah diminta oleh ibu bapa anda untuk menasihati adik anda yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tulis surat anda itu selengkapnya.

2Anda merupakan salah seorang peserta dalam satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda sempena Hari Kepenggunaan. Tajuk syarahan anda ialah "Berjimat Cermat Membawa Berkat".

Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

3Hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa anda hampir menjelang. Anda dan adik anda merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun tersebut.

Tulis dialog antara anda dengan adik anda itu.

4Anda turut terlibat dalam projek gotong-royong membersihkan kawasan perumahan anda bagi membasmi wabak denggi.

Tulis pengalaman anda itu.

5Kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah dikatakan sebagai punca meningkatnya gejala sosial dalam kalangan mereka.

Berikan pendapat anda.BAHAGIAN B

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan pemahaman berikutnya.

Masalah pencemaran alam sekitar di negara kita masih berleluasa. Meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan kebersihan alam sekitar terpelihara, tetapi hasilnya masih mendukacitakan. Langkah yang lebih bersepadu dan menyeluruh wajar dicari demi memastikan masalah pencemaran alam sekitar ini menemukan noktahnya. Kini, memang terdapat berbagai-bagai program kesedaran alam sekitar, khususnya menerusi media cetak dan media elektronik, namun mesejnya seakan-akan tidak sampai kepada kebanyakan rakyat. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah rakyat yang tidak membaca akhbar dan mereka tidak mengikuti siaran berita. Oleh hal yang demikian, ruangan kesedaran alam sekitar di media massa perlu diperluas. Penyampaian berita atau rencana mengenai alam sekitar mestilah lebih menarik dan sesuai dengan kumpulan sasaran.

Usaha seterusnya yang wajar dilakukan ialah menerapkan pendidikan alam sekitar dalam beberapa mata pelajaran di sekolah. Di peringkat sekolah pula, sekolah hendaklah mewujudkan Kelab Pencinta Alam Sekitar. Guru-guru yang mengendalikan kelab tersebut mestilah merangka pelbagai kegiatan yang mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid. Mereka yang terlibat haruslah bergiat aktif dalam usaha memelihara alam sekitar sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Jabatan Alam Sekitar pula boleh bekerjasama dengan pihak sekolah mewujudkan program Sungai Angkat.

Selain pihak kerajaan, badan bukan kerajaan atau NGO juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Pihak NGO boleh memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan masyarakat bagi menjayakan kempen pemeliharaan alam sekitar. Pihak swasta pula boleh menyalurkan sumbangan atau dana yang lebih besar kepada sekolah atau NGO. Sesungguhnya, alam ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kebersihan alam sekitar mestilah sentiasa dipelihara dan program cintai alam sekitar mestilah dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 2 Mac 2007)

Soalan Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian B, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menemukan noktahnya.[2 markah]

(ii) Mengapakah program kesedaran alam sekitar tidak berjaya mencapai objektifnya?

[4 markah]

(iii) Pada pendapat anda, Pada pendapat anda, apakah kesannya jika alam sekitar kita tercemar?

[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

Disahkan oleh;

(Pn. Haninah Umar Siddik)

(Pn. Paizah Mat Wadi)

(Cik Surini Nurdin)

Guru Bahasa Melayu Ting. Dua

Ketua Panitia Bahasa Melayu

Ketua Bidang Bahasa

SMK Kinabutan Tawau

SMK Kinabutan Tawau

SMK Kinabutan Tawau

02/2 Lihat Sebelah

SULIT3