BM Kertas2 Set 3

23
SET 3 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan pengangguran dalam kalangan siswazah kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Media massa sering menguar-uarkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Tanggapan bahawa segulung ijazah akan menjamin masa depan yang cerah sudah tidak boleh dijadikan sandaran. Dalam keadaan dunia yang pesat berubah dan persaingan yang semakin sengit, cabaran besar akan menanti graduan. Jumlah pengangguran dalam kalangan siswazah yang mencatat 80,000 orang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak-pihak yang terbabit. Pihak kerajaan telah mengorak langkah untuk menangani masalah pengangguran dengan memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerana pelaksanaan sepenuhnya dasar ini akan membolehkan kerajaan memenuhi sasaran 35 peratus tenaga kerja daripada golongan siswazah menjelang 2010. Pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menarik pelabur-pelabur tempatan dan luar negara untuk terus melabur dalam negara kita agar dapat menjana peluang pekerjaan untuk menampung bilangan graduan yang semakin bertambah setiap tahun. Pendidikan berkualiti daripada segi pentadbiran, perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan perhatian. Pada masa ini terdapat beberapa kursus yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam tidak dapat memenuhi permintaan pasaran kerja. Sementara itu, Dasar Industrialisasi Pertanian juga boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatasi masalah pengangguran. Kementerian Pertanian boleh bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia untuk menarik minat siswazah supaya terlibat sebagai usahawan dalam industri kecil dan sederhana, industri pembuatan dan pengeluaran yang berasaskan produk pertanian.

description

komsas

Transcript of BM Kertas2 Set 3

Wartwan: Assalamulaikaum dan bagi pihak akhbar Wrata Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudi

PAGE

SET 3Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan pengangguran dalam kalangan siswazah kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Media massa sering menguar-uarkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Tanggapan bahawa segulung ijazah akan menjamin masa depan yang cerah sudah tidak boleh dijadikan sandaran. Dalam keadaan dunia yang pesat berubah dan persaingan yang semakin sengit, cabaran besar akan menanti graduan. Jumlah pengangguran dalam kalangan siswazah yang mencatat 80,000 orang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak-pihak yang terbabit.

Pihak kerajaan telah mengorak langkah untuk menangani masalah pengangguran dengan memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerana pelaksanaan sepenuhnya dasar ini akan membolehkan kerajaan memenuhi sasaran 35 peratus tenaga kerja daripada golongan siswazah menjelang 2010. Pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menarik pelabur-pelabur tempatan dan luar negara untuk terus melabur dalam negara kita agar dapat menjana peluang pekerjaan untuk menampung bilangan graduan yang semakin bertambah setiap tahun.

Pendidikan berkualiti daripada segi pentadbiran, perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan perhatian. Pada masa ini terdapat beberapa kursus yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam tidak dapat memenuhi permintaan pasaran kerja. Sementara itu, Dasar Industrialisasi Pertanian juga boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatasi masalah pengangguran. Kementerian Pertanian boleh bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia untuk menarik minat siswazah supaya terlibat sebagai usahawan dalam industri kecil dan sederhana, industri pembuatan dan pengeluaran yang berasaskan produk pertanian.

Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mampu mendidik mahasiswa supaya berdaya saing dan berkeyakinan untuk memulakan perniagaan sendiri. Program Usahawan Muda (PUM) perlu melibatkan siswazah agar mendapat peluang dan pengalaman dalam bidang perniagaan. Tambahan pula, siswazah juga harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sebagai bonus dalam menentukan kejayaan memperoleh pekerjaan. Pekerja yang mahir menggunakan komputer, keupayaan berbahasa dan berbicara amat diperlukan dalam dunia pekerjaan masa ini. Dalam pada itu, siswazah yang terlalu memilih pekerjaan memburukkan masalah ini. Tambahan pula penguasaan bahasa kedua yang lemah dalam kalangan siswazah merupakan halangan besar mendapatkan pekerjaan.

Memandangkan peluang pekerjaan yang semakin terhad sekarang, maka siswazah yang menganggur seharusnya lebih terbuka dalam memohon sebarang pekerjaan walaupun kursus pengajian yang diikuti di institusi pengajian tinggi berlainan. Masalah pengangguran bukan isu yang baharu. Pihak yang terbabit perlu menggunakan pendekatan yang terbaik bagi menangani masalah ini supaya tidak ada pihak yang menuding jari atau mengambil sikap melepaskan batok di tangga.

( Diubahsuai daripada Dilema Siswazah MenganggurOleh Farizal Razali, Dewan Masyarakat, Julai 2005)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata memenuhi permintaan pasaran kerja..

[2 markah]

(ii)Kemukakan tiga faktor pengangguran dalam kalangan siswazah

[3 markah]

(iii)Nyatakan empat sumbangan yang boleh dilakukan pihak swasta dalam membantu pihak kerajaan menangani masalah pengangguran siswazah mengikut pendapat anda.

[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak! Oooo pak! Surat rasmi dari pejabat gabenor,pak!

Buchanan tersentak dengan laungan itu. Suara Yvonne jelas kedengaran di kedua-dua belah telinganya.

Yvonne menghampirinya. Mazlina juga. Nafas Yvonne tercungap-cungap. Dadanya berombak-ombak. Dahinya berpeluh-peluh.

Baru sampai.

Buchanan menyambut surat tersebut. Perlahan-lahan dikoyakkan mulut sampulnya. Kecaburan dalam diri memuncak tinggi. Buchanan mula membaca. Yvonne dan Mazlina saling berpandangan. Tidak sabar. Mereka merenung wajah Buchanan. Orang tua itu terjebik-jebik setelah membaca surat yang diterimanya.

Buchanan berdiri. Dia melangkah gontai untuk pulang.

Mengapa, pak? tanya Yvonne cemas. Seribu tanda tanya menjajahi serebrumnya. Mazlina juga begitu. Benaknya mendandan sejuta persoalan.

Buchanan berpaling. Kelopak matanya digenangi air. Air mukanya sarat kekecewaan.

Mereka akan ambil kebun kita nak. Gabenor tolak rayuan kita tempoh hari.

Yvonne tertegun. Hatinya jengkel. Mazlina menitiskan air matanya. Tiada ucapan yang terkeluar dari mulut. Buchanan meninggalkan mereka berdua.

Oooo Tuhan, mohon katih ini kembali teguh! bisik Yvonne halus.

Tatkala senja sungguh indah matahari perlahan-lahan terbenam. Akhirnya perlina. Mazlina duduk menupang dagu di muka jendela. Hatinya karam dalam samudera hampa. Dia benar-benar menyayangi kebun epal ini. Sesuatu mesti dilakukan. Patah tongkat berjermang, demikianlah nasihat nenek moyangnya dahulu.

(Dipetik daripada cerpen Kerana Manisnya Epal

oleh Faisal Tehrani dalam antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan tiga reaksi Buchanan setelah membaca surat itu

[3 markah]

(ii)Kemukakan tiga alasan perlunya kita bersifat tenang semasa menerima berita yang mendukacitakan mengikut pendapat anda.

[3 markah]

(iii)Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.

[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Tun Mamat, Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung: tiada boleh naik; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?

Maka sahut perempuan itu. Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk . Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu.

Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua.

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dalam

antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Berikan maksud rangkai kata persembahkan segala kata tuan hamba

[2 markah]

(ii)Nyatakan tiga kehebatan Puteri Gunung Ledang seperti yang digambarkan dalam petikan.

[3 markah]

(iii)Kemukakan tiga alasan Puteri Gunung Ledang memperlihatkan dirinya dalam keadaan daif mengikut pendapat anda.

[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan Puisi TradisionalBaca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

Puisi Melayu Tradisional,199.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)Berikan maksud rangkai kata Ada rumah bertandang duduk.

[2 markah]

(ii)Kemukakan tiga langkah untuk mengelakkan perbuatan membazir mengikut pendapat anda.

[3 markah]

(iii)Berikan empat pengajaran daripada Seloka Pak Kaduk

[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan(a)Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)lentur

(ii)

terlentur

(iii)

melentur

(iv)

pelenturan

(v)

kelenturan

(vi)

melenturkan

[6 markah]

(b)Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat permintaan, ayat larangan, ayat perintah, atau ayat seru.

(i)Semua tetamu dijemput minum di kantin sekolah.

(ii)

Cantiknya, bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur itu!

(iii)

Pelanggan tidak boleh mencuba lebih daripada tiga helai pakaian

(iv)

Kanak-kanak ditegah bermain di kawasan tempat letak kereta itu.

(v)

Kamu siapkan kerja kamu dahulu baru boleh keluar untuk bermain.

(vi)

Para pelajar dikehendaki keluar dari kelas sekarang untuk perhimpunan.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Kebanyakan pelancong yang melancong ke Malaysia adalah untuk beristirehat di tepi pantai sambil menikmati makan laut.

(ii)Pelajar-pelajar yang engkar dengan peraturan sekolah akan dikenai denda sama ada membaca sebuah cerpen di pusat sumber atau ke kelas tambahan selepas sekolah.

(iii)Pengacaraan bagi majlis Anugerah Cemerlang sekolah itu menjalankan majlis itu mengikut aturcara yang disediakan dengan baik sekali dari mula hingga tamat.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Kapten kapal terbang itu meminta penumpang yang berhadapan masalah tempat duduk atau makanan merujuk kepada peragawati yang bertugas.

(ii)

Oleh kerana kegigihan Ahmad belajar, dia telah berjaya melanjutkan pengajarannya ke luar negara atas pembiayaan syarikat tempat dia bekerja.

(iii)

Pada sebelah pagi pemain-pemain bola sekolah itu sedang mengumpulkan kaca-kaca yang bersepai di atas padang sebelum dapat melanjutkan permainan mereka petang itu.

[6 markah]

(e)Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa atau cogan kata di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya dan penggunaannya.

(i) seperti kacang lupakan kulit

(ii) sediakan payung sebelum hujan

(iii) jauh perjalanan jalan luas pemandangan

[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin

(vi)Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)Kebijaksanaan menyelesaikan masalah merupakan salah satu persoalan yang sering dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah novel.

Huraikan dua contoh kebijaksanaan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

[7 markah]

(b)Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua persoalan nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN

Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan usaha-usaha/cara-cara/tindakan untuk menangani masalah dalam lulusan pengajian tinggi yang belum bekerja.

Petikan membincangkan usaha-usaha/cara-cara/tindakan untuk mengatasi pengangguran dalam kalangan siswazah.2m

1m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)Markah

S1Kerajaan memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia. 2m

S2Kerajaan perlu lebih agresif menarik pelabur tempatan dan luar negara untuk menjana peluang pekerjaan2m

S3Pendidikan berkualiti wajar diberikan perhatian2m

S4Melalui Dasar Industri Pertanian, Kementerian Pertanian menarik minat siswazah supaya terlibat dalam industri berasaskan produk pertanian.2m

S5Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mendidik mahasiswa supaya berdaya saing dan berkeyakinan memulakan perniagaan sendiri.2m

S6Mewujudkan Program Usahawan Muda yang melibatkan siswazah untuk memperoleh pengalaman berniaga.2m

S7Siswazah perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi.2m

S8Siswazah perlu bersikap terbuka dalam memohon sebarang pekerjaan/jangan terlalu memilih pekerjaan.2m

S9Pihak yang berkaitan perlu menggunakan pendekatan yang terbaik.2m

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)Markah

T1Berlaku lambakan tenaga kerja yang berkualiti/mahir.2m

T2Golongan muda hilang minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti2m

T3Sebilangan IPTS akan ditutup kerana kekurangan sambutan/pelajar.2m

T4Golongan intelek terpaksa menerima pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah2m

T5Siswazah sanggup menjawat jawatan yang tidak setaraf dengan kelulusannya dan menyekat peluanggolongan bukan siswazah.2m

T6Keluarga siswazah menghadapi kesukaran/masalah untuk membayar balik kos pengajian/ PTPTN anak-anak mereka di IPT.2m

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak perlu/harus/mesti/hendaklah berganding bahu dalam menangani masalah pengangguran dalam kalangan siswazah supaya/agar sumber modal insan ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan/kemajuan negara.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah pengangguran.

2m

Pemahaman

Petikan Umum

(i) - Maksud rangkai kata memenuhi permintaan pasaran kerja adalah mengisi/ menampung/kekosongan jawatan/perkhidmatan.

- Maksud rangkai kata memenuhi permintaan pasaran kerja adalah menyediakan tenaga pekerja.

- Maksud rangkai kata memenuhi permintaan pasaran kerja adalah mengisi sesuatu yang diminta mengikut pasaran kerja.

2m

2m

1m

(ii)Tiga faktor berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah [3 markah]

- beberapa kursus yang ditawarkan oleh IPTA tidak dapat memenuhi permintaan pasaran kerja.

- siswazah terlalu memilih pekerjaan.

- penguasaan bahasa tambahan yang lemah dalam kalangan siswazah.

1m

1m

1m

(iii)Mengikut pendapat saya, peranan pihak swasta dalam membantu pihak kerajaan menangani masalah pengangguran siswazah adalah[4 markah]

- pihak swasta menyediakan peluang latihan sambil bekerja kepada siswazah.

- pihak swasta bekerjasama dengan kerajaan bagi menggubal kurikulum Institut Pendidikan Tinggi mengikut keperluan semasa.

- pihak swasta menyediakan skim latihan bagi meningkatkan penguasaan bahasa tambahan dalam kalangan siswazah yang bekerja di sektor swasta.

- pihak swasta bekerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia menjalankan penyelidikan tentang keperluan sumber tenaga.

(Boleh diterima mana-mana pendapat yang sesuai)

1m

1m

1m1m1m

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

(i) - Buchanan terjebik-jebik

- Buchanan berdiri lalu melangkai gontai/longlai

- Buchanan berpaling

- kelopak matanya digenangi air/menangis

- air mukanya sarat dengan kekecewaan

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m1m

1m

1m

(ii) - bertenang dapat melahirkan pemikiran yang rasional

- bertenang dapat mengelakkan kita daripada bertindak

terburu-buru

- bertenang dapat mengawal diri daripada melakukan perkara

yang buruk

- bertenang dapat mengawal emosi

- bertenang dapat menilai kelemahan dan kekurangan diri

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

1m

1m

(iii)- Nilai dalam petikan.

simpati- Mazlina bersimpati dengan Buchanan apabila tanahnya

akan diambil/rayuannya ditolak

- tabah - Mazlina tidak berputus asa dan akan berusaha

menyelamatkan kebun epal itu

Pilih mana-mana satu jawapan

Nilai dalam cerpen

- kegigihan Buchanan gigih mengusahakan kebun epal

- kasih sayang - Mazlina membantu bapa angkatnya memetik

epal di kebun

- keberanian - Yvonne bertikam lidah dengan pegawai Jabatan

Tanah British Columbia

Pilih mana-mana dua jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

(i) - menyampaikan semua bicara/hajat/permohonan saudara.2m

(ii) - puteri yang jelita menjadi perempuan tua

badannya yang cantik bertukar menjadi bongkok berlipat tiga.

boleh menghilangkan diri.1m

1m

1m

(iii) - Puteri Gunung Ledang seorang yang pemalu

- Puteri Gunung Ledang ingin merahsiakan identiti dirinya

- Puteri Gunung Ledang ingin mendapatkan maklumat yang lebih

tepat

Puteri Gunung Ledang ingin memperlihatkan kehebatan dirinya

boleh menyerupai pelbagai rupa

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi

(i) - gemar menumpang /pergi ke rumah orang lain walaupun

ada rumah sendiri

- suka meninggalkan rumah

2m

1m

(ii) - berjimat cermat dalam mengguna/membelanja

- merancang sebelum berbelanja

- beli ikut keperluan/belanja ikut kemampuan

- manfaatkan sepenuhnya kemudahan/bahan yang ada

- jangan terikut-ikut/terpengaruh dengan orang lain berbelanja

Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

1m

1m

1m

1m

(ii) - kita mestilah berhati-hati agar tidak ditipu orang

- kita mestilah berjimat cermat dalam kehidupan

- kita harus membuat sesuatu pekerjaan mengikut masa yang betul

- kita tidak boleh bersikap zalim.

1m

1m

1m

1m

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3a

(i) lentur

-bengkok atau kelok (pada barang yang melengkung), lengkok

Contoh ayat: i. Besi itu telah saya lentur untuk dijadikan pelapik pasu bunga.

(ii) terlentur

-telah melentur, menjadi melentur: Contoh ayat: i. Beberapa batang pisang berhampiran dengan rumah saya terlentur kerana ditiup angin ribut.

(iii) melentur -1. membengkok atau melengkung (seperti julai batang buluh, ampaian kain yang tidak tegang,), kendur: -2. boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, Contoh ayat: i. Dawai yang dibakar itu menjadi panas dan mengembang panjang lalu melentur.

ii. Pak Abu sedang melentur dawai penyidai itu sebelum diikat

pada tiang.

(iv) pelenturan

-perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan.

Contoh ayat: i. Pelenturan dawai-dawai berkarat itu dilakukan oleh ayah dengan membakarnya di dalam tong minyak.

(v) kelenturan

-perihal (keadaan, keupayaan ) melentur

Contoh ayat : i. Cerucuk-cerucuk besi digunakan untuk membina jambatan itu kerana kekuatan dan kelenturan selama berpuluh-puluh tahun.

(vi) melenturkan

menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur,

membengkokkan, melengkungkan

Contoh ayat: i. Pekerja-pekerja buruh itu melenturkan besi-besi di bawah pokok walaupun waktu makan.

Soalan 3b

(i) Ayat Silaan

(ii) Ayat Seruan

(iii) Ayat Larangan

(iv) Ayat Larangan

(vii) Ayat Suruhan(viii) Ayat Suruhan

Soalan 3c

(i) beristirehat - beristirahat

makan - makanan

(ii)engkar - ingkar

dikenai - dikenakan

(iii)Pengacaraan - pengacara

aturcara - atur cara

Soalan 3d

(i)berhadapan masalah berhadapan dengan masalah/menghadapi masalah

peragawati - pramugari

(ii)Oleh kerana oleh sebab

Pengajarannya - pelajarannya

(iii)mengumpulkan kaca-kaca mengumpulkan kaca

melanjutkan meneruskan / memulakan

Soalan 3e

(i)Seperti kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang lupa daratan / tidak mengenang budi

Contoh ayat :

Datuk Kamal seperti kacang lupakan kulit kerana setelah dia bergelar usahawan berjaya, dia tidak pernah menemui Pak Deraman yang pernah membantunya ketika dia susah suatu ketika dahulu.

(ii)Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Sentiasa bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Contoh ayat :

Puan Ramlah sering mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa menabung, kerana wang tersebut dapat digunakan ketika mereka dalam kesusahan, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

(iii)Banyak berjalan luas pandangan

Maksud : Seseorang yang banyak merantau akan memperoleh banyak maklumat.

Contoh ayat :

Jika kita sering berkunjung ke luar negara,kita pasti banyak menimba pengalaman dan pengetahuan, bak kata pepatah banyak berjalan luas pandangan.

Soalan 4 a

JULIA

i.

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah syarikat

-

Julia menyiasat sendiri penyelewengan yang dilakukan oleh En. Baharom dengan cara menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting

ii.Kebijaksanaan merancang masa depan anak

-Dato Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia agar tidak terlibat dalam gejala sosial yang tidak sihat / tidak terlibat dalam pergaulan bebas

iii.Kebijaksanaan merancang masa depan syarikat

-Dato Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia belajar di Australia sebagai persiapan untuk Julia mengambil alih pengurusan syarikat

iv.Kebijaksanaan mengurus adik-adik-Julia menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makan minum dan kasih sayang serta persekolahan adik-adik

v.Kebijaksanaan memilih pasangan hidup-Julia memilih Jun sebagai teman hidup selepas yakin Jun boleh membantunya dalam pelbagai aspek kehidupan

PERLUMBAAN KEDUA

i.Kebijaksanaan memilih tempat pertandingan-Tuk Kura memilih lereng bukit sehingga membolehkannya memenangi perlumbaan

ii.Kebijaksanaan menggunakan teknik untuk bergerak pantas

-Tuk Kura sampai dahulu ke garisan penamat dengan cara melantunkan badannya menuruni lereng bukit yang digunakan sebagai laluan perlumbaan

iii.Kebijaksanaan menghimpun warga rimba-Sang Tupai berjalan / Sang Murai terbang ke serata rimba menghebahkan berita pertandingan itu kepada rakan-rakan sehingga berjaya menghimpun warga rimba menyaksikan perlumbaan tersebut

iv.Kebijaksanaan mengatur strategi perlumbaan-Tuk Kura membuat latihan-latihan yang keras sebagai persediaan bagi perlumbaan sebagai muslihat semata-mata

iv.Kebijaksanaan mempengaruhi pihak lain-Sang Kancil berjaya memujuk Tuk Kura supaya menyertai pertandinganPilih mana-mana dua jawapan Isi 4 markah

Bahasa maksimum 3 markah

4b

i.Kegigihan-Julia gigih mengurus syarikat BMPRO walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah manakala Tuk Kura gigih melatih anak buahnya meniti batang licin walaupun mendapat tentangan suku-sakatnya

ii.Kebijaksanaan-Julia bijak mengatasi masalah yang dihadapi oleh syarikat miliknya manakala Tuk Kura bijak memilih lokasi perlumbaan yang akhirnya memihak kepadanya

iii.Kasih sayang-Julia menyayangi adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya dengan menyediakan pelbagai keperluan asas kepada mereka manakala ibu bapa kura-kura tidak membenarkan anak-anak mereka berlatih bersama-sama Tuk Kura kerana khuatir anak-anak mereka cedera

iv.Bertanggungjawab-Julia mengurus syarikat dengan penuh kesungguhan / sebagai ketua keluarga menguruskan adik-adik manakala Tuk Kura bertanggungjawab membuat perancangan yang teliti untuk memastikan perlumbaan kedua dimenanginya

vKesabaran-Julia sentiasa bersabar tatkala berhadapan dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh kakitangan syarikat manakala Tuk Kura bersabar menjalani latihan walaupun didera oleh suku-sakatnya