BM Kertas2 Set 6

20
SET 6 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keperluan menilai Program Latihan Khidmat Negara semula dan kelebihan-kelebihan remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mewajibkan remaja lepasan sekolah mengikuti latihan di pusat PLKN menekankan aspek ketahanan fizikal dan pembinaan personaliti. Walau bagaimanapun sepanjang program PLKN dilaksanakan, berita tentang pergaduhan yang berlaku dalam kalangan pelatih boleh menggugat kredibiliti program ini kepada masyarakat. Kejayaan PLKN amat bergantung pada pelaksanaan dan matlamatnya, juga kualiti jurulatih dan semangat kerja berpasukan serta ‘think-tank’ yang dibentuk agar memberi kesan pembelajaran yang baik kepada pelatih program. Jurulatih dan tenaga pegajar yang kurang kredibiliti, tidak pandai mengurus, tidak inovatif dan tidak memiliki ciri kepimpinan yang baik merupakan antara kelemahan yang perlu ditangani segera. Dari segi perancangan dan pelaksanaan, PLKN mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaik. Penilaian secara menyeluruh perlu dibuat bagi memantapkan lagi keberkesanan PLKN. Oleh sebab PLKN ditiru dan menggunakan perunding Barat, maka corak pembinaan watak juga lebih mirip kepada Barat yang tidak menekankan nilai kerohanian. Kelemahan ini perlu diperbaik supaya kesan positif yang dihasilkan oleh program latihan ini akan lebih harmoni dan konstruktif. Latihan yang rigid dan lasak juga boleh menimbulkan masalah dan tekanan emosi kepada peserta yang boleh menyebabkan pergaduhan. Jika pendekatan ketenteraan diperkenalkan berkemungkinan tekanan yang dialami oleh peserta bertambah teruk. Sepanjang latihan, peserta mengalami pelbagai pengalaman yang mencabar diri mereka. Mereka harus bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk melalui pelbagai cabaran. Imej buruk yang dipaparkan oleh pelatih yang suka berpeleseran selepas tamat sesi latihan merupakan satu budaya yang tidak sihat. Dalam sesetengah

description

bahasa melayu

Transcript of BM Kertas2 Set 6

Wartwan: Assalamulaikaum dan bagi pihak akhbar Wrata Perdana, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudi

SET 6Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keperluan menilai Program Latihan Khidmat Negara semula dan kelebihan-kelebihan remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mewajibkan remaja lepasan sekolah mengikuti latihan di pusat PLKN menekankan aspek ketahanan fizikal dan pembinaan personaliti. Walau bagaimanapun sepanjang program PLKN dilaksanakan, berita tentang pergaduhan yang berlaku dalam kalangan pelatih boleh menggugat kredibiliti program ini kepada masyarakat. Kejayaan PLKN amat bergantung pada pelaksanaan dan matlamatnya, juga kualiti jurulatih dan semangat kerja berpasukan serta think-tank yang dibentuk agar memberi kesan pembelajaran yang baik kepada pelatih program.

Jurulatih dan tenaga pegajar yang kurang kredibiliti, tidak pandai mengurus, tidak inovatif dan tidak memiliki ciri kepimpinan yang baik merupakan antara kelemahan yang perlu ditangani segera. Dari segi perancangan dan pelaksanaan, PLKN mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaik. Penilaian secara menyeluruh perlu dibuat bagi memantapkan lagi keberkesanan PLKN. Oleh sebab PLKN ditiru dan menggunakan perunding Barat, maka corak pembinaan watak juga lebih mirip kepada Barat yang tidak menekankan nilai kerohanian. Kelemahan ini perlu diperbaik supaya kesan positif yang dihasilkan oleh program latihan ini akan lebih harmoni dan konstruktif.

Latihan yang rigid dan lasak juga boleh menimbulkan masalah dan tekanan emosi kepada peserta yang boleh menyebabkan pergaduhan. Jika pendekatan ketenteraan diperkenalkan berkemungkinan tekanan yang dialami oleh peserta bertambah teruk. Sepanjang latihan, peserta mengalami pelbagai pengalaman yang mencabar diri mereka. Mereka harus bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk melalui pelbagai cabaran. Imej buruk yang dipaparkan oleh pelatih yang suka berpeleseran selepas tamat sesi latihan merupakan satu budaya yang tidak sihat. Dalam sesetengah keadaan, peserta dibebaskan begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah.

Pergaulan bebas antara peserta lelaki dengan perempuan memberi gambaran kurang sihat kepada masyarakat dan bercanggah dengan nilai ketimuran. Walaupun latihan yang diberi ini bertujuan untuk merombak benteng halangan gender, kaum dan agama terbabit perlu mengambil kira sensitiviti agama dan gender demi menjaga keharmonian agama. Intergriti PLKN tercemar apabila berlakunya keruntuhan moral semasa latihan seperti jurulatih merogol pelatih wanita.

Selain itu pelaksanaan PLKN juga membabitkan banyak pihak seperti universiti tempatan yang digunakan sebagai tempat latihan bagi melaksanakan komponen kenegaraan dan khidmat sosial. Jadual pengajian di universiti diubah dan ini menjejaskan pengambilan, kemasukan dan jadual pengajian pelajar. Aktiviti universiti juga terpaksa dikurangkan bagi memberi laluan pada PLKN.

Oleh itu pelbagai kelemahan PLKN perlu dikaji semula supaya langkah bagi memantapkan program ini benar-benar berkesan dan berfaedah kepada golongan remaja. Remaja perlu mendapat sesuatu yang berfaedah dan yang terbaik menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

(Diubahsuai daripada Program Latihan Khidmat Negara Perlu Dinilai Semula oleh

Abdul Rahim Abdul Rashid, Dewan Masyarakat, Ogos 2004)

Soalan 2 : PemahamanSoalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata menggugat kredibiliti. [2 markah]

(ii)Apakah tiga kesan pelaksanaan PLKN terhadap universiti semasa program ini dilaksanakan?

[3 markah]

(iii)Nyatakan empat sebab mengapa remaja enggan menyertai program PLKN.

[4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kalau tidak pun habis tahun ini Junid masuk darjah satu. Dan terbayang sesuatu dalam kepala Mohsin. Junaidi tamat darjah enam. Darjah yang paling tinggi dalam kampungnya. Sekolah Melayu. Dan Junaidi juga akan masuk sekolah Melayu. Pelajaran setakat tulis baca itu sudah cukup. Dia tidak perlu anaknya belajar jauh-jauh. Lembunya yang hampir dua puluh ekor dan tanah bendangnya lapan ekar serta kebun kelapanya enam ekar memerlukan tenaga anak-anaknya. Mereka akan hidup dengan lembu-lembu, kambing-kambing dan tanah-tanah ini. Tak perlu belajar. Untuk akhirat, sekarang apa kurang. Di mana-mana masjid dan madrasah kampungnya mempunyai guru.

Darjah satu? Seperti tidak perasan pertanyaan itu keluar dari mulut Musalmah.

Mohsin menikamkan pandangannya kepada isterinya.

Bila Junid ke sekolah, dia tidak asyik dengan Pusaran lagi, Mohsin meneruskan.

Tapi dalam kepala Mohsin teringat juga. Bagaimana kalau seperti yang lepas-lepas juga? Ah, tak mungkin! Dia mendengar cakap-cakap jiran tentang Pusaran dengan Junid.

Anak kembar. Ya Allah! Cakap apakah begitu menghina? Bagaiman Junid kembar dengan Pusaran seekor anak lembu? Dan banyak dongeng dipercakapkan orang tentang Pusaran dan Junid. Sangat tidak menyenangkan. Ucapan yang sangat menakutkannya ialah dari Pak Cik Kar, bomoh tua yang buta itu.

(Dipetik daripada cerpen Pusaran oleh S. Othman Kelantan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan dua perkara yang difikirkan oleh Mohsin berdasarkan dalam petikan?

[ 2 markah]

(ii) Nyatakan tiga alasan pendidikan penting dalam kehidupan seseorang mengikut pendapat anda.

[ 3 markah ]

(iii) Jelaskan dua latar masyarakat daripada petikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan petikan.

[ 4 markah ]

Soalan 2(c) Petikan Prosa KlasikMaka kata Saidah dengan tangisnya, sebab pun hamba demikian ini daripada tiada hamba mahu memalingkan muka hamba daripada tuan hamba, yang niat hamba kepada Allah subhanahu wataala kepada siang dan malam hendak mati di bawah kadam tuan hamba juga.Daripada sangat belas hati hamba, maka hamba katakan rahsia ini kepada tuan hamba. Inilah hal saudara tuan hamba yang diharap itu, hamba dapati afalnya itu selama ia diam pada kita di sini. Maka hari pun malamlah sudah, maka pada ketika awal dinihari tuan hamba pun tatkala tidur tiada sedarkan diri, tatkala itu hamba sakit perut hendak qada hajat, maka hamba pun pergi pada tempat buang air seni itu. Setelah sudah hamba buang air seni, maka hamba pun keluar hendak kembali. Maka dipegang oleh Sabor tangan hamba.Maka hamba pun hendak berteriak, maka dihunusnya jambiahnya hendak menikam; daripada hamba takutkan mati, maka hamba pun diamlah. Maka hendak dicabulinya hamba, maka hamba pun tiada mahu pula, daripada hamba takut akan Allah taala dan takut akan tuan hamba, malulah hamba, baiklah hamba mati dibunuhnya sekalipun, kabullah hamba, daripada derhaka akan tuan hamba.

(Dipetik daripada Sabor dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka )

( i )Apakah maksud memalingkan muka hamba daripada tuan hamba ?

[ 2 markah ]

( ii )Nyatakan 3 perlakuan Sabor seperti yang diceritakan oleh Siti Saidah kepada

suaminya.

[ 3 markah ]

( iii )Kemukakan 3 perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang untuk menjaga

keharmonian rumah tangga megikut pendapat anda.

[ 3 markah ]

Soalan 2(d) Petikan Puisi TradisionalBaca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

PANTUN KIASAN

Tikar pucuk, tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,

Burung dekut meniti batang;Saya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,

Batangnya tumbang menimpa gedung;

Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbajar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung.

Puisi Melayu Tradisi,1985.

Antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah maksud rangkap kedua puisiSaya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang? [ 2 markah ]

(ii) Berikan tiga alasan mengapakah masyarakat zaman dahulu tidak suka membazir mengikut pendapat anda. [ 3 markah](iii) Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. [ 4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan(a)Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)pratonton

(ii)promajikan

(iii)subbidang

(iv)pramatang

(v)prokemajuan

(vi)subgolongan

[6 markah]

(b)Tukarkan ayat-ayat penyata di bawah kepada ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.

(i)Mereka datang dari rumah Pak Mail petang tadi.

(ii)Benda yang terletak di atas meja itu ialah komputer riba.

(iii)

Akhirnya Encik Razi dapat berkahwin dengan kekasihnya Roziah.

(iv)

Penyakit selesema burung merebak bermula dari tahun 2004 hingga 2005.

(v)

Pak Hamzah tinggal di desa untuk mengelak daripada pencemaran udara.

(vi)Mak Hendon dapat mengatasi masalah itu melalui perbincangan dengan anak-anaknya.

[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Pada masa dahulu nelayan merintang rawai di sungai atau di parit untuk pancing ikan air tawar.

(ii)Kakak membawa hadiah cokelat hari jadi adik bongsunya yang akan dirai pada hari minggu ini.

(iii)Salah sebuah depoh di stesen kereta api itu masih belum dapat digunakan kerana ketidakcukup wang membuat para-para.

[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i)Jalal menemui jalan mati lalu dia terpaksa membuat kajian dan memikirkan semula reka bentuk kereta yang hendak dibuat.

(ii)

Rancangan menanam gerigi bangunan tinggi itu harus diteliti dengan baik dan kemas sepertimana dikehendaki oleh pihak kerajaan.

(iii)

Pembinaan dinding besar yang dahulunya menjadi pengantara di antara Jerman Barat dengan Jerman Timur telah dirobohkan atas persetujuan kedua-dua belah kerajaan.

[6 markah]

(e)Isi tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Kamariah sangat gembira pada malam Sabtu lepas apabila suaminya menghadiahkan sebentuk cincin bernilai RM5000.00 yang sudah lama diidam-idamkannya. Keadaan Kamariah pada malam itu dikatakan seperti ___________________________________

(ii) Pengurus syarikat itu amat terkejut kerana tidak menyangka pegawai pemasaran syarikatnya yang juga menjadi orang kanannya dan diberi penuh kepercayaan telah menggelapkan sejumlah wang syarikat. Pegawai pemasaran itu dikatakan ______________________________________________________________(iii) Pihak sekolah telah membina beberapa buah pondok belajar untuk kemudahan para pelajar membaca buku. Selepas tiga bulan, bangku-bangku pondok itu telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di pondok tersebut. Keadaan ini diibaratkan ______________________________________________________________[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)Konserto Terakhir karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vi)Seteguh Karang karya Abdullah Hussin

(vii)Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)Kemanusiaan ditimbulkan dalam sesebuah novel dan berjaya mendekati pembacanya.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b)Huraikan tiga konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel-novel yang anda pelajari.

[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN

Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan kepentingan mengkaji program PLKN kembali.2m

Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)Markah

S1Terdapat kes yang menggugat kredibiliti program ini.2m

S2Jurulatih dan tenaga pengajar berkauliti rendah/tidak mempunyai kredibiliti/ tidak pandai mengurus/tidak inovatif/ tidak memiliki ciri kepimpinan yang baik.

2m

S3Untuk mengkaji sejauh mana kejayaan PLKN meniru dan menggunakan perunding Barat.2m

S4Membaiki kelemahan dalam perancangannya yang tidak menekankan nilai kerohanian2m

S5Memantapkan lagi keberkesanan PLKN 2m

S6Latihan rigid dan lasak memberi tekanan emosi kepada peserta.2m

S7Pelatih-pelatih suka berpeleseran selepas tamat sesi latihan/tiada

aktiviti berfaedah disediakan selepas tamat sesi latihan.2m

S8Pergaulan bebas antara pelatih lelaki dan pelatih perempuan.2m

S9Berlakunya keruntuhan moral semasa latihan.2m

S10Kurang pemantauan program.2m

S11Pelaksanaan PLKN banyak membabitkan pihak lain.2m

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)Markah

T1Menanam semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan remaja.2m

T2Membentuk ketahanan diri/remaja tahan lasak.2m

T3Membentuk remaja yang berfikiran positif.2m

T4Meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja.2m

T5Melahirkan remaja yang berketerampilan/bertanggungjawab2m

T6Meningkatkan disiplin diri dalam kalangan remaja.2m

T7Melahirkan remaja berdaya saing/aktif.

2m

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah menyokong usaha menilai PLKN kembali supaya matlamat membentuk remaja cemerlang dan berwawasan dapat direalisasikan.

2m

Pemahaman

Petikan Umum

(i)-menyebabkan orang lain kurang percaya

2m

(ii)-jadual pengajian di universiti terpaksa diubah

-menjejaskan pengambilan kemasukan

- menjejaskan jadual pengajian pelajar

-aktiviti di universiti terpaksa dikurangkan

1m1m

1m

1m

(iii)-tidak berminat

menganggap aktiviti ini membuang masa

sudah berkeluarga/berkahwin

sudah mempunyai pekerjaan tetap

-tidak sanggup berpisah dengan keluarga/

tempoh latihan terlalu lama

-tempat latihan jauh dari rumah

( terima mana-mana jawapan lain yang sesuai)

1m

1m1m

1m1m

1m

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

(i)

- Junaidi akan tamat darjah enam

1m

- mahukan anaknya belajar setakat menulis dan membaca/

darjah enam

1m

- tidak mahu anaknya belajar jauh-jauh

1m

- mahukan anaknya menjaga lembu, tanah bendang, dan

kebun kelapa

1m

(pilih mana-mana dua jawapan)

(ii)

- menjamin masa depan

1m

- peluang pekerjaan lebih terjamin/gaji lumayan

1m

- tidak mudah ditipu/ditindas

1m

- aset modal insan/memajukan negara

1m

- menjadi pemimpin/dihormati/dipandang mulia

1m

(pilih mana-mana tiga jawapan)

(iv) dalam petikan

-masyarakat kampung yang mempercayai

kepercayaan karut/bomoh

1m

-masyarakat yang tidak mementingkan pelajaran

tinggi

1m

-masyarakat yang mengutamakan semangat

kejiranan/mengambil berat jiran tetangga

1m

(pilih mana-mana dua jawapan)

dalam cerpen

-masyarakat yang menyayangi haiwan/binatang

ternakan

1m

-masyarakat yang mementingkan hubungan

kekeluargaan/penyayang

1m

-masyarakat petani/penternak/kerja sendiri

1m

-masyarakat yang mengamalkan gotong royong

1m

(pilih mana-mana dua jawapan)

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

i)maksud . Derhaka/ curang kepada suami2m

ii) 3 perlakuan Sabor

- memegang tangan Siti Saidah

1m

- cuba menikam menggunakan kerambit/golok

1m

- cuba mencabul kehormatan Siti Saidah

1m

iii)3 perkara yang mesti dilakukan oleh seorang isteri

- jujur kepada suami

1m

- senantiasa menjaga maruah diri

1m

- patuh kepada ajaran agama

1m

- setia kepada suami

1m

- sentiasa menjaga hubungan baik dengan saudara-mara1m

Terima mana-mana jawapan yang sesuai.

Soalan 2(d) Petikan Puisi

(i) Maksud rangkap kedua Pantun Kiasan di atas ialah;

... orang dagang bersikap merendah diri ( 1 markah)

mengakui kehadirannya tidak diperlukan /berguna ( 1 markah)

(ii) 3 alasan masyarakat dahulu tidak suka membazir ialah;

sukar memperolehi sesuatu benda atau barang ( 1 markah)

mementingkan kehidupan yang sederhana/ tidak mewah ( 1 markah)

mengamalkan amalan berjimat-cermat ( 1 markah)

sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi ( 1 markah)

( pilih mana-mana 3 jawapan di atas) (iii) 4 pengajaran daripada puisi di atas ialah;

... kita janganlah suka membazir ( 1 markah)

... kita hendaklah pandai menyesuaikan diri di tempat orang ( 1 markah)

kita janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti ( 1 markah)

kita hendaklah berani menghadapi segala dugaan / cabaran hidup ( 1 markah)

2m

1m

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3a

(i) pratonton

sebelum atau syarat ditonton oleh orang awam

Contoh ayat: Filem The Spooky akan diadakan pratonton terlebih dahulu pada hari Ahad ini.

(ii) promajikan

tanda bersetuju dengan ketua/majikan

Contoh ayat: Kesemua pekerja di syarikat itu bekerja bersungguh-sungguh kerana mereka promajikan.

(iii) subbidang

sebahagian daripada bidang/aspek

Contoh ayat: Pelajar-pelajar sedang diajar kesalahan bahasa iaitu subbidang Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Melayu.

(iv) pramatang

sebelum sampai waktu sesuatu matang

Contoh ayat: Simpanan tetap Pak Mail yang pramatang tidak boleh ditunaikan

lagi.

(v) prokemajuan

tanda setuju dengan kemajuan

Contoh ayat: Rakyat Malaysia membantu kerajaan dengan menyokong pembangunan yang dijalankan kerana mereka prokemajuan.

(vi) subgolongan

sebahagian daripada kumpulan

Contoh ayat: Kumpulan LDK seramai 20 orang ialah subgolongan daripada

golongan peserta PLKN.

Soalan 3b

(i)Dari manakah mereka datang petang tadi?

(ii)Apakah benda yang terletak di atas meja itu?

(iii)Dengan siapakah Encik Razi berkahwin pada akhirnya?

(iv)Sejak dari bilakah penyakit selesema burung merebak?

(v)Mengapakah Pak Hamzah tinggal jauh dari bandar?

(vi)Bagaimanakah Mak Hendon dapat mengatasi masalah itu?

Soalan 3c

(i) merintang - merentang

pancing - memancing

(ii) cokelat - coklat

dirai - diraikan.

(iii) depoh - depot

ketidakcukup - ketidakcukupan

Soalan 3d

(i)jalan mati - jalan buntu

memikirkan semula reka bentuk - memikirkan reka bentuk

(ii) gerigi - cerucuk / besi / kayu

sepertimana - seperti yang

(ii) dinding - tembok

di antara - antara

Soalan 3e

(i) orang mengantuk disorongkan bantal / pucuk dicita ulam mendatang

(ii) harapkan pagar, pagar makan padi / gelap mata

(iii) kera mendapat bunga / diberi madu dibalas dengan tuba

4b

JULIA