Bm Tatabahasa

download Bm Tatabahasa

of 7

description

school

Transcript of Bm Tatabahasa

SET 2 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

SET 2Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan Bahagian D.BAHAGIAN A(25 markah)

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Ke mana saja anda pergi, jagalah tingkah laku. _____________________________________i. Tiap hari Sharmizan bangun daripada tidur pada pukul 6.00 pagi. _____________________________________ii. Penggunaan pelbagai perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa masakan. _____________________________________iii. Keadaan lalu lintas di kebanyakan jalan-jalan menuju pusat bandar agak sibuk dan sesak. _____________________________________(8 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas Ipoh._____________________________________ii. Cikgu Petimah telah dilantik sebagai urusetia kejohanan sukan olahraga peringkat daerah. _____________________________________iii. Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka._____________________________________(3 markah)

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk. i. Awak boleh memilih baju berwarna hijau ini. Awak boleh memilih baju berwarna merah itu.__________________________________________________________________________

ii. Lokman mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Hari sudah lewat malam.__________________________________________________________________________

iii. Encik Karim masuk ke bilik kerjanya. Encik Karim meneruskan pekerjaannya.__________________________________________________________________________

iv. Dia sempat melawat beberapa buah negara di Eropah. Dia belajar di United Kingdom.__________________________________________________________________________

v. Ibu tidak ke pejabat.Ibu ke klinik.Ibu mendapatkan rawatan kesihatan.__________________________________________________________________________(10 markah)

BAHAGIAN B(30 markah)5. Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah genap sempurna Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan ia pun bermohonlah kembali ke dunia menemui suaminya, Raja Muda dan nenek kebayan.Pesan ayahandanya, Maharaja Indera Dewa, Wahai anakanda, jikalau anakanda selamat sampai ke dunia persilakanlah kakanda Raja Muda naik ke mari, ayahanda dan bonda merasa rindu kepadanya.Baiklah ayahanda, anakanda akan sampaikan pesanan ayahanda itu.Kepada kakanda berenam, Tuan Puteri itu memberitahu, Wahai kakanda, adinda meminta diri kembali dulu sebab tidak sedap hati adinda dan dada adinda sentiasa berdebar-debar saja. Mungkin ada sesuatu yang tidak baik berlaku.Benarlah kata adinda itu, kerana sebenarnya kakanda Raja Muda telah berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari, puteri Sultan sedar Alam di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Menurut firasat kakanda, sekarang paduka kakanda itu sedang bersanding dihadap oleh sekalian isi istana. Baiklah sekarang juga adinda kembali ke dunia dan melihat kakanda itu bersanding. (Dipetik daripada prosa klasik Raja Muda, Antologi Gema Sepi Seorang Genius Tingkatan 2, DBP)

i) Nyatakan punca-punca Tuan Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa inginkembali ke dunia? (3 markah)__________________________________________________________________________

ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah watak dan perwatakan Tuan Puteri Bidadari Segerba? (3 markah)_______________________________________________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang isteri tinggal berjauhan daripada suaminya? (4 markah)____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Pantun NasihatGunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa.

Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur di tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.(Dipetik daripada Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, DBP)

i) Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan pesanan-pesanan yang dapat dijadikanpanduan oleh generasi muda. (3 markah)

ii) Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.(3 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjagapercakapan kita? (4 markah)

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal

Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.Berdasarkan novel tersebut, kemukakan kelebihan watak utama yang dapat dijadikan teladan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar berserta contoh peristiwa yang sesuai.(10 markah)