HBML 3203 TATABAHASA DLM PJRAN BM
-
Upload
wan-irfan-aniq -
Category
Documents
-
view
283 -
download
0
Transcript of HBML 3203 TATABAHASA DLM PJRAN BM
FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
SEMESTAR JANUARI / TAHUN 2011
HBML 3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 680725025072002
NO. KAD PENGNEALAN : 680725025072
NO. TELEFON : 0125595072
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN DARUL
AMAN
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
DECLARATION FORM
I hereby declare that all our assigment coursework for Tatabahasa Dalam Pengajaran
Bahasa Melayu (HBML 3203 ) is an original piece of work prepared by myself in my
own words and I did not copy or plagiarise any part of the paper that I have submitted.
I hereby acknowledge, that we :
Please
check
(i) Have acknowledged all work and ideas in my assigment taken
from printed and electronically published resources;
(ii) Did not copy from any other resources or another student.
(iii) Did not allow another student to copy my assignment and
(iv) Have faithfully represented the views of authors cited in my
paper.
Therefore , I Sharizah bt Abdullah understand that if any of the above is found to be
untrue, Open University Malaysia has the full right to take any disciplinary action that the
University deems fit as denoted under the latest Student Handbook or ”Buku Panduan
Pelajar Terkini”.
....................................................
Name : SHARIZAH BT ABDULLAH
Matric No. : 680725025072
Date : 26.02.2011
1
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
2
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
1.0 PENGENALAN
Manusia bercakap menggunakan perkataan-perkataan.Perkataan-perkataan itu disusun
menjadi ayat-ayat.Tiap-tiap perkataan mempunyai makna. Cara-cara bagaimana
perkataan disusun di dalam ayat juga mempunyai makna. Cara-cara itu disebut
tatabahasa.Menurut Abdullah Hassan (1994) dalam bukunya Tatabahasa Dinamika.
1.1 Definasi Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan
bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa
gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.
1.2 Jenis wacana
Wacana terbahagi kepada dua iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah
wacana yang dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi secara langsung, iaitu
antara penutur dengan pendengar.Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak
badan, dan sebagainya digunakan semasa menyampaikan sesuatu perkara kepada
pendengar. Contoh wacana lisan ialah perbualan harian, temuramah, ceramah, ucapan,
khutbah, siaran televisyen, dan radio.
Sementara wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis dan
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku ialah
komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada
masa itu kerana penulis tidak berhadapan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah
rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.
3
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
2.0 WACANA YANG PERLU ADA DALAM PENULISAN
Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis dan melibatkan hubungan
antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah
atau tidak langsung.Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis
tidak berhadapan dengan pembaca.Contoh wacana tulisan ialah, rencana, akhbar,
majalah, buku, dan novel.
2.1 Ciri-ciri wacana
Sebagai satu unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri yang penting.
Setiap wacana mesti mempunyai struktur, iaitu terdapat pendahuluan, isi, dan penutup.
Menurut Beaugrande dan Dressier (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan untuk
menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tujuan, tautan, runtutan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan interteks.
2.2 Tujuan
Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuan yang
menentukan jenis wacana yang digunakan. Sekiranya tujuan wacana adalah untuk
mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya tetapi jika seseorang ingin
menyampaikan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Selain itu, tujuan juga
penting untuk memilih teknik penyampaian wacana atau retorik sama ada secara naratif,
deskriptif atau eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama
ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi, dan sebagainya.
3.0 PENGAJARAN PENULISAN KARANGAN
Menurut Sulaiman Masri (1990) karangan merupakan susunan perkataan yang
membentuk ayat, dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran,
4
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH disusun lengkap menjadi satu kesatuan. Mengarang merupakan kemahiran berbahasa
yang tinggi, dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika
menguasai tiga kemahiran bahasa lain, iaitu mendengar , bertutur dan membaca. Sebelum
mulai menulis karangan, guru perlu mengingatkan pelajar supaya menentukan tema dan
membuat perancangan sebelum menulis.
3.1 Menentukan Tema
Tema merupakan perkara atau idea utama.Tema memberitahu pembaca berkenaan
dengan perkara utama dalam karangan tersebut. Jika pelajar mengalami kesukaran
mencari tema, maka guru boleh membimbing pelajar mengemukakan beberapa soalan,
seperti : Apa? Siapa? Mengapa? Bagaimana? Dimana?, tentang orang, benda, konsep,
peristiwa, atau perkara terjadi (berlaku).
3.2 Membuat Perancangan
Penulisan karangan memerlukan perancangan yang rapi. Ia memberi idea kepada pelajar
untuk perkara yang akan ditulis.
3.2.1 Menulis karangan
Mesti ada perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan.
i. Perenggan Pengenalan
Perlu mengandungi ayat kunci, yang boleh berada di awal, di tengah, atau di akhir
perenggan. Guru perlu memastikan pelajar menulis perenggan pengenalan yang menarik
untuk merangsang pembaca supaya terus baca. Pengenalan boleh bersifat takrifan
terhadap tajuk karangan bersifat peribahasa, petikan, pernyataan terhadap pendirian
penulis, anekdot atau huraian bersifat kronologi, iaitu rentetan fakta.
ii. Perenggan Isi
5
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH Guru perlu mengingatkan pelajar supaya memberikan ayat topik, iaitu isi utama karangan
dengan maklumat yang tepat dan sesuai dengan pernyataan tesis yang diperkenalkan
dalam perenggan pengenalan. Ayat topik boleh dibina di awal, di tengah atau di akhir
perenggan. Jika ayat topik di bina di awal perenggan dan diikuti huraian beserta contoh ia
di sebut perenggan deduktif, di akhir perenggan beserta contoh, ia bersifat induktif.
Perenggan isi juga boleh bersifat gabungan deduktif dan induktif. Guru perlu memastikan
pelajar memperlihatkan serapan yang seimbang. Misalnya, jika pelajar menulis tentang
kebaikan dan keburukan rancangan di televisyen, pastikan dia memberi penekanan yang
seimbang dalam dua aspek tersebut. Pelajar perlu dipastikan supaya mampu
menyusunkan idea secara tertib yakni bermula dengan idea paling penting, diikuti idea
penting, dan idea kurang penting (sokongan). Pasti ujud pertautan antara ayat dalam
perenggan tulisan pelajar.
AYAT TOPIK
(pernyataan tema)
PEGEMBANGAN
(Pernyataan, takrif, Huraian yang logik dan relevan)
PENJELASANContoh
RUMUSAN(Ringkasan tema dan huraian perenggan tersebut)
Ringkasan Tema dan Huraian Perenggan tersebutGambarajah: Hubungan antara ayat topik, huraian, contoh dan rumusan yang membina
perenggan (Sulaiman Masri : m/s 19)
6
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH Diperlihatkan binaan perenggan bermula daripada satu pernyataan umum (ayat
topik).Kemudian , ditambah dengan huraian yang memasukkan maklumat lebih khusus.
Seterusnya, guru perlu berusaha menjadikan karangan pelajar menarik antaranya dengan:
a.Menggunakan kosa kata yang sesuai, iaitu menggunakan kosa kata yang dapat
meruntun perasaan dan membuka minda.
b.Menggunakan bahasa figuratif iaitu dengan menggunakan metafora, kiasan dan
simpulan bahasa yang sesuai supaya mampu menambah warnakan teks karangan.
c.Menggunakan simpulan bahasa, madah atau petikan popular.
d.Mempelbagaikan ayat iaitu menggunakan ayat panjang di antara beberapa ayat pendek
atau memulakan ayat dengan frasa, dan unsur perkataan lain yang sesuai untuk
mengelakkan kebosanan.
e.Mempelbagaikan teknik, iaitu pelajar diberitahu mereka boleh menggunakan teknik
soal dan jawab, imbas kembali dan lelucon dalam penulisan, asalkan tidak dilakukan
secara melulu.
iii. Perenggan Kesimpulan/ Penutup
Perlu logik dan memuaskan hati pembaca.Penutup boleh menggunakan bentuk yang
berikut:
a.Rumusan atau intisari huraian isi yang diperkatakan dalam setiap perenggan isi.
b.Kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan.
c.Mesej atau petua yang ingin disampaiakan kepada pembaca.
d.Pengulangan tema.
e.Jangkaan atau ramalan tentang keputusan terhadap isu yang diperlukan.
Perenggan kesimpulan perlu menyatakan pendirian dan harapan terhadap pembaca agar
menyebelahi anda atau pendapat umum tentang isu atau perkara yang dibincangkan.
4.0 PROSES MENULIS PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP DENGAN
CONTOH
Penulisan perenggan pendahuluan. Untuk memudahkan penulisan dan seterusnya
menghasilkan karangan yang memuaskan, perlu dimulai dengan merangka perenggan
7
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH pendahuluan atau pengenalan. Perenggan pendahuluan perlu mengandungi ayat kunci
atau pernyataan tesis.Terdapat 10 bentuk pendahuluan yang boleh digunakan dalam
perenggan pengenalan karangan, dan bentuk tersebut perlu bersesuaian dengan jenis
karangan.Jenis-jenis karangan tersebut adalah seperti :
1. Pendahuluan berbentuk definisi
2. Berbentuk pendapat tokoh
3. Berbentuk suasana/gambaran
4. Berbentuk persoalan
5. Berbentuk peribahasa/pepatah/cogan kata
6. Berbentuk latar belakang sejarah
7. Berbentuk fakta
8. Berbentuk tajuk berita
9. Berbentuk puisi
10. Berbentuk gabungan mana-mana bentuk nombor 1 hingga 9 (jenis ke 10 ini sesuai
untuk semua karangan kecuali karangan jenis cerita.
Di sini diperlihatkan beberapa contoh perenggan pendahuluan karangan.Pendahuluan
berbentuk definisi bermula dengan huraian ringkasan berkenaan tajuk yang
dipilih.Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian atau perbahasan, misalnya
”Petua Menggalakkan Masyarakat Berjimat Cermat”.
Contoh perenggan pendahuluan:
Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemat atau
menggunakan sesuatu secara tidak berlebihan, yakni tidak membazir.Perbuatan berjimat
cermat perlu dilakukan terhadap milik sendiri atau milik orang lain agar tidak berlaku
pembaziran.Sehubungan itu, karangan ini seterusnya memberikan beberapa petua
berjimat seperti berbelanja menurut kemampuan, menurut keperluan, dan apabila
terpaksa.
Pendahuluan bentuk persoalan, biasanya mengajak pembaca memperkatakan perkara
yang menjadi persoalan semasa, ditandai oleh tanda soal (?). Jenis ini sesuai bagi
karangan berbentuk perbahasan atau pendapat seperti pendahuluan bagi karangan
bertajuk :”Cakap tak serupa bikin dalam usaha kerajaan membasmi gejala rasuah”.
8
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
PENULISAN RANGKA ISI KARANGAN
Selepas penulisan perenggan pengenalan, langkah selanjutnya menulis rangka perenggan
isi. Langkah ini, perlu dimulai dengan menyenaraikan beberapa isi penting dan isi
sokongan, dan merangka huraian setiap isi tersebut.Pada ketika inilah juga anda mesti
menyenaraikan isi atau fakta yang sesuai dengan tajuk atau persoalan yang bakal
diperkatakan.Senarai isi merupakan bahagian penting dalam karangan. Biasanya
karangan peringkat sekolah menengah memerlukan sekurang-kurangnya tiga isi atau idea
utama.
Perenggan Isi
Terdapat tiga jenis perenggan isi untuk menghasilkan karangan yang sempurna atau
berkesan, iaitu: perenggan deduktif, perenggan induktif, dan perenggan gabungan
deduktif-induktif.
Perenggan deduktif
Perenggan deduktif dimulai dengan menyatakan isi karangan, kemudian diikuti
penghuraian atau penjelasan isi tersebut. Huraian mengandungi ayat sokongan, berserta
bukti dan contoh.Contoh perenggan isi berbentuk deduktif bagi karangan bertajuk:
Huraikan Kegagalan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam Usaha Mengamankan
Dunia.
Kegagalan utama PBB kerana tidak bertindak dengan adil.PBB sering menindas Negara
yang lemah. Hal ini boleh terjadi, berikutan PBB selalu tunduk terhadap kemahuan dan
keinginan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Rusia.PBB, misalnya tidak
mengambil tindakan terhadap Amerika Syarikat yang menceroboh Vietnam, Libya,
Kampuchea dan banyak Negara lain. Namun, apabila Pusat Dagangan Dunia (WTC)
diserang,PBB menyokong tindakan Amerika Syarikat yang menuduh serangan itu
9
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH didalangi oleh Osama bin Laden.Walhal, tiada bukti kukuh bagi membuktikan yang
Osama terlibat dalam serangan tersebut.Kejadian ini membuktikan antara ketidakadilan
PBB.
(Ayat yang digarisi merupakan ayat topik berjenis deduktif, iaitu dibina pada awal
perenggan isi)
Perenggan induktif
Perenggan induktif dimulai dengan penghuraian atau penjelasan isi atau idea, yang
disertai dengan bukti atau contoh, dan diakhiri dengan pernyataan isi sebenar karangan.
Contoh perenggan isi berbentuk induktif bagi karangan bertajuk: Huraikan Persamaan
dan Perbezaan Mata Pelajaran Geografi dan sejarah.
Mata pelajaran Geografi dan Sejarah bukanlah mata pelajaran yang baru dikenalkan di
sekolah.Malah, dua mata pelajaran ini banyak member kesan positif dalam kehidupan
masyarakat pada hari ini. Hal ini demikian, kerana melalui Geografi kita dapat
mengetahuai iklim dan bentuk muka bumik yang banyak membantu Negara dalam usaha
menghadapi bencana alam.Melalui pembelajkaran Sejarah, masyarakat dapat
mengetahuai peristiwa penting yang berlaku dalam Negara suatu ketika dahulu yang
memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan dan pembangunan Negara.
Dengan demikian, secara umumnya, mata pelajaran Gaografi dan Sejarah berbeza
daripada segi isi kandungannya tetapi mempunyai beberapa persamaan dalam usaha
mengembang dan membangunkan Negara.
(Ayat yang digarisi merupakan ayat topic berjenis induktif, iaitu dibina pada akhir
perenggan isi).
Perenggan deduktif-induktif
10
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH Perenggan jenis ini merupakan penggabungan unsure deduktif dan unsure
induktif.Dengan demikian, terdapat dua ayat topic yang ditulis di awal perenggan,
kemudian ditulis semula dalam pengembangan isi berkenaan.
Contoh perenggan isi berbentuk induktif bagi karangan bertajuk: “Malaysia Boleh tetapi
tidak cemerlang”.Huraikan slogan ini selari dengan keadaan pencapaian atlet Negara
dalam bidang sukan.
Tahap pencapaian sukan Negara masih mengecewakan dan tidak seperti yang dilaungkan
dalam slogan ‘Malaysia Boleh’. Pertandingan yang disertai oleh Negara sama ada di
peringkat negeri ataupun peringkat antarabangsa, secara keseluruhannya tidak
memuaskan. Kebanyakkan atlet yang lebih mementingkan habuan dan ganjaran lumayan
merupakan antara factor mewujudkan keadaan ini. Jika seseorang atlet itu menyertai
pertandingan, perkara yang bermain dalam fikiran mereka hanyalah habuan yang bakal
diterima walaupun maruah Negara yang dipikul. Keadaan ini menyebabkan soal
kemenangan diketepikan dahulu. Oleh itu, dengan adanya sikap seperti ini yang tebal
dalam diri kebanyakan atlet, maka mutu sukan Negara tidak mungkin dicapai
sebagaimana yang diimpikan itu.
(Ayat yang digarisi merupakan ayat topic jenis gabungan deduktif dan induktif, iaitu
dibina pada pertengahan perenggan isi dan diberi penekanan lagi pada akhir perenggan
isi).
Contoh Perenggan isi yang mantap
Untuk melahirkan masyarakat yang
berjimat cermat, kerajaan hendaklah
mengadakan kempen menabung.
Sehubungan dengan itu aktiviti forum,
wawancara dan ceramah tentang
kepentingan berjimat cermat boleh
disiarkan menerusi televisyen. Tokoh-
tokoh ekonomi wajarlah diundang untuk
menjayakan sesi tersebut. Selain itu
Ayat pertama:
Pernyataan Isi
Ayat kedua hingga keempat:
Huraian tentang cara kempen itu
dilaksanakan.
Ayat kelima:
Huraian tentang kempen (menjawab soalan
11
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH pertandingan pidato, peraduan menulis
esei, cerpen atau puisi yang bertemakan
kepentingan berjimat cermat boleh
diadakan untuk pelajar dan kakitangan
awam. Langkah ini penting untuk
menyedarkan orang ramai tentang faedah
belanja secara berhemat.Sekiranya usaha
ini mendapat kerjasama semua pihak, tidak
mustahil masyarakat yang berjimat cermat
dapat dilahirkan.
bagaimana)
Ayat keenam:
Lanjutan dan Penegasan
Perenggan kesimpulan/Penutup.
Perlu logik dan memuaskan hati pembaca.Penutup boleh menggunakan bentuk yang
berikut.Rumusan atau intisari huraian isi yang diperkatakan dalam setiap perenggan
isi.Kesimpulan terhadap isu yang diperkatakan. Mesej atau petua yang ingin disampaikan
kepada pembaca. Pengulangan tema. Jangkaan atau ramalan tentang keputusan terhadap
isu yang diperkatakan.
Perenggan kesimpulan perlu menyatakan pendirian dan harapan terhadap pembaca agar
menyebelahi anda atau pendapat umum tentang isu atau perkara yang dibincangkan.
WACANA TAK BERFORMAT DALAM PENGAJARAN PENULISAN SEKOLAH
MENENGAH
Contoh Penulisan Perbincangan/Pendapat
Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus. Lazimnya, penulisan jenis ini mengkehendaki murid membincangkan sesuatu topik yang diberikan berdasarkan pengalaman.Murid perlu mempunyai kemahiran berhujah dan pengetahuan yang dibincangkan. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukan kematangan dan kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan isi. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat pertimbangan dan menhuraikan isi-isu yang sensitif.Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung pada kehendak penulisan.
12
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Ujang Mohamed Lazim (2006), Fokus SuperHot PMR Penulisan. Pelangi Publishing Group Bhd.
Yahya Othman (2005), Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, PTS Professional Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin, Rosdah Omar (2007), STPM & PRA U Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Teks & Rujukan Lengkap. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari (2006) Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran Pembelajaran, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sulaiman Masri, Mashudi Bahari, Juliliyana Mohd Junid (2007) Bahasa Melayu Rujukan Menengah, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Sharar Mad Jisin (2008) Panduan Penulisan PMR. Arah Pendidikan Sdn. Bhd
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan
13
HBML3203/SHARIZAH ABDULLAH
14