BM THN4 NilaiMurni

9
Soalan-soalan Nilai Murni Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah : 1. Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim. Nilai murni : ___________________ 2. Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup subur. Nilai murni : ___________________ 3. Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya. Nilai murni : ___________________ 4. Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki. Nilai murni : ___________________ 5. Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka. Nilai murni : ___________________ 6. Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam kereta. Nilai murni : ___________________

description

Nilai murni

Transcript of BM THN4 NilaiMurni

Page 1: BM THN4 NilaiMurni

Soalan-soalan Nilai Murni

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah :

1.   Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim.

Nilai murni : ___________________

2.    Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup subur.

Nilai murni : ___________________

3.    Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya.

Nilai murni : ___________________

4.    Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki.

Nilai murni : ___________________

5.    Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka.

Nilai murni : ___________________

6.    Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam kereta.

Nilai murni : ___________________

7.    Cindy tidak bersikap sombong apabila memenangi pertandingan menyanyi itu.

Nilai murni : ___________________

8.    Pakcik Ling suka menderma kepada orang yang susah.

Nilai murni : ___________________

9.    Kami menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah nenek.

Nilai murni : ____________________

10.  Kami menyimpan duit angpau kami di dalam bank untuk kegunaan masa depan.

Nilai murni : _____________________

Page 2: BM THN4 NilaiMurni
Page 3: BM THN4 NilaiMurni

Jawapan :

1.       Murah hati

2.       Menjaga kebersihan dusun

3.       Berusaha mencari jalan penyelesaian

4.       Membantu jiran

5.       Semangat kejiranan

6.       Menghargai nyawa

7.       Bersikap rendah diri

8.       bersikap murah hati

9.       mengeratkan hubungan persaudaraan

10.   berjimat-cermat

Page 4: BM THN4 NilaiMurni

Latihan Nilai Murni

Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pernyataan di bawah.

Contoh :

Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

Nilai MurniGuru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri.Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat.Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Page 5: BM THN4 NilaiMurni

Nilai MurniOmar sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.Suria mencuci basikalnya yang kotor.Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. Mereka membaca buku di perpustakaan.Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.Sara suka makan makanan yang berkhasiat.Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.Winnie membetulkan kesilapan kawannya. Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jawapan :

Page 6: BM THN4 NilaiMurni

Contoh Nilai MurniGuru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. adil / saksamaAnis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. baik hati

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. baik hati

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. baik hati

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

bekerjasama / bergotong-royong

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. berdikariBudak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju and seluar sendiri. berdikariAbu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. berdisiplin / bertatatertib

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. berdisiplin / bertatatertib

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.

berhati-hati / berwaspada / cermat

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. berjimat-cermat Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. berjimat-cermat Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. berjimat-cermat Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. berjimat-cermat Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

bersopan / beradab / berbudi bahasa

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

cekal / keazaman / berazam

Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. cinta akan negara / semangat patriotik

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. cinta akan negara / semangat patriotik

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. cinta akan negara / semangat patriotik

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. cinta ilmuKim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. hormat, taatOmari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. patuh

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. keberanian / berani

Suria mencuci basikalnya yang kotor. KebersihanAh Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. kejujuran / jujur Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. kejujuran / jujur

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. kerajinan / rajin / ringan tulang

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. kerajinan / rajin / ringan tulang

Page 7: BM THN4 NilaiMurni

Mereka membaca buku di perpustakaan. kerajinan / rajin / ringan tulang

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. menghormati

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. patuh, menghormati guru

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. menjaga kebersihan persekitaran

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. menjaga kesihatan

Sara suka makan makanan yang berkhasiat. menjaga kesihatanKes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

peka kepada isu-isu sosial

’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

prihatin

Winnie membetulkan kesilapan kawannya. prihatinTina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya. sabar

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. semangat kejiranan

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya. semangat kejiranan

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. toleransi / bertolak ansu