BML 3053-zamiha 2013

download BML 3053-zamiha 2013

of 20

Transcript of BML 3053-zamiha 2013

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    1/20

    0

    FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

    M O R F O L O G I B A H A S A M E L A YU

    KUMPULAN : UPSI 05

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO . ID NO. TELEFONZAMIHA BT AB. WAHAB D 20111049479 019-3034578

    NAMA TUTOR E-LEARNING : HUSNA FAREDZA BT MOHAMAD REDZWAN

    TARIKH SERAH : 05 MEI 2013

    TUGASAN

    PERBANDINGAN KATA NAMA

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    2/20

    1

    KANDUNGAN

    Halaman

    Halaman Pengakuan 2

    Pendahuluan 3

    Definisi Morfologi 3 - 4

    Bidang Morfologi 5

    Unsur Utama Dalam Morfologi 5 - 9

    Konsep Dalam Morfologi 6 - 9

    Perbandingan kata nama 10 - 16

    Kesimpulan 17

    Rujukan 18

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    3/20

    2

    HALAMAN PENGAKUAN

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

    ZAMIHA BT AB. WAHAB

    650601115378

    27 April 2013

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    4/20

    3

    Pendahuluan

    Pengkajian dalam ilmu morfologi dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat

    yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa J erman.

    Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan

    beberapa serumpun, termasuklah bahasa J ermanik yang diterbitkan pada tahun 1816.

    Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalm bidang fonologi dan

    sintaksis pada abad ke 20. Menurut Frank Parker dalam bukunya , Linguistic For Non-

    Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi

    meruapakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau

    menyatakan morphology itu berasaal daripada bahasa Latin morphe yang membawa

    maksud bentuk.

    Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajian dan Pembelajaran Bahasa

    Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana

    perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur- unsur yang membentuk

    perkataan, proses- proses membentuk perkataan dan bentuk- bentuk perkataan yang

    dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmumorfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk

    kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang

    dikaji dalam proses pembentukan kata.

    Definisi Morfologi

    MenurutKamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, IlmuBahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang

    mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi

    atau ujaran sesuatu kata itu.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    5/20

    4

    Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik

    Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan

    dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-

    proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

    Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalambuku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,

    2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur ,

    bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk

    bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

    Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa

    Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu

    cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan

    kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada

    perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik

    atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa

    morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk

    membentuk ayat.

    MenurutRaminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk PelatihMaktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa

    yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady &

    Guzmanjuga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang

    disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitumorfologi adalah

    merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

    Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang

    telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein

    Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi

    bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi

    kata kata dan bahagian kata.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    6/20

    5

    Bidang Morfologi

    Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.

    Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit

    tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama adabentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

    penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan

    berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan

    yang sama.

    Unsur Utama Dalam Morfologi

    Morfem

    Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh

    dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri

    daripada satu unit atau satu morfem.

    Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan

    kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem,

    iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa

    morfem.

    Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas danmorfem terikat.

    Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan

    Dapat berdiri sendiri,

    misalnya:

    minum, cuti,

    sekolah, periksa

    Bentuk imbuhan, misalnya:

    mem, per, kan, ber

    Mempunyai maksud

    sendiri.

    Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.

    Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    7/20

    6

    Morfem terikat/imbuhan

    Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:

    Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca,

    menghafal.

    Akhiran . Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan

    "undian, minuman"

    Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)

    Api tan . Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya,

    imbuhanper....an dalampermainan.

    Kesimpulannya proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem seperti yang

    dijelaskan sepertimana berikut:

    Morfem ..> Perkataan > Frasa .> Klausa .> Ayat

    Konsep Dalam Morfologi

    a. Morf Abdullah Hassan 2005:120) dalam bukunya bertajuk Linguistik Am Siri

    Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk

    fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau memberikan contoh morfem [meN-]

    yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambang, iaitu

    meN-.

    J wuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf

    sebagai salah satu bentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang

    hendak dipilih dianggap mewakili secara konkrit morfem yang bersangkutan. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan

    morf sebagai the unit of grammatical from which realizes a morpheme

    Dapatlah disimpul di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang

    bersangkutan dan mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    8/20

    7

    lambing bagi mewakli morfem yang bersangkutan itu. Misalnya meN- yang

    melambangkan me-, men-, mem-,meng-,menge-, menye-.

    b) Alomorf

    Dalam buku Tatabahasa Dewan J ilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada

    menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-,

    penge- dan pel-. Menurut beliau lagi penyebaran alomorf- alomorf tersebut

    ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan

    awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.

    J os Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula

    menyatakan bahawaa setiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu

    disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawa alomorf ialah nama untuk

    bentuk- bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkan lingkungannya.

    Beliau ada memberikan contoh me-....-kan, mem-......-kan dan men-....-kan

    sebagai alomorf daripada morfem yang sama.

    David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan

    alomorf itu sebagai the variant possible morph of the one morpheme.

    Berdasarkan ketiga- tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlaainan daripada

    satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang

    menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorfpenye- digunakan sebelum hurufs pada

    awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada

    kata dasar yang bermula dengan p, b, fdanv.

    c) Morfofonem

    Pitsamai Intrachat (1987: 29 ), menjelaskan fonem- fonem yang berlainan

    yang diubah daripada arkifonem disebut morfofonem kerana fonem-

    fonem itu adalah fonem- fonem ubahan daripada arkifonem dalam satu

    morfem.

    J os Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi kedua pula

    berpendapat morfofonem ialah fonem- fonem yang berlainan yang diubah

    daripada arkifonem.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    9/20

    8

    Pendapat ketiga diutarakan oleh P. H Matthew (1997) dalam Oxford

    Concise Dictionary Of Linguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem

    ialah .the basic unit recognized in a morphophomic level of analysis. It

    is usually symbolized by the use of a capital letter within brace brackets.

    Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai

    alat asas dalam peringkat analisis morfofonemik.

    Berdasarkan ketiga- tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem

    mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengarah huruf awal pada kata

    dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya.

    Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah arkifonem dalam morfem dan

    arkifonem ini adalah ciri morfofonem.

    d) Mor fem Bebas

    Abdullah Hassan 2005:120) dalam bukunya bertajuk Linguistik Am Siri

    Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas

    secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada

    memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian

    sebagai sebuah kata.

    J wuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik pula

    menegaskan morfem bebas dapat berdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai

    satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta, makan dan satu

    adalah morfem bebas.

    Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan

    morfem bebas yang disebut free morphemes dalam bahasa Inggeris

    sebagai .morphemes that can occur by themselves in a phrase or

    sentence. Beliau memberi contoh perkataan write yang boleh berdiri

    sendiri dalam rangkai kata atau ayat.

    Secara ringkasnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang morfem bebas

    berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh mereka yang berlainan negara ini. Dapat

    dirumuskan di sini bahawa morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan

    difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Misalnya perkataan murid, jual, dan

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    10/20

    9

    baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpaperlu menerima morfem

    lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.

    e) Kata Akar

    Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan- rakannya (1997) dalam

    Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang

    bukan imbuhan. mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir

    daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi

    perkataan pertapaan dannyala dalam perkataan nyalaan.

    Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1997) dalam

    bukunya, Sintaksis Prediket Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan

    kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri, misalnya tari

    yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadipenari.

    Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam buku Linguistic

    Theory The Discourse Of Fundamental Works, kata akar disebut sebagai the

    root (racine) is the irreducible element common to all words of same family.

    The element in which the meaning common to all related words reaches the

    highest degree of abstraction and gererality. Perkara utama yang disentuh di

    sini ialah kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada

    bentuk yang lebih kecil.

    Dapatalah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan

    daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan

    morfem lain bagi melengkapkan maknanya. Contohnya kata akar rama danjuang. Kata

    akar rama perlu digandakan menjadi rama- rama danjuang ditambah dengan perkataan

    semangat juang bagi melengkapkan maknanya.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    11/20

    10

    Perbandingan Kata Nama dalam Tatabahasa Dewan ed. Ketiga , dan Tatabahasa

    Asas.

    a) Tatabahasa Dewan ed. ketiga

    Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaanfrasa nama.

    Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan,tempat, benda,

    atau konsep. Ia terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-

    ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti

    nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan

    kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain yang hadir

    sebelum dan selepasnya. Contohnya:

    Kata nama khas

    Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut

    nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan

    seumpamanya. Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan

    huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan

    Frasa nama

    Unsursebelum

    Katanama

    Unsur selepas

    sebuahsemua

    tiap-tiap

    empat orang

    dewanbas

    pendapat

    pelajar

    persidangan

    pelancongan

    bernas

    sekolah

    menengah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkataanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa_namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Oranghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Konsephttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semantikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa_namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa_namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semantikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Konsephttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tempat&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Oranghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa_namahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkataan
  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    12/20

    11

    Hidup > Manusia / Bukan manusia

    Tak hidup

    Rajah kata nama khas.

    Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau

    khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

    Kata nama khas hidupmanusia

    Kata nama khas hidup bukanmanusia

    Kata nama khas takhidup

    Aminah

    Puan Marita Tan

    Tengku Abdullah

    Prof. FatimahSenator Wong Ah Meng

    Doktor Muthusamy

    J ibrail

    Tumpuk

    Sang KancilHevea brasilia (pokok getah)

    Melayu

    Proton Waja

    Thailand

    Piala ThomasIstana Budaya

    Tan Sri

    Kata nama am

    Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep

    umum[2] seperti dalam contoh di bawah:

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jibrailhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kancilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Wajahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Thomashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Budayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Budayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Thomashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Thailandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Wajahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kancilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Haiwanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jibrail
  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    13/20

    12

    Gambar rajah kata nama am.

    benda: sekolah, kereta, cakerawala

    perkara: roh, udara, iklim

    konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahanKata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit danabstrak. Kata

    nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau

    dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya

    dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri

    daripada kata dasar dan kata terbitan.

    Contoh: buai -> buaian

    Seterusnya kata nama am boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang

    lebih kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, seperti berikut:

    1.Kata nama am hidup manusia: petani, ayah, ibu, sasterawan,

    pelukis, jurujual

    2.Kata nama am hidup bukan manusia: ayam, pokok, harimau,

    malaikat, ikan, bidadari

    3.Kata nama am tak hidup institusi: sekolah, persatuan,

    perpustakaan, hospital, pejabat pos, stesen bas

    4.Kata nama am tak hidup bukan institusi konkr it: rumah, lautan,

    langit, cakerawala, kereta, pekan

    5.Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang:

    senyuman, bayangan, pendapat, cadangan

    6.Kata nama am tak hidup bukan institus i abstrak tak berbilang:

    iklim, keindahan, ajaran, hasrat

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    14/20

    13

    Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

    Kata ganti nama

    Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata

    nama am. Golongan kata ganti nama dapat dipecahkan kepada beberapa subgolongan

    seperti: 1. Kata ganti nama tunjuk Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya dua kata ganti

    nama tunjuk, iaitu: itu, ini 2. Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri tanya terbahagi

    kepada dua, iaitu:

    kata ganti nama tanya, yang terdiri daripada

    tiga: apa, siapa, mana

    kata ganti diri orang, terdiri daripada tiga jenis: pertama, kedua,

    danketiga

    Kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau

    sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua

    iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnyaini, itu), dan

    penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

    Pembentukan kata nama

    Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata nama, iaitu:

    1. kata nama tunggal

    2. kata nama terbitan

    3. kata nama majmuk

    4. kata nama ganda

    contoh:

    kata namatunggal

    kata namaterbitan

    kata namamajmuk

    kata namaganda

    yurohbapatempayanbelantara

    pendakipekedaikekasih

    juruterbangpinggiran

    balai rayaDatukBendaharaderia rasaanak emas

    meja-mejakawasan-kawasantadika-tadikalelangit

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    15/20

    14

    poskod penantianpekarangankedudukantelapakseruling

    susu pekatmanis

    Timbalan NaibCanselormedan sinaran

    buku lima

    sesumbujejantassayur-sayurbiji-bijiankementerian-

    kementerianlauk-pauksuku-sakat

    Dalam bahasa Melayu proses pengimbuhan digunakan dengan amat kerap untuk

    membentuk perkataan.

    Sisipan kata nama tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu dan perkataan-perkataan

    yang mengandungi sisipan dianggap sudah membeku.

    b) Tatabahasa Asas

    Pengertian kata nama mengikut Tatabahasa Dewan (2008) ialah sejumlah perkataan

    yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Pengertian ini dilakukan denganmerujuk kepada kehadiran kata tersebut dalam binaan sintaksis atau ayat. Perkataan

    yang dicodongkan dalam konstituen subjek dan konstituen predikat ialah kata nama

    yang menjadi unsur inti bagi frasa namanya.

    awalan katanama

    akhiran kata namaapitan kata

    namasisipan kata

    nama

    penN-,pe-,peR-,ke-,

    juru

    hanya satu akhiran kata nama,iaitu an

    penN-...-an,pe-...-an,peR-...-an,ke-...-an

    -el-,-er-,-em-

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    16/20

    15

    Subjek Predikat

    Frasa Nama Frasa Nama

    1. Budak lelaki itu jiran saya.

    2. Kereta hitam itu kereta baharu abang saya.

    3. Penjelasan pemuda itu hanya alasan.

    4. Pesawat baharu itu pesawat tercanggih dalam kelasnya.

    Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.

    Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa

    dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

    Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

    a) Kata Nama Khas

    - kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya

    berpangkalkan huruf besar.

    i) Kata Nama Khas Hidup Manusia contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razak

    ii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia contoh : Tompok, Si Belang, J alak, J ibrail

    iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni,

    Planet Marikh.

    b) Kata Nama Am

    - Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    17/20

    16

    i) Kata Nama Am Abstrak jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan,

    contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.

    ii) Kata Nama Am Konkrit kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya

    sungai, isteri, bapa, kambing.

    c) Kata Ganti Nama

    i) Kata ganti nama tunjuk

    - kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau benda

    - ada dua : itu ( merujuk kepada benda yang jauh) dan ini (merujuk kepada benda yang

    dekat)

    ii) Kata ganti nama diri kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda,

    perkara atau manusia. Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:

    - Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara

    atau manusia.

    - Terdapat tiga bentuk :

    merujuk kepada orang- Siapa

    merujuk kepada benda atau perkara- Apa

    merujuk kepada benda- Mana

    - Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang

    terdiri daripada tiga kategori :

    saya, aku, beta, patik, kita- orang pertama

    saudara, kamu, awak, engkau, anda- orang kedua

    ia, dia, beliau, mereka, nya.- orang ketiga

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    18/20

    17

    Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, banyak kepentingannya untuk kita memahami disiplin morfologi

    dan proses- prosesnya yang mencakupi empat disiplin iaitu pengimbuhan, pemajmukan,

    penggandaan dan pengakroniman. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang

    lebih berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama dalam

    linguistik tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Tanpa

    pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dalam bahasa yang

    mudah dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam

    kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal

    morfologi dan sintaksis.

  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    19/20

    18

    Rujukan

    Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.

    Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

    Ahmad Khair Mohd Nor, (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi

    Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:

    Penerbitan Sarjana.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu

    http://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08/jenis-jenis-kata-adjektif.html

    Khalid M. Hussain. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- Bahasa Malaysia. Kuala

    Lumpur.

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood.

    2008. Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim dan Norliza J amaluddin. 2002. Bahasa Melayu

    STPM (Kertas 1 & 2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Kuala Lumpur :

    Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayuhttp://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08/jenis-jenis-kata-adjektif.htmlhttp://zuraidaothman.blogspot.com/2010/08/jenis-jenis-kata-adjektif.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu
  • 7/29/2019 BML 3053-zamiha 2013

    20/20

    19