Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

27
SEMESTER 1 SESI 2014/2015 QGJ 3033 : SUKAN INDIVIDU TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI 05 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIKS NO. TELEFON ZAITON BINTI EMBONG D20112054538 0124513520 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. SADZALI B. HASSAN 1 TUGASAN 1 : Program Latihan Acara Lompat Tinggi

description

share

Transcript of Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Page 1: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

QGJ 3033 : SUKAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI 05

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIKS NO. TELEFON

ZAITON BINTI EMBONG D20112054538 0124513520

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. SADZALI B. HASSAN

TARIKH SERAH : 17 DISEMBER 2014

1

TUGASAN 1 :

Program Latihan Acara Lompat Tinggi

Page 2: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Halaman

1. Tajuk Program Latihan2. Tempoh Masa Program Latihan3. Matlamat Program Latihan4. Tempoh Masa Sesi Latihan5. Jumlah Murid yang dilatih6. Alatan yang diperlukan7. Jadual Program Latihan8. Objektif Setiap Ansur Maju Latihan9. Perincian Aktiviti Ansur maju Kemahiran

10. Variasi Latih Tubi Kemahiran11. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan12. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan13. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan

14. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah. 15. Penutup

Kertas Kerja Program Latihan untuk acara lompat tinggi

2

Page 3: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

1. Tajuk Program Latihan : Program Latihan Acara Lompat Tinggi

Sekolah Kebangsaan Seri Tasek.

2. Tempoh Masa Program Latihan : 2 Bulan

3. Matlamat Program Latihan :

Peningkatan tahap kemahiran dan prestasi.

Pembentukan kecergasan secara menyeluruh seperti

keupayaan melompat.

Melakukan segala aksi teknikal dengan betul, memperbaiki

teknik asas yang rasional dengan kemahiran melompat

sepatutnya dan melakukan teknik khusus dengan berbagai

keadaan, memperbaikan teknik lakuan dalam sukan tertentu

dan keyakinan melakukan semua jenis pergerakan secara

umum dan khusus.

Dari segi aspek psikologi juga perlu bagi meningkatkan

prestasi. Latihan dari segi psikologi penting bagi

meningkatkan disiplin, ketabahan, semangat melawan,

keyakinan dan kesungguhan

Latihan dapat meningkatkan pengetahuan atlet mengenai

asas psikologi dan fisiologi latihan, perancangan,

3

Page 4: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

pemakanan dan pemulihan. Perbincangan antara atlet dan

jurulatih.

4. Tempoh masa sesi latihan :

Sesi latihan akan dijalan selama 2 jam sehari dan dijalankan 3 hari dalam

seminggu dan akan berlangsung selama 2 bulan sebelum kejohanan.

Masa latihan bergantung rapat dengan aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar

nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan

dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang

signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50%

kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh

badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa

minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

5. Jumlah murid yang dilatih : Latihan ini menyasarkan kepada 6 atlet

(lelaki).

6. Alatan yang diperlukan : Dalam sukan olahraga, terutamanya acara lompat

tinggi , terdapat beberapa peralatan yang diperlukan.

Peralatan

Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk

membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu

kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan

dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti dua batang tiang

diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang

dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat

satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah

mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah

dijatuhkan.

4

Page 5: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun

bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai

dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang

menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan

pada tiang.

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang

memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa

teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang

sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan

pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut

yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau

pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas

lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.

Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya

dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan

selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik

digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

Jarak minimum landas lari ialah 15m kecuali dalam pertandingan-pertandingan

yang dijalankan mengikut peraturan 1 (a) , (b) dan (c) yang jarak minimumnya ialah 20m.

jika keadaan mengizinkan , jarak minimum ini sepatutnya 25m. 4. Keseluruhan

kecerunan maksimum pada 15m terakhir landas lari dan kawasan lonjak berbentuk

separuh bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di antara tiang-tiang tegak dan

berjejari minimum seperti yang dinyatakan dalam peraturan 182.3 itu tidak melebihi 1:

250. Kawasan mendarat mesti ditempatkan supaya kemaraan atlet ke arah kecerunan

menurun. 5. Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan hendaklah

peraturan 182.4 dan Manual Trek dan Padang IAAF Alat-Alat 6. Tiang. Apa jua bentuk

5

Page 6: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

tiang boleh digunakan asalkan tegap. Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk

menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut juga mestilah cukup tinggi supaya

sekurang-kurangnya ia melebihi 10sm daripada paras sebenar palang dinaikkan. 7. Tiang

tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Refri merasakan sama ada

landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai.jika demikian, perubahan hanya

boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 8. Sangga Palang. Sangga hendaklah rata

dan berbentuk empat segi bujur, 4smx6sm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh

pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya mengahadap ke dalam. Hujung

palang akan terletak di atasnya supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang,

apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau

dengan sebarang barang lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang

atau, tidak juga ia boleh dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah saam

tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. 9. Hendaklah

ada ruang di antara hujung palang dengan bang sekurang-kurangnya 1sm.

Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting bagi para olahragawan bukan

sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk

kegunaan dalam acara lain seperti lompat tinggi. Jenis kasut bergantung kepada

kesesuaian dan keselesaan individu. Bagaimana pun biarlah daripada jenis yang ringan.

Tapak dan tumit kasut yang dibenarkan ialah untuk 11 tempat paku. Bahagian paku yang

teranjur dari tapak atau tumit tidak meelebihi 25 mm panjangnya. Atlit tidak dibenarkan

menggunakan sebarang alat sama ada di dalam atau di luar kasut yang boleh menambah

tebal kasut atau yang boleh memberi bantuan kepada pemakainya.

Nombor peserta

Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang dipakai di belakang dan di dada

supaya jelas kelihatan. Nombor-nombor itu mestilah sama dengan nombor dalam buku

aturcara. Ukurannya tidak melebihi 150 mm x 25 mm dan gubahan nombor-nombor

peserta yang mengambil bahagian hendaklah sama.

6

Page 7: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Pakaian

Dalam semua acara, peserta-peserta mestilah memakai pakaian bersih dan

digubah supaya tidak menjolok mata. Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak

nipis dan menampakkan susuk badan pemakai walaupun basah dan boleh mengganggu

keputusan hakim.

7. Jadual Program Latihan.

Sesi Jam Aktiviti Catatan

16.45 pg-7.00pg Warming up7.00pg-7.20pg Fartlek Training7.20pg-7.30pg Cooling Down

2

5.15ptg-5.30ptg

Warming upJoging

StrechingLooseningLeg drill

Prepare for heart body 120 bpm

5.30ptg-6.45ptgWeigh TrainingLitar Bebanan

Intensiti 80%

6.40ptg-7.00ptg Cooling Down

KITARAN MIKRO

7-14 hari latihan dalam satu pusingan latihan. Beberapa pusingan latihan ini akan

bergabung dan membentuk satu kitaran Meso.

Contoh latihan 1 Minggu (Kitaran Mikro)

Acara : Lompat Tinggi

Hari Sesi PagiSesi Petang

IsninLokasi SK LuatLatihan Kardio – Fartlek

Lokasi-bilik bebananLatihan bebanan

SelasaLokasi- Padang sekolah Lokasi- Padang sekolah

Latihan Teknik Lompatan

7

Page 8: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Rabu Rehat aktifLokasi- Padang sekolahLatihan Jenis Lompatan

KhamisLokasi- Padang SekolahLatihan Jenis Lompatan

Lokasi-gymnasiumLatihan Plyometrik

JumaatLokasi- Padang SekolahLatihan Teknik Lompatan

Rehat aktif

SabtuLokasi-SK LuatLatihan Kardio – 2.5 KM

Lokasi Padang sekolahLatihan

Ahad Bebas Bebas

KITARAN MESO

Minggu 1 hingga minggu 9 : Pada peringkat perubahan kandungan. Latihan akan

nampak lebih ketara berbanding peringkat sebelumnya. Gabungan 2 atau lebih

Kitaran Meso akan membentuk Kitaran Mikro.

Hari Minggu1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5

Isnin Fartlek Fartlek Fartlek Fartlek Fartlek

Selasa Plyometrik Plyometrik Plyometrik Plyometrik Plyometrik

Rabu Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat AktifKhamis Teknik

LompatanTeknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Jumaat Bebanan Bebanan Bebanan Bebanan Bebanan

Sabtu Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

HariMinggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9

IsninFartlek Fartlek Fartlek Fartlek

SelasaPlyometrik Plyometrik Plyometrik Plyometrik

Rabu Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat Aktif Rehat AktifKhamis

Litar Litar Litar Litar

JumaatBebanan Bebanan Bebanan Bebanan

Sabtu Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

Teknik Lompatan

8

Page 9: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

KITARAN MAKRO

Kitaran lengkap dalam tempoh setahun yang terdiri dari Kitaran Mikro dan

Kitaran Meso.

8. Objektif Setiap Ansur Maju Kemahiran :

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah.

Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang

menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang

diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ia 6

hingga 8 minggu.

9. Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan

Gaya Straddle

Langkah 1 :

            Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.  Kaki

yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan

lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 :

            Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas

tanah.  Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah

dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 : 

Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki

kanan.  Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan

9

Page 10: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan

lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.

Langkah 4 :

 Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang

agar memberi keyakinan kepada pelatih.  Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di

tengah-tengah tali getah itu tadi.  Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap

lompatan.

Langkah 5 : 

            Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan.  Ini diikuti dengan

arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda

yang telah diikat pada tali getah tadi.  Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada

paras pinggang sehinggalah paras bahu.

Langkah 6 : 

            Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk

melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-

a)    Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)    Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)    Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)    Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu

dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan

penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas.  Ini belum lagi aksi bagi memutar

melintasi palang.  Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak

dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :

            Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan

palang.  Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya straddle.

10

Page 11: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Langkah 8 : 

            Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.  Kedudukan

sekarang adalah berpasangan.  Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan

dan dilakukan.  Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. 

Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. 

Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan.  Oleh itu, secara

otomatik badan akan terputar ke arah sisi.  Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan

ialah badan haruslah diangkut ke bawah.  Kepala perlu direndahkan, manakala tangan

diturunkan.

Langkah 9 :

            Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam.  Satu langkah diambil di

atas bangku.  Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di

atas tilam.  Bangku dikeluarkan.  Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.

Langkah 10 :

            Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian

landas.  Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa

mendarat.  Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan

aktiviti-aktiviti seterusnya.

Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.

Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat.  Ianya

diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan.  Pelajar atau atlit diarahkan

11

Page 12: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak.  Kemudian

badan dijatuhkan ke belakang.  Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan

seterusnya. 

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan

badan di bahagian belakang bahu.  Dagu hendaklah dirapatkan pada dada.  Perlu

ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang.  Untuk peneguhan,

semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola

sepak).  Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu

dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun.  Ini bertujuan untuk hayunan

tangan yang lebih mantap.  Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang

sedikit.

Langkah 2 :

            Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan.  Segala

perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1.  Pelajar dikehendaki dan diarahkan

untuk membuat lonjakan sedikit.  Ia bertujuan untuk mengangkat badan.  Gunakan tali

getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah

kaki.  Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.

Langkah 3 :

            Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.  Pelajar

dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.  Pengasingan

pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan

kanan tempat melompat.

            Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan

kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan

melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. 

12

Page 13: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang

sebenar.

Langkah 4 :

            Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan

layangan.

     i)        Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan

daya putaran pada badan.

    ii)        Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya

dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai

suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :

            Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. 

Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan

lengkungan disediakan.  Palang hendaklah berada di paras yang rendah.  Pada mulanya

pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas.  Ini

cuba beberapa kali.  Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya

lompatan berjaya dilakukan. 

            Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari

landas 9 hingga 11 langkah.  Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak

laju.

13

Page 14: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

10. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN

1.    Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi

perhatian dan penegasan.

2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati

dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh

memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya

untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada

perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

UNTUK GAYA FOSBURY FLOP 

BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN

1. Hukum

Newton

ketiga

F1 = F 2 1.    Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke

bumi

2.    Hayunkan tangan dan kaki hendaklah

berhampiran dengan badan supaya mencapai

14

Page 15: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

lonjakan yang maksimum

2. Pusat Graviti 1.       Semasa pusingan badan, pelompat

mengekalkan pusat gravity untuk mencapai

stability.

2.       Pelompat menahan pergerakan ke bawah

sebelum melonjak ke atas supaya pusat gravity

beralih ke bahagian hadapan melibatkan

komponen menegak.

3. Stabiliti 1.    Badan dilentikkan ke belakang semasa

lonjakan untuk offset pusat gravity supaya

pelompat sentiasa cuba mencari stability.

2.    Larian dilakukan secara perlahan ke

pantas, langkah pendek ke langkah panjang

sebelum membuat lonjakan.

4. Geseran 1.     Kasut hendaklah jenis spike supaya

menghasilkan daya yang lebih besar dengan

permukaan trek semasa larian.

5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian

yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang

meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan

momentum yang maksimum juga kerana

momentum = masa X halaju.

15

Page 16: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

6. Daya

centrifugal

dan

centripetal

1.    Badan hendaklah melentik ke belakang

semasa melepasi palang.

2.    Semasa melepasi palang, kaki diluruskan

manakala kepala mendongak ke atas bagi

menghasilkan lompatan yang sempurna.

11. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan.

Pemilihan atlet untuk adalah amat penting. Secara umumnya, seorang

jurulatih akan memilih pelari pecut yang mempunyai kelajuan tertinggi Semua ahli

pasukannya harus kukuh dari segi psikologi dan sentiasa tenang semasa baton

dihantar. Adalah menjadi tanggunjawab jurulatih menempatkan pelari-pelarinya

secara strategik untuk mendapat sebarang kelebihan yang mungkin timbul. Jurulatih

juga harus tahu berkenaan sifat-sifat psikologi pelari-pelarinya, iaitu mengetahui

sama ada seorang atlet akan berlari dengan baik sekali di hadapan atau daripada

belakang. Adalah amat penting supaya mereka ditempatkan di mana mereka boleh

menyumbang yang terbaik dari segi jasmani dan mental. Strategi untuk

menempatkan atlet adalah amat penting.

12. Aspek keselamatan yang harus diutamakan.

Bagi mengelakkan berlaku sesuatu kejadian atau perkara yang tidak diingini,

beberapa langkah keselamatan perlu dielakkan. Setiap atlet juga perlu diingatkan tentang

beberapa perkara agar acara tersebut dapat dijalankan dengan baik. Antaranya :

16

Page 17: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

1)    Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2)    Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

3)    Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah

jatuh.

4)    Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia

jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

Sebelum melakukan aktiviti kita perlulah memeriksa alatan atau kemudahan

aktiviti untuk diadakan. Selepas menggunakan peralatan sukan simpan yang ada bagi

mengelakkan kecederaan. Penyelenggaraan alatan sukan juga memudahkan ditempat

yang selamat dan mudah diambil. Sekiranya berlaku kecederaan, segera melaporkan

kepada guru. Sentiasa membawa peti pertolongan cemas supaya kecederaan dapat diubati

dengan segera.Kita juga mestilah membantu rakan yang memerlukan pertolongan semasa

melakukan aktiviti. Selepas melakukan aktiviti sukan minum air dengan banyak

untuk mengelakkan dehidrasi. Kita hendaklah berhati-hati semasa melakukan aktiviti

sukan dan sentiasa mematuhi setiap arahan guru. Semasa hendak melakukan aktiviti,

pastikan bahawa kita berada dalam keadaan sihat dan cergas. Akhir sekali kita mestilah

dengan cara yang sihat dan adil. Sentiasa hormat menghormati dan memberi sokongan.

Dengan mematuhi aspek aspek keselamatan, nescaya sesuatu aktiviti sukan dapat

dijalankan dengan lancar. Kemalangan semasa bersukan juga dapat dielakkan.

13. Persediaan pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah.

Fasa Persediaan- Persediaan Umum- Persediaan Spesifik

Fasa Pertandingan

- Pra-Pertandingan

- Pertandingan

17

Page 18: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

Fasa Transisi- Transisi Aktif- Transisi Pasif

Jadualkan setiap komponen keupayaan atlet yang ingin dipertingkat mengikut

fasa-fasa latihan yang dikenalpasti. Aspek-aspek utama dalam komponen keupayaan atlet

yang ingin diperkembangkan termasuklah persediaan fizikal, persediaan mental,

persediaan teknik dan persediaan taktik.etapkan peratus masa latihan untuk melatih setiap

aspek komponen latihan utama yang dipilih.

Langkah yang terakhir yang perlu diambil oleh jurulatih dengan menyediakan

pasukan untuk menyertai kejohanan. Dalam fasa terakhir sebelum kejohanan berlangsung

latihan ringan diberikan untuk mengekalkan kecergasan atlet. Di samping itu langkah ini

diambil adalah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan kepada atlet. Atlet

dinasihatkan melakukan latihan-latihan ringan dan mempunyai rehat yang cukup.

Pengambilan makanan yang berkhasiat juga digalakkan bagi mengekalkan kesihatan dan

menjaga stamina. Penjagaan makanan bukan sahaja sebelum pertandingan sebaliknya

telah diamalkan sepanjang tempoh latihan selama dua bulan.

14. Penutup

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa acara lompat tinggi adalah acara

padang yang memerlukan kesungguhan atlet di samping program latihan yang sistematik

untuk hasil yang mantap.

Teknik yang digunakan juga adalah penting bagi mendapatkan atlet yang

berkeyakinan tinggi untuk membuat lompatan. Pemilihan jenis lompatan yang tepat dapat

membantu atlet melakukan lompatan dengan jayanya.

Daripada 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan hanya empat

orang dari setiap kategori akan menjadi pelari utama. Selebihnya akan menjadi pelari

18

Page 19: Tugasan 1 QGJ 3053 Sukan Individu (2)

simpanan bagi menggantikan pelari utama sekiranya ada yang mengalami kecederaan di

saat-saat akhir ataupun mengalami masalah kesihatan.

19