BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

download BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

of 15

Transcript of BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    1/15

    BML3073

    SOSIOLINGUISTIK MELAYUTUGASAN 1

    Hasilkan sebuah jurnal refleksi anda. Catatkan atau gambarkan 20

    peristiwa/situasi yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang

    digunakan di persekitaran masyarakat anda. Berikan ulasan/ pendapat/

    kritikan/ komen/ rumusan anda berkaitan dengan peristiwa/ situasi

    tersebut.

    NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY

    NOMBOR I.D. : D20112055167

    KUMPULAN : UPSI02

    NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. SITI SANIAH ABU

    BAKAR

    TARIKH AKHIR : 23 NOVEMBER 2014

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    2/15

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

    sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

    supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Profesor Madya

    Dr. Siti Saniah Abu Bakar kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan

    yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    3/15

    Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1 Pendahuluan 1

    2 Catatan 20 situasi penggunaan bahasa masyarakat setempat 1

    3 Penutup 10

    4 Rujukan 12

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    4/15

    Pendahuluan

    Pertembungan bahasa berlaku serentak dengan pertembungan budaya kerana bahasa adalah

    sebahagian daripada budaya. Pertembungan bahasa dibahagikan kepada dua keadaan, iaitu kesan

    daripada pertembungan bahasa itu sendiri, sama ada ke arah kesempurnaan bahasa ataupun

    pencemaran bahasa. Keadaan yang dikatakan menuju ke arah kesempurnaan bahasa merupakan

    kesan positif hasil pertembungan bahasa. Sementara pencemaran bahasa pula adalah kesan

    negatif hasil pertembungan bahasa.

    Pertembungan atau pertemuan bahasa merupakan gejala yang lahir dari pertemuan

    komuniti yang berbeza bahasa, dan dengan itu juga pertemuan peradaban. Pertemuan ini

    mewujudkan pelbagai jenis bentuk pertuturan yang secara am disebut bahasa. Pertemuan antara

    ahli-ahli dari komuniti yang berbeza-beza itu menimbulkan gejala yang boleh kita namakan

    gejala pertembungan atau pertemuan bahasa. Gejala ini mempunyai pelbagai bentuk dan boleh

    berevolusi menjadi pelbagai jenis pertuturan. Di antara jenis pertuturan tersebut pula ada yang

    berevolusi menjadi bahasa tersendiri (Asmah Haji Omar, 2007:1).

    Penuturan dialek menunjukkan kesetiaan penuturnya terhadap dialeknya sehingga

    memungkinkan dialek masih dituturkan khususnya dalam konteks tidak rasmi. Dialek

    dibincangkan dari sudut pertembungan bahasa, iaitu hasil pertembungan bahasa menghasilkan

    pula fenomena percampuran kod atau dikenali juga sebagai bahasa rojak. Kemampuan seseorang

    untuk menempatkan penggunaan sesuatu dialek dalam masyarakat penggunanya bergantung

    kepada masyarakat dan martabatnya. Dari segi martabat pula, jikalau penutur sedar akan

    martabatnya, dia akan menggunakan dialek martabatnya. Perhubungan antara pengguna menjadi

    faktor pemilihan ragam bahasa tertentu semasa berkomunikasi.

    Situasi 1:

    Pada suatu pagi, saya pergi ke kantin sekolah untuk menikmati sarapan pagi bersamadengan beberapa rakan guru. Apabila sampai di sana, saya melihat beberapa orang guru dari

    Semenanjung Malaysia iaitu dari negeri Kelantan sedang duduk minum dan berbual sesama

    mereka. Kemudian, saya menyoal beliau tentang makanan yang sedang dinikmatinya pada waktu

    1

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    5/15

    itu. Lantas, beliau menjawab Saymakik kepada saya sambil tersenyum.

    Walaupun beliau menggunakan dialek Kelantan untuk menjawab soalan saya, tetapi saya

    faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Maksud beliau adalah Saya makan ikan jika

    mengikut bahasa Melayu yang sebenarnya. Mungkin beliau tersasur atau terlepas cakap pada

    waktu itu kerana sedang bercakap dengan guru-guru daripada negeri yang sama.

    Situasi 2:

    Sewaktu saya berjalan menuju ke sebuah kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran,

    saya melimpasi kawasan gelanggang permainan. Di sana saya melihat seorang guru dari negeri

    Terengganu sedang mengajar para pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan. Guru berkenaan menunjukkan cara untuk menggunakan gelung rotan di dalam aktiviti

    subjek tersebut. Kemudian saya mendengar beliau berkata Tengok, ini caranya menggunakan

    gelung rotang.

    Perkataan rotan yang disebut oleh guru berkenaan telah berlaku penambahan huruf dan

    bunyi iaitu huruf g menjadi rotang. Para pelajar yang mendengarnya tersenyum sinis lalu

    memberitahu guru tersebut bahawa itu adalah gelung rotan. Bunyi sebutan ini juga adalah

    berpunca daripada pengaruh dialek yang terbawa oleh beliau semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah.

    Situasi 3:

    Di sekolah saya terdapat beberapa orang guru yang berasal dari negeri Sabah dan ada

    juga orang tempatan yang mengahwini orang dari negeri tersebut. Pada suatu pagi, saya

    mengajak seorang cikgu yang mengahwini orang Sabah untuk pergi minum di kantin sekolah.

    Beliau menjawab saya dengan berkata Saya sudah minum bah!

    Pada mulanya saya agak terkejut dan hairan kenapa beliau menggunakan atau menambah

    perkataan bah di hujung ayatnya. Menurut tafsiran orang Sarawak, maksud perkataan bah

    ialah banjir. Namun selepas dijelaskan oleh seorang lagi cikgu yang telah lama berkawan dengan

    beliau barulah saya faham bahawa biasanya orang Sabah akan menambah istilah bah pada

    2

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    6/15

    hujung ucapan mereka.

    Situasi 4:

    Situasi ini berlaku di bilik guru semasa waktu rehat di sekolah. Saya bercadang hendak

    pergi ke bilik ketua bidang yang berada di atas bukit untuk bertemu dengan ketua bidang kami.

    Apabila sampai di depan pintu bilik guru, saya ditegur oleh seorang guru yang berasal dari

    Kuching, Sarawak. Beliau menyoal saya, Sinkitak tk?. Lalu saya menjawab bahawa saya

    hendak pergi ke bilik ketua bidang.

    Sebenarnya, saya dari kecil hingga sekarang belum fasih dalam berbahasa menggunakan

    bahasa Melayu Sarawak kerana saya kurang bergaul dengan mereka. Semenjak saya menceburi

    bidang perguruan, barulah saya sedikit sebanyak telah mula belajar bahasa tersebut. Jadi, makna

    ayat cikgu berkenaan tadi ialah beliau menyoal saya datang dari mana.

    Situasi 5:

    Suatu petang, sekolah saya mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan

    pasukan dari sekolah lain. Semasa bermain, tiba-tiba seorang cikgu yang sedang mengelecek

    bola menyebut Jago ko di sebelah saya. Setahu saya, beliau adalah orang Selakau iaitu salah

    satu suku kaum Dayak Bidayuh di negeri Sarawak.

    Kebanyakan suku kaum ini menetap di daerah Lundu dan Sematan di negeri Sarawak.

    Mereka banyak menggunakan bunyi vokal o di hujung perkataan di dalam percakapan mereka.

    Oleh itu, maksud ucapan di atas tadi ialah menyuruh saya memberi ruang supaya beliau dapat

    menyepak bola ke hadapan pintu gol pihak lawan.

    Situasi 6:

    Pada suatu malam, semasa saya dengan seorang rakan guru sedang bertugas sebagai

    warden asrama di sekolah. Beliau bercakap dengan saya, Belakau telau. Pada mulanya saya

    terpinga-pinga dan ingatkan beliau mengatakan di belakang saya ada telur. Kemudian saya pun

    bertanya balik kepada beliau, Apa maksud cikgu tadi?. Seterusnya, beliau memberitahu

    bahawa beliau mengajak saya untuk pergi berjalan-jalan atau meronda ke asrama.

    3

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    7/15

    Jadi, maksud ucapan beliau tersebut ialah Mari jalan-jalan di mana beliau membawa

    saya untuk meronda ke kawasan asrama di sekolah kami. Rupanya, barulah saya mengetahui

    bahawa guru berkenaan sebenarnya berbangsa Melanau yang berasal dari bahagian Mukah di

    Sarawak. Biasanya, kaum ini banyak menggunakan bunyi vokal o atau u di hujung sesuatu

    perkataan.

    Situasi 7:

    Saya mengajar di kelas Peralihan yang terdiri daripada majoritinya pelajar Cina dan

    selebihnya adalah pelajar Iban. Semasa saya mengajar, tiba-tiba datang seorang pengawas

    sekolah memanggil seorang pelajar Cina di kelas ini. Pelajar ini dipanggil untuk berjumpa

    dengan guru tingkatan di atas urusan yang tertentu.

    Oleh kerana pelajar ini tidak begitu faham akan arahan pengawas tadi maka kawannya

    pun mengarahkannya dalam bahasa slanga atau Cina. Salah satu daripada perkataan yang

    digunakan ialah Cau lah yang bermaksud bahawa kawannya menyuruh pelajar tadi untuk pergi

    bertemu dengan guru tingkatan mereka. Istilah cau adalah sama maksudnya dengan istilah

    pergi.

    Situasi 8:

    Kebanyakan masa saya mengajar adalah bersama dengan pelajar di kelas Peralihan. Saya

    mengajar mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu bagi kelas ini sejak lebih daripada 10 tahun

    yang lepas. Pada masa rehat, saya mendengar salah seorang pelajar telah memesan makanan

    kepada seorang rakannya yang hendak pergi ke kantin sekolah. Dia berkata kepada rakannya,

    Saya nak tapau mi. Pesanan pelajar tadi bermaksud dia hendak membeli mi bungkus iaitu

    istilah tapau membawa erti bungkus.

    Itulah beberapa istilah atau perkataan yang biasa saya dengar terutama semasa rehat. Ini

    kerana pengaruh dialek atau bahasa Cina itu sendiri di dalam kelas ini. Pengaruh bahasa ini telah

    dibawa dari sekolah rendah lagi di mana mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan

    Cina.

    4

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    8/15

    Situasi 9:

    Seorang cikgu lelaki yang berbangsa Cina di sekolah saya memanggil seorang rakan guru

    dengan berkata Cikgu Kulling, mari sini. Apabila saya mendengar beliau memanggil sebegitu

    rupa, saya pun tersenyum dan menegur guru berkenaan dengan mengatakan Sejak bila awaktukar nama dia? Kedua-dua guru berkenaan juga turut tersenyum terutama cikgu yang empunya

    nama tadi.

    Ini kerana terdapat perbezaan bunyi sebutan pada nama cikgu berkenaan dengan adanya

    penambahan huruf g di hujung nama tersebut. Nama sebenarnya guru berkenaan sepatutnya

    ialah Cikgu Kullin dan bukannya Cikgu Kulling. Oleh itu, terdapat pengaruh bahasa pasar

    yang biasanya digunakan oleh orang Cina di pasar yang menambah huruf g pada sesuatu

    perkataan tertentu.

    Situasi 10:

    Situasi ini juga berkaitan dengan seorang guru perempuan yang berbangsa Cina. Semasa

    berbual di bilik guru, saya sering mendengar beliau bercakap seperti mengeluarkan suaru

    daripada hidungnya atau terdapat bunyi sengauan. Walaupun beliau mengajar mata pelajaran

    Bahasa Melayu untuk menengah atas namun bunyi sebutannya yang agak sengau.

    Oleh sebab itu, ada seorang guru lelaki yang juga mengajar mata pelajaran yang sama

    selalu mengusik beliau dengan mengikut cara beliau bercakap seperti sengau. Perkara ini

    mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau fizikal di mana lidahnya masih keras dan pendek

    menyebabkan suara dilepaskan melalui hidungnya. Walaupun demikian, beliau mampu

    menguasai dan mengajar mata pelajaran ini dengan baik di kelas menengah atas untuk beberapa

    tahun yang lepas sehingga sekarang.

    Situasi 11:

    Situasi ini berbalik kepada pelajar di kelas Peralihan di sekolah saya. Memang tidak

    dinafikan bahawa para pelajar yang memasuki kelas ini adalah mereka yang lemah atau belum

    menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu. Oleh sebab itulah mata pelajaran ini ditekankan

    5

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    9/15

    pada peringkat ini untuk menyediakan mereka menguasai bahasa Melayu sebelum melangkah

    masuk ke tingkatan 1 pada tahun depan.

    Kesilapan berbahasa yang sering mereka sebut seperti Saya tandas cikgu iaitu bagi

    mereka yang betul-betul lemah dalam bahasa ini. Maksud pelajar tadi ialah dia meminta

    kebenaran untuk pergi ke tandas tetapi dia terlupa atau tidak tahu macam mana hendak menyebut

    dengan cara yang betul. Namun, bagi saya yang sudah biasa dengan karenah mereka, saya akan

    benarkan saja mereka untuk keluar ke tandas.

    Situasi 12:

    Ini adalah satu lagi situasi yang kerap didengari di kelas Peralihan. Ada di kalangan

    mereka yang menyebut Saya sampah cikgu kepada saya. Ucapan seperti ini biasanya

    dinyatakan pada awal pagi di mana mereka bertugas untuk membersihkan kelas. Selepas itu,

    mereka akan minta kebenaran untuk pergi membuang sampah ke tempat pembuangan sampah

    dengan menyebut ayat tersebut.

    Masalah di sini ialah jikalau seseorang guru baru yang tidak pernah bersama atau

    mengajar mereka akan menganggap pelajar itu mengakui dirinya adalah sampah. Namun bagi

    saya yang selalu masuk mengajar atau guru tingkatan mereka sudah pasti faham bahawa maksud

    pelajar berkenaan adalah Saya hendak pergi membuang sampah, cikgu. Ini kekeliruan bahasa

    yang berlaku jika disalahtafsir oleh individu lain atau orang luar daripada sekolah.

    Situasi 13:

    Satu lagi situasi yang berkaitan dengan para pelajar di kelas Peralihan adalah semasa

    menjawab sesuatu soalan latihan di kelas. Walaupun cara saya mengajar dengan berbincang

    dahulu dengan mereka tentang jawapan, kemudian membaca semula jawapan berkenaan dan

    seterusnya menunjukkan sekali jawapan tersebut di dalam buku teks. Namun bagi pelajar yang

    begitu lemah masih belum dapat menangkap jawapan yang telah dibincangkan, disebut semula

    dan ditunjukkan sekali kepada mereka akan bertanya balik sama ada kepada saya atau rakan di

    sebelah.

    6

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    10/15

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    11/15

    mendengar perkataan skodeng yang bermaksud mengintai. Memang betul pada waktu itu saya

    sedang mengintip dari celah bangunan di atas bukit ke asrama lelaki untuk memastikan bahawa

    para pelajar telah pun tidur semuanya.

    Situasi 16:

    Pada suatu hari, datang seorang pelajar lelaki yang berbangsa Iban ingin membuat

    laporan tentang seorang pelajar perempuan yang dikatakan mempunyai masalah disiplin di kelas.

    Dia mengatakan, Cikgu dia ada sulu di tingkatan lima. Mula-mulanya, saya tertanya-tanya

    tentang maksud sulu kerana apa yang saya tahu ialah lautan Sulu dan orang Sulu tetapi pelajar

    itu menyatakan sulu di tingkatan lima.

    Bagi mendapatkan kepastian, saya pun menyoal balik pelajar berkenaan memandangkan

    saya adalah guru tingkatan mereka. Maka saya perlu bertanggungjawab untuk mengetahui

    perkembangan disiplin mereka. Oleh itu, pelajar lelaki tadi menjelaskan bahawa makna sulu

    ialah kekasih atau buah hati pelajar perempuan tadi.

    Situasi 17:

    Pada hari Kejohanan Sukan sekolah, rumah sukan yang diketuai oleh saya iaitu Rumah

    Marup telah menjuarai kejohanan tersebut. Peserta-peserta dari rumah saya begitu gembira sekali

    kerana ramai yang mendapat hadiah dan pingat. Mereka berjabat dan bertepuk tangan sambil

    menyanyi lagu sekolah dengan riang sekali. Tiba-tiba datang seorang atlet di depan saya lalu

    berkata: Kami kerieng cikgu.

    Mula-mula saya menjawab: Memanglah hari ini panas dan kering. Kenapa? Kemudian

    mereka tersenyum dan ketawa sambil menjawab: Bukan cikgu, maksud saya kerieng ialah

    kuat. Selepas itu barulah saya faham bahawa erti kerieng itu ialah kuat. Oleh sebab itulah

    mereka boleh menjuarai kejohanan pada kali ini.

    Situasi 18:

    Pada suatu sesi pengajaran dan pembelajaran, saya berada di sebelah kelas dengan

    8

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    12/15

    seorang cikgu yang berbangsa Iban. Saya mendengar beliau menegur para pelajar di kelas

    sebelah kerana tidak menjawab soalan dengan betul. Beliau berkata: Jangan jawab soalan itu

    sebarieng. Baca betul-betul arahan sebelum menjawab. Suasana kelas di sebelah kedengaran

    sunyi sepi apabila mereka dimarahi oleh guru berkenaan.

    Rupa-rupanya istilah sebarieng membawa erti sembarangan atau sesuka hati tanpa

    mengikut arahan soalan yang dikemukakan pada kertas soalan. Guru berkenaan mengingatkan

    para pelajar supaya berhati-hati semasa menjawab soalan dengan membaca dan memahami

    kehendak soalan sebelum menjawab soalan. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada

    terlepas peluang untuk memperoleh markah dengan senang dalam mencapai keputusan yang

    lebih baik.

    Situasi 19:

    Situasi ini berbalik kepada para pelajar di kelas Peralihan yang berbangsa Cina. Masalah

    sebutan untuk bunyi huruf l dan r di dalam sesuatu perkataan. Contohnya pada perkataan

    seperti rajin, rupa, rasa, ular, rusa, dan sebagainya. Para pelajar Cina sering menghilangkan

    bunyi sebutan huruf r dengan menggantikannya dengan bunyi huruf l. Misalnya, istilah rajin

    disebut sebagai lajin, rupa disebut sebagai lajin, rasa disebut menjadi lasa dan sebagainya.

    Masalah ini mungkin berlaku akibat daripada pengaruh keturunan atau faktor fizikal.

    Pelajar yang menghadapi masalah sebutan r menjadi l berkemungkinan besar disebabkan oleh

    lidah yang agak pendek dan keras sehingga agak sukar menyebut bunyi getaran r. Perkara ini

    memang sering berlaku dan didengari apabila membaca petikan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran di kelas Peralihan.

    Situasi 20:

    Situasi terakhir ini berbeza pula dengan situasi di atas di mana bunyi l digantikan

    dengan bunyi sebutan r. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan etnik Bidayuh iaitu salah

    satu suku kaum Dayak di Sarawak. Ini kerana terdapatnya beberapa orang guru Bidayuh yang

    berasal dari kawasan Singai di bahagian Kuching, Sarawak merupakan golongan yang sering

    9

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    13/15

    keliru dengan bunyi sebutan l menjadi bunyi sebutan r.

    Mereka sering menyebut perkataan-perkataan seperti laju menjadi raju, lambat menjadi

    rambat, lupa menjadi rupa, rasa menjadi lasa, ular menjadi ural, lusa menjadi rusa dan lain-lain.

    Pengalaman ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri kerana saya juga berasal daripada

    etnik Bidayuh. Masalah sebutan ini bukan disengajakan tetapi seperti terlepas atau tersasur

    semasa menyebut bunyi l menjadi r. Kadang-kala apabila menyebut perkataan berkenaan,

    saya terpaksa memperlahankan dan mengawal lidah agar bunyi sebutan yang betul boleh

    dikeluarkan daripada mulut.

    Penutup

    Perhubungan antara pengguna menjadi faktor pemilihan ragam bahasa tertentu semasa

    berkomunikasi. Beberapa contoh hubungan antara pengguna dikemukakan bagi mengaitkan

    dengan situasi tersebut. Antaranya termasuklah:

    i. Dalam kelompok masyarakat yang kecil bilangannya anggotanya sering bertemu dan

    bertatap muka. Mereka ini memerlukan satu bentuk bahasa yang tersendiri. Mereka

    menggunakan bentuk bahasa seharian atau basahan, iaitu bahasa tidak formal. Ini bermakna

    penggunaan imbuhan ditinggalkan dan tidak mengikut tatabahasa yang betul. Tujuannya ialah

    untuk mengekalkan rasa kemesraan dalam masyarakat itu sendiri.

    ii. Dalam kelompok masyarakat yang padat dan banyak penduduknya, anggotanya sering

    bertemu muka hubungan mereka lebih kekal dan lama berbanding dengan kumpulan masyarakat

    yang kecil bilangannya dan jarang bertemu. Di sini terdapat satu nilai yang meletakkan mereka

    setaraf dan akrab. Dari segi nilainya mereka telah menampakkan kemesraan dan hubungan yang

    rapat.

    iii. Dalam kelompok masyarakat yang jarang bertemu, kadangkala anggotanya terpaksa

    memindah atau menganjakkan bahasa yang digunakan akibat jarang bertemu. Misalnya, dari

    tidak formal kepada bentuk yang lebih formal atau mereka bertemu dengan orang yang mulanya

    berbahasa agak formal kepada bentuk bahasa yang tidak formal. Ini dikatakan penganjakan atau

    pemindahan bahasa. Perlakuan bahasa di atas disebabkan oleh penilaian masyarakat, iaitu

    10

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    14/15

    masyarakat telah menentukan nilai-nilai yang unggul untuk diterapkan. Di sinilah yang dikatakan

    budi bahasa dan sopan santun dalam berbahasa bagi masyarakat Melayu sangat penting. Untuk

    mencapai tahap yang baik kita perlu mengetahui dengan luas dan mendalam satu-satu bahasa itu

    termasuk dialek dan nilai budi bahasa yang didukungnya.

    11

  • 8/10/2019 BML3073 Sosiolinguistik Melayu (Tugasan 1)

    15/15

    Rujukan

    Amat Juhari Moain (1997). Sosiolinguistik. Serdang: IDEAL Universiti Putra Malaysia.

    Asmah Haji Omar (2007). Taksonomi Pertemuan Bahasa di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?

    dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu. Di Dewan Seminar

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tarikh 18-19 Julai 2007.

    Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Rojak Perosak Bahasa Melayu? Dalam Pelita Bahasa. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jun 2004, halaman 8-11.

    Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Norliza Jamaluddin (2004). Bahasa Sekerat Ular Sekerat Belut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka. Jun 2004, halaman 15-17.

    12