BML3113.docx

30
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS BML 3113: SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON 0 PORTFOLIO TUGASAN PEMARKAHAN 1 . ESEI ILMIAH (a) (b) 2 . FORUM JUMLAH

Transcript of BML3113.docx

PEMARKAHAN1.ESEI ILMIAH(a)(b)2.FORUMJUMLAH

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

BML 3113: SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PORTFOLIOTUGASAN

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________ISI KANDUNGANMUKA SURATTUGASAN 1 MASYARAKAT SUKU KAUM KEDAYAN

1.0Pengenalan32.0Asal-usul Suku Kaum Kedayan33.0Kedatangan Suku Kaum Kedayan Ke Sarawak.44.0Bahasa Suku Kaum Kedayan45.0Sosiobudaya Suku Kaum Kedayan46.0Penutup7

TUGASAN 2PERKEMBANGAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISI

1.0 PENGENALAN82.0ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU93.0 SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU104.0 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL185.0PENDIDIKAN206.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN207.0 KEGIATAN EKONOMI218.0 KESIMPULAN21Rujukan22Respon / Interaksi23BAHAGIAN A

TUGASAN 1Masyarakat Suku Kaum Kedayan

1.0PengenalanDi negara kita terdapat banyak jenis suku bangsa dan juga etnik. Setiap suku bangsa dan etnik mempunyai ciri-ciri dan keunikan yang tersendiri termasuklah kata dan ayat yang digunakan, bahan sastera dan objek budaya. Walaupun setiap suku bangsa dan etnik mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri, tidak dinafikan juga bahawa kemungkinan suku bangsa dan etnik yang berlainan mempunyai hubungan kekerabatan dengan suku bangsa dan etnik yang tertentu. Salah satu suku kaum yang terdapat di negara kita khususnya negeri Sarawak ialah suku kaum Kedayan.

2.0Asal-usul Suku Kaum KedayanSuku kaum Kedayan yang terdapat di Sarawak terhasil daripada berlakunya migrasi dari Brunei ke Borneo. Bagi kaum ini, ada kemungkinan ianya mempunyai hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Sejarah kemunculan kaum Kedayan di Sarawak adalah kurang jelas disebabkan terdapat banyak teori yang menjelaskan tentang asal-usul kaum Kedayan di Sarawak. Ada yang mengatakan suku Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat melayu Brunei dan ada juga sumber yang mencatatkan bahawa suku Kedayan berasal dari Indonesia. Selain itu, suku kaum Kedayan merupakan salah satu daripada tujuh suku bangsa asli Brunei termasuk suku Brunei atau Melayu Brunei. Bagi suku Kedayan, ianya sering disebut Melayu Kedayan kerana dari segi linguistiknya ia termasuk dalam rumpun bahasa Melayu Lokal. Daripada sumber yang diperolehi menyatakan bahawa suku Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei. Sumber ini boleh dijelaskan melalui suatu peristiwa mengenai Sultan Brunei Ke-5 iaitu Sultan Bolkiah yang singgah di Kepulauan Jawa, Kalimantan, Sumatera dan di Tanah Jawa. Dalam persinggahan ini, Sultan Brunei melihat kerajinan orang Jawa yang bercucuk tanam dan berpadi seterusnya menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Melalui penghijrahan ini wujudnya ikatan persaudaraan orang Jawa dengan Masyarakat Melayu Brunei melalui perkahwinan campur, maka wujudlah kaum Kedayan. Mereka kebanyakannya menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait, Bandar Seri Begawan dan Muara. Namun, lama-kelamaan kaum ini berpindah-randah sehingga mereka berkembang ke Sabah dan Sarawak. Namun begitu, melihat kepada sumber di atas ada juga yang menyangkal sumber tersebut. Sebahagian tokoh Kedayan sendiri tidak setuju dengan pendapat bahawa kaum Kedayan wujud akibat daripada penghijrahan orang Jawa ke Brunei. Melalui cerita rakyat Sarawak khasnya suku Melanau mencatatkan bahawa kaum Kedayan merupakan penduduk asal Brunei dan juga kaum asli pedalaman. Selain itu, juga dikatakan bahawa kaum Kedayan pula pada ketika itu bukanlah Melayu sehingga wujudnya kesultanan Brunei baharulah mereka menjadi Melayu.

3.0Kedatangan Suku Kaum Kedayan Ke Sarawak.Bagi sejarah kedatangan kaum Kedayan ke Sarawak, ianya bermula ketika sebahagian Negeri Sarawak menjadi tanah jajahan dan di bawah pemerintahan kerajaan Brunei. Melalui kedatangan kaum Kedayan ke Sarawak, antara kawasan yang menjadi penempatan kaum Kedayan terbanyak di Sarawak ialah daerah Lawas, Limbang dan Miri. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat lain yang berdekatan menjadi penempatan kaum Kedayan seperti Bahagian Kuching, Sri Aman dan Bintulu. Kaum Kedayan juga terdapat di negeri Sabah seperti di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Papar. Setelah lama menetap di Sarawak, ikatan persaudaraan tidak terjalin di antara kaum Kedayan sahaja malah juga terjalin dengan suku kaum dan bangsa lain. Contohnya, perkahwinan campur antara kaum Kedayan dan kaum Melayu Sarawak.

4.0Bahasa Suku Kaum KedayanSeterusnya, bahasa yang digunakan dalam pertuturan kaum Kedayan ialah Bahasa Kedayan. Bahasa Kedayan merupakan salah satu dialek dalam Bahasa Melayu Brunei yang mana Kedayan juga membawa pengertian lain iaitu Orang Pendalaman atau Orang Darat. Secara keseluruhannya, Bahasa Kedayan dan Bahasa Malaysia tidak mempunyai banyak beza, namun apa yang membezakan dua bahasa ini ialah ejaannya. Abjad Bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf seperti:- 3 vokal iaitu a, i, dan u; 15 konsonan iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.Bagi orang-orang Kedayan, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata Bahasa Kedayan. Contohnya, basaa (besar), utak (otak) dan kuta (kota). Dalam Bahasa Kedayan, vokal o hanyalah digunakan sebagai gandingan kepada konsonan r seperti taloo (telur) dan juga berfungsi sebagai konsonan gantian. Berikut merupakan contoh-contoh Bahasa Kedayan: nada = tiada inda = tidak auk = ya buyuk = tipu / kelentong palui = bodoh ba-kamih = kencing batis = betis / kaki bahapa = buat apa skulah = sekolah meah = merah umah = rumah

5.0Sosiobudaya Suku Kaum KedayanBagi sosiobudaya kaum Kedayan di Sarawak, ianya banyak dipengaruhi oleh keadaan di sekelilingnya. Pada awal kewujudan kaum Kedayan, kaum ini mempunyai tempat tinggal yang dipunyai oleh dua kelompok yang berbeza dan berasingan. Kelompok pertama terdiri daripada mereka yang tinggal di persisiran pantai dan kuala sungai yang bekerja sebagai nelayan. Kelompok kedua pula terdiri daripada mereka yang mendiami kawasan pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pesawah. Secara tradisinya, kaum Kedayan ini bergantung kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional seperti bercucuk tanam, sawah padi, dan kraftangan. Namun pada zaman moden, kaum ini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional. Dari segi sistem sosial masyarakat pula, kedua-dua masyarakat ini mempunyai keunikan yang sama sehingga menjalinkan hubungan kekerabatan dalam kalangan mereka. Bagi kaum Kedayan, wujudnya sikap saling batulong-tulongan atau mamucang. Dalam masyarakat Melayu batulong-tulongan juga bermaksud tolong-menolong dan mamucang pula bermaksud bekerjasama melakukan suatu perkara. Bagi kedua-dua masyarakat ini perkara-perkara yang dilakukan secara bekerjasama ialah membina rumah, membina masjid atau membersihkan kawasan kampung. Selain itu, apabila mengadakan kenduri, masyarakat ini biasanya mengamalkan budaya kekitaan dengan menjemput jiran dan saudara-mara untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

5.1Perkahwinan suku kaum Kedayan

Hubungan kekerabatan merupakan hubungan antara bangsa atau kaum yang berbeza yang memiliki asal-usul selasilah yang sama dari segi keturunan biologi, sosial dan budaya. Dalam antropologi, sistem keakrabatan termasuk keturunan dan pernikahan, manakala dalam biologi pula istilah ini termasuk keturunan dan perkahwinan. Dalam bahagian ini, kita akan melihat contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera atau objek budaya yang dapat membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Dari segi adat perkahwinan, adat perkahwinan bagi kaum Kedayan adalah sama dengan masyarakat Melayu yang mana pada umumnya adat perkahwinan ini dimulakan dengan besuruh atau dalam bahasa melayu merisik. Seterusnya diikuti dengan majlis betunang atau dalam bahasa melayu meminang di mana sebentuk cincin akan disediakan dan juga hantaran kahwin. Apabila telah mencapai kata sepakat, majlis nikah akan dilangsungkan dan diikuti oleh majlis persandingan. Dari segi adat perkahwinan ini, kita dapat melihat bahawa terdapat hubungan kekerabatan di antara kaum Melayu dan kaum Kedayan ini. Persamaan ini juga disebabkan oleh pengaruh Islam dalam kedua-dua kaum ini. Majlis merisikMajlis berinai

5.2Kelahiran bayi dalam suku kaum KedayanSelain itu, dari segi adat kelahiran, kaum Melayu dan kaum Kedayan ini mempunyai persamaan yang mana ia adalah berpandukan kepada hukum dan syariat dalam Islam. Apabila terdapat anak yang baru dilahirkan, anak tersebut akan diazankan oleh bapa atau lelaki terdekat. Seterusnya perkara sunat akan dilaksanakan mengikut Islam bagi anak yang baru dilahirkan. Apabila usia bayi tersebut mencapai 1 bulan, adat bercukur akan dilakukan secara beramai-ramai dengan memanggil saudara mara dan jiran terdekat. Bagi kaum Kedayan, perkataan sama erti bagi memanggil yang mereka gunakan ialah melagau. Selain itu suku kaum kedayan juga mengadakan majlis berkhatan atau bersunat setalah kanak-kanak mencapai peringkat sekolah rendah. Disebabkan oleh pengaruh Islam, terdapat hubungan kekerabatan di antara kedua-dau masyarakat ini.

6.0PenutupSecara kesimpulannya terdapat banyak persamaan dari segi sosioekonomi, kebudayaan, adat resam dan bahasa bagi kaum Kedayan dengan kaum Melayu. Secara umumnya bolehlah di katakan kaum Kedayan merupakan satu rumpun masyarakat melayu yang terpisah disebabkan oleh jarak dan pengaruh persekitaran yang menyebabkan perbezaan sedikit dari segi budaya dan bahasa. Selain itu kekerabatan dari segi budaya dan bahasa juga banyak dipengaruhi oleh agama islam itu sendiri.

TUGASAN 2PERKEMBANGAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISI

1.0 PENGENALAN

Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional, ia merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakat yang tidak boleh dipisahkan dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya sendiri.Masyarakat Melayu Tradisional boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, iaitu pemerintah dan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar istana dan juga pembesar tempatan. Golongan rakyat pula terdiri daripada rakyat bebas dan golongan hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai dan tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (isitilah pada hari ini). Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan sungai kaki bukit.Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis pekerjaan penduduknya. Pada asalnya merupakan satu bentuk pekerjaan untuk keperluan asas seharian sahaja. Akhirnya pekerjaan asas ini menjadi pekerjaan utama yang berupaya mengeluarkan hasil keluaran tempatan. Umumnya, penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi menghasilkan keperluan makanan sendiri. Jika ada lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran ataupun simpanan semasa kecemasan. Di samping itu dilakukan juga usaha-usaha mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut secara sambilan berselang seli dengan kerja utama pertanian. Bagi yang kerja utamanya ke laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh. Ataupun mereka akan pergi ke pulau-pulau yang mempunyai gua untuk mengeluarkan hasil sarang burung atau hasil lainnya seperti baja.Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu sistem kehidupan yang sederhana dengan ekonomi sara diri dan bertukar barangan perniagaan yang dijalankan sesama sendiri antara penduduk di tepi pantai dengan di tepi sungai dan lembahannya. Orang tengah atau pengantara dalam perniagaan ialah pemerintah dan pemimpin tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan kawasan jiran tetangga melalui jalan darat atau laut. Perkembangan dalam kehidupan juga kemudiannya menjadikan sebahagian kecil penduduk menjadi pedagang-pedagang sehingga ke peringkat antarabangsa.

2.0 ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU

Menurut kajian orang Melayu Asli atau orang Melayu Pesisir berhijrah dari Yunan ke Tanah Melayu pada penghujung zaman Gangsa Besi (300 SM). Kumpulan pendatang ini dikenali sebagai orang Deutro-Malaya. Orang Detro-Malaya ini berketurunan bangsa Mongol yang tergolong dalam bangsa Austronesia. Golongan ini berpindah dari Yunan melalui lautan Asia Tenggara serta lautan Oceania ke Filipina dan Timur Indonesia lalu tiba ke Borneo sebelum tiba ke Tanah Melayu. Melalui sejarah kewujudan bangsa Melayu, bolehlah di simpulkan sebagai bangsa Melayu ini tersebar secara meluas di kawasan Nusantara sehingga terbentuknya beberapa kawasan yang menjadi kediaman orang Melayu sehingga hari ini seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.Dari aspek arkeologi pula, sebelum terjadinya zaman Batu, semua kawasan Nusantara adalah bercantum. Pada zaman ini, migrasi telah dilakukan oleh masyarakat sebelum kejadian perubahan iklim berlaku yang mengakibatkan Nusantara itu terurai. Semasa zaman Neolitik (2500 SM), manusia yang dikenali sebagai Proto-Malaya dan Mongolid Indonesia telah wujud di Nusantara sebelum kehadiran kumpulan Deutro-Malaya.Kajian ini dikuatkan lagi dengan fakta daripada Sejarah Melayu yang menyatakan wujud Kerajaan Melayu di Nusantara seperti Kerajaan Srivijaya (abad ke-5), Kerajaan Majapahit (abad ke-14) dan Kerajaan Melaka (abad ke-15). Kesemua kerajaan tersebut dikatakan ditadbir oleh orang Melayu. Jadi, dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Nusantara

3.0 SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYUGolongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Manakala golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu. Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.

3.1 Sultan atau rajaSeorang sultan mempunyai banyak keistimewaannya berbanding dengan rakyat biasa. Misalnya, penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat-alat kebesaran diraja. Sultan juga dikaitkan dengan kuasa daulat. Rakyat yang menderhaka terhadap sultan akan terkena tulah. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya.Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut. Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung. Sultan juga telah menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu. Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri. Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Sultan juga mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.Daripada aspek sosial, sultan bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Oleh itu, Sultan telah meminta rakyat agar memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan

3.2 Keluarga dan Kerabat diraja.Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja atau tengku. Mereka juga mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat Melayu. Golongan ini juga memiliki keistimewaan seperti sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan. Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.3.3PembesarGolongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik. Golongan pembesar ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan kerabat bukan diraja. Golongan yang bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mereka mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan. Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari, Temenggung dan Laksamana.3.3.1BendaharaBendahara merupakan ketua eksekutif seluruh pentadbiran melayu tradisional.Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara fizikal. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain. Bendahara merupakan golongan ketiga selepas kedudukan Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku menjalankan tugas dan peranan Sultan, dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Bendaharau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua di balai sendiri kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan bendahara semasa di balai rung istana di mana bendahara duduk di sebelah kanan Sultan. Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu seperti berikut;jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara kembali ke rumahnyaDalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini. Oleh sebab itu, Bendahara selalunya dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara merupakan bapa saudara Sultan sendiri.

3.3.2Penghulu BendahariPenghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara dalam golongan pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba raja. Penghulu sebenarnya merupakan Menteri Kewangan dan menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan. Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang.

3.3.3TemenggungPembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Temenggung juga menjadi pengatur orang makan di balai istana. Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung boleh menjadikan sesebuah negeri huru-hara. Tugas Temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.Biasanya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

3.3.4LaksamanaJawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua angkaatan tentera laut di pegang oleh Hulubalang. Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja. Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan orang kebanyakan. Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza. Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.Tugas-tugas utama Laksamana ialah sebagai ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya, pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau. Laksamana juga dikurniakan usungan.

3.3.5SyahbandarSyahbandar juga pembesar yang penting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar bererti pemerintah pelabuhan yang diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing. Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari. Menurut Tome Pires, kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada pelbagai kumpulan etnik.Jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa. Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut. Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini boleh disifatkan Laksamana sebagai raja di laut dan syahbandar sebagai raja di pelabuhan.

3.3.6UlamaGolongan ulama dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu. Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulama yang pakar dalam hal ehwal agama Islam. Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang berketurunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja. Golongan ini mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.Selain itu, golongan ini juga dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas sebagai penasihat Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

3.4 Golongan merdekaGolongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri tertentu. Mereka hidup secara bebas dalam menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti berniaga, menangkap ikan, melombong, tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar dan akan menjalankan semua suruhan pembesar, misalnya dalam sistem kerah dan serah.Rakyat Asing merupakan golongan yang hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan ini tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.

3.5 HambaGolongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba. Golongan ini biasanya dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Golongan ini merupakan golongan yang paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja.

3.5.1Hamba RajaGolongan hamba raja merupakan golongan hamba paling atas. Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap dan mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun. Dengan cara ini mereka akan terlepas dari menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan. Selain itu, golongan ini terdiri daripada tawanan perang atau banduan. Hamba raja juga dikenali sebagai biduanda yang melakukan kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah. Golongan hamba raja mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain. Sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:

Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya.

3.5.2 Hamba BiasaHamba biasa terdiri daripada hamba abdi. Golongan hamba ini diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun.Hamba abdi terbahagi kepada beberapa jenis. Hamba abdi pertama ialah hamba tawanan yang menjadi tawanan dalam sesebuah peperangan. Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba yang berasal dari Afrika. Kebanyakkan mereka merupakan orang kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah. Terdapat juga hamba afrika dibawa oleh penjajah Eropah.Selain itu,hamba abdi juga terdapat hamba hulur. Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda. Hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup.

3.5.3 Hamba BerhutangHamba yang ketiga iaitu hamba berhutang. Hamba ini merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.Hamba berhutang terbahagi kepada empat bahagian yang kecil. Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut. Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya. Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang. Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.Golongan hamba juga dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman. Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain. Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.

4.0 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL4.1 Adat ResamAdat resam merupakan perbuatan yang menjadi kebiasaan tetap dan dihormati oleh masyarakat. Perbuatan yang diikuti tadi akan menjadi adat dan amalan dalam kehidupan harian mereka. Adat resam masyarakat Melayu bertujuan mengawal tingkah laku masyarakat untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Adat dalam masyarakat Melayu ialah segala yang berkaitan dalam proses kehidupan manusia bermula ketika sesorang dilahirkan sehinggalah beliau menemui ajal. Adat resam terbahagi kepada dua iaitu adat golongan bangsawan dan adat rakyat biasa.

4.1.1Adat Istiadat RajaTerdapat pelbagai jenis adat istiadat raja pada zaman Melayu tradisional. Antara adat istiadat tersebut ialah adat mengadap dan menyembah Sultan di balairung, adat pertabalan dan pelbagai jenis adat yang lain. Kepercayaan terhadap kemuliaan dan keagungan Sultan membawa kepada adat menyembah Sultan yang dikenali sebagai adat menjunjung duli. Adat ini dilakukan oleh pembesar negeri bagi menunjukkan kedaulatan Sultan dan taat setia mereka kepada pemerintah. Kebiasaannya, adat ini hanya dilakukan dalam balairung.Selain itu, pertabalan sultan juga mempunyai adat yang tersendiri. Terdapat pelbagai protokol dalam perlantikan Sultan. Adat ini dimulakan dengan membersihkan kawasan istana dan seluruh kawasan negeri. Setelah itu, pertabalan Sultan ini akan dihebahkan ke segenap pelosok negeri agar rakyat mengetahui bahawa terdapat pertabalan Sultan yang akan berlangsung. Pertabalan Sultan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat dan berakhir dengan majlis santapan. Seperkara yang perlu diingat ialah adat melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali berturut-turut terdapat dalam adat pertabalan Sultan.

4.1.2 Adat Resam Rakyat BiasaAdat resam rakyat biasa penting bagi megawal tingkah laku rakyat demi keharmonian masyarakat pada zaman Melayu tradisional. Adat yang diamalkan oleh rakyat biasa lazimnya seperti adat perkahwinan dan adat menyambut kelahiran. Selain itu, terdapat juga adat lain seperti adat berumahtangga. Adat berumahtangga ialah adat yang berkaitan dengan cara kelakuan dalam rumah dan bersama keluarga. Selain itu, adat menziarahi tetamu juga diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Adat ini dimulakan dengan memberi salam kepada tuan rumah, membuka kasut dan membasuh kami sebelum bersalaman dengan tuan rumah. Tetamu yang datang pula perlu diberi hidangan.Dalam adat perkahwinan pula terbahagi kepada beberapa peringkat. Peringkat yang pertama ialah merisik kemudian majlis meminang dengan pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan. Selepas itu, barulah tarikh pernikahan ditetapkan. Kemuncak perkahwinan adalah adat bersanding dan setelah itu pihak perempuan akan dibawa ke rumah lelaki untuk beberapa hari. Akhir sekali adalah adat kelahiran yang juga mempunyai beberapa peringkat. Semasa tujuh bulan mengandung, adat melenggang akan diadakan dan apabila sudah lahir upacara bercukur rambut akan diadakan menandakan anak tersebut diterima oleh masyarakat.

5.0PENDIDIKANPendidikan merupakan aspek yang penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan pada umumnya bercorak pendidikan tidak rasmi dan pendidikan rasmi . Pendidikan tidak rasmi seperti mengaji Al-Quran, pertukangan, kepahlawanan dan yang berkaitan dengan adat resam Melayu. Nilai-nilai murni dan budaya selalunya disampaikan melalui cerita lisan, pantun, peribahasa dan gurindam. Apabila Tanah Melayu menerima pengaruh daripada agama Islam, maka terdapat banyak surau dan masjid telah dibina untuk mengajar ilmu agama dan membaca Al-Quran. Dengan itu, bermula pendidikan formal. Asas rujukan utama pendidikan zaman dahulu ialah Muqaddam dan Al-Quran. Setelah selesai mengaji Muqaddam dan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran akan dilakukan. Selain itu, pelajar juga mempelajari ilmu fardhu ain serta pendidikan akhlak yang berlandaskan ajaran Islam di samping ilmu mengira, menulis tulisan jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.

6.0 AGAMA DAN KEPERCAYAANPada awalnya, masyarakat Melayu menganut kepercayaan animisme. Kepercayaan ini telah dianut sejak sebelum kedatangan agama Hindu lagi. Animisme merupakan suatu kepercayaan masyarakat Melayu terhadap makhluk-makhluk halus dan kuasa-kuasa ghaib. Seterusnya, pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu tradisional mula menganut agama Hindu. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini membawa kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi panduan masyarakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.

7.0 KEGIATAN EKONOMIKegiatan ekonomi dijalankan pada zaman Melayu tradisional terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berbentuk pertanian. Pertanian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan hidup semata-mata dan bukannya untuk tujuan jualan atau perniagaan. Antara tanaman yang paling popular ketika itu ialah penanaman padi. Dalam sistem ekonomi sara diri ini, pekerja atau buruh yang menjalankan aktiviti pertanian terdiri daripada golongan keluarga sahaja. Selain daripada pertanian, pencarian hasil hutan, penternakan, perikanan, perlombongan dan kerja-kerja kemahiran juga terdapat dalam kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Melayu tradisional.Seterusnya, kegiatan komersil adalah kegiatan ekonomi yang bukan sahaja untuk keperluan diri sendiri tetapi juga melibatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan. Hasil daripada pertanian yang mempunyai lebihan akan diniagakan. Begitu juga dengan kutipan hasil hutan dan perikanan. Lebih menarik lagi apabila kegiatan ekonomi komersil yang berbentuk perdagangan ini merupakan sumber kewangan utama kerajaan dan masyarakat Melayu tradisional.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh dan teratur. Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih mempunyai pengaruh sehingga hari ini. Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi sistem pemerintahan kita pada hari ini. Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih diamalkan sehingga hari ini.Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan agama Islam. Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.RUJUKANA.R.Maxwell Jr.research for PhD(Yale University) on linguistic of Kadayan in BruneiAmde Sidik ,The Mystic of Borneo Kedayan,Kota Kinabalu: Borneo Publishers,2007. Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahmanal-ahmadi,Tamadun Melayu Jilid Dua,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahmanal-ahmadi,Tamadun Melayu Jilid Dua,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1995.Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fauziah Shaffie, Sejarah pembangunan bangsa dan Negara, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1994Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Penerbit Fajar Bakti, 2000.Muhammad Yusof Hashim,The Malay Sultanate of Malacca, DBP ,1992.Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, DBP, 1994.

1