Bmm 3117 penulisan

12
Pengenalan Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik dan Pendekatan Komunikatif. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod Kognitif, Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral Aural. Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah Teknik Drama, Teknik Permainan Bahasa,Teknik Perbincangan, Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi. Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Transcript of Bmm 3117 penulisan

Page 1: Bmm 3117 penulisan

Pengenalan

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan,

kaedah, dan teknik. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang

untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian

atau hasil pembelajaran. 

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa,

pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah Pendekatan Induktif,

Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik dan Pendekatan Komunikatif.

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah

merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan

yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,

Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod – Kognitif,

Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral – Aural.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku

di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik

yang dicadangkan adalah Teknik Drama, Teknik Permainan Bahasa,Teknik

Perbincangan, Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi.

 

Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh

diklasifikasikan dalam tiga jenis, iaitu strategi berpusatkan murid, berpusatkan guru

dan strategi berpusatkan bahan. Strategi yang digunakan dalam rancangan

pengajaran harian yang dibuat ialah strategi berpusatkan murid. Dalam

pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya

Page 2: Bmm 3117 penulisan

untuk menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ini murid telah banyak memainkan peranan

yang sangat penting. Berdasarkan strategi yang digunakan ini terjadi komunikasi

dua hala di antara murid dan guru, dimana guru sentiasa menyoal dan membimbing

murid. Murid juga sangat memberi respon yang baik terhadap setiap soalan, arahan

dan pandangan guru sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Berdasarkan

strategi ini juga kepimpinan guru adalah secara demokratik. Guru mengadakan

perbincangan dengan murid dan menggalakkan murid memberikan pendapat

masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi ini mengutamakan

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengembangkan

potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pemilihan strategi ini telah memberi peluang

kepada murid untuk berinteraksi secara positif kerana mereka dapat bekerjasama,

tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti. Pemilihan strategi

ini telah menjadikan penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna,

memahami dan membuat kesimpulan. Ujian formatif juga boleh diadakan bagi

mengatasi kelemahan murid dimana dalam rancangan pengajaran harian yang telah

dirancang ini terdapat ujian formatif di akhir pengajaran dan pembelajaran.

Dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya rancang dan jalankan di

dalam kelas adalah menggunakan strategi berpusatkan murid. Ia memang jelas

dimana semasa pelaksanaannya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan

murid. Setiap soalan yang diutarakan kepada murid mendapat respon yang baik

daripada murid. Komunikasi dua hala ini menjadikan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran lebih berkesan dan bermakna. Guru dapat menggalakkan keyakinan diri

murid untuk cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan dan dapat meningkatkan

kemahiran murid dalam berkomunikasi. Setiap langkah pengajaran yang dijalankan

mengandungi komunikasi dua hala. Melalui strategi yang dijalankan ini saya dapat

mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ), kaedah bermaksud cara atau

aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah itu terdiri

daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai

sesuatu matlamat. Ini bermakna, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak

Page 3: Bmm 3117 penulisan

langsung di dalam bilik darjah. Oleh itu, apa-apa sahaja cara yang dilakukan guru

adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid untuk mencapai sesuatu

objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah.

Hasan Langgulung ( 1981 ) mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti

pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Dalam tiap-tiap

langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang. Baginya, kaedah

pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah

atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Jadi, apa-apa sahaja cara tindakan

dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberikan kefahaman

kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama-

nama khas.

Kaedah yang telah saya gunakan di dalan rancangan pengajaran harian yang

telah dilaksanakan ialah kaedah natural. Kaedah ini berasaskan penggunaan

bahasa dalam situasi komunikatif. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada

analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini

melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna

dengan mesej. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan

jelas menggunakan kaedah ini kerana dalam setiap sesi soal jawab bersama murid,

murid bebas untuk menggunakan ayat yang mereka bina sendiri tanpa perlu

mematuhi teori bahasa tertentu. Guru boleh menerima apa sahaja pendapat atau

jawaban dari murid. Guru hanya perlu memperbetulkan dan membimbing murid

sekiranya perlu apabila ayat yang diucapkan mengandungi kesalahan tatabahasa

yang sangat ketara.

Kaedah kedua yang saya gunakan dalam pengajaran ini adalah kaedah

bahasa komuniti. Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli

dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam

komuniti tersebut. Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara-

cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya

sendiri. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat murid terlibat dalam sesi

perbincangan pada langkah pengajaran yang keempat. Murid telah dibahagikan

kepada sepuluh kumpulan untuk menghasilkan buku cerita. Dalam proses

perbincangan murid berinteraksi menggunakan bahasa komunikasi mengikut gaya

sendiri bersesuaian dengan komuniti tersebut.

Page 4: Bmm 3117 penulisan

Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau

langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas

untuk mengatasi masalah dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep

pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Manakala dalam konteks

pendiddikan, pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu matapelajaran

diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan pengajaran boleh digolongkan

kepada beberapa aspek iaitu, mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta

disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa. Dalam pengajaran bahasa,

pendekatan diertikan sebagai satu kumpulan andaian yang berhubungan, yang

memperkatakan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat

pembelajaran bahasa. Justeru itu, terjelmalah pendekatan induktif, deduktif, eklektik

dan komunikatif dalam pengajaran bahasa.

Pendekatan yang dipilih dalam rancangan pengajaran yang telah saya buat

ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini memerlukan proses penaakulan yang

tinggi. Dalam konteks ini , iaitu pembelajaran dan pengajaran bahasa guru-guru

akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan

menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu

kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Dalam

pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal,

iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa

yang dipelajari kemudian membuat kesimpulan mengenainya.

Dalam langkah pengajaran yang keempat ini saya telah menggunakan bahan

seperti gambar-gambar dan juga kad perkataan untuk membantu murid-murid

membuat satu kesimpulan diakhir pembelajaran. Melalui gambar-gambar yang

ditunjukkan murid diberi peluang untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan cuba

mengujarkan cerita berdasarkan gambar. Manakala kad-kad perkataan yang

digunakan telah membantu murid untuk membina ayat yang betul. Gabungan

penggunaan kedua-dua bahan bantu belajar ini menggalakkan murid untuk

membuat satu kesimpulan berkaitan tajuk yang diajar di akhir pembelajaran.

Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah.

Contohnya, jika kaedah yang hendak disampaikan oleh guru ialah kaedah

penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan

penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan

sebagainya. Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan

Page 5: Bmm 3117 penulisan

melibatkan aspek keterampilan, disebut sebagai teknik mengajar. Justeru

kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut

juga sebagai kaedah kecil mengajar. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan

sesuatu kaedah, guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. Ada teknik yang

berkesan dan ada juga yang kurang atau tidak berkesan. Keberkesanan teknik

pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada

pengalaman, ketokohan, kewibawaan, kebijaksanaan dan keterampilan serta

keperibadian seseorang guru.

Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa teknik merupakan pelaksanaan

kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif

dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merupakan ‘strategi’

atau muslihat yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan

dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapan atau

teori. Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan kaedah.

Ringkasnya teknik bermaksud amalan strategi yang diguna pakai oleh guru dalam

bilik darjah.

Teknik yang telah saya pilih di dalam rancangan pengajaran ini ialah teknik

bercerita. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi membina kecekapan berbahasa

kerana cerita merupakan sessuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan menerusi teknik ini. Teknik ini telah digunakan sejak dari awal proses

pembelajaran dan pengajaran iaitu bermula di set induksi. Dalam sesi pembeljaran

ini murid dikehendaki untuk menceritakan apa yang mereka lihat berkaitan dengan

gambar yang ditunjukkan. Murid akan bercerita berdasarkan gambar yang dilihat

mengikut tafsiran mereka sendiri.

Teknik bercerita ini dipanjangkan lagi pada langkah pengajaran yang pertama

dan juga pada langkah yang keempat. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar

yang lain yang berfokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Murid akan

menjadi lebih kreatif lagi untuk mengujarkan cerita yang berkaitan dengan gambar

yang ditunjukkan. Pada langkah yang keempat murid akan membacakan buku cerita

yang telah siap dihasilkan melalui proses perbincangan dalam kumpulan.

Kesimpulannya, kesemua istilah yang dibincangkan di atas iaitu strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik membawa pengertian yang berbeza tetapi

terangkum dalam satu pengertian yang besar. Kesemua elemen-elemen di atas

Page 6: Bmm 3117 penulisan

mempunyai matlamat yang sama , iaitu menjadikan proses pembelajaran dan

pengajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan menarik serta mencapai objektif.

Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, guru harus bijak mengintegrasikan elemen-

elemen seperti di atas dan dipilih mengikut kesesuaian dengan kemahiran-

kemahiran lain khususnya kemahiran Abad ke-21 supaya proses pembelajaran dan

pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.

Page 7: Bmm 3117 penulisan

Refleksi

Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah

mengandungi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses

pembelajaran dan pengajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah

dan teknik perlu dijadikan keutamaan kea rah penentuan sasaran sesuatu objektif

pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru, persediaan rapi adalah wajar

untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi melatih mereka

bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif.

Saya sebagai guru sains sepenuhnya telah diberi peluang untuk mengajar

Bahasa Melayu merupakan satu pengalaman baru yang tidak harus dilepaskan.

Semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu ini

terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh.

Pertama sekali, kekuatan yang ada ialah murid-murid yang diajar semuanya

adalah murid berbangsa Melayu. Kelebihan ini telah memudahkan proses

pembelajaran dan pengajaran kerana murid-murid adalah penutur jati Bahasa

Melayu. Mereka telah biasa membina ayat berdasarkan pola ayat yang betul dan

menggunakan intonasi yang betul. Kedua, bilangan murid mengikut jantina adalah

seimbang telah memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran

kerana murid mudah untuk diuruskan dan mendengar arahan. Ketiga, keadaan kelas

yang kondusif juga telah membantu melancarkan perjalanan proses pembelajaran

dan pengajaran. Keempat, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang

dipilih bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan kepada murid.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap proses pembelajaran dan pengajaran

juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang dapat saya jelaskan di sini

ialah cara penyampaian saya sendiri kerana kadang-kadang sukar untuk

menggunakan pola ayat dan istilah dengan betul dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Ia berbeza dengan cara penyampaian dalam subjek Sains kerana banyak

melibatkan fakta. Kelemahan yang kedua, terdapat juga murid yang pasif tidak mahu

mencuba untuk menjawab soalan yang diajukan secara lisan. Ada juga murid yang

tidak aktif untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan di dalam aktiviti

berkumpulan.

Page 8: Bmm 3117 penulisan

Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses

pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang

hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan murid. Saya sebagai guru subjek

Sains juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa

Melayu dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah

Page 9: Bmm 3117 penulisan