BMM2_MASNI

10
MENINGKATKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DENGAN PERLUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT MENGGUNAKAN CARTA SIBUDIMA Oleh: Masni binti Mohd Aris Dr.Khairuddin bin Mohamad Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Abstrak Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan pengaplikasian carta SIBUDIMA dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Carta SIBUDIMA merupakan carta inovasi yang mengandungi formula membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Tinjauan awal telah dilaksanakan menerusi hasil kerja murid, soal selidik dan pemerhatian terhadap murid-murid.Hasil tinjauan mendapati bahawa murid-murid tidak dapat membina ayat dengan betul. Oleh itu, saya menjalankan satu kajian tindakan berkaitan masalah yang melibatkan kemahiran menulis membina ayat dengan menggunakan Carta SIBUDIMA. Kumpulan sasaran yang terlibat sebagai subjek kajian dalam kajian tindakan ini adalah seramai dua puluh orang yang terdiri daripada dua belas(18) orang murid lelaki dan lapan(8) orang murid perempuan tahun empat yang berusia sepuluh(10) tahun.Kajian penyelidikan ini dijalankan disebuah sekolah di dalam daerah Seremban. Triangulasi pengumpulan data kualitatif deskriptif kajian memfokuskan tiga(3) kaedah. Pertama, menggunakan kaedah analisis dokumen berbentuk lembaran kerja yang diberikan untuk membuktikan subjek kajian dapat membina ayat tunggal dengan lengkap. Kedua, menggunakan item senarai semak pemerhatian berdasarkan rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ketiga, menggunakan borang soal selidik bagi tujuan maklum balas selepas tamat intervensi. Dapatan analisis data pemerhatian membuktikan 100% subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Hasil analisis dokumen mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam membina ayat berdasarkan hasl kerja di lembaran yang diberi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan carta SIBUDIMA dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat , bahkan berjaya mencetuskan suasana pembelajaran yang aktif dan positif.

description

Prosiding KT

Transcript of BMM2_MASNI

Page 1: BMM2_MASNI

MENINGKATKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DENGAN PERLUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT MENGGUNAKAN CARTA

SIBUDIMA

Oleh:

Masni binti Mohd Aris

Dr.Khairuddin bin Mohamad

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,

Seremban, Negeri Sembilan.

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan pengaplikasian carta SIBUDIMA dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Carta SIBUDIMA merupakan carta inovasi yang mengandungi formula membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Tinjauan awal telah dilaksanakan menerusi hasil kerja murid, soal selidik dan pemerhatian terhadap murid-murid.Hasil tinjauan mendapati bahawa murid-murid tidak dapat membina ayat dengan betul. Oleh itu, saya menjalankan satu kajian tindakan berkaitan masalah yang melibatkan kemahiran menulis membina ayat dengan menggunakan Carta SIBUDIMA. Kumpulan sasaran yang terlibat sebagai subjek kajian dalam kajian tindakan ini adalah seramai dua puluh orang yang terdiri daripada dua belas(18) orang murid lelaki dan lapan(8) orang murid perempuan tahun empat yang berusia sepuluh(10) tahun.Kajian penyelidikan ini dijalankan disebuah sekolah di dalam daerah Seremban. Triangulasi pengumpulan data kualitatif deskriptif kajian memfokuskan tiga(3) kaedah. Pertama, menggunakan kaedah analisis dokumen berbentuk lembaran kerja yang diberikan untuk membuktikan subjek kajian dapat membina ayat tunggal dengan lengkap. Kedua, menggunakan item senarai semak pemerhatian berdasarkan rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ketiga, menggunakan borang soal selidik bagi tujuan maklum balas selepas tamat intervensi. Dapatan analisis data pemerhatian membuktikan 100% subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Hasil analisis dokumen mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam membina ayat berdasarkan hasl kerja di lembaran yang diberi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan carta SIBUDIMA dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat , bahkan berjaya mencetuskan suasana pembelajaran yang aktif dan positif.

Page 2: BMM2_MASNI

1.0 PENGENALAN

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) amat penting

dalam kalangan murid-murid iaitu sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu

pengetahuan. hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk

melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara bersepadu dan

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran

asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid

berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Namun, dalam apa juga sistem

pendidikan, adalah amat sukar untuk memastikan semua murid berjaya menguasai

kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-masing terutamanya

dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati

kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek

membina ayat dengan betul dan lengkap

2.0 FOKUS KAJIAN(PENYATAAN MASALAH)

Saya memfokuskan kajian kepada kemahiran menulis di bawah kemahiran

membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.Bagi mengatasi

masalah ini saya telah mencipta satu alat instrumen yang dikenali sebagai carta

SIBUDIMA iaitu singkatan kepada siapa ,buat apa,dimana dan masa.

3.0 OBJEKTIF / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Objektif tindakan ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

3.1.1 Mengenal pasti keberkesanan carta “SIBUDIMA” dalam membantu

guru untuk meningkatkan pengajaran membina ayat tunggal dengan

perluasan subjek dan predikat.

3.1.2 Membantu murid menguasai kemahiran membina ayat tunggal

dengan perluasan subjek dan predikat menggunakan carta

“SIBUDIMA”.

Page 3: BMM2_MASNI

3.2 Soalan Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mencapai soalan berikut:

Bagaimana Carta SIBUDIMA dapat membantu meningkatkan pengajaran

membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat dalam bilik

darjah ?

4.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini bersandarkan pemilihan Model Stephen Kemmis (1988).Subjek

kajian saya terdiri daripada 12 lelaki dan 8 perempuan pelajar tahun 4 Kreatif.

Mereka telah dikenal pasti melalui sesi pengajaran yang telah saya jalankan

mengikut jadual pembelajaran biasa dalam bilik darjah.Saya dapati seramai 20

orang subjek kajian ini pada awalnya tidak dapat membina ayat tunggal dengan

perluasan subjek dan predikat yang baik.

4.1 Pelaksanaan Tindakan

4.1.1 Fasa sebelum intervensi

Peringkat pertama dalam Model Stephen Kemmis adalah merancang.

Setelah mengenal pasti masalah, saya merancang tindakan yang

paling sesuai bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh murid-murid ini. Saya telah merangka suatu carta yang

dikenali iaitu Carta SIBUDIMA, saya jangkakan akan dapat

membantu subjek kajian saya mengatasi masalah menulis ayat

tunggal dengan perluasan subjek dan predikat ini. Penggunaan carta

ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah

yang timbul.

4.1.2 Fasa semasa intervensi

Dalam fasa ni, proses yang teribat berdasarkan model ialah bertindak

dan memerhati. Tindakan yang akan saya ambil adalah

mengaplikasikan penggunaan carta saya iaitu Carta SIBUDIMA ke

atas subjek kajian saya.Saya telah menjalankan enam langkah

Page 4: BMM2_MASNI

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid

meningkatkan kemahiran membna ayat tunggal dengan perluasan

subjek dan predikat di dalam bilik darjah.Dalam set induksi saya

mengenalkan ayat tunggal dan penggunaan carta SIBUDIMA.Dalam

langkah 1 subjek kajian perlu mengembangkan ayat tunggal yang

diberi menggunakan carta SIBUDIMA.Kemudian bagi langkah 2 dan

3 subjek kajian membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan

menggunakan carta SIBUDIMA.Seterusnya ,subjek kajian dinilai

menggunakan lembaran kerja. Bagi langkah penutup subjek kajian

membina ayat dengan cepat dan pantas.Proses memerhati pula

melibatkan pengumpulan data analisis dan interpretasi data secara

kualitatif deskriptif.Bagi mengumpulkan data saya menggunaan video

pengajaran dan pembelajaran bagi memerhati tingkahlaku subjek

kajian ,di samping dokumen lembaran kerja dan borang soal selidik.

4.1.3 Fasa selepas intervensi

Dalam fasa ini, saya telah menjalankan proses merefleks dengan

cara mengenal pasti sama ada pelaksanaan intervensi kajian

tindakan ini berjaya mencapai objektif dan soalan kajian

sebagaimana yang dirancang. Di samping itu juga saya telah

menggunakan hasil dapatan kajian untuk merancang kajian susulan

bagi mengesan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap

kajian ini.

4.2 Mengumpul data

Di dalam kajian ini saya telah menggunakan tiga kaedah bagi pengumpulan

data .Pertama , menggunakan kaedah analisis dokumen berbentuk

lembaran kerja. Lembaran kerja yang disediakan sebagai bukti pencapaian

murid selepas penggunaan carta SIBUDIMA dilaksanakan. Kedua ,

menggunakan senarai semak item pemerhatian berdasarkan rakaman video

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Ketiga,menggunakan borang soal selidik bagi tujuan maklum balas selepas

tamat intervensi.

Page 5: BMM2_MASNI

4.3 Menganalisa dan menginterretasi data

4.3.1 Analisis dokumen(lembaran kerja)

Hasil dapatan bagi analisis lembaran kerja mendapati frekuensi bagi

subjek kajian dapat membina lima ayat tunggal menggunakan carta

SIBUDIMA adalah adalah 80% manakala 10% tidak dapat membina

ayat dengan lengkap.Peratusan pencapaian menunjukkan bahawa

terdapat dua subjek kajian yang tidak menguasai kemahiran yang

difokuskan.Masalah yang dikenal pasti , dua subjek kajian ini

merupakan pelajar yang mengikuti kelas pemulihan di

sekolah.Namun secara keseluruhannya carta SIBUDIMA berjaya

membantu subjek kajian dalam membina ayat yang lengkap

berdasarkan 80% menguasai kemahiran tersebut.

4.3.2 Analisis senarai semak pemerhatian

Semasa pengajaran dan pembeajaran dijalankan ,di dalam langkah

set induksi didapati semua subjek kajian memberi tumpuan terhadap

pengajaran guru pada awalnya ketika menunjukkan gambar dan

telah mencapai wajaran 100%. Namun begitu bagi item ketiga dan

keempat iaitu subjek kajian (10%) mula berjalan-jalan ditempat

kawan dan menganggu murid lain manakala (80%) masih memberi

tumpuan semasa saya mula mengaitkan isi pelajaran membina ayat

tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

Pada langkah 1 , saya telah menggunakan carta SIBUDIMA .Murid

membina ayat membina ayat tunggal menggunakan carta

SIBUDIMA.Dua item telah mencapai wajaran peratusan (100%) ‘Ya’

Item-item itu adalah menunjukkan minat terhadap carta SIBUDIMA

yang pertama kali diperkenalkan kepada mereka dan melibatkan diri

secara aktif dalam pengajaran. Bagi item satu ,bagi memberi contoh

ayat tunggal mencapai wajaran (60%) ‘Ya’ dan (40%)”Tidak”. Bagi

item dua dan lima mencapai wajaran (90%) ‘Ya’ dan (10%)’Tidak’. Di

mana tidak semua mereka dapat memperluaskan ayat tunggal yang

dibaca dan membina ayat tunggal tanpa bimbingan guru.

Page 6: BMM2_MASNI

Langkah 2 penggunaan carta SIBUDIMA menggunakan

gambar.didapati item ketiga iaitu perasaan seronok mencapai

wajaran (100%) ‘Ya’. Manakala item pertama iaitu penglibatan diri

dalam pengajaran,item kedua iaitu membina ayat tunggal

menggunakan gambar,item keempat iaitu kesungguhan mencuba

dan item kelima iaitu pemahaman mereka menggunakan carta

SIBUDIMA mencapai wajaran (90%) ‘Ya’ dan (10%) ‘Tidak’.

Bagi langkah pengajaran 3 semasa aktiviti berkumpulan dijalankan

didapati bagi item pertama iaitu penglibatan subjek kajian dan item

kedua iaitu kerjasama telah mencapai wajaran (100%) ‘Ya’ .Bagi item

ketiga iaitu aktif memberi idea, item keempat iaitu memberi tumpuan

semasa perbincangan kumpulan dan item kelima iaitu berkomunikasi

dalam kumpulan mencapai wajaran (90%)’Ya’ dan (10%)’Tidak’

Bagi langkah penilaian pula didapati item pertama iaitu memahami

arahan diberi, item kedua iaitu mematuhi arahan dengan sempurna

dan item ketiga iaitu memahami gambar yang diberi mencapai

wajaran peratusan (100%)’Ya’.Manakala bagi item keempat iaitu

menunjukkan minat membina ayat berdasarkan gambar dan item

kelima iaitu membina ayat tunggal menggunakan carta SIBUDIMA

telah mencapai wajaran peratusan (90%)’Ya’ dan (10%)’Tidak’.Dalam

akhir pengajaran, didapati item ketiga iaitu perkembangan sikap

mencapai wajaran (100%) ‘Ya’. Manakala item pertama iaitu minat

mencuba membina ayat, item kedua iaitu memberi tindak balas, item

keempat iaitu penguasaan dan item kelima iaitu keyakinan mencapai

wajaran (90%) ‘Ya’dan (10%) ‘ Tidak’.

4.3.3 Analisis soal selidik

Hasil dapatan maklum balas subjek kajian menggunaan borang soal

selidik yang dijalankan selepas tamat intervensi menunjukkan semua

item seronok,kefahaman, keyakinan,kecepatan kadar pemahaman

dan pembelajaran dalam kumpulan mencapai wajaran (100%)’Ya’.

Namun begitu didapati 2 orang subjek kajian (10%) tidak bersetuju

bagi usul item keempat iaitu menjadikan mereka rajin untuk membina

ayat, item kelima menguji minda, item ketujuh tidak malu menyertai

Page 7: BMM2_MASNI

aktiviti dalam kelas dan item kesepuluh iaitu membina ayat tanpa

kesalahan .

4.4 Dapatan

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan,murid berubah dari sikap tidak yakin kepada

yakin.Mereka juga memberi tumpuan kepada soalan dan menjawab dengan yakin.

Malahan mereka merasa bangga kerana dapat menjawab soalan-soalan yang

diberikan.Hal ini menunjukkan respon yang baik dan memberangsangkan.Malah

penggunaan Carta SIBUDIMA telah membentuk keyakinan diri pada mereka untuk

berani mencuba dan tidak merasa malu. mereka berebut-rebut mengangkat tangan

untuk mencuba membina ayat di depan kelas dan di papan hitam.Dapatan kajian ini

juga disokong dengan instrumen soal selidik yang menunjukkan mereka berpuas

hati dan merasa gembira apabila dapat membina ayat yang diberi. Hasil dapatan

kajian ini juga membuktikan bahawa mereka menyatakan perasan seronok dan

membantu mereka membina ayat dengan lebih tersusun. Penggunaan carta

SIBUDIMA yang diperkenalkan , dapat memberi kesan positif terhadap pelajar

kerana mudah difahami, mudah diingati dan menyeronokkan serta terdapat

peningkatan dalam pembinaan ayat.

5.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI (KAJIAN SUSULAN)

Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk

mengenal pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan

mata kasar. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan

dijalankan pada masa hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam

melengkapkan carta SIBUDIMA saya ini.Di antara yang perlu dilakukan adalah

seperti berikut:

i Latihan pengukuhan hendaklah dilakukan kepada pelajar-pelajar

menggunakan carta SIBUDIMA dalam membina ayat yang gramatis.

Pengukuhan yang berterusan penting untuk meningkatkan penguasaan

pelajar. Penambahbaikan kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi

meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat

Page 8: BMM2_MASNI

ii Kajian tindakan ini harus dijalankan dalam satu tempoh masa yang lebih

panjang untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih baik.  Dalam

jangka masa yang singkat, saya tidak dapat memperkenalkan kaedah ini

kepada semua pelajar. Oleh itu, diharap kajian ini dapat dilaksanakan

kepada semua pelajar agar semua pelajar akan dapat manfaat daripada

kaedah pembinaan ayat menggunakan carta SIBUDIMA

iii Penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya penggunaan LCD bagi

menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta

aktiviti. Aktiviti melengkapkan carta SIBUDIMA dengan unsur-unsur visual

dan grafik yang lebih menarik.

v Menyusun semula pembelajaran menggunakan carta SIBUDIMA dengan

kaedah yang mencabar dan kreatif.

Page 9: BMM2_MASNI

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications

Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.

Ghazali Ismail dan Khairuddin Mohamad(2014).Penyelidikan Tindakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Seremban:Institut Pendidikan Guru Kampus Raja melewar.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khairuddin Mohamad((2011).Literasi Bahasa Melayu ,Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Khairuddin Mohamad(2012).Bahasa Melayu Kontektual,Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad,Ibrahim Yusof dan Zaridah Ramli (2014) Penyelidikan Dan Pendidikan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Marohani Yusoff(2013). Stratergi Pengajaran dan Bacaan danKefahaman.Selangor.PTS Publications & Distributors.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 10: BMM2_MASNI

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.Tuan Jah Tuan Yusof (2011).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia

Jeyagobi a/l Dhamodarem. (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerahNabawan, Sabah: Satu analisis. Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam.http://www.ipislam.edu.my/penyelidikan (dipos ke web pada 5 Mei 2010).

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Che Zanariah dan Fadzilah Abd Rahman(2011)Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah,Kuala Terengganu.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu .Dicapai pada 31 Ogos 2014 daripada http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf