bmm3103 2012

37
ISI KANDUNGAN Biodata i Perakuan ii Tajuk Tugasan iii Penghargaan iv 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Soalan Aneka Pilihan 2 2.1 Aras Taksonomi Domain kognitif Bloom 3 3.0 Cara Pengiraan 5 3.1 Jadual Spesifikasi Ujian Tahun 4 6 4.0 Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 4.1 Petikan 1 7 4.2 Petikan 2 10 4.3 Petikan 3 14 4.4 Petikan 4 17

Transcript of bmm3103 2012

Page 1: bmm3103 2012

ISI KANDUNGAN

Biodata i

Perakuan ii

Tajuk Tugasan iii

Penghargaan iv

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Soalan Aneka Pilihan 2

2.1 Aras Taksonomi Domain kognitif Bloom 3

3.0 Cara Pengiraan 5

3.1 Jadual Spesifikasi Ujian Tahun 4 6

4.0 Soalan Bahasa Melayu Tahun 4

4.1 Petikan 1 7

4.2 Petikan 2 10

4.3 Petikan 3 14

4.4 Petikan 4 17

4.5 Petikan 5 20

5.0 Skema Jawapan 24

5.1 Analisis Soalan 25

6.0 Penutup 26

Bibliografi 27

Lampiran

Page 2: bmm3103 2012

1.0 Pendahuluan

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian

dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa

dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi

mengetahui sama ada guru ‘mengajar dan murid ‘belajar’.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah memudahkan para

pelajar menjawab soalan peperiksaan Penggubalan dan pembinaan sesuatu

kertas ujian haruslah mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah ditetapkan.

Guru harus memastikan ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili

keseluruhan sukatan pelajaran dan perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti dan

terperinci kerana semasa sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan

pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini, memerlukan

kepakaran guru dalam menentukan bentuk-bentuk soalan yang akan dibina iaitu

soalan daripada aras mudah ke susah.

Tugasan kerja kursus ini memfokuskan pada pembinaan jadual spesifikasi

ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu sekolah rendah. Tugasan akhir ialah

membina tiga puluh item soalan daripada lima jenis petikan atau teks

pemahaman Bahasa Melayu berdasarkan enam aras kognitif iaitu aras

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan murid diuji dengan menggunakan

soalan yang relevan berasaskan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari

segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil.

( Hale,1980 )

Page 3: bmm3103 2012

2.0 Soalan Aneka Pilihan

Merupakan satu teknik baru jika dibandingkan dengan teknik penyoalan

secara terbuka.

Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi pemarkahan dan pengukuran.

Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa dari murid.

Menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan betul.

Prinsip Penyediaan Soalan Aneka Pilihan

Arahan perlu jelas, pilih jawapan yang paling tepat.

Soalan dan jawapan padat, jelas ,tidak berbunga-bunga elak pelajar

buang masa.

Setiap jawapan pilihan ditulis dengan menarik dan jawapan adalah

munasabah.

Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak , elak pelajar meneka.

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad

Page 4: bmm3103 2012

2.1 ArasTaksonomi Domain Kognitif Bloom

Pengetahuan:

Guru mengemukakan soalan-soalan yang hanya memerlukan murid mengingat

kembali dan menyatakan semula keterangan atau fakta-fakta yang telah

dipelajari.

Contoh kata tugas: bila, siapa , apa, di mana , terangkan, berapa.

Kefahaman:

Guru mengemukakan soalan-soalan yang menguji pemahaman murid mengenai

sesuatu perkara. Ia mengkehendaki murid membuat tafsiran, atau menghuraikan

sesuatu yang dapat difahami.

Contoh kata tugas : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan,

nyatakan,huraikan dan seumpamanya.

Aplikasi:

Guru mengemukakan soalan-soalan kepada murid supaya mereka dapat

menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari itu dan mencubakannya dalam

satu situasi yang baru.

Contoh kata tugas: bagaimana, gunakan, selesaikan, kelaskan, pilih, jelaskan

Analisis:

Guru mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan para murid mengkaji

bukti-bukti, mentafsir hasil, membuat huraian, mencerakinkan, menciri, dan

Page 5: bmm3103 2012

mengatur serta melahirkan pemikiran mereka.

Contoh kata tugas: bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian,

klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

Sintesis:

Guru mengemukakan soalan-soalan yang melibatkan seorang atau beberapa

orang murid dalam aktiviti kreatif, mungkin mengenai satu situasi atau keadaan

yang membawa kepada penyatuan beberapa idea.

Contoh kata tugas: kumpulkan, susunkan, gubahkan, selesaikan.

Penilaian:

Guru mengemukakan soalan-soalan yang memerlukan murid memberi hujah-

hujah mengenai idea-idea dan kemudian memberi sebab-sebab untuk

menyokong pertimbangan-pertimbangan mereka.

Contoh kata tugas: nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan,

huraikan,bicarakan, buktikan.

Page 6: bmm3103 2012

\

3.0 CARA PENGIRAAN

Bil Bidang Masa Belajar Anggaran Jumlah Item

1 Pemahaman 1 5 (5/25)x30=6 6

2 Pemahaman 2 5 (5/25)x30=6 6

3 Pemahaman 3 5 (5/25)x30=6 6

4 Pemahaman 4 5 (5/25)x30=6 6

5 Pemahaman 5 5 (5/25)x30=6 6

Jumlah 25 30

JUMLAH ITEM =

MASA BELAJAR x JUMLAH ITEM YANG HENDAK DIBINA

JUM. MASA BELAJAR

Page 7: bmm3103 2012

3.1 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4

BIL

BENTUK SOALAN OBJEKTIF

KEMAHIRAN P K A A S P JUMLAHITEM

1 Pemahaman 1 / 12 Pemahaman 1 / 13 Pemahaman 1 / 14 Pemahaman 1 / 15 Pemahaman 1 / 16 Pemahaman 1 / 17 Pemahaman 2 / 18 Pemahaman 2 / 19 Pemahaman 2 / 110 Pemahaman 2 / 111 Pemahaman 2 / 112 Pemahaman 2 / 113 Pemahaman 3 / 114 Pemahaman 3 / 115 Pemahaman 3 / 116 Pemahaman 3 / 117 Pemahaman 3 / 118 Pemahaman 3 / 119 Pemahaman 4 / 120 Pemahaman 4 / 121 Pemahaman 4 / 122 Pemahaman 4 / 123 Pemahaman 4 / 1

Page 8: bmm3103 2012

24 Pemahaman 4 / 125 Pemahaman 5 / 126 Pemahaman 5 / 127 Pemahaman 5 / 128 Pemahaman 5 / 129 Pemahaman 5 / 130 Pemahaman 5 / 1

JUMLAH 30

Anggaran soalan mengikut aras

Soalan Mudah Sederhana Sukar Jumlah

30 10 10 10 30

4.0 Soalan Bahasa Melayu Tahun 4

4.1 Petikan 1

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syamil ialah anak tertua daripada lapan orang adik-beradik. Kehidupan

keluarganya seperti kata pepatah,’kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang’.Namun begitu, semua ini tidak melemahkan semangatnya untuk

meneruskan liku-liku hidup. Dia ingin membuktikan bahawa ‘rezeki secupak tidak

akan menjadi segantang’ adalah tidak benar.

Page 9: bmm3103 2012

Selepas sembahyang subuh, Syamil telah keluar untuk bekerja. Dia

melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti buruh binaan dan pemandu lori.

Ketika itu juga dia berazam hendak membuka perniagaan apabila duit simpanan

telah mencukupi untuk dijadikan modal nanti. Berkat ketekunan dan kerajinannya

Syamil berjaya mengumpul wang bagi memulakan perniagaan. Pada awalnya

dia membeli buah-buahan dan sayur-sayuran dari kampung dan menjualnya.

Rezekinya semakin bertambah dari semasa ke semasa apabila

perniagaannya bertambah maju. Sikap Syamil yang ramah mesra dan jujur

menyebabkan pelanggannya semakin ramai. Kini, Syamil telah mempunyai tiga

buah lori dan sebuah kedai runcit. Tetapi, dia tidak pernah lupa akan asal-usul

serta adik-adiknya. Hasil bantuan Syamil,adik-beradiknya berjaya melanjutkan

pelajaran hingga ke universiti. Dia juga amat pemurah kerana sering

menghulurkanderma kepada pihak yang memerlukan.

Page 10: bmm3103 2012

1. Anak ke berapakah Syamil dalam keluarganya?

A Sulung

B Bongsu

C Ke lapan

D Tunggal

2. Sebelum menjadi ahli perniagaan Syamil pernah bekerja sebagai

A pekebun sayur

B pemandu lori

C pembantu di kedai runcit

Page 11: bmm3103 2012

D penjual buah-buahan tempatan

3. Syamil memulakan perniagaan dengan

A berniaga barangan runcit.

B membeli sebuah lori.

C menjual bahan binaan.

D berniaga hasil pertanian.

4. Syamil berjaya dalam hidup kerana

A tekun dan tegas.

B sopan santun dan ikhlas.

C jujur dan gigih berusaha.

D rajin dan setia.

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.

A Syamil menyara persekolahan adik-adiknya sejak dia kecil lagi.

B Syamil menjual sayuran dan buah-buahan di kampungnya.

Page 12: bmm3103 2012

C Syamil bercita-cita untuk menjadi usahawan sejak mula bekerja.

D Syamil memiliki lori dan beberapa kedai runcit.

6. Rangkai kata liku-liku hidup dalam petikan bermaksud

A semangat yang berterusan.

B dugaan dalam kehidupan.

C kehidupan yang meyakinkan.

D cabaran dalam perniagaan.

4.2 Petikan 2

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AHAD, 18 Julai 2010

Cikgu Badri, guru mata pelajaran Kemahiran Hidup memberi kerja projek

kepada kelas kami. Aku, Badri dan Alias dikehendaki mencari dinamo basikal.

Bahan itu perlu dibawa lusa.

Page 13: bmm3103 2012

Tamat waktu persekolahan, kami ke kedai basikal. Pekedai basikal itu

menyuruh kami membongkar satu kotak besar yang mengandungi pelbagai jenis

barang. Hampir setengah jam mencari, barulah kami menemui dinamo basikal.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada pekedai itu, kami pun beredar

ke perpustakaan awam. Kami ingin mencari maklumat tambahan tentang

dinamo.

SELASA, 20 JULAI 2010

` Cikgu Badri mengarahkan setiap kumpulan membuka dan memasang

dinamo. Kumpulan yang tidak membawa dinamo didenda. Mujurlah Cikgu Badri

tidak naik angin. Tetapi, budak-budak itu tidak pernah memahami perangai Cikgu

Badri.

Setiap kumpulan diminta melabelkan bahagian-bahagian dinamo yang

telah dibuka itu. Kumpulan saya dapat menyiapkan kerja itu dalam masa lima

minit sahaja sebaliknya kumpulan yang lain mengambil masa dua puluh minit.

Kemudian kami disuruh memasang semula bahagian-bahagian dinamo itu.

Cikgu Badri memberi gred A kepada kumpulan kami. Gred diberi

berdasarkan kecekapan, sikap kerjasama, kebersihan dan ketepatan. Kami

berasa sangat bangga.

7 Bilakah Cikgu Badri memberi kerja projek kepada kelas penulis

Page 14: bmm3103 2012

A Ahad, 18 Jun 2010

B Ahad, 18 Julai 2010

C Selasa, 20 Jun 2010

D Selasa, 20 Julai 2010

8 Apakah kerja projek yang diarahkan oleh guru Kemahiran Hidup?

A Pergi ke kedai basikal.

B Membawa dinamo lama ke sekolah.

C Membuka, melabel dan memasang dinamo basikal.

D Mencari barang-barang tidak terpakai di kedai basikal.

9 Maksud membongkar dalam petikan ialah

A memunggah

B menyelerakkan

C mendedahkan

Page 15: bmm3103 2012

D merombak

10 Penulis melabelkan bahagian-bahagian dinamo itu dengan cepat sekali

kerana mereka

A rajin bertanya guru.

B kumpulan yang rajin dan cekap.

C telah bersedia dengan pengetahuan tambahan.

D sebelum ini telah membuka dan melabel dinamo.

11 Simpulan bahasa naik angin dalam petikan bermaksud

A sikap cepat marah.

B tidak dapat mengawal diri.

C rasa tidak selesa dalam dada.

D suhu badan naik secara tiba.

12 Cikgu Badri memberi gred A kepada kumpulan penulis kerana mereka

A mendapat markah tertinggi dalam semua aspek.

B pandai mengambil hati cikgu.

Page 16: bmm3103 2012

C berjaya menyiapkan kerja.

D rajin ke perpustakaan.

4.3 Petikan 3

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Page 17: bmm3103 2012

ACARA TARIKH TEMPAT AKTIVITI

Mencipta Logo Hari

Kemerdekaan

2 Ogos hingga

15 Ogos

Perkarangan

Muzium Negeri

Mencipta logo

Pertandingan

warna

Pameran

Pameran Harimau

Mati Meninggal

Belang. Manusia

Mati Meninggalkan

Nama

1 Ogos hingga

14 Ogos

Balai Seni

Negara

Ceramah

Pameran

Tayangan filem

Pameran Satu

Malaysia

21 Ogos hingga

31 Ogos

Ruang Legar

Perpustakaan

Negara

Pameran

Pertandingan

drama

Demostrasi kraf tangan

Pertandingan Lagu

lagu Patriotik

Minggu Pertama

Bulan Ogos dan

Minggu Keempat

Bulan Ogos

Dewan Besar

Radio Televisyen

Malaysia Kedah

Pertandingan

nyanyian

Persembahan koir

Persembahan artis

Pertandingan Hari

Kebangsaan

31 Ogos Perkarangan

Stadium Darul

Aman

Lintas hormat unit

beruniform

Pertunjukan

payung terjun

Upacara

menaikkan Jalur

Gemilang

13 Bilakah negara kita menyambut hari kemerdekaan?

Page 18: bmm3103 2012

A 1 Ogos1957

B 14 Ogos 1957

C 21 Ogos 1957

D 31 Ogos 1957

14 Berapa lamakah Pameran Satu Malaysia diadakan?

A Sembilan hari

B Sebelas hari

C Sepuluh hari

D Dua belas hari

15 Bilakah bermula pertandingan mencipta logo diadakan?

A Pada 1 Ogos hingga 15

B Sehari sebelum Pameran Satu Malaysia

C Sehari selepas pertandingan lagu-lagu patriotisme

D Sehari selepas Pameran Harimau Mati Meninggalkan Belang

Manusia Mati Meninggalkan Nama

16 Amin mengunjungi Pameran Satu Malaysia, dia berpeluang

Page 19: bmm3103 2012

A mendengar ceramah.

B melihat persembahan koir.

C menyaksikan persembahan artis.

D melihat hasil kraf tangan rakyat Malaysia.

17 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan

A Pameran.

B Pertunjukan drama.

C Persembahan artis.

D Pertunjukan lintas hormat unit beruniform.

18 Peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati

meninggalkan nama dalam jadual bermaksud

A nama yang sering diingati.

B nama yang amat terkenal.

C kasih yang amat berharga.

D kasih sayang yang berpan

4.4 Petikan 4

Page 20: bmm3103 2012

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang saya hormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Encik Abas bin

Din, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, yang saya hormati

Encik Ramli bin Zainal, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-

guru dan pengawas sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

pihak sekolah kerana mengundang saya ke majlis ini.

Hadirin yang saya hormati,

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pengawas kerana berjaya

mengikuti kursus-kursus ini yang diadakan buat julung kalinya. Pihak sekolah

telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, latihan

pengucapan umum, pengurusan masa, aktiviti keagamaan dan sukaneka.

Saya berharap agar semua peserta telah diberi pendedahan tentang

tatacara menjalankan tugas. Oleh itu, para pengawas lebih bertanggungjawab

dan yakin untuk menjalankan tugas masing-masing. Saya percaya bahawa

saudara dapat membantu pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan

memastikan bahawa murid mematuhi peraturan sekolah.

Hadirin yang saya kasihi,

Saya ingin menyeru semua pengawas supaya menjaga penampilan diri,

kesihatan dan cara komunikasi untuk menunjukkan sikap serta sahsiah yang

terpuji. Dengan ini, saudara akan lebih dihormati dan disegani.

Saya akan menghargai usaha pihak sekolah kerana berjaya mengadakan kursus

ini bagi membentuk pengawas yang berwibawa. Harapan saya agar kursus

seperti ini dapat diadakan lagi pada masa datang. Akhir kata, selaku Pegawai

Pelajaran Daerah, saya merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengawas

Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa.

Sekian, terima kasih.

Page 21: bmm3103 2012

19 Siapakah Encik Abas bin Din?

A Guru Pengawas Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa

B Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa

C Guru Disiplin Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa

D Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

20 Aktiviti yang tidak diikuti oleh pengawas sekolah ini ialah

A pengurusan masa.

B ceramah motivasi.

C penjagaan kesihatan.

D latihan pengucapan umum.

21 Pegawai pelajaran Daerah menyeru pengawas sekolah agar dapat

A menghadiri kursus pada masa akan datang.

B menunjukkan sikap dan peibadi yang baik.

C menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

D menjaga disiplin murid-murid sekolah.

Page 22: bmm3103 2012

22 Apakah tujuan kursus pengawas sekolah ini diadakan?

A Memberikan peluang pihak sekolah mengadakan aktiviti tahunan.

B Mengenali Pegawai Pelajaran Daerah dengan lebih dekat.

C Memastikan peraturan sekolah dipatuhi.

D Melahirkan pengawas yang berkebolehan.

23 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Pengawas yang berperibadi baik lebih dihormati.

B Pengawas mengikuti pelbagai aktiviti semasa berkursus.

C Pengawas diminta supaya memberikan pendedahan kursus

kepada murid lain.

D Pengawas diharap supaya lebih berkeyakinan selepas mengikuti

kursus.

24 Maksud frasa tatacara menjalankan tugas dalam petikan ialah

A tindak tanduk yang dapat diteladani.

B susunan atur acara yang perlu dipatuhi.

C perkara yang perlu diikuti semasa bekerja.

D peraturan semasa melaksanakan tanggungjawab.

Page 23: bmm3103 2012

4.5 Petikan 5

Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Sahabat,

Masihkah kau ingat saat bermulanya

Persahabatan ini

Sungguh indah hubungan itu

Kita berkongsi segala suka dan duka.

Sahabat,

Andai dikau tersalah jalan

Aku harus menegur

Kesilapan dan kesalahan yang dikau lakukan

Semoga dikau akan sedar

Kembali ke pangkal jalan.

Sahabat,

Ingatlah kata-kataku ini

Janganlah kita mementingkan diri

Sombong, kedekut dan iri hati

Lontarkannya semua ke tepi

Sekiranya kita ingin mendapat kawan.

Sahabat,

Page 24: bmm3103 2012

Andai dikau sudah berjaya

Janganlah melupakan ibu bapamu,

Gurumu dan sahabatmu

Ingatlah kepada mereka yang selalu memberi dorongan.

Sahabat,

Apalah gunanya hidup kita

Jika bersikap bagai kacang lupakan kulit.

25 Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak?

A Mengenang budi ibu, bapa, guru dan sahabat.

B Memaafkan segala kesalahannya sahabat.

C Menghukum sahabat yang bersalah.

D Memutuskan tali persahabatan.

26 Berikut merupakan sifat yang tidak perlu dimiliki oleh seseorang

sahabat kecuali

A mementingkan diri.

B kedekut.

Page 25: bmm3103 2012

C sombong.

D rajin.

27 Kita tidak seharusnya melupakan ibu bapa dan guru apabila sudah

berjaya kerana

A tidak dapat berkongsi suka dan duka dengan mereka.

B mereka selalu memberi dorongan kepada kita.

C hidup akan kesunyian tanpa kebahagian.

D kita tidak akan mendapat kawan.

28 Frasa bagai kacang lupakan kulit dalam puisi tersebut bermaksud

A orang yang tidak mengenang budi.

B orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.

C orang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

D orang yang sering mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Page 26: bmm3103 2012

29 Apakah keistimewaan mempunyai seorang sahabat?

A boleh meminjam barangan sahabat.

B berkongsi segala suka dan duka.

C bergembira bersama.

D bermain bersama.

30 Puisi di atas ialah

A pantun.

B syair.

C sajak.

D gurindam.

Page 27: bmm3103 2012

5.0 SKEMA JAWAPAN

1. A

2. B

3. D

4. C

5. C

6. B

7. B

8. B

9. A

10. C

11. A

12. A

13. D

14. B

Page 28: bmm3103 2012

15. C

16. D

17. C

18. A

19. B

20. C

21. B

22. D

23. A

24. D

25. A

27 B

28. A

29. B

30. C

5.1 ANALISIS SOALAN

BIL BENTUK SOALAN ARAS SOALAN

JAWAPAN

A B C D

1 Pemahaman 1 Pengetahuan /

2 Pemahaman 2 Kefahaman /

3 Pemahaman 3 Analisis /

4 Pemahaman 4 Sintesis /

5 Pemahaman 5 Penilaian /

6 Pemahaman 6 Aplikasi /

7 Pemahaman 7 Pengetahuan /

Page 29: bmm3103 2012

8 Pemahaman 8 Analisis /

9 Pemahaman 9 Kefahaman /

10 Pemahaman 10 Sintesis /

11 Pemahaman 11 Aplikasi /

12 Pemahaman 12 Penilaian /

13 Pemahaman 13 Pengetahuan /

14 Pemahaman 14 Analisis /

15 Pemahaman 15 Kefahaman /

16 Pemahaman 16 Sintesis /

17 Pemahaman 17 Penilaian /

18 Pemahaman 18 Aplikasi /

19 Pemahaman 19 Pengetahuan /

20 Pemahaman 20 Kefahaman /

21 Pemahaman 21 Analisis /

22 Pemahaman 22 Sintesis /

23 Pemahaman 23 Penilaian /

24 Pemahaman 24 Aplikasi /

25 Pemahaman 25 Sintesis /

26 Pemahaman 26 Analisis /

27 Pemahaman 27 Pengetahuan /

28 Pemahaman 28 Aplikasi /

29 Pemahaman 29 Penilaian /

30 Pemahaman 30 Kefahaman /

JUMLAH 8 9 7 6

Page 30: bmm3103 2012