BMM3110 - Sintaksis BM

14
BERDASARKAN PETIKAN MANA-MANA CERPEN YANG DITERBITKAN DALAM AKHBAR TEMPATAN; i. ANALISIS JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT PADA 50 AYAT YANG PERTAMA CERPEN TERSEBUT. 50 ayat pertama dari cerpen MINDA MERDEKA, karya Nazrul Izuan Mohamad Idris, terbitan Mingguan Malaysia, Ahad, 9 Mac 2014. "Nah tengok ni!" jerit Rizal. Surat khabar ronyok dilempar atas meja. Kalah lagi! Ini bukan kali yang pertama. Sudah lima kali. Penumbuk dihempaskan ke meja. Geram. Bukan senang hendak merobek menerobos gawang kejayaan. Kekalahan bertimpa - timpa. "Kita cuba lagi, pantang anak Melayu berundur," jawab aku bermadah. "Mengaku sajalah Am!" bisik hati kecilku. Jentera Kancil turbo berenjinkan Kelisa 1000cc. Heh. Hobi berlumba drag dengan menubuhkan pasukan drag sendiri. Cita- cita besar, hendak jadi Tengku Djan Lee drag pula. "Bukit Putus pun tak lepas, macam mana nak masuk ke Litar Sepang. Merdeka Endurace? Lupakan sajalah," teriak Rizal. Betul, banyak wang sudah habis dibelanjakan bagi membeli kenderaan, enjin, aksesori, membuka bengkel, membayar gaji 1

description

Ragam Ayat & bentuk Ayat

Transcript of BMM3110 - Sintaksis BM

Page 1: BMM3110 - Sintaksis BM

BERDASARKAN PETIKAN MANA-MANA CERPEN YANG DITERBITKAN DALAM

AKHBAR TEMPATAN;

i. ANALISIS JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT PADA 50 AYAT YANG

PERTAMA CERPEN TERSEBUT.

50 ayat pertama dari cerpen MINDA MERDEKA, karya Nazrul Izuan Mohamad Idris,

terbitan Mingguan Malaysia, Ahad, 9 Mac 2014.

"Nah tengok ni!" jerit Rizal. Surat khabar ronyok dilempar atas meja. Kalah lagi! Ini

bukan kali yang pertama. Sudah lima kali. Penumbuk dihempaskan ke meja. Geram.

Bukan senang hendak merobek menerobos gawang kejayaan. Kekalahan bertimpa -

timpa.

"Kita cuba lagi, pantang anak Melayu berundur," jawab aku bermadah.

"Mengaku sajalah Am!" bisik hati kecilku.

Jentera Kancil turbo berenjinkan Kelisa 1000cc. Heh. Hobi berlumba drag dengan

menubuhkan pasukan drag sendiri. Cita- cita besar, hendak jadi Tengku Djan Lee

drag pula.

"Bukit Putus pun tak lepas, macam mana nak masuk ke Litar Sepang. Merdeka

Endurace? Lupakan sajalah," teriak Rizal. Betul, banyak wang sudah habis

dibelanjakan bagi membeli kenderaan, enjin, aksesori, membuka bengkel,

membayar gaji pekerja, pemandu jentera malah tidak kurang untuk kerja

penyelidikan. Namun, Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Jurutera carigali minyak

Petronas, syarikat kebanggaan negara itu tidak berputus asa. Pandang jauh.

Pejabat tersergam di tingkat 30 menara berkembar kebanggaan negara. Mercu

tanda kemodenan. Tidak jauh kelihatan Menara KL.

1

Page 2: BMM3110 - Sintaksis BM

Pelaburan jangka masa panjang. Bukan sedikit yang perlu dihabiskan. Ambil contoh

Honda, ia bermula dari bawah.

Soichiro Honda, warga Jepun pengasas jenama Honda bermula sebagai mekanik

kemudian mencipta piston dan enjin motosikal, itu pun ditertawakan bangsa berkulit

putih. Hari ini Honda bersaing hebat dengan pelbagai jenis jenama kenderaan yang

berkualiti. CRV, Civic, Accord, City, namakan sahaja.

Jarak 50km dari ibu kota, di makmal di lembah silikon, Dr. Zaid sibuk dengan kajian

virus terbaru. Jarang anak Nusantara. Bukan jarang, malah tidak pernah menjulang

Hadiah Nobel. Belum pernah anak Nusantara terbang ke Stockholm untuk menerima

hadiah berprestij tersebut.

MERS. Middle East Respiratory Syndrome, disebabkan virus bernama coronavirus.

Simptoms penyakit adalah pneumonia dan kegagalan buah pinggang. Kajian masih

dijalankan tentang bagaimana hendak mengubati penyakit ini. Dr. Zaid bersemangat

hendak menyiapkan kajian sehabis baik dan secepat mungkin sebelum saintis dan

pakar perubatan negara lain menemuinya terlebih dahulu.

Bak kata John Boyle O’Reilly, dalam bukunya, Rules of the Road, - "The wealth of

mankind is the wisdom they leave."

Penyakit sedia ada memang sudah bergantung kepada ubat-ubatan dari negara

luar. Sampai bila? Selamanya hendak menjadi negara pengguna. Negara maju

adalah negara pencipta. Apa guna beribu-ribu pemegang ijazah doktor falsafah

dihasilkan universiti tempatan jika tiada ciptaan yang berguna untuk negara? Tidak

lama selepas itu aku pulang ke kampung, rimas dengan hiruk-pikuk kesibukan kota

raya.

"Jauh termenung? Mengelamun apa tu?" sapa Farid.

"Aku teringat zaman kita muda-muda dulu," balas aku pantas.

"Rindu Eva ke?" sakat Farid.

2

Page 3: BMM3110 - Sintaksis BM

"Ahh ke situ pula kau, aku teringat zaman kita pergi mengembara ke negara orang.

Di sini pantang salah sikit, nak buat lain sikit, adalah yang mencebik," lidahku mula

menghunus keris.

"Ingat di Jerman dengan semangat ‘uber’ Uber efficient?

"Orang kita cepat sangat menghukum, buat kesimpulan," sambut Farid.

Belum jadi sudah sindir. Tok Ki segak dengan baju Melayu cekak musang.

Bertongkat dan bersongkok.

"Apa nak buat cu, zaman kamu ni atuk tak terkejut," sapa Tok Ki perlahan.

"Zaman dulu, nak merdeka pun mustahil bagi orang kita. Buat jarum pun tak pandai,

ini kan pula nak merdeka dan memerintah sendiri?"

Jenis Ayat

1. Ayat Penyata

Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.

Contoh ayat

a) Jentera Kancil turbo berenjinkan Kelisa 1000cc.

b) Hobi berlumba drag dengan menubuhkan pasukan drag sendiri. Cita-

cita besar, hendak jadi Tengku Djan Lee drag pula.

c) Bukan senang hendak merobek menerobos gawang kejayaan

d) Pejabat tersergam di tingkat 30 menara berkembar kebanggaan

Negara

e) Soichiro Honda, warga Jepun pengasas jenama Honda bermula

sebagai mekanik kemudian mencipta piston dan enjin motosikal, itu

pun ditertawakan bangsa berkulit putih.

f) Negara maju adalah negara pencipta.

g) Belum pernah anak Nusantara terbang ke Stockholm untuk menerima

hadiah berprestij tersebut

3

Page 4: BMM3110 - Sintaksis BM

h) MERS. Middle East Respiratory Syndrome, disebabkan virus bernama

coronavirus.

i) "Orang kita cepat sangat menghukum, buat kesimpulan,"

2. Ayat Tanya

Untuk bertanya atau menyoal.

Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i. Ayat tanya tanpa kata Tanya

ii. Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama

i. Ayat Tanya tanpa kata tanya

a) Merdeka Endurace?

b) Jauh termenung?

c) Ingat di Jerman dengan semangat ‘uber’ Uber efficient?

d) Buat jarum pun tak pandai, ini kan pula nak merdeka dan memerintah

sendiri?

ii. Ayat Tanya dengan kata Tanya

a) Sampai bila?

b) Mengelamun apa tu?

c) Apa guna beribu-ribu pemegang ijazah doktor falsafah dihasilkan

universiti tempatan jika tiada ciptaan yang berguna untuk negara?

d) Rindu Eva ke?

3. Ayat Perintah

Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.

Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan,

silaan, dan permintaan.

4

Page 5: BMM3110 - Sintaksis BM

Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat

perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila,

jemput, minta, tolong dan sebagainya.

i. Suruhan

a) "Nah tengok ni!"

b) Lupakan sajalah

ii. Permintaan

a) "Mengaku sajalah Am!

4. Ayat Seru

Ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu

perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sakit.

a) Kita cuba lagi, pantang anak Melayu berundur

RAGAM AYAT

1. Ayat Aktif

Ayat yang mengutamakan si pelaku sebagai subjek.Mengandungi kata

kerja yang berawalan MeN

a) Dr. Zaid bersemangat hendak menyiapkan kajian sehabis baik dan

secepat mungkin sebelum saintis dan pakar perubatan negara lain

menemuinya terlebih dahulu.

b) Jarang anak Nusantara. Bukan jarang, malah tidak pernah menjulang

Hadiah Nobel.

c)

5

Page 6: BMM3110 - Sintaksis BM

2. Ayat Pasif

Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya.Mengandungi kata

kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan

kata sendi oleh.

a) Surat khabar ronyok dilempar atas meja.

b) Penumbuk dihempaskan ke meja

ii. UNTUK MENGGAMBARKAN BINAAN DENGAN JELAS, ANALISISKAN

MANA-MANA 10 AYAT DARIPADA CERPEN TERSEBUT MENGGUNAKAN

KAEDAH RAJAH POHON.

Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Terdapat 4 pola ayat dalam Bahasa

Melayu seperti berikut:

Subjek   + Predikat

Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Frasa Nama + Frasa Sendi nama (FN + FSN)

Contoh:

Ayat 1

Dr. Zaid sibuk dengan kajian virus terbaru.

6

Page 7: BMM3110 - Sintaksis BM

A

Subjek Predikat

FN FK

KK FN2 FN3

Dr Zaid sibuk dengan kajian virus terbaru

Ayat 2

Jentera Kancil turbo berenjinkan Kelisa 1000cc

A

Subjek Predikat

FN FK

FN2 KK FN3

Jentera Kancil turbo berenjinkan Kelisa 1000cc

7

Page 8: BMM3110 - Sintaksis BM

Ayat 3

Anak gadis ini barangkali seorang liberal, pejuang hak asasi manusia.

A

Subjek Predikat

FN FK

FN2 KK FN3

Anak gadis ini seorang liberal pejuang hak asasi manusia

Ayat 4

Matanya memandang tepat ke arah tanah lapang.

A

Subjek Predikat

FN FK

KK KK FN2

Matanya memandang tepat ke arah tanah lapang

8

Page 9: BMM3110 - Sintaksis BM

Ayat 5

Gadis berketurunan Yahudi tersebut melemparkan senyuman

A

Subjek Predikat

FN FK

FN2 KK FA

Gadis berketurunan Yahudi melemparkan senyuman

Ayat 6

Salji terus turun dengan lebat.

A

Subjek Predikat

FN FK

KK FA

Salji terus turun dengan lebat

9

Page 10: BMM3110 - Sintaksis BM

Ayat 7

Syiah Alawiyah mesti mendominasi untuk memerintah majoriti Sunni.

A

Subjek Predikat

FN FK

KK KK2 FN3

Syiah Alawiyah mesti mendominasi untuk memerintah Majoriti sunni

Ayat 8

Rusia dan Amerika perang dingin

A

Subjek Predikat

FN FK

FN2 KK FA

Rusia dan Amerika perang dingin

10

Page 11: BMM3110 - Sintaksis BM

Ayat 9

Projek High Energy Particle Accelerator masih dalam peringkat akhir.

A

Subjek Predikat

FN FK

FA KK

Projek High Energy Particle Accelerator masih Peringkat akhir

Ayat 10

Stalin hadiahkan kepada Poland selepas menang penjajahan ke atas Poland.

A

Subjek Predikat

FN FK

KA FN2 KK FN3

Stalin hadiahkan Poland selepas menang penjajahan Poland

11

Page 12: BMM3110 - Sintaksis BM

12