BMP3093_D20121061191_UPSI01

11
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A142PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: Profesor Madya Dr. Adenan Bin Ayob TARIKH SERAH: 15 Mei 2015 PEMARKAHAN TUGASAN A

description

kkk

Transcript of BMP3093_D20121061191_UPSI01

  • PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

    BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191

    PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A142PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING: Profesor Madya Dr. Adenan Bin Ayob

    TARIKH SERAH: 15 Mei 2015

    PEMARKAHAN

    PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS TUGASAN A

  • ISI KANDUNGAN

    1

    Pengenalan

    2

    Ciri-ciri Pedagogi

    3

    Cara Penerapan Pedagogi

    4

    Penutup

    5

    Rujukan

  • 1.0 PENGENALAN

    Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran pengetahuan dan

    bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

    lebih berkesan apatah lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah

    sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang

    serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan

    pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu

    pedagogi dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi

    kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran

    Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat

    menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Ini kerana,

    melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat

    pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para

    pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang

    menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan

    mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting dalam

    memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah.

    Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk formal.

    Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan meliputi

    aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Arbak (1985),

    pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan

    pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang

    dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang

    menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan

    remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah,

    membantu menyubur dan merancang, menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid,

    menghadapi cabaran diri dan profesional dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan

    budaya dan nilai nasional kepada pelajar.

  • Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila dilihat dari segi

    pengertiannya. Ahli psikologi masing-masing mempunyai pandangannya yang tersendiri

    mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran

    merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan manakala ahli kognitif pula menekankan

    tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran yang berlaku tetapi tidak dapat

    diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne (1985), pembelajaran merupakan

    perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil

    daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman. Gagne juga menyatakan bahawa

    pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang

    diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses

    pertumbuhan seseorang. Walaupun kedua-dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya

    namun, ia sangat berkait antara satu sama lain dalam pedagogi pendidikan.

    ( 437 patah perkataan)

    2.0 TIGA (3) CIRI PEDAGOGI DALAM KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA

    MELAYU SEKOLAH RENDAH

    Pembelajaran Berpusatkan Murid

    Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan

    di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan

    guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif

    pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.

    Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka

    bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah

    pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa.

    Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah

    menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran

    berpusatkan murid.

  • Gaya Pembelajaran

    Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana

    seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar

    mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974)

    berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18

    elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal

    dan Fizikal. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

    Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar

    Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.

    Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran.

    Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan

    gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

    Pelbagai Kecerdasan

    Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan

    dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. H.Gardner

    yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu

    model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh

    dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,

    Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic,

    Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual. Model Pelbagai Kecerdasan Gardner

    berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

    Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan

    yang berlainan.

    Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap

    jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai

  • Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak

    serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

    Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

    Jenis Kecerdasan Penerangan

    Musical/Rhythmic

    Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya

    seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi

    persekitaraan.

    Logical-Mathematical

    Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara

    deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-

    pola abstrak dan hubungan corak.

    Interpersonal

    Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif,

    motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara

    berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan,

    kekuatan dan kelemahan secara kendiri

    Naturalistic

    Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi,

    serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam

    semula jadi secara terperinci.

    Ethical/Spiritual

    Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal

    pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya

    Bodily-Kinesthetic

    Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk

    melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan

    tangan untuk menggubah sesuatu.

    Visual/Spatial

    Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan

    memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.

    Verbal/Linguistic

    Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan

    penulisan.

    Intrapersonal

    Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan

    kendiri

    ( 502 patah perkataan)

  • 3.0 TIGA (3) CARA PENERAPAN PEDAGOGI DALAM KURIKULUM

    PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk

    mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat

    tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan

    memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat

    membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara

    keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori

    pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.

    Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya

    terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

    Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling

    berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui

    pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model ,

    prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya:

    konkrit kepada abstrak

    mudah kepada kompleks

    keseluruhan kepada bahagian

    umum kepada spesifik (deduktif)

    spesifik kepada umum (induktif)

    dekat kepada jauh

    diketahui kepada belum diketahui

    Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun berkumpulan

    setiap murid mengekalkan individualitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada

    kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi

    sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi

    bagi murid pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran

  • bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian diadakan

    berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja secara kumpulan, kelas

    dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan meningkatkan kerjasama untuk

    kejayaan kerja kumpulan. Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid

    menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung

    antara satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial.

    Pendekatan pengajaran kelas pula, guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Murid

    akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan lain-lain. Selepas itu, pelajaran baru

    bermula, guru akan bertanyakan pelajaran lepas dan meneruskan dengan maklumat baru, memberi

    sedikit kerja kelas, menekankan fakta penting, menyoal, memberi tugasan untuk hari berikutnya,

    menjawab soalan murid dan pelajaran berakhir. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas,

    guru banyak membimbing murid dalam tugasan ini, memberi tugasan yang mampu dilakukan oleh

    murid. Apabila mmurid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu mereka akan diuji

    melalui kerja-kerja latihan.

    Pendekatan individu pula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu mengambil kira

    perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima bantuan apabila mereka

    memerlukannya. Murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. Jadual juga

    dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. Ada

    beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti:

    Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam

    pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang disusun

    mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif pembelajaran tercapai. Dengan cara

    ini, murid boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini,

    segala arahan dan tugasan sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu

    dilakukan.

    Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam pendekatan individu.

    Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan dan meminta respon

  • daripada murid. Apabila murid memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan

    yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru,

    kemahiran, saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu.

    Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu ini berbeza

    dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid.

    Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga menggunakan tahap

    jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid. Apabila murid diberikan

    tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap

    jangkaannya. Murid itu diharap akan mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk

    untuk tahap itu dan kemajuannya dilapor secara berterusan.

    (614 patah perkataan)

  • 4.0 PENUTUP

    Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang guru.

    Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar

    menarik minat pelajar dan juga dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.

    Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat mengatasi masalah

    pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi

    dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan

    penyampaikan isi pengajaran yang menarik kepada para pelajar. Untuk itu, pengetahuan pedagogi

    ini adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang

    mendalam tentang kursus yang mereka ikuti.

    ( 110 patah perkataan)

  • Rujukan

    Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia. (2011). HBEF3103 Prinsip

    Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.

    Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman Malaysia.

    Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru,

    Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala

    Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala Lumpur.

    Kumpulan Budiman sdn. Bhd.

    Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) .

    KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .

    Abdul Rahim selamat.(1992).Belajar Cara Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin Enteprise Sdn.Bhd.

    Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Oxford Fajar, Shah

    Alam, Selangor .