Bola Tampar6

13
RANCANGAN PENDIDIKAN JASMANI Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Kemahiran : Permainan Tajuk : Bola tampar 1) Servis 2) Merejam Tarikh : 12/3/2008 Masa : 8.45 pagi -9.25 pagi Tahun : 6 Amal Bil Murid : 30 orang Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharap murid-murid dapat : 1) Psikomotor : Sekurang-kurangnya murid dapat melakukan 2 aktiviti yang dijalankan dengan baik.

Transcript of Bola Tampar6

RANCANGAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran

Kemahiran : Permainan

Tajuk : Bola tampar

1) Servis

2) Merejam

Tarikh : 12/3/2008

Masa : 8.45 pagi -9.25 pagi

Tahun : 6 Amal

Bil Murid : 30 orang

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharap murid-murid dapat :

1) Psikomotor : Sekurang-kurangnya murid dapat melakukan 2 aktiviti yang dijalankan dengan baik.

2) Kognitif :Menyatakan 3 dari langkah-langkah keselamatan semasa bermain bola tampar.

3) Afektif :Menanamkan sikap berkeyakinan diri dan bertolak ansur semasa melakukan aktiviti.

Penerapan Nilai : Berusaha, tidak putus asa dan kepekaan.

KBKK : Masteri

Pengagabungjalinan : Koordinasi mata, tangan dan kaki serta kepantasan.

Kesepaduan : sains-kepekaan

Alatan : 1) Bola tampar (20)

2) Wisel (1)

3) Skital (8)

4) Jaring bola tampar

Bahagian/masa Aktiviti Butiran mengajar Organisasi Alatan/catatan

Permulaan

(5 minit)

Memanaskan

badan

1) Lari berganti-

ganti bola

tembusan

-4 pasukan yang sama bilangan ahli- diatur

secara barisan lurus memanjang.

-berdiri secara kaki terbuka luas-ketua di

hadapan barisan. 2 skital diletakkan, satu

dihadapan sekital dan satu lagi di belakang

barisan.

-Apabila isyarat diberikan untuk bermula,

ketua mengguling bola ke belakang menerusi

ruang antara kakinya-murid-murid lain

membantu mengerakkan bola ke belakang.

-Murid di belakang sekali menyambut bola

dan berlari ke hadapan sementara semua

ahli pasukan bergerak satu tempat ke

belakang.

-Teruskan sehingga ketua membawa bola ke

tempat asalnya- di hadapan skital hadapan.

-Pemenang ialah pasukan yang

menyelesaikan permainan terlebih dahulu

-Murid dibahagi kepada 4

pasukan – 5 hingga 8 pemain.

-Guru memberi tunjuk ajar

kepada murid tentang aktiviti

yang hendak dijalankan.

TKP

~ Kinestetik

~Verbal Linguistik

~ Interpersonal

Perkembangan

Langkah 1

(7 minit)

-Servis Servis bawah tangan

Fasa persediaan dan ayunan tangan

-Berdiri sisi, bahu menghadap jaring.

-Bengkokkan lutut sedikit.

-Pegang bola dengan kedua-dua tangan.

-Cengkam bola dengan tangan kiri.

-Ayun tangan kanan ke belakang.

Fasa Sentuh dan ikut lajak

-Mata pandang bola.

-Ayun tangan kanan ke hadapan.

-Sentuh bahagian bawah bola.

-Tangan ikut lajak.

-Guru melakukan demostrasi

cara servis.

-Guru memberi tunjuk ajar

kepada murid.

-Membetulkan kesalahan

murid semasa sesi percubaan.

-Aktiviti berkumpulan berdua-

dua

Penggabungjalinan

Kemahiran –

koordanasi mata dan

tangan

Kesepaduan –

Servis atas kepala

Fasa Persediaan dan lambungan.

-Berdiri sisi, kaki seluas bahu dengan

sebelah kaki dihadapan.

-Pegang bola dengan tangan kiri atau kanan

mengikut kesesuaian.

-Lambung bola, mata memandang bola.

Fasa sentuh dah ikut lajak.

-Ayun tangan kanan kiri kebelakang.

Kemudian ke hadapan.

-Sentuh bahagian belakang bola dengan

tapak tangan atau pergelangan tangan.

-Tangan ikut lajak.

-Guru melakukan demostrasi

cara servis.

-Guru memberi tunjuk ajar

kepada murid.

-Membetulkan kesalahan

murid semasa sesi percubaan.

-Aktiviti berkumpulan berdua-

dua

Sains

- Kesan graviti

terhadap hantaran.

Langkah 2

(7 minit) -Merejam -Berlari tiga langkah ke suatu penanda atau

garisan. Lonjak menegak dengan kedua-dua

belah kaki.

-Sebelum melonjak kedua-dua belah tangan

diayun ke belakang.

-Semasa melakukan lonjakan, lutut

dibengkokkan sambil kedua-dua tangan

diayun tinggi ke hadapan.

-Ayunan kedua-dua belah tangan dibawa

tinggi ke belakang kepala.

-Badan dilentikkan sedikit ke belakang.

-Sebelah tangan dihayun pantas ke hadapan

untuk memukul bola sama ada dengan tapak

atau pergelangan tangan.

-Sebelah tangan lagi mengimbangi badan.

-Guru membuat demonstrasi

tentang cara melakukan servis

secara merejam.

-Guru meminta murid

melakukan demontrasi cara

servis

-Guru membetulkan kesilapan

murid.

-Aktiviti dilakukan secara

berpasangan.

Kemuncak

Permainan kecil

(6 minit)

”bola tampar” -Murid menjalani aktiviti pertandingan bola.

-Murid-murid digalakkan menggunakan

segala aktiviti yang telah dpelajari.

-Dimainkan secara berpasukan dimana

terdapat 2 pasukan dalam setiap perlawanan.

-Permainan bermula setelah wisel ditiupkan

dan tamat setelah guru menyiup wisel

penamat.

-Ditukarkan dengan 2 pasukan berikutnya.

-Aktiviti berkumpulan.

-Murid dibahagi kepada 4

kumpulan.

-Guru memantau pergerakan

murid.

-Membetulkan kesilapan murid

jika perlu.

Penutup -Regangan lengan

-Regangan

pinggang

- Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas

bahu.

- Kuncikan jejari kiri dan kanan tangan.

- Tolak tangan lurus ke hadapan sambil

membongkok 90 darjah.

- Kira dengan kiraan 8.

- Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.

- Berdiri tegak, kaki dibuka melebihi luas

- Tarik nafas sambil

melakukan

perbincangan

Perbincangan

bahu.

- Tangan lurus di atas kepala.

- Bengkok badan ke sisi kanan, tahan

dengan kiraan 8.

- Ulang aktiviti ke sisi kiri.

- Ulang aktiviti sebanyak 3 kali.

- Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8.

- Hembus perlahan-lahan.

-Guru meminta murid memberi perbezaan

antara menyangga dan mengumpan.

-Guru membincangkan tentang kelebihan

membengkokan kaki selalu melakukan aktiviti

menyangga.

- Guru bertanya soalan dan

murid menjawab soalan

KBKK

- Masteri

Penutup

( 5 Minit)

- Melakukan lompat

bintang.

- Murid melakukan lompat bintang seperti

yang diajar.

* Tangan didepa dan kaki diraptkan.

* Sambil melompat tangan ditepuk ke atas

dan kaki dibuka seluas bahu.

- Tarik nafas

- Perbincangan

-Ulang aktiviti sebanyak 8 kali.

- Tarik nafas dan tahan dengan kiraan 8

* Hembus perlahan-lahan

- Ulang sebanyak 3 kali.

-Guru meminta murid memberi pandangan

servis bawah dan servis atas.

-Guru memberi perbezaan antara kelebihan

servis bawah dan servis atas.

-Guru menerangkan ciri-ciri yang perlu

diambil semasa aktiviti merejam.

-Murid duduk berselerak di

hadapan guru.

-Guru mengemukan soalan

dan murid menjawab.