BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa...

6
1 LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) 1. Nama Organisasi: Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah (JPHPT) 2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan: Sistem DaVetSa (Databank Veterinar Sabah) 3. Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi: November 2006 4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan: Nama: Dr. Nasip Eli Jawatan: Timbalan Pengarah merangkap CIO JPHPT Agensi: Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah Alamat: Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Off Jalan Maktab Gaya, Beg Berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Telefon: +6088-287415; +6088-287422; +6088-287428 Faks: +6088-238418 E-mel: [email protected] 5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: Nama: En. Kennedy Juani Jawatan: Penolong Pegawai Veterinar Kanan Telefon: +6088-287426 Faks: +6088-287423 E-mel: [email protected]

Transcript of BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa...

Page 1: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

1

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

1. Nama Organisasi:

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah (JPHPT)

2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan:

Sistem DaVetSa (Databank Veterinar Sabah)

3. Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi:

November 2006

4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan:

Nama: Dr. Nasip Eli

Jawatan: Timbalan Pengarah merangkap CIO JPHPT

Agensi: Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah

Alamat: Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik Off Jalan Maktab Gaya, Beg Berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon: +6088-287415; +6088-287422; +6088-287428

Faks: +6088-238418

E-mel: [email protected]

5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Nama: En. Kennedy Juani

Jawatan: Penolong Pegawai Veterinar Kanan

Telefon: +6088-287426

Faks: +6088-287423

E-mel: [email protected]

Page 2: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

2

1. Nama Projek/Sistem/Inisiatif

Sistem DaVetSa (Databank Veterinar Sabah)

2. Profil Kementerian / Jabatan / Institusi (maksimum 200 patah perkataan)

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT Sabah) merupakan

salah satu daripada empat Jabatan di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan Sabah. Jabatan ini telah diwujudkan dalam tahun 1976. Jabatan Perkhidmatan

Haiwan dan Perusahaan Ternak diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan

Perusahaan Ternak. Aktiviti-aktiviti utama jabatan ini mencakup pengeluaran dan

pembangunan industri ternakan di Sabah. Visi jabatan ialah Industri ternakan yang komersil,

bersepadu dan mantap untuk mengeluarkan makanan yang berkualiti bagi mencapai tahap

saradiri yang berkekalan dan eksport manakala misi jabatan ialah memberikan

perkhidmatan veterinar dan pengurusan ternakan yang professional sebagai pemangkin

kepada industri ternakan yang mantap bagi membekal makanan daripada hasil ternakan

yang bermutu dan selamat. Jabatan mempunyai seramai 800 orang anggota dengan

kemudahan sokongan seperti berikut:-

1. Pusat Bioteknologi 1

2. Makmal Diagnosa Veterinar 1

3. Makmal Kesihatan Awam Veterinar 1

4. Sabah Meat Technolgy Centre 1

5. Stesen Kuarantin Haiwan 6

6. Kilang Makanan 1

7. Pusat Pengurusan Veterinar 1

8. Pusat Pengumpulan Susu 12

9. Stesen Daerah/Daerah Kecil 30

10. Ladang Ternakan 20

Jabatan ini sentiasa memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dengan

menambahbaik sistem sedia ada dan memperkenalkan perkhidmatan secara online melalui

sistem DaVetSa http://www.davetsa.sabah.gov.my yang membolehkan perkhidmatan

seperti permohonan import dan eksport serta permohonan mengikuti latihan jabatan dapat

dibuat secara online. URL laman sesawang jabatan ialah http://vet.sabah.gov.my sebagai

media untuk menyebarkan maklumat kepada umum. Jabatan ini telah mendapat

pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2008 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance Ltd

(LRQA) bermula pada 10 Januari 2012 hingga 9 Januari 2015. Sistem pengurusan kualiti ini

digunapakai untuk ”provision of veterinary services and development of livestock industry”.

3. Sinopsis Projek/Sistem/Inisiatif (maksimum 150 patah perkataan)

Bagi projek/sistem/inisiatif: # Ringkasan / Keterangan # Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan / keistimewaan projek/sistem/inisiatif # Mengapa projek/sistem/inisiatif layak memenangi Anugerah MYGOSS

LAPORAN PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE

SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

Page 3: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

3

Portal Davetsa

Sistem DAVETSA (http://davetsa.sabah.gov.my) direkabentuk khasnya untuk meningkat

proses kerja Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT). Ianya

tertumpu lebih ke arah metodologi perkomputeran yang ditambahbaik untuk

pungutan/kutipan bersepadu, memproses dan menganalisa data khususnya bagi operasi

JPHPT. Dengan adanya sistem ini, ianya membolehkan JPHPT mengumpul data terkini

daripada seluruh daerah dalam negeri yang mana ianya merupakan asas yang penting

dalam membina DAVETSA. DAVETSA adalah terdiri daripada empat belas modul yang

berhubungkait dan ianya memenuhi kehendak kepada 800 anggota JPHPT dan pelbagai

peringkat akses pengguna. Modul yang paling aktif digunakan sejak 2009 ialah Modul ExIM

(Eksport dan Import) yang merupakan public domain yang mana ianya memberi faedah dari

segi permohonan ‟online‟ dan ‟real-time‟ bagi pemohon-pemohon dalam dan luar negara.

Purata permohonan ExIM adalah 50 permohonan sehari dan meningkat ke 100 permohonan

sehari semasa musim perayaan. Modul kedua yang melibatkan orang awam ialah Modul

Latihan yang mana ia merupakan permohonan „online‟ yang membolehkan orang awam dan

kakitangan dalaman untuk mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh JPHPT. Modul-

modul yang lain adalah lebih kepada operasi dalaman yang dapat mempermudah dan

mempercepatkan proses kerja yang menghasilkan perkhidmatan yang berkesan.

14 modul DaVetSa adalah seperti berikut:-

1. Export/Import (EXIM) 2. Penguatkuasaan (Enforcement) 3. Kuarantin (Quarantine) 4. Makmal/Diagnostik/Klinik (Lab/Diagnostic/Clinic) 5. Unit Epidemiologi (Epidemiology Unit) 6. Farmasi Veterinar (Veterinary Pharmacy) 7. Latihan (Training) 8. Pengurusan Projek (Project Management) 9. Bantuan Projek (Project Subsidy) 10. Pemantauan Lawatan Terancang Berjadual (LTJ) (LTJ Monitoring) 11. Tenusu (Dairy) 12. Ladang (Farm) 13. Quality Assurance Program (QAP)

14. Laporan (Reporting)

4. Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan)

Penggunaan development tools, pangkalan data, language, teknologi, platform, dan lain-lain

Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi seperti berikut:

Development tools: PSPAD

Pangkalan Data: MS SQL 2005

Web Server: Apache 5

Language: PHP 5

5. Kelebihan / Keunikan (maksimum 350 patah perkataan)

Page 4: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

4

# Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan projek/sistem/inisiatif berbanding projek/sistem/inisiatif lain # Kelainan konsep dan idea bagi projek/sistem/inisiatif # Peningkatan keberkesanan (termasuk mengurangkan birokrasi) # Perkongsian maklumat # Lain-lain

Sistem DaVetSa merupakan usaha Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak

Sabah meningkatkan sistem penyampaiannya agar lebih berkesan dengan menggunakan

teknologi maklumat seiring dengan pembangunan negara. Sistem ini mempunyai 14 modul

yang melibatkan semua urusan jabatan yang sebelum ini dibuat secara manual kepada

sistem elektronik menggunakan ICT. Sistem DaVetSa juga merupakan sistem yang pertama

dibangunkan berupa portal yang merangkumi hampir semua fungsi sebuah jabatan negeri di

negeri Sabah. Sistem web based ini dirangkaikan kepada hampir semua pejabat jabatan di

peringkat daerah, ladang dan unit di seluruh negeri Sabah. Daripada 14 modul yang

dibangunkan, ada beberapa modul melibatkan orang awam pelanggan jabatan/public

domain seperti modul permohonan lesen import dan eksport(ExIM) serta permohonan

mengikuti latihan yang dianjurkan oleh jabatan secara dalam talian dan real time. Dalam

konteks modul ExIM, proses permohonan dapat disingkatkan kepada 3 hari berbanding 7

hari sebelum modul ExIM digunakan. Ini berjaya melicinkan proses permohonan permit

import dan eksport dan secara tidak langsung meningkatkan kepuasan pelanggan. Modul-

modul DaVetsa dibangunkan agar semua proses kerja berkaitan di setiap modul dapat

berinteraksi antara satu dengan yang lain dan tahap transpirasi dapat ditingkatkan sebagai

contoh modul ExIM diintegrasikan dengan modul Penguatkuasaan yang mana ini

melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

hasil kerajaan sebanyak RM50,000-RM60,000 sebulan melalui masuk di pelabuhan

Sepanggar dan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu. Sistem ini juga menjadi

penanda aras kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri Sabah yang lain oleh kerana

ianya merupakan portal “single sign-on” untuk semua fungsi jabatan dalam satu sistem.

6. Inovasi (maksimum 350 patah perkataan)

# Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif # Keaslian atau penambahbaikan # Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan dan/atau pemasaran) # Ciri-ciri / fungsi yang ketara # Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif # Teknologi enabling # Menggunakan pelbagai teknologi untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan

Page 5: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

5

Sistem DAVETSA mengambilkira perkara-perkara berikut iaitu :-

i. Pergerakan dokumen (document history) yang mana ia boleh memantau

keseluruhan pengemaskinian yang dilakukan ke atas dokumen, membolehkan

pengguna memilih dan kembali ke versi dokumen yang dipilih

ii. Kawalan versi

iii. Aliran kerja yang fleksibel yang mana aliran kerja boleh diubah dan ditambah

apabila masa diperlukan, dengan kelulusan yang diberikan oleh

pelulus/pengesah/‟viewers‟/pengedit.

iv. Kawalan akses pengguna membolehkan pelbagai tahap kumpulan dan atau

konfigurasi kawalan akses individu dengan pelbagai tahap kebenaran dan akses.

Tahap akses ini juga dibenarkan kepada individu yang memainkan pelbagai

peranan dan pelbagai tahap akses di dalam sistem DAVETSA.

v. Auto archiving

vi. Templating system

7. Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan)

# Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan # Metodologi projek/sistem/inisiatif # Keberkesanan kos # Peningkatan produktiviti dan keberkesanan # Kepakaran kakitangan # Keberkesanan projek/sistem/inisiatif # Tahap bantuan dan sokongan projek/sistem/inisiatif # Kejayaan pelaksanaan # Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna # Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek/sistem/inisiatif # Pengiktirafan komuniti atau media # Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan # Pencapaian pengiktirafan antarabangsa # Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran # Perkongsian pasaran # Beridentitikan Malaysia

Metodologi projek/sistem/inisiatif : Agile methodology dan xTreme Programming

Keberkesanan kos : Sistem dibangunkan dengan kos yang sangat rendah oleh kerana

jangka masa projek disingkatkan kepada 3 bulan untuk pembangunan dan setelah itu

digunakan dengan 14 modul yang berfungsi sepenuhnya.

Peningkatan produktiviti dan keberkesanan : Sistem dibangunkan dan boleh digunakan

setelah 3 bulan dengan 14 modul yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Kepakaran kakitangan : PHP trained software engineers.

Keberkesanan projek/sistem/inisiatif : Teknologi yang digunakan ke atas system DAVETSA

masih lagi relevan setelah 6 tahun system ini dilaksanakan.

Tahap bantuan dan sokongan projek/sistem/inisiatif: Projek DAVETSA mendapat sokongan

penuh daripada pihak pengurusan JPHPT dari segi urus tadbir maklumat dan kewangan.

Page 6: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/JPHPT-Sistem DaVetSa -Databank... · melibatkan penguatkuasaan kemasukan produk ternakan yang mampu menjana pungutan

6

Kejayaan pelaksanaan: Sistem DAVETSA berjaya dilaksanakan kerana sistem yang

dibangunkan oleh pakar-pakar yang dipilih memenuhi kehendak „system owner‟ dalam

jangkamasa yang ditetapkan, mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan JPHPT

dan mendapat sokongan dari segi peraksanaan daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer

Negeri.

Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna: Tahap ini, semua pemohon menggunakan ExIM

untuk melaksanakan proses permohonan eksport dan import.

Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek/sistem/inisiatif: Belum ada secara lisan.

Pengiktirafan komuniti atau media : Belum ada.

Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan : Belum ada

Pencapaian pengiktirafan antarabangsa : Belum ada

Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran : Modul ExIm iaitu proses permohonan eksport

dan import.

Perkongsian pasaran : Tidak.

Beridentitikan Malaysia : Ya. Sistem DAVETSA dibangunkan di dalam negeri Sabah,

Malaysia tanpa bantuan atau konsultasi daripada pakar luar daripada Malaysia.

8. Potensi (maksimum 350 patah perkataan)

# Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi # Pelaksanaan yang lebih luas # Faedah kepada industri lain pada masa hadapan # Strategi pembangunan dan menerajui persaingan # Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan

Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan:- Pembangunan sistem DAVETSA adalah satu pencapaian untuk fasa pertama di mana

pembangunannya adalah berdasarkan keperluan „system owner‟ dan juga tahap teknologi

yang ada ketika itu. Kini, setelah beberapa tahun menggunakannya, fasa kedua dalam

penambahbaikan di antaranya ialah ke arah Apps Mobile, E-payment, MySMS, jawapan

melalui email, digital signature dan beberapa lagi yang masih dalam kajian.

9. Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan)

# Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia atau # Dibangunkan sebahagian di Malaysia (nyatakan peratusan pembangunan di Malaysia) # Sekiranya pembangunan sebahagian di Malaysia, nyatakan modul yang dibangunkan di Malaysia # Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia # Tambah nilai di Malaysia

Davetsa mengandungi 14 modul dibangunkan sepenuhnya di Malaysia yang terdiri daripada

sekumpulan tujuh (7) jurutera yang berasal dari Sabah, Malaysia.