BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru-...

21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBEZAAN TAHAP KESUKARAN ANTARA LARIAN TREADMILL DAN LARIAN DI TREK MENGGUNAKAN PARAMETER ASID LAKTIK DALAM DARAH DAN SKALA RATINGS OF PERCEIVED EXERTION SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: YEOH MEI YAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 7468, JLN 2, TMN SELAYANG BARU, DR. HALIJAH BT. IBRAHIM 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tarikh : 19/ 4/ 2010 Tarikh : 19/ 4/ 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru-...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERBEZAAN TAHAP KESUKARAN ANTARA LARIAN TREADMILL DAN LARIAN DI TREK MENGGUNAKAN PARAMETER ASID LAKTIK DALAM DARAH DAN SKALA RATINGS OF PERCEIVED EXERTION

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya: YEOH MEI YAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 7468, JLN 2, TMN SELAYANG BARU, DR. HALIJAH BT. IBRAHIM 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tarikh : 19/ 4/ 2010 Tarikh : 19/ 4/ 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

                

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Dr. Halijah bt. Ibrahim

Tarikh : APRIL 2010

                

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

PERBEZAAN TAHAP KESUKARAN ANTARA LARIAN DI TREADMILL DAN LARIAN DI TREK MENGGUNAKAN PARAMETER ASID LAKTIK DALAM

DARAH DAN SKALA RATINGS OF PERCEIVED EXERTION

YEOH MEI YAN

Tesis ini dikemukakan sebagai

Memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

 

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar : YEOH MEI YAN

Tarikh : APRIL 2010

 

 

 

   

 

 

 

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayang, kejayaan ini ditujukan khas untukmu.

Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada saya tidak dapat saya lupakan.

Perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan menyusun langkah serta ketabahan

kalian dalam mendidikku, akhirnya anakmu berjaya menempuh dugaan dan cabaran

bagi mengatur langkah kehidupan yang lebih sempurna sepanjang ‘perjalanan’ ini.

Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua. Selagi hayat ini masih ada, akan

saya abadikan buat ayah dan ibu tersayang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih .

Tidak lupa kepada rakan- rakan pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) di Universiti teknologi Malaysia juga saya

sampaikan terima kasih di atas perbincangan yang selama ini dilakukan.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi pengahargaan dan terima kasih kepada Dr. Halijah Bt.

Ibrahim sebagai penyelia yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, idea,

bantuan dan keperihatianan sepanjang masa untuk menyempurnakan Projek Sarjana

Muda ini. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh penyelia

saya banyak membantu kepada kerjayaan projek ini. Saya amat menghargai sifat-

sifat Dr. Halijah Bt. Ibrahim seorang penyabar, pembacaan yang teliti, memberi

maklumbalas terhadap kajian yang saya lakukan dan sering menyelesaikan masalah

bersama dengan saya.

Tidak lupa juga En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah Sains

Sukan Universiti Teknologi Malaysia yang sedia memberi bantuan, pandangan dan

maklumat kepada saya untuk menyempurnakan projek saya. Selain itu, saya juga

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ke enam-enam atlet selaku sampel

kajian atas kerjasama yang diberikan dan meluangkan masa mereka untuk

berjayakan kajian ini. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang sering

memberi nasihat, semangat dan pandangan sepanjangan projek ini agar projek ini

dapat disiapkan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

dan adik-beradik yang saya dikasihi untuk memberi dorongan dan mengiringi saya

mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

v

ABSTRAK

Larian adalah satu aktiviti yang diminati dan sering dilakukan oleh orang

ramai termasuk atlet- atlet. Kajian ini dilakukan untuk melihat perbezaan tahap

kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek. Subjek kajian terdiri daripada

atlet lelaki (n= 4) dan wanita (n= 2) berumur antara 21- 26 tahun yang pernah

mewakili universiti ke sukan MASUM atau peringkat kejohanan yang lebih tinggi.

Setiap subjek harus melakukan larian di treadmill dan di trek selama 30 minit dengan

kadar denyutan jantung ± 75% daripada kadar denyutan jantung maksima (208- 0.7 x

umur). Pengukuran yang terlibat ialah bacaan laktik dalam darah, Skor RPE (Rate

Of Perceived Exertion) dan jarak sebelum dan selepas larian. Analisis dijalankan

menggunakan perisian Microsoft Excel dan Statistical Package for Social Science

version 13 (SPSS). Keputusan Paired Sample T- Test mencatat terdapat perbezaan

bacaan laktik dalam darah (t=3.807, p=0.013) yang signifikan antara larian di

treadmill dan larian di trek berdasarkan nilai signifikan p=0.05. Manakala, tidak

terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor RPE setiap 6 minit (t=0.504, p=0.636;

t=0.299, p=0.777; t=-0.121, p=0.908; t=-0.226, p=0.830 dan t=0.311, p=0.768)

antara larian di treadmill dan larian di trek. Berdasarkan analisis deskriptif jarak

yang dicapai bagi larian di trek adalah lebih jauh daripada larian di treadmill. Oleh

itu, kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara larian di

treadmill dan trek bagi laktik dalam darah dan jarak. Manakala, tidak terdapat

perbezaan skor RPE antara larian di treadmill dan larian di trek. Harapan agar

pengkaji lain dapat meneruskan kajian ini supaya pengesahan dapatan kajian dapat

dipertingkatkan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

vi

ABSTRACT

Running is a popular activity and is often done by people, including athletes.

The purpose of this study was to compare the difficulty level within running on

treadmill and running on track. Subjects in this study consisted of male athletes (n =

4) and women (n = 2) athlete aged within 21 to 26 years who has represented

University to game MASUM or higher level tournaments. Each subject should run

at the treadmill and track in duration 30 minute with heart rate ± 75% of their

maximum heart rate (208 - 0.7 x age). The measurement involved is blood lactate,

RPE score (Rate of Perceived exertion) and the distance before and after the run.

Analysis carried out using Microsoft Excel and Statistical Package for Social

Science version 13 (SPSS). Statistical analysis Paired Sample T-Test revealed there

was significant difference in blood lactate (t=3.807, p = 0,013) within the running on

treadmill and running at the track based on significant p= 0.05. Meanwhile, no

significant difference in RPE scores for every 6 minutes (t=0.504, p=0.636; t=0.299,

p=0.777; t=-0.121, p=0.908; t=-0.226, p=0.830 and t=0.311, p=0.768) within the

treadmill running and running at the track. Based on descriptive for distance

achieved, running at the track is far more than running at treadmill. Therefore, this

study shows there are significant differences within running on treadmill and running

at track for the blood lactate and distance. Meanwhile, there is no significant

difference in scores RPE within running on treadmill and run at the track. Hope that

other researchers can continue this study to confirm the study findings can be

enhanced.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 3

1.5 Hipotesis 4

1.6 Kepentingan Kajian 4

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 5

1.8 Definisi Operasional 5

1.8.1 Asid Laktik 6

1.8.2 Rating of Perceived Exertion Scale 6

1.8.3 Larian di Treadmill 6

1.8.4 Larian di Trek 6

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

viii

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 7

2.2 Daya Tahan Kardiovaskular 8

2.3 Maximal Oxygen Uptake 8

2.4 Kadar Denyutan Jantung Maksimal 9

2.5 Rating of Perceived Exertion Scale 9

2.6 Darah Laktik 11

2.7 Penutup 14

  III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 15

3.2 Rekabentuk Kajian 16

3.3 Lokasi 16

3.4 Subjek 16

3.5 Instrumen Kajian 17

3.6 Prosedur Kajian 17

3.6.1 Prosedur Ujian 19

3.6.1.1 Rating of Perceived Exertion Scale 19

3.6.1.2 Darah Laktik 19

3.7 Analisis Data 21

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 22

4.2 Analisa Deskriptif 23

4.2.1 Latar Belakang Subjek 23

4.2.2 Laktik Dalam Darah 25

4.2.3 Jarak 27

4.2.4 RPE 28

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

ix

4.3 Analisis Inferensi 30

4.3.1 Perbezaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan 30

Selepas Larian Di Treadmill Dan Di Trek

4.3.2 Perbezaan Skor RPE Setiap 6 Minit Bagi Larian 31

Di Treadmill Dan Di Trek

4.4 Penutup 31

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 32

5.2 Ringkasan Kajian 33

5.3 Perbincangan 33

5.3.1 Perbezaan Laktik Dalam Darah Antara Larian

Di Treadmill Dan Di Trek 33

5.3.2 Perbezaan Skor RPE Antara Larian Di Treadmill

Dan Di Trek 35

5.3.3 Perbezaan Jarak Antara Larian Di Treadmill

Dan Di Trek 36

5.4 Masalah Penyelidik 36

5.4.1 Subjek 36

5.4.2 Peralatan Kajian 37

5.4.3 Tempat Kajian 37

5.4.4 Suhu 38

5.4.5 Kadar Denyutan Jantung 38

5.5 Kesimpulan 38

5.6 Cadangan 39

5.6.1 Persampelan Kajian 39

5.6.2 Pentadbiran Kajian 39

5.6.3 Instrumen Kajian 41

5.6.4 Kajian Rintis 41

5.7 Penutup 41

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

x

RUJUKAN 42

   LAMPIRAN (A-B) 45

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

xi

    

SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK

  

MUKA SURAT

2.1 The Borg Ratings of Perceived Exertion Scale

  

11

2.2 Kelas intinsiti latihan berdasarkan aktiviti

ketahanan sebanyak 20 hingga 60 minit :

Perbandingan antara tiga kaedah.

  

11

4.1 Taburan Umur subjek

  

23

4.2 Jarak dan Perbezaan Jarak Larian di Treadmill

Dan Trek

  

27

4.3 Skor RPE Antara Lari Di Treadmill Dan Lari Di

Trek

  

28

4.4 Paired Samples T-Test Bagi Perbezaan Laktik

dalam Darah Sebelum Dan Selepas Lari Di

Treadmill Dan Di Trek

  

30

4.5 Paired Samples T-Test Bagi Perbezaan Skor

RPE Setiap 6 minit bagi Lari Di Treadmill Dan

Di Trek

 

31

  

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

xii

SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK

  

MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian

  

18

4.1 Peratusan Subjek Mengikut Umur

  

24

4.2 Bacaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan Selepas

Lari Di Trek

  

25

4.3 Bacaan Laktik Dalam Darah Sebelum Dan Selepas

Lari Di Treadmill

  

26

4.4 Perbezaan Jarak Antara Lari Di Treadmill Dan

Lari Di Trek

  

27

4.5 Perbezaan Purata Skor RPE Antara Lari Di

Treadmill Dan Di Trek

  

29

 

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

xiii

SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK

  

MUKA SURAT

A Surat Perlantikan Subjek

  

45

B Borang Skor Markah   

46

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Larian merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai.

Setiap individu sedar bahawa aktiviti larian memberi manfaat kepada tubuh badan.

Aktiviti larian secara berterusan adalah aktiviti yang sangat baik untuk organ jantung

dan ia dapat membakar lebihan kalori dalam tubuh badan kita. Aktiviti larian dapat

meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular merujuk

kepada kemampuan jantung, paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja,

mengangkut dan menggunakan oksigen.

Saltin dan Astrand (1967); Shephard et al. (1968) menyatakan bahawa

VO2max (Maximal Oxygen Uptake) telah diterima sebagai ukuran kapasiti

ketahanan dalam acara yang mengutamakan pelepasan tenaga oksida. Setiap atlet

mempunyai peratusan VO2max yang berbeza. Kemampuan peratusan VO2max

dapat memanfaatkan, dan dipertingkatkan melalui latihan (Astrand dan Rodahl,

1977). Dengan ini, daya tahan kardiovaskular sangat penting bagi seseorang atlet,

terutamanya aktiviti sukan yang berlanjutan dalam jangka masa yang panjang.

Pada zaman dulu, orang ramai hanya berlari di taman, trek dan tepi jalan

raya. Dengan peningkatan teknologi pembuatan, aktivit larian bukan sahaja boleh

dilakukan di kawasan luar rumah, bahkan di dalam rumah atau ‘gym’. Peralatan

tersebut dikenali sebagai treadmill. Treadmill pertama yang dihasilkan pada tahun

1968, larian di treadmill dianggap sebagai penyelesaiaan ketika keadaan cuaca yang

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

2

tidak mengizinkan untuk berlari di luar (Abramczak et al. 2005). Terdapat beberapa

kebaikkan treadmill, seperti tahap kelajuan yang boleh dilaraskan dan jangka masa

yang diingini untuk intensiti yang tertentu. Selain itu, tahap rintangan treadmill juga

boleh dilaraskan tahap ketinggiannya bagi simulasi larian naik turun bukit. Di

samping itu, bagi treadmill yang lebih sopistikated, alatan ini juga mampu memberi

maklumat berkaitan dengan kadar denyutan jantung dan jumlah kalori yang telah

dibakar (Corey, 2005).

Dengan kemudahan alatan treadmill ini, ramai orang telah menggunakan

treadmill untuk meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Kajian ini dilaksanakan

untuk membandingkan kesukaran larian di treadmill dengan larian di trek. Dengan

ini, orang ramai boleh memilih kaedah yang sesuai untuk matlamat tertentu.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pada zaman moden, orang ramai dan atlet bukan sahaja berlari di luar

kawasan rumah, bahkan berlari di dalam rumah atau di pusat-pusat kecergasan.

Larian di treadmill diperkenalkan pada tahun 1968, ia sebagai penyelesaian bagi

orang yang aktif dalam aktiviti larian kerana larian di treadmill boleh dilakukan

tanpa bergantung pada keadaan cuaca berbanding dengan larian di trek (Abramczak

et al. 2005).

Merujuk kepada laman web Ezine articles yang bertajuk Indoor Vs Outdoor

Workout-Pros and Cons yang ditulis oleh Ruth Taylor, terdapat beberapa masalah

yang sering dipersoalkan seperti:

a) perbezaan antara larian treadmill dan larian diluar kawasan rumah.

b) perbezaan larian treadmill berbanding dengan larian di trek.

Selain itu, terdapat pelbagai pendapat bahawa berlari di luar lebih senang daripada

berlari menggunakan treadmill kerana treadmill berlari dalam persekitaran yang

sama. Berdasarkan persoalan ini, agar kajian ini dapat memberi maklumat dan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

3

pengetahuan yang lebih jelas antara perbezaan tahap kesukaran antara larian di

treadmill dan larian di trek.

1.3 Penyataan Masalah

Terdapat pelbagai aspek yang berbeza antara larian di treadmill dan larian di

trek seperti pergerakkan biomekanik dan kinematik, aktiviti otot, rintangan angin dan

sebagainya. Aspek- aspek ini yang membezakan tahap kesukaran antara larian di

treadmill dan larian di trek (Corey, 2005). Justeru itu, kajian ini membandingkan

perbezaan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek menggunakan

parameter asid laktik dalam darah dan skala RPE.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Membandingkan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek

melalui tahap kandungan asid laktik dalam darah.

1.4.2 Membandingkan tahap kesukaran antara larian di treadmill dan larian di trek

melalui skor RPE.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

4

1.5 Hipotesis Ho1: Tidak terdapat perbezaan kandungan asid laktik dalam darah (mmol/l) yang

signifikan antara larian di treadmill dan larian di trek.

Ha1: Terdapat perbezaan kandungan asid laktik dalam darah yang signifikan antara

larian di treadmill dan larian di trek.

HO2: Tidak terdapat perbezaan Rating of Perceived Exertion Scale (RPE) yang

signifikan antara larian di treadmill dan larian di trek.

Ha2: Terdapat perbezaan RPE yang signifikan antara larian di treadmill dan larian

di trek.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada orang ramai, manfaat-manfaat

seperti berikut:

a. Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pelari tentang perbezaan tahap

kesukaran antara larian treadmill dan larian di trek. Secara tidak langsung

kajian ini dapat membantu pelari untuk memilih aktiviti yang sesuai

berdasarkan matlamat mereka.

b. Berdasarkan kajian ini, jurulatih dapat mengenalpasti aktiviti yang lebih

berkesan bagi meningkatkan daya tahan kardiovaskular pemain. Kedua- dua

larian memberi tahap kesukaran yang berbeza. Dengan ini, jurulatih perlu

memilih aktiviti yang paling sesuai untuk meningkatkan daya tahan

kardiovaskular pemain.

c. Kajian ini boleh menjadi rujukan kepada pengkaji di masa depan. Pengkaji di

masa depan boleh mengubahsuai metodologi kajian untuk mendapatkan

keputusan yang lebih tepat. Pengkaji juga boleh menggunakan cadangan

yang diberi sebagai garis panduan melaksanakan kajian mereka.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

5

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Dalam kajian ini, subjek yang digunakan memerlukan tahap daya tahan

kardiovaskular yang tinggi kerana harus berlari selama 30 minit di treadmill dan 30

minit di trek pada hari yang berbeza dan subjek perlu berlari dalam kadar denyutan

jantung yang terkawal iaitu ±75 peratus daripada kadar denyutan jantung selama 30

minit.

Selain itu, penggunaan RPE bergantung kepada perasaan setiap individu

sama ada subjek tersebut berasa intensiti yang diberi susah atau senang dan ianya

adalah sangat subjektif. Subjek yang mempunyai tahap kecergasan baik mungkin

tidak berasa susah dalam kedua-dua percubaan antara treadmill dan trek.

Skop kajian ini adalah pemain yang sihat dan aktif dalam sukan. Seramai 6

orang yang akan dipilih sebagai subjek secara sukarela yang terdiri daripada pelajar

UTM yang mengambil Ijazah Sarjana Muda. Subjek yang dipilih adalah terdiri

daripada pemain yang pernah mewakili Universiti Teknologi Malaysia atau peringkat

yang lebih tinggi kerana kajian yang dilakukan adalah amat memerlukan daya tahan

kardiovaskular yang tinggi.

1.8 Definisi Operasional

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu didefinisikan agar dapat

memberi kefahaman yang lebih jelas.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. ... paru- paru dan sistem peredaran darah untuk bekerja, mengangkut dan menggunakan oksigen.

6

1.8.1 Asid Laktik

Asid laktik dihasilkan oleh metabolism dan dibentukkan dalam pelbagai tisu

badan seperti otot rangka, usus, hati dan jantung. Ia akan dihasilkan secara

berterusan ketika berehat dan berlatih. Apabila asid laktik keluar dari otot dan

masuk ke dalam darah dikenali sebagai blood lactate atau asid laktik dalam darah

(Astin, 2008).

1.8.2 RPE (Rating of Perceived Exertion)

RPE adalah satu kaedah untuk mengukur intensiti latihan secara lisan.

Individu akan menilai kesukaran sesuatu kerja berdasarkan perasaan mereka atau

secara subjektif. Kadar untuk menilai kesukaran akan diberi dalam nombor yang

bersesuai dengan intensiti latihan yang dilakukan (Wilmore et al. 2008).

1.8.3 Larian di Treadmill

Larian di treadmill adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan dalam rumah

atau pusat kecergasan dimana pelari akan berlari atas sebuah treadmill dengan

kelajuan tetap yang boleh ditetapkan oleh pengguna.

1.8.4 Larian di Trek

Larian di trek bermaksud berlari mengikut garisan atau tanda yang disediakan

di atas permukaan.